13th BITE: BIRU BIRU MASAM SI BERI BIRU, MERAH MERAH MANIS SI RASPBERRY
Tiga kilometer, lebih atau kurang. Memang la tak jauh mana pun antara kelas yoga si Zara tu dengan pejabat aku ni, tapi… kenapa mesti aku? Ish, nasib baik kenangkan Melati, kalau tidak.. tak ada pasal aku nak pergi ambil Zara. Haih..satu kerja pula. Masih terngiang permintaan keramat dari si Melati sebentar tadi. Bukan selalu Melati minta tolong dengan aku, jadi.. sila ikhlas sikit ya wahai Nurul Ashikin.
“Would you do me a favour?” Soal melati dari hujung talian. Aku mengangguk tanpa berfikir. Lah.. yang aku angguk kenapa, bukan Melati boleh nampak pun.
“Sure.sure. Tolong apa?” Soal aku semula sementara tangan aku sibuk dengan kerjanya. Sebelah tangan memekap telefon ke telinga, sebelah lagi dari tadi masih berusaha untuk membuka semula staple bullet pada dokumen yang aku tersalah kepilkan.
“Ambil Zara dari kelas, please..” Ujar Melati terang dan jelas sampai ke telinga aku.
“What? Ouch!” Secara tidak sengaja jari aku tertusuk staple bullet yang aku sibukkan dari tadi. Urgh.. tahap bahaya ni. Dengar nama pun boleh bawa bencana. Aku memicit sedikit jari sambil terkial menarik tisu untuk mengelap darah yang keluar pada hujung jari telunjuk aku.
“Kenapa Shikin?” Soal Melati.
“Tak.. tak ada apa-apa. Umm, tadi you kata siapa? Eh, no.. I mean bila.. ya, bila dia habis kelas?” Ujar aku yang masih sibuk dengan jari dan kertas- kertas di atas meja yang agak selerak dibuat aku. Semuanya gara- gara permintaan maut Melati sebentar tadi.
Satu keluhan berat aku luahkan sebaik melihat kearah jari berbalut plaster itu yang terletak elok pada stereng. Macam mana lah tadi dia boleh terfikir nak telefon aku, minta tolong ambilkan Zara. Melati.. melati.. kenapa mesti aku…! Mini cooper kesayangan aku ni akhirnya menghampiri bangunan yang menempatkan kelas Zara. Tapi kelibat Zara tidak pula kelihatan disitu. Haish.. mana pula budak ni, Melati kata tadi dia tunggu diluar. Lagipun kalau ikut masa, memang kelas budak tu sudah habis. Aku memerhati kawasan sekitar dari dalam kereta. Aku ni memang lemah sikit kalau bab menunggu ni. Hmm.. kalau aku parking kereta aku dekat sini tak apa kot.. malas pula nak masuk kawasan letak kereta. Alaa.. sekejap je pun. Pintu kereta aku buka, tak mahu aku buang masa tunggu. Baik aku pergi cari. Aku melintas jalan menuju ke pintu lobi bangunan itu.
Sebaik sahaja aku masuk ke lobi bangunan itu, jelas aku lihat si Zara sajak bersandar pada kerusi yang terdapat disitu dengan sebotol air soya ditangannya. Pandangan leka pada skrin telefonnya. Hurm.. kalau macam ni, aku tunggu dalam kereta sampai esok pun tak sudah. Ish, menyusahkan aku betul budak ni.
“Zara, jom” Ujar aku sebaik menghampirinya.
“Kak Shikin! Hai..” Zara mengangkat sebelah tangannya, melambai sekilas pada aku sambil tersenyum. Banyak la kau punya hai. Lagaknya gembira sebaik nampak aku disitu, alah.. kau tu bukan boleh percaya.. muka, wah.. bukan main bidadari..tapi... Eh, tak baik Shikin.. Ikhlas..ikhlas..
“Kelas baru habis ke?” Soal aku. Zara kini bangkit menggalas begnya dan siap berdiri disebelah aku.
“Tak adalah baru sangat.. ada la dalam lima minit” Jawab Zara. Ish, dah tu.. cuba la tunggu dekat luar ke seberang jalan tu. Senang sikit kerja aku. Tidak la aku perlu susah susah masuk cari dia macam ni.
“Hmm.. jom lah” Ujarku malas berkata lebih.
“Kejap! Ladies kejap” Zara menarik tangan aku, menahan dari meneruskan langkah. Belum sempat aku berkata apa, dia membawa aku ke suatu bahagian dalam bangunan itu. Sebaik tiba dihadapan pintu masuk tandas disitu barulah dilepaskan pautan pada lengan aku.
