Tuesday, November 11, 2008
Sunday, October 19, 2008
Try diS gAme..
This is so true..JANGAN MENIPU OKEY.. (You'll will kick yourself later) I was a little skeptical trying this, tapi kalo korang follow instructions tuh bebtul, you'll be surprised!!!! All of my answers were accurate. We'll see tomorrow if the wish comes true. I'll let you know. Take 3 minutes and try this... it will freak you out! The person who sent it to me said her wish came true 10 minutes afterthey read the mail. BUT NO CHEATING! This game has a surprising outcome.Don't read ahead... just do it in order! It takes about three minutes... it's worth a try Memula amik pen ngan kertas.Kalo korang pilih name somebody, make sure owang tuh mmg wujud & korang kenal..gunakan instinct korang yg pertama okeyy... Scroll down one line at a time... and don't read ahead or you'll ruin it!
1. First,tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu kolum... (berturutan ke bawah @ vertically).
2. Then, sebelah nombor 1 and 2, tuliskan dua nombor yg korang nak..apa2 nombor la...
3. sebelah nombor 3 and 7,tuliskan name org yg berlainan jantina dgn kowang... jgn lak tulis name yg same... gunakan gerak ati kowang...
NO LOOKING AHEAD... OR IT WON"T TURN OUT RIGHT!
4. tulisla name sesape(like friends or family... .) kat nombor 4, 5 and 6th spots.
5. Write down empat tajuk lagu kat nombor 8,9,10, and 11.
GO WITH YOUR INSTINCT,FRIENDS!!!!
6. Finally, make a wish.
And now the key for the game...
1. korang mesti bgtau seramai(jawapan utk no. 2) org pasal game nih...
2. Name owang kat space 3 is the one that you love.
3. The person in 7 is the one korang suke but can't work out.
4. Korang paling care kat owang yg korang letak kat no. 4.
5. The person you name in number 5 adalah owang yg kenal korang very well.
6. The person you name in 6 is your lucky star.
7. The song in 8 is the song that matches with the person in number 3.
8. The title in 9 is the song for the person in 7.
9. Jawapan no. 10 adalah lagu that tells you most about YOUR mind.
10. and 11 is the song telling you how you feel about life
gAme nih Aku pinJam dr kAwan haku kaT freNster..memula rsa cam bangang jew nak try game nih..tp bile DaH try..mAcam boleh pAkai jew. hihihhi
Saturday, October 18, 2008
Bila 3
Pintu bilik yang diketuk bertalu talu membangunkan aku dari tidur. Aku mencapai jam tanganku yang diletakkan di atas meja sisi katil. Baru pukul lima pagi, malaslah aku nak bangun lagi. Aku menarik semula selimutku supaya menutup seluruh tubuh. Namun hasratku tidak kesampaian bila sekali lagi kedengaran pintu bilikku diketuk.
“ ish , apa pulak ni..” aku menggaru garu kepalaku walaupun tidak gatal. Aku melangkah malas ke arah pintu dan membukanya. Aku menggosok mataku kerana pandangan masih kabur dan aku menguap lagi. Bila aku membuka mataku aku lihat Hafez terpacak dihadapanku. Dia seperti sedang menahan tawanya. Aku pantas menutup kembali pintu. Aku menepuk dahiku, terasa malu pula bila kelakuanku yang agak tidak senonoh tu dilihatnya.
- eei.. malunya aku..
Aku mengemaskan kembali rambutku yang serabai menggunakan jari dan menarik nafas panjang sebelum membuka kembali pintu.
“ Kenapa achik?” soalku dengan muka selamba bagi menyembunyikan rasa Maluku.
“ Tak.. sebenarnya hafez nak ajak pergi jogging , tapi kalau fatin mengantuk tak apalah..” ujarnya masih tersenyum.
“ Eh tak, tunggu kejap” ujarku pantas. ‘Mana ada aku mengantuk.. siapa kata aku mengantuk’ aku mengomel sendiri.
“ kalau rasa nak ketawa, teruskan je la.. tak payah tahan” ujarku sebelum menutup pintu. Baik biar dia ketawakan terus, dari tersengih sengih macam kerang busuk.
*******
Tengah hari, kami masuk ke water park di Bukit Merah ni. Aku memang suka bab main air ni. Seorang pun tak apalah, aku peduli apa..walaupun tak padan dengan umurku.
-Bosan betul si hafez ni, asyik mengadap buku tu je. Detik hatiku bila melihat dia asyik dengan bukunya yang aku sendiri tak pasti tajuknya. Cakap dengan aku pun kalau ada kepentingan.. ‘lapar tak? Jom makan..hafez nak ke sana..ya..tak’ bebelku sendiri bila teringat patah ucapan yang acap kali keluar dari mulut si hafez tu. Keluar sekali, tetapi kalau berjalan, dia 5 ela di depan..5 ela tu..macam hoki pula.
Kami kemudian berjalan di kedai kedai yang terdapat di situ. Bagi aku inilah percutian yang paling membosankan. Tapi nasiblah bercuti disini, dekat sikit.. lagipun aku tak punya banyak masa. Sudah hampir seminggu aku tinggalkan butik semata-mata kerana perkahwinan ini, dan kalau bukan kerana mama aku takkan terlibat dengan percutian gila ni. Teringat aku, ketika mama membangkitkan isu bulan madu.
“ Nah..” mama menghulurkan sekeping sampul berwarna merah, siap dengan ribbon lagi. Aku segera mengoyak sampul terebut.
“ Apa ni ma, abah?” soalku pada mama dan abah yang berada dihadapanku.
“ La, pakej bulan madu untuk kamu la..” balas mama. Aku membelek tiket yang diberikan mama. -Gila apa nak suruh aku ke sana.
