~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Wednesday, January 27, 2010

la mia bella Luna Adona 5





“Boleh tolong ketepi sikit tak..? saya nak masuk” Ujar Aedy bila Luna dan Aliya masih tidak bergerak dari hadapan pintu butiknya itu.

“Maaf” Ujar Luna pantas menarik lengan Aliya supaya berganjak dari situ. Aedy terus menolak pintu dan membolos masuk ke butik tanpa langsung menghiraukan mereka apalagi nak berterima kasih. Aliya masih dengan riak yang sama. Luna sendiri tidak faham kenapa Aliya terlalu terkejut bila melihat Aedy.

“Sopannya.. lembut sahaja di cakap kan? Padanlah suara dia sedap..” ujar Aliya perlahan sambil tersenyum sendiri. wajah Luna berkerut. Macam tu boleh dikira sopan ke?

“Kak.. Kak Liya okay ke ni?” Soal Luna sambil menggoncang bahu Aliya yang gayanya seperti dipukau.

“Ha? Okay je. Tunggu apa lagi ni? jom la kita masuk” ujar Aliya serius.

“Masuk?” Luna mula musykil dengan tingkah Aliya.

“Ye lah.. kata nak kerja dekat sini kan..” Aliya pantas melangkah masuk ke butik itu. Luna mengekor Aliya, senyuman terukir dibibirnya bila mengenangkan kehendaknya dituruti Aliya.

Suasana di dalam kedai tersebut agak gelap dengan lampu-lampu yang agak malap. Namun perhiasannya serba moden dengan susunan cukup menarik perhatian. Sesuai dengan pakaian disitu yang kebanyakannya adalah untuk lelaki muda dan urban. Luna menghala langkah kearah kaunter berbentuk bulatan yang terletak di tengah butik itu. Terdapat dua orang lelaki didalam kaunter itu dimana salah seorang daripadanya kelihatan sedang berbicara sesuatu dengan Aedy.

“Boleh saya Bantu?” Soal Lee yang pada awal tadi sibuk menulis sesuatu.

“Aa..ya, saya nak minta kerja dekat sini.boleh kan?” Balas Luna.

“Kerja.. aa..” Lee seperti teragak-agak untuk berkata sesuatu. Telefonnya yang tiba-tiba berbunyi, mengalih perhatiannya.

“Aedy, tolong kejap ni..aku kena answer call ni lah” Lee mencuit Aedy yang sedang bercakap dengan salah seorang pekerja disitu sambil menunjuk kearah Luna yang setia menanti. Semakin lebar senyuman Aliya sebaik mendengar apa yang dikata oleh Lee. Aedy mengangguk.

“Ya, ada apa yang boleh saya tolong?” Soal Aedy. Formal dan berbeza. Kelihatan tidak sedingin biasa. Bila masuk soal kerja dan perniagaan, apalagi dengan pelanggan.. Aedy cukup professional.

“Saya nak tanya pasal kerja kosong, macam yang tulis dekat depan tu” Ujar Luna. Aliya mengangguk tanpa sebab.

“Ouh. Hmm..ada SPM?” Soal Aedy serius. Riaknya turut berubah sebaik mengetahui niat Luna.

Luna terdiam. Dia berfikir-fikir untuk menjawab soalan Aedy itu.

“Ada” sampuk Aliya tiba-tiba. Aedy memandang sekilas pada Aliya disebelah yang kelihatan beria.

“PMR?” sekali lagi Aedy bertanya bila Luna tidak menjawab soalannya awal tadi.

“Mestilah..” Sampuk Aliya sekali lagi. Sebaliknya Luna hanya menggeleng. Aedy mula cuak.

“SPM tak ada..PMR pun tak ada..habis apa awak boleh buat kalau setakat ada UPSR sahaja?” Soal Aedy.

“Aa..aa..tapi saya tahu banyak tentang ekonomi dan perakaunan..plus saya boleh berbahasa dengan lancar dalam empat bahasa.. erk, okay tak kalau macam tu?” Ujar Luna serius. Aedy tersenyum sinis. Masakan SPM pun tak ada boleh tahu semua itu. Berangan boleh la. Aedy sekali lagi berpaling kearah Aliya yang merenungnya dari tadi. Entah kenapa dia rasa begitu terganggu dengan tingkah Aliya.

