~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Wednesday, April 6, 2011

CAKE HOUSE 13




12th BITE: FEW THINGS TICKLE THE SENSES LIKE THE SMELL OF BAKING IN THE MORNING

Satu biji.. dua biji.. Yargh..! Akhirnya, berjaya juga aku pecahkan telur telur bertuah ni. Dari awal- awal tadi benda gabungan albumen, vitellus dan cengkerang berkalsium ni beri masalah, setiap kali aku pecahkan.. yang si kulit sibuk nak masuk sekali dalam mangkuk ni. Ha.. macam ni kan bagus.. tengok! Aku tahu dah yang aku ni sememangnya berbakat. Eh, tapi berapa biji si Melati tu cakap tadi? Aaa.. resepi.. mana nota aku tadi ni? Tangan yang melekit aku lap pada tuala kecil yang tersedia disisi meja sambil mata meliar mencari nota yang aku tulis awal kelas tadi.

“Kak Shikin! Perlukan pertolongan Zara?” Suara si bencana Zara buatkan aku terkejut. Membulat mata aku memandang kearah Zara yang tersengih penuh makna. Ditangannya ditayang sehelai kertas. Ish, macam mana pula nota aku boleh terlepas ke tangan makhluk berbahaya ni.

“Eh, tak apa.. tak payah susah- susah.. kalau ada masalah nanti ‘kakak’ Shikin mintak tolong dengan Mel,ya” Segera aku menolak pelawaannya. Satu senyuman yang nyata palsu menyembunyikan geram aku pamer pada dia. Tak mahu lah aku cari pasal. Lagipun budak ni memang sudah didaftar sebagai makhluk yang tidak boleh dipercaya. Memang patut dijauhi.. ish, suatu kemestian!

“ She’s not here. Dia dekat dapur SV sekarang.. macam biasalah dia dengan kerja dia, Ala kak Shikin ni.. dengan Zara pun nak segan ke?” Balas Zara tanpa rasa bersalah. Nota ditangannya dihulur pada aku kemudian pantas sahaja tangannya mengusik bekas bahan- bahan yang aku sediakan. Satu persatu diperiksanya. Haish.. kacau betul lah budak ni. Aku ni dah la kelam kabut, tambah dengan si malapetaka ni lagi la.. entah apa pula resepi yang jadinya nanti.

“Tak apa Zara, Kak Shikin buat sendiri. Zara pergi la rehat.. tak pun buatlah apa yang patut lah ya” Aku menarik mangkuk yang dipegang Zara, letak semula kemeja dan dengan sebelah badan aku menolak Zara ketepi supaya keluar dari lingkaran kawasan aku ni.

“Kak Shikin cuba tengok tu!” Zara menunjuk ke satu dengan satu tangannya sementara cuba mengimbangkan badannya yang hampir terjatuh gara- gara ditolak aku. Secara spontan aku memandang kearah yang dihalanya. Apa masalahnya? Itu kan Intan.. dengan Anas. Ya, Anas sedang mengajar sesuatu pada Intan. Habis, apa masalahnya? Yang beria sangat nak tunjuk dekat aku kenapa? Aku berpaling semula memandang Zara dengan wajah yang agak memusykilkan. Zara hanya berdiri tegak sambil mempamerkan barisan giginya. Haih, zara oi.. jangan buat muka macam tu sangatlah. Ee.. naik bulu roma aku tengok. Entah sihat ke tidak budak ni.

“Okaylah Kak Shikin, Zara rasa.. zara tak jadilah nak tolong kak Shikin. Zara nak pergi tolong Intan pula lah. Chiao!” Zara melambai tangan sekali lalu. Sempat juga dia mengenyitkan mata nakal. Ish, aku hempuk juga budak ni dengan mangkuk- mangkuk ni. Makin lama makin seram budak ni. Haish.. padanlah dengan abang dia tu. Ha.. eloklah tu, pergi jauh- jauh. Tenang sikit persekitaran aku ni. Aku menghela nafas lega. Hari baik.. cuaca baik.. Jom Shikin! Sambung tugasan anda!

***

Aku masih lagi setia merenung ketuhar dihadapan ni yang mana bakal mempamerkan hasil sentuhan mahal aku awal tadi. Alaa… tapi bukannya susah sangat pun. Iya je aku ingatkan susah. Masuk itu, masuk ini..kacau .. kacau.. kacau.. masuk dalam bekas dan bakar. Cheh! Bukan hal besarlah. Ini Nurul Ashikin! Aku membetulkan posisi setelah agak lama berada dalm posisi yang sama menghadap benda eletronik petak depan ni sampai sengal jugalah pinggang aku ni. Hiargh.. Aduh la.. Bila pula nak siap benda ni?

‘Teet..’

