9th BITE: MANIS MANIS SI CARAMEL MACCHIATO
Seratus lima puluh gram kafein ditambah susu tanpa lemak menghasilkan seratus Sembilan puluh kalori sebaliknya jika ditambah susu penuh krim kalorinya mencecah dua ratus tujuh puluh. Campur lagi whip cream dengan minuman yang sejuk ni memerlukan kita menambah lagi seratus sepuluh kalori. Caramel Macchiato oh caramel macchiato. Aku memusing- musing bekas minuman yang baru sahaja aku beli dari kafe sebelum masuk pejabat tengah hari ni. Hurm.. 190 tambah 110.. sama dengan 300.. waa.. tiga ratus kalori bakal ditelan. Aku mula mencongak.. berat aku 50 kg.. aaa.. maknanya.. tenaga yang aku perlu untuk bakar kalori bagi secawan caramel macchiato ni sama dengan.. tenaga memberus gigi atau bermain piano hampir seratus lima puluh minit. Oh, tidak.. gym! Ya, gym.. dah dua hari aku ponteng ke sana.. harini wajib!
Okay cukup dengan ilmu hisab kertas dua sebagai ni, baik aku sambung kerja sekarang. Malam ni.. bertapa dekat SV macam selalu, agaknya ada lagi tak si Zara tu? Grrr.. semalam aku rasa memang kerja dia la, kalau tak siapa lagi. Dengan senyuman kejam dia tu.. memang sah dia yang sorok kunci kereta aku bawah permaidani tu. Berpeluh aku cari.. Hurgh.. harap- harap si malapetaka Zara tu tak ada la dekat cake house hari ni. Eh, macam mana pula? Dah memang dia tinggal dengan Melati pun dekat situ. Ish.
***
From:
SweetVille CakeHouse
Subject:
New Batch Schedule for Our Cake House Fun Baking & Pastry Program.
“ SweetVille cake house..” Ujarnya sendiri sambil menghalakan anak panah untuk membuka e-mail yang datang dari SV. Rasanya cukuplah berapa tahun ni dia berdiam tanpa khabar. Putus terus hubungan dengan mereka semua. Masing- masing tambah dewasa, masing- masing mampu berfikir. Tak sudah kemana dibawanya rajuk.
“Intan..! makan..!” Suara ibu saudaranya yang memanggil dari dapur menghentikan aktiviti otaknya yang sebentar tadi sibuk mengulang tayang memori lepas.
“Coming” Rambut yang tadi dibiarkan lepas diikat kemas kemudian bangkit melangkah pantas ke dapur.
***
Kalaulah kan.. dalam alam realiti ni, ada muzik latar macam dalam filem atau drama bersiri yang kita tengok tu kan.. aku rasa muzik latar aku sekarang.. hmm.. aku nk letak muzik si pink phanter tu. Tengah misteri ni.. Aku memandang sekitar cake house, memerhati.. kalau ada kelibat Zara. Hmm… tak ada. Okay.
Misi setakat ni lancar, kawasan selamat tiada ancaman. Aku tersenyum sendiri sebaik tiba di tempat pertapaan. Tempat aku ni pun selamat dari sebarang jajahan. Senaskah buku kisah penyiasatan sudah sedia ditangan. Misi seterusnya cuma pesan makanan!
“Strawberry milkshake! On the house”
Eh, aku belum sempat pesan lagi.. Zara ?! Aku memandang kearah Zara yang bersimpuh dihadapan sebaik meletak gelas berisi strawberry milkshake yang agak menggoda. Siap boleh nampak hirisan strawberry segar lagi. Aku mengerutkan dahi, memandang hairan kearah Zara yang tersenyum simpul. Apa bencana pula dia bawa hari ni..
“Minum la.. Zara belanja” Ujarnya sambil menolak gelas tadi lebih dekat dengan aku. Lagi lah pelik.. Boleh percaya ke dengan muka comel dan senyuman kejam budak ni? Entah- entah ditaruknya julap dalam ni, teraniayalah aku jawabnya. Haa.. julap tahan lagi, buatnya racun. Ish, jangan harap aku nak minum. Aku tak akan tertipu ya, budak kecil.