“One minute” Ujar Zara dengan masih dalam mood riang ria dia tanpa langsung rasa bersalah. Haish.. budak ni kalau tinggal, dikata tak amanah pula. Iya sahaja tadi aku janji dengan Melati yang aku tak ada masalah nak ambil dia. Isk.. bawa bersabar Shikin.. tenang..tenang..
Haish.. banyak la satu minit dia. Sepuluh minit ada la kot. Zara aku tinggalkan beberapa langkah dibelakang sebaik dia keluar dari tandas. Sengaja aku melajukan langkah ke pintu keluar namun sebaik kaki aku anak tangga pertama selepas keluar dari pintu utama bangunan itu, aku berhenti. Aku membetulkan fokus mata keseberang jalan sementara otak aku melakukan pengimbasan memori yang aku kira tidak sampai lima belas minit lepas. Aku menggaru kepala beberapa kali, walaupun tidak langsung membantu. Betul la.. aku rasa memang betul la aku letak kereta dekat situ..tapi mana pula dia pergi. Ish, jangan la buat hal.. panas boleh tahan juga petang ni.
“Kenapa?” Soal Zara bingung dengan tingkah aku yang mungkin agak pelik pada dia. Soalannya aku tidak hiraukan sebaliknya aku menghayun langkah setapak dua kearah pegawai keselamatan yang berdiri tidak jauh dari situ.
“Abang nampak tak kereta..”
“Mini cooper?” Pantas sahaja pegawai keselamatan tu memotong ayat aku. Aku mengangguk.
“Yang parking seberang jalan tu?” Soalnya. Aku pantas mengangguk sekali lagi.
“Cik.. kereta cik, baru sahaja kena tunda, cik pergi la seksyen 17.. bayar dekat RM 300 tak salah saya..” Terasa darah mula menyirap ke kepala mendengar kenyataan pegawai keselamatan itu. Tangan pula serta merta sejuk.. tak pernah- pernah jadi macam ni. Tapi nasiblah bukan hilang. Aku mengangguk dan mengucap terima kasih pada pegawai keselamatan itu sebelum melangkah menjauhinya sedikit. Segan pula bila pegawai keselamatan tersenyum macam tu, ye lah.. memang salah aku pun, pergi letak bukan pada tempatnya. Tapi tadi kalau bukan sebab si Zara ni, mesti sempat diselamatkan lagi. Hish, dah la nak kena berjemput sampai ke dalam.. lepas tu sibuk nak ke tandas la.. apa la.. awal- awal tak reti nak pergi. Eee.. aku gigit- gigit juga budak ni karang. Geram tak usah cakap la.
“So, kita nak balik dengan apa ni?” Zara menarik sedikit lengan baju aku. Aku menghentikan langkah dan berpaling menatap tajam kearahnya. Grrr... tanya macam tak bersalah. Sebab kau lah jadi macam ni. Ni, sekarang nak pergi ambil balik kereta macam mana ni
“Tahan teksi lah!” Balas aku geram. Aku berpaling dan meneruskan langkah semula tanpa hala tuju yang jelas. Dalam empat lima langkah, aku berhenti dan bersandar pada satu pokok yang agak boleh memayung dari panas petang- petang macam ni. Zara turut berhenti dan berdiri disebelah aku. Ni macam mana pula nak tahan teksi ni.
“Err.. rasanya tak ada teksi lalu dekat sini, kalau tak salah Zara, ada satu perhentian bas dekat jalan sana tu, tapi jauh la kalau nak jalan..” Ujarnya yang kemudian turut bersandar disebelah. Haa.. nak kena jalan pula panas- panas macam ni? Isk.. setiap kali aku ni dengan budak ni, memang tak sah agaknya kalau aku tak terdera macam ni.
“Berapa jauh?” Soal aku dengan nada masih kurang berpuas hati dengan si Zara ni. Tak ada masalah cari masalah betul la aku ni. Budak ni pula macam tak ada perasaan yang sebab dia, tak pasal kereta aku kena tunda. Haih.. jalan pun jalan la.. tapi panas ni.. Nasib kita la Zara ooi..
“Erm.. rasanya jalan terus ikut sini.. lepas tu masuk kanan..jalan jauh sikit baru jumpa. Tapi nasiblah kalau boleh jumpa teksi sebelum sampai sana” ujar Zara setelah berfikir seketika. Aku menggaru kepala beberapa kali sebelum menegakkan semula tubuh. Beg yang tadi tersangkut disebelah bahu aku silang. Jalan sahaja lah.. kalau nak tunggu dekat sini memang buang masa la. Nak suruh si Melati datang ambil pun dia kata dia dengan Anas ada hal dengan cake house. Kebetulan hari ni dia sibuk dengan tempahan istimewa perkahwinan yang majlisnya diadakan di SV. Kalau nak tunggu, memang malam lah Melati tu datang.
