Tuesday, May 24, 2011
CAKE HOUSE 20
19th BITE: MIRIPNYA KEK SPAN, MEMERANGKAP UDARA DALAM MATRIK PROTEIN
300- 3000 Hz merupakan frekuensi vokal yang mana penting bagi memahami sesuatu ucapan. 2048 Hz, C7, (skala saintifik) adalah nota tertinggi bagi penyanyi soprano. 256 Hz, C4 pula adalah dasar tipikal peti suara wanita manakala 128 Hz, C3 bagi lelaki. Suara! Suara hati itu suara.. suara itu bunyi.. bunyi itu penggangguan tenaga mekanik yang merambat dalam bentuk gelombang. Gelombang suara hati mungkin rendahnya melampaui infrasonic. Mampu kata hati kita didengar?.. rasakan gelombangnya. Percaya. Jauhnya dari supernatural. Akustiknya bukan imajinari biasa.
Anas memperlahankan volume peranti consumer eletronics berjenama buah- buahan itu. Dari duduk, dia bangkit pula bersandar pada dinding bahagian belakang SV cake house itu. Tidak banyak yang dapat dilihat disitu, cuma kawasan yang agak sempit.. dua tiga langkah dari tempat dia bersandar adalah pintu pagar keluar. Namun tempat ini redup, sunyi dan menenangkan dan yang penting dia selesa disitu.
“Hah! Sini rupanya.. penat cari merata” Sergah Melati sedikit mengganggu Anas dan dunianya.
“Ada apa..?” Soal Anas cuba kedengaran tenang. Dalam posisi yang masih sama dari awal tadi dia menarik headphone dari kepala, matanya dipejamkan.. mencari semula dunianya tadi.
“Tak la.. dari tadi tak nampak muka.. lunch pun belum rasanya? Go grab something to eat first and after that, I’d like you to do some errands for me. Boleh kan?” Soal Melati sambil memandang hairan kearah adiknya. Pada dia, Anas kelihatan lain sedikit semenjak dua ini.
Anas menarik fail yang dipegang Melati. Nyata dia tahu itulah kerja yang diminta melati untuk dia buat. “Tak lapar lagi..” Balas Anas sambil membelek isi fail itu.
“Suka hati lah” Balas Melati. Dia faham benar adiknya yang seorang ni. Tidak mendatangkan hasil kalau dipaksa. Namun begitu, dia tidak terus kembali ke dalam sebaliknya dia turut bersandar disebelah Anas. Masing- masing diam melayan perasan buat seketika.
Anas menutup semula fail ditangan. Satu keluhan dilepasnya sebelum kembali memejamkan mata. Cuaca hari ini tidak panas seperti selalu dan agak menyegarkan dengan anginnya. “Sis..” Anas mula bersuara.
“Hmm..” Balas Melati yang cuba sama menikmati suasana.
“What if a younger guy confess his love to you?” Soal Anas tiba- tiba. Melati spontan mengalihkan wajahnya memandang Anas. Dia bagai tak percaya soalan itu datang dari mulut adiknya. Sebelum ini memang tidak pernah langsung Anas menyentuh hal- hal hati dan perasaan kalau berbicara, apa lagi kalau nak menyoal tentang cinta. Melati menatap tajam wajah Anas yang kian berubah riaknya. Mungkin tidak selesa dengan reaksi Melati terhadap soalannya.
“Waah.. adik Mel dah besarlah..” Ujar Melati sambil menepuk beberapa kali kepala Anas.
Anas melepaskan keluhan berat. Nyata dia menyesal timbulkan soalan itu pada Melati. Wajahnya terasa berbahang, tak sangka soalannya memakan diri. Haish.. kenapalah dia tak fikir dulu sebelum bertanya, Anas memarahi dirinya sendiri. Dia beralih memandang kearah lain. Terasa dipermainkan oleh senyuman si Melati. Tanpa banyak soal, headphone yang melingkar di tengkuk ditarik dan lekap kemas ke telinga semula. Fail ditangannya diangkat dan ditayang pada Melati sekilas sebelum dia mulakan langkahnya. Baik juga dia cepat berlalu dari situ. Malas hendak melayan usikan Melati.
“Hey! Gentleman, It's okay for the guy to be younger. As long as he's not super immature, that could be awkward” Ujar Melati sedikit terjerit apabila Anas laju mengatur langkah meninggalkan dia disitu. Satu senyuman terukir dibibirnya mengenangkan telatah adiknya itu.
“N'importe quoi!”(whatever) Balas Anas tanpa menghentikan langkahnya, apa lagi berpaling kearah Melati.
***
‘涙のリグレット.. 笑顔から零れた..’
Aku menatap seketika lirik yang terpapar pada skrin pemain audio aku sebelum segera mencari butang off. Namida no riguretto..egao kara koboreta. Air mata penyesalan tumpah sebaik senyuman aku ukir. Huh! Kenapa lagu ni pula yang keluar. Lagu Namida no Regret, nyanyian Scandal itu tidak kena langsung dengan mood aku. Earphone yang baru aku sumbat ketelinga, aku cabut dan campak ketepi. Aku beralih pula mencari alat kawalan tv. Sebaik butang power ditekan.. terpapar video klip my heart is beating nyanyian K.Will. Tsk.. buka satu lagu sedih, pilu, menyesal segala.. buka satu lagi, lagu cinta bunga- bunga. Ack! Aku bermain dengan alat kawalan tv, menukar dari satu siaran ke siaran yang lain sebelum aku tutup. Semuanya tak kena dengan aku. Apa pencipta lagu ni semua bercadang nak memerli aku ke. Cuba la sesekali tu keluar lagu pasal.. aaa.. makanan ke.. haiwan peliharaan ke. Tak kisah lah! Asalkan tak menyakitkan hati. Huh!
Hai..Yang aku nak emosional sangat ni kenapa? Hahah! kelakarlah aku ni. Aku segera bangkit dari sofa menuju ke dapur. Satu gelas kosong aku ambil dan letak diatas meja sebelum aku beralih ke peti ais. Baru separuh pintu peti ais dibuka aku tutup semula. Mata aku fokus pada magnet peti ais berbentuk sushi disitu. Aaa.. kenapa bila aku tengok benda ni aku rasa macam ada sesuatu yang aku lupa ya? Aku menggaru kepala beberapa kali sebelum kembali menarik pintu peti ais dan mencapai sekotak jus.
Habis segelas jus aloe vera aku teguk, tapi masih aku tidak Berjaya untuk mengingati apa yang aku terlupa. Sushi.. sushi. Aku mengomel sendiri sambil berjalan pula menuju ke bilik kerja. Apa ya? Aku rasa betul macam ada sesuatu yang perlu aku ingat. Sushi.. haa.. Anas! Anas kan ada hantar sushi hari tu. Anas? …Hah! Tiket! Isk.. aku terlupa la.. Teruk betul aku ni, dah janji dengan Intan, lepas tu boleh pula lupa. Esok lah aku bagi dekat Anas. Hmm.. walaupun bab- bab cinta ni aku sendiri failed.. tapi mana tahu mungkin bab matchmaking ni aku ada bakat. Yelah.. Intan.. aku dah janji nak tolong kan. Isk.. seronok lah kau orang ya.. aku ni bila pula. Dengan Hanif ? huh! Tak apa lah. Aku single sahaja lah. Anas…?
“Aku.. bukanlah untukmu..” Aku tersenyum sendiri sebaik meluahkan bait lagu tersebut. Tolonglah Shikin.. jangan nak perasan sangat. Sila sedar diri.
***
Masuk sahaja ke pejabat, aku dapat rasakan satu suasana yang lain. Apa yang jadi ni? Aku lihat beberapa orang pekerja aku sibuk kehulu kehilir mengangkat barang. Buat apa pula budak- budak ni?
“Raudah, buat apa ni?” Aku menarik lengan Raudah yang baru keluar dari bilik dokumen bersama beberapa fail ditangannya.
“Kenapa cik Shikin tak bagitahu awal- awal? Kelam kabut kami semua..” Ujar Raudah. Diwajahnya jelas kurang menyenangi dengan apa yang dia sedang lakukan.
“Kasitahu apa?” Soal aku semula. Bingung.
“Apa.. cik tak tahu?” Ujar Raudah. Ish, aku cepuk juga budak ni nanti. Sudah aku tanya tu, jawab sahajalah. Aku menggeleng.
“Main Office hantar manager baru.. dia ada dalam bilik Cik. Ni, dia punya arahan la.. suruh kemas meja dia lah.. minta dokumen itu ini. Sudahlah serius nak mati, kelam kabut kami semua awal pagi ni” Jelas Raudah. Hah? Manager baru? Buat apa? Kenapa pula aku tak tahu apa- apa pun ni? Tanpa bicara panjang, aku melangkah menuju ke bilik aku. Rasanya tak perlu semua ni.. apa pula lah rancangan daddy buat macam ni.
***
Lepas satu.. satu hal timbul. Hari ni lah aku rasa hari paling lemas aku pernah rasa bila duduk di pejabat. Tak suka lah! Aku tak suka orang baru tu dan aku tak terima dia nak usik semua hasil- hasil kerja FC. Tahu la kelayakan dia lebih dari aku.. tapi aku kira apa, aku yang bangunkan FC dan kami semua tak perlukan dia. Baru datang.. semua benda nak diubahnya. Itu tak kena.. ini tak kena. Ah! Aku peduli apa.