Hah! Akhirnya.. penantian aku sudahpun menampakkan hasilnya. Laju aku bangkit dari kerusi dan mencapai pemegang ketuhar. Hmm.. bau.. ada bau.. kira jadi la tu kan? Fuh, tak sangka aku. Sila lihat wahai dunia akan kehebatan Shikin the superserbaboleh creature! Aku menghulur tangan untuk mencapai dulang berisi nutmeg&cinnamon muffins.

“Ouch!” Belum pun sempat aku menyentuh dulang, refleksi aku menarik semula tangan sebaik terasa pedih seakan ditampar sesuatu. Aku memandang kearah Anas yang berdiri disisi dengan sebelah tangannya memegang pallete knife atau spatula lebih kurang 20 cm. Apahal pula mamat ni? Tak ada pasal pergi ketuk tangan aku dengan benda tu. Tsk.. tak sakit pun lah! Grrr.. Aku meraba tangan yang terasa sedikit pedih penangan spatula si seram ni. Tak pasal nanti mamat ni pula yang aku bakar.. sudah elok pun duduk depan oven ni. Aku memandangnya dengan rasa tidak puas hati.

“Use this” Sepasang sarung tangan dilemparnya pada aku, pantas aku sambut dengan kedua belah tangan. Oh! Ooo.. betul juga kan. Ish, terlebih semangat pula aku ni. Nasib baik.. kalau tidak tadi, masak jugalah tangan aku ni pegang dulang panas tu. Aku mengangguk akur pada Anas dan segera sarungkan ke tangan. Anas mengeluh kecil sebelum menarik perlahan bibirnya mengukir senyuman berhantunya dan berlalu. Huh! Nak ketawakan aku lah tu. Ingat aku tak tahu..

Aku membawa dulang berisi French breakfast muffin, nutmeg and cinnamon muffins itu ke meja. Aku membelek belek hasil kerja aku setelah aku keluarkan satu persatu dari acuannya. Hmm.. nampak macam okay.. keras sikit la.. tapi tak apa kot, cantik je nampak ni. Kira jadi la tu. Setelah agak berpuas hati, muffin yang masih panas tu aku letak ketepi dahulu dan sediakan toppingnya, campuran serbuk kulit kayu manis dan gula perang. Dengan bantuan mentega yang dicairkan sebagai pelekat, satu persatu muffin tadi aku celup pada mangkuk yang berisi serbuk kulit kayu manis dan gula perang tadi. Semuanya aku susun dalam satu piring dan bawa menghampiri meja Intan, selang beberapa meja dari tempat aku.

“Kenapa Intan?” Soal aku, melihat wajah Intan yang berkerut- kerut memerhatikan hasil kerjanya. Aku yang baru saja sampai dimejanya turut tertarik untuk sama memerhati. Apa masalahnya? Elok je aku tengok. Kurang- kurang nampak lembut la dari muffin aku ni. Tapi apa aku nak kisahkan kalau keras pun muffin aku ni. Sudah cukup bertuah la ni aku nak buat benda ni.

“Tsk.. tak.. you tak rasa muffin ni nampak lain macam ke? hmm.. I rasa .. aa.. macam tak sedap hati pula dengan muffin ni.. bau.. macam okay.. Ish, apa yang tak kena ya” Ujar Intan, masih membelek muffinnya.

“Tak sedap hati? Hati je kot.. muffin ni nampak elok..je. If you don’t mind, biar I rasa” Ujar aku pada Intan. Buat si muffin ni pun boleh main ikut rasa hati ke? haish, pelik la kau ni Intan.

“Sure! And I’ll taste yours..” Balas Intan setuju. Aku pantas mengambil sebiji muffin dari piring Intan sementara Intan pula melakukan sebaliknya. Hmm.. nampak sedap. Aku memasukkan keseluruhan muffin si Intan itu kedalam mulut dan..

Aku berpaling memandang wajah Intan dan Intan secara spontan turut memandang kearah aku sebelum masing- masing kelam kabut mencari bekas sampah dan meluahkan semula apa yang dimasukkan kedalam mulut sebentar tadi. Urgh..! apa malang sangat nasib aku ni. Balik balik aku yang terkena. Aku terduduk seketika dibawah meja sambil memekap kepala. Aduh la.. macam mana boleh terkena macam ni lagi sekali.

“Eh, you?” Intan bersuara sebaik sahaja aku berdiri sambil mengelap sedikit air mata, penangan muffin yang aku kunyah tadi. Memang bersih la rongga pernafasan aku macam ni. Aku memicit beberapa saat hidung yang masih terasa pedih.

“Urgh.. ni” Hanya itu yang terluah, sementara sebelah tangan aku mencapai sebiji lagi muffin Intan dan bahagikan pada dua. Aku menunjukkan apa isinya pada dia.