“Jangan risau lah.. Zara tak letak racun pun.. sebenarnya zara nak minta maaf pasal semalam, so.. zara belanja Kak Shikin air ni..” Tambahnya lagi melihat aku tidak menunjuk tanda- tanda berminat untuk terima pemberiannya. Huh, memang aku dah agak.. semalam tu memang kerja dia.
“Semalam?” Aku berpura tidak tahu. Grrr.. dia punya pasal, tungging terbalik aku cari kunci kereta semalam. Kelam- kabut, berpeluh semua cukup semalam. Ingatkan betul hilang.
“Pasal kunci kereta tu.. alah, zara saja nak bergurau dengan Kak Shikin.. Kak Shikin tak marah kan?” Soalnya. Hush..tak lah.. ma…na ada aku marah. Aku memang suka aktiviti menyihatkan badan macam tu.
“Aa..” Ayat aku terhenti disitu sebaik melihat Anas menghampiri kami.
“Choc Orchidée” Aku berpaling ke sebelah. Giliran Anas meletak piring berisi Choc Orchidee yang aku rindui. Waa.. rezeki aku hari ni.. makan minum orang belanja. Macam tahu je yang aku memang mengidam benda ni. Semangat dia ajar aku buat dulu, tak juga aku reti buat benda ni.
“Tapi I tak order lagi..” Cheh! Aku ni.. buat- buat tanya.. padahal suka bukan main. Aku memandang piring berisi choc orchidee itu. Waah.. aku boleh nampak kelopak..kelopak bunga terapung disekitar kek yang sedang besinar sinar. Walaupun fantasi semata- mata.. tapi itulah bayangan godaan yang datang dari Choc Orchidee kesukaan aku ni.
“Alah.. kami belanja.. Kak Shikin makanlah” Sampuk Zara sementara aku lihat si Anas turut mengambil tempat di meja bersama tanpa dipelawa.
“Yeah.. please. Enjoy your meal” Tambah Anas tanpa memandang aku. Headphonenya sudah siap ditarik menutup telinga, Macbook miliknya ditarik dari bawah meja dan dibuka. Eh, memang ada dekat situ ke dari tadi? Kenapa aku tak perasan pun.. Waa.. nampak gaya macam misi aku hari ni separuh gagal. Dia macam ada niat nak duduk lama dekat sini. Ish, makin lama tempat aku ni makin tak tenang.
“Yup, minum dulu” Zara menolak gelas kehadapan aku entah untuk kali keberapa. Aku memandang ke arah Zara yang dari tadi beria menyuruh aku minum, kemudian beralih memandang Anas. Pandangan bertaut secara tidak sengaja segera aku alihkan. Tanpa berfikir aku menarik gelas berisi strawberry milkshake pemberian Zara tadi. Seteguk mengalir laju ketekak. Kepala aku terasa bengang tiba- tiba, lidah dan tekak rasa macam dicucuk.. mata pula kabur dengan air mata. Urgghhhh…! Apa ni?! Kedua belah tangan aku tekap ke kepala sampai rasa bengang hilang. Gila minah ni.. dia letak apa dalam air ni? Aku mengesat air mata dengan selendang. Aduh la.. apa malang sangat nasib aku.
“Shikin? Kenapa?” Soal Anas. Dia memandang aku dengan wajah serius. Mana tidaknya.. reaksi aku tadi macam orang sakit kronik pun ada. Tapi serius memang bengang kepala.
“U-Huh..” Aku menggelengkan kepala. Haduh.. berapi rasanya tekak aku. Aku memandang kearah Zara yang nyata sedang menahan tawanya. Haish.. aku bunuh juga budak ni nanti.
“Sorry lah.. tak tahu pula Kak Shikin tak suka wasabi” Ujar Zara dalam senyum simpulnya.
“Wa.. wa.. wasabi?!” Mata aku membulat mendengar kata katanya. Dia letak wasabi dalam air ni? Padanlah. Grrr.. memang tak lama dah budak ni.
