~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Wednesday, March 10, 2010

La Mia Bella Luna Adona 6




Luna merenung keluar tingkap biliknya sambil bersila di atas katil. Biliknya yang hanya diterangi lampu tidur yang malap menjelaskan lagi pantulan cahaya dari bulan yang asyik direnungnya dari tadi. Sesekali dia tersenyum sendiri sebaik memikirkan tentang papa dan mamanya. Pelbagai rasa mengisi hatinya.. semestinya dia rindukan mereka dan apa yang dilaluinya sekarang begitu asing tapi entah kenapa, Luna begitu yakin yang dia mula begitu senang dengan dunia barunya sekarang. Kini, dia mengatur hidupnya sendiri tanpa mama dan begitu juga tanpa papanya..segala keputusan bergantung pada dirinya. Walaupun tempoh setahun seperti tidak mencukupi, Luna tetap berharap dia mampu mengisinya dengan segala yang belum pernah dirasanya sebelum ini seperti yang selalu diceritakan oleh Aliya.

Puas memandang keluar, Luna beralih memandang ke arah Aliya yang sedang bersandar pada katilnya.

“Kak Liya ni ok ke? Dari siang tadi macam ni” Soal Luna sambil mengerutkan dahi melihat tingkah pelik Aliya. Semenjak balik dari butik siang tadi.. Aliya seperti berada dalam alamnya sendiri. Entah apa yang merasuknya pun Luna tidak pasti.. tak banyak yang ditutur Aliya sebaliknya asyik tersenyum.

“Ok…” balas Aliya sambil tersengih tanpa sedikit pun memandang ke arah Luna.

“Ok? Tak faham la Kak Liya ni..dari tadi senyap..lepas tu, tiba-tiba boleh tersengih..tersenyum” Ujar Luna. Dia menanggal cermin matanya dan diletak pada meja sisi sebelum turut bersandar di sebelah Aliya.

“Kak Liya tahu..Kak Liya memang dah tahu dia ada butik, tapi tak sangka pula boleh jumpa..” Ujar Aliya yang pada Luna tidak langsung menjawab persoalannya.

“Apa Kak Liya cakap ni?”

“Agaknya la kan..Kak Liya ni memang ada jodoh la dengan dia..kesesatan kita tadi telah membawa Kak Liya pada dia.. Oh, romantiknya!” Tambah Aliya lagi. Dia memeluk erat bantal yang dipegangnya dari tadi dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Satu tamparan hinggap dibahu membuatkan Aliya berhenti tersenyum seketika dan beralih pandang kearah Luna. Luna sekadar mengangkat kening menandakan dia berminat untuk mendengar penjelasan Aliya.

“Hmm..Kak Liya cakap pasal Aidil Hady la. Lambat la Luna ni” Jelas Aliya sebelum kembali tersenyum.

“Aidil Hady? Tapi apa pula kena mengena dengan butik tadi?” Soal Luna yang jelas masih kurang faham.

“Ish, yang interview Luna tadi la..” ujar Aliya.

“Ooo.. eh, tapi yang tadi kalau tak salah namanya Aedy..yang seorang lagi tu Lee.” Balas Luna.

“Lah.. yang Aedy tu la, nama penuh dia Aidil Hady. Dia cute kan?” Ujar Aliya sebelum bangkit berdiri. Kedua telapak tangannya dilekap ke pipi. Dia masih lagi tidak percaya yang akhirnya dia dapat bersemuka dengan pujaannya yang satu itu.

“Ye lah.. tapi kalau dia Aidil Hady pun.. Apa kena mengena dengan Kak Liya yang jadi pelik macam ni?” Soal Luna lancar mematikan angan Aliya. Dia memandang ke arah Luna sebelum melompat turun dari katil.

“Potong betul la Luna ni..” Ujar Aliya sebelum terus melangkah keluar dari bilik Luna dan menuju ke biliknya.

******

Izzat menukar silang kakinya. Dia masih lagi bersandar di pintu kereta. Sudah hampir satu jam dia di situ dan kelibat Luna dan Aliya masih tidak kelihatan. Kalau diikutkan kata Aliya, dia perlu berada disitu seawal enam pagi. Apa lagi yang boleh dikatanya, dia dibayar untuk semua ni. Izzat mencapai telefon dari dalam poketnya, mesej yang dihantar Aliya malam tadi dibacanya sekali lagi.

