~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Sunday, May 31, 2009

Bila 8


Pagi ini, seperti biasa..aku bangun lewat lagi. Nasib baik malam tadi aku sudah siap mengemas rumah. * Ya..hari ni merupakan satu hari yang bakal memberi impak pada aku walaupun impaknya tidaklah sebesar hari aku bergelar isteri.

Argh..! macam mana ni? Hari ni hafez akan pindah masuk!.Apa harus aku buat?...bentang permaidani merah dan taburkan kelopak mawar sebaik saja dia masuk sambil menyanyi lagu ‘you were meant for me’? Atau ..Aku boleh tukar suasana rumah ni..tutup semua langsir, nyalakan lilin banyak banyak.., mainkan lagu tema ‘the phantom of the opera’ dan aku akan berusaha buatkan dia lari dari sini dan takkan kembali..? ataupun.. aku tinggalkan mesej pada dia, katakan aku terpaksa pergi ke luar Negara buat sementara waktu, padahal aku tak akan kembali lagi buat selamanya? Hahaha! Apa yang aku fikirkan ni..aku menggaru garu kepala aku walaupun tidak gatal.

Hmm .. hakikat tetap hakikat dan aku harus terima ataupun lebih tepat aku sepatutnya menerima hakikat ini semenjak aku menerima panggilan dari mama beberapa bulan yang lalu. Panggilan yang menyatakan hakikat pada masa itu aku bakal bergelar isteri pada hafez azfar. Bukan pada insan yang telah melamar aku pada malam yang sama aku menerima panggilan itu.

“ Hujung minggu ni kamu boleh balik tak?” soal mama sebaik saja aku menjawab salamnya.

“ Kenapa ma? Rasanya tak boleh.. banyak kerja la…ada hal penting ke?” balas aku. Mimpi apa pula mama ni telefon malam-malam macam ni.

“ Mesti la penting, Takkan kamu tak boleh balik sekejap pun?” soal mama lagi seakan mendesak. Rasanya baru dua minggu lepas aku balik sana, bukannya aku taknak balik, tapi..banyak kerja yang perlu aku selesaikan.

“ Apa yang penting sangat tu, cakap sekarang tak boleh ke ma?”

“ Sudahlah kalau kamu tak mahu balik, ini..mama nak bagitahu siang tadi family Uncle Rosli kamu datang, minang kamu untuk hafez?”

“Apa ma? Fatin tak setuju” balasku. Apa yang mama cakap ni…

“ kenapa pula tak setuju? Kamu ingat kamu tu muda sangat? Nak harap kamu cari sendiri agakya sampai mama mati pun belum tentu.. Asyik sibuk dengan kerja yang kononnya bagus sangat” kata kata mama kedengaran keras.

“ Tapi ma..ni soal hidup fatin..Fatin dah..”

“Dari dulu semua orang kena ikut kata kamu,tak kira..Mama dah pun terima pinangan tu,kamu jangan nak malukan mama,.. kalau tak jgn panggil mama lagi!”

Kata kata mama pada ketika itu masih lagi terngiang ngiang. Aku tidak mungkin lupa hari itu, hari aku menerima dua kejutan besar dalam hidup aku. Malam itu aku telah dilamar azlan.. memang aku gembira mendengar luahan hati azlan tapi aku sengaja tidak memberi jawapan pada ketika itu. Kononnya nak tiru macam dalam filem tu, bila dilamar..cakap nak fikirkan dulu..huh, belum apa apa..balik rumah malam tu, aku terima panggilan dari mama..

Bunyi loceng pintu membuatkan aku kembali ke alam nyata. Itu mesti tak lain.. Kalau bukan hafez, mesti budak pizza..eh, mana ada aku pesan pizza. Mengarut saja aku ni. Aku pantas melangkah menuju kearah pintu, dan seperti yang aku jangkakan..memang hafez, bukan budak pizza atau pak mat..ketua pengawal keselamatan yang cukup berhemah disini.hehe.

“ Sila, harap achik tak kisahlah..apartment ni tak la besar mana pun.” Ujarku kepada hafez yang kelihatan sedikit kekok melangkah masuk ke rumahku.

“ Hmm.. oh, tak..tak apa, cantik . terasa macam filem dulu dulu pula, semua hitam putih” ujarnya sambil berjalan menuju kearah sofa. Hitam dan putih adalah warna kegemaran aku, kalau boleh semua benda aku nak hitam dan putih. Hiasan dalaman rumah aku ni pun semua aku punya idea. Tapi kalau orang tengok rumah aku ni.. rasa rasanya mesti ingat aku ni psiko.. oh tidak.

“ Tak ada lah semua.. tu bunga tu kan warna merah. Lagi.. ha, ni majalah ni warna warni. Nak tambah warna lagi..buka tv..ni tv warna tau” ujarku sambil menunjuk kearah majalah yang berada di atas meja dan tv pada hafez. Aku lihat dia hanya tersenyum.

“ aa.. tak apalah, achik duduk dulu, fatin pergi buat air sekejap” tambah aku bila hafez masih diam. Terasa janggal pula bila terdapat lelaki di dalam rumah ni, biasanya aku duduk seorang saja. Tambah pula..aku tak tahu nak berbual apa dengan dia. Aku macam tak percaya yang aku bakal tinggal sebumbung dengan seorang lelaki walaupun pada hakikatnya dia suami aku. * argh.. macam mana hari hari aku seterusnya.

“ Banyak ni sahaja barang achik?” Aku meletakkan secawan kopi di hadapan hafez dan mengambil tempat di sofa sebelahnya. Aku cuba berlagak biasa, harap harap dia tak perasan kejanggalan aku.

“ Buat masa sekarang, ini sajala, hmm.. tak sunyi ke duduk seorang kat rumah ni?” soal hafez. Cawan dihadapannya dicapai.

“ Siapa kata duduk seorang?” balasku. Dia meletak kembali cawan keatas meja. Reaksinya menunjukkan seperti dia terkejut. Nak tergelak pula aku.

“Bell!..Bell!..mana pula dia pergi ni”

“ Siapa?” soal hafez.

“ kucing la.. entah mana pula dia pergi, tidur agaknya” balas aku. Aku memandang ke arahnya, kelihatan reaksinya sama seperti tadi. Aku buat lawak ni, kenapa dia tak gelak atau senyum macam biasa. Ini tidak.. Asyik buat muka tak berperasaan saja. Agaknya spesis dari dunia gelap memang macam ni, Tapi.. sekurang kurangnya cakaplah sesuatu, tidaklah aku rasa kekok macam ni.

“ Hmm, tak apalah achik.. fatin kena pergi butik ni, itu bilik Achik..buatlah apa yang patut dan satu lagi..kunci rumah ada dekat tepi pintu tu.. ok lah, fatin nak pergi bersiap ni” ujarku lantas segera bangkit dari sofa. Baik juga aku keluar, daripada duduk dalam suasana yang pelik macam ni. Nampaknya sekarang aku sudah dapat merasakan aura dunia kegelapan di dalam rumah aku ni.

***********

Honda Jazz hitam dipandu perlahan, Ke mana sebenarnya yang aku nak pergi pun tak pasti. Takkanlah nak pergi butik pula, aku kan cuti hari ni. ‘ish, nak ke mana ni?’. .

Nampaknya..aku tak ada pilihan lain. Aku melangkah masuk ke dalam butik. Boleh tahan pula aku tengok pelanggan hari ni, tak sia sia lah aku datang walaupun cuti.

“ Eh bos, kata cuti. Kenapa datang pula ni?” soal jojie yang entah muncul dari mana. Tiba tiba saja, nasib tak melatah aku.

“ Hai.. ni kan butik aku..tak boleh ke kalau aku datang?” ujarku pada jojie sementara dia hanya tersengih seperti kerang busuk.

“A’ah kan.. betul juga tu, macam mana boleh terlupa pula” jojie menggaru garu kepalanya.

“ Iyalah tu..macam macam la kamu tu. Ni, pergi panggil Atie.. cakap aku tunggu kat dalam” ujarku sebelum melangkah menuju ke pejabatku.

Aku bersandar pada kerusi sambil jemari aku mengetuk meja. Apa aku nak buat ni..? Kerja pun tak banyak sekarang, sebab itulah aku boleh ambil cuti. Tempahan untuk minggu depan pun aku sudah siapkan. Aku merenung skrin komputer dihadapanku, takkan lah aku nak main game..bosan lah, tak ada game baru pun.