“Zara.. temankan Mel beli barang sekejap” Melati muncul menyelamatkan keadaan. Nasib la Melati datang.. kalau tak memang aku siapkan budak ni dekat sini juga.
“Ala… Zara baru nak mesra dengan Kak Shikin” Zara memberi alasan.
“Jangan nak ‘ala..’ sangat, jom!” Ujar Melati sambil menarik tangannya.
Banyaklah kau punya mesra! Pergi.. pergi cepat sikit. Mahu bertukar jadi makhluk lain juga aku ni kalau lama lagi dengan budak ni.
“Wasabi…” Anas ketawa sebaik meluahkan perkataan tu. Aku menjeling kearahnya. Oo.. gelakkan aku.. Separuh mati aku tadi tahan penangan Strawberry Milkshake berwasabi, dia boleh gelak.
“Why don’t you try” Ujar aku sambil mengetap gigi, menahan rasa geram. Gelas yang tadi dihadapan aku, aku tolak kearahnya.
“No, thanks.. I tak suka susu campur strawberry..” Balasnya bersahaja. Tawanya tadi diganti senyum.
“Habis tu, you ingat I suka susu campur strawberry campur wasabi?” Soal aku masih dalam nada geram. Kali ini makin lebar pula senyuman si seram ni. Aku cakap serius.. dia boleh senyum..
“Patutlah si Zara tu beria sangat nak makan sushi siang tadi..” Ujar Anas perlahan tanpa menjawab soalan aku. Dia kembali menatap skrin dihadapannya. Aku menjeling sekilas kearahnya sebelum mencapai buku yang dari tadi aku abaikan.
“I mintak maaf bagi pihak Zara..” Ujar Anas.
“Hmm..” Balas aku, berpura mula khusyuk dengan helain buku yang baru diselak. Iya lah.. padan sangat kau orang adik- beradik ni.. haritu si Melati mintak maaf bagi pihak Zara.. ni mamat ni pula. Haih.. mesti seronok kan.. ada adik beradik, tak macam aku.. sendiri buat salah.. sendiri tanggung.. tak ada pun orang nak tolong mintak mintak maaf semua ni.
“Makanlah.. dah habis nanti boleh top-up, tak ada dalam menu pun.. So, banyak lagi lebih dekat dapur tu” Anas menarik buku dari pegangan aku kemudian menolak piring Choc Orchidee.
“Kejap lagi I makan lah” Balas aku sambil mencapai semula buku dan segera membelakangkan Anas. Muka aku terasa kebas.. pastinya darah mula berkumpul dekat muka. Ala… macam mana aku boleh tak perasan yang aku pegang buku terbalik tadi.. Ish.. malu lah macam ni. Tak nak.. tak nak.. sumpah aku tak nak pandang muka dia dah sepanjang malam ni, eh tak, sampai esok.. tak.. tak.. sampai bila- bila pun tak apa.
zara jahatttt...
ReplyDeletesian shikin hhuhuhuhuh
anas pon saje je tumpang gelak..
nasib baik mel angkut si zara cpt2..kalo lg naya..
hahahaa..
ReplyDeletezara ni tatau lah dia nakal atau jahat.
hurrrm.
W.A.S: hehee..kan..=P
ReplyDeleteZatie: hurm..x lame lagi tawu la tu.. hehee..
i like anas..hehe...zara so jahat tau kenakan shikin cm tu..huhu
ReplyDeletehahah~*
ReplyDeleteApa zalim tahap cipan pi bagi campuran wasabe...hahaha.. oren ni ada jiwa 'pembunuh' gak ek hahahaa
ReplyDeleteHahahaa! ade la sikit kak~! =)
ReplyDeletesukesuke..;))
ReplyDelete:) oren pon suke kalo cik Anonymous suke~hehee
ReplyDeletealaaa dah habis..
ReplyDeleteteramat la suka cite neyh....
huhuh
esok.. new entry.
ReplyDeleteglad that u love it.
cik permaisuri hati~*