18th BITE : AS COLD AS A WHIPPED ICED DAIRY DRINK
“Enam bulan?” Anak mata aku yang pada awalnya merewang melihat permandangan yang agak menarik dari rooftop ini segera aku alihkan, memandang kearah daddy. Haish… macam tak ada apa sahaja orang tua aku ni keluarkan arahan. Dari tepi tembok yang memagari sekitar rooftop ni, aku beralih duduk di sebelah daddy yang santai disitu dengan secawan kopi ditangannya. Landskap taman penuh daun hijau disini tidak berapa berkesan untuk menyedapkan rasa hati aku sekarang. Aku rasa terganggu dengan kenyataan daddy.
“Enam bulan daddy rasa sudah lebih dari cukup” Ujar daddy menyimpul andaian sendiri. Dia kemudian menghulur satu lagi cawan kertas berisi kopi yang dibawanya awal tadi. Huh, jangan ingat boleh sogok aku dengan secawan kopi. Cawan yang dihulur, aku sambut beserta satu keluhan berat.
“Apa ni daddy.. kan daddy juga yang bagi FC pada kakak.. sekarang, kenapa daddy cakap macam ni pula?” Aku menyoal. Satu pandangan kosong aku lepaskan rawak. Dalam kepala aku sibuk memikirkan permintaan ataupun lebih tepat, arahan orang tua aku ni.
“Daddy bagi FC so that you can learn.. Now, you have proved to me that you are capable managing it.. Daddy rasa.. dah sampai masanya kakak masuk ke Picturesque Group as my heir, pengganti tempat daddy nanti. Kakak tahu kan.. kakak seorang sahaja anak daddy, kakak nak daddy mintak tolong siapa lagi?” Ujar daddy. Haa.. tu tak ada lain lah.. suka nak buat ayat bagi aku rasa serba salah. Bukannya aku minta pun nak jadi anak tunggal. Mummy.. tolong kakak..! Isk, kan seronok kalau mummy masih ada. Cawan kopi ditangan aku tenung seketika sebelum penutupnya dibuka. Satu tegukan menghangatkan tekak, melapangkan sedikit dada yang makin menyempit. Aku bermotivasi sendiri, cuba menenangkan diri sebelum membalas kata daddy.
“Tapi kenapa sekarang? Selepas FC semakin stabil.. Alah.. malas lah daddy, kakak dah selesa dengan FC dan kakak tak berminat untuk mengurus group sebesar picturesque tu.. kakak suka apa yang kakak buat sekarang.. design is my passion! In charge of total management, urgh.. Kakak tak rasa kakak boleh la. Organizing such amount of subordinates.. presides over the executives board. Gerun lah!” Aku memberi alasan. Isk.. janganlah paksa aku buat benda yang aku tak minat. Lagipun FC ni sudahpun jadi sebahagian dari diri aku. Aku mulakan FC.. aku naikkan FC.. tapi kenapa sekarang daddy nak suruh aku tinggalkan FC?
“But you manage FC well. Lagipun bukannya daddy suruh kakak terus masuk sebagai president” Balas daddy tenang.
“FC lain.. Ala, daddy kasi la dekat Julia” Ujar aku cuba mencari jalan melepaskan diri.
“Shikin..” Daddy menutur nama aku, perlahan tapi tegas bunyinya. Jarang dia memanggil aku dengan nama melainkan dia benar- benar serius. Haish.. lemas lah! Aku menggaru kepala beberapa kali. Rimas untuk teruskan perbincangan seperti ni. Klishe lah.. berbalah hal macam ni.
“Okay daddy, that’s cheesy .. kan dah jadi lebih kurang babak dalam drama korporat dekat tv tu.. sangat soap opera okay” Cawan kopi ditangan, aku hala kebibir untuk entah kali keberapa.
“Kakak pun samalah.. janganlah drama sangat, benda kecil janganlah diperbesarkan. Bukannya daddy suruh kakak tutup terus FC tu.. cuma daddy nak kakak pindah ke main office. FC pun anak syarikat Picturesque juga” Daddy membalas. Eh, aku pula yang dikatanya drama. Huh, sama juga lah tu, maknanya aku tak akan ada dengan FC juga. Oh, tidak.. aku tak nak.
“Okaylah kakak, Daddy tak boleh lama.. ada hal” Tambah daddy. Haih.. Dah habis ke? Jadi apa kata putusnya. Bersungguh suruh aku datang sini pagi- pagi, semata untuk perbincangan beberapa minit ni? Err.. tak berapa sesuai untuk dikategorikan sebagai perbincangan sebab daddy langsung tak pertimbangkan apa jawapan aku.
“So..”
“Kalau ada masa baliklah juga rumah..” Daddy memotong sebelum sempat aku berkata apa. Terbantut terus soalan aku, melihat gerak daddy yang tanpa perasaan bangun dan terus meninggalkan aku sendiri. Ish, apa benda semua ni.. takkan lah aku betul kena tinggalkan FC?
Dari duduk di kerusi, aku bangkit semula melangkah kearah tembok. Aku melepaskan pandang sejauh mungkin. Bangunan ni.. maknanya aku akan setiap hari di sini. Di menara Picturesque ni. Argh.. apa aku nak buat ni? Aku sudah cukup selesa dengan apa yang aku ada sekarang.. aku gembira dengan kerja aku. Pekerja aku.. pejabat. Isk.. kalau aku melangkah sahaja masuk Picturesque, maknanya aku kena tinggalkan semua tu. Tinggalkan hasil usaha aku beberapa tahun ni. Susah senang aku dengan pembantu- pembantu aku… urgh.. kenapa mesti sekarang? Walaupun FC kelihatan semakin stabil.. namun aku tidak rasa sekarang masa yang sesuai untuk aku lepaskan pada orang lain. Lagi pula.. bolehkah aku terima kerja dengan suasana baru dalam kumpulan sebesar Picturesque ni. Melampau tak aku kalau aku tetap bertegas dengan keputusan aku untuk terus dengan FC? Isk.. runsinglah! Ikut hati, aku kunyah juga tembok ni. Ah, tak nak fikir. Baik aku balik pejabat buat kerja aku.
***
Aku menarik beg sandang berisi notebook shiro aku dari tempat duduk sebelah sebelum melangkah keluar dari kereta. Dalam kepala aku masih lagi berfikir tentang arahan daddy. Kenapa mesti aku? Aaa.. tapi ya juga, kalau bukan aku.. siapa lagi. Ish, susah juga jadi anak tunggal ni. Banyak benda yang aku tak boleh buat keputusan sendiri. Huh, apa- apa pun... makan dulu, sebabkan daddy yang menggesa untuk berjumpa aku awal- awal pagi tadi, sampai terlupa aku nak makan. Ish, sudahlah kepala runsing.. perut pula lapar.
Baru sahaja aku nak melangkah masuk ke coffee house yang terletak disebelah pejabat aku ni, aku ternampak Anas yang elok bertinggung ditangga hadapan pintu masuk pejabat aku. Hai.. apa pula mamat tu buat dekat sini? Ada niat nak jadi penunggu dekat sini pula ke? Jangan dirasuknya satu pejabat aku sudah la. Aaa.. aku nak pergi.. atau nak biarkan sahaja dia duduk disitu? Aduh.. perut aku dah menangis kelaparan ni. Tak boleh ke pilih masa lain kalau nak datang pun. Lagipun.. datang sini buat apa. Lepak sahaja lah di SV dengan kekasih hati kau tu.
“What are you doing here?” Dalam merungut aku kini berdiri dibelakangnya. Tak dilayan.. kesian pula aku tengok budak ni tercongok seorang dekat sini. Tak pasal dibawa Jabatan Kebajikan Masyarakat pula nanti.
“Oh, hye..” Ujarnya seakan tidak menyangka kehadiran aku secara tiba- tiba dari belakang.
“Dah lama ke you dekat sini?” Soal aku. Jam sudahpun hampir pukul sebelas, apa hal pula yang dia ada dekat sini dan bukannya di SV cake house.
“Nah.. hurm.. I tak pastilah sama ada you sudah breakfast atau belum.. tapi tak eloklah pula nak membazir” Anas bangkit berdiri sambil menghulur satu beg kertas pada aku.
“Thanks.. okaylah, I nak cepat ni.. I masuk dulu lah ya” Ujar aku, berdalih, padahal.. kalau dia tak datang tadi, memang di café la jawabnya aku sekarang. Aku tetap menyambut hulurannya walaupun soalan aku tadi tidak dijawabnya, aku sudah terbiasa agaknya dengan tabiat mamat ni yang bila aku tanya jarang nak dijawabnya.
Aku mengangguk sekali padanya sebelum berpaling untuk masuk ke pejabat. Uuh.. berat juga beg kertas ni. Apa agaknya yang mamat ni bagi ya. Tuah selepas malang ni.. walaupun malang pagi tadi dengan daddy tak hilang.. tapi kurang- kurang tuah ni membantu juga la. Macam tahu sahaja yang aku tengah lapar. Rezeki.. rezeki. Eh, tapi.. tunggu dulu. Aku bepaling kebelakang setelah hampir separuh dari anak- anak tangga ke pejabat aku ni dipanjat. Aa.. yang ni aku musykil.
“Aaa.. you nak pergi mana?” Soal aku sebaik menyedari Anas menurut jejak aku memanjat anak tangga.
“Makan. Aaa.. pejabat you dekat atas ni kan?” Jawab Anas, dengan bersahaja melintasi aku menuju ke pejabat. Ha?
Aku terdiam seketika. Agak lambat sebelum otak aku menghantar arahan supaya aku bergerak. Makan? Pejabat aku? Tsk.. apa maksud mamat ni. Dalam fikiran yang masih kabur, lambat memahami situasi. Aku melangkah masuk kedalam pejabat. Pandangan aku kemudian tertumpu pada meja setiausaha aku yang dipenuhi pekerja- pekerja yang lain.
“Eh, kak. Apa diorang semua buat berkumpul dekat situ?” Aku menarik lengan Kak Ani, tukang cuci disini yang kebetulan melintasi aku.
“Ah.. itu.. Aaa.. Anak patung tu boleh cakap melayu lah puan.. dia tanya apa entah dekat Laili.. yang lain tu saja buat- buat sibuk dekat situ” Ujar Kak Ani, tersenyum lebar.
“Anak patung? Ah..apa- apa sahaja lah Kak Ani. Saya masuk dulu ya” Aku menepuk bahunya sekali sebelum berlalu. Banyaklah anak patungnya. Setahu aku yang masuk tadi mayat hidup ada lah. Huh!
“I tunggu dekat dalam kalau you rasa nak masuk” Ujar aku sekali lalu pada Anas yang sedang berdiri kaku dihadapan meja Laili. Semua yang berkumpul disitu segera beralih ketempat masing- masing sebaik perasan aku melintas. Betuah betul budak- budak aku ni. Macam mana lah aku nak lepas mereka semua ni pada orang lain. Haish.. aku dan alasan..
“You memang selalu datang lambat ke?” Soal Anas sebelum sempat aku duduk. Waa.. soalan mencakar jiwa. Darah tinggi aku dibuatnya dengan mamat ni. Hey, aku bukan saja- saja datang lambat. Beg kertas yang berisi makanan tadi aku letak diatas meja perbincangan.
“Ah, itu sushi.. Zara pesan suruh hantarkan pada you” Tambahnya, melihat aku keluarkan dua bekas makanan dari dalam beg kertas itu. Apa dia cakap tadi? Zara? Si bencana tu suruh si mayat ni hantarkan makanan pada aku. Haa.. sekarang situasi yang pada asalnya sedia pelik menjadi bertambah- tambah pelik. Aku memandang bekas makanan dan wajahnya berganti- ganti. Boleh percaya ke ni? tapi perut aku ni dah tahan lapar. Aduh.. cukup- cukup lah dilemma satu hari ni.
“Aaah.. jangan risau, makanan ni selamat.. I sudah insurance kan.. so, jom lah kita makan” Ujarnya lagi. Satu persatu penutup bekas itu dibukanya. Tanpa menunggu reaksi dari aku dia terlebih dahulu mengisi mulutnya. Lapar sangat ke budak ni? Aku ingat aku seorang sahaja yang kebuluran.
“You belum breakfast?” Aku menyoal. Beberapa ketul sushi aku alihkan dari dalam bekas ke penutup dan aku pegang. Anas mengeleng kepala. Mulutnya penuh dengan sushi. Ini tak kira buruk siku kan? Kononnya bawa makanan untuk aku, tapi dia yang lantak lebih. Aku menganalisa wajahnya yang khusyuk menghadap sushi itu. Ish, kesian pula dengan dia ni. Berapa lama agaknya dia tunggu dekat bawah tu ya kalau dia belum sarapan, menunggu aku sampai pukul sebelas ni.
Tidak sempat aku mengalih pandangan aku yang sedang leka memandangnya, dia mengangkat wajahnya serentak buatkan mata kami bertemu. Dalam sedikit gugup aku pantas beralih fokus namun aku dapat rasakan yang dia tidak sedikitpun alihkan pandangannya. Dua ketul makizushi itu aku sumbat kedalam mulut. Urgh.. aku ni tak sah agaknya kalau tak malukan diri sendiri.
“Do I really look like one?” Soalnya tiba- tiba.
“Like what?” Aku menyoal semula. Masih tidak berani untuk memandang kearahnya. Untuk mengalih perasaan malu, satu persatu dari makizushi..Uramaki dan apa entah lagi jenis sushi ni aku sumbat ke mulut.
“They called me mannequin..sculpture ” Ujarnya membuatkan aku hampir tersedak. Tak sangka pula pekerja aku tu cakap terang- terang depan mamat ni yang dia macam patung. Haish.. gatal lebih dari boss betul budak- budak ni. Buat malu aku betul. Kan dah terpotong sedikit peratus standard FC ni.
Aku ketawa janggal. Tidak tahu apa reaksi yang patut aku beri sebenarnya “Ah..ahah.. budak- budak tu bukan boleh dikira sangat.. Kak Ani cleaner tu pun dipanggil Madonna. You janganlah ambil hati sangat” Botol mineral diatas meja itu aku capai dan buka penutupnya. Satu aku hulurkan pada dia sementara satu untuk aku.
“Pada pandangan you.. I ni macam mana? Apa I tak ada ciri- ciri yang menarik pada mata you ke?” Soalnya. Kali ni betul- betul buatkan aku tersedak. Salah cari masa betul la dia ni nak tanya soalan. Buatnya aku tersembur tadi, yang teraniaya.. dia yang di depan juga. Aaa.. apa punya soalan ni. Gila! Dia nak aku jawab apa. Kalau aku jujur nanti dikata gatal pula.
“Aaa.. jangan mengarutlah. Makan cepat” Aku mengelak untuk menjawab soalan pelik dari Anas itu.
“Secara jujur.. you suka orang yang macam mana ya?” Soalnya pula. Apa yang mamat ni nak sebenarnya? Tiba- tiba tanya soalan macam ni. Sihat ke tidak dia ni, atau sengaja nak perli aku yang belum kahwin ni. Hey.. aku belum masuk kategori anak dara tua lagi pun lah!
“Siapa pun tak apa.. asal dia bukannya muda dari I” Ujar aku tanpa berfikir. Memang tidak terniat langsung untuk aku jawab macam tu.. tapi itu pula yang terkeluar dari mulut. Terlupa pula yang mamat dihadapan aku ni lebih muda dari aku. Ah, tapi kalau aku tak cakap macam ni pun.. memang terang aku ni tak ada peluang pun dengan dia. Dia kan ada Intan..
“Oh.. macam Hanif?” Soalnya.
“Hah?” Aku agak terkejut. Tidak tahu apa yang patut aku jawab. Mana pula dia tahu nama si Hanif tu. Yang lagi aku nak tahu.. dia tahu ke cerita tentang aku dengan Hanif tu?
“Ah, tak apalah.. you makanlah. I pun bukannya senang sangat hari ni.. bekas ni you boleh bagi bila- bila you ke SV” Ujar Anas, kedengaran serius. Aku memandang kearahnya yang tiba- tiba bangkit berdiri. Dia tersenyum tapi agak berlainan dari biasa. Seperti dipaksa. Dah tahu tak senang, kenapa datang sini? Haish.. buat macam terpaksa pula datang. Lain kali kalau tak ikhlas, tak payah la datang. Aku menghantar geraknya ke pintu dengan pandangan yang bercampur musykil. Peliklah budak- budak zaman sekarang ni. Isk.. Macam- macam.. awal pagi dengan hal daddy.. ni dengan hal mamat ni pula. Dua- dua sama, nak buat aku rasa serba salah. Isk.. permulaan hari yang kurang baik.. macam mana pulalah penutupnya.
***
“Here’s your banana milkshake and cheese tart, miss” Aku memandang rentak laku Intan yang semakin hari kelihatan semakin selesa dengan kerjanya.
“Thanks Intan.. Aaa.. boleh tolong tak, kasi ni dekat Mel” Aku membalas senyuman Intan. Beg kertas berisi bekas makanan yang dibawa Anas semalam aku hulurkan pada Intan.
“Okay.. aa..” Huluran aku disambutnya tapi dia kelihatan seperti teragak untuk berkata sesuatu.
“ Intan ada apa- apa nak cakap ke?” Aku menutup notebook yang menjadi keutamaan sebaik duduk disini tadi dan tolak ketepi. Piring berisi cheese tart yang diletak Intan aku tarik lebih dekat, begitu juga dengan gelas penuh Banana milkshake.
“Aa.. macam mana nak cakap ya” Intan seakan serba tidak kena untuk menuturkannya. Ah sudah.. apa pula yang dia nak cakap ni? Lain macam sahaja bunyi. Entah- entah.. dia perasan kot yang aku rapat dengan Anas.. Ha.. mesti dia tahu kes yang si Anas tu hantarkan makanan dekat aku semalam. Isk.. kalau ikut dalam siri tv.. lepas ni dia mesti cakap dengan aku.. jangan dekat dengan Anas. Oh, tidak! Sangat drama!
“Intan jangan salah faham, semalam tu..” Ish, aku pula jadi macam dia, tak tahu macam mana nak cakap.
“Salah faham? Apa Shikin cakap ni?” Soal Intan. Kelihatan dia seperti keliru dengan kata- kata aku. Jadi, bukanlah ya.. aaah.. aku yang salah faham rupanya.
“Oh, tak ada ya? Eh, duduklah dulu” Ujar aku cuba menutup kesilapan aku itu. Tanpa banyak soal, Intan mengambil tempat, duduk semeja dengan aku.
“Macam ni.. Intan ingat.. nak mintak tolong Shikin sikit” Ujarnya perlahan.
“Tolong? Sure, tapi yang mana I mampu sahaja lah ya” Balas aku sambil penuh tanda tanya menanti apa yang ingin dimintanya. Jangan minta yang pelik- pelik sudah la.
Intan mengeluarkan sesuatu dari poket apronnya dan diseret diatas meja. Aku memandang keping kertas yang dihulur oleh Intan itu.
“Ini…” Aku mencapai kepingan kertas itu. Tiket?
“Boleh tak you tolong bagi ni dekat Anas?” Pintanya. Wajahnya mula merona merah. Waah.. kau orang yang bercinta, kenapa nak babitkan aku ni. Aku tahu la aku ni single.. jangan la nak menunjuk dekat aku sangat. Perli ke apa?
Glitz show? Pavillion Hall.. Genting Highland. Aku meneliti tiket itu.
“Kenapa tak cakap terus sahaja dengan dia?” Kurang berminat lah aku kalau bab menjadi orang tengah ni. Cari orang lain lah!
