7th BITE: PLATE OF GÂTEAU SERVES WITH HOT SYRUP
Satu piring buah epal yang siap dipotong serta mangkuk aiskrim Ben & Jerry, Chocolate Fudge Brownie aku bawa keruang tamu. Tuala ungu yang berbalut dikepala aku kemaskan. Segar selepas berendam hampir setengah jam di dalam bilik air tadi. Alat kawalan televisyen aku capai sebaik aku bersila elok diatas sofa.
“Shikin… shikin” Aku menggeleng kepala sebaik memandang kearah kotak yang disampaikan Melati beberapa hari lepas. Masih belum dibuka. Karut betul aku ni, kan tak pasal kena gelak dengan si Melati tu. Itu la jadinya kalau dah sibuk sangat ambil tahu hal orang.
Aku menarik kotak yang berada diatas meja itu lebih dekat sebelum mencapai mangkuk aiskrim Ben & Jerry kegemaran aku. Satu sudu masuk kemulut sementara mata aku masih pada kotak tadi. Cuba cuba untuk scan kotak berbintik tu, mana la tahu kot boleh nampak apa ada dekat dalam. Hurm.. Kenapa ya si seram tu bagi benda ni dekat aku? Apa ada dekat dalam ni? Hurm..
Kek? Eh, takkan la pula. Aku tunduk sedikit menghampiri kotak yang berada diatas meja. Tak ada bau pun.. bukan la tu.
Cincin? Heh, apahal pula dia nak bagi kau cincin cik Shikin oi! Err.. tak boleh ke? Selalu aku tengok dalam tv tu boleh je.. Alah, tak mati pun kalau sesekali nak berangan kan..
Set pinggan mangkuk? Lagi la mengarut.. agak- agak la saiz kotak ni nak muat pinggan mangkuk! Haish.. habis tu kalau dah semua pun bukan apa benda ada dekat dalam ni.
Yang nak susah sangat fikir, buang masa scan.. ala ala ada super power, baik aku bukak tengok terus je kan. Sudu aiskrim yang berada dimulut aku letakkan, kotak yang berada diatas meja beralih ke tangan. Tapi.. betul ke tak apa ni kalau aku buka.. Aaaa… kenapa tak boleh pula kan? Ish, aku ni.
Aku pantas membuka penutup kotak lalu campak ketepi. A..ha, kosong? Aku menterbalikkan kotak, menggoncang walaupun aku tahu itu suatu kerja yang sia sia sebab dah memang kosong pun kotak tu, apa lagi yang aku harap nak keluar dari kotak yang nyata kosong.
“Gile ah, penat je aku misteri kan diri tadi” Aku berbicara sendiri. Satu keluhan aku lepaskan sambil tangan kiri aku bertindak mencapai semula penutup yang tercampak ketepi sebentar tadi. Kotak itu aku tutup semula dan campak kebelakang sofa. Haish.. buang masa, tak ada kerja agaknya si seram tu. Masalah betul..
Eh. Eh, kejap. Rasa tadi macam.. Aku segera berpaling kebelakang, memanjangkan tangan mencapai semula kotak yang aku campak kebelakang sofa tadi. Kali ini kotak yang aku campak ketepi sebaliknya penutup kotak aku pegang. Ada sehelai kertas yang dilipat dua dilekatkan pada bahagian dalam penutup kotak. Ini macam resit SV cake house. Lekas sahaja tangan aku menarik dan membuka lipatannya. Tertera tulisan tangan berdakwat biru bertindih dengan tulisan serta huruf- huruf yang sedia tercatat pada resit itu. Ish, kalau ya pun tulis la bahagian belakang resit yang kosong tu.
‘I have registered your name. Ask Mel for details’
*Anas
Hah? Register? Tanya Melati? Aku membaca berulang kali apa yang ditulis. Depan belakang kertas aku belek. Apa maksud dia ya? Dia daftar nama aku? Daftar untuk apa? Eh, nama aku? aku ada bagitahu nama aku ke dekat dia? Aaaa.. Melati la kot yang bagitahu.. Hmm, ada kemungkinan tu. Tapi kan..daftar apa? Ish.
Kotak yang campak ketepi tadi aku ambil semula, tutup dan campak semula kebelakang sofa. Huh, tu je. Sudah la tulis atas resit, pendek je ayat.. tulis tak habis.. isk, tak faham. Urgh.. abaikan.
***
Buku yang sedia terbuka dari tadi ditutup dan dikumpul. Kertas yang sedikit berselerak disusun sebelum dimasukkan kedalam fail. Ada sesuatu yang agak menarik perhatian disitu.. Anas menarik sehelai kertas kecil keluar dari fail. Resit SV cake house. Dia tersenyum sendiri, laci mejanya ditarik.. satu paku tekan dikeluarkan dari kotak sebelum resit tadi dilekat pada papan notis mejanya.Tinggal hanya dua tiga hari lagi sebelum tamat peperiksaan akhir.
Anas mendepakan tangan meregangkan otot yang terasa tegang setelah hampir berjam menghabiskan masa disitu. Seketika kemudian belakang tangannya dihala pula menutup mulut yang menguap. Satu nafas panjang dihela dan dilepaskan bagi membantu pengaliran oksigen ke otak. Dia mencapai dua klip kertas yang bertabur diatas meja lalu diselitkan pada rambut yang hampir menutup mata itu sebelum bangkit ke bilik air. Masa untuk membersih muka dan gigi sebelum tidur.
***
“Baking Class?” Soal aku sambil membontot Melati menapak satu persatu tangga SV, menuju ke tingkat atas.. ruang persendirian Melati.
“Yup, baking class.. I dah letak nama you untuk next batch” Balas Melati. Apron yang terikat dipinggangnya disangkut disebelah pintu sebelum terus melangkah ke ruang tamu dan duduk disitu.
“Next batch? Baking class? Kejap- kejap. Aku tak faham” Soal aku lagi setelah mengambil tempat di sofa. Masih blur.
“Apa yang tak faham?” Melati memulang soal.
“Ye lah.. kenapa daftar nama I pula?” Aku beralih tempat, dari sofa yang bertentangan ke sebelah Melati. Awal aku singgah SV hari ni. Waktu rehat tengah hari aku terus kemari, semua sebab nota yang Anas bagi dekat aku tu. Aku ni bukan boleh, selagi aku tak tahu, selagi tak faham.. selagi tu aku tak senang duduk.
“Anas kata.. you ada suruh tolong daftarkan..” ujar Melati. Kini giliran Melati turut sama bingung. Aku dan Melati berpandangan seketika. Ah, sudah.. bila masa pula aku suruh dia daftarkan? Untuk baking class pula tu.. Apa mamat tu perli aku ke.. Huh?
“Tak ada ke?” Tambah Melati lagi. Aku menggeleng perlahan sementara tangan aku membetulkan selendang dikepala yang sebenarnya tidak bermasalah. Otak aku masih cuba menyelongkar semula fail- fail yang lepas.. mengingati semula kalau- kalau aku pernah suruh dia buat macam tu.
“Itu lah.. I memang dah agak.. memang mustahil lah you tiba- tiba nak attend baking class.. karut betul budak Anas ni, I pun boleh pergi percaya dia.. you dengan dapur.. ahah, memang tak ada ikatan kimia.. ish, mustahil..mustahil” Sambung Melati lagi.
Eh, kejap- kejap..aku tahap tu ke? hey.. rumah aku ada dapur apa.. Ala.. susah sangat ke nak membakar memasak ni..? Ingat aku tak boleh ke? Cuma.. selama ni aku tak pernah buat je.. tapi tu tak maksud aku tak boleh buat kan..? Aaa.. tapi macam leceh la pula.
“So, nanti I cancel kan nama you ya” Ujar Melati penuh yakin.
