~ ongoing..

“ Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk sini” Luah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



‘PAP!’ aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Showing posts with label cErpen. Show all posts
Showing posts with label cErpen. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

*~ cErpen: sAya daN cuPcakes ~*




First Bite: Evaporasi dari secangkir Latte!


Kalau orang tanya macam mana nak menghasilkan resepi yang dapat selesakan tekak dan semestinya mengenyangkan, jawapan aku mudah sahaja. Hanya dua ramuan aku:

- My pinky purse[$]

- My pink honey mini’s key


Mudah kan? Itu la pun resepi aku. Ada duit dan dengan adanya faktor mainan teknologi yang membolehkan kita ke mana sahaja dengan lebih mudah… Maka dapatlah apa yang aku nak. Bercakap tentang makan..hmm..makanan merupakan salah satu obsesi aku. Enthusiasm! Selain kerja aku. Satu fakta tentang aku..bukannya aku tak tahu memasak cuma mungkin belum punya peluang untuk itu (alasan..). Hidup aku semakin hari semakin sibuk dan menjadi bertambah-tambah sibuk bila daddy dengan penuh yakin menyerahkan Fountain Consultancy pada aku.

Berbalik pada makanan, aku cukup gilakan susu dan kek. Nasib baiklah figura aku tak dipengaruhi oleh tabiat makanan yang melampau. Kesihatan masih keutamaan aku. haha. Disebabkan kek, aku jatuh cinta dengan SV, Sweetville. Sebuah kafe istimewa yang dibuka 24-7 yang menjadi tempat pertapaan aku setelah seharian bekerja.

Nah.. dah sampai pun ke destinasi aku. Aku memandu masuk ke laman SV. Ia seakan sebuah rumah british lama yang masih dikekalkan bentuk dan dibiar hanya berwarna putih. Lamannya yang dilitupi rumput permaidani dan batu-batu gelap serta saliran air dikiri dan kanan laluan masuk ke kafe, melengkapkan lanskap serba moden dan selesa. Aku melangkah masuk dan terus menghala ke arah sebuah rak yang dipenuhi buku. Setelah naskah Falling leaves berada dalam genggaman, aku melangkah ke arah satu sudut yang biasanya menjadi tempat aku bertapa. Satu sudut yang agak terlindung tidak jauh dari rak buku tersebut. Tempat itu tidak sama seperti tempat-tempat lain di dalam SV. Tak ada meja kaca yang berkaki tinggi seperti yang lain. Yang ada Cuma, sepasang bantal empat segi, besar dan kecil dan juga meja jepun yang sederhana besar. Sebab pemilik kafe ni adalah sahabat aku, aku sendiri yang mintak tempat ni. Mengada kan aku, haha..bila lagi nak kenakan dia.

Langkah kemas yang aku orak terhenti saat mata aku merekod satu susuk yang sedang enak bersandar di tempat pertapaan aku. Siapa pula mamat ni.. dia tak tahu ke yang tu bukan tempat untuk pelanggan. Lagipun macam mana dia boleh perasan tempat sedangkan terlindung dek rak-rak buku. Ni tempat aku la.. hmm..macam mana ni. Menyeramkan pun ada aku tengok mamat ni, dengan rambut yang hampir menutup seluruh matanya..macam mana dia boleh begitu khusyuk menaip sesuatu pada Macbook dia.

“ Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk sini” Luah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.

‘PAP!’ aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudungku aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.

“ Anything?” Soalnya bersahaja.

“ Hmm..aa.. err..tak ada apa-apa..tak, tadi ada nyamuk dekat situ. Sorry ganggu..I pergi sana dulu ya” Ujarku. Cuba mengelak dan dengan pantas bangkit dan berlalu. Hwaa… aku nak duduk situ! Aku mengubah langkah ke arah bar. Dekat situ pun okay lah..dah tak boleh bertapa, baik juga aku bersembang dengan Melati.

“Hai, kenapa pula duduk sini?” Soal Melati sebaik sahaja aku mengambil tempat di Coffee Bar. Gadis manis didepan aku sekarang ni adalah sahabat terhebat yang aku pernah ada dan antara sebab aku terlampau sayangkan dia adalah kerana dia pemilik SV ni. Haha.

“Saja.. nak borak dengan you..kenapa? tak boleh?” Soal aku yang kini sedang menopang dagu memerhati gerak tangkas Melati menyediakan kopi.

“Bukan la tak boleh…tapi pelik je” Balas Melati.

