23rd BITE: WHEN LIFE THROWS YOU LEMONS, CATCH IT & THROW IT BACK!
Satu sahaja dalam fikiran aku sekarang, mungkin kalau aku memprovokasi daddy begini.. daddy akan beralah dengan aku. Mana lah tahu kan.. tidak rugi pun aku cuba. Ya.. aku tahu.. aku tak boleh bergantung pada idea macam ni sepenuhnya. Kerja itu kerja dan peribadi itu peribadi. Tapi.. apa salahnya kan, bukan selalu aku dapat tengok reaksi daddy macam ni. Bertuah kan daddy dapat anak macam aku ni.
“Budak ni?” Soal daddy separuh percaya. Wajahnya berubah serius, memandang Anas dari atas ke bawah. Dahinya mula berkerut, aku tahu.. dia tak dapat terima langsung apa yang aku cakap. Ah.. memang itu yang aku mahukan pun.
“Ya.. but he’s not budak la daddy.. he’s twenty three” Balas aku sengaja menambahkan lagi tekanan pada daddy. Aku perasan daddy cuba mengawal perasaan dia tapi dia tak dapat nak sembunyi reaksi wajah dia yang jelas terkejut dengan cereka aku ni.
“Twenty three? And you are.. huh, kakak jangan berguraulah” Ujar daddy.
“Mana ada bergurau.. kenapa? Ada masalah ke?” Serius aku membalas kata daddy. Aku menolak sedikit kaki Anas dari bawah meja, meminta bantuan. Diam pula mamat ni, nampak sangat la aku menipu kalau dia terus macam ni.
Daddy mengerling sekilas pada aku dan berdehem. Soalan aku tidak dijawabnya. Macam dia tahu sahaja yang aku nak perangkap dia supaya beralah dengan aku. Ish. Tak apa.. nak main.. kita main.. menang kalah.. kita tentu kemudian ya.
“Don’t you think you should introduce yourself?” Soal daddy pada Anas yang diam tanpa perasaan.
“… Anas ” Balas Anas ringkas. Aku menendang kaki Anas sekali lagi dari bawah meja, kemudian memberi isyarat yang dia tidak perlu bersalam dengan daddy. Dia yang baru sahaja bergaya ingin menghulur tangan menarik semula dan berpura memperbetulkan rambutnya. Bagus.. macam tu la.. biar nampak lagi kurang ajar, lagi bagus.
Sekali lagi daddy berdehem, terang- terang dia kurang selesa dengan reaksi Anas. Ala.. kalau tak diajar pun budak ni.. dia memang dah sedia kurang berperasaan. Memang nampak kurang adab la depan orang tua konservatif macam daddy aku ni. Eh, tak.. aku rasa tak ada pun mana- mana orang tua nak menantu dia macam tu kan. Pangkah..! pangkah..! pangkah..! habis setiap klausa dalam borang calon menantu daddy ditanda pangkah agaknya sekarang.
“Anas huh? hmm.. warna tu.. contact lens?” Soal daddy. Aku berpaling kearah lain seketika, menyembunyi senyum. Memang kena la sasaran aku. Hah, aku dah tahu memang daddy akan timbulkan soal tu. Dia kan ada alergi sikit dengan orang asing ni. Kalau bab perniagaan mungkin okay.. tapi bab nak jadi menantu memang susah la. Penyakit keturunan rasanya, warisi dari datuk aku dulu. Tengok sahajalah kes mak saudara aku tu. Sampai sekarang dia aku tak balik Malaysia, sebabnya.. datuk aku tak suka dia berkahwin dengan orang luar. Dah meninggal pun datuk aku, sekarang diturunkan pula penyakit tu pada daddy aku ni. Haish.. macam- macam..
“This grayish colour?.. first is the amount of melanin made and the second is the density of the proteins in the stroma..” Apa sahajalah si Anas ni merepek.
“Ringkasnya.. itu warna asal, daddy” Aku menyampuk sebelum si Anas ni buat gila, bagi penerangan yang tak perlu untuk menjawab soalan daddy.
Daddy memandang kearah aku dengan wajah yang berkerut kemudian beralih semula menganalisa Anas. Hah.. nasib kau lah Anas. Siapa suruh nak ikut sangat kan.