“ Ya lah.. tapi kenapa pula sampai kena ke Italy?. Buang masa la mama..” ujarku lantas memasukkan semula tiket kedalam sampul dan meletakkannya diatas meja di hadapan kami.
“ Apa lagi kamu ni.. Orang nak suruh pergi melancong pun susah” mama mula mengeraskan suaranya. Dah la paksa aku kahwin, lepas tu nak suruh aku pergi buang masa pula. Kali ini jangan haraplah aku nak setuju.
“ Mama ingat fatin tak ada kerja ke, mana boleh tinggal butik tu lama-lama.Hafez pun mesti tak ada masa juga” balasku mencari alasan dan sudah pastinya aku tidak mahu mengalah.
“ Butik..butik.tak habis-habis. Hafez fikir macam mana?” mama mengalihkan pertanyaan pada Hafez yang duduk disebelahku.
Nasib baiklah pada waktu itu hafez bersetuju dengan aku. Dan akhirnya, demi tidak membangkitkan kemarahan mama, aku bersetuju untuk ke sini sahaja.
- 'Honeymoon' la konon..
Aku berhenti di hadapan sebuah kedai cenderamata. Ada sesuatu yang menarik pandanganku. Aku menarik hafez yang berada beberapa langkah dihadapanku.
“Ops.. err..masuk sini sekejap” ujarku lalu melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Cantik cantik cenderamata disini. Aku membelek beberapa gelas yang unik berwarna hitam putih.
Aku perasan sejak melanggkah masuk ke kedai ini kami seperti diperhatikan. Aku memerhati sekilas pada seorang gadis yang turut berada didalam kedai itu. Cantik betul gadis tu, dengan baju merah jambu dan jumperskirt berwarna krim, dia tampak ringkas dan ayu, tapi.. kenapa dari tadi dia pandang ke arah kami.
- Siapa pula ni? Aku kenal ke dia tu..ish, tak ingat la … nak kata pelanggan aku.. entah la, ya lah kot.. well..aku kan terkenal..haha..perasan.
Aku tersentak bila tiba-tiba hafez memaut pinggangku. Aku cuba menolak tetapi bertambah erat pula pautan hafez.
“ kita, ke tempat lain.” Ujar hafez lembut lantas menarik aku keluar dari kedai tersebut.
“Err..achik, susah la nak jalan macam ni,” ujarku kerana tangan hafez masih dipinggangku.
- Psiko ke mamat ni.tiba tiba je..nampaknya tindak tanduk ahli sihir dunia gelap ni sudah tidak dapat dijangka! ish, apa aku merepek ni.
“ Oh. Erm sorry, tak perasan tadi. Fatin kalau letih,balik la dulu..nanti kita jumpa kat sana ya.” Ujarnya segera melepaskan pautan dan terus berlalu.
‘ ish, mamat ni betul ke tidak, bila pula aku cakap aku letih..aku ada cakap ke?’
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
-Musykil aku..tapi bagus juga, aku memang suka jalan seorang..lagi bagus dari jalan ngan mamat psiko tu..
bila 2
Aku menuju ke arah abah dan mencium tangannya, begitu juga mama.
“ kamu tu,nanti ingatkan la abg chik..bawak kereta baik-baik, jangan nak cepat sampai je” pesan abah.
“baik bos” balasku.
“seronoknya orang tu..nak pergi honeymoon.tengok-tengok x lame lagi udah jadi nenek la aku ni” celah mak su yang entah muncul dari mana.
Menyampah betul aku dengan orang tua ni, patut la sampai ke tua tak ada orang berkenan. Kalau bab bergaya bukan main lagi,tapi perangai..hampeh. Selalu je melekat kat rumah ni, macam tak ada rumah sendiri.
“ Achik! Cepat la sikit” jerit aku.
Pap! Terasa bahu aku ditampar. “ Apa mama ni, sakit lah” ujarku sambil mengusap bahu. Yang si hafez ni pun satu, lagi lama dekat sini nanti lebih banyak pula omelan yang aku terpaksa dengar dari mak su.
“dia tu sekarang suami kamu, mana boleh panggil achik lagi” bebel mama. Macam-macam la mama ni.
“ha, betul tu, apalah kamu ni..yang tu pun nak di ajar” celah mak su pula.
“ Wahai suamiku! Cepat lah keluar..isterimu sudah lama menunggu..” jeritku sekali lagi.
“ Ok tak?” soalku sambil tersengih pada mama yang sudah masam mencuka. Tak pasal pasal satu cubitan hinggap di tanganku. Pada masa yang sama , aku lihat hafez sudahpun berada di muka pintu dengan bagasinya.
“Ha, Hafez…banyak tu saja ke barang kamu” soal mama sambil tersenyum pada hafez yang sedang menyarung kasut.
* amboi mama..dengan si hafez ni, bukan main lembut lagi dia cakap. Kalau dengan aku, jangan harap la.
“ Ada lagi ma, yang lain ada dekat rumah mak, nanti hafez singgah rumah mak dulu”
Untung juga aku, kahwin dengan orang dekat, nanti tak payah gaduh pasal balik kampong..macam cerita dalam tv tu. Tapi.. wujudkah perkataan ‘nanti’ tu. Ah, lupakan saja.
*******
Dari mula perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Lagipun aku memang tak biasa sembang sangat dengan hafez ni. Aku cuba memejamkan mata, tapi tak dapat lelap.
Hendak membaca, takut pening.
Aku buka mata kembali dan merenung pemandangan luar, tiada yang menarik. Aku mengalihkan pula pandangan pada hafez. Kelihatan dia tenang memandu.
“Kenapa pandang macam tu?” soal hafez memecah kesunyian.
“Mana ada. Orang tengok kat luar tu..” balasku
“hmm.. kenapa achik tak bawak kereta sendiri” aku cuba mencari topik apabila melihat hafez asyik tersenyum, sedangkan aku sudah tahu jawapannya.
Hafez tidak membawa pulang keretanya dari Terengganu. Dia bekerja di sebuah syarikat petroleum di sana. Kami memang akan tinggal berasingan selepas ni. Aku di kuala lumpur manakala dia di Terengganu. Aku tidak akan sesekali melepaskan pekerjaan aku semata-mata kerana perkahwinan ini walaupun pernah disuarakan mama.
Sebut tentang kuala lumpur, membuatkan aku teringat pada butik, Atie, Jojie, bell dan…
********
Kami tiba di tempat penginapan lebih kurang pukul dua. Cantik juga tempat ni, terdapat dua bilik, ruang tamu dan dapur. Aku melangkah ke dalam bilik yang sederhana besar dan terus menuju ke balkoni. Dari sini aku dapat lihat pemandangan tasik yang tenang. Aku beralih ke katil, seronok juga kalau lelapkan mata sebentar, sepanjang perjalanan tadi aku langsung tak tidur.
Sebaik sahaja aku terjaga dari tidur,jam sudahpun menunjukkan pukul 4.30.aku terus bangun lalu mencapai beg pakaianku mencari tuala mandi.*Dekat mana pula aku letak ni.. pakai saja la tuala yang ada di sini.
Selepas mandi aku bersiap ingin keluar, ada lagi barang yang tertinggal di kereta. Rasanya hafez sudah keluar, kasut dia tak ada. Lantaklah, peduli apa aku dia nak kemana.
Permandangan tasik yang indah membuatkan aku menangguhkan dulu niatku. Aku menuju kearah kerusi yang terletak di tepi tasik. Kenapalah hati aku tak mampu menjadi setenang ini. Bila bersendirian begini, aku tidak dapat mengawal diriku dari mengingati seseorang. Seseorang yang sentiasa dirindui.
Azlan..bagaimana keadaan kau sekarang. Hatiku terasa perit bila teringat hubungan kita berakhir begini. Azlan, maafkan fatin.tepatkah keputusan yang aku buat ni, kalau tepat kenapa aku masih tercari. Perlukah aku lalui semua ini dan yang penting, kenapa aku. Air mataku menitis bila memikirkan aku telah melukakan hati orang yang aku sayang.
“ Kenapa ni? Fatin nangis ke?” soal Azlan tiba tiba.
“ Ha? Mana ada,orang mengantuklah,cerita ni boring” Aku mengesat air mataku. Filem yang ditayang tidak sedikit menarik perhatianku. Berkali kali aku menguap sehingga menitis air mata.
Aku terbayang saat aku bersama Azlan, walaupun kami baru berkenalan setahun, aku berasa senang dengannya. Tidak mungkin dengan mudah aku akan melupakannya.
“ Hai, jauh termenung”
Lamunan ku terhenti bila disapa, terbang semua khayalanku. Hafez mengambil tempat disebelahku. Aku segera mengesat air mataku. Dia tak perasan agaknya.
“hai..” ujarku tidak tahu ingin berkata apa.Aku lihat dia melepaskan pandangannya ke arah tasik kemudian berpaling menghadiahkan senyuman padaku. Wah.. kalau lah beberapa tahun dahulu dia senyum macam ni, sudah pasti aku cair. Tapi sekarang hati aku telah terpaut pada seseorang.
*tapi secara jujurnya, tak tentu arah juga aku bila dia senyum macam tu.hehe..
“ Kak Marni macam mana sekarang ” soalku tanpa berfikir.
Pap! Aku menampar pipiku sendiri bila menyedari aku tak patut membangkitkan tentang itu, kak fiza pun sudah pesan. Apalah bengap sangat aku ni, macam mana boleh terkeluar soalan tu.
“ Err..maaflah kalau..”
“ Dia sihat.. agaknya, tiada apa yang perlu dirisaukan pasal dia, harap dia bahagia dengan pilihannya” ujar hafez memotong kata kata aku.
Ada satu riak pada wajahnya yang sukar untuk aku tafsirkan. Apakah yang dia rasakan sekarang ni. Wajahnya yang pada awalnya tadi agak ceria hilang seri, walaupun dia cuba mengukir senyuman.
“ Dah nak senja ni, jom la” ujarnya lantas bangun.Aku hanya mengekor.
Bila 1
Lamunanku tiba terhenti apabila terdengar pintu bilikku diketuk dan dibuka perlahan.
Hafez berdiri berdiri di muka pintu dengan berbaju melayu dan berkain pelikat. Melihat hafez baru aku tersedar yang aku masih belum menukar pakaian aku. Serasa aku,aku tidak keluar dari bilik ini dari waktu majlis akad selesai.Mungkin kerana terlalu asyik memikirkan bagaimana hari-hari mendatang yang bakal aku tempuhi dan yang penting sekali tepatkah keputusan yang aku buat ini.
Aku bangun lantas mencapai tuala dan pakaianku dan terus ke bilik air.
sewaktu aku keluar dari bilik air,hafez sudahpun lena di atas sofa.penat agaknya.
Aku memperlahankan penyaman udara dan menggantung kemas semula baju pengantinku.
* gila betul aku ni,rasanya akulah satu satunya pengatin yang tidak berperasaan, selalunya orang mesti gembira, kalau tidak pun..ada yang menangis,mungkin dipaksa..aku?
Sebaik sahaja aku ingin melelapkan mata, terdengar hafez memanggil namaku.
“ kenapa? Kalau abang chik nak selimut, ambil tepi tu” ujarku.Malas rasanya ingin membuka mata.
Aku terdengar dia mengeluh.
“fatin..hafez rasa kita perlu berbincang” ujarnya perlahan.
Aku bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk lututku. Aku hanya menanti kata kata seterusnya dari hafez.
“hafez tahu semua ni berlaku secara tiba tiba dan kita berdua sedar akan hakikat perasaan kita”
*engkau tu ahli nujum ke? boleh tahu perasaan aku macam mana.
“hafez rasa, kita sendiri sudah tahu bagaimana kesudahan kita nanti..”
*hah! Entah entah dia ni ahli sihir dunia gelap,boleh meramal masa depan.
“tapi, kalau kita belum cuba belum tahu kan? Hafez rasa kita perlukan ruang untuk mencuba, kalau dalam setahun ni kita masih tak dapat teruskan..maka setakat itu sahaja, macam mana?”
*wah..wah ,dah tahap nak mintak ruang pula ni,memang sah lah dia ni ahli sihir dunia gelap, tapi aku tak takut…aku lah…!
“fatin!”
Mati terus khayalan aku bila hafez menyergah aku sebegitu. Apalah yang aku mengarut ni.
“kamu dengar tak apa yang hafez cakap?”soalnya kembali merendahkan suara.
“Ish, orang dengar la.” Ujarku sambil mengurut dada.Terkejut aku dibuatnya.
“ Hmm, kalau macam tu..baguslah,kamu sambunglah tidur” ujarnya perlahan. *
*Aku tahu nak tidur,tak payah suruh.
Aku sempat memandang sekilas pada wajahnya. Ada kesedihan disitu. Tapi tak perlulah tunjuk di depan aku, cara dia cakap pun macam aku tak kisah dengan semua ni, macam aku tak sedih dengan semua ni. Sedihkah aku? bukankah ini yang pernah aku impikan suatu ketika dulu. Ah, aku tak mahu fikir.
*****
Usai solat subuh, aku mengemaskan tempat tidur. Hafez masih lagi nyenyak di sofa.
*alahai..kenapalah kau hensem sangat. Tapi poyo, entah macam mana mama sayang sangat dengan dia ni.
Aku menguak perlahan daun pintu dan terus menuju ke dapur. Pedih rasanya perutku. Baru aku perasan,dari tengah hari semalam aku tidak menjamah apa apa. Sebaik sahaja melangkah ke pintu dapur,aku dapat menangkap kelibat kak long yang sedang sibuk memasak. Aku meneruskan misi aku mencari makanan.
“hai pengantin baru..awalnya bangun” tegur kak long.
“kak long, bibik mana?” soal ku bagi mengelakkan dari topik yang dia nak buka.
“tengah bagi mandi iskandar, kamu cari apa tu? Kalau lapar ,roti ada la. Nasi goreng tak siap lagi”
Nasib baik kak long tak tanya lebih lebih. Aku mengambil sekeping roti dan terus berlalu disitu bila menyedari saudara saudara aku yang masih berada disini sudah mula sibuk ke dapur.
* baik aku pergi sebelum jadi bahan usikan mereka.
Aku turun ke ruang tamu.kelihatan bibik sedang memakaikan bajunya.
“ Bik, tinggalkan, pergi tolong dekat dapur” ujarku pada bibik lantas menyambung tugas bibik sebentar tadi.
Inilah buah hati aku, Iskandar. Lihat sahaja wajah bersih iskandar, boleh melenyapkan seketika semua masalah aku. Sedang aku leka bermain dengan is,terdengar suara mama menjerit memanggil nama aku. Apa sahaja mama ni.
“Fatin, kamu tak dengar mama panggil ke?” mama kini sudah berada di hadapanku.
“Orang tengah jaga Is la”
“tinggal dia dekat bibik, kamu pergi panggil suami kamu makan” ujar mama
“Bibik sibuk dekat dapur la, nanti dia lapar dia keluar sendiri la” ujarku malas.
Aku memandang mama, kelihatan wajahnya serius, maknanya aku harus mengikut kehendaknya. Aku mengangkat Is lantas kuhulurkan pada mama.
* Ish, ingat dia anak raja kah nak berjemput.
Aku merungut didalam hati sambil melanggkah ke tinggkat atas.
Aku membuka pintu bilik, tapi terkejut aku dibuatnya melihat hafez yang hanya betuala. Hafez juga kelihatan terkejut,mungkin tidak menyangka aku akan masuk.
“Chik, sarapan dah siap” ujarku ringkas lantas melangkah laju keluar dari bilik. Panas muka aku dibuatnya. Mesti merah muka aku, mintak mintak dia tak perasan.
Aku mengambil tempat di meja makan. Lapar betul rasanya, tadi pun hanya jamah sekeping roti. Segera aku mencapai senduk dan mengisi pingganku dengan nasi goreng. Baru aku ingin menyuap nasi,kelihatan hafez mendekatiku dan mengambil tempat disebelahku. Entah kenapa, aku rasa segan pula dengan dia, sedikit pun aku tidak menoleh padanya.
“Fatin, tunggu apa lagi, tuangkan lah air untuk suami kamu tu” ujar mama yang juga berada di sebelahku.
“Ala, kan teko tu ada sebelah mama, mama lah yang tuangkan”
Satu cubitan hinggap di pehaku, mama kalau bab cubit ni dah jadi hobi dia. Aku menurut arahan mama dan menghulurkan secawan kopi pada hafez, dia menyambut dengan senyuman yang aku sendiri tidak pasti maksudnya.
“Wah , malu malu pula pengatin baru ni” ujar mak su aku sengaja ingin mengusik.
*bila masa aku malu , geram aku dengan mak saudara aku yang memang terkenal dengan mulut becok tu, karang ada juga yang kena sumpah dengan aku ni, jadi katak, eh tak, baik jadi peti ais, gerenti tak kecoh lagi.
Sakit hati aku bila menjadi bahan usikan saudara mara aku, tapi aku tetap kena bersabar.. *kontrol jiwa.
Friday, October 17, 2008
Bila (i)
1998
Asrama:
.
“Kak atien! Cepat la.dah lama atie kat bawah ni” jerit atie dari tingkat bawah.
*bising betul atie ni, dah la aku baru balik latihan hoki, itu pun dikira baik aku nak teman.
aku yang baru usai mandi menarik keluar baju kurung ungu kegemaranku dari almari. Bersiap secepat mungkin.
“mana pika?” soalku sejurus melihat atie sedang menantiku di tangga.
“pika ada di pondok jaga, baru nak hantar kad keluar dia” ujar atie sambil menarik tanganku supaya segera berjalan menuju kearah pika yang kelihatan sedang bercakap dengan seseorang di pondok jaga.
Semakin hampir dengan pondok jaga.kedengaran suara ketawa dan diselangi suara syafiqa yang seperti tidak puas hati.Suka benar mereka mengusik si pika ni.*hehe , biasalah tu,aku pun suka usik dia ni .
Aku dapat menangkap satu suara yang dikenali
“Budak kecik, kamu masuk lambat ye tadi, ‘outing’ seorang je tadi?”
Fatin dan atie meneruskan langkah kearah pika.
“ pika, jom” ujar atie.
Semua yang ada disitu diam.*kenapa pulak semua diam, aku ni hantu ke.Pada masa yang sama, hafez azfar yang kelihatan gembira mengusik pika sebentar tadi mengangkat kayu hokinya dan terus berlalu.
“kak atien.. tengok diorang ni, suka-suka kata dekat pika” rungut pika pada aku. Aku hanya tersenyum pada mereka.
“kau orang ni tak mandi-mandi lagi, ish..apa nak jadi.” Sengaja aku ingin mengusik mereka.
“kau tu entah-entah tukar baju je kot.” Ujar adi padaku sambil disokong oleh naim dan reza yang turut berada disitu.
“ kaki kau..” ujar naim tiba-tiba. Namun belum sempat naim menghabiskan ayatnya,aku terus menarik atie dan pika.
“pergi mandi la budak-budak” jerit aku setelah berlalu beberapa langkah.
“kak atien tadi kak amalina cari” ujar atie ketika kami sedang berjalan.aku hanya membiarkan kata-katanya.* huh, mesti tidak ada hal lain punya kak lina cari aku.
Apa dia ingat aku ni ‘posman’ dia ke,tak ada masa aku nak jadi ‘posman karat’ dia dengan hafez azfar. Hafez ni pun satu,kenapalah hensem sangat.Setiap kali lihat muka dia, pasti aku rasa macam nak gila.
Tapi apa yang aku muyskil sekarang, kenapa tiba-tiba dia berubah. Semenjak aku masuk sekolah ni..tak pernah dia nak tegur aku,pandang pun susah.kenapa tidak macam dulu.
Mungkin aku tidak layak, entahlah..tapi aku rasa tak salah kalau aku minat pada dia.
* * *
Aku menyapu minyak angin yang diberikan fizah ke kakiku. Aduh, pedih..sakit..aku menggosok-gosok perlahan tulang keringku yang sudah kelihatan lebam dek penangan kayu hoki si ‘bertuah’ tu. Cikgu Adli pun satu, gemar mengarahkan team perempuan lawan dengan lelaki.mana adil.
Mataku tiba tertanggkap bungkusan yang berada didalam almari ku. *ya Allah.. macam mana aku boleh lupa nak bagi dekat dia. Mama pun satu, suka pesan aku bagi macam-macam pada hafez. Siapa anak dia sekarang,aku atau hafez.Sikit-sikit achik. Huh, malas aku nak fikir. Tapi yang malas itu jugak yang selalu aku fikir
.
“sakit sangat ke?” tiba-tiba atie menyergah aku.
Mati terus khayalan aku terhadap lelaki pujaan aku seorang itu.
Wednesday, August 20, 2008
love [?] 4
Chempaka yang memang terkenal dengan ketamakan dan keinginannya menakluki dunia memang sudah lama menginginkan Cahaya Embun dimana sesiapa sahaja yang memilikinya dikatakan akan menjadi lebih berkuasa. Menurut ramalan, cahaya embun berada pada timur Gunung Ais dan terlindung dari aliran enshorta iaitu aliran udara yang tidak menentu. Memang jelas sekiranya menurut ramalan tersebut yang tempatnya adalah di tengah-tengah istana ini..Menurut Vperak, tempat itu adalah Kolam suci di Wiexora. Sudah beratus tahun cahaya embun dilindung oleh Negaranya..dan itu memang diketahui Kelana sejak dari dahulu lagi namun apa yang menjadi tandatanya sebelum ini adalah pemegang kunci pada cahaya embun. Menurut khabar yang pernah didengarnya dahulu katanya kunci itu berada disebuah negara yang kecil dan jauh dari sini. Tetapi kini..
Kelana mengecilkan matanya, tubuhnya yang sedari tadi kaku bersandar pada pohon yang berada tidak jauh dari kolam suci bergerak sedikit. Tangannya diangkat menghala kearah kolam..
“ Pergi mampuslah!” satu cahaya biru muncul ditelapak tangannya ditujukan kearah kolam. Air kolam berkocak besar seketika sebelum kembali pada asal. Kelana menghelakan nafas berat..Bilakah semua ini akan berakhir. Matanya di pejam rapat..sebolehnya ingin menghilangkan semua tekanan.
“ Kelana fikirkan dhelima ya?” Dhelima yang dari tadi memerhati kelakuan Kelana menghampirinya sebelum turut bersandar di sebelah kelana. Reaksi pada wajah kelana langsung tidak berubah..mungkin dia sudah dapat merasakan kehadiran dhelima.
