2nd BITE: PLUS THE MINT IN THAT MILK?
‘Tiga kosong empat strok dua’
Aku memerhati sekilas papan tanda lorong kawasan perumahan tersebut sebelum memulas stereng menghala masuk ke kanan. Dalam kadar halaju sepuluh kilometer per jam aku memerhati satu persatu rumah di lorong tersebut. Rumah keempat dari simpang, keempat… hmm..satu, dua, tiga.. empat.. Aku memberhentikan kereta dihadapan rumah berpagar putih itu. Kawasan sekitar agak berbukit membuatkan setiap rumah tidak berada pada aras yang sama namun kebanyakan rumah disini unik dan mempunyai ciri architecture yang tersendiri. Hurm.. boleh tahan.. boleh tahan? hah, kira bagus sangat la kalau nak dibandingkan dengan apartment aku.
“Uuu.. glass gate panel..” Aku mengumam sendiri sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta dan menghampiri pintu pagar. Pagar setinggi dua meter itu agak menarik perhatian aku, gabungan panel kaca dan frem kayu serta dilitupi dengan daun menjalar. Boleh tahan juga lah citarasa orang tua ni kan.
Tiga anak tangga sebelum aku berdiri dihadapan pintu di bahagian kiri pintu pagar. Aku menekan loceng yang ada disisi pintu dan menanti dijawab.
“Dad.. I’m here..” Ujarku sebaik mendengar suara Daddy dari speaker. Belum cecah satu minit selepas tu, pintu dihadapan aku dibuka. Aku lihat wajah Julia dihadapan menyambut dengan senyuman.
“Sampai juga ya Kakak dekat sini.. dah lebih sebulan pun pindah sini..baru sampai..senang tak cari rumah ni?” Ujar Julia masih dengan senyuman. Dia kemudian menarik aku dalam pelukannya.
“Sibuk la Julia..”
Kakak? Dia panggil aku Kakak? Selama ni rasanya Daddy seorang je yang panggil aku kakak. Ah, lantaklah.
Aku melangkah kearah daddy yang sedia menanti di muka pintu sebaik sahaja Julia meleraikan pelukannya. Aku mencapai tangan daddy.
“Waa.. cantik la rumah baru” Ujarku pada daddy, memulakan bicara.
“Kalau dah pereka bentuk cakap, cantik.. maknanya betul cantik la kan” Balas daddy sambil mengiring aku terus ke ruang makan. Aku melangkah melintasi ruang tamu yang direka serta dihias unik menggambarkan architecture moden. Terdapat beberapa sculpture abstrak disitu.
“Ye lah.. pereka bentuk katanya.. tapi bapak dia sendiri upah orang lain untuk rumahnya” Ujarku sengaja membuat muka.
“Why should we pick an amateur while we can have the professional kan..” Ujar daddy menambah masam pada wajah aku.
“Alah.. daddy gurau je lah.. daddy tahu, kakak sibuk..tak nak lah sibuk kan lagi dengan sebuah rumah je kan..” Tambah daddy sebaik kami masing-masing mengambil tempat di meja.
“Ye lah tu..” Balas aku ringkas. Ingat aku tak tahu ayat dia nak sedapkan hati aku tu. Aku pun bukannya marah pun. Kalau dia bagi projek rumah ni dekat aku pun, belum tentu aku terima. Orang tua ni boleh tahan cerewetnya. Oow.. tak sanggup aku.
“Makanlah kakak, Julia masak special hari ni untuk kakak” Ujar Julia yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Aku sekadar menganguk. Bila sesekali makan macam ni, teringat pula masa arwah mummy ada dulu. Haish.. ini lah antara sebab yang buatkan aku rasa malas nak balik rumah daddy.
***
Just the similar scent.. the same feeling, walaupun tempat ni masih dalam SV tapi sudut ni ada rasa yang sendiri, beza dari mana mana sudut di SV ni. ‘Wild Orchid..’ yaa.. bantal.. permaidani, semua yang ada dekat sini ada bau orkid liar padanya. Hmm.. bau yang sama dari kali pertama duduk disini.