“What ever lah cik Melati..” Ujar aku yang masih leka melihat Melati melakukan kerjanya.

“So, malam ni nak SV milk dengan kek apa?” Soal Melati sebaik sahaja secawan kopi dihulur pada pelayan SV.

“Tak nak susu malam ni.. nak yang macam you buat tadi, tapi lukis seekor nyamuk dekat atas dia..then aku nak cupcakes yang macam amoi tu makan” Balasku sambil menunjuk kearah meja yang tak jauh dari aku.

“ Okay bos!” Ujar Melati, tersenyum dengan gelagat sahabatnya yang seorang ni.








2nd Bite : Plus the mint in that MiLk..


Jam di tangan aku tatap seketika. Masih awal, harap tak ada lah mana-mana budak phyco yang mengambil tempat aku. Kali ini aku melangkah kearah tempat semayam aku tanpa buku di tangan, cuma membimbit beg white VAIO kesayangan aku. Masih ada sedikit kerja yang perlu aku selesaikan. Bila difikirkan semula..SV ni sudah menjadi rumah kedua bagi aku. Kalau di rumah pun, bosan menghadap dinding.

Tanggapan aku meleset bila aku lihat, mamat semalam ada lagi di situ. Masih dalam posisi yang sama seperti semalam. Ish, mamat ni hidup ke tidak? Macam mayat hidup pun ada aku tengok. Menghadap skrin dihadapannya seperti tak berperasaan. Muka dah handsome tapi kacau sikit bila tengok rambutnya yang hampir menutup mata tu. Silap- silap juling ke, mana aku nak tahu. Ah..tak kira! Tempat ni aku punya.

Tanpa mempedulikan mamat misteri tu, aku melabuhkan duduk dan membuka beg notebook aku. Biar..hari ni aku tak nak lari. Kau pun,tak kan la nak duduk lama dekat sini kan. Aku lainlah..selagi tak siap kerja aku ni, aku tak akan balik punya.

~ 10 minit pertama..aku masih menumpukan perhatian pada kerja aku.

~ ½ jam kemudian.. Minty Milk aku tinggal separuh gelas manakala cupcakes masih belum aku sentuh. Aku masih lagi pening dengan kertas kerja yang perlu aku selesaikan.

~ 1 jam kemudian… Aku mengalih pandangan aku pada mamat tadi. Ish..ada lagi.. Dia tak nak balik ke? Awal lagi kot..tak apa, aku masih boleh berdiplomasi.

~ 3 jam berlalu… tengkuk aku pun dah terasa tegang. Aku mengangkat muka dan mamat tu kini sudahpun bersandar pada dinding. Macbook nya dibiarkan terbuka. Ish..cekal betul mamat ni. Tak ada rasa nak pergi dari sini ke? Ha…serabut betul lah macam ni. Selama ni aku seorang sahaja dekat sini.

“Hey you.. you tahu tak..err.. ni tempat I..” Ujarku perlahan.

“Anas..” Ujarnya tanpa aku faham. Dia berpaling ke arah aku. Rambutnya ditolak kebelakang sekilas membuatkan aku sedikit terkejut. Eh..tak juling la dia.. Ish.

“Ha?”

“ Tak..nama I Anas..bukan ‘Hey you’..” Jawabnya bersahaja. Alah..tu pun nak berkira. Dah tadi memang aku tak tahu nama dia. Tahu la handsome pun..tapi jangan la sombong. Huh. Aku membalas ujarannya dengan senyuman sebelum kembali menatap skrin di hadapan.Yang aku nak cuba sampaikan tak dipedulikannya..sebaliknya aku pula yang terkena balik.

“Suka?”soalnya tiba-tiba. Mamat ni cakap dengan aku ke? Tapi dia pandang arah lain.

“You cakap dengan I ke?”soalku. Inginkan kepastian.

“ masuk ni..dah dua kali you pesan cupcakes yang sama” tambahnya tanpa menjawab soalan aku. Memang fesyen ni kot mamat ni. Bermasalah untuk faham apa yang orang cakap.

“ A.ah..suka sangat! Ni cupcakes terbaru SV tau..baru semalam try..dah ketagih pun. I think.. you should try some” Balasku. Excited. Aku ni pantang sikit kalau sebut pasal makanan ni. Aku lihat dia tersenyum. Mak aih..nak gugur jantung aku. Ingatkan mayat hidup ni tak boleh senyum. Dia kemudian menutup macbooknya sebelum bangkit berdiri.