“ Merepek! bukan ke aku dah pesan,jangan asyik ekori aku” ujar Kelana..matanya masih dipejamkan.
“ Dhelima tak akan mati sebelum waktu..dhelima tak akan tinggalkan Kelana” ujar dhelima. Nadanya berbeza dari sebentar tadi namun dia tetap tersenyum.
“ Apa yang kau merepek ? sudahlah. Aku tak ada masa melayan kau” Kelana agak terkejut dengan kata-kata dhelima. Dia memandang kearah dhelima yang masih tersengih sebelum berdiri. Takkan dhelima dah tahu..
“ Dhelima tak pernah menyesal dengan semua ni..malah dhelima rasa bangga kerana diberi kepercayaan sebagai kunci pada cahaya embun” tenang dhelima menuturnya walaupun tiada senyuman terukir dibibirnya seperti selalu.
Niat kelana untuk terus beredar mati disitu.Tidak disangka langsung dhelima sendiri turut mengetahui tentang hal itu.. bermakna hanya dia seorang sahaja yang tidak tahu selama ini. Dia diberitahu pun apabila tentera chempaka ingin bermusuh dengan negaranya kerana mendapat tahu lokasi kunci serta cahaya embun. Kalau tidak mungkin sampai sekarang dia masih tidak diberitahu..
“ Dhelima yakin dengan adanya cahaya embun, kita dapat tewaskan chempaka” tambah dhelima bila Kelana masih bisu memandang kearahnya.
“ Urusan negara ni tiada kaitan dengan kau. Orang luar tak berhak campur!” Tegas Kelana. Dia kemudian mula mengorak langkahnya untuk meninggalkan tempat itu..
“ Waa..kelana takut dhelima tinggalkan kelana ye? Dhelima tahu, kelana sayangkan dhelima. Comelnya!” Dhelima berlari mendapatkan Kelana yang sudah beberapa langkah meninggalkannya.Lengan kelana dipaut erat, kepalanya sengaja disandarkan pada bahu kelana seketika.
“ Untuk kelana” dhelima menyemat origami berbentuk beruang ke poket di dada Kelana tanpa menghiraukan wajah serius kelana kemudian dia melepaskan pautannya sebelum terus berlalu dari situ.
“ Gila”
love [?] 3
Entah kenapa kerusi yang sedang di duduknya terasa begitu tidak selesa. Semalaman Kelana tidak dapat melelapkan mata bila mendapat tahu Tentera Chempaka kini benar-benar tekad ingin mengistiharkan musuh. Kini..satu lagi perkara membuatkan fikirannya sesak. Bilik bacaannya yang hanya tinggal dia, Wirata dan Vperak sunyi dan tegang selepas Vperak selesai memberi penerangan. Bunyi kerusi yang digerak Kelana memecah sunyi. Wirata dan Vperak masih tertunduk menanti kata-kata seterusnya dari Kelana. Kelana yang sudah berdiri mencapai pedangnya yang sedari tadi berada ditepi meja lalu disisip kemas kepinggang. Jarinya menguis rambut depannya sekali..sudah menjadi kebiasaannya barangkali.
“ Dia hanya orang luar. Dia tak berhak ikut campur urusan negara ni. Ini keputusan Beta, dan ia muktamad!” ujar Kelana membuatkan Vperak tersentak. Riak wajah Wirata turut berubah namun hanya seketika sebelum dia kembali mengukirkan senyuman nipis.
“ Tapi Yang Tertinggi, Puteri Dhelima..” Kata-kata Vperak mati disitu bila Kelana sudahpun melangkah keluar dari bilik bacaan. Inilah Kelana yang dikenali sejak kecil, keras kepala dan susah berundur bila sudah membuat sesuatu keputusan namun tidak pernah menghampakan semua. Tetapi keputusan Kelana kali ini benar-benar membuatkan Vperak bimbang. Segalanya bukan setakat membabitkan keselamatan negara..malah bumi sendiri. Vperak masih lagi kaku didalam bilik bacaan.
*******
“ Kau berdua tolong biarkan beta sendiri” tanpa berpaling Kelana menutur perlahan namun cukup tegas sebaik sahaja keluar dari bilik bacaan. Wirata yang baru memulakan langkah untuk mengekori Kelana segera mematikan langkahnya kemudian berpaling kebelakang. Dhelima sekadar tersengih bila menyedari langkahnya dikesan Kelana dan wirata. Kelana meneruskan langkahnya..destinasi yang terlintas di fikirannya hanya satu iaitu Wiexora.
“ Selalu macam tu.. ingat macho sangat la dia buat macam tu..kan wi~wi?” ujar dhelima dalam nada sedikit berbisik pada wirata sebaik sahaja Kelana hilang dari pandangan. Wirata tersenyum mendengar soalan dhelima sambil tangannya pantas mengosok-gosok kepala Dhelima.Serabut jadinya rambut dhelima yang masih pendek seperti dahulu.
“ Ish, habislah rambut dhelima!” Dia menjarakkan dirinya dari wirata bagi mengelakkan terus diperlakukan sebegitu. Wajahnya sengaja dikelatkan.
“ Nanti bila Dhelima rasmi jadi permaisuri siaplah wi~wi!”
“ Sekali lagi puteri panggil wirata macam tu, siaplah” ujar wirata sebelum berlalu tanpa menghiraukan ugutan dhelima.
love [?] 2
Dhelima. Dalam perjalanan yang lepas, Ratu Melati singgah di sebuah kepulauan kecil yang dikatakan telah diserang oleh tentera chempaka yang memang menyimpan dendam terhadap kepulauan tersebut. Niat Ratu ingin membantu tidak kesampaian kerana semuanya telah musnah sebaik sahaja Ratu tiba di sana. Istana besar Raja Dhopelis turut musnah, namun dhelima bernasib baik bila Ratu Melati menyedari dia sedang bersembunyi disebalik timbunan runtuhan istana.
‘ Puteri Dhelima..satu-satunya yang terselamat dari serangan tentera chempaka..macam tidak percaya..pastinya ada sesuatu tentang dirinya..dan yang paling tak disangka..dia adalah perempuan..’ Detik hati Kelana. Langkahnya dihentikan tiba-tiba.
“ Boleh tak kalau berhenti dari mengekori aku!” Kelana memejamkan matanya seketika sambil menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan. Kakinya meneruskan langkah semula dengan harapan tidak diekori lagi. Namun tanggapannya meleset...
“ Stop bugging me!” ujar Kelana lantas berpaling ke belakang. Matanya tajam memandang kearah pohon sakura yang sederhana tinggi. Kelana sedari tadi sudah menyedari dhelima yang asyik mengekorinya kesana kemari.
“ Peace!” Dhelima yang bersembunyi disebalik pohon sakura menampakkan wajahnya sambil menayangkan dua jarinya. Bibir mengorak senyuman manis menampakkan baris gigi yang tersusun elok. Setelah melihat kelana yang tidak memberi sebarang reaksi, Dhelima mula melangkah menghampiri Kelana.
“ Pergi.” Ujar kelana sepatah sebelum berpaling darinya. Apa yang budak ini fikirkan, kenapa dia masih mampu tersenyum.. Kenapa dia masih boleh sebegini gembira setelah apa yang dia tempuhi. Kelana sungguh tidak dapat memahaminya..siapa sebenarnya kau puteri dhelima.
“ Marilah main dengan Dhelima” ujar dhelima yang kini cuma selangkah dibelakangnya.
“ Aku tak ada masa untuk semua tu..banyak lagi perkara penting yang dapat aku selesaikan dari buang masa bersama kau” ujar kelana tanpa berpaling pada dhelima.
“ Urmm..biar dhelima ajar kelana buat origami..marilah” Dhelima melangkah setapak kehadapan, tangan kelana diraihnya sambil menayangkan wajahnya yang masih tidak lekang dengan senyuman.
“ Boleh tak kau hilang dari pandangan aku sekarang?” Kelana merentap tangannya lantas memulakan langkah meninggalkan dhelima.
“ Tapi..bonda kata nanti Dhelima akan jadi permaisuri Kelana!” ujar Dhelima mematikan langkah Kelana yang ingin segera jauh darinya.
‘ Bodoh ! siapa yang nak kahwin dengan kau’ detik hati kelana sebelum meneruskan langkahnya.
Tuesday, August 19, 2008
love [?] 1
Pagi ini sama sahaja seperti hari-hari yang lain..Kelana melemparkan pandangannya melalui jendela. Rambutnya yang berwarna kuning keemasan dibiarkan sahaja ditiup angin. Tidak sedikit menjejaskan walaupun hampir menutup matanya. Pandangannya menyorot pada tiga orang kanak-kanak yang sedang leka bermain di bawah..sekali-sekala mereka di marahi ibu mereka yang sedang sibuk menjemur tepung. Sudah pastinya itu adalah dari keluarga merah yang telah menumpahkan janji setia kepada nenek moyang kelana sebagai ketua dapur.
‘ Huh! Budak-budak. Memang tidak pernah serius’ detik hati Kelana. Matanya dipejam rapat.
“ Yang Tertinggi Kelana, sarapan sudah sedia” ujar wirata mematikan khayalan kelana. Wirata merupakan orang kanan Kelana semenjak dia ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya yang mangkat dua tahun lepas. Dua tahun lepas, Kelana yang baru berumur lapan tahun menganggap disitulah berakhirnya zaman kanak-kanaknya. Untuk memikul tanggungjawab sebesar ini, dia tidak perlu ragu untuk berkorban lebih dari itu. Dia perlu lebih serius untuk meningkatkan kuasanya bagi melindungi negara dan rakyat.
Sarung tangan putih yang semenjak tadi dipegangnya disarungkan ke tangan. Pedang diraja yang tersemat dipinggangnya dikemaskan. Anak mata yang berwarna hijau kelihatan bercahaya memandang kearah wirata yang setia menantinya. Wirata sekadar mengangguk sambil tersenyum. Di dalam hatinya, dia amat mengagumi Kelana.
Kelana melangkah kemas sambil diiringi wirata menuju ke Carosa iaitu ruang santapan diraja. Tiba sahaja di pintu Carosa..dua orang pengawal sedia untuk bukakan pintu. Riak wajah kelana berubah sebaik sahaja pintu dibuka. Satu susuk tubuh yang berada dihadapannya kini benar- benar tidak disangkanya. Ratu Melati yang cukup cantik dengan rambutnya yang berwarna merah jambu panjang mengurai separas pinggang serta pakaiannya yang bertatahkan intan tersenyum manis.Dahi kelana dikerutkan, setapak diundurnya ke belakang..seperti tidak dapat menerima dengan apa yang dilihatnya.
“ Wah! My little bunny..rindunya bonda!” Ratu melati berlari kearah kelana yang kelihatan seperti ingin berlalu dari situ. Satu pelukan erat diberikan pada kelana membuatkan dia lemas. Kelana menjeling kearah wirata yang hanya memerhati sambil tersenyum dari tadi.
“ bonda..!” jerit kelana bila bondanya tidak berhenti memeluk dan menciumnya. Rimas rasanya bila diperlakukan sebegitu.