“Intan tak berani la.. tapi Intan betul nak pergi tengok ni dengan dia. Boleh tak Shikin tolong aturkan? Ah, sekejap” Dia mengeluarkan lagi dua keping tiket lalu hulurkan pada aku.
“Aaa.. kenapa tak suruh Mel sahaja?” Aku berusaha mencari alasan lain.
“Hmm.. Mel tu busy sangat and kalau Intan yang ajak sendiri, takut dia tak setuju pula .. tapi kalau Shikin ada, mesti dia okay kan. Lagi satu tiket tu.. shikin ajak la sesiapa.. yang special ke..” Ujar Intan tersenyum lebar.
“Oh.. okay” Hanya itu yang terluah dari mulut aku. Itulah.. awal tadi yakin sangat cakap boleh tolong yang termampu dan kalau ditimbang balik, permintaan si Intan ni tak ada lah susah sangat.. tapi kenapa aku rasa berat ya.
“Thanks Shikin” Ujar Intan. Dia menarik tangan aku dan genggam dengan kedua belah tangannya kejap. Jelas terpancar rasa gembira diwajahnya. Aku membalas dengan senyuman yang aku kira kurang ikhlas. Ish, kenapa dengan aku ni.. kalau dah nak tolong tu, tak boleh ke tunjuk sedikit keikhlasan tu.
“Maaf tanya ya.. kalau betul lah apa yang I fikir.. Aaa.. you part time dekat sini bukan sebab tak ada apa nak dibuat dirumah ataupun you suka kerja ni kan?” Soal aku walaupun aku sudah tahu jawapan yang bakal aku terima.
“Ya.. tak jujur kan Intan ni.. masuk SV ni dari awal lagi bukan sebab SV.. tapi sebab nak dapatkan semula apa yang dulu terlepas. Bunyi macam pentingkan diri kan? Haih.. kenapalah dulu Intan tak ada keyakinan langsung pada diri sendiri.. tapi sekarang Intan nak cuba, Shikin boleh tolong kan?” Luahnya buatkan dada aku terasa sempit tiba- tiba. Apa yang diucap Intan itu seakan memberi kesan pada aku.
Aku terdiam seketika, cuba mengawal rasa. Apa kena dengan aku ni? Janganlah macam ni.. Ish. Tanpa berfikir panjang, tangan aku mula ligat mengemas semua barang- barang aku.
“Eh, nak ke mana ni?” Soal Intan, melihat aku siap menggalas beg di bahu.
“Ah, baru teringat yang I ada kerja dekat office. Pasal hal tu, nanti I cuba ya” Ujar aku lantas bangkit berdiri.
“Your cheese tart.. tunggu sekejap I bungkuskan” Intan menahan, namun sebelum sempat aku menjawab aku terlihat Anas sedang melangkah menuju kearah kami. Tanpa membalas kata Intan aku mula orak langkah untuk segera keluar dari sini.
“You pergi ambil Zara ke tadi?” Soal Intan pada Anas yang semakin menghampiri.
“Yup. Lama ke you tunggu? Jom lah kita pergi sekarang” Balas Anas sebaik berselisih dengan aku. Wah… dia tak berpaling sikit pun dekat aku, apa lagi nak tegur aku. Haih.. yang aku pun satu.. berharap tak bertempat. Aku sendiri pun tak tegur dia. Ah! Sudahlah Shikin, banyak lagi perkara yang kau kena fikir.
waaaaaa,anas marah ke mrajuk tuh...hihiiii,rilek la shikin..rase sian plak ngan intan.anas oh anas,mannequin?..hihiiii,tq orEn.
ReplyDeletehahah. welcome KD. ;)
ReplyDeleteanas-anas, hehe....merajuk eh?
ReplyDeleteisk.. tua2 mrajuk lagik. ;)
ReplyDeletehahaa ni mesti kes minat tp pendam..dua-dua ni nak kena sekeh nih ..
ReplyDeletemari sekeh bramai2... hik3
ReplyDelete