“Lama tunggu?” Soal Aliya. Izzat mengangkat wajahnya memandang kearah Aliya yang berdiri kurang satu meter dihadapannya. Apa punya soalan.. Izzat berpaling ke arah lain bagi menyembunyikan senyum sinisnya. Dia perlu biasakan dirinya dengan semua ini, kalau selama ini ayahnya mampu menyara dia sekeluarga dengan kerja ni..kenapa dia tidak boleh. Siapa kata jadi pemandu senang? Nak pula dapat majikan macam ni.

“Tak ada lah puan..baru dekat satu jam saya dekat sini..” Balas Izzat sambil memandang tepat pada Aliya. Aliya sudahpun menarik muka masam mendengar jawapan dari Izzat.

“Cik Aliya..” tekan Aliya, dia tidak tahu sama ada Izzat tidak tahu atau dia memang sengaja ingin menyakitkan hatinya dengan memanggilnya puan.

“Baiklah Cik Aliya… sebabkan Cik sudahpun ada dekat sini.. apa kata kita gerak sekarang? saya tak fikir yang saya perlu menunggu lagi satu jam dekat sini..” balas Izzat lantas membuka pintu kereta untuk Aliya.

“Apa salahnya? Kalau tadi boleh tunggu satu jam..mestilah tak ada masalah kalau nak tunggu lagi satu atau dua jam kan?” Ujar Aliya sambil tersenyum penuh makna. Izzat memandang hairan ke arah Aliya. Apalah masalah perempuan ni?

Tanpa mempedulikan pandangan Izzat, Aliya mengeluarkan kunci kereta dari begnya. Puas hatinya bila dapat mengenakan Izzat yang pernah buatkan dia dan Luna tertunggu tempoh hari.

“Saya pergi office sendiri, hmm..Oh ya, jangan lupa..Luna masuk kerja pukul sepuluh” Tambah Aliya lagi sebelum menekan punat alarm kereta pada kunci yang dipegangnya. Izzat mengerutkan dahinya sebelum beralih pandang pada Mazda6 merah yang di parkir bertentangan sebaik ianya berbunyi. Aliya membariskan senyuman buat kali terakhir apabila melihat reaksi Izzat sebelum melangkah ke arah kereta itu.

Izzat menumbuk sekali dadanya sebelum menggosok-gosok kepalanya berulang kali. Tidak langsung dipeduli bila rambutnya menjadi serabut. Berulang kali dia cuba mengajar dirinya supaya bersabar. Yang baru sahaja berlalu itu adalah majikannya..punca pendapatannya.

“What the hell! Hurgh.. Dah tahu nak pergi sendiri..yang suruh aku datang pukul enam pagi buat apa?” Izzat merungut sendiri. Bibirnya diketap menahan geram.

“Awalnya sampai?”Satu teguran membuatkan Izzat terkejut. Izzat memandang kearah Luna yang ber sweater dan sehelai tuala kecil di tangannya. Jelas seperti dia baru pulang dari berjoging.

“Ha?” Izzat mengangkat kedua keningnya.

“Semalam Luna ada cakap dengan Kak Liya, suruh dia bagitahu Izzat yang Luna masuk kerja pukul sepuluh.. Dia ada cakap kan?” Ujar Luna bila Izzat tidak menjawab soalannya.

“Aa.. er.. ada” Balas Izzat. Memanglah ada..baru tadi si Aliya tu bagitahu.

“Hmm.. tak apalah, alang-alang dah sampai.. apa kata Izzat tunggu sekejap ya.Luna naik mandi, bersiap..then kita pergi breakfast” Ujar Luna sebelum terus berlalu.

“Tunggu… ye lah, kalau tak apa lagi aku nak buat kan?” Izzat bersuara sendiri sambil matanya menghantar gerak Luna yang sedang menuju kearah lif.

*****

“Pukul enam?” Luna mengulang ayat Izzat. Piring roti bakar yang baru singgah di meja mereka ditariknya. Senyuman terukir dibibir Izzat nyata tidak ikhlas.

“Lupakan lah.. mungkin cik Aliya tersilap hantar mesej..manalah tahu kan..” Balas Izzat sedangkan kata hatinya jauh berbeza dari apa yang keluar dari mulutnya.