“ Comelnya..mari bonda kenalkan dengan seseorang” ujar Ratu tanpa menghiraukan Kelana yang wajahnya merona merah akibat menahan marah dan malu diperlakukan begitu.Ratu melati mencubit pipi anak kesayangannya itu. Pelukan direnggangkan kemudian memaut bahu Kelana sebelum menariknya masuk ke dalam carosa.
“ Maaf Yang tertinggi..patik terlupa untuk beritahu tentang kepulangan ratu” ujar wirata masih tersenyum sebaik sahaja Kelana mengambil tempat di meja.
Sudah menjadi kebiasaan bagi ratu melati untuk ke luar dari istana kerana sebahagian daripadanya merupakan diantara tugas seorang ratu..tetapi pada hakikatnya sudah menjadi keghairahan baginya untuk melancong dan belayar.
Meja yang sepanjang empat meter itu memisahkan tempatnya dan Ratu membuatkan Kelana berasa sedikit lega. Biasanya dia hanya bersarapan sendiri disitu kerana bondanya jarang sekali berada di istana..tetapi hari ini lain pula bila terdapat orang lain bersama mereka. Kelana memandang sekilas seorang budak yang berada hampir dengan bondanya. Rambutnya berwarna putih tetapi mempunyai jalur biru ditepi, dari segi pemakaian..memang sah budak itu adalah lelaki.
“ Pochi pochi..kenalkan, ini Dhelima” Ratu melati memandang ke arah Kelana sebelum berpaling kearah Dhelima .
“ Stop calling me that!” Kelana menahan sabarnya. Rimas rasanya bila diperlakukan seperti budak-budak tambah pula dihadapan orang.
“ Baiklah..my panda” ujar ratu sambil tersenyum menambahkan rasa sakit hati kelana. Pisau dan garfu yang berada ditangannya diletak sebelum menganjakkan kerusi yang diduduknya. Kelana lantas berdiri tanpa memandang kearah bondanya. Namun, baru selangkah sahaja dimulakan, langkahnya mati disitu. Matanya terpana kearah pemaidani yang sedikit terbakar akibat suatu cahaya merah yang hampir terkena padanya. Kelana menghelakan keluhan berat. Tangannya menguis rambut yang terusik dek angin yang tempias dari kuasa cahaya itu. Dia menjeling kearah Ratu Melati yang masih sedia tersenyum. ‘ Orang tua ni nak bunuh anak sendiri ke’ detik hati Kelana mengenangkan sikap bondanya yang tidak pernah berubah dari dulu.
“ Mari sini sayang.. bonda kenalkan dengan bakal tunang kelana” Ratu Melati menarik kelana menghampiri Dhelima yang sudah berdiri tidak jauh dari mereka.
‘ Tunang! Apa semua ni..tidakkah semua ni terlalu awal..d..dan.. bukankah budak tu lelaki!’ Detik hati Kelana..dia berundur setapak,peluh sejuk didahi mulai terasa mengalir ke pipi.
Monday, June 23, 2008
corruptio
Nama aku Mat Corruptio..tapi orang kampung panggil aku mat korap. Mak aku yang kasi nama ni sebab dia terlalu obsess dengan cerita latin sedangkan dia sendiri tidak tahu maksudnya. Aku pun tiada masa nak ambil tahu tentang nama aku walaupun nama yang sama itu berada di dalam surat beranak, kad pengenalan, dan yang terbaru..baru semalam aku perbaharui Mykad aku.
Mak selalu pesan..jangan pandang orang dari luaran, tengok macam aku..dengan kelulusan setakat SRP aku kini seorang wakil rakyat. Bukan nak bangga tetapi sudah kenyataan..
‘Mat korap baik.. dia selalu tolong orang’
~ bulan lepas aku agihkan bantuan untuk mangsa banjir.. tapi duit itu terlalu banyak pula..kalau aku bagi kesemuanya takut mereka membazir pula..baik aku simpan separuh. Membazir kan amalan syaitan..
‘Mat korap baik..tak lupa kawan'
~ minggu lepas aku jumpa kawan lama aku.. tak sangka pula sekarang ni dia sudah jadi kontraktor sedangkan dahulu SRP pun tak lepas.Lainlah aku. Katanya kami kawan baik dan dia sudah anggap aku seperti saudara sendiri. Apa salahnya, projek membina dan menyiapkan jambatan kg kopi bukan apa sangat jika nak dibandingkan dengan persahabatan kami. Aku tidak mahu dikatakan seorang yang mudah melupakan kawan ketika senang.
‘Mat korap baik..tak pernah kecewakan orang’
~ semalam tauke Leong jumpa aku.bukan ada perkara besar sangat pun. Dia mahu ajak aku buat bisnes. Alah..setakat tebang sepuluh dua batang balak dari hutan simpan tu bukan terjejas pun hutan yang seluas 446,000 ha. Tauke Leong bagi aku hadiah..tapi bukan rasuah tau..Aku terima sebab tidak sampai hati nak kecewakan dia
‘Mat korap baik..dia tidak marah walaupun difitnah’
~ Hari ini ada polis berjumpa dengan aku..katanya aku ditahan kerana rasuah. Polis tu baik..dia kata dia sendiri tidak sangka orang sebaik mat korup dituduh sebegitu..tak apa, jangan risau..aku kan baik..aku confirm esok aku akan balik ke rumah semula..menjalani kehidupan seperti biasa..bersama kawan dan orang yang sentiasa sayangkan aku..
MAT KORAP BAIK..
Hihi..ntah apa yang aku merepek ni kan..Apa apa pun aku suka lagu ni..lagu dari ‘one buck short’
Kelibat Korupsi
Verse 1:
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam
Chorus:
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!
Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta Cari makan mereka kata
Dikir Barat:
Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus Kerja sama
Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh Depa pijak
Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini Buat rosak
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus KORUPSI!
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus KORUPSI!