ETIMOLOGI KOPI SERTA RESEPI SI BARISTA
Lima, lima puluh minit pagi..lengkap empat jam dua puluh tiga minit dari waktu aku masuk tidur. Empat langkah dari katil ke pintu, dua belas langkah dari pintu..dan sekarang aku di dapur. Panaskan susu untuk mengalas perut sebentar lagi sebelum bersiap untuk ke pejabat. Hmm.. itulah antara rutin yang tersenarai diantara rutin-rutin harian hidup aku.
Setakat ini, aku tak mempunyai sebarang masalah dengan rutin dan cara hidup aku. Masalah kerja tu biasalah kan. Hidup ni kalau imejan dengan makanan, perlu resepinya. Bijak mencampak rempah cantik la hasil ratusnya kan. Err.. lapar la pula bila sebut pasal makanan ni.
Hurm.. makanan oh makanan.. Aku bukan chef atau the super surirumah type tapi kalau orang tanya macam mana nak menghasilkan resepi yang dapat selesakan tekak dan semestinya mengenyangkan, aku tahu! jawapan aku mudah sahaja. Hanya dua ramuan utama aku:
1-My pinky purse
2-My honey Mini Cooper
Mudah kan? Itu je la pun resepi aku. Ada duit dan dengan adanya faktor mainan teknologi yang membolehkan kita bergerak kemana sahaja dengan lebih mudah… Maka dapatlah apa yang aku nak.
Bercakap tentang makan..hmm..makanan merupakan salah satu obsesi aku. Enthusiasm! Selain dari kerja aku. Satu lagi fakta tentang aku..bukannya aku tak tahu memasak cuma mungkin belum punya peluang untuk itu (alasan..). Hidup aku semakin hari semakin sibuk dan menjadi bertambah-tambah sibuk bila daddy dengan penuh yakin menyerahkan Fountain Consultancy pada aku. Anak syarikat daddy yang baru nak merangkak mencari tempat mengukuhkan kedudukan. Aku tahu masih jauh perjalanan Fountain Consultancy tapi aku yakin aku mampu menggalas kepercayaan yang diberi daddy.
Berbalik pada makanan, aku cukup gilakan susu dan kek. Nasib baiklah figura aku tak dipengaruhi oleh tabiat pemakanan yang melampau. Kesihatan masih keutamaan aku. haha.
Disebabkan kek, aku jatuh cinta dengan SV! Apa itu SV?. SV atau nama sebenarnya Sweet Ville cake house, sebuah kafe istimewa, sangat- sangat istimewa yang dibuka 24-7 yang menjadi tempat pertapaan aku setelah seharian bekerja. Sebuah cake house yang bersinar sinar.. dinding bertatahkan batu permata pelbagai warna.. lantainya ditatang awan berwarna merah jambu.. dan percikan bunga api berwarna warni sentiasa dapat dilihat dari puncak menaranya. Ops.. maaf, itu sekadar bayangan untuk menggambarkan betapa aku sukakan cake house tu. Maaf sekali lagi atas perbandingan melampau tersebut.
Anyway.. ini kisah aku.. kisah Sweet Ville..kisah dia dan mungkin senarai baru dalam rutin hidup aku atau mungkin juga kisah ramuan baru untuk resepi aku. Siapa tahu kan? Semuanya kerana CAKE HOUSE yang satu ni.
oren ! hilang mana haa?
ReplyDeletehaha..
next2.
ops.
ReplyDeletehahah.
tomorow oren post next chapt
lame tak post entry..pergi bertapa kt ne?hehe..btw rindu nk bace cite bila..hehe
ReplyDeleteAhah. my bad. khikhikhi..
ReplyDeleteBila o Bila..
we'll see kalo kalo bleh buat Bila II ;)
:)
ReplyDelete;P
ReplyDelete