4th BITE: AROMA KETUHAR DARI SETITIS PATI VANILLA
Dua tahun lepas, aku ingat lagi.. masa tu, aku baru habis ijazah dalam bidang hiasan dalaman. Tanpa ada pengalaman, cuma pengetahuan.. daddy menyerahkan tanggungjawab yang cukup besar pada aku. Fountain Consultancy (FC) merupakan anak syarikat baru daddy. Tiada bantuan lain yang diberikan daddy selain dari modal. Selebihnya, aku kena la usaha sendiri. Huh, kejam betul orang tua tu kan, bukan ke biasanya orang bagi anak tunggal dia waris syarikat dia ke? huh, kedekut. Bermula dengan menjadi perunding bagi hiasan dalaman, dengan hanya dua orang pekerja dibawah aku pada masa tu memang seksa juga la.
Fuh.. penat terkejar sana sini.. tebalkan muka.. pernah juga kami berpanas di pejabat semata- mata ingin berjimat. Pejabat bukan main cantik.. maklumlah orang tua tu sponsor.. dia mana nak jatuh standard.. takkan lah nak biar pejabat anak syarikat dia selekeh kan. Tapi itu lah.. Nurul Ashikin kan gadis hebat..
Hurm.. macam mana FC boleh sampai tahap sekarang? Ehem.. walaupun taklah sehebat mana, sekurang- kurangnya pekerja dah bertambah dan kami bukan sekadar beri khidmat rundingan.. kami dah urus projek sendiri apa. Ahah! aku ingat lagi masa tu, projek pertama FC adalah SV cake house. Dari situ aku mula rapat dengan Melati, gadis kacukan yang aku kira pada masa tu sebaya dengan aku, tapi rupanya ada la dalam tiga empat tahun lebih tua dari aku.
Melati.. seingat aku la.. dia pernah cakap yg dia ambil course untuk jadi pâtisserie (pastry chef) masa dekat france lepas tu dia ada la kerja dekat banyak tempat. Masa dia pergi jepun.. haa.. masa tu la dia ambil course untuk jadi Barista tu.. lepas tu, tak salah aku dia ada sebut yang dia kerja dekat sebuah coffee shop dekat sana dekat dua tahun sebelum balik Malaysia dan bukak SV cake house. Waaa… bagusnya kawan aku…tak macam aku.. dapur rumah aku ni terlampaulah bersih, kemas dan nampak baru. Al maklumlah, sekadar hiasan..
Aku melangkah keluar dari bilik menuju dapur. Lapar la pula, tapi malas nak keluar. Pintu peti ais aku buka. Susu.. air mineral, epal..air mineral lagi.. dan epal lagi.. Arh, bosan betul la aku punya peti ais. Itu la.. petang tadi masa singgah rumah daddy.. Julia nak bekalkan makanan, aku sombong sangat.. tak nak ambil. Sekarang baru nak menyesal.. huh, sungguh tidak berguna. Aku mencapai keluar sekotak susu segar dan aku letak diatas meja sebelum melangkah pula kearah cabinet mencari cereal. Huh, cereal malam malam.. jadilah dari tak ada.
Belum sempat sudu sampai ke mulut, aku terdengar bunyi telefon. Ish, kacau betul.. ini tak lain memang si Hanif tu la.
“Mangkuk.. tunggu kejap ya, lepas aku uruskan mangkuk yang satu tu.. aku datang balik kosongkan kau” Ujarku merenung seketika mangkuk cereal aku sebelum bangkit dari kerusi berjalan menuju ke ruang tamu. Sampai diruang tamu, telefon sudahpun berhenti berbunyi. Aku mencapai telefon yang berada diatas meja. Lapan mesej.. haish.. apa yang rajin sangat mamat ni menaip mesej. Aku membuka satu daripadanya.
‘I dah ada dekat bawah ni..you dah siap ke belum?’
Ada dekat bawah? Siap? Apahal pula la mamat ni. Ah, apa- apa je lah. Okay juga tu kau dah ada dekat bawah. Boleh aku pulangkan balik telefon ni. Semak otak je aku simpan. Aku melangkah ke arah pintu. Almari di sebelah tepi pintu aku buka, aku mencapai tudung dan cardigan yang sedia tergantung di situ dan siap untuk turun berjumpa si Hanif.
Sampai sahaja di ruang letak kereta, aku terus melangkah menghampiri kereta Hanif. Tingkap keretanya aku ketuk beberapa kali mengejutkannya yang aku lihat sudahpun terlelap. Sebaik Hanif menurunkan cermin tingkapnya, aku segera menghulurkan telefon yang dipaksa aku terima tempoh hari.
“Eh..” Hanif seperti baru berkira untuk bertutur sesuatu tapi aku pantas berpaling dan melangkah semula ke arah lif. Baik aku selamatkan diri cepat. Malas aku nak layan mamat tu. Waa.. jahat tak aku?
***
Hari ni hari sabtu, tadi ada sedikit perbincangan dekat pejabat dan sekarang aku sudahpun di SV. Nasib baik semua berjalan dengan lancar, dalam erti kata lain.. esok aku ada satu hari Ahad yang bebas. Yeay!
Hari ni tetap sama seperti hari- hari sebelum. Si Anas tu, masih ada di situ. Aku memangku dagu sambil memerhati mayat hidup tu dengan rutin biasanya dari arah coffee bar. Sesekali tangannya menggerakkan tetikus menarik perhatian aku, hurm.. tangan tu.. boleh ke buat kek? Haish.. boleh percaya ke cakap Melati.
“Eh, Mel.. betul ke mayat tu kerja dekat sini? Dia yang buat Choc Orchidée?” Soalku tanpa mengalihkan pandangan aku menghadap Melati yang berada di dalam bar.
“Tak..” balas Melati ringkas.
“Ha? Hari tu you cakap ya.. mana satu betul ni?”
“Either” Balas Melati sambil tersenyum dan berlalu ke dapur.
“Huh?”
Aku bangkit dari duduk ku. Aku tak percaya kau Melati, tak apa..biar aku sendiri yang tanya..baru puas hati. Aku tahu, kau tipu aku kan Melati..takkan lah si Seram tu yang buat kek yang berjaya meningkatkan kadar glukosa dalam darah aku sepanjang minggu ni. Tanpa berfikir panjang, langkah aku atur yakin kearah sudut yang dulunya milik aku seorang.
“Err..I duduk sini ek” Ujarku sedikit teragak-agak. Aku ni pun..tadi bukan main confident. Bila sampai depan mamat ni..lain pula jadi.
Diam. Dia langsung tidak memberi apa-apa respon. Ish, aku bunuh juga mamat ni nanti kot. Kerat-kerat..celup tepung..goreng, jual! Puas hati. Huh, sombong! Ingat kau handsome sangat? Erk..sikit lah. Err.. okay..okay.. banyak, tapi apa aku peduli! Puas sumpah seranah dalam hati (itu sahaja yang termampu,hehe) Aku berpaling dengan niat untuk berlalu dari situ. Mahu masak,kepanasan aku kalau lagi lama dekat sini.
“Choc Orchidée, a double choc cake with cheezy mint cream? Ya, I yang buat” Ujarnya hampir membuat jantung aku berhenti berkerja. Sah! Berhantu mamat ni.
“Hey. You ni.. bukan manusia kan?” Soalku yang dengan spontan berpaling semula dan terus melabuh duduk bertentangan dengannya. Dia merenung kearahku dengan wajahnya yang sedikit kerut. Mungkin keliru dengan soalanku ataupun mungkin juga terkejut dengan tingkah spontan aku itu. Ish, tadi macam pekak bisu, ni boleh pulak bersuara.. siap jawab soalan aku yang belum pun sempat aku soal.
“Ya lah.. tak pun..you ni ada psychic power, extrasensory.. boleh baca fikiran orang!” Tambah aku lagi. Ha..jangan lah..kalau betul, maknanya dia boleh dengarlah aku menyumpah dia tadi. Ish.
Tawanya terluah tiba-tiba. Eh, dia boleh ketawa lah.. Eh, si Seram ni ketawa. Ala, sweet la pula. Diluar sedar aku turut ikut tersenyum.
“Come with me..” Ujar Anas setelah tawanya reda. Dia kemudian bangkit berdiri. Hah?
“ I? ikut you? Kemana?” Soalku. Bulat mata aku dibuatnya dengan tingkahnya yang tidak langsung dapat ditangkap aku.
Soalan aku tidak dijawabnya sebaliknya dia terus memulakan langkahnya. Nak ikut ke tak ni? hmm..
“Wait!” Aku bangkit juga mengekor Anas yang sudah menghala kearah pintu dapur SV.
Wah..selama aku puakakan diri di SV cake house ni, inilah kali kedua aku masuk ke dapur, pertama kali.. selepas siap diubahsuai dua tahun lepas. Aku sendiri sudah lupa rupa dapur ni. Serba serbi metal. Modern dan kemas, sedikit berbeza dari ruang diluar yang dikacuk modern dan klasik. Anas menghulur pada aku sehelai apron.. Apa pula kes kali ni? Aku memandang apron di tangan kemudian kearahnya. Waa... dari sini aku seperti melihat sisi lain dirinya. Tiada lagi Si Seram yang pucat dengan rambut hampir menutup mata. Dengan rambut yang kemas disisipkan sebalik topi putih dan apron yang diikat kemas pada pinggang. Geraknya cukup berkarakter pada mata aku. Kalau macam ni..baru lah aku boleh percaya.
“So, lets get it started.. ambil telur tu dan asingkan kuning telur dan putihnya..kita nak pakai tiga kuning dan lima putih sahaja” Ujarnya lancar sambil meletakkan dua bekas dihadapanku. Ish, ni apahal pulak..
“Buat apa?” Soalku blur dengan arahannya.
“Choc Orchidée lah..kata suka. Baik belajar buat sendiri..sampai bila kan, you nak makan dekat sini dan entah sampai bila pula I akan buat kek ni kan. So, tolong cepat sikit” Arahnya, sebelum berlalu kearah fridge. Oh ..o..okay. Dalam teragak, aku mencapai telur. Haish, cool Shikin..you boleh buat punya. Haaaaah! Gila betul..macam mana nak asingkan menatang ni. Ala..
“Apa you buat tu?” Soal Anas yang sudahpun kembali berdiri disebelah aku. Aku tersengih kearahnya. Ha… bukan salah aku pun, tadi kulit telur tu termasuk sekali dalam mangkuk ni dan aku cuma nak keluarkannya semula. Alih-alih bercampur semua. Dah lebih dari lima biji telur pun yang aku musnahkan.
“Sudahlah..biar I buat. Ni, you tolong ayakkan tepung ni” Anas menghulurkan bekas lain pada aku. Tangan yang melekit dengan telur, aku lap pada apron sebelum menyambut bekas yang dihulurnya. Okay, kali ni aku boleh buat punya. Apa yang susahnya kalau setakat nak mengayak tepung kan. Haha..ini Nurul Ashikin lah.
Aaaaah.. akhirnya, aku perlu akur bila sekali lagi aku dimarahinya bila tepung yang diayak dalam bekas sama banyak dengan yang diluar bekas. Bersepah-sepah semuanya. Jangan kata meja..rasanya muka dan selendang aku kini turut bertepung. Silap-silap aku pun boleh dimasukkan kedalam oven nanti. Aku sedia menayang barisan gigi aku melihat dia yang akhirnya mengalah dengan aku. Aku tidak lagi dibenarkan memegang apa-apa sebaliknya dipaksa aku diam berdiri dalam jarak satu meter dan memerhati.
Hurm… dia betul nampak lain la bila macam ni. Kelihatan lebih berseri walau pada hakikatnya tingkahnya cukup serius. Kalau dalam komik mungkin sekarang aku dapat nampak ada cahaya yang bersinar sinar dari arahnya ditambah dengan kelopak kelopak sakura yang terapung. Hahah, aku memang suka bayangkan yang bukan- bukan. Tapi kan, mungkin betul juga kata yang jika kita melakukan sesuatu yang kita suka dan ikhlas dalamnya, maka serinya nampak jelas di wajah. Leka dibuatnya aku memerhati setiap gerak lakunya. Eh, bukan sepatutnya aku tengah belajar ke ni? Haish, fokus fokus..
“Apa maksud Choc Orchidée?” Soalku yang sudah bosan memerhati dengan diam
“Choc is choc, Orchidée is orchid” Jawabnya ringkas sementara tangannya masih tangkas melakukan kerja.
“Kenapa Orkid?”
“Tak ada sebab.. cuma Ibu I suka orkid dan dia suka makan kek ni”
“Oh.. eh, sama la. I pun suka orkid, orkid liar. Err.. tapi bukan bunga dia la..cuma bau dia..hehe.. bukan apa, tak ada masa la nak menjaga, menanam bunga- bunga ni” Balasku.
Anas merenung kearah aku.. beberapa saat, dia berdehem sebelum kembali menyambung kerjanya. Apahal pula.. aku ada salah cakap ke?
“Aaa.. I lupa nak ingatkan. Sebelum mula buat ni.. make sure you preheat oven to 350 deg. Tak susah pun buat benda ni.. lebih kurang macam nak buat choc soufflé” Ujarnya serius.
Senang? Haa.. ye la sangat. Macam mana nak guna oven pun aku tak reti.
***
“Bila nak balik sini?” Soal Zara.
“Nanti confirmkan balik ya.. Zara macam mana? Sihat? How about your yoga class?”
“Booooring.. encik Anas! I miss you aaaaa lllllot!”
“Jangan berani fikir nak ponteng.. and jangan cuba nak tukar tajuk”
“Alaa.. zara pergi la.. tapi lagi best kalau Anas temankan macam selalu..”
“Ye la tu.. hmm.. ni dah makan ke?”
“Sudah..Zara keluar dengan kawan tadi”
“Okaylah.. take care.. jangan lupa apa yang Anas pesan sebelum ni, nanti Anas call lagi”
“Alaaa… sekejapnya..apa- apa pun balik sini cepat ya”
“Got something to do. Okay, call you later”
“Okay boss! Love you!”
“Yarh.. me too”
alaaaaa..
ReplyDeletesi seram dah ada awek keeee?
ngee..
ReplyDeleteeh, zatie.. bagos x oren. dah maju da skarang. rajen sket post. hehee..
erk???
ReplyDeleteda de awek??....tak nakkkk!!!
hahaha..
bguss..bguss oren...
truskan usaha ntuk pos laju2..^^
n trima kaseh ntuk entry ni
hehee.. baeklah
ReplyDeleteoren akn trus brusaha!
chewah.
alaaaa... awek ke adik tu... ish.. ganggu gugat tul la zara tue..
ReplyDeletehahah. sikit lagi tahu la.. ngee..
ReplyDelete