~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Thursday, June 2, 2011

Cake House 22




21st BITE: CHEESECAKES! DESPITE THEIR NAME..AREN'T REALLY CAKES AT ALL*


Enam lima puluh pagi.. dalam bahasa lainnya, lagi sepuluh minit sebelum pukul tujuh. Selesai mengeringkan rambut, aku bergerak ke tingkap bilik Melati yang menghadap laman tepi SV. Melati awal lagi sudah lesap. Ke dapur SV la tu, mana lagi kan. Malam tadi, senang pula aku tidur walaupun banyak perkara yang merunsingkan. Penat sangat agaknya. Aku menyelak langsir sedikit, mengintai permandangan di luar. Huh? Intan datang? Dia kan sepatutnya cuti hari ni.. awal betul dia sampai. Apa la yang dua budak tu bualkan ya. Hmm.. seronoknya orang bercinta.. Aku memerhati Anas dan Intan seketika sebelum beralih semula, bersiap untuk keluar.

***

Selesai sarapan, aku terus turun tanpa menantikan yang lain. Aku perlu pulang ke rumah, kemudian mungkin ke pejabat sekejap. Sedap juga nasi lemak si Intan tu bawa. Tengoklah, orang disekeliling aku semuanya hebat memasak.. jadi mereka ini boleh ditambah masuk dalam senarai resepi aku selain duit dan pengangkutan. Ala.. macam aku pernah cakap dulu, rahsia resepi makanan yang enak untuk aku.. adanya duit..adanya pengangkutan, dapatlah apa yang aku inginkan. Kini, aku tambah pula dengan sahabat- sahabat yang hebat.

“Shikin, sekejap” Tangan aku ditarik dari belakang kemudian dibawa kebahagian tepi tangga yang agak terlindung. Aku memandang Intan, hairan. Intan membalas pandangan aku dengan mengangkat kedua belah keningnya. Spontan aku mengulang apa yang dilakukannya. Apa hal pula dengan budak ni? Nak ajak aku senaman muka pula pagi- pagi ni.

“Petang esok..” Intan akhirnya bersuara.

“Petang esok?” Aku menyoalnya. Bingung seketika.

“Ala.. petang esok.. program kita tu, jadi kan?” Soalnya. Aku mengambil masa beberapa saat sebelum berjaya menangkap apa yang ingin disampaikan Intan.

“Oh.. pasal tu. Ini Shikin lah.. mesti la jadi, kita jumpa dekat sana macam yang kita rancang sebelum ni, okay” Balas aku sambil menepuk bahunya beberapa kali. Aku lihat Intan tersenyum.

“Thanks Shikin!” Tanpa amaran, Intan menarik kedua bahu aku. Dipeluknya aku erat. Terkejut aku dibuatnya.

“Err.. don’t mention it” Ujar aku sedikit tersekat kerana cuba bertahan dengan pautan Intan yang agak kuat. Isk.. budak ni nampak sahaja halus, tapi tenaga.. urgh. Budak ni berniat nak rapuhkan tulang aku agaknya.

“Thanks..” Ujarnya sekali lagi sebaik melepaskan pautannya. Fuh.. lega aku. Lagi lama.. mahu terasing semua tulang aku. Aku membalas ujarannya dengan senyuman. Aku menggosok lengan yang masih terasa kesan tenaga si Intan itu.

“Intan.. tak ramai kawan, sebab Intan ni jenis susah nak percaya dengan orang..tapi kan.. dari kali pertama jumpa Shikin, Intan rasa.. Intan nak percayakan Shikin. Kita terus jadi kawan ya” Ujarnya. Matanya sedikit berkaca sementara bibirnya masih mengukir senyuman. Aku menggaru kepala, tidak tahu apa yang hendak dikata bila di dalam situasi seperti ni. Kenapa pula nak percayakan aku? Buat aku rasa terbeban lagi ada la. Hmm.. apa- apa sahaja lah.

“Iya lah. Hmm.. esok tak ada kelas kan.. so, sebelum gerak, I kasitahu you dulu”

***

Sampai dipejabat, Raudah sudah sedia menanti aku disitu. “Sorry Raudah, tiba- tiba suruh you datang. Terpaksalah you cancel your date dengan husband you kan” Ujar aku pada Raudah.

“Date? Tak adalah.. dari rumah tadi ni.. tak ada buat apa pun hari ni” Balasnya sambil meletakkan kesemua fail diatas meja perbincangan. Iya lah sangat Raudah ni, tak pernah- pernah datang pejabat dengan make- up dan baju macam ni.. kalau bukan dating, ke mana lagi.. dari rumah la sangat.

“Iyalah tu.. hmm, ada tak sesiapa dalam fikiran you yang mungkin jadi mangsa penilaian tu nanti?” Soal aku pada Raudah.

“Tak boleh nak jangka la Cik Shikin.. kalau tengok gaya En. Jasmi tu, saya sendiri pun rasa tak selamat” Ujar Raudah dengan wajah berkerut. Aku mencapai satu fail yang mengandungi laporan prestasi pekerja sebelum bersandar pada sofa. Melihat reaksi Raudah buatkan kepala aku bertambah sakit. Kalau diikutkan logiknya memang aku tak dapat buat apa untuk membantu mereka, tapi aku tak boleh juga duduk dan lihat sahaja. Kalau aku sendiri lemah, mana lagi mereka nak letak harapan.

“Hmm.. kalau berdasarkan report.. saya paling risau Ikhwan la puan.. lagipun dari awal En. Jasmi masuk sini, dia ada bad impression pada si Ikhwan ni..” Raudah bersuara lagi setelah kami masing- masing senyap beberapa ketika tadi.

“Ikhwan? Tak boleh.. dia tak boleh.. budak tu sharp, I suka kerja dia. Argh.. I tak kisah lah, you dengan semua tak perlu risau. Semua kamu akan kekal di FC” Aku melempar semula fail di tangan ke atas meja.

“Maksud Cik?”

Aku meraup wajah sekali. “Nanti I fikirkan.. kalau I gagal, I sendiri yang akan keluar” Wajah Raudah serta merta berubah mendengar apa yang aku kata.

“Jangan risau lah, sudah.. simpan dulu hal tu, sekarang you tolong I siapkan proposal Kelab T dulu” Aku memaksa diri untuk senyum. Pandai betul aku ni buat janji pada benda yang aku sendiri tidak pasti hasilnya.

***

Baju.. hmm.. baju putih ni la. Aku mencapai blouse putih yang elok tergantung, skirt labuh berwarna kelabu serta selendang kuning cair. Puas hati. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap dan terus sahaja keluar dari rumah sebaik mendapat mesej dari Anas. Haih.. aku pun tak tahu kenapa aku perlu terlibat dalam hal orang macam ni, hal sendiri pun tak terurus.Hmm.. Nak buat macam mana.. dah janji..

“You ni kenapa? Sihat ke tidak?” Soal aku pada Anas. Mana tidaknya.. dari aku masuk kereta, tak ada satu patah ayat keluar dari mulut sebaliknya dia asyik tersenyum sendiri memandang depan. Gerun pula aku tengok.

“Siapa? I? okay, sihat. Alhamdulillah.. Terima kasihlah ambil berat” Jawabnya. Dia berpaling menghadap aku dengan senyum yang bertambah lebar. Eee.. tolonglah, seram sejuk aku.. sudah la orang perli dikata ambil berat..haih..

“Cuba kalau memandu tu.. mata fokus ke jalan” Komen aku. Sibuk nak tayang muka dekat aku apa hal.

“Oh, Okay..”

“Otak tu pun sama.. fokus” Tambah aku lagi.

“Baiklah Cik Nurul Ashikin..” Dia mengangkat tangan, salute kearah aku dan sekali matanya dikenyitkan sebelum kembali menghadap jalan.

Ehem. Aku memegang tekak. Terasa air liur tersekat di dalam. Apahal lah dengan mamat ni hari ni. Aura dia melebih lebih pula hari ni. Isk.. Aku mengipas muka aku yang terasa panas dengan tangan.

“Panas?” Soal Anas yang kemudian merendahkan lagi suhu penghawa dingin. Huh? bila aku cakap aku panas? Ah.. lantaklah. Aku mengalih perhatian pada koleksi cd yang ada didalam kereta dia ni. Waaa.. dia ada semua ni..? aku menyelak bekas cd penuh enthusiasm. Argh.. koleksi- koleksi The Gazzette.. L’Arc en Ciel.. Dir en Grey.. gila ah.

“X- Japan.. waa.. you ada ni?” Soal aku, kagum.

“Hmm? Ah.. ya. You minat? Blue Blood pun I ada.. original with their signatures.. I dapat dari internet.. tapi dekat rumah la” Ujarnya.

“B..blue blood? Second album.. yargh.. gile lah!” Secara tidak sedar, aku menolak bahu Anas dengan bekas cd yang berada ditangan aku. Tidak sengaja.. Anas hilang sedikit kawalan pada stereng, terkejut dengan tindakan aku secara tiba- tiba. Nasib baik jugalah tak banyak kereta dijalan. Aku tak sengaja.. tsk, aku juga awal tadi beriya suruh dia fokus. Alih- alih aku sendiri yang bagi masalah.

