Friday, January 1, 2010
La Mia Bella LUNA ADONA 1
“Cosa stai facendo, mamma?” ˡ Soal Luna dengan loghat Italy yang sudah biasa dilidahnya sebaik melihat mamanya mengeluarkan semula baju-baju yang telah dimasukkan ke dalam beg. Luna memandang wajah mamanya seketika sebelum menyusun semula baju yang dikeluarkan mamanya tadi. Maria yang sebentar tadi beria sangat ingin membantu anaknya mengemas pakaian kini berubah riak. Hatinya masih tidak sanggup untuk melepaskan Luna. Menyesal pula kerana dahulu dia membuat janji.
“You don’t love me anymore, do you?” Balas Maria, turut dengan soalan. Wajahnya tertunduk memandang barang-barang Luna yang hampir siap dikemas. Esok baginya merupakan hari yang paling ingin dielaknya. Luna akan berangkat pergi dari Otranto bersama Aliya. Buat pertama kalinya, selama 20 tahun ini.. Luna akan berjauhan dengannya. Bukan jauh yang biasa..bukan sejauh kediaman mereka di Moscow ke Plekhanahov.. sedangkan itupun dirasanya sudah cukup jauh, apatah lagi bila nanti dia akan berangkat semula dari Italy ni ke Russia tanpa Luna. Moscow dan Kuala Lumpur…Haish, naik biru bila difikirkan semua itu.
“Ma.. Of course I do.. tapi penat la macam ni, kalau mama asyik sepahkan balik..bila nak siap kemas?” Ujar Luna serius memandang mamanya dengan mata yang terkebil-kebil.
“Two months?” ujar Maria mengharap tolak ansur dari Luna. Luna yang mula menutup beg pakaiannya yang ketiga, bersungguh menggelengkan kepalanya.
“Okay..okay, six moths! That’s it. Deal” Maria masih berharap.
“ Un anno!² Ma.. ma kan dah janji. Kalau Luna dah habiskan second degree Luna, Ma akan tunaikan apa sahaja permintaan Luna kan. Setahun je ma, Lagipun, semenjak atuk meninggal.. dah lama Luna tak ke Kuala Lumpur.” Balas Luna, sedikit tidak puas hati.
“ Ada ke mamma janji macam tu?” Ujar Maria dengan Bahasa Melayu yang tidak selancar anak tunggalnya seorang itu. Luna lain, dalam usia masih muda lagi dia sudah menguasai empat bahasa dengan lancar..malah kini pada usia baru mencecah 20 tahun, dua ijazah sudah ditangan.
“Tak ada ke? Ye la, memang la masa tu ma tak sebut janji pun..” Luna mengerutkan dahinya sambil menggaru kepala. Prada berbingkai putih yang melekap di hidungnya dibetulnya. Maria tersengih kemudian. Inilah salah satu sebab mengapa dia begitu sukar melepaskan Luna pergi, terlampau lurus. Baru dipusing sedikit ayat, dah percaya.
*******
Setelah hampir dua puluh tahun hidup, rasanya peluang untuk cuba memasuki dunia Aliya kali ini, walau cuma untuk setahun..cukup bermakna buat Luna. Segalanya perlu sempurna. Semua barang sudah siap disusun setempat. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan mengemas semua ini dengan sendiri. Selalunya, kerja-kerja macam ni semua si pengasuh yang buat. Kali ini dia betul tekad untuk berdikari. Luna memeriksa buat kali terakhir barang-barangnya di sudut bilik. Sudah tidak sabar rasanya nak ke Malaysia. Kak Aliya kata seronok di luar sana. Selama ini dia hanya hidup dalam dunianya sendiri. Dunia yang dicipta istimewa buatnya oleh papa dan mama dan dia sendiri sudah selesa. Dari kecil, sahabatnya hanya buku. Hiburannya pun itulah. Seingatnya, dia memang tidak pernah punya kawan selain buku,mama dan papa sehinggalah muncul Aliya sebagai ahli keluarga baru mereka beberapa tahun lepas. Masa tu, Aliya masih lagi di tahun awal di Plekhanov, Russian Academy of Economics.. tempat yang sama dengan Luna.
“Luna teman akak ke porto, ya” Ujar Aliya sebaik sahaja mengalihkan pandangan dari tingkap. Aliya teringin bersantai di pelabuhan kecil yang terletak di Otranto, Italy ini. Cantik permandangannya. Itulah tempat kegemarannya setiap kali mereka ke mari untuk melawat nenek Luna. Setiap kali itu jugalah dia tidak jemu mengajak Luna kesana walaupun dia sendiri sudah dapat mengagak jawapan dari Luna.
“Buat apa?” Soal Luna sebelum beralih kekatil dengan senaskah ‘The Speculation Economy’ ditangan. Luna kemudian membetulkan pijama merah yang dipakainya sebelum mengambil tempat diatas katil.
“La.. kita jalan-jalan la, tengok permandangan” balas Aliya pada Luna yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
“Oo..tak nak la. Kak Liya tengok je la permandangan dari sini, kan boleh nampak” Balas Luna sementara matanya mula tertumpu pada buku ditangannya.
“Mana sama...” Aliya bertegas.