“ Hai kak atien, jauh termenung.” Bila pula lah si atie ni masuk,bukan tahu nak ketuk pintu dulu.

“Tak ada maknanya termenung.. Kak atien tengah fikir pasal kerja ni.” Iyalah sangat aku fikir pasal kerja. Atie hanya tersenyum, aku tahu dia mesti tak percaya pun cakap aku.. aku mana ada masalah sangat pun kalau hal kerja. Kalau ada pun, aku takkan termenung macam ni.

“ Ha! Kamu ni pun satu. Masuk sini bukan tahu nak ketuk pintu.. tak pun bagilah salam” ujarku bila melihat atie masih tersenyum.

“ Ops, sorry.. terlupa. Hmm..kenapa kak atien nak jumpa atie ni?” Atie menarik kerusi dihadapanku dan terus duduk.

“Hai..siapa jemput kamu duduk? Ni, cash yang kak atien suruh bank in semalam dah buat?” ujarku sambil tanganku bermain dengan pen diatas meja.

“ Penat la berdiri..duit tu dah selesai semalam lagi..” balas atie sambil menghulurkan fail kepada aku.

“ Fabrik untuk Puan Mona tu dah sampai?” soalku lagi. Cepat la pula si atie ni buat kerja, selalu kalau aku suruh, dua tiga hari baru jalan. Kan bagus kalau dia belum bank in lagi duit tu, ada la juga kerja yang aku nak buat.

“ Belum sampai lagi, kenapa? Kan kita baru order semalam..” ujar atie sambil merenung aku. Betul juga tu, macam mana aku boleh lupa pula.

“ hmm.. tak apalah kalau macam tu, pergilah buat kerja kamu” Aku beralih semula pada skrin komputer.Bosan betullah, selalu kalau banyak kerja..banyak sangat pula.

“ Kak atien nampak peliklah.. kenapa tak duduk rumah saja hari ni? Bukan abang hafez pindah hari ni ?” ujar atie yang maih merenung ke arah aku.

“ Apa yang pelik pula ni? Memanglah dia pindah hari ni..apa kena mengena kak atien kena duduk rumah pula..?” balasku sambil mataku masih lagi tertancap pada skrin komputer.

“ Tak adalah.. selalunya kak atien kalau cuti, Tak mahu diganggulah..tak mahu dengar langsung pasal hal butik,tapi hari ni.. boleh pula datang kerja.” Tambah atie.

“ Kamu pun sama dengan jojie.. ni kan butik kak atien, suka hatilah nak kerja or cuti. Sudahlah, pergi sambung kerja..nanti kita lunch sekali” balas aku sambil membuat isyarat menyuruh dia keluar dari bilik.Kalau tak buat macam tu, mesti lagi banyak soalan yang bakal muncul dari mulut atie.

*************

Azlan menatap pelan yang masih belum lengkap sepenuhnya di skrin komputernya. Hanya jumlah beban menanggung bagi setiap tiang sahaja yng belum dimasukkan. Setelah berpuas hati dengan pelan tersebut, Azlan beralih pula pada pelan di atas meja yang memerlukan tanda tangannya.

Azlan cuba sedaya upaya menumpukan perhatian terhadap kerjanya namun tidak berjaya. Panggilan dari abangnya dua hari lepas sedikit sebanyak membuatkan fikirannya terganggu. Bukan sebab itu sahaja.. wajah fatin yang semakin cuba dilenyapkan, entah kenapa semakin kerap pula menghantuinya.

*************

Usai mandi dan solat, Hafez merebahkan badannya di atas katil, matanya merenung ke arah siling. ‘Betulkah keputusan yang aku buat ni?’ detik hati hafez.Jam yang sudahpun menunjukkan pukul dua. Lapar pula rasanya, semenjak dari pagi tadi dia tidak menjamah apa apa. Barang barang pun sudah siap dikemasnya. Telefon yang berada disebelahnya pantas dicapai bila terdengar bunyi mesej.

Mesej dari marni dibiarkan dulu, jemarinya pantas mencari nombor telefon Adi. Tiba tiba dia teringat kawan baiknya yang seorang tu, sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan adi..semenjak mereka tamat pengajian di UTP. ‘Ada juga orang yang boleh teman aku makan’. Ujar hafez sendiri.

No comments:

Post a Comment