6th BITE: KEEP THE DOUGH AT A CONSTANT TEMPERATURE
‘Imee jinan il maramyun mwohae dollil su eobnuende’
Stop talking about the past since you can’t turn the time anyway
*Homme
Satu.. satu hal..haish. Aku membalas senyuman daddy sambil melangkah kearahnya. Aku terpaksa akur, kalau daddy tak perasan aku sampai tadi.. memang dah patah balik aku rasanya.
“Mari duduk sini kakak” Ujar Julia sambil menuang air kedalam cawan kosong. Dah sah la untuk aku, kan. Aku sekadar senyum membalas pelawaan Julia. Tak ada keikhlasan disitu.
“Ye lah kak.. duduk la, takkan nak berdiri je” Sokong daddy. Dalam teragak- agak aku turut duduk bersama. Cawan dihadapan aku yang sudah diisi pantas aku tarik. Seteguk Japanesse tea mungkin dapat membantu fungsi otak aku pada waktu macam ni. Aku menarik nafas panjang dan hela perlahan. Aku memandang kearah daddy dengan wajah sedikit berkerut, memberi isyarat yang aku perlu tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Apahal mamat ni boleh ada dekat sini.
“Kenapa pandang daddy macam tu?” Soal daddy yang jelas tidak faham. Ish.
“Kenapa dia ada dekat sini?” Soal aku terus terang. Payah sangat.. malas aku nak berbasa basi.
“Siapa? Ni..? la.. daddy yang jemput la” Balas daddy bersahaja. Aku menggaru kepala, bukan kerana gatal, rimas mungkin.
“Mana you tahu rumah daddy dekat sini?” Soalku tanpa berfikir. Berpaling menghadap Hanif yang sedia tersenyum dari awal tadi.
“Lah.. dah daddy yang jemput, daddy la yang bagi tahu..” Sampuk daddy.
“Hanif ingatlah daddy.. sebelum kahwin nanti.. rumah baru kami nanti, Hanif nak buat konsep macam ni juga la..” Hanif kini bersuara. Sekali lagi aku menggaru kepala. Mamat ni apa masalah dia agaknya. Bukan hari tu aku dah cakap terang terang yang aku nak putus? Mahu aku paku je kepala mamat ni karang.
“Boleh je Hanif, tapi kali ni.. daddy cadangkan, biar kakak yang buat plan” Balas Daddy sambil meletak cawan yang asyik dipegangnya dari tadi.
“Eh, rumah baru ni bukan hasil kerja shikin? La.. baru saya nak puji.. ye lah, kalau fikirkan balik, Shikin ni kira amatur la kan, takkan lah dia yang buat semua ni.. So..” Ujar Hanif membuatkan kelopak mata aku terbuka luas namun aku masih belum berpeluang untuk menyampuk bila Julia tiba datang meletak sepiring kuih. Haih.. bila pula si Julia ni lesap, tiba- tiba muncul balik pula. Aku memandang hairan kearah Julia seketika sebelum kembali memandang kearah daddy dan Hanif yang mula rancak berbual.
“Eh, kejap! Kenapa ya you datang sini?” Soalku dalam nada yang agak menarik tumpuan. Kini semua mata menghala kearah aku.
“Err.. nak bincang tentang majlis kita yang tinggal lagi berapa hari ni la” Balas Hanif tanpa rasa bersalah.
“Majlis?” Ish, dah sah mamat ni tak faham bahasa. Ish, runsing. Aku mengerling sekilas pada daddy dan Julia yang terdiam, mungkin cuba menganalisa situasi.
“Iya la.. our engagement..” Jawab Hanif. Bertunang apa pula.. bukan hari tu kita tak sempat pun nak pilih cincin, kita dah break up.
“Laa.. kita kan dah putus, so..engagement apa lagi nye” Ujarku. Harap kali ni dia faham la.. siap ada saksi lagi ni, nanti jangan bagi alasan tak dengar ke, tak faham ke. Ish.. berapa kali langsung nak aku cakap.. kan dah bunyi macam aku ni jahat sangat.
“Putus?” Daddy mula bersuara. Wajah Hanif pula aku lihat sedikit berubah.
“Ye la daddy.. dah la, Kakak ada hal, kakak balik dulu” Aku pantas bangkit dari duduk.
“Tak makan dulu kakak?” Soal Julia melihat aku bangkit bersalam dengan daddy.
“Lain kali lah Julia..” Balas aku sebelum mengorak langkah pergi dari situ. Sorry lah daddy, kakak malas nak terang panjang- panjang, mood aku pun bukannya bagus sangat harini. Haish.. apa la yang tak kena dengan aku hari ni, ke SV tak kena.. datang sini pun tak kena. Macam macam hal.
***
Perjalanan lebih dari satu hari ni semestinya membosankan. Beg yang digalas dibelakang dikemaskan kedudukan. Anas mengatur langkah melintasi celah orang ramai sekitar balai ketibaan Charles de Gaulle International Airport.