“Wasabi?” Soal Intan yang nyata terkejut dengan apa yang dilihatnya dan mungkin juga terselit rasa serba salah. Aku mengangguk mengiakan soalannya.

“Tapi..ta..tapi tadi I” Intan teragak untuk menuturkan katanya. Semakin jelas rasa bersalahnya pada aku.

“It’s okay.. I tahu, bukan you yang inject wasabi dalam tu.. I tahu siapa yang buat” Balas aku, cuba mengurangkan rasa bersalah si Intan ni.

“Siapa?” Soal intan, jelas ingin tahu.

“Nanti you tahu la.. tapi tadi.. kenapa you pun buang muffin I? Ada wasabi juga ke?”Aku menyoal semula Intan sambil mula sibuk memeriksa muffin aku satu persatu.

Hish, memang tak ada lain la kan. Si Zara ni misi dia memang nak membunuh aku agaknya..err, walaupun tak ada la sampai boleh mati kena dengan wasabi ni..tapi.. Ish, memang cari masalah betul budak ni. Grrr.. kalau boleh makan, memang dah buat BBQ pun budak ni. Tak kisahlah sama ada Korean bbq atau Japanese bbq. Aku kira apa. Haih.. wasabi ni memang trademark budak ni ke apa?

“Err.. muffin you.. mm..masin..” Ujar Intan perlahan. Masin? Garam? Aa.. tadi.. aku letak setengah sudu kecil garam je rasanya. Betul la.. kalau ikut resepi setengah sudu. Aku pantas mengatur langkah ke meja aku semula, mencari nota aku tadi. Umm.. ha, betul la setengah sudu. Tapi macam mana boleh masin sangat? Ish, tadi.. Argh..! Zaraaa..! grrr.. pantang lalai sekejap. Aku dah agak.. memang dah agak.. dari masa dia cakap nak tolong aku awal tadi tu.. memang sudah ada bau- bau malapetaka pun. Isk.. apalah masalah budak ni dengan aku sebenarnya. Kali ni.. sekali dengan Intan pula tu yang terkena. Zara.. Zara.. tunggulah nanti.

***

Anas meletak segelas iced caramel tea pada Intan sementara barley tea untuknya ke atas meja. Kerusi bertentangan dengan Intan ditarik perlahan sebelum duduk. Suasana jelas kelihatan janggal selepas satu jangkamasa yang agak panjang tidak pernah bercakap atau berjumpa, sekarang mereka kembali duduk satu meja, seperti yang pernah menjadi kebiasaan dahulu.

“Caramel tea.. It was my favourite.. tapi sekarang Intan dah kurang sikit dengan benda manis ni” Ujar Intan. Tangannya bermain dengan gelas yang dihulur Anas tadi. Dia langsung tidak menyangka yang Anas masih ingat minuman kegemarannya.

“This one kurang manis, tapi kalau Intan nak tukar.. Anas tak kisah” Balas Anas. Dia menolak bekas berisi barley tea miliknya kehadapan sedikit.

“No, It’s fine. Intan minum yang ni. Thanks anyway” Intan menolak dengan senyuman.

Anas mengangguk dan mula menumpukan perhatian pada hidangan tengah hari dipinggannya. Mereka masing- masing diam. Anas dengan halnya sendiri sementara Intan tidak tahu apa lagi yang patut dibualkan. Banyak sebenarnya yang ingin dibicaranya dengan Anas, tapi satu pun tak terluah.

“Mel kemana tadi? Nampak dia keluar dengan Shikin dan Zara” Soal Intan berinisiatif untuk mengurangkan kejanggalan antara mereka.

“Hantar Zara ke yoga class” Jawab Anas ringkas tanpa mengalih perhatian dari pinggannya.

“Oh.. so Zara macam mana sekarang?” Intan menyoal lagi. Urat- urat Bucatini Carbonara di dalam pinggannya dikuisnya beberapa kali. Jelas tidak dapat dihindar rasa kekok.

“Better” Balas Anas sepatah buatkan Intan bertambah kekok untuk terus bercakap. Dia beralih memandang keluar tingkap seketika sebelum mula menyorong sesuap pasta tadi. Tak apa lah.. ada masa lagi. Siapa tahu mungkin nanti dapat dihilangkan rasa kekok ni dengan bantuan masa.

“Shiitake?” Ujar Anas tiba- tiba. Dia mengalihkan beberapa hirisan cendawan kepinggan Intan. Jelas diwajah Intan yang dia terkejut dengan tindakan Anas tu. Dia memandang hairan kearah Anas.

“What? Shiitake pun you dah tak suka ke sekarang? Oh, sorry..” Ujar Anas, terasa kurang senang bila Intan memandangnya sedemikian.

“No.. just that..err shiitake never was my favourite.. erm..I like it because you love it” Ujar Intan antara dengar atau tidak.