“Sorry..” Ujar aku perlahan. Anas sekadar menggeleng kepala, senyuman kembali dibibirnya.

“..tapi serius cool” Tambah aku kembali kepada mood tadi. Bercahaya muka.. bersinar- sinar mata aku rasanya melihat koleksi- koleksi cd milik Anas itu.

“X- Japan.. they’re living legend of J-rock. They shaped it, letak asas pada muzik J-rock yang ada sekarang. I love their music” Balas Anas turut bersemangat. Aku beralih mengiring sedikit menghadap

“Yea..ya.. sangat.. sangat cool! Ah, 1993..Art of Life, a freakin’ 29 mins song.. beat all songs ever exist, diorang memang gila” Aku tersenyum lebar. Suka aku dapat bercakap tentang benda- benda macam ni.

“Oh, Art of life.. the one composed by Yoshiki.. yargh.. tenaga yg diorang masukkan dalam setiap muzik memang powerful! Beyond limit”

“Very intense..dalam semua aspek. Drums, piano, guitars, bass, violins, and what else? Vocals.. and more orchestra instruments. They do live for that song.. and can you imagine Yoshiki played drums for that 29 mins song intensely..and piano..waa.. they’re really something” Luah aku penuh semangat, tidak peduli sama ada dia rimas atau tidak melihat aku bercakap macam ni. Aku kira apa kan.. selama ni aku layan benda ni seorang diri.. jadi harap dimaafkanlah bila aku jadi sedikit diluar kawalan sebaik jumpa rakan sepasukan macam ni. Biasanya, aku akan dikata gila atau pelik kerana menggemari benda macam ni.

Aku memilih salah satu cd dari koleksi dia dan mainkan. Bibir aku tidak dapat lagi dikawal dari mengukir senyuman. Tak sangka betul rasa segar macam ni bila dapat bercakap tentang sesuatu yang kita minat dengan orang yang mempunyai minat yang sama.

“You know that much about j-rock.. tak sangka pula you suka show macam The Glitz ni” Soal Anas.

“I tak kata pun I suka..” Balas aku lurus. Mana pula aku suka, The Glitz tu show apa pun aku tak tahu. Aku menyimpan semula koleksi- koleksi tadi pada tempat asal.

“Habis tu, kenapa you ajak I pergi?” Soal Anas , kali ni buatkan seperti aku ingin melompat keluar dari tingkap kereta. Ish.. silaplah.. kenapa aku pergi cakap macam tu.. kalau tak menjadi kejutan si Intan ni, memang salah aku la..

“You tak suka ke?” Soal aku, cuba mengelak dari menjawab soalan dia.

“Well.. since you begged me to go..” Ujarnya bersahaja. Wah.. bila masa pula aku merayu dekat dia. Budak ni memang perasanlah. Rasanya aku hulur sahaja tiket tu pada dia hari tu.. dia sendiri yang bukan main excited dapat tiket tu. Ini nak kata aku pula. Tapi tak apa lah.. sekurang- kurangnya aku tak kantoikan rancangan Intan. Aku mengerling kesebelah, dia masih lagi tersenyum. Lain macam betul budak ni hari ni.. dari awal aku naik kereta..sampai sekarang asyik senyum.. senyum. Apa yang seronok sangat entah. Tunggu sikit lagi.. kau jumpa buah hati kau dekat sana.. terkoyak mulut tu agaknya senyum.

“Yang you ni happy semacam hari ni kenapa?” Soal aku. Aku membetulkan duduk aku di kerusi supaya lebih selesa.

“Hmm? Bukan you ke yang happy?” Anas berpaling memandang aku sekilas.

“Kenapa pula I ?” Aku kata dia.. dia balikkan pula pada aku. Apa kena mengena dengan aku, dia yang macam orang sakit jiwa, tersengih.. sengih.

“Iyalah.. dapat date dengan I” Ujarnya. Isk.. tahap keyakinan diri budak ni memang tinggi. Buat rosak otak aku sahaja layan dia.

“You really are full of yourself, aren’t you? Huh, sudahlah.. malas nak cakap dengan you. Diam, I nak dengar lagu ni” Ujarku memberi arahan.