Sebaik sahaja Macbook nya dibuka, dia kembali menumpukan perhatiannya pada skrin dan pada masa yang sama sebuah buku tebal ditarik keluar dari beg yang sedia berada disisinya lalu diletakkan di atas meja. Muka surat seratus lima, sebatang pen diletakkan sebagai tanda. Headphone dikemaskan supaya terletak elok di kepala, Shiver, nyanyian The Gazette menjadi pilihan pertama dari playlist dan kini dia sedia memecut masuk ke dalam dunianya sendiri.
***
Lima minit tiga puluh saat lagi sebelum tepat pukul tiga petang. Oh, dua puluh Sembilan saat.. Eh, dua puluh lapan saat. Jam di tangan aku tatap seketika. Hari ni hari sabtu dan masih awal, harap tak ada lah mana-mana makhluk pelik yang mengambil tempat aku. Mesti tak ada kan.. takkan lah tiap tiap hari dia nak datang sini kan..hehe. Dia bukan aku, aku ni lainlah, hantu SV.. jantung SV..nyawa SV! Tanpa aku nescaya tidak sempurnalah SV cake house..! Ehem.. err..ataupun sebaliknya. Ah, tak kisahlah. Apa yang penting jangan la ada sesiapa yang cuba merampas takhta aku yang satu tu.
Kali ini aku melangkah kearah tempat semayam aku tanpa buku di tangan, cuma membimbit beg shiro, VAIO putih kesayangan aku. Masih ada kerja yang perlu aku selesaikan. Kerja oh kerja…mana pernah habis kan. Hurm.. Bila difikirkan semula..SV ni sudah menjadi rumah kedua bagi aku.Aku banyak menghabiskan masa dipejabat dan di SV dari di rumah. Kalau di rumah pun, bosan menghadap dinding. Bosan yang mampu membawa maut. Nak ke pejabat pula hari minggu macam ni, duduk seorang dekat situ, lagilah tak best.
Argh.. Tanggapan aku meleset sebaik aku lihat tempat keramat aku kini sudah berpenunggu. Huh, mamat semalam ada lagi di situ. Aku melangkah mengurangkan beza jarak antara aku dengannya. Kenapa dia ada dekat sini lagi? Aku bukannya nak berkira sangat. Kalau ya pun.. apa salahnya datang masa lain kan.. masa aku tak ada dekat sini. Lagipun.. banyak lagi apa meja lain yang kosong dalam ni. Aku memerhati sekitar ruang SV sebelum kembali menghalakan pandangan aku pada mamat tadi. Masih dalam posisi yang sama seperti semalam.
Ish, mamat ni hidup ke tidak? Bergerak seinchi pun tidak, agak- agak.. dia bernafas ke tidak ha? Macam mayat hidup pun ada aku tengok. Setia, kaku menghadap skrin dihadapannya seperti tak berperasaan. Muka dah handsome walaupun agak pucat. Hurm.. cantik juga budak ni.. rambut tu kalau letak ribbon, hairband or hairpin.. Hahah. comel comel. Tapi kacau sikit bila tengok rambutnya yang hampir menutup mata tu. Silap- silap juling ke, mana aku nak tahu. Ah..tak kira! Tempat ni aku punya.
Tanpa mempedulikan mamat misteri tu, aku melabuhkan duduk dan membuka beg notebook aku. Nasiblah meja ni tak terlalu kecil. Dengan penuh yakin dan semangat yang jitu, aku betulkan sila dan mulakan hal aku. Biar.. hari ni aku tak nak lari. Kau pun, takkan la nak duduk lama dekat sini kan. Aku lainlah.. selagi tak siap kerja aku ni, disinilah aku.
~ minit pertama..aku menumpukan perhatian pada kerja aku. Draf pertama untuk kertas kerja ni perlu aku siapkan sebelum perbincangan isnin ni. Nurul Ashikin, sila cuba sedaya upaya abaikan mayat hidup dekat sebelah ni. Sangat tidak mendatangkan faedah.
~ ½ jam kemudian.. Minty Milk aku tinggal separuh gelas manakala kek masih belum aku sentuh. Aku masih lagi pening dengan kertas kerja yang perlu aku selesaikan ni.
~ 1 jam kemudian… Aku mengalih pandangan aku pada mamat tadi. Ish..ada lagi.. Dia ni tak nak balik ke? Awal lagi kot..tak apa, aku masih boleh berdiplomasi.