“Okay” Balas Luna ringkas sebelum kembali menumpukan perhatian pada hidangan dihadapannya. Izzat menggaru kepalanya. ‘okay?itu je?ah..peduli apa aku. Aku kan makan gaji dengan diorang..takkan lah aku nak harap dia mintak maaf pula kan’ Detik hati Izzat. Apalah nasib dia agaknya.. dapat dua orang majikan macam. Kedua-duanya pelik!

“Kenapa tak makan? Tak suka ke? Kalau tak suka boleh kita order yang lain..” Ujar Luna melihat Izzat masih tidak menyentuh rotinya.

“Eh..tak..tak. Suka.. Cik Luna makanlah..jangan pedulikan saya” Balas Izzat.

“Hah? Macam mana?”Soal Luna serius.

“Macam mana apa?” Soal Izzat kurang faham dengan maksud Luna.

“Ye lah..dah Izzat duduk depan Luna, macam mana pula nak buat tak peduli?” Balas Luna. Tangannya mencapai tisu lantas menekapnya pada bibirnya beberapa kali. Piring roti bakar yang masih belum habis dijamahnya ditolak sedikit.

“Aaaha.. Cik Luna buat lawak kan?” Izzat tersenyum. Dah sah pelik budak ni..tapi comel juga.

“Lawak ke?” Soal Luna masih dengan riak serius sekaligus mematikan senyuman Izzat. Sekali lagi Izzat menggaru kepalanya yang nyata langsung tidak gatal.

“Er.. makanlah.. nanti takut lewat pula” Izzat cuba untuk tidak menjawab soalan Luna. Dengan ketawa yang dibuat-buat Izzat menyumbat masuk roti bakar ke dalam mulutnya.

********

Ruang kafe masih tidak sibuk pada waktu ini, cuma yang kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk dengan laptop mereka dan juga sepasang kekasih yang sedang menghabiskan sarapan. Aroma kopi dari arah coffee bar terasa menenangkan. Aedy melangkah turun dari bilik pejabatnya yang berada di tingkat atas menuju ke arah pintu keluar. Lee yang pada mulanya sedang berbual dengan beberapa pekerja di situ pantas mengekor gerak Aedy.

“Cepatnya.. aku tak habis lagi cakap dengan pengurus tadi” Ujar Lee sebaik sahaja menghampiri Aedy.

“Bukan aku yang cepat..kau tu yang lembab! Dah la, cepat bukak pintu kereta” Balas Aedy.

“Aku pula..apa-apa je lah. Kau kan bos..tapi serius aku tak habis cakap lagi dengan budak tadi tu” Lee pantas menekan alarm sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta.

“Kau cakap macam aku ni baru sehari dua kenal kau.. ingat aku tak tahu yang kau nak try budak tu.. banyak la kau punya hal” ujar Aedy. Sempat Lee menayang barisan giginya sebelum menekan minyak dan berlalu dari situ. Mereka masing-masing senyap kemudian.

Telefon yang dari tadi digenggamnya ditatap sebaik ia berbunyi. Riak wajah Aedy sedikit berubah. Lebih dingin dari biasa.

“Reminder? Setahu aku.. semua jadual kau aku punya hal..apa la sangat yang perlu kau remind tu..? birthday aku pun lambat lagi. Oh no, wait.. hari ni berapa hari bulan?..” Soal Lee. Dia memandang sekilas pada Aedy yang lansung ambil kisah dengan kata-katanya sebaliknya Aedy pantas menyimpan telefon yang asyik dipegangnya tadi.

“Sudah la Aedy…dah lima tahun kan.. lima tahun, bukannya lima hari atau lima bulan..kau..”

“Kejap lagi singgah butik sekejap. Thumbdrive aku tertinggal dekat sana hari tu” Potong Aedy tanpa menghiraukan perkara yang cuba dibangkit oleh Lee.

“Okay..you’re the boss..” balas Lee akur.

7 comments:

  1. hohohoho....
    crta ni pnuh msteri....
    luna ngn butik aedy 2 ada kaitan ke???
    best2x...

    ReplyDelete
  2. huhu..thanks elina.. =) kita sama2 tgk nnt ya.

    ReplyDelete
  3. bila nak update???
    lame tggu nih....:(

    ReplyDelete
  4. oren..lamanya x update ni...
    :((

    ReplyDelete
  5. hahah.. kekeringan. lpas oren siapkan CH spenuhnya baru oren try sambung yg ni ya. :)

    ReplyDelete
  6. sambung please..menarik ar citer ni..seronok je baca...

    ReplyDelete