“Nak pergi mana?” soalku spontan.

“Ha?” dia memandang aku kehairanan.

“Err..tak. maksud I..Bye. ya. Bye bye” balas aku. Ish, entah apa-apa aku ni. Macam mana boleh aku pergi tanya dia nak pergi mana. Kan bagus tu dia dah nak pergi. Ha..pergi lah. Aku dah malu sebenarnya ni.

To be continued….

Wednesday, August 20, 2008

love [?] 4


Mata yang begitu sejuk memandang kosong kearah air pancut ditengah kolam suci dihadapannya. Kuasa ramalan yang dimiliki Vperak tidak pernah diragui malah tidak pernah salah..itu merupakan kebolehan istimewa keturunan perak yang memang diketahui..tetapi apa yang didengarnya sebentar tadi memang tidak dijangkanya malah perkara ini sudah lama disimpan kerana Ratu Melati tidak membenarkan perkara ini dibangkitkan. Hatta wirata sekalipun tidak pernah memberitahunya. Ini membuatkan Kelana berasa sedikit kecil hati. Apakah dia tidak punya kepentingan..

Chempaka yang memang terkenal dengan ketamakan dan keinginannya menakluki dunia memang sudah lama menginginkan Cahaya Embun dimana sesiapa sahaja yang memilikinya dikatakan akan menjadi lebih berkuasa. Menurut ramalan, cahaya embun berada pada timur Gunung Ais dan terlindung dari aliran enshorta iaitu aliran udara yang tidak menentu. Memang jelas sekiranya menurut ramalan tersebut yang tempatnya adalah di tengah-tengah istana ini..Menurut Vperak, tempat itu adalah Kolam suci di Wiexora. Sudah beratus tahun cahaya embun dilindung oleh Negaranya..dan itu memang diketahui Kelana sejak dari dahulu lagi namun apa yang menjadi tandatanya sebelum ini adalah pemegang kunci pada cahaya embun. Menurut khabar yang pernah didengarnya dahulu katanya kunci itu berada disebuah negara yang kecil dan jauh dari sini. Tetapi kini..

Kelana mengecilkan matanya, tubuhnya yang sedari tadi kaku bersandar pada pohon yang berada tidak jauh dari kolam suci bergerak sedikit. Tangannya diangkat menghala kearah kolam..

“ Pergi mampuslah!” satu cahaya biru muncul ditelapak tangannya ditujukan kearah kolam. Air kolam berkocak besar seketika sebelum kembali pada asal. Kelana menghelakan nafas berat..Bilakah semua ini akan berakhir. Matanya di pejam rapat..sebolehnya ingin menghilangkan semua tekanan.

“ Kelana fikirkan dhelima ya?” Dhelima yang dari tadi memerhati kelakuan Kelana menghampirinya sebelum turut bersandar di sebelah kelana. Reaksi pada wajah kelana langsung tidak berubah..mungkin dia sudah dapat merasakan kehadiran dhelima.

“ Merepek! bukan ke aku dah pesan,jangan asyik ekori aku” ujar Kelana..matanya masih dipejamkan.

“ Dhelima tak akan mati sebelum waktu..dhelima tak akan tinggalkan Kelana” ujar dhelima. Nadanya berbeza dari sebentar tadi namun dia tetap tersenyum.

“ Apa yang kau merepek ? sudahlah. Aku tak ada masa melayan kau” Kelana agak terkejut dengan kata-kata dhelima. Dia memandang kearah dhelima yang masih tersengih sebelum berdiri. Takkan dhelima dah tahu..

“ Dhelima tak pernah menyesal dengan semua ni..malah dhelima rasa bangga kerana diberi kepercayaan sebagai kunci pada cahaya embun” tenang dhelima menuturnya walaupun tiada senyuman terukir dibibirnya seperti selalu.
Niat kelana untuk terus beredar mati disitu.Tidak disangka langsung dhelima sendiri turut mengetahui tentang hal itu.. bermakna hanya dia seorang sahaja yang tidak tahu selama ini. Dia diberitahu pun apabila tentera chempaka ingin bermusuh dengan negaranya kerana mendapat tahu lokasi kunci serta cahaya embun. Kalau tidak mungkin sampai sekarang dia masih tidak diberitahu..

“ Dhelima yakin dengan adanya cahaya embun, kita dapat tewaskan chempaka” tambah dhelima bila Kelana masih bisu memandang kearahnya.

“ Urusan negara ni tiada kaitan dengan kau. Orang luar tak berhak campur!” Tegas Kelana. Dia kemudian mula mengorak langkahnya untuk meninggalkan tempat itu..

“ Waa..kelana takut dhelima tinggalkan kelana ye? Dhelima tahu, kelana sayangkan dhelima. Comelnya!” Dhelima berlari mendapatkan Kelana yang sudah beberapa langkah meninggalkannya.Lengan kelana dipaut erat, kepalanya sengaja disandarkan pada bahu kelana seketika.

“ Untuk kelana” dhelima menyemat origami berbentuk beruang ke poket di dada Kelana tanpa menghiraukan wajah serius kelana kemudian dia melepaskan pautannya sebelum terus berlalu dari situ.

“ Gila”

love [?] 3



Lapan tahun kemudian..

Entah kenapa kerusi yang sedang di duduknya terasa begitu tidak selesa. Semalaman Kelana tidak dapat melelapkan mata bila mendapat tahu Tentera Chempaka kini benar-benar tekad ingin mengistiharkan musuh. Kini..satu lagi perkara membuatkan fikirannya sesak. Bilik bacaannya yang hanya tinggal dia, Wirata dan Vperak sunyi dan tegang selepas Vperak selesai memberi penerangan. Bunyi kerusi yang digerak Kelana memecah sunyi. Wirata dan Vperak masih tertunduk menanti kata-kata seterusnya dari Kelana. Kelana yang sudah berdiri mencapai pedangnya yang sedari tadi berada ditepi meja lalu disisip kemas kepinggang. Jarinya menguis rambut depannya sekali..sudah menjadi kebiasaannya barangkali.

“ Dia hanya orang luar. Dia tak berhak ikut campur urusan negara ni. Ini keputusan Beta, dan ia muktamad!” ujar Kelana membuatkan Vperak tersentak. Riak wajah Wirata turut berubah namun hanya seketika sebelum dia kembali mengukirkan senyuman nipis.

“ Tapi Yang Tertinggi, Puteri Dhelima..” Kata-kata Vperak mati disitu bila Kelana sudahpun melangkah keluar dari bilik bacaan. Inilah Kelana yang dikenali sejak kecil, keras kepala dan susah berundur bila sudah membuat sesuatu keputusan namun tidak pernah menghampakan semua. Tetapi keputusan Kelana kali ini benar-benar membuatkan Vperak bimbang. Segalanya bukan setakat membabitkan keselamatan negara..malah bumi sendiri. Vperak masih lagi kaku didalam bilik bacaan.

*******

“ Kau berdua tolong biarkan beta sendiri” tanpa berpaling Kelana menutur perlahan namun cukup tegas sebaik sahaja keluar dari bilik bacaan. Wirata yang baru memulakan langkah untuk mengekori Kelana segera mematikan langkahnya kemudian berpaling kebelakang. Dhelima sekadar tersengih bila menyedari langkahnya dikesan Kelana dan wirata. Kelana meneruskan langkahnya..destinasi yang terlintas di fikirannya hanya satu iaitu Wiexora.

“ Selalu macam tu.. ingat macho sangat la dia buat macam tu..kan wi~wi?” ujar dhelima dalam nada sedikit berbisik pada wirata sebaik sahaja Kelana hilang dari pandangan. Wirata tersenyum mendengar soalan dhelima sambil tangannya pantas mengosok-gosok kepala Dhelima.Serabut jadinya rambut dhelima yang masih pendek seperti dahulu.

“ Ish, habislah rambut dhelima!” Dia menjarakkan dirinya dari wirata bagi mengelakkan terus diperlakukan sebegitu. Wajahnya sengaja dikelatkan.

“ Nanti bila Dhelima rasmi jadi permaisuri siaplah wi~wi!”

“ Sekali lagi puteri panggil wirata macam tu, siaplah” ujar wirata sebelum berlalu tanpa menghiraukan ugutan dhelima.

love [?] 2

Kelana melangkah keluar dari perpustakaan diraja setelah tamat sesi pembelajarannya bersama V Perak, jauhari diraja.. masih banyak lagi perkara yang perlu dikuasai.Dia terus berjalan menuju ke wiexora, taman suci yang berada di tengah- tengah istana. Penerangan yang diberikan oleh wirata pagi tadi masih bermain-main di mindanya.

Dhelima. Dalam perjalanan yang lepas, Ratu Melati singgah di sebuah kepulauan kecil yang dikatakan telah diserang oleh tentera chempaka yang memang menyimpan dendam terhadap kepulauan tersebut. Niat Ratu ingin membantu tidak kesampaian kerana semuanya telah musnah sebaik sahaja Ratu tiba di sana. Istana besar Raja Dhopelis turut musnah, namun dhelima bernasib baik bila Ratu Melati menyedari dia sedang bersembunyi disebalik timbunan runtuhan istana.
‘ Puteri Dhelima..satu-satunya yang terselamat dari serangan tentera chempaka..macam tidak percaya..pastinya ada sesuatu tentang dirinya..dan yang paling tak disangka..dia adalah perempuan..’ Detik hati Kelana. Langkahnya dihentikan tiba-tiba.

“ Boleh tak kalau berhenti dari mengekori aku!” Kelana memejamkan matanya seketika sambil menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan. Kakinya meneruskan langkah semula dengan harapan tidak diekori lagi. Namun tanggapannya meleset...

“ Stop bugging me!” ujar Kelana lantas berpaling ke belakang. Matanya tajam memandang kearah pohon sakura yang sederhana tinggi. Kelana sedari tadi sudah menyedari dhelima yang asyik mengekorinya kesana kemari.

“ Peace!” Dhelima yang bersembunyi disebalik pohon sakura menampakkan wajahnya sambil menayangkan dua jarinya. Bibir mengorak senyuman manis menampakkan baris gigi yang tersusun elok. Setelah melihat kelana yang tidak memberi sebarang reaksi, Dhelima mula melangkah menghampiri Kelana.

“ Pergi.” Ujar kelana sepatah sebelum berpaling darinya. Apa yang budak ini fikirkan, kenapa dia masih mampu tersenyum.. Kenapa dia masih boleh sebegini gembira setelah apa yang dia tempuhi. Kelana sungguh tidak dapat memahaminya..siapa sebenarnya kau puteri dhelima.

“ Marilah main dengan Dhelima” ujar dhelima yang kini cuma selangkah dibelakangnya.

“ Aku tak ada masa untuk semua tu..banyak lagi perkara penting yang dapat aku selesaikan dari buang masa bersama kau” ujar kelana tanpa berpaling pada dhelima.

“ Urmm..biar dhelima ajar kelana buat origami..marilah” Dhelima melangkah setapak kehadapan, tangan kelana diraihnya sambil menayangkan wajahnya yang masih tidak lekang dengan senyuman.

“ Boleh tak kau hilang dari pandangan aku sekarang?” Kelana merentap tangannya lantas memulakan langkah meninggalkan dhelima.

“ Tapi..bonda kata nanti Dhelima akan jadi permaisuri Kelana!” ujar Dhelima mematikan langkah Kelana yang ingin segera jauh darinya.

‘ Bodoh ! siapa yang nak kahwin dengan kau’ detik hati kelana sebelum meneruskan langkahnya.

Tuesday, August 19, 2008

love [?] 1


cerita dongeng semata..
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena samaada yang hidup atau yang telah meninggal dunia..


Pagi ini sama sahaja seperti hari-hari yang lain..Kelana melemparkan pandangannya melalui jendela. Rambutnya yang berwarna kuning keemasan dibiarkan sahaja ditiup angin. Tidak sedikit menjejaskan walaupun hampir menutup matanya. Pandangannya menyorot pada tiga orang kanak-kanak yang sedang leka bermain di bawah..sekali-sekala mereka di marahi ibu mereka yang sedang sibuk menjemur tepung. Sudah pastinya itu adalah dari keluarga merah yang telah menumpahkan janji setia kepada nenek moyang kelana sebagai ketua dapur.
‘ Huh! Budak-budak. Memang tidak pernah serius’ detik hati Kelana. Matanya dipejam rapat.

“ Yang Tertinggi Kelana, sarapan sudah sedia” ujar wirata mematikan khayalan kelana. Wirata merupakan orang kanan Kelana semenjak dia ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya yang mangkat dua tahun lepas. Dua tahun lepas, Kelana yang baru berumur lapan tahun menganggap disitulah berakhirnya zaman kanak-kanaknya. Untuk memikul tanggungjawab sebesar ini, dia tidak perlu ragu untuk berkorban lebih dari itu. Dia perlu lebih serius untuk meningkatkan kuasanya bagi melindungi negara dan rakyat.

Sarung tangan putih yang semenjak tadi dipegangnya disarungkan ke tangan. Pedang diraja yang tersemat dipinggangnya dikemaskan. Anak mata yang berwarna hijau kelihatan bercahaya memandang kearah wirata yang setia menantinya. Wirata sekadar mengangguk sambil tersenyum. Di dalam hatinya, dia amat mengagumi Kelana.

Kelana melangkah kemas sambil diiringi wirata menuju ke Carosa iaitu ruang santapan diraja. Tiba sahaja di pintu Carosa..dua orang pengawal sedia untuk bukakan pintu. Riak wajah kelana berubah sebaik sahaja pintu dibuka. Satu susuk tubuh yang berada dihadapannya kini benar- benar tidak disangkanya. Ratu Melati yang cukup cantik dengan rambutnya yang berwarna merah jambu panjang mengurai separas pinggang serta pakaiannya yang bertatahkan intan tersenyum manis.Dahi kelana dikerutkan, setapak diundurnya ke belakang..seperti tidak dapat menerima dengan apa yang dilihatnya.

“ Wah! My little bunny..rindunya bonda!” Ratu melati berlari kearah kelana yang kelihatan seperti ingin berlalu dari situ. Satu pelukan erat diberikan pada kelana membuatkan dia lemas. Kelana menjeling kearah wirata yang hanya memerhati sambil tersenyum dari tadi.

“ bonda..!” jerit kelana bila bondanya tidak berhenti memeluk dan menciumnya. Rimas rasanya bila diperlakukan sebegitu.

“ Comelnya..mari bonda kenalkan dengan seseorang” ujar Ratu tanpa menghiraukan Kelana yang wajahnya merona merah akibat menahan marah dan malu diperlakukan begitu.Ratu melati mencubit pipi anak kesayangannya itu. Pelukan direnggangkan kemudian memaut bahu Kelana sebelum menariknya masuk ke dalam carosa.


“ Maaf Yang tertinggi..patik terlupa untuk beritahu tentang kepulangan ratu” ujar wirata masih tersenyum sebaik sahaja Kelana mengambil tempat di meja.

Sudah menjadi kebiasaan bagi ratu melati untuk ke luar dari istana kerana sebahagian daripadanya merupakan diantara tugas seorang ratu..tetapi pada hakikatnya sudah menjadi keghairahan baginya untuk melancong dan belayar.

Meja yang sepanjang empat meter itu memisahkan tempatnya dan Ratu membuatkan Kelana berasa sedikit lega. Biasanya dia hanya bersarapan sendiri disitu kerana bondanya jarang sekali berada di istana..tetapi hari ini lain pula bila terdapat orang lain bersama mereka. Kelana memandang sekilas seorang budak yang berada hampir dengan bondanya. Rambutnya berwarna putih tetapi mempunyai jalur biru ditepi, dari segi pemakaian..memang sah budak itu adalah lelaki.

“ Pochi pochi..kenalkan, ini Dhelima” Ratu melati memandang ke arah Kelana sebelum berpaling kearah Dhelima .

“ Stop calling me that!” Kelana menahan sabarnya. Rimas rasanya bila diperlakukan seperti budak-budak tambah pula dihadapan orang.

“ Baiklah..my panda” ujar ratu sambil tersenyum menambahkan rasa sakit hati kelana. Pisau dan garfu yang berada ditangannya diletak sebelum menganjakkan kerusi yang diduduknya. Kelana lantas berdiri tanpa memandang kearah bondanya. Namun, baru selangkah sahaja dimulakan, langkahnya mati disitu. Matanya terpana kearah pemaidani yang sedikit terbakar akibat suatu cahaya merah yang hampir terkena padanya. Kelana menghelakan keluhan berat. Tangannya menguis rambut yang terusik dek angin yang tempias dari kuasa cahaya itu. Dia menjeling kearah Ratu Melati yang masih sedia tersenyum. ‘ Orang tua ni nak bunuh anak sendiri ke’ detik hati Kelana mengenangkan sikap bondanya yang tidak pernah berubah dari dulu.

“ Mari sini sayang.. bonda kenalkan dengan bakal tunang kelana” Ratu Melati menarik kelana menghampiri Dhelima yang sudah berdiri tidak jauh dari mereka.

‘ Tunang! Apa semua ni..tidakkah semua ni terlalu awal..d..dan.. bukankah budak tu lelaki!’ Detik hati Kelana..dia berundur setapak,peluh sejuk didahi mulai terasa mengalir ke pipi.
........