“Menulis..membaca boleh? Aa.. tak kisah la, nama apa ni?” Soal Aedy. Sementara itu, kelihatan Lee sedang menghampiri mereka sebelum berdiri disebelah Aedy.

“Boleh..anyway, nama saya Luna” Jawab Luna.

“Eh, sangat kebetulan..nama butik ni Luna Adona”Ujar Lee sambil tersengih ke arah Aedy. Riak Aedy yang seperti tidak berperasaan, langsung mematikan senyuman Lee.

“Luna Adona? Eh, tu kan nama yang nonna selalu panggil Luna kan?” Soal Aliya teruja.
Luna tersenyum manis sekaligus mengiakan soalan Aliya..

“Nama penuh saya Luna binti Abd Rahman..” Tambah Luna pula

“Tak kisahlah Ina, esok masuk kerja” Ujar Aedy sebelum berpaling ke arah bertentangan.

“Nama dia Luna lah” ujar Lee.

“Penting ke?” Balas Aedy bersahaja sebelum terus berlalu.

***

Terik matahari yang memancar benar-benar menguji kesabaran Izzat. Boleh dirasakan yang seluruh tubuhnya kini basah dek peluh. Dengan fikiran dan emosi yang tidak begitu stabil buat masa ini, sesekali buatkan dia seperti mahu sahaja putus asa.. tapi bila difikirkan tentang adik-adik dan ayahnya, dia yakin keputusannya adalah betul.

Motor lagenda pemberian ayahnya setelah setahun dia masuk ke universti dahulu ditonggkat sebaik sahaja ditolak masuk ke petak yang disediakan khas di dalam kawasan Hospital Ampang Puteri. Dengan nafas yang sedikit tersekat, Izzat melabuhkan duduk di atas bebendul jalan, betul-betul disebelah motornya. Wajahnya tertunduk, mencari sedikit kekuatan. Perbualannya dengan Profesor Rashid pagi tadi masih terngiang-ngiang.

“Kamu pasti dengan keputusan kamu tu?” Profesor Rashid memandang tepat ke arah Izzat yang duduk dihadapannya.

“Ya, Prof. saya pun baru balik dari pentadbiran ni” Balas Izzat beserta senyuman walaupun terasa begitu berat.

“Kalau kamu tangguh, kamu dah tertinggal berbanding kawan-kawan kamu..lagipun, ini kan tahun akhir kamu..”Profesor Rashid masih cuba untuk mengubah pendirian Izzat.

“Tak apalah Prof.. lewat pun tak apa, sebab saya ada benda yang lebih penting daripada ni” Ujar Izzat lancar.

“Kamu dah cakap macam tu..apa lagi yang boleh saya cakap kan? Apa-apa pun, saya tetap akan kehilangan seorang pembantu yang rajin macam kamu ni” Ujar Profesor Rashid. Izzat sekadar tersenyum

Peluh di dahi disekanya sebelum bangkit berdiri. Penat betul hari ni, sudahlah dari kampus tadi dia terpaksa bergegas untuk mengambil Luna dan Aliya. Hampir dua jam dia menunggu di sana sebelum dapat tahu yang mereka sudahpun keluar sendiri. Dalam perjalanan ke hospital pula, tidak semena motornya mati ditengah jalan. Dugaan betul..

Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke hospital.

***

Dari malam ke pagi sehingga malam kunjung semula. Entah kenapa Aedy merasakan tiada yang istimewa dalam hidupnya setelah apa yang dikecapinya sekarang. Dia cuba memejamkan mata bagi merehatkan diri sementara Lee memandu disebelah. Jam sudah pun dua pagi dan mereka baru sahaja pulang dari jemputan persembahan bagi minggu setiausaha.

“Kau serius ambil budak yang siang tadi tu?” Soal Lee memecah kesunyian.

“Budak? Ouh.. aini, dekat butik tadi? Ya lah. Kenapa?” Soal Aedy pula.

“Luna lah nama dia.. tak ada lah, kan sepatutnya semua sales assistant kita lelaki..takkan pula nak letak dia jadi manager?” Ujar Lee sementara tangannya menukar gear pada neutral sebaik sahaja berhenti di lampu isyarat.

“Siapa kata? Alah..kedua-duanya pun bukan.. nanti kau cakap dekat budak- budak butik..bagi sahaja apa-apa kerja dekat dia..tak kisah la mencuci ke.. membersih ke. Faham..” Balas Aedy bersahaja.

No comments:

Post a Comment