“Mel, kasi I plain water” Arah aku sebaik duduk dihadapan coffee bar. Aku perlukan sesuatu untuk meredakan rasa panas hati sekarang. Marah- marah sangat ni buat aku dahaga pula.
“Ni, kenapa muka macam ni?” Soal Melati. Alas diletak sebelum gelas, kemudian air kosong dituangnya.
“Nothing lah. Aaa.. mana Anas ya? I ada benda nak cakap dengan dia” Ujar aku selepas beberapa teguk air mengalir ke tekak.
“Ikut I sekejap”
Aku dan Melati serentak memandang Anas yang tiba- tiba muncul. Kemudian tanpa berkata banyak dia terus berlalu menuju ke pintu keluar. Aku berpaling memandang Melati pula. Kedua belah kening aku angkat namun hanya dibalas gelengan perlahan dari Melati. Ikut dia? Kenapa pula aku kena ikut dia.
“Pergilah, lagi pun you juga kata tadi ada benda nak cakap dengan dia” Ujar Melati melihat aku yang masih bingung duduk disitu. Oh, ya tak ya juga kan. Aku mengangguk dan terus bangkit dari kerusi.
Langkah sahaja keluar dari SV cake house ni, mata aku segera menangkap geraknya yang sedang menghampiri kereta. Mana pula mamat ni nak pergi.. haish.. Patut ke tidak aku ikut ni. Tak boleh agaknya mamat ni cakap betul- betul. Dia ni ada masalah sosial ke apa.. kena hantar pergi kursus komunikasi rasanya tak pun kursus motivasi bina diri. Banyak masalah dalaman budak ni. Ish.. ish.. ish..
“Honk!” Terkejut aku dibuatnya dengan bunyi hon yang datang dari kereta betul dihadapan tempat aku berdiri sekarang. Mati habis angan aku. Sabarlah mayat ni pun, tak payah la nak hon hon kan aku ni. Tak boleh panggil pakai mulut ke? Malu je kalau orang tengok ni. Ini lah dia masalah belia zaman sekarang. Kurang kesabaran.. Hish.. tapi.. aku pun salah juga.. yang boleh pergi berangan depan ni buat apa pula. Haish.. Aku pantas mengatur langkah membuka pintu kereta dan masuk.
“Nak makan apa?” Soalnya.
“Makan? I dah makan..” Balas aku. Lagipun kalau nak makan, di SV pun boleh tadi.
“Okaylah kalau macam tu, kita pergi terus” Ujarnya, memandu keluar dari kawasan SV. Terus? Nak ke mana? Ah.. malaslah nak tanya.. aku pun bukannya dalam mood. Ikut suka kau lah Anas. Asal jangan dibuatnya dia bawa aku ke tempat yang bukan- bukan sudahlah. Aku dah agak kusut dengan pejabat hari ni, penat juga ya bila asyik nak geram sahaja. Elok juga sesekali ada orang nak bawa meronda ni. Huargh…
“let’s go” Aku terasa bahu aku ditolak sekali. Segera aku membuka kelopak mata dan berpaling kearah Anas. Dia sudahpun membuka pintu untuk keluar dari kereta. Hah? Isk… macam mana aku boleh tertidur pula ni. Aku menampar kedua belah pipi aku beberapa kali. Aduh.. cuai lah kau ni Shikin. Boleh tahan juga aku tidur, rasanya dari keluar SV.. sempat juga mimpi mimpi.. tak senonoh! Macamlah jalan jauh sangat. Dah, jom turun.
Look out point? Huh.. buat apa pula datang sini. Aaaa.. rasanya pernah dengar tempat ni, tapi ini kali pertama aku sampai. Boleh tahan. Hiargh.. aku mendepakan kedua belah tangan, meregangkan otot, cuba segarkan kembali diri selepas tertidur tadi. Ah! mana mamat tu tadi? Grrr.. cepat betul hilang. Aku berpusing disekitar seketika sebelum dapat menangkap kelibatnya yang sedang memanjat tangga menuju ke menara tinjau. Isk.. bukan nak tunggu aku.
“Buat apa kita datang sini?” Aku menyoal sebaik berdiri disebelahnya. Hish, laju betul. Penat aku nak kejar.
“Banyak kerja ke dekat office hari ni?” Soal Anas pula.
“Office.. kerja macam biasa, tapi itulah. Serabut sikit hari ni. Kenapa you tanya?” Jelas aku tapi pelik juga mamat ni tiba- tiba tanya soalan tu. Apa muka aku ni memang senang baca ke.. ada tertulis semua senarai masalah agaknya.
“Serabut?”
“Yup. Ada orang luar tiba- tiba masuk FC.. kacau! I tak suka” Ujarku geram.
