Sunday, May 31, 2009
Bila 6
“Apa?” aku meletak kembali cawan keatas meja dihadapanku. Tersedak aku dibuatnya. Macam mana mama boleh terfikir macam ni. Tidak ! tak mungkin aku dapat ikut kehendak mama dan abah kali ini.
“ Alah.. betul kata abah kamu tu..kau orang dah kahwin, sampai bila nak tinggal berasingan macam ni?” ujar mama yang baru bersuara.
“ No way mama! Kalau mama nak fatin tinggalkan kerjaya fatin..fatin tak setuju!” ujarku tanpa sedar sedikit meninggikan suara. Setelah apa yang aku usahakan dan aku kecapi demi cita cita aku ini..tak mungkin aku akan lepaskan begitu sahaja.
“ Kamu sedar sikit yang kamu tu perempuan dan sekarang sudah jadi isteri orang! Apa salahnya kalau kamu lupakan butik kamu tu dan tinggal sahaja bersama Hafez. Dia pun mampu” ujar mama. Suasana menjadi semakin tegang, abah hanya mendiamkan diri, begitu juga Hafez.
* Ish..takkan nak gaduh lagi ni.. Suasana sekarang benar benar mengingatkan aku pada pertengkaran aku dan mama dulu. Pada waktu aku memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan..hasilnya hampir berbulan aku dan mama tidak bercakap. Nampaknya macam tu lah, Okey, kalau mama tetap nak paksa aku..aku pun takkan berganjak dari pendirian aku sekarang. ‘Huh.. ini Fatin la.. dengan kuasa bulan..akan menghukummu!’ ish apa aku merepek ni.
“ Ha , kenapa kamu diam?” aku memandang ke arah mama bila disoal begitu.
“ Mama.. Fatin akan tetap dengan keputusan fatin..” Aku malas ingin berkata panjang. Lagipun segan rasanya bertengkar di depan hafez.
“ Kamu tak faham ke cakap mama! Kalau dah mama cakap macam tu..macam tu la! Cakap saja berapa ganti rugi untuk butik kamu tu, mama boleh bagi!” ujar mama turut tidak mahu mengalah. Aku lihat abah cuba menenangkan mama. Bukan duit yang aku mahu..mama tak faham dan tak mungkin akan faham.
“Ma..” belum sempat aku menghabiskan kata kataku, terasa tanganku disentuh hafez. Aku memandang kearahnya.
“ Sudah la.. tak payah risau, biar hafez sahaja yang mintak tukar.. kalau susah susah Hafez berhenti pun tak apa” ujar Hafez yang tiba bersuara.
“Ish takkan la sampai macam tu..hmm..” ujar abah serba salah dengan hafez manakala mama terdiam.
“ Tak apalah Abah.. Lagipun Hafez memang dah mintak transfer, tapi sampai sekarang tak dapat keputusan..kalau berhenti pun tak apa, sebab hafez ada terima tawaran dari kawan , dia ajak kerja dengan syarikat family dia..” tambah hafez lagi sambil tersenyum.
“ Kalau macam tu tak apalah hafez.. tapi malu pula mama dengan fatin ni.. sepatutnya isteri yang kena ikut suami, ini tidak” ujar mama lantas bangun menuju kebilik. Terasa juga aku.. teruk sangatkah aku ni, tapi…
*********
Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Seram sejuk pula rasa duduk di luar ni. Tak sedar pula berapa lama aku termenung di sini. Terleka dibuatnya berada di tepi kolam ni. Aku melangkah masuk kedalam rumah. Hafez tentu sudah tidur, mungkin letih memandu dari Terengganu.
Tanggapanku meleset bila sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik, kelihatan hafez sedang khusyuk di hadapan laptopnya. Aku meneruskan langkahku menuju ke arah bilik air untuk membersih muka. ‘Alah.. kenapalah mamat ni tak tidur lagi..’
“Achik tak nak tidur lagi ke?” ujarku setelah melihat Hafez masih lagi sibuk dengan kerjanya sedangkan aku sudah siap ingin tidur.
“ Kenapa? Cerah sangat ke? Nak hafez tutup lampu?” soalnya. Mana ada cerah pun setakat lampu meja yang di pasang.
“ Eh, tak adalah.. saja tanya” ujarku lantas menarik selimut. Aku sebenarnya rasa bersalah pula bila tidak langsung mahu mengalah. Beberapa kali aku mengalih posisi namun mataku masih begitu degil. Aku berpaling kearah hafez yang masih sibuk dengan kerjanya.
“Kenapa?” soal Hafez tiba tiba sedangkan matanya masih tertumpu pada laptopnya. Ha? Dia perasan ke aku tengok dia..ish. Dah sah dia ada kuasa sihir ! ahli sihir la katakan.. tak pun sixth sense kot, ahaks! Aku sudah mengarut.
“eh, hmm.. tak adalah..achik betul tak kisah ke?” soalku. Hafez membuka cermin mata yang hanya dipakai sekali sekala lalu diletak atas meja. Entah kenapa aku rasa suka pula melihat dia buat begitu. Macam macho je.. Alamak ..macam mana boleh terfikir macam tu.. , Ala biasa la tu..watak jahat selalu berlagak macho..huhu.
“ sudah lah.. tak payah fikir pasal tu, Hafez dah buat keputusan dan itulah yang hafez mahu..” ujarnya sambil memandang ke arahku tapi hanya untuk sementara sebelum kembali menyambung kerjanya.
“ Tapi..” aku masih merasa ragu. Itu bukan jawapan yang aku mahukan. Dia kembali berpaling padaku.
“ No more ‘tapi’.. Tadi bukan fatin nak tidur dah ke? Tak mengantuk dah ke or.. Nak Hafez temankan baru boleh tidur” Ujarnya tanpaku sangka. Mak aih..!
“ Eh, bila fatin cakap tak mengantuk? Hwargh.. mengantuknya.. tak tahan dah ni..betul, mengantuknya.. okey lah.. selamat malam !” ujarku pantas. Wah, pandai tak aku berlakon? Agaknya dia perasan tak aku berlakon tadi..huhu..tak kot.. Tapi macam mana ni? Aku tak mengantuk lagi pun. Alah, pejam saja lah. Aku tak dapat bayangkan! Kalau ahli sihir tu tidur disebelah aku.. apa akan jadi pada aku..mungkin senyap senyap dia akan tikam aku atau menggunakan kuasanya untuk membunuh aku, macam dalam anime yang aku tengok semalam.. Oh tidak..imaginasiku semakin melampau sekarang. Inilah akibatnya dari pengaruh televisyen.
***********
Hafez tersenyum sendiri. Entah kenapa kebelakangan ini dia semakin mudah tersenyum, walaupun kerana perkara yang kecil, Fatin berjaya buat dia tersenyum. Hafez merenung wajah Fatin, dia tahu fatin masih belum tidur. Apa istimewanya fatin.. jika nak di bandingkan dengan marni yang jauh lebih manis dan sopan, tapi dia tahu ada sesuatu dalam diri fatin yang membuatkan dia lain … dia punya sesuatu, sesuatu yang benar ingin diketahui Hafez. Baginya, fatin merupakan perempuan yang biasa tetapi penuh rahsia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment