Sunday, May 31, 2009
Bila 7
Telefon yang berbunyi membuatkan tidurku sedikit terganggu, padahal aku juga yang kunci jam pada waktu ini. ‘Ah, baru pukul 5.30..’ aku mematikan jam. Mataku masih belum dapat dibuka sepenuhnya. malam tadi entah pukul berapa baru aku boleh tidur.
Aku menarik selimut supaya menutupi seluruh tubuhku. ‘mak aih.. syok nya tidur sejuk sejuk macam ni...’
“ Mummy su! Mummy su !” tiba tiba terasa bahuku digoncang. Ini tak lain mesti si Adam, mesti mama yang suruh dia gerakkan aku. Aku menarik selimut yang menutupi wajahku.
“ Apa adam .. jangan la kacau mummy su nak tidur..” ujarku malas. Aku melihat jam yang terpapar di skrin telefonku. 6.45 dah? Cepatnya..Argh..tapi aku masih mengantuk.
“ Tok ma panggil mummy su.. bangun la..Tok ma kata kalau bangun lambat nanti rezeki tak come in!” ujar adam sementara tangannya masih menggoncang tubuhku. *Banyak la kau. Adam baru saja berumur 4 tahun..Tapi kalau bab bercakap..kalah maksu aku.
“ Adam keluar dulu..cakap kat tok ma, mummy su ada kerja” ujarku lantas menarik semula selimut. Banyak la aku punya kerja. Nasib baik dengar cakap pula si adam ni. Sebelum memejamkan mata, aku sempat mengerling kearah tempat tidur hafez..dan dia tiada disitu.*Ah lantaklah, aku mengantuk.
Rasanya baru lima minit aku terlena, sekali lagi tidurku diganggu. Bahuku digoncang lagi…tapi kali ini lebih lembut. Adam lagi la ni. ‘ah malas aku nak layan’. Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh. Kenapa banyak sangat rintangan untuk aku tidur ni..Aku cuba untuk menyambung kembali tidurku tetapi tak berjaya.
“ Sayang.. jangan la kacau. mengantuk ni.. .” Ujarku malas bercampur geram. Aku menolak tangan yang sedari tadi berada di bahuku. Aik kenapa besar pula tangan si Adam ni.Aku buka mataku perlahan. O mak kau! Bukan Adam. Hafez rupanya. Aku pantas menutup kembali mataku, berpura pura tidur.* Tak boleh buka mata, malunya aku.. Dah la aku pergi sebut sayang.
“ Sorry ganggu, sebenarnya nak ajak pergi rumah mak sekejap. Tapi kalau fatin mengantuk tak apalah” ujarnya. Isk, Serba salah pula aku. Aku membuka mataku kembali.aku lihat dia berada di meja kerja dan tersenyum ke arahku.
“ Ye la.. tapi kena tunggu orang mandi dlu.” Aku segera bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah malas ke bilik air. Ish tension betul! Dari semalam ada sahaja benda yang menyakitkan hati. Mamat ni pula.. entah kenapa dari tadi asyik tersengih sengih macam kerang busuk. Ah lantak kau lah. Malas aku nak layan, baik aku pergi mandi.
“ cepat sikit mandi tu ya sayang!” ujar hafez sebaik sahaja aku menutup pintu bilik air.
“ Arghh !” jeritku. Geram betul! Itu tak lain nak perli aku la tu. Salah aku juga, yang aku pergi sebut sayang tadi buat apa, tapi.. aku ingat Adam. Ah, peduli apa aku.. tapi.. bencinya..!
Hafez hanya tersenyum sebelum melangkah keluar dari bilik.
**********
Seminggu sudah berlalu dan semalam Hafez menelefonku. Katanya, pertukarannya telah diluluskan dan pada hjung bulan ini dia akan berpindah ke sini. Owh tidak! Aku tak dapat terima kenyataan ni.* ish, leceh la.. lepas ni hilanglah privacy aku dekat rumah sendiri.
Aku mengemas lakaran lakaran yang bersepah di atas meja, dan bersiap ingin keluar. Sebentar lagi aku ada temujanji dengan pelanggan di Le Meridien hotel. Masih ada satu jam lagi, sempat lah aku singgah Kinokuniya beli buku kegemaranku atau lebih tepat lagi.. komik. Ramai orang berpandangan aku seperti budak budak kerana minat aku terhadap benda benda seperti ini. Kata mereka.. tak berpadanan dengan umur aku. Tapi aku peduli apa. Komik dan anime banyak memberi inspirasi dalam kerjaya aku sebagai pereka fesyen..tapi, aku akui la, sedikit sebanyak ia mempengaruhi corak pemikiran, itu la sebab imaginasi aku dasyat.. hahaha.
Aku melangkah keluar dari butik dan berjalan menuju ke kinokuniya.. tak jauh pun dari butik aku. Separuh jalan, aku terasa malas pula nak masuk .. tapi alang alang dah dekat, masuk sajalah. Aku meneruskan langkahku kearah sudut kegemaranku. Semenjak aku melangkah masuk tadi, entah kenapa aku terasa diri diperhati. Aku menoleh ke kanan, jantungku bagai disentap bila terpandang wajah itu. Wajah insan yang sering muncul dalam sketsa mindaku.
‘Azlan’
Aku melambai kearahnya sambil tersenyum. Tak sangka pula dapat bertembung dengannya, aku sangka pertemuan yang lepas merupakan perrtemuan yang terakhir.
‘Dia tak nampak aku ke? Kenapa dia pusing ke arah lain?’ detik hatiku bila melihat reaksi Azlan seperti tidak perasankan aku. Bukan tadi dia memandang ke arah aku?.
* Tak apalah, biar aku yang pergi tegur dia.Tapi sebaik sahaja aku memulakan langkah, aku lihat dia pantas melangkah keluar.
‘ Dia tak nampak aku ke? Atau.. dia sengaja nak lari dari aku?’ .. ish, tak mungkin. Dia tak perasan la tu. Tapi malu pula aku dari tadi asyik melambai lambai tangan seorang. Amoi ni pun dari tadi pandang aku semacam, baik aku keluar. Terbantut niat aku nak cari komik kegemaranku.
***********
Aku suka suasana di KL Sentral ni, Aku dapat melihat pelbagai ragam gelagat manusia. Sudah lama rasanya aku tak naik LRT. Entah apa mimpi aku hari ni, Ala..lagipun bukan jauh pun hotel LeMeridien dengan KL Sentral. Kalau naik kereta pun belum tentu dapat sampai awal macam ni.
Aku tertarik melihat satu pasangan yang duduk tidak jauh daripada tempat aku berdiri sekarang. Tangan lelaki itu melingkari bahu pasangannya sambil bermain dengan bayi yang dipegang oleh wanita itu. Sesekali aku dapat lihat dia menghadiahkan senyuman kepada wanita itu. Aku dapat rasa, betapa bahagianya mereka. Bertuahnya wanita tu.. kalaulah aku yang berada ditempatnya kan bagus. Ini tidak, pada luaran semua orang ingat aku bertuah, punya segala galanya.. Dengan pencapaian dalam kerjaya pada usia begini. Huh, sebenarnya akulah orang paling malang, Ada kerjaya tetapi tak direstui mama, ada kekasih tetapi semakin menjauh malah aku sekarang punya suami tetapi sekadar pada nama.
Aku melihat jam dipergelangan tanganku. ‘Alamak! Lagi 10 minit.’. Ni semua berangan punya pasal. Aku memulakan langkahku pantas.
“Aduh!” kerana tergesa gesa, secara tidak sengaja aku terlanggar seseorang.
“ Buta ke?” ujar gadis yang berlanggar dengan aku tu. Cantik perempuan ni..tapi budi bahasa..hampeh.Dia kemudian berlalu begitu sahaja, aku pun tak sempat nak mintak maaf. Eh, kejap.. macam pernah tengok la perempuan ni. Ah, lantaklah. Aku pun dah lambat ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment