Pintu bilik yang diketuk bertalu talu membangunkan aku dari tidur. Aku mencapai jam tanganku yang diletakkan di atas meja sisi katil. Baru pukul lima pagi, malaslah aku nak bangun lagi. Aku menarik semula selimutku supaya menutup seluruh tubuh. Namun hasratku tidak kesampaian bila sekali lagi kedengaran pintu bilikku diketuk.
“ ish , apa pulak ni..” aku menggaru garu kepalaku walaupun tidak gatal. Aku melangkah malas ke arah pintu dan membukanya. Aku menggosok mataku kerana pandangan masih kabur dan aku menguap lagi. Bila aku membuka mataku aku lihat Hafez terpacak dihadapanku. Dia seperti sedang menahan tawanya. Aku pantas menutup kembali pintu. Aku menepuk dahiku, terasa malu pula bila kelakuanku yang agak tidak senonoh tu dilihatnya.
- eei.. malunya aku..
Aku mengemaskan kembali rambutku yang serabai menggunakan jari dan menarik nafas panjang sebelum membuka kembali pintu.
“ Kenapa achik?” soalku dengan muka selamba bagi menyembunyikan rasa Maluku.
“ Tak.. sebenarnya hafez nak ajak pergi jogging , tapi kalau fatin mengantuk tak apalah..” ujarnya masih tersenyum.
“ Eh tak, tunggu kejap” ujarku pantas. ‘Mana ada aku mengantuk.. siapa kata aku mengantuk’ aku mengomel sendiri.
“ kalau rasa nak ketawa, teruskan je la.. tak payah tahan” ujarku sebelum menutup pintu. Baik biar dia ketawakan terus, dari tersengih sengih macam kerang busuk.
*******
Tengah hari, kami masuk ke water park di Bukit Merah ni. Aku memang suka bab main air ni. Seorang pun tak apalah, aku peduli apa..walaupun tak padan dengan umurku.
-Bosan betul si hafez ni, asyik mengadap buku tu je. Detik hatiku bila melihat dia asyik dengan bukunya yang aku sendiri tak pasti tajuknya. Cakap dengan aku pun kalau ada kepentingan.. ‘lapar tak? Jom makan..hafez nak ke sana..ya..tak’ bebelku sendiri bila teringat patah ucapan yang acap kali keluar dari mulut si hafez tu. Keluar sekali, tetapi kalau berjalan, dia 5 ela di depan..5 ela tu..macam hoki pula.
Kami kemudian berjalan di kedai kedai yang terdapat di situ. Bagi aku inilah percutian yang paling membosankan. Tapi nasiblah bercuti disini, dekat sikit.. lagipun aku tak punya banyak masa. Sudah hampir seminggu aku tinggalkan butik semata-mata kerana perkahwinan ini, dan kalau bukan kerana mama aku takkan terlibat dengan percutian gila ni. Teringat aku, ketika mama membangkitkan isu bulan madu.
“ Nah..” mama menghulurkan sekeping sampul berwarna merah, siap dengan ribbon lagi. Aku segera mengoyak sampul terebut.
“ Apa ni ma, abah?” soalku pada mama dan abah yang berada dihadapanku.
“ La, pakej bulan madu untuk kamu la..” balas mama. Aku membelek tiket yang diberikan mama. -Gila apa nak suruh aku ke sana.
“ Ya lah.. tapi kenapa pula sampai kena ke Italy?. Buang masa la mama..” ujarku lantas memasukkan semula tiket kedalam sampul dan meletakkannya diatas meja di hadapan kami.
“ Apa lagi kamu ni.. Orang nak suruh pergi melancong pun susah” mama mula mengeraskan suaranya. Dah la paksa aku kahwin, lepas tu nak suruh aku pergi buang masa pula. Kali ini jangan haraplah aku nak setuju.
“ Mama ingat fatin tak ada kerja ke, mana boleh tinggal butik tu lama-lama.Hafez pun mesti tak ada masa juga” balasku mencari alasan dan sudah pastinya aku tidak mahu mengalah.
“ Butik..butik.tak habis-habis. Hafez fikir macam mana?” mama mengalihkan pertanyaan pada Hafez yang duduk disebelahku.
Nasib baiklah pada waktu itu hafez bersetuju dengan aku. Dan akhirnya, demi tidak membangkitkan kemarahan mama, aku bersetuju untuk ke sini sahaja.
- 'Honeymoon' la konon..
Aku berhenti di hadapan sebuah kedai cenderamata. Ada sesuatu yang menarik pandanganku. Aku menarik hafez yang berada beberapa langkah dihadapanku.
“Ops.. err..masuk sini sekejap” ujarku lalu melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Cantik cantik cenderamata disini. Aku membelek beberapa gelas yang unik berwarna hitam putih.
Aku perasan sejak melanggkah masuk ke kedai ini kami seperti diperhatikan. Aku memerhati sekilas pada seorang gadis yang turut berada didalam kedai itu. Cantik betul gadis tu, dengan baju merah jambu dan jumperskirt berwarna krim, dia tampak ringkas dan ayu, tapi.. kenapa dari tadi dia pandang ke arah kami.
- Siapa pula ni? Aku kenal ke dia tu..ish, tak ingat la … nak kata pelanggan aku.. entah la, ya lah kot.. well..aku kan terkenal..haha..perasan.
Aku tersentak bila tiba-tiba hafez memaut pinggangku. Aku cuba menolak tetapi bertambah erat pula pautan hafez.
“ kita, ke tempat lain.” Ujar hafez lembut lantas menarik aku keluar dari kedai tersebut.
“Err..achik, susah la nak jalan macam ni,” ujarku kerana tangan hafez masih dipinggangku.
- Psiko ke mamat ni.tiba tiba je..nampaknya tindak tanduk ahli sihir dunia gelap ni sudah tidak dapat dijangka! ish, apa aku merepek ni.
“ Oh. Erm sorry, tak perasan tadi. Fatin kalau letih,balik la dulu..nanti kita jumpa kat sana ya.” Ujarnya segera melepaskan pautan dan terus berlalu.
‘ ish, mamat ni betul ke tidak, bila pula aku cakap aku letih..aku ada cakap ke?’
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
-Musykil aku..tapi bagus juga, aku memang suka jalan seorang..lagi bagus dari jalan ngan mamat psiko tu..
No comments:
Post a Comment