“Mon Cheri !” Tutur Zara menggelar Anas ‘honey’nya dalam bahasa perancis. Pautan Zara secara tiba- tiba pada lengan Anas membuatkan dia menarik semula headphone yang dikira mahu dilekapkan ditelinga.
“Zara buat apa dekat sini?” Soal Anas yang langsung tidak menyangka kehadiran Zara disitu.
“Jemput Anas la.. Tanya macam tak suka je jumpa Zara” Balas Zara kini menarik muka masam.
“Tak lah.. bukan tak suka.. tapi buat apa susah datang..nanti nak jumpa juga kan” Ujar Anas. Mereka kini berjalan seiring kearah pintu keluar.
“Alah.. sorry lah.. dah 'ter'datang pulak, nak buat macam mana” Zara mula merenggangkan pautan pada lengan Anas, kini dia cuma memegang hujung lengan baju Anas. Zara berhenti melangkah. Dia mula rasa bersalah kerana tidak memberitahu Anas terlebih dahulu sebelum datang.
“It’s okaylah.. Let Zara treat us breakfast..lapar ni” Ujar Anas sengaja mengubah tajuk mengenangkan Zara yang mula merasa serba salah. Dia melajukan langkah meninggalkan Zara beberapa tapak dibelakang.
‘Zara? Eh, aku la kan’ Zara menggaru kepalanya. berfikir seketika sebelum mula panjangkan langkah mengejar Anas yang sudah dihadapan.
“Kenapa Zara pulak kena belanja”
***
Pecah rekod tiga hari berturut- turut aku tidak menjengah SV cake house. Kenapa? Entah la.. bagus sangat pula aku ni. Habis kerja balik rumah.. sampai rumah..tak keluar dah. Sebab apa ya aku rasa macam berat nak ke sini? Sebab kawasan jajahan aku sudah ditakluk atau sebab aku nampak… eh tak..tak. Suka hati aku la nak datang ke tidak kan, nak bersebab apasal pula.
Segera aku mematikan enjin kereta dan melangkah keluar menuju ke pintu SV. Aku memerhati sekitar dalam cake house ni sebaik pintu ditolak. Tiada kelibat Melati di kaunter, entah kemana la pula pergi makcik tu pun aku tak tahu. Ada la kerjanya tu. Seperti biasa, sebaik melangkah masuk ke SV ni.. tempat pertama aku tuju, rak buku. Belum sempat rasanya aku membaca Morganville Vampire series dari hari tu, tapi mana pula si Melati letak.. tak ada pun. Puas mencari aku menarik buku I am number four sebagai ganti.
Ikut hati memang nak melangkah terus ke coffee bar tapi entah macam mana terdetik nak beralih pandang ke tempat semayam aku yang biasa tu. Aaaa… Eh, kosong. Tiada si seram ataupun barang- barang yang menandakan dia duduk di situ. Hai.. pelik. Eh, nak pelik apa? Cantik la tu.. boleh aku duduk. Muahaha!
Sebaik sahaja aku duduk, seorang pelayan datang kearah aku. Aku memerhati seketika tag namanya. Masalah betul aku, dah lama dekat sini.. nama pekerja dekat sini tak juga melekat dekat kepala. Nama menu yang berderet tu cepat pula aku hafal.
“Oh, Kim.. Choc Orchidee and Vanilla Soy Milk please” Segera aku membuat pesanan sebelum beralih menumpukan perhatian pada buku di tangan.
“Sorry Miss Shikin, we don’t have choc orchidee, it’s special menu item for a limited time only, would you like to try SV choc cuppies?” Jelas pelayan bermata empat itu. Haih, tak ada? Limited? Apa si seram tu dah tak nak buat kek tu ke. Ish, kedekut ah! main limited limited pula.
Aku berfikir seketika sebelum menukar pesanan.
Sebaik sahaja pelayan itu berlalu, aku membetulkan duduk aku.. belakang aku disandarkan ke dinding. Sebiji bantal kecil aku capai dan diletakkan keatas riba. Sebotol penyegar dengan aroma orkid liar aku keluarkan dari bawah meja dan aku semburkan sedikit sekitar kawasan jajahan aku. Waa.. aku suka, aku suka! Tak sangka akhirnya dapat juga aku jajah semula tempat ni. Aku memejamkan mata seketika, menarik nafas panjang dan lepaskan. I love you lah, bantal..meja.. karpet.. dinding! Kau orang pun mesti rindu dekat aku juga kan.
“Hey, Miss missing in action! Mana you hilang? Tiga hari tak datang.. call tak dapat.. mesej lagi la tak jawab” Suara Melati yang tiba muncul dihadapan aku mengeluarkan kembali aku dari dunia persendirian aku tadi.
“Mana ada hilang la.. kerja banyak la Mel.. pasal mesej dengan call tu pulak..err.. lupa nak kasi tahu nombor baru I” Balas aku sambil tersengih bagi menutup rasa bersalah.