“Apa pula tak samanya? Kalau kita ke sana pun, porto..kalau tengok dari sini pun tetap porto. Takkan la pula pelabuhan tu nak berubah jadi airport pula kak” Ujar Luna serius. Seperti biasa, dia kurang faham dengan maksud Aliya.
“Susah la cakap dengan Luna ni..”
“Apa yang susahnya? Kak Liya tak faham ke?” Soal Luna. Blur.. Aliya meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Mengisyaratkan supaya Luna berhenti bercakap. Boleh naik pening kalau biar Luna terus menyoal.
“Okay..” Tambah Luna. Faham. Senyuman manis terukir dibibirnya. Dia kemudian kembali menumpukan perhatian pada helaian ditinggalkan seketika tadi.
“No more books! Kata nak bercuti..” Ujar Aliya yang kini sudah mengambil tempat disebelah Luna. Buku yang ditangan Luna pantas ditarik Aliya. Luna memandang Aliya sambil menayang barisan giginya yang tersusun kemas.
“Jangan cakap.. yang Luna nak angkut buku-buku Luna yang satu library tu..” Aliya memandang tepat kearah Luna yang masih tersengih.
“ Tu…” Luna memuncungkan bibirnya menghala kearah satu sudut bilik. Tiga kotak sederhana besar tersusun elok disitu.
“Tak ada! Kalau Luna bawak semua tu.. Kak Liya tinggal” Tegas Aliya.
********
“Affrettatevi!” Luna yang sudah siap dari awal tadi duduk bersila diatas katil sambil memandang kearah Aliya yang masih sibuk bersolek.
“Hey, mencarut ke apa?” Soal Aliya, tidak faham. Apa yang dia tahu..Luna berbahasa Italy.
“Apa pula mencarut..Luna suruh Kak Liya cepat la.. Anyway… mencarut tu apa?” Balas Luna. Rasanya, itulah kali pertama dia dengar perkataan tu.
“kejap la. Awal lagi kan..” Balas Aliya tanpa menjawab soalan Luna.
“Cepatlah!” Desak Luna.
“ Alah.. nak siap dah la ni..” Kelam kabut dibuatnya Aliya bila Luna masih tidak henti mendesak.
“Ish, bukan cepat tu.. maksud Luna..cepat la kasi tahu maksud perkataan tadi tu la..” Serius tutur Luna. Ingin tahu.
Riak wajah Aliya berubah. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memang cukup malas kalau terpaksa menerangkan sesuatu pada Luna. Selagi dia tak betul-betul faham..selagi tu la dia tidak akan berhenti bertanya.
“Aaa..mencarut tu..aa..a.. sejenis kuih. Ha..ya la tu. Sejenis kuih” Bohong Aliya. Dia pantas berpaling menghadap cermin semula.’apa aku cakap ni…’ Aliya bersuara sendiri.
“Kuih tradisional Malaysia, ya kak? Hmm..bunyi macam sedap je” Ujar Luna sambil tangannya membetulkan penyucuk merah jambu yang diselit pada rambut yang disimpulnya tadi.
“Ha..a.ah” Jawab Aliya teragak-agak.
“Macam mana bentuk dia?”
“Ha..Kak Liya dah siap. Jom” Elak Aliya sebelum terus bangkit keluar dari bilik.
Luna pantas mengekor gerak Aliya keluar dari bilik sebelum langkahnya dialihkan kebilik nonna nya. Sebaik sahaja tiba dipintu, Luna memandang kearah neneknya yang sedang bersarapan di tepi tingkap. Neneknya yang kini berkerusi roda kelihatan memandang jauh keluar. Cawan kopi separa penuh diatas meja bulat kecil disebelahnya sesekali disentuh.
“Luna? Masuklah jumpa nonna cepat. Papa tunggu dekat bawah ya” Ujar Rahman sambil menggosok kepala Luna sebelum terus berlalu. Luna menarik muka bila rambutnya yang kemas sebentar tadi habis berserabut.
“Nonna..!” Luna duduk disisi sambil memeluk lutut neneknya. Dia tersenyum manis kearah neneknya.
“La mia bella Luna Adona..” ³
*¹-what are you doing
*²- a year
*³-My lovely Luna Adona
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
La mia bella luna adona tu nama orang ke? panjang betul.. nak terbelik lidah menyebutnya.
ReplyDeletela mia bella= my lovely/sayangku
ReplyDeleteluna Adona= gabungan nama latin & italian
haHha. berBelit kew., =P
waa. bahasa italy! nice!
ReplyDeletebley blaja nie. heheee;D
kalau Hana tegur jgn marah ya....
ReplyDeletekalau boleh, boleh tak oren sediakan translation dia sekali...
walaupun Hana dpt agak apa yang cuba disampaikan..
better translation dia pun ada...
senang sikit nk menghayati...
hehehehe..
~peace~
anonymous- okeh! boleh ajew~hee
ReplyDeletehana-thanks. tp oren da letak translation dia kat bawah skali tu. ikut numbering. stiap ayat dlm bahasa italy,dihujungnya ad nombor n translationnya dibawah. ngee~
la nama org upanya...ehheheh...
ReplyDeleteingtkan aper tadi...
ermm best sambng..
:)