“Eh, tak payah.. nanti you kasi jadual.. I balik ofis dulu” Balas aku tanpa berfikir panjang. Masa rehat tengah hari pun dah hampir habis. Aku membetulkan beg yang disandang, melambai tangan sekali pada Melati sebelum terus berlalu meninggalkan Melati tercengang dengan keputusan aku yang mungkin tidak disangkanya.
***
Sudah lebih sebulan berlalu selepas aku membuat keputusan yang semakin hari aku rasa semakin menyesal. Masa Melati nak cancel kan nama aku dulu, aku berlagak sangat. Haish.. tak minat betul la aku dengan benda macam ni. Makan aku suka la.. duit ada.. pengangkutan ada.. teknologi ada.. perlu ke aku belajar benda- benda ni semua. Haish.. Entah berapa kali aku mengeluh pun tak tahu sebaik Melati serahkan jadual kelas yang akan mula minggu depan. Nampaknya.. ruang masa hari ahad aku bakal diisi program yang aku kira agak merumitkan ni. Ish, ni semua salah mamat mayat hidup tu la. Entah apa salah aku dekat dia.. sampai aku terkena macam ni. Kalau dia tak mula.. tak ada la aku dengan tak berfikir, dengan yakin dan riaknya setuju masuk kelas ni masa tu.
Aku menongkat dagu, kertas jadual yang dari tadi dipegang aku letakkan diatas meja dan aku tenung. Ish, rasanya kan.. dah terlambat ke kalau aku nak tarik balik keputusan aku sertai kelas ni? Argh.. nanti si Melati tu cakap apa pula.
“I dah agak dah..” Suara Melati mengembalikan aku ke alam nyata. Aku beralih memandang ke arah Melati yang mengambil tempat disebelah. Sepiring kek beserta hot syrup dan segelas susu diletak diatas meja. Eh, dia agak apa? Dia tahu ke aku nak batalkan benda ni? Nampak sangat ke aku tak suka benda- benda macam ni?
“Err.. agak?” Soal aku pada Melati.
“Yup, jadual ni mesti tak sesuai dengan waktu you kan” Balas Melati mungkin perasan dari tadi aku asyik merenung jadual tu.
“Eh, tak. Ahad I free” Ujarku jujur dan spontan. Eh. Urgh.. apa aku ni.. Aku menampar pipi aku sebaik sedar yang sekali lagi aku bercakap tanpa berfikir. Yang aku pergi jawab macam tu kenapa? Kalau aku jawab ya tadi kan lagi senang.. ada juga alasan aku nak tarik diri. Haish.. Shikin.. Shikin oii..
“Oh, that’s great! I pula yang rasa tak sabar ni” Balas Melati teruja. Aku tersenyum janggal. Err.. macam mana aku nak cakap ni ya.
Dalam teragak aku tekad. Bukan aku tak suka.. dah aku tak ada bakat pun. Okay, kali ni aku mesti cakap yang aku nak cancel. Okay, go Shikin. “Err.. Mel, sekejap.. sebenarnya kan.. I fikir I nak cancel la..”
“Anas” Ujar Melati memotong ayat yang aku agak aku sudah susun sebaiknya di dalam kepala tadi.
“Anas?” Soal aku tidak dapat menangkap apa yang disampaikan Melati.
“Yes, I am. Well, hello…” Ujar Satu suara dari belakang membuatkan bulu tengkuk aku terasa meremang. Ah, sudah. Saka mana pula yang menegur tiba- tiba ni. Perlahan aku beralih memandang belakang, arah yang sama mata si Melati menghala
yeayy.
ReplyDeleteanas balik. yeayyy
yeay..anas dah balik..mesti shikin tak jdik nk cancel kan..hehe
ReplyDeletehehee.. ;D
ReplyDeletehohohoho...
ReplyDeleteanas da balik...yipppiiieeee!!!
woo.. sume suka anas balek ye.
ReplyDeleteehemmmm... hehehe
ReplyDeletehehee..
ReplyDeleteanas dh balik laa..hehe~
ReplyDelete