Zara memaut lengan aku sebaik memulakan langkah. Aku cuba menarik semula tapi makin kuat pula pautannya. Apahal pula budak ni, Isk.. tak pasal aku terpaksa mengikut rentak langkahnya yang agak perlahan. Macamlah rapat sangat dengan aku. Tsk.. nasib baik kau tu adik Melati.
Lima minit berjalan, tak satu teksi pun kelihatan melalui kawasan ni.. Sepuluh minit, peluh jangan kata la.. basah habis dah rasanya. Setelah hampir dua puluh minit berjalan ditengah panas, akhirnya kami sampai di perhentian bas yang boleh tahan jauhnya. Masak jugalah kami berdua ni, sempat juga tadi berhenti beberapa kali bila ada tempat yang agak teduh. Aku pantas mengambil tempat di kerusi, sehelai lagi tisu aku keluarkan dari beg untuk mengelap peluh. Zara yang sepanjang jalan tadi diam aku lihat meneguk air dari bekas yang dikeluarkan dari begnya. Huh, bukan nak pelawa aku barang seteguk dua. Tengoklah.. kejam tak kejam budak ni. Elok..elok masa ni aku boleh rehat.. sejuk- sejuk.. tak pun lepak makan dekat SV, sebab dia aku terpaksa berjalan tengah panas macam ni. Sesekali aku menjenguk kearah jalan, mencari kelibat teksi untuk ditahan.
“Ha, tu ada..” Belum sempat aku menghabiskan ayat. Aku terkedu bila Zara tiba- tiba tersandar berat pada aku. Matanya dipejam.. wajahnya pucat.. dahinya berpeluh- peluh.
“Zara? Kejap.. teksi..!” Sambil memaut Zara aku menahan teksi. Ish, berat pula budak ni.. kenapa pula dengan dia ni? Tak tahan panas ke apa? Janganlah pengsan dekat sini.. siapa nak angkat. Aku memaut bahunya dan menyorong tubuhnya masuk kedalam teksi. Lepas satu.. satu masalah.
“Uncle, hospital.. klinik.. aaa.. mana mana je lah. Cepat sikit”
***
Aku bersandar pada kerusi diruang menunggu. Haa.. air-cond.. leganya.. naik teksi tadi pun uncle tu kata penghawa dinginnya rosak. Aku memejamkan mata bagi menikmati sedikit ketenanganyang sememangnya diperlukan. Zara ni, buatkan aku terkejut betul. Hmm.. Boleh tahan jugalah orang dekat hospital ni. Agaknya, hospital ni salah satu tempat yang tak pernah sunyi. Sentiasa ada pelanggannya. Hmm.. tengoklah nanti banyak duit sikit.. aku buka hospital la pula. Cheh, berangan..
“How’s Zara?” Aku membuka semula kelopak mata bila disapa. Anas berdiri dihadapan aku, reaksi wajah dia nyata terlukis kebimbangan pada Zara. Ish, cepat betul mamat ni sampai.. nak kata terbang kesini, kunci kereta elok dekat tangan tu.
“Dalam.. doktor kata tak ada apa.. cuma mungkin penat sikit, lepas masuk air, boleh balik la” Jelas aku. Anas mengambil tempat disebelah sebaik aku menghabiskan kata. Dia menghela nafas lega.. Memang dia terus kesini lepas aku telefon agaknya. Nampak sangat.. apron dipinggang pun tak ditanggalnya, cuma bow tie dileher dibukanya, begitu juga beberapa butang pada kolar bajunya. Hmm.. rasanya ni kali pertama aku tengok dia dalam uniform penuh SV cake house. Ehem.. aaa.. comel juga. Chewah.. Gatal kau Shikin!
“Soya?” Aku menghulur botol air yang baru sahaja aku beli di mart dalam hospital ni tadi. Anas memandang botol pada tangan aku sebelum menggelengkan kepalanya.
“No, thanks.. you minumlah” Balasnya. Fuh, nasib baik dia tak nak. Aku pun beli satu je ni.. buatnya dia kata nak tadi.. putih juga la mata aku ni.. tekak kering tak payah cakap la. Rasanya, hari ni adalah hari paling panas dalam hidup aku. Ha.. melampau tak perbandingan aku? Tapi serius.. me..mang panas. Aku membuka penutup botol, tanpa teragak aku meneguk. Waah.. nikmatnya..
“Dia tak biasa agaknya cuaca dekat sini” Ujar aku pada Anas yang sedang elok tersandar di kerusi sebelah.
“Mungkin..” Balas Anas yang kini kelihatan lebih tenang berbanding masa mula dia sampai sebentar tadi.
“Dekat dua kilometer juga lah rasanya, I dengan Zara jalan tadi.. panas pula tu?” Jelas aku. Memang la awal tadi aku geram sangat dengan budak tu. Tak pasal sayang aku si mini cooper tu kena tunda, tapi bila dah jadi macam ni.. kesian pula dekat dia.