“Hmm?” Anas jelas tidak dapat menangkap langsung apa yang diucap Intan.

"No.. nothing" Intan tersenyum mengelak.

"Oh, okay.. Intan makanlah ya. Anas ada kerja sikit" Ujar Anas bersiap untuk bangun.

***

“Tunang?” Spontan aku menekan semula brek sebelum sempat pun kereta keluar dari petak letak kereta selepas mendendengar apa yang dikatakan Melati. Zara baru sahaja kami turunkan tadi, kini aku dan Melati perlu kembali semula ke SV. Masa rehat masih lagi tinggal beberapa puluh minit. Tindakan aku yang memberhentikan kereta secara tiba- tiba itu buatkan Melati terdorong sedikit kehadapan. Ala.. kesian pula sahabat aku seorang ni.

“Yang you terkejut sangat ni kenapa? Ala.. bukan you dengan Hanif tu pun sama ke?” Ujar Melati yang baru sibuk nak mengenakan tali pinggang keledarnya.

“Alaa.. I lain.. cepatlah sambung balik cerita you tadi” Pantas aku menyangkal.

Melati menarik nafas perlahan sebelum menyambung bicaranya yang terhenti awal tadi disebabkan aku. “Belum la bertunang..cuma cadangan Ibu I dengan auntie Intan tu je” Tunang?..bertunang..hmm..kalau tengok, sesuai la juga..tapi, alaa..

“Habis tu kenapa jadi?” Soal aku beria ingin tahu. Tapak kaki aku sudahpun beralih dari brek ke pedal minyak. Hmm.. nak kata Intan buat hal macam aku dengan si Hanif tu jauh sekali la kan. Bukan main lemah lembut je aku tengok budak tu.

“Hmm.. Itulah yang semua tak faham. Masa tu, dua orang tu memang rapat. Yelah, sama umur.. memang kawan dari kecil. Walaupun lepas pindah ikut Ibu.. setiap kali balik sini, memang akan berjumpa.. tambah pula lepas parents Intan meninggal.. Si Anas tu rajin juga bagi sokongan.. mungkin sebab tu Ibu I dengan auntie dia boleh terfikir untuk tunangkan mereka sebelum masing masing sambung belajar..tapi, masa tu Anas tak setuju, katanya muda lagi.. entah lah.. I pun bukan faham sangat dengan Anas ni.. apa- apa bukan dia nak kongsi sangat” Ujar Melati pada aku selaku pendengar setia.

“Intan macam mana?dia pun tak setuju?” Soal aku. Aku perasan Melati beralih menatap tajam kearah aku.

“Hai..boleh tahan menyibuk juga you ni, selalu tak ambil tahu hal orang langsung” Sinis Melati, dia mula tersengih- sengih memerli.

“Err..” Aku tidak tahu apa yang patut aku jawab. Iya tak ya juga kan, yang aku beria nak tahu ni kenapa? Aku berpura menumpukan perhatian pada jalan. Mengelak dari terus diusik si Melati ni.

“Hmm.. Intan.. entahlah, dia tak cakap apa pun masa tu. Auntie dia kata.. dia ikut je apa keputusan pun. Tapi lepas tu yang agak misteri. Lepas masing- masing sudah sambung belajar, senyap.. dengar lepas tu auntie dia pun pindah Johor. Jauh makin jauh.. then, ting! Intan tiba- tiba muncul hari tu.. waa.. lama juga la tak jumpa dia” Melati tetap menjawab soalan aku tadi. Aku sekadar mengangguk, tidak lagi berani untuk bertanya lebih. Kalau diikutkan memang banyak lagi yang aku nak tanya, tapi.. hmm.. tak apa lah

7 comments:

  1. sorry.. lambat post. not in good condition lah. tp oren try lah yue. =)

    ReplyDelete
  2. aiiyyokkk.
    zara ni memanglah.
    sume yang agak rapat ngn anas, sume dye nak kenakan.
    ni dah mula kompius. sama ada zara ni mmg ada niat jahat atau dia hanya nakal jee.hahaha.

    alaa, nak anas dengan shikin.
    =)

    ReplyDelete
  3. ahaks. tggu next post ye utk entry yg mngkin lbih mnarik. =P

    ReplyDelete
  4. adoi!Zara tu tak abes2 nak kacau orang...

    Oren!!!!!dah lama Oren tak post story baru...rindu..hehehe

    ReplyDelete
  5. einaa: tu la kan.. kondusi agak kurang baik. okay, nnt oren try laju sket. neway, thanks.

    ReplyDelete
  6. agaknya jadike anas nak bertunang dgn Intan?
    nak lagi oren sambunglah cepat...

    ReplyDelete
  7. hehee.. tu la kan.. okeh nnt oren post cpt ye.

    ReplyDelete