“Baiklah Miss Pretty Middle Aged woman.. I’ll shut my mouth up” Balasnya sambil menaikkan sedikit volume lagu Cassis nyanyian The Gazzette yang sedang bermain. Aku segera mengalihkan wajah aku ke tingkap. Isk.. apa dia bahasakan aku tadi. Bahagian pretty tu aku setuju la juga.. bahagian yang selebihnya tu yang buatkan aku rasa macam nak lempar mamat ni keluar dari kereta. Err.. cakap boleh la.. nak buat, tak termampu pula.

***

“Hurry..” Anas mengetuk tingkap dari luar kereta. Ish, kejap la dia ni pun.. aku tengah hantar mesej dengan si Intan ni. Pavilion Hall.. aku membaca mesej yang masuk. Hmm.. dia dah sampai.

“Jom, ops! Sorry...” Tidak sengaja aku tertolak Anas yang sedang bersandar pada pintu kereta. Bukan salah aku buka pintu kereta.. salah dia la yang bersandar disitu.

“Tsk.. memang la. Kalau makin meningkat usia, makin bermasalah penglihatan tu” Ujarnya sebelum terus melangkah mendahului aku. Amboi.. cantiknya hipotesis mamat ni. Grrr..

Aku mengemaskan sedikit penampilan dan segera mengejar langkah Anas. Dari jauh lagi aku dapat lihat Intan yang sedang menanti. Waa.. cantiknya dia hari ni. Aku mengangkat tangan, melambai kearah Intan.

“Intan? … Buat apa dekat sini?” Soal Anas sebaik menghampiri Intan.

“Shikin” Dari memandang Intan dan Anas, aku berpaling pada suara yang memanggil aku dari belakang. Oh, dah sampai rupanya… aku mesej tanya dekat mana tadi tak dijawabnya. Haih..

“You guys masuklah ya..” Ujar aku sambil tersenyum pada Anas dan Intan. Selamat berseronoklah ya. Aku menarik Hanif dengan niat untuk segera berlalu dari situ.

“Eh, kita tak masuk ke?” Soal Hanif. Ish, banyak soal pula mamat ni.

“Kejap lagi I terang dekat you.. sekarang ni ikut I dulu” Ujar aku separuh berbisik pada Hanif. Aku kemudian berpaling sekali lagi menghadap Anas dan Intan, memberi isyarat tangan menyuruh mereka segera masuk ke dalam. Sempat aku lihat wajah Anas yang belum dapat mengadaptasi situasi sekarang.

“Jom!” Sekali lagi aku mengarah Hanif yang turut blur disitu, namun langkah yang baru aku atur tersekat. Tubuh aku menjadi kurang seimbang bila tiba- tiba terasa ditarik. Huh? beg? Yang tarik beg aku ni kenapa? Kalau aku jatuh macam mana. Ish.

"Hey.. you"

..bersambung



Close up sket. Saje nak goda cheesecake lover.hahah. cuba tengok tekstur tu.. waa.. bayangkan cair didalam mulut.. kalau yg suka.. tmbh syrup.. berry ke choc ke..tuang kat atas..kasi leleh2 sket kat tepi. waaa.. tapi oren suke mentah i mean kosong mcm ni.. hehee. meleleh air liur. aiyark~

9 comments:

  1. cam pendek sket entri ni. tp tak kot..

    ReplyDelete
  2. waaa~~tetiba lapar giler kn...saje je tau goda i...hukhukhuk...btw, nk lg citer ni (sambil bt muka comel)...=)

    ReplyDelete
  3. orennn..tak aci tau bg tgk gambar je.. akak suka klu kat atas tu ada blueberry..Ayak!!!!

    ReplyDelete
  4. Cik ecah: hahaha. sesekali nk jadi penggoda. oren pon lapa nih.okeh t sambung.

    ReplyDelete
  5. akak: ade jodoh kite jumpe.. nnt oren kasi yg real punye. hehee.. blueberry pon soodap..

    ReplyDelete
  6. oren..oren.. nk tnya.. all those cakes tuh oren buat sendiri ke??

    ReplyDelete
  7. Shark: taklah.. kalo yg oren buat mesti xsecantik gamba2 ni. tp oren mmg suke bab2 cakes ne. ;)

    ReplyDelete
  8. ..hish,msti anas yg tarik shikin tu..de gak n3.rndu gler smpai tahap nak tampo org nih!..utk cik yg brwarna orEn,sila smbg lg.jgn malu2 yea..

    ReplyDelete
  9. KD dear; hahah. bahaye tu. seb baek jauh. kalo tak ntah kna tampo da oren ni. ;) -psst..yelah oren sambung.tp cam malu sket ni..hahah.

    ReplyDelete