“Jalan? Kereta?” Soal Anas dengan wajah serius. Serba salah pula bila tengok reaksi dia macam tu. Pandangan matanya, buat aku rasa macam aku ada buat satu kesalahan yang besar.
“Err.. kena tunda masa berhenti nak ambil Zara tadi” Jawab aku. Adik kau punya pasal la tadi.. sengaja buat lambat, tapi aku pun salah juga.. haih.. apa lah khabar kereta aku tu sekarang.. jawabnya memang tak ambil la hari ni. Dah lewat.. lagipun penatlah.
“Tunda?” Soal Anas lagi. Bertambah kerutan pada dahinya. Aku tersengih mengakui kesilapan.
“Habis tu, macam mana nanti?” Soalnya prihatin.
“Macam mana lagi.. kena pergi tuntut dekat seksyen 17 lah..” Ujar aku beserta keluhan kecil. Tangan aku bermain dengan penutup botol air soya yang aku pegang dari tadi.
“Haih.. beza umur je.. bab tak fikir panjang, tak ada beza dengan si Zara tu” Anas mengeluh. Botol ditangan aku, ditariknya. Aku hanya sempat mengangkat sebelah tangan, belum sempat aku berkata apa tanpa rasa bersalah dia meneguk air soya aku yang masih berbaki separuh itu. Urgh.. sudah la aku yang lebih sikit umur dari dia ni dibebelnya macam aku ni budak- budak. Samakan taraf dengan si Zara pula tu.. Ini soya aku pula dikebasnya. Wajah aku terasa panas, darah mula berkumpul pada wajah.. yang aku nak blushing tiba- tiba ni kenapa pula. Haish.. bukan aku sepatutnya marah.. eh, aaa.. memang aku marah pun.. Ish, tak kisah lah.
“Jari tu kenapa?” Soalnya.
“Ha?” Aku yang mulanya kurang faham dengan soalannya memandang kesepuluh jari aku. Oh, jari ni..
“Staple bullet..” jawab aku ringkas
“Tak fikir panjang.. plus, clumsiness” Ujarnya sesedap hati membuat rumusan. Apa apa sahaja lah.
Dia mengeluh lebih panjang kali ini. Aku memandang sekilas pada dia sebelum beralih pada botol air yang asalnya milik aku. Hai.. la soya, dah memang kau bukan rezeki aku.
“Oh, sorry.. you nak lagi ke ni?” Soal Anas. Soya pun sudah tinggal kurang satu per empat botol. Tapi kalau banyak lagi pun.. aku takkan ambil semula rasanya.
“Tak..tak apa” Aku menggeleng kepala beberapa kali sebelum beralih memandang kearah lain. Agaknya merah lagi tak pipi aku ni? Dia perasan tak? Hish!
“Anas!” Aku mengangkat kepala memandang kearah Zara yang sedang berjalan menuju kearah aku dan Anas. Wajahnya berbeza dari tadi. Kembali ceria seperti biasa. Eh, sihat elok pula budak ni. Tiba- tiba rasa menyesal pula aku kelam- kabut, risau, takut semua awal tadi. Anas yang duduk di sebelah bingkas bangkit mendapatkan Zara. Wah.. macam ni rasanya kalau ada adik beradik ya.. cemburu pula aku tengok. Anas memaut bahu Zara memimpinnya, walaupun pada mata aku jelas yang si Zara tu bukan main sihat. Eleh.. berlagak ya kau Zara.. Dari Anas aku beralih memandang Zara, sengaja dia menjelir lidah pada aku, pakej dengan set sengihan kerang busuk dia. Eeee.. aku luku juga budak ni. Ingat aku peduli sangat ke. Aku membulatkan mata, sebelah tangan aku angkat dengan gaya ingin menerkam kearahnya setelah dia dan Anas sudah membelakangkan aku. Grrr.. geram pula aku dengan budak ni.
“Tunggu apa lagi? Marilah, I hantarkan sekali” Anas berpaling kearah aku yang masih melekat dikerusi.
“Err.. ya” Aku mengangguk sekali. Kelam kabut aku mengenakan beg semula pada bahu. Isk.. ya tak ya juga.. lupa pula yang aku tak ada kereta sekarang.
hahahaa.
ReplyDeletetatau kenapa.
tapi macam comel lah pulak si zara ni.
ekekkeee.
hahah ;)
ReplyDeletemasalah btol si shikin ni...cuba jd garang sket! (akak dh marah dah nih hehehe)
ReplyDeletehahaha.. kan. sat nak sekeh dia. ;)
ReplyDeleteclumsy n lucu la c shikin ni...tp i suker
ReplyDeleteanony: thanks. keep reading ye. ;)
ReplyDelete