Monday, June 27, 2011
Cake House 27
26th BITE: PEDAS DAN PAHIT COKLAT PANAS, DISITU JASANYA GULA.
“Two more weeks and.. pendaftaran masih dibuka. Nak cuba?” Soal Zara pada Melati dan Anas berada di bahagian dalam coffee bar. Melati dihadapan Zara sibuk dengan lukisan pada latte nya manakala Anas disatu sudut leka mengelap cawan. Masih awal pagi, SV kosong ketika ini, pekerja lain semuanya sedang mengemas dan membersih sebelum pelanggan mula singgah untuk sarapan pagi. Hanya Zara seorang tiada kerja, enak duduk di coffee bar dengan ipad ditangannya.
“Cover story.. dan ruangan khas dalam Delicious magazine, monthly.. waah.. boleh tahan juga prize dia, selain cash dan kontrak dengan PFood ni..” Tambah Zara. Lebih pada bercakap sendiri kerana Melati dan Anas langsung tidak memberi sebarang reaksi.
“Mel.. Anas.. dengar tak ni? Zara registerkan SV ya?” Soal Zara. Suaranya sengaja ditinggikan sedikit bagi mendapat perhatian dari mereka.
“Tak ada masa lah.. banyak kerja, lagipun dua minggu lagi kan.. kalau Zara nak.. ajak your brother tu. Mel tak nak masuk campur” Balas Melati tanpa memandang kearah Zara. Dia tidak berminat. Tangannya memusing perlahan cawan latte yang siap dilukisnya sebelum tersenyum puas dengan hasil kerjanya. Cawan itu kemudian dileretkan pada Zara, sebelum dia beralih ingin ke dapur.
Zara memandang kearah Anas yang masih leka dengan kerjanya sebelum memandang semula kearah Melati yang kini sudah membelakanginya. “So, jadi la ni kan.. okay, Zara register!” Ujarnya membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira sama ada Anas setuju atau tidak.
***
“Morning Laili, bring all the pending files and.. a glass of soymilk too” Aku berhenti dimeja Laili dan memberi arahan. Agak lama aku tidak masuk ke pejabat, sudah semestinya banyak kerja yang tertangguh.
“Morning Cik.. err..” Ujar Laili seakan terkejut dengan kehadiran aku disitu. Dari duduk, dia bangkit berdiri. Tahu la aku dah lama tak masuk pun, tapi tak perlulah buat muka macam tu sekali.
“You ni kenapa? Dah cepat sikit.. I tunggu dekat dalam” Ujar aku.
“Cik Shikin.. tunggu!” Laili berlari menahan aku dari meneruskan langkah ke bilik aku. Budak ni apa pula masalah dia.
“Apa masalah you ni Laili?” Aku memandang tepat kearahnya Laili yang berdiri dihadapan aku. Dia kelihatan seperti serba salah untuk meluahkan sesuatu. Ah.. aku tak suka reaksi ni.
“Cik tak boleh masuk.. err.. Cik.. apa khabar? Aaa.. apa kata kita pergi breakfast dulu” Ujarnya tidak teratur.
“Apa hal pula I tak boleh masuk bilik I, jangan merepek lah.. I dah breakfast, you pergi sedia apa yang I nak tadi dan masuk” Aku menolak Laili ke tepi dan terus memulas tombol pintu bilik aku. Sebelah kaki aku masuk ke dalam namun terus kaku disitu. Aku memandang kearah susuk yang turut terkejut memandang aku.
“Apa you buat dekat sini?” Soal aku.
“Kerja..” Balasnya. Dia kembali menyambung apa yang sedang dibuatnya.
“Kenapa dalam bilik I?” Soal aku lagi. Cuba berlagak tenang. Penat rasanya asyik terkejut dengan hal yang berlaku di FC ni.
“Bilik you?” Soalnya lagi. Dia tidak memandang kearah aku sebaliknya pada satu sudut meja. Aku terarah untuk melihat sama pada plat nama yang terdapat diatas meja itu. Huh? Apa yang sedang berlaku ni? Bukankah sepatutnya nama aku disitu. Kenapa pula nama si Jasmi ni yang tercatat disitu?
“Oh ya, ini surat dari main office.. mereka minta I tolong sampaikan pada you in case you datang sini” Ujar Jasmi. Ni.. bukan bilik aku? Dalam dengar atau tidak apa yang dikata Jasmi, aku berundur setapak sebelum berpaling mengatur langkah terus ke pintu keluar FC. Aku perasan yang Laili ada berkata sesuatu pada aku, tapi patah perkataannya langsung tidak melekat di telinga aku. Otak aku bagaikan tidak berfungsi sekarang.. aku rasa kosong dan aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Mana lagi tempat aku kalau bukan di FC..
***
“Dia masuk office hari ni? .. hmm” Daddy mengangguk sebaik menerima laporan dari pembantunya itu.
“Cik Shikin masuk sekejap sahaja, dia keluar semula selepas bercakap dengan Jasmi” Tambah si pembantu.
“Everything goes as expected.. okay, teruskan dengan kerja you macam biasa” Ujarnya memberi arahan.
“Baik Tan Sri..”
***
“Berhenti dekat sini” Aku menepuk perlahan kerusi bahagian pemandu teksi ini. Dari awal tadi aku terasa pening, sebab itu aku tinggalkan kereta di FC dan mengambil teksi. Sekarang makin teruk pula rasa pening ni. Ditambah pula dengan rasa mual dan perut yang tak selesa ni, aku rasa memang aku perlukan udara lebih segar sekarang.
“Tapi ni bukan tempat yang cik nak pergi kan?” Soalnya walaupun tetap memberi isyarat untuk ketepi, menghampiri bahu jalan.
“Tak apa..” Aku menghulur jumlah seperti yang tertera pada meter dan segera keluar sebaik teksi berhenti.
Buat masa sekarang, aku tidak fikir langsung aku berada di mana. Apa lagi nak pedulikan orang yang lalu lalang disini. Yang penting, macam mana aku nak kurangkan rasa mual dan pening ni. Aku melangkah sepantas yang mampu kearah pokok yang terdapat di tepi jalan dan duduk disitu. Dalam posisi kedua lutut aku dakap, aku memejam mata rapat. Kenapa perut aku ni sakit tiba- tiba macam ni.. tak selesanya.. Kaki dan tapak tangan aku terasa sejuk. Aku menyembamkan wajah ke lutut. Peluh dingin terasa mengalir dari dahi ke pipi. Janganlah dibuatnya aku muntah disini, sarapan pun belum sempat pagi ni.
“Hello miss, are you okay?” Soal satu suara. Aku mengangkat wajah memandang kearah empunya suara. Aku mengelap peluh diwajah. Boleh tanya pula, aku ni nampak macam okay ke?
“Wa.. you sure tak okay, nak I hantarkan ke hospital?” Dia mencangkung dihadapan aku memandang dengan riak bimbang. Aku menggeleng perlahan kearah lelaki yang lengkap dengan pakaian senam dihadapan aku ni. Rasa mual sudah berkurang sedikit tapi kepala aku ni masih pening, jadi maaflah kalau aku tidak menjawab soalannya dengan sopan. Aku kembali memejamkan mata dan kembali pada posisi tadi. Argh.. kenapa aku rasa semua benda berayun ni.
“Hey.. hey.. sekejap. Jangan pengsan dulu, nah.. minum” Bahu aku sedikit bergoyang ditolaknya. Aku mengangkat semula wajah. Ish, suka hati dia sahaja tolak bahu aku dengan botol air dia tu.
“Ah, sekejap.. I ada lagi berapa round nak habiskan dekat sini.. so kalau dalam masa tu you pengsan ke apa ke, you call ni” Aku lihat dia mengeluarkan marker pen dari beg galasnya dan mencatat sesuatu pada botol airnya sebelum dihulurkan pada aku. Betul ke tidak mamat ni? Kalau aku dah pengsan.. macam mana nak call dia. Bagaimanapun aku tetap mencapai hulurannya. Ah.. pening. Aku menundukkan kepala semula.
Entah berapa lama aku bertapa disini pun aku tidak pasti, yang aku tahu.. awal tadi agak ramai orang lalu lalang dikawasan ni, tapi tak lagi sekarang. Matahari pun sudah makin meninggi. Aku bangkit berdiri, lega sedikit bila rasa pening tadi semakin berkurang. Ah.. aku dekat mana ni? Aku memandang kawasan sekeliling. Sebelah kiri aku taman rekreasi.. sebelah kanan jalan besar. Oh.. tak jauh lagi pun nak ke SV, jalan sahajalah. Aku tak rasa aku boleh naik kereta selepas mabuk yang agak kritikal sebentar tadi. Stress gastritis? Ah.. aku tak pernah rasa pening dan sakit perut sampai macam tu sekali.
Aku memulakan langkah perlahan menyusur laluan pejalan kaki. Dalam langkau masa lebih kurang lima belas minit aku kini sudah berada di dalam SV. Sepanjang perjalanan aku tadi, walau aku cuba sebolehnya untuk lupakan seketika hal di FC.. entah kenapa asyik terulang tayang dikepala plat nama diatas meja pejabat tadi. Itu bilik aku.. itu tempat aku.. Aku tersilap tengok kan?
“Awal sampai.. bukan hari ni kata nak masuk office ke?” Kebetulan aku bertembung dengan Melati sebaik melangkah masuk ke ruang tengah SV.
“Mel.. I tumpang bilik sekejap” Ujar aku kurang bersemangat. Letih la.. aku pun tak pasti sama ada sebab aku berjalan kaki tadi atau pun sebab kepala yang tengah berserabut. Tanpa menunggu jawapan dari Melati, aku terus melangkah kearah tangga naik keatas.
Sampai di bilik, aku terus merebahkan badan keatas katil.. memandang kosong pada siling. Satu keluhan berat aku lepaskan. Kalau macam ni kesudahannya.. kenapa aku perlu pergi sejauh ini. Apa gunanya keputusan drastik yang aku dah buat demi memerangi daddy... Argh.. aku tak sangka pula daddy membalas macam ni. Aku ingat daddy akan beralah. Kan bagus kalau boleh kembalikan masa, mungkin aku tak akan buat keputusan macam ni.. tak juga menarik orang- orang disisi aku untuk sama masuk kedalam masalah aku. Itulah.. kata Maria Robinson, sang penulis itu.. tidak ada sesiapa yang boleh berpatah balik dan bermula semula, tetapi sesiapa sahaja boleh mulakan hari ini untuk hasilkan penamat baru. Betul la tu apa yang dia cakap, tapi masalahnya mana aku nak mula.. Ah.. mummy.. apa kakak nak buat sekarang…
***
“Anas, sekejap..” Melati menarik tangan adiknya, mengarah ke satu sudut.
“You.. pergi tengok Shikin” Arah Melati.
“Hmm? Dekat rumah dia ke dekat office?” Soal Anas.
“Dia dekat atas la.. pucat lain macam je tengok budak tu..” Melati menarik dulang yang berada dalam pengangan Anas.
“Huh? bila dia datang?”
***
Argh.. macam mana pula aku boleh terlena ni. Mata yang masih terasa berat aku buka perlahan. Alahai.. lapar la pula perut ni. Aku melihat jam dipergelangan tangan, berapa jam dah aku tertidur. Kononnya banyak masalah sangat, boleh pula senang tertidur macam ni.
“Oh, you awake..?”
“Ah!” Luahku spontan kerana agak terkejut. Aku beralih memandang kearah datangnya suara itu. Fuh.. semangat. Anas yang bersila diatas kerusi betul disebelah katil memandang serius kearah aku. Apa dia buat masuk bilik ni? Ish. Aku pantas bangun dan bersandar pada kepala katil. Aku bukan mimpi kan? Aku belum lagi terlampau stress sampai berdelusi atau berhalusinasi. Skizofrenia? Ah, karut. Urgh.. kalau betul aku mimpi, aku nak tidur balik ni. Suka hati masuk bilik orang. Sudahlah masa aku tengah tidur.
“You buat apa duduk dekat situ?” Soal aku.
“Game..” Balasnya sambil menayang PSP nya pada aku. Ish, budak ni.. tak kisah lah dia nak main game ke apa, tapi kenapa dekat sini.. kenapa dalam bilik ni. Haish..
“Come here..” Ujarnya, memberi isyarat tangan supaya aku menghampirinya. Huh? apa hal pula? Ah, pedulikan si Anas ni dengan arahan dia yang aku rasa tak perlu tu. Aku membetul selendang yang sedikit serabai kerana aku terus terlena tadi tanpa sempat membukanya terlebih dahulu.
“Hmm.. fine..” Aku memandang semula kearahnya yang bersuara lagi setelah aku tidak memberi reaksi pada arahannya tadi.
“Ap.. apa..?” Soal aku melihat dia menghulur tangan. Aku gerakkan kepala ke belakang mengelak walau bagaimanapun tertahan dek kepala katil. Telapak tangannya mendarat pada dahi aku beberapa ketika. Apa pula kali ni?
“Uh.. panas sikit. Aaa.. you nak makan? I ada sediakan sup tadi.. tapi dah sejuk rasanya, nanti I panaskan, okay” Ujarnya, kembali bersandar dikerusi. Dia merenung kearah aku menanti jawapan dari aku.
Bagai orang yang dipukau, dengan mata yang terbuka besar sebabkan dikejut dengan tingkahnya.. aku mengangguk. Ini dah kali kedua rasanya dia sentuh dahi aku. Aku demam ke? tangan aku alih ke dahi, cuba mengesahkan apa yang dikata Anas. Ah.. sikit..
“Yargh.. your face is getting red.. you sure have a fever. I panaskan ni dulu, lepas tu baru makan ubat” Dia lantas bangkit dari kerusi dan mengambil mangkuk yang aku kira berisi sup yang dimaksudkannya tadi itu dan berlalu.
“Clueless..” Aku mengumam sendiri. Bukannya demam sangat pun. Panas sikit sahaja. Segera aku bangun dari katil sebaik Anas keluar. Huh, baik aku turun bawah.. lapar sangat dah ni.. tunggu makan sup dia tu mana nak kenyang. Aaa… dia tadi, tunggu aku sebab dia ingat aku demam ke? Takkan la dia duduk dekat kerusi tu dari mula aku tertidur lagi.. eh, tak kot.
***
Seminggu dua ni aku sibuk dengan hal sendiri, satu panggilan masuk pun aku tidak jawab. Beberapa hari lepas aku sibuk mengemaskan CV dan kertas kerja. Merata syarikat aku turun naik mencuba nasib. Masih tiada jawapan. Rutin aku sedikit berubah. Kalau dahulu, bangun pagi.. panaskan susu dan siap ke pejabat. Petang atau malam aku bertapak di SV cake House. Tapi sekarang.. bagun pagi masih dengan segelas susu panas tapi aku terus masuk ke bilik kerja aku. Sibuk dengan kertas kerja. Pada mulanya aku ingat, jadi freelancer ni mudah. Tambah pula kalau sudah ada kenalan dalam bidang ni.. tapi kenapa satu pun tak mahu pertimbangkan kertas kerja aku ni? Masa aku di FC dulu bukan main baik dengan aku, puji melangit kononnya suka dengan hasil kerja aku. Sekarang.. seorang pun tak mahu pandang aku. Argh.. Apa khabar lah budak- budak di SV tu ya. Hari tu aku beritahu Melati yang aku tak akan singgah SV untuk beberapa hari, sebabkan aku perlu ke satu tempat. Sekarang ni rasa rindu pula. Haih.. apa lah yang dia tengah buat sekarang ya? Dia ingat dekat aku tak?
Aku menutup notebook shiro aku dan bersandar dikerusi. Urgh.. boleh gila juga aku nanti kalau aku terus macam ni. Memerap dalam rumah dan memandang benda- benda yang sama. Aku memerhati sekeliling.. perabot- perabot ni semua.. kebanyakannya pemberian daddy malah rumah ini pun hadiah dari daddy. Geez.. tak boleh jadi.. tak boleh jadi..
***
“Apa you cakap?” Melati memandang tepat kearah aku
“Ala.. sampai I dapat tempat baru je. Boleh la” Ujar aku bagi cuba meyakinkan Melati. Aku tak tahu nak kemana lagi.. aku rasa aku dah tak boleh untuk terus tinggal di apartment aku tu.
“No.. it’s not what I mean. Kalau you nak tinggal terus dekat sini pun boleh. I suka, Zara pun mesti setuju.. apa lagi si Anas ni. You tahu.. sepanjang you tak datang kesini.. budak ni dah macam mati laki.. eh, silap.. mati bini.. entah berapa kali I nak kena ingatkan dia yang wife dia ni hidup lagi.. haih..” Ujar Melati sambil menepuk bahu Anas yang berdiri disebelahnya.
“Shut up..” Anas menolak tangan Melati yang menapak di bahunya.
“Just what’s point.. in people having phones when they don’t even answer them? Orang- orang macam ni baik hidup sahaja sebelum kelahiran Graham Bell” Ujar Anas lagi dan terus berlalu. Kali ni aku tahu dia tujukan pada aku. Hmm..
“Eh, marah pula dia.. ingat orang tak tahu yang dialah manusia paling gembira sekarang ni” Ujar Melati berserta satu senyuman mengusik. Hah, iyalah tu. Gembira apanya macam tu?
“Sudah. Bawa beg tu keatas?” Arah Melati.
“Zara mana?” Soal aku.
“Dia dengan Intan keluar sekejap.. tak tahulah apa jadi bila dua budak tu keluar sekali.. tahu sahajalah si Zara tu macam mana. Dengan you, I tengok dia dah boleh terima.. dengan Intan, sama lagi macam dulu.. kesian juga dekat si Intan yang selalu dibuli tu” Omel Melati. Intan.. ah.. macam mana aku boleh tak teringat tentang dia ya. Rasanya dari balik France hari tu aku belum bertembung dengan dia. Kelas pun aku tak masuk dan sekarang.
***
Di dapur tak ada.. di coffee bar pun tak kelihatan.. biasanya, disitu tempatnya. Kalau tidak pun dia akan memomokkan diri di tempat pertapaan aku. Aku melangkah pula ke dek luar, Aaah.. tak ada juga.. eh. Aku meneruskan langkah menuju ke hujung dek. Dari sini aku dapat lihat satu susuk sedang duduk di dalam kawasan taman yang agak gelap. Ish, sudahlah dia tu asalnya sedia menyeramkan.. ini lagi nak seramkan diri duduk dalam gelap tu seorang. Tak salah.. siapa lagi kalau bukan dia yang duduk disitu. Mana ada orang lain nak lepak dekat situ tengah malam macam ni. Tanpa banyak fikir lagi, aku melangkah turun ke taman.
“Nah..” Aku menolak bahunya kemudian menghulur secawan coklat panas. Dia berpaling memandang aku dengan riak terkejut. Oh, ada perasaan juga momok ni. Huluran aku bagaimanapun disambutnya sebelum dia kembali memandang kearah pokok bunga tanjung yang agak besar dan rendang dihadapannya. Erk.. betul la ni Anas kan.. kejap lagi, buatnya benda lain yang aku tegur ni... ish. Aku mengambil tempat disebelahnya.
“Err.. you sihat?” Soal aku cuba memulakan bicara. Takut sebenarnya aku ni. Tadi masa aku sampai, cara dia cakap macam marahkan aku. Alah.. aku bukan sengaja tak nak angkat telefon, aku cuma tak rasa nak bercakap dengan sesiapa masa tu. Err.. itu kira sengaja tak angkat la kan. Ah, tapi bukan panggilan dia seorang yang aku tak jawab.. Melati.. daddy.. office.. semuanya aku tak jawab.
“Hmm.. dengar kata you keluar KL. You kemana?” Soalnya tanpa memandang kearah aku.
“Tak lah, I ada di rumah..” Balas aku menerangkan hal yang sebenar. Aku bermain dengan cawan kertas ditangan.
“Rumah? Huh! Sudah tu.. apa alasan you sampai satu call pun tak boleh answer? Sibuk? Sibuk dengan apa? Dengar kata.. office pun you dah tak masuk. Dua minggu.. bukan dua hari.. apa yang susah sangat nak angkat telefon.. Sekurang- kurangnya hantarlah mesej, tidaklah menyusahkan orang sekeliling nak fikir tentang you..” Ujarnya kedengaran tegang. Cawan kertas kecil yang aku bagi pada dia tadi dihalakan kebibir. Sekaligus dia habiskan semua. Cawan direnyuk dan digenggamnya kejap seakan melepas geram. Err.. tak panas ke air tu?
“Eea.. you risaukan I ya..?” Soal aku cuba mewujudkan humor. Gerun pula aku tengok dia macam ni. Kalau aku tahu dia marah macam ni sekali.. tidaknya aku datang cari dia dekat sini. Idea Melati lah ni.. suruh aku pujuk konon. Cheh!
Anas berpaling kearah aku tiba- tiba. Dia memandang tepat kewajah aku. Serius. Agak lama sehingga membuatkan aku rasa serba salah. Aish.. marah betul ke dia ni?
“Erm..” Baru aku berkira ingin menyusun ayat, aku terkedu bila Anas tidak semena merangkul bahu aku. Kemas dalam pelukannya. Jantung aku terasa berhenti berdenyut seketika sebelum mula tidak menentu rhythm nya. Ahh.. kalau terus macam ni mesti dia boleh perasan degup jantung aku ni.
“Don’t you ever do that again.. you tahu tak, muka you pucat sangat hari tu” Dia mengejapkan lagi pelukannya pada bahu aku. Ah, kalau macam ni.. penyakit lain pula yang datang. Bukan masalah jantung lagi.. sesak nafas pula.
“Err.. Anas, air ni nak tumpah” Aku cuba mengawal pegangan aku pada cawan yang masih penuh dengan coklat panas. Perlahan, akhirnya dia melepaskan pautannya. Fuh.. Aku segera berpaling membelakanginya. Apa yang dia maksudkan.. muka aku pucat? Ah.. hari tu.
“Maaf ya, hari tu I tak sempat cakap yang I dah nak balik.. Aaah.. tak sempat nak rasa sup ayam you buat” Aku memberi alasan. Padahal.. hari tu memang aku sengaja lari pun.
“Just don’t ever do it again.. ma belle femme*” Ulangnya dalam nada lebih lembut. Kali ini tapak tangannya didaratkan ke kepala aku. Aku berpaling kembali menghadapnya. Anas menarik semula tangannya, dia kemudian berdiri dan melangkah meninggalkan aku disitu. Dia sebut apa tadi? Ma.. ma bel.. Ah, lantaklah.. asalkan dia bukan mencarut, tapi kalau ya pun.. bukan aku faham. Argh, suka cakap benda yang orang tak faham!
“Shikin..!” Huh? Siapa pula jerit- jerit nama aku ni? Kedengaran sayup. Aku mengintai- intai kearah pokok besar dihadapan aku.
“Shikin..” Aih.. dekat pula suara ni. Aku memandang ke sebelah. Intan berdiri disitu memandang aku dengan senyuman. Sebelum membalas senyumnya aku mencari semula kelibat Anas. Aah.. dia dah naik ke dek pun. Fuh, nasib baik. Intan, tak nampak kot tadi.
“Lamanya tak jumpa..!” Ujarnya lantas memeluk aku. Gaya bertahun tak jumpa.. rasanya baru beberapa minggu. Aku membalas pelukannya. Apa hari ni, hari memeluk sedunia ke? Lepas seorang.. seorang nak peluk aku.
“You sihat..?” Soal aku sebaik pelukan dileraikan.
“Sihat sangat.. tapi rindulah. Jarang you ke sini semenjak balik bercuti ya” Ujar Intan mengambil tempat disebelah mengganti Anas yang awal tadi duduk disitu. Ah, iyalah sangat.. bercuti.. kalau aku bagitahu apa sebenarnya yang berlaku masa di France.. macam mana lah reaksi dia ya. Urgh.. tak boleh.. Ish, kenapa aku boleh terlupa tentang Intan masa buat keputusan dulu. Sekarang semuanya dah terlambat.. macam mana pun aku tetap dah lukakan perasaan dia. Tak layak rasanya aku nak jadi sahabat dia. Ah.. I hate myself!
“Hmm.. I sibuk sikit” Aku memberi jawapan setelah terdiam seketika. Kenapa aku rasa bersalah sangat ni bila pandang muka budak ni. Alahai.. Intan, maafkan aku ya.
“Iyalah.. Shikin kan business people. Oh ya, tadi you berbual dengan Anas kan? I bertembung dengan dia tadi”
“Hmm? Ah.. ya” Balas aku gugup.
“Ooo.. hah, sebut pasal Anas.. Shikin tahu tak, Intan dengan dia dah tak kekok macam mula- mula Intan muncul semula dulu. Shikin rasa.. ni bermaksud yang dia dah boleh terima Intan ke? Hmm.. Kami dah boleh berbual macam dulu- dulu.. Intan suka sangat” Dia tersenyum menceritakan pada aku. Isk.. apa yang aku dah buat ni. Aku memandang wajah ceria Intan dengan penuh rasa bersalah.
“Shikin rasa macam mana?” Soalnya.
“Macam mana?” Aku menyoal semula. Kurang pasti dengan maksud Intan.
“Intan dengan dia.. ada harapan tak?”
Lambat- lambat aku mengukir senyuman kelat. Sebolehnya aku ingin mengiyakan soalannya tapi.. Ah, kenapa aku selalu tak fikir panjang buat sesuatu keputusan. Kenapa aku suka mengheret orang yang tak bersalah dalam masalah aku..
*ma belle femme = my beautiful wife
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alalala comelnye anas ni...sgt sweet...nk lg nk lg!=)
ReplyDeletesian shikin daddy dia wat camtu.
ReplyDeletebila le si anas ni nak tunjuk mancho??
to shikin.... sila terima kenyataan yg awak tu isteri anas. wat sesuatu untuk tunjukkan pada daddy, yg awak tu leh berjaya tanpa bantuannya.
dari akak yg tua :)
aaa....bestla cik oren......caring jugak anas ni eh kt shikin...so suweet...sengih je bile bace...tp tak patotla ddy shikin tu buat dia cm tu.....n intan lak cm penyebok plak.....waaa...nk lg...hehe
ReplyDeleteoren awat dh jd cinta bersegi-segi lak? hehehe..tetiba terasa geram plak dgn bapak syikin. shikin kena buktikan dia boleh go on with life without his father enter frame! hehehe (wah mcm plot citer sendirik la pulak! ngeee).
ReplyDeleteCik Ecah: comel.hahah. ok tggu smbungan dia ye.
ReplyDeleteAnony1@ akak yg mude: itu la kan.. hmm.. thanks 4 reading n comment ye.<-- appreciate it.
ReplyDeleteCik Zura yg comel: heheh. sian Intan. mekasih 4 that comment. tggu nnt sambungannye ye. ;)
ReplyDeleteAkak: Itulah bersegi segala. hehee. thanks 4 d idea n comment ye. luv u. ^,~
ReplyDeleteala akhirnya dpt bc n3 ni...sweet sgt anas, caring kt shikin...buatlah dia org duduk serumah sekali ...tunjukkan kat dady shikin ...anas so sweet caring their beloved wife...pasangan ini bh berjaya....daddy dia nak ajar shikin how to prepare a good manager...peralihan sebelum shikin ambilalh syarikat daddy die....be a good girl shikin ..ada sebab daddy dia wat cam tu....cayo orenz sambung lg n3....nal lg....dr k.nor peminat setia cake house..ari2 jeling kat oren tgu n3 baru...
ReplyDeleteK.Nor: thanks cause sudi follow cite cake house ni ye. n trima kaseh juga sbb komen n kasi pendapat. hehee. (oren slalu lmbt update kan.. sorry ye) ;)
ReplyDelete..msti happening pas nie kan,shikin dah srumah ngan laki die.hai,brtuah bdan dpt hbby cam anas tu..n cam biasa yea,next plizzzzz..tengs dear!
ReplyDeleteKD: hahahah. ur welcome. n thanks back. next? okeh roger that. ^x^
ReplyDeletei suka cake house...i suka oren...errr leh tau beza umur shikin n anas? anas 21 kan...shikin?
ReplyDelete-peminat tegar CH-
1st- thank you muchy muchy much. sgt appreciate~*
ReplyDeleteAnas: 22~23.
Shikin: 27.
Oren: (ehem2)
^,~
tak sangka cik oren berbakat juga...
ReplyDeleteHahah.. mekaseh la Ria (*kelip2 mate)
ReplyDelete