“Huh? Dia buat apa dekat you?” Anas menghentikan langkahnya sebaik kami tiba di menara tinjau.
“Hah? Eh, maksud I bukan macam tu. Aa.. ni kita nak panjat sampai atas tu ke?”Anas mengangguk menjawab soalan aku sebelum memulakan langkahnya semula kearah tangga naik menara. Aku mengekornya. Tak ramai orang pun disini, mungkin kerana hari ini hari bekerja lagipun rasanya tempat ni, malam barulah ramai. Dengar kata.. cantik permandangan pada waktu malam. Biasanya pengunjung akan datang makan di restoran yang terdapat disini sambil menikmati permandangan malam Kuala Lumpur dari tempat yang tinggi.
“Habis tu?” Soalnya sebaik tiba di tingkat atas. Aku memerhati seketika geraknya. Dia berjalan perlahan dihadapan, tenang seperti biasa dengan kedua belah tangan dimasuk kedalam poket seluarnya. Sebaik dia sampai dibahagian tepi menara ini, dia berpaling menghadap aku yang masih kaku setempat.
“Huh? Oh, cerita tadi. Daddy.. dia nak I masuk main office, I dah cakap I tak nak..then dia bagi tempoh enam bulan. Tempoh- tempoh juga la, tengok- tengok hari ni jadi macam ni, dia hantar orang masuk FC.. I tahu.. dia memang merancang nak orang tu ganti tempat I.. I tak nak lah.. I tak sedia.. yang penting sekali, I tak berminat untuk teraju Picturesque. FC is mine and if I can’t have it.. I akan keluar, tapi bukan untuk masuk Picturesque” Luah aku. Fuh! Lega rasanya dapat lepaskan apa yang aku rasa, walaupun tak semuanya.
“Kalau you keluar, you nak kemana?” Soal Anas buatkan aku berfikir. Kemana? Haa.. Aku tak pernah pula fikir tentang tu sebab aku percaya yang Daddy tak akan sanggup provoke aku begitu sekali. Tapi.. kalau betul lah jadi macam tu, mana aku nak pergi?
“I pun tak tahu.. Ah, lupakanlah tentang tu. Kenapa ya, kita datang sini?” Soal aku, cuba menghentikan topik yang merunsingkan itu.
“Oh, tak.. I ada benda sikit nak cakap” Ujarnya. Hai.. nak cakap sampai ke sini? Dekat SV pun boleh juga cakap apa, tapi okay juga lah.. boleh aku bagikan tiket tu dekat dia. Kalau di SV, ada si Intan.. mesti dia kekok kalau aku bagi dekat Anas tiket ni depan dia.
“I pun ada benda nak kasi dekat you”
“Huh?”
Aku menarik keluar sekeping tiket untuk menyaksikan Glitz Show di Genting Highland dari dalam beg dan aku hulur pada dia. Anas merenung kepingan tiket yang dihulur aku. Satu senyuman terukir dibibirnya. Apa yang seronok sangat tengok tiket tu? Tak betul dah agaknya mamat ni. Seronok sangat ke show tu?
“Tak sangka pula you minat tengok show macam ni.. dan..” Dia masih tersenyum, tapi kini dia beralih memandang aku. Ish, seram pula aku dengan mamat ni, seronok sampai macam tu sekali ke dapat tiket ni. Patutlah Intan beriya nak ajak dia.
“Dan..?” Soal aku, meminta dia menyambung ayatnya yang berhenti separuh.
“Dan lagi I tak sangka yang you ajak I pergi show ni” Ujarnya. Tiket itu dibeleknya sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
“Hah. Ha ha.. yelah” Aku ketawa janggal. Sekali mengiyakan sahaja apa yang dikata Anas. Kalau aku bagitahu yang si Intan tu yang ajak dia.. tak menjadi pula kejutan budak tu. Hahah.. layan sahaja lah budak ni.
“Jom lah kita balik.. dah nak gelap ni” Ujar Anas sebelum terus berlalu tanpa menanti dahulu jawapan aku. Balik? Eh, bukan baru sampai ke ni.. lagipun aku rasa tadi dia cakap ada benda dia nak cakap pada aku. Apa dia? Ah! Layan budak ni boleh sakit jiwa aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i like this story very2 much...seriously..=)
ReplyDeleteThanks! oren sgt appreciate. keep reading. :)
ReplyDeleteanas nak confess ke tu?..hahahaaaa,hppy giler seh!xleh nak kontrol jiwa laa,hihihiii...kite PALING suke part anas ngan shikin nih,sweet jer..lg la,lg la..
ReplyDeletehehee. ok. nnt sambung. neway, thanks KD <3- Oren (pasal pe oren xboleh sign in blog nih. adoi la..)
ReplyDelete