Thursday, May 26, 2011
CAKE HOUSE 21
20th BITE: FRUIT PARFAIT? OUI, C'EST PARFAIT!
“Satu dua orang?” Soal aku yang terkejut dengan apa yang keluar dari mulut En. Jasmi, pengurus baru merangkap bakal pengganti tempat aku. Huh, berangan lah kau.
“Ya, mungkin juga dua tiga orang.. kita tengoklah nanti macam mana keputusannya” Ujarnya bersahaja. Amboi.. suka hati engkau sahaja. Dua tiga orang tu bukan sikit. Kau ingat pekerja aku tu apa? Kawan facebook kau? Suka simpan.. tak suka, remove. Aish.. sabar Shikin.. sabar.
“I tak setuju. Lagipun I tak rasa penilaian pekerja perlu buat masa sekarang. FC tak ada masalah sehingga perlu membuang pekerja” Memang aku bantah. Aku mengangkat wajah dengan berani bertentang mata dengan Jasmi. Cuba lah kalau berani sentuh pekerja aku tu. Haish.. apa yang dikalutkan orang tua ni entah. Nak diusiknya pekerja aku yang tak seberapa kalau nak dibandingkan anak syarikat lain dibawah Picturesque.
Dia tersenyum sinis selepas seketika berbalas pandang. “I cuma nak maklumkan pada you, hal ni dah pun dipersetujui main office.. so, samaada Cik Shikin setuju atau tidak.. bukan masalahnya” Ujarnya sinis. Terasa macam pisau sepuluh sentimeter tertusuk ke jantung, siap tertembus sampai ke belakang. Grrr.. rasa macam nak kunyah sahaja mamat depan aku ni.
‘Pap!’ Secara tidak sengaja aku menepuk meja, pada awalnya aku ingin mengalih tangan keatas meja sahaja. Mungkin kerana dalam hati ni dah terlalu geram secara tidak sengaja aku meletakkan lebih tenaga pada tangan aku. Kelihatan seperti aku sengaja melepas marah. Aku lihat wajah Jasmi sedikit berubah, terkejut agaknya, jangan kata dia.. aku sendiri pun terkejut. Ah! Tak kisah lah.. alang- alang dah nampak kurang ajar..
“FC is mine.. I peduli apa kalau ni arahan dari main office ke.. Tan Sri ke.. apa lagi dari you, oorang tua!” Luah aku tak berlapik. Malas dah aku cakap elok- elok dengan mamat ni. Dua tiga hari ni aku cakap baik- baik, bukan mendatangkan hasil pun.
“What?! Okay.. kita tengok sejauh mana tak peduli you tu boleh bawa you” Matanya membulat memandang kearah aku. Aaah.. ingat kau seorang ada mata? Aku tak ada?
“dan.. orang tua? You maksudkan I atau diri you sendiri? Huh.. tak ada masalah untuk I as a man untuk berada dalam lingkungan 30.. yang bermasalahnya you yang nak masuk tiga puluh tu! M.A.W!” Sambungnya. Huh, sekurang- kurangnya aku muda la dari dia tu. Cheh, orang lelaki 30 tak tua konon.. hey, umur tetap umurlah!
“Hey..” baru sahaja aku ingin membalas kata- katanya, dia siap bangkit dari kerusi.
“Hey, cakap bahasa manusia lah. What’s with the MAW or MEW you just said?” Aku masih tidak berpuas hati melihat dia melangkah ke pintu seolah- olah dia menang dengan aku.
Jasmi berpaling semula memandang aku dengan senyuman sinisnya seperti awal tadi. Urgh.. menyakitkan mata betul mamat ni.
“It’s stand for Middle Aged Woman, old spinster..” Jelasnya sebelum pintu bilik aku dibukanya. Apa? Apa mamat tu kata? Middle aged? Anak dara tua? Geez.. aku tak setua tu lah mangkuk! Urgh.. pisau yang menusuk jantung aku awal tadi belum pun sempat aku cabut, terasa satu bilah lagi menikam. Haish.. kalau tak cukup iman mahu kerat empat belas mamat ni. Fuh! Sabar.. sabar Shikin.
Aku mengelipkan mata beberapa kali sebaik dia keluar dari bilik aku. Entah berapa banyak arus eletrik keluar pun aku tak pasti melihat pada tenaga yang aku keluarkan untuk berlawan jelingan dengan orang tua tu. Huh, tak matang.
***
“Ya, miss. What can I do for you?” Soal gadis di bahagian resepsi tingkat itu.
“Orang tua tu ada?” Soal aku namun dibalas dengan wajahnya yang agak keliru. Hish.. ramai sangat ke orang tua dekat tingkat ni.
“I mean Tan Sri” Tambah aku cuba mengukir senyum walau dalam hati memberontak. Banyak perkara yang aku mesti bincang dengan daddy. Yang penting sekali, aku tak suka apa yang dia cuba aturkan untuk FC.
“Maaf, miss ada buat appointment?” Soalnya.
“I dah call dia tadi, tapi dia tak jawab. Dia ada ke tidak ni?” Aku menyoal semula. Mata aku meliar memandang sekitar. Ini kali pertama rasanya aku berada di tingkat paling atas menara ini, dimana letaknya pejabat daddy.
“Nama Miss? Biar saya periksa dengan pembantu Tan Sri” Ujar gadis yang aku tidak pasti namanya itu. Daddy.. hah!
“Daddy..!” Aku meninggikan sedikit suara sebaik nampak kelibat daddy yang sedang melangkah kepintu lif. Tanpa pedulikan gadis tadi aku melajukan langkah kearah daddy.
“Kakak..” Ujarnya perlahan. Jelas daddy seperti sudah menyangka aku datang. Tiada riak terkejut diwajah dia.
“Daddy, what are you trying to do?” Soal aku terus terang tanpa mempedulikan beberapa orang pembantu daddy yang berdiri di belakang, memandang kearah aku.
“Sorry?” Ujarnya berpura tidak faham.
“You know what I mean” Ujar aku. Daddy tidak menjawab sebaliknya dia berpaling dan bercakap sesuatu dengan pembantunya, yang pasti.. apa yang dibincang, tiada kaitan dengan aku. Beberapa saat selepas itu pintu lif terbuka, daddy melangkah masuk.. begitu juga pembantu yang setia dengan dia dari tadi. Aku masih berdiri di situ, menanti reaksi seterusnya dari daddy.
“Kalau tentang FC, daddy tak ada apa nak cakap, tapi kalau ada hal lain.. luang masa.. balik rumah” Ujar daddy sebelum pintu lif tertutup. Isk.. apa maksud dia tak ada apa nak cakap? Aku ada banyak sangat benda nak cakap sekarang. Tak boleh ke tunggu sekejap, dengar betul- betul apa aku nak cakap. Kalau dia nak jumpa aku tu.. telefon pagi- pagi buta pun aku datang. Ni aku datang sini nak jumpa dia.. lima minit pun tak boleh nak bagi dekat aku. Huh! Aku melangkah setapak kehadapan menekan butang lif. Yang ni satu lagi hal, kenapa aku tak masuk sekali dengan daddy tadi, ish.
***
Berpuluh kali aku mengulang dail nombor daddy, kesemuanya masuk ke peti simpanan suara. Nak terus kerumah.. ah, malaslah nak beralah. Itu yang selalu daddy mahukan pun. Kalau daddy boleh berkeras aku pun boleh. Akhir sekali baru aku cuba menghubungi Julia namun apa yang sampai ke telinga aku benar- benar buatkan aku geram. Daddy tiada di Malaysia sekarang. Apa punya jalan cerita ni? Kenapa tak ada satu pun jalan nak menyebelahi aku? Kalau aku tak berjaya bincang dengan daddy sebelum minggu depan.. maknanya penilaian pekerja tu tetap akan dijalankanlah. Isk.. aku tak akan benarkan!
“Berapa lama lagi you nak basuh pinggan yang satu tu, sabun pun dah penuh satu sinki?” Melati menepuk bahu aku sekali mengembalikan aku ke alam nyata. Mak aih.. apa aku buat ni? Hampir separuh gel pencuci aku habiskan hanya untuk satu pinggan. Tanpa banyak kata aku segera membilas dan membersihkan semula sinki yang dipenuhi buih itu. Isk.. kenapalah aku ni suka berkhayal.
“Dah, jom. I ada fruit parfait ni” Ujar Melati. Aku lihat dia menarik keluar beberapa gelas berisi fruit parfait dari dalam peti ais.
“Oh, okay.. sekejap” Aku membalas sementara tangan masih lincah mengelap sinki yang sedikit banjir dikerjakan aku.
Aku melangkah semula ke ruang makan. Anas sedia di situ, entah bila dia balik pun aku tak pasti. Masa makan tadi dia tak ada, ni orang semua dah selesai makan.. baru dia nak sibuk. Zara pula sudah hilang entah kemana.
“Apa nama dia tadi? Jas.. what?” Soal Melati sebaik aku mengambil tempat dimeja bersama dia dan Anas. Dia menyeret segelas parfait buah kehadapan aku.
“Huh? Siapa? Oh, Jasmi..” Sesudu parfait aku sumbat ke dalam mulut. Rasa yogurt.. lemon juice dan buah buahan agak menyegarkan namun tak dapat memperbaiki mood aku yang masih geram dan runsing.
“So, apa rancangan you?” Melati menyoal lagi.
“Entahlah Mel.. aku pun tengah runsing.. mana nak fikir pasal office, pasal pekerja.. dengan daddy yang macam tu.. ni pula dengan orang tua tak sedar diri, si Jasmi yang menyakitkan hati tu. You tahu, dia kata I ni M.A.W” Rungut aku sambil satu persatu sudu parfait mengisi rongga oral aku.
“What maw? Stomach.. or.. mouth? But that’s for voracious animal or some greedy being.. aaaa..” Anas menyampuk tanpa rasa bersalah. Isk.. bukan itu lah. Suka hati sahaja buat kesimpulan. Kalau kesimpulan tu sedap didengar tak apa lah juga. Ini..
“Ye lah, apa maksud dia?” sokong Melati.
“Middle aged woman..” Jelas aku perlahan. Aku lihat wajah Melati sedikit berkerut. Itu boleh diterima.. mungkin dia sebagai sahabat aku, turut tidak senang bila aku dikata begitu. Tapi.. yang aku tak faham sekarang.. si Anas ni mengangguk apa hal? Tsk.. sesedap rasa sahaja dia mengiyakan apa yang si Jasmi tu gelar pada aku. Grrr..
“Boleh tahan mulut dia ya. Hmm.. dah try contact daddy lagi?” Soal Melati.
“Itu satu hal... Enam bulan konon.. tak sempat berapa lama, sekarang ni.. aku macam dah tak ada kuasa langsung. Semua keputusan si Jasmi tu buat. Aku bangkang sahaja.. dia kasi alasan main office.. Sakit jiwa aku yang ditengah ni. Sampai hati betul dia buat anak dia macam ni.. aku ada lebih kurang dua hari.. dua hari sahaja untuk selamatkan pekerja aku. Sudahnya, dia boleh ke luar negara. Mana sempat kalau nak tunggu dia balik.. dan minta dia tarik balik arahan dari main office tu. Geram aku..” Huh.Puas hati aku dapat luah pada Melati.
“Hmm.. cubalah bincang dengan pihak di main office.. I mean selain your dad” Melati mengusulkan sesuatu.
“Seharian aku di HR picturesque.. macam apa dah tadi. Haih.. susah- susah, aku kahwin lari sahaja dengan mat jepun tak pun mat saleh.. baru padan muka daddy. Cabar aku sangat..!” Ujarku geram.
“Kenapa pula?” Melati memandang aku hairan, begitu juga Anas yang awalnya sibuk dengan nasi dipinggannya.
“Ala.. daddy tu kan allergic, fobia semacam dengan orang asing. Huh, buat macam dia dah hidup zaman penjajah!” Luah aku melahirkan senyum dibibir Melati.
“Ha.. apa susah. You kahwin la dengan Anas ni. Mamat ni bukannya warganegara Malaysia pun..” Ujar Melati. Hampir tersedak aku dibuatnya. Hah?
“Setuju” Celah Anas pula sementara masih menyumbat nasi kedalam mulutnya. Bersahaja tanpa rasa bersalah. Amboi sajaknya budak ni cakap tak berfikir. Apa yg setuju? Siapa tanya pendapat kau. Aku menggulung majalah yang ada diatas meja dan menghayun ke kepala Anas.
“Ouch! ... Dengan kelayakan yang I ada.. you sepatutnya bersyukur I setuju. Memang.. tak ada taste..” Ujarnya. Dia menggosok- gosok kepalanya yang menjadi mangsa sebentar tadi. Padanlah dengan muka kau. Tahu pun sakit.. cakap tu tak mahu fikir.
“Makanlah!” Dah makan tu makanlah.. jangan menyampuk orang tua bercakap. Isk.. aku tengah geram ni, dia ada masa nak buat lawak lagi.
“Mel, aku tidur sini ya malam ni.. malas la nak balik” Bukan apa.. lagi runsing rasanya kalau aku dekat rumah seorang.
***
“Kenapa tak tidur lagi?” Melati menolak pintu bilik Anas yang tidak tertutup sepenuhnya
“Ada kerja sikit.. lepas balas mail ni baru boleh tidur” Balasnya. Dia memandang kearah pintu seketika sebaik Melati masuk.
“Hmm.. dia dah tidur..” Ujar Melati mengagak Anas mencari kelibat Shikin yang mungkin ada bersama.
“Siapa?” Anas berdehem menyembunyi rasa malu kerana tingkahnya mudah dibaca Melati.
“Shikin” Jawab Melati. Dia menepuk perlahan kepala Anas beberapa kali sebelum berpaling semula kearah pintu. Matanya agak mengantuk.. esok pula seperti biasa dia kena bangun awal.
“Mel, I wanna get married” Ujar Anas membuka semula mata Melati yang tadinya hanya beberapa darjah sahaja tinggal sebelum tertutup.
“Apa?”
“You hear me” Anas menutup notebooknya sebelum berpaling menghadap Melati yang berdiri bersandar sebelah bahunya pada pintu.
Melati meluahkan tawanya. Hilang terus rasa mengantuknya “Jangan buat kelakarlah, dengan siapa? Intan?”
“Shikin” Ujar Anas tanpa teragak.
“Hah? Ops!” Bahu yang disandar pada pintu sedikit tergelincir. Kurang seimbang dibuatnya Melati mendengar apa yang diucap Anas. Melati membetulkan semula kedudukannya sebelum cuba menganalisa adiknya, wajahnya tenang tidak berperasaan seperti biasa buatkan Melati sedikit keliru.
“You? Kahwin dengan Shikin.. Shikin dah setuju?” Soal Melati tidak puas hati. Kalau betul.. takkan lah Shikin tak bagitahu dia.
Anas menggeleng.
“Dah tanya dia sendiri ke belum ni?” Melati memandang tepat kewajah adiknya itu
Anas menggeleng buat kali kedua.
“Hmm.. habis tu.. kau orang ni memang bercinta lah?”
Dan .... gelengan kali ketiga.
“Habis tu nak kahwin apanya..Ish, Anas ni buat Mel terkejut betul.. cakap benda pelik- pelik tengah malam macam ni! Sudahlah.. Mel nak masuk tidur” Ujar Melati. Mati- mati dia ingatkan Anas serius tadi. Terkejut dibuatnya.. mana tidaknya.. kalau betul dua orang tu bercinta, Melatilah orang pertama yang diberitahu Shikin. Hish! Karut betul budak Anas ni.
***
“Morning!” Intan menegur Anas yang sedang membersihkan laman SV. Anas mengangguk sekali pada Intan,nyata dia tidak mendengar apa yang diucap Intan kerana muzik j-rock keras sedang menguasai derianya yang satu itu.
“Awal sampai.. lagipun, hari ni kan sabtu.. bukan off day Intan ke?” Soal Anas setelah headphonenya dialih dari telinga.
“Yup, tapi tak ada apa nak dibuat.. Intan ada bawa nasik lemak! Jom breakfast sekali” Balas Intan. Anas memandang bekas yang dipegang Intan.. lebih dari cukup kalau setakat untuk mereka berlima.
“Nasik lemak? Waa.. my all time favorite. You buat?” Soal Anas bersemangat walaupun awal tadi dia sudah membaham roti.
“Hmm.. Intan tahu tu.. okaylah, Mel ada dekat atas atau di dapur SV?” Soal Intan.
“Mel di dapur.. tak apa, Intan naiklah atas.. Shikin dengan Zara ada, nanti anas panggilkan Mel” Balas Anas.
“Shikin?” Soal Intan, dia tidak menyangka Shikin sudah berada di SV seawal itu pada hari sabtu.
“Yup. Dia tidur sini semalam.. naiklah, Anas siapkan kerja ni sikit.. lepas tu Anas panggilkan Mel” Ujarnya sebelum menarik semula headphonenya dan lekap di telinga.
*Oui, c'est parfait = yes, it's perfect
*komen ye~! bak kate PINK= pretty pretty please~ hehee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cedapnyer bnde dlm gmbr 2....
ReplyDeleteperghhhhh,mkin best,best n best la plak!..orEn,best kan klau diorang brcinta pas kawen nnti.msti diorang jd kapel yg paling comel,jiwang n sweeeet gitu hihihiiik...plizzz la/bg la ANAS kawen ngan SHIKIN tuh!..sronok tau slalu de n3 camni n tqvvm yea..syg awk byk2.
ReplyDeletenk shikin kawen ngn anas cepzt2...plzz..hehe
ReplyDeleteAnony: sedap kan.. nk buat dia pun simple je. yogurt,lemon juice, mix fruit,put in fridge.. boleh pelbagaikan lg ikut selera~ wink2
ReplyDeletej.KD: thanks! hahaha.. kite tgk macam mane nnt ye. saaaayang KD jugak! <3 <3 <3
ReplyDeleteZura: hehehee..kawen? tgk nnt. ;)
ReplyDeleteehem..the king makes the move already!
ReplyDeletewe'll see what's going 2 happen~ hehee
ReplyDelete