3rd Bite: KUALITATIF BERTENTANGAN MICROFOAM ADALAH MACROFOAM
‘Lima setengah tapi nampak macam pukul tujuh setengah’
Aku menolak pintu kayu yang agak berat itu dan melangkah masuk ke SV cake house. Boleh tahan lebat juga hujan petang ni. Payung yang aku guna dari keluar pintu kereta sampai kesini tadi aku kemaskan dan masukkan kedalam bakul khas dibahagian kiri pintu masuk. Sejuk macam ni.. layan kopi pun best juga ni. Aku berjalan terus kearah rak buku dan mencapai senaskah majalah Home Living. Sempat aku mengerling kearah tempat pertapaan kesayangan aku tu. Tiada sebarang susuk misteri seperti hari hari yang lepas.. tapi jelas nampak barang- barang dia penuh dekat atas meja tu. Melepas lagi peluang aku nak bermaharajalela dekat situ. Haish..kenapalah nasib aku semenjak dua ni agak malang. Setiap kali aku datang, setiap kali itu jugalah dia kena ada. Shikin…Shikin.. apalah nasib kamu.
“Kanda Melati.. a cup of latte please” Arahku sebaik mengambil tempat tidak jauh dari tempat Melati sedang berdiri.
“Baiklah dinda” Balas Melati lalu mencapai cawan kosong yang tersusun cantik di sebelah dalam bar kemudian menuju kearah mesin kopi.
Ish, sejuk la pula.. aku menggosok gosok lengan baju aku yang sedikit basah akibat tempias hujan di luar tadi. Sekali lagi aku mengerling kearah tempat pertapaan aku.. masih seperti tadi. Mana pulalah pergi mamat tu agaknya kan. Tapi.. apa kena mengena dengan aku? Suka hati dia la nak pergi mana pun. Haish. Segera aku menumpukan perhatian aku pada helaian majalah yang sejak awal tadi aku selak tanpa membaca satu patah perkataan pun.
“There you go..” Suara melati dan juga haruman dari cawan yang dileretkan di hadapan aku mengalih perhatian aku dari majalah serta merta.
“Thanks Mel.. tapi kan macam mana boleh jadi lukisan macam ni ya” Ujarku sambil memerhati corak pada permukaan latte.
“Kombinasi krima dan microfoam or wet foam.. Alah, kalau I cerita pun bukan you nak ambil tahu kan.. you pro bab menelan je.. bertahun dah jadi penginap tetap SV, hari ni pula baru terbuka hati nak tanya..” Balas Melati buatkan aku mengatur barisan gigi, tersengih tanpa rasa bersalah.
“Ye jugak kan. Hurm,.. fern leave..susah- susah lukis. One single sip, then hilang corak dia” Aku mengangkat cawan dan mendekatkannya dengan bibir. Panas dan harum.. waa.. selesa betul dapat minum kopi waktu sejuk macam ni. Yargh.. dunia ni ana yang punya!
“It’s an art la mak cik..You should be proud, you just sip the art.. eh, you duduklah, I kena keluar sekejap ni” Ujar si Melati.
“Iya lah cik barista.. takpe, I pun tak lama dekat sini”
Aku kembali menumpukan perhatian pada helaian majalah yang sedia terbuka. Haish.. bila pula la kan hasil kerja aku nak masuk majalah ni? Hurm..tak pe.. tengoklah nanti, ini Nurul Ashikin tau. Huh.
‘Takk’
Bola mata aku spontan bergerak beberapa darjah ke kanan sebaik sahaja telinga aku menangkap bunyi mangkuk diletak disebelah aku. Aku memerhati seketika mangkuk putih berisi dessert penuh dengan buah beri itu seketika sebelum berpaling melihat gerangan yang menghulur mangkuk tu pada aku. Bila pula lah aku pesan benda ni.
“Err.. you.. A nas. Ni., rasanya bukan I punya kan” Luah aku, tidak menjangka dia yang berdiri di situ. Fuh, memang berhantu mamat ni. Tiba- tiba muncul.
“Gratin de Fruit Rouge. Its on the house.. warm and nice, bon appetite..” Ujarnya sebelum terus berpaling dan melangkah kearah pintu depan SV.
“Hah?” Aku tercengang seketika. Apa penyakit pula la si seram tu. Dia belanja aku benda ni ? Ish, teruk dah aku rasa penyakit mamat ni. Sudahlah terus pergi macam tu je lepas habis cakap. Aku memandang semula ke arah mangkuk tadi, yargh.. Nampak macam sedap.. puding ke ni? Aaa.. Bukan kot. Apa entah nama benda ni, rasanya budak tadi ada sebut.. tak pernah tahu pula dekat SV ada menu ni, rasanya semua hidangan yang ada dalam menu tu sudah sedia didaftar masuk dalam kepala aku ni. Err.. ah, lantaklah, kata orang kan.. rezeki jangan ditolak.. Aku mencapai sudu dan tanpa rasa segan silunya menikmati rasa manisan yang namanya ada bunyi ala perancis tu.
***
Bilik kerja aku yang seluas empat belas kaki kali dua belas kaki itu tiba- tiba terasa sebesar tandas awam yang dipangkah Marjina dalam Ali Baba bujang lapok. Setiap inchi ruang yang ada sudahpun dipenuhi aksara aksara yang terluah dari mulut si Hanif. Haish.. mamat ni tak penat ke? Aku bersandar tenang pada kerusi, sesekali memandang kearah Hanif dan selebihnya menghadap si Shiro, laptop aku yang sedia terbuka. Cakaplah Hanif, selagi kau masih bersuara.
“Banyak kali I call.. tapi satu pun you tak angkat, haih.. I pun tak faham la apa yang you fikir.. apa guna kan, ada phone mahal- mahal.. tapi orang call, tak boleh angkat ” Ujar Hanif sambil tidak berhenti berjalan kehulu hilir di dalam pejabat aku. Setiap pelusuk pejabat aku ni dijelajahnya. Setiap barang disitu hendak dibeleknya. Tahu la kan..pejabat aku ni tak sehebat pejabat dia.
“Phone I hilang..” balasku ringkas. Bukan aku tipu.. memang hilang betul pun. Entah la, aku sendiri lupa aku letak dekat mana phone tu.
“Hilang? Careless la you ni, macam mana pula boleh hilang ni? So, dah beli baru belum? Kalau belum.. nanti I gantikan yang baru ya, tak pun you boleh pakai phone I dulu”
“Eh, takpe. Tak payah susah- susah. I ada duit I sendiri” Pantas aku memotong kata katanya.
“Apa pula yang susahnya.. I ada phone lain..dah, ambil ni..jangan nak bagi banyak alasan sangat. Okay lah, I pun dah lewat ni.. weekend ni, I ambil you pukul lapan setengah, dah lama kita tak dinner sekali..” Balas Hanif sambil meletak telefonnya diatas meja aku sebelum terus berlalu.
“Pukul lapan setengah? Dinner? Hey, kita bukan dah break up ke?” Aku menggaru kepala aku yang sedikitpun tidak gatal. Sindrom apa lah agaknya mamat ni. Kenapalah banyak sangat orang pelik yang wujud dalam hidup aku ni. Aku menatap telefon android berwarna putih diatas meja. Haish.. masalah.. masalah.. hai la masalah.
***
Sudah hampir seminggu macam ni, setiap hari aku menyergah SV cake house ni, dia masih ada di situ, tetap menghantui tempat aku tu. Kenapalah tak ada sekalipun aku dapat mendahului dia. Aku sendiri pun tak faham..Gila, berhantu betul mamat ni. Nak kata dia gila makan macam aku pun tidak. Biasanya aku lihat dimeja cuma ada segelas air kosong. Selebihnya, kerja dia menghadap Macbook dia sahaja.
Aku menarik gelas berisi penuh Krezyberry Milk. Gabungan susu dengan cranberry, blueberry dan juga strawberry. Antara favourite aku, kadang-kadang, buah-buah tu yang aku hentam dulu.Berry.. hurm, teringat pula dessert yg mamat tu kasi haritu. Apa entah namanya.. tapi sedap..
Mata aku masih menghala ke sudut terpencil itu. Aku pun tak tahu kenapa aku seperti tertarik sangat untuk mengambil tahu tentang mamat tu. Mungkin sebab dia pelik kot, maklumlah.. aku ni dah terbiasa dengan benda benda pelik yang sering muncul sekitar aku atau mungkin sebab dia boleh tahan comel juga. Haish..kalau dia comel pun, apa kena mengena dengan aku kan. Hee.. Shikin, jangan dok gatal sangat.
“Hey! Berangan?..ish..ish..Anyway, guess what? I dah beli new Morganville Vampire series and dah habis baca pun..pergi la cari dekat rak tu?” Sergah Melati membuatkan aku sedikit terkejut. Mata aku bulat memandang kearah Melati.
“Err..You cakap apa?” Soalku masih terkulat-kulat. Kurang Fokus. Ini tak lain mesti kesan sampingan semalam, satu jam sahaja aku sempat tidur..tapi nak buat macam mana, dah nama pun kerja. Siapkan sahaja lah, tak disiapkan.. tak dapatlah lengkapkan resepi aku yg kedua tu kan. ‘my pinky purse’ kalau kosong, macam mana aku nak isi perut aku yang demanding nih.
“Nothing la. Bazir air liur betul cakap dengan you” Jawab Melati. Tangannya masih tangkas mengelap cawan.
“Mel, sini kejap. Cuba you tengok mamat freak tu, seram kan?” Aku spontan menarik tengkuk Melati yang berada di sebelah dalam bar supaya memandang ke arah Anas. Terkinja-kinja dibuatnya si Melati yang kecil molek itu.
“Mana?” Soal Melati dengan bola mata yang rancak meliar mencari apa yang aku maksudkan. Aku memegang kepalanya supaya dia tepat memandang ke arah sudut itu.
“Mamat tu? A’ah.. seram..tapi kenapa dengan dia?” Soal Melati sambil membetulkan kembali ikatan rambutnya yang dirosakkan aku sebentar tadi. Aku tersenyum melihat Melati. Teruk betul ni. Kesian pula si Melati ni, tapi nak buat macam mana..spontan tadi.
“Tak ada apa..saja tunjuk dekat you.. Ingat I seorang je yang fikir dia tu menyeramkan” Balas aku. Masih tersenyum. Melati sekadar mengangguk. Aku mengemaskan selendang rona biru hitam yang melekap di kepala aku sebelum kembali menarik gelas krezyberry. Piring kek aku sudahpun kosong..menanti isi semula.
“Sekarang ni you dah tak layan kek I kan? Asyik order yang sama je..” Ujar Melati dengan muka yang sengaja dimasamkan.
“Eh, this cake? Bukan you buat?” Soalku. Selama aku duk belasah kek ni, mati-mati aku ingat ni resepi Melati. Iyalah..macam selalu.
“Tak lah, bukan I.. but him” Aku menurut hala telunjuk yang dituju Melati. Hah? Dia tu? Iya lah sangat.. Macam tak percaya pun ada. Si Anas tu? Dia yang buat? Mayat hidup tu buat kek ni? Tak ada gaya pun. Melati ni, nak menipu aku pun..agak-agak la..
“Si Seram tu? Dia. Kerja sini? You tak pernah cerita pun” Ujarku masih agak tidak percaya.
“Alah..selama ni pun you tak pernah ambil tahu pasal pekerja SV kan..ni nak top up ke?” Ujar Melati yang sudah menarik piring kosong di depanku.
“Okay lah Mel. Demi you..kasi I mini carrot cuppy. No more Choc Orchidée ek. Tapi untuk hari ni je la..esok aku order yang ni balik..” Balasku sambil tersengih. Ada betul juga cakap Melati tu, selama ni mana ada aku pernah ambil tahu hal-hal pekerja dekat sini kan. Patut lah, mamat tu slumber duduk dekat situ. Tapi kan..musykil juga, setiap kali aku datang..Dia macam relaks je. Tidaklah sesibuk orang lain. Yang si bos pun macam tak kisah je. Wah.. aku nak kerja dengan kaulah Melati. Macam best je dapat bos macam kau.
Sharing2
Simple way making berry geratin. 'Gratin de Fruit Rouge'Yummy and Easy:
Yang ni boleh makan empat orang o lebih skit.
-300 g Morello cherries.
-300 g Raspberi
(dua beri kat atas ni boleh tuka beri laen, tp balance kan masam n manis)
-70 g Gula
-2 kuning telur
-5 sudu besar krim masam
-40 g Gula perang
-1/2 sudu kecil esen vanilla
Care carenye :
1- Evenly susun berries tadi dalam bekas yg sesuai ; pre-heat oven on
grill.
2- In a salad bowl, pukul kuning telur dengan gula sekuat hati.. hahah. x de lah, just do it sharply the mixture becomes clearer and frothy. Tambah krim masam tadi dan kacau sebati..
3- Tuangkan mixture tadi dalam bekas yang kita susun beri tadi, then tabor gula perang on top.
4- Put under the grill until it gets brown (reckon 10 minutes).
5- Serve right away.
Bon Appetite!
waaaaa.
ReplyDeleteterliur arr cmni.
kan..kan..sgt mengeliurkn..kan...hihihi
ReplyDeleteoke..thank u for the entry...^^
dan ntuk next entry, pos laju2 ek...^^
adehhh.. wat sy kempunan je oren! wuuu
ReplyDeletebest3... resepi pun best... buat kecur jer....
ReplyDeleteHaha kan.. nampak yummylicious bukan.
ReplyDeleteok.. nnt oren tekan minyak lebih sket, pos next entri laju sket ye.
*thanks reading..
wah,bleh try...terjupa blog nie n mase nie bru abih tgk citer katon masak2..hahaha..masyuk ler~
ReplyDeletehahah. sila2. mudah je ni. ;) thanks reading
ReplyDelete