“Ooo.. tukar nombor.. tak kasitahu I pun.. takpe..takpe..” Melati yang tadi berdiri kini sudahpun mengambil tempat bertentangan dengan aku.
“Alaa.. baru je.. kan hari tu phone I hilang. Sorry sorry” Aku lihat Melati tersenyum. Sahabat aku seorang ni.. tak kemana nya dia nak marah atau merajuk dengan aku.
“Ye lah. By the way, dah order?” Soal Melati.
“Sudah.. tapi kan.. kenapa Choc Orchidee tu limited?” Aku masih tidak berpuas hati.
“Dah pastry chef nye pun bukan permanent..” Ujar Melati buatkan dahi aku sedikit berkerut. Bukan permanent? Maknanya.. dia dah tak kerja dekat sini ke apa?
“Si seram tu? Oh sorry, Anas dah tak kerja sini?” Soal Aku.
“Nah” Ujar Melati tanpa menjawab soalan aku. Aku memandang kearah kotak yang dileretkan Melati diatas meja. Apa pula ni?
“Anas pesan dekat I haritu, suruh kasi ni dekat you.. tapi I boleh terlupa pula.. you pun cepat sangat nak balik hari tu” Jelas Melati. Kotak ni.. kan kotak yang Melati pegang hari tu. Masa tu.. aku ingat Anas bagi dekat Melati. Tapi ni.. untuk aku?
“Kenapa ya dia kasi ni?” Soal aku masih teragak- agak untuk mencapai kotak polka dot coklat putih itu. Tak apa ke kalau aku ambil ni?
“Mana I nak tahu.. cuba la buka” Balas Melati.
“You tak kisah ke ni. Mel?” Soal aku lagi. Kalau kena betul si Anas dengan Melati ada apa- apa, berdasarkan tafsiran apa yang aku nampak hari tu.. macam mana?
“Kisah apa pulak?” Melati menyoal aku semula.
“Eh, nak tanya ni, you ni dengan Anas.. aa..”
“Siblings? Yup. Oh, I tak pernah cakap dengan you ya..” Potong Melati sebelum sempat aku menghabiskan ayat. Huh! adik beradik? Laa… mati- mati aku ingatkan ada apa- apa. Aku menepuk dada sekali sebelum pantas menarik kotak yang berada diatas meja. Eh, yang aku rasa lega tak pasal ni kenapa pula?
“Ingat boyfriend you” Ujarku tersengih mengenang kesilapan sendiri.
Melati merenung wajah aku sesaat sebelum tawanya terluah.
“Anas? Boyfriend I? bukan standard I lah” Jawab Melati yakin setelah tawanya hampir reda. Oo.. gelakkan aku.. tak apa..
“Macam mana you boleh fikir macam tu.. dasyat juga daya imaginasi you ni” Sambung Melati lagi.
“Huh, baru tahu.. tak ada imaginasi tinggi.. tak boleh la jadi designer mak cik oi.. tak ada la.. hari tu I Nampak you dengan Anas mesra lain macam.. I teka- teka je la”
“Hey! You mengintai?” Ujar Melati dengan wajah serius cuba menahan tawa. Ah..kan dah kantoi. Ish, aku ni..
“Err..” Aku kehilangan kata.
“Hmm..macam-macamlah you ni..He’s my brother lah..ingat tak dulu I ada cerita yang lepas ibu dan ayah I berpisah dulu, kitorang stay dengan mama dekat France kan..” terang Melati membuatkan aku berfikir. Ada ke dia cerita? Ish, lupa la pula.
“Adik?”
“Ye lah..Adik I.. hari yang you mengintai tu.. dia nak balik france dah.. si seram yang you panggil tu, bukannya habis belajar lagi.. dia datang sekejap je sini” Jelas Melati.
“Ooo..” Aku sekadar mengangguk. Adik Melati.. belum habis belajar.. err.. maknanya dia muda dari aku ke apa? Ah, biar la. Apa hal aku nak kisah?
“Shikin..Shikin.. ada bugs beranak pinak dalam otak you ke apa, suka fikir bukan- bukan, dah la.. your order dah lama sampai.. I pun nak pergi sambung kerja ni ya” Ujar Melati sebelum bangkit berdiri. Senyumnya dari tadi masih belum lekang dari bibir. Itu tak ada lain.. mesti perli aku.
“Ye lah, pergi la cepat” Balas aku sambil menarik gelas berisi Vanilla Soy Milk. Eh, kejap.. tapi kan.. aku lupa nak tanya.. bila lagi si seram tu nak datang sini.
entri ni trasa pndek je...huhuhuhu
ReplyDeleteoh prasan tamak da menguasai dri..^^ ahaks
oke thanks ntuk ntri ni ^^
eh, pendek ke?
ReplyDelete;)
adikkk?
ReplyDeleteaaaa..lagi muda?
hohohh.
tp, sape si zara tu?
huhuh
ngeh. ngeh. ngeh.
ReplyDeletetuned for next chapt yah.
=)
anas lg muda? hehe :P
ReplyDeletemungkin.. hehee..
ReplyDelete;)