~ 3 jam berlalu… Argh..tengkuk aku pun dah terasa tegang dari tadi keras menghadap skrin. Aku mengangkat muka dan mamat tu kini sudahpun bersandar pada dinding. Ni bukan kategori tidur mati tapi samaada dia tidur..ataupun betul dia sudah mati. Macbook nya dibiarkan terbuka manakala headphone yang dari tadi melekap di kepala kini sudah beralih ke leher. Ish..cekal betul mamat ni. Tak ada rasa nak pergi dari sini ke? Ha…serabut betul lah macam ni. Selama ni aku seorang sahaja dekat sini. Nak dihalau secara terang terangan.. nanti dikatanya aku ni rakyat tak berbudi bahasa.
“Hey you.. you tahu tak..err.. sudut ni..tempat ni.. tempat I” Ujarku perlahan.
“Anas..” Tingkahnya tanpa dapat aku faham apa yang cuba disampaikan. Mak aih, hidup lah.. Dia berpaling ke arah aku. Rambutnya ditolak kebelakang sekilas membuatkan aku sedikit terkejut. Eh..tak juling la dia.. Ish, pandai je aku.
“Ha?” Aku sedikit blur..
“ Tak..nama I Anas..bukan ‘Hey you’..” Jawabnya bersahaja. Alah..tu pun nak berkira. Dah tadi memang aku tak tahu nama dia. Tahu la handsome pun.. tapi jangan la sombong. Huh. Aku membalas ujarannya dengan hanya sekilas senyuman serba salah sebelum kembali menatap skrin di hadapan.Yang aku nak cuba sampaikan tak dipedulikannya.. sebaliknya aku pula yang terkena balik. Aku pun ada salahnya..tiba tiba tegur orang macam tu, tapi apa aku nak panggil dia, saudara? Encik? Adik? Bro?Abang?... ke patut aku cakap ‘hello brother..ni tempat I..’ err cukup sopan ke tu, tak pun.. ‘Err, maaf bang..ni tempat saya..’ Aiyaya.. muntah hijau jugak aku dekat sini karang. Werkks.. boleh terpisah roh dari jasad dibuatnya.
“Suka?”soalnya tiba-tiba mematikan khayalan aku. Mamat ni cakap dengan aku ke? Tapi dia pandang arah lain.
“You cakap dengan I ke?”soalku. Inginkan kepastian.
“Masuk ni.. sudah dua kali you pesan kek yang sama” Tambahnya tanpa menjawab soalan aku. Memang fesyen ni dah kot mamat ni. Bermasalah untuk faham apa yang orang cakap. Nak dikatakan mempunyai masalah telinga, awal tadi dengar sangat apa yang aku cakap.
“A'ah..suka sangat! This one is mini cakes yang terbaru SV tau, tak ada dalam menu lagi ..baru semalam try..dah ketagih pun. I think.. you should try one” Balasku. Excited. Aku ni pantang sikit kalau sebut pasal makanan ni. Aku lihat dia tersenyum. Aduh la..nak gugur jantung aku. Ingatkan mayat hidup ni tak boleh senyum, tak bereaksi..tak berperasaan. Dia kemudian menutup macbooknya sebelum bangkit berdiri. Barang- barangnya tidak diambil bersamanya, dibiarkan sahaja diatas meja sedangkan dia kelihatan seperti ingin beredar dari sini.
“Nak pergi mana?” soalku spontan.
“Ha?” dia memandang aku kehairanan.
“ Err..tak. maksud I..silalah. ya. Sila.. sila” balas aku. Ya, silalah pergi dari sini. Ish, entah apa-apa aku ni. Macam mana boleh aku pergi tanya dia nak pergi mana. Apahal pula aku nak ambil tahu, kan bagus tu dia dah nak pergi. Ha..silalah pergi dengan cepat encik mayat. Aku dah malu sebenarnya ni dengan soalan spontan yang keluar dari mulut aku tadi. Buat macam dah lama kenal pula tanya macam tu.
Eh apa warna anak mata si mayat tu tadi ya?
hahaha..
ReplyDeletecomel !
sukaaaaa
next2
yeh! yeh!
ReplyDeleteentry bru...sgt ska-ska..hikhikhik *gembira*
=)next.
ReplyDeletetggu sat ye.
hehee..
akak follow..................
ReplyDeleteThanks! ;)
ReplyDeletesuke sangt!!!!
ReplyDeletetenkiu cik permaisuri hati! =)
ReplyDelete