“Oh, and this attractive dark brown hair.. thanks to my father” Ujar Anas setelah agak lama daddy merenung kearahnya. Hish.. budak ni la.. nanti daddy aku yang sihat ni, betul- betul dapat sakit jantung dibuatnya. Perasan.. daddy tak tanya pun pasal tu.
“He’s French. Mmm.. Ayah dia half French and mak dia French but don’t worry daddy.. atuk belah ayah dia tu melayu tapi ada sedikit campur cina peranakan.. kan Anas” Sekali lagi aku menyampuk memberi penjelasan. Anas mengangguk perlahan mengiyakan.
“Baju tu..” Soal Daddy berpura- pura tidak kisah dengan apa yang aku cakap. Tak habis lagi rupanya soal siasat dia.
“Err.. itu uniform SV cake house, Anas..”
“Daddy tanya kakak ke?.. ehem, ..study?” Daddy memandang serius pada aku sebelum kembali menyoal Anas.
“Chimie. ENS Lyon, France” Ujarnya menjawab soalan daddy.
“Chi.. chi.. Chimie? …Chimie… Chemystry?” Spontan terluah dari bibir aku walau sedikit gagap. Biar betul mamat ni.. serius ke dia ambil kursus tu dekat ENS Lyon. Serius, mati- mati aku ingat dia ambil kursus yang sama dengan Melati. Pastry.. tak pun yang berkaitan. Ish.. Serius ke budak ni?
“Yang kakak terkejut kenapa?” Soal daddy menghentikan kira- kira terhadap peratus kesahihan fakta diberi Anas dalam kepala aku.
“Hah? Te.. terkejut? Kakak terkejut? Tak adalah.. mana ada.. Kakak tahu dia ambil course tu.. kakak cuma nak tolong terjemahkan pada daddy..” Pantas aku menggeleng kepala menyangkal kata- kata daddy.
Aku memandang Anas meminta bantuan. Cakaplah sesuatu.. nanti daddy syak pula yang aku ni berbohong. Dia hanya membalas pandang aku seketika kemudian tersenyum sendiri. Isk.. mamat ni.. nak datang penyakit jiwa dia tu pun tunggu la dulu. Tak membantu betul budak ni. Haih..
***
Aduh la.. macam mana aku boleh terlupa. Ish! Sepatutnya aku jumpa dengan daddy tadi, ada benda lain yang aku nak bincangkan. Alih- alih, lain pula yang jadinya. Apa nak jadi dengan kau ni Shikin, boleh lupa benda yang penting macam tu. Itu lah pasalnya orang boleh buat kau macam ni. Haish.. seronok sangat nak kenakan daddy. Nasib aku yang dah sedia terkena ni tidak juga aku berjaya bela. Beriya sahaja aku merancang itu ini.. banyak perkara yang aku sepatutnya bangkitkan berkenaan FC. Isk.. Semua salah budak ni la. Aku menarik cawan blackcurrent lemonade yang baru sahaja dibayar Anas dari tangannya. Tadi pun satu hal, kata lunch.. tapi akhirnya tak ada siapa yang pesan makan, daddy pergi macam itu sahaja selepas terima satu panggilan. Aku dengan budak ni pun terus keluar dari restoran selepas tu.
“Daddy you tadi? .. Waaargh..” Ujar Anas. Kami sama berjalan menuju kearah kereta.
“Kenapa?” Soal aku pula. Apa hal tiba- tiba tanya macam tu pula. Apa, dia ingat orang tua tadi menyamar jadi daddy aku ke atau aku sahaja suka- suka nak mengaku itu daddy aku.
“Tak lah.. sama macam you lah dia” Balas Anas bersahaja. Huh? Sama?.. aku tak rasa macam tu pun.
“Which part yang sama nya? Muka I macam mummy” Ujar aku. Semua orang pun cakap macam tu, aku mewarisi wajah mummy. Tapi.. dulu ada la.. mummy pernah cakap aku macam daddy.. tapi mummy seorang sahaja yang cakap macam tu. Tak boleh la nak kira, seorang melawan yang ramai. Ini, mamat ni pula kata aku macam daddy.
“Kelakar.. sama macam you” Ujarnya. Ini kira puji ke perli. Aku tinggalkan dekat sini baru tahu. Balik sendiri.
“So.. should I assume that you are proposing me? What a weird way lah kan.. tapi tak apa, jawapan I.. still, .. I do” Ujar Anas lagi beserta senyum. Huh? Kelakar sangat la bergurau macam tu. Tengok la nanti.. aku pergi meminang mana- mana mamat jepun yang lagi cantik dari kau. Ingat aku tak boleh dapat ke. Uh, Ingat aku hairan sangat muka kau yang ala Ryuzaki, death note tu.
“Iya lah sangat.. dah, masuk cepat” Balas aku sambil membuka pintu kereta.
“Kalau macam tu.. hujung bulan ni, you ikut kami lah” Anas turut melangkah masuk kedalam kereta.
“Ikut?”
“Jumpa ibu, minta restu..” Jawabnya. Isk.. sempat lagi tu budak ni. Ah, malas aku nak layan.
“Kita lunch roti tu sahaja cukup la kan.. kalau you nak lebih, balik SV makan” Ujar aku mengubah tajuk. Bukan boleh diikutkan sangat budak ni. Buah hati sikit punya cantik manis dah ada, sempat lagi nak bergurau macam tu dengan aku. Kalau aku tak kenangkan dia ni adik pada sahabat baik aku, memang dah lama aku cop budak ni mamat kasanova yang perlu dijauhi. Sudah la senyuman dia sahaja mampu membunuh. Haih..
“Anyway, mana you tahu pasal ibu ayah I ya?” Soal Anas tanpa pedulikan apa yang aku katakan sebentar tadi.
“You kan adik Mel.. So, parents Mel.. parents you la kan” Jawab aku. Mestilah aku tahu pasal tu.. Melati kan sahabat aku. Paling kurang aku kena la tahu pasal ibu ayah dia.
“Ooo..”
***
Satu minggu sudahpun berlalu, dan aku masih belum berjaya membuat temujanji dengan daddy. Hari ni mungkin keputusannya akan keluar tapi mungkin juga esok. Aku sendiri kurang pasti. Semakin hari aku jadi semakin keliru dengan posisi aku sekarang di Fountain Consultantcy. Apa kata, senangnya.. buang sahaja aku ni. Puas hati.
Aku melangkah masuk ke FC seperti biasa, namun langkah aku terhenti ditengah- tengah ruang pejabat ini. Hai.. mana pula pergi semua orang ni. Aku mengerling jam dipergelangan tangan. Hmm.. bukannya aku datang terlebih awal pun, selalu masa ni semua dah masuk. Aku memerhati sekeliling. Ada suara datang dari bilik perbincangan. Apa mereka semua buat dalam tu. Aku melangkah menghampiri bilik itu dan menolak pintu perlahan. Semua ada disini? Ada apa ni? Mesyuarat? Kenapa aku tak tahu apa- apa? Aku memandang tepat kearah Jasmi yang tiba- tiba berhenti bercakap sebaik melihat aku.
“You all buat apa dekat sini?” Soal aku. Entah kenapa hati aku rasa sakit sangat sekarang. Kenapa perlu buat macam ni. Aku ni siapa dalam FC ni? Aku memerhati semua yang disitu. Tiada seorang pun yang memandang kearah aku selain Jasmi dan beberapa wajah baru yang tidak pernah aku lihat.
“Kita ada sedikit taklimat dan sambil tu kita buat sesi suai kenal dengan muka- muka baru FC” Ujar Jasmi. Sedikit pun tidak rasa bersalah. Pekerja baru dia kata? Apa maksud dia.. Aku sekali lagi memerhati satu persatu wajah didalam bilik ini. Memang ada yang kurang. Ikhwan dan lagi dua orang pekerja aku tiada disini.
“Siapa kata you semua boleh buat perjumpaan macam ni tanpa kebenaran I?” Soal aku. Sedikit bergetar suara aku cuba menahan geram.
“Masuklah dulu.. I kenalkan. Mereka ni semua yang terpilih dari Picturesque” Jasmi tidak menjawab soalan aku. Rasa macam dipermainkan pun ada sekarang ni, tambah pula dengan wajah Jasmi yang tersenyum tenang memandang aku.
“Tak boleh ke sekurangnya maklumkan pada I terlebih dahulu? Suka- suka hati buat keputusan sendiri.. you sedar tak I ni siapa?” Ujar aku sedikit keras. Jasmi bangkit dari kerusi yang diduduknya dan berjalan menghampiri aku.
“I tahu.. you kan pewaris tunggal Picturesque. Siapa boleh nafikan tu, tapi I dihantar kesini .. dan I cuma buat kerja I. Orang sebesar you.. kenapa nak susahkan diri dengan FC ni.. biar I buat kerja I.. lagipun tempat sebenar you bukan disini.. you tahu tu kan..” Jasmi berkata perlahan. Ayatnya terasa tajam menikam. Kenapa perlu timbulkan soal tu. Apa yang cuba aku pertikaikan adalah hal sekarang. Aku masih di FC kan. Kenapa perlu nafikan posisi aku disini.
Aku menatap tajam pada Jasmi yang berdiri betul dihadapan aku. Tanpa berkata banyak, aku terus berlalu dari situ. Dengan sakit di hati.. dengan rasa dipinggirkan.. aku keluar dari pejabat. Aku cuba seboleh mungkin menahan air mata aku dari mengalir. Salahkah aku nak buat kerja yang aku suka. Kenapa mesti paksa aku buat sesuatu yang aku rasa aku tidak mampu. Kenapa perlu nak sisihkan aku macam ni.
***
Aku mengesat sisa air mata yang mengalir. Geram betul, aku tak suka menangis! Berani betul buat aku macam ni. Hampir setengah jam aku duduk didalam kereta ni. Nak masuk ke pejabat, hati aku ni masih lagi terasa sakit. Aku mencapai beg, dan menggagau mencari telefon. Aku menarik nafas perlahan dan lepaskan. Cuba menenangkan sedikit perasaan kemudian mendail nombor daddy.
“Daddy.. daddy nak buat apa ni?” Soal aku sebaik daddy menjawab telefon.
“Apa hal ni Kakak? Kan daddy sudah pesan.. kalau bukan hal kerja, balik kita bincang dekat rumah” Ujar daddy, kedengaran serius.
“Pasal FC lah daddy.. perlu ke buat macam tu?” Aku menyoal sekali lagi. Meminta penjelasan.
“Kakak.. iya, kakak anak daddy..tapi tak boleh la kalau ada masalah dengan FC terus telefon daddy.. kena ikutlah protokolnya” Ujar daddy buatkan aku terdiam. Tidak tahu lagi apa hendak dikata bila daddy memilih alasan itu.
“Kakak, listen.. tak perlu risau pasal itu semua, daddy tak nampak ada sebarang masalah dengan pengurusan baru FC, kakak cuma perlu tenang dan bersiap untuk masuk Picturesque macam yang daddy pernah cakap dulu” Tambah daddy. Aku tidak menjawab kata daddy sebaliknya teruskan mematikan telefon.
***
Dari mengiring, Anas beralih menghadap siling. Diurut dadanya beberapa kali. Satu senyuman terukir dibibirnya, penuh makna.
‘He’s the one I think I want to spend the rest of my life with’
Berulang kali rasanya perkataan itu bergema difikirannya seperti pita lama yang tersekat. Dialah lelaki yang Shikin nak habiskan seumur hidup bersama. Entah kenapa dia tak dapat keluarkan kata- kata itu dari kepalanya. Gila betul. Dia tidak ada pilihan lain selain tersenyum sendiri setiap kali kenangkannya. ‘Shikin.. Shikin..kau memang sesuatu’ detik hati Anas. Masa Shikin luahkan kata- kata tu pada hari itu. Jantungnya terasa melengah beberapa saat. Pada masa tu dia benar- benar terkejut. Terdiam sebentar.. tidak tahu apa reaksi yang patut diberi, sehingga terlupa seketika yang duduk dihadapannya pada masa itu adalah daddy Shikin. Walaupun dia faham sebab mengapa Shikin cakap macam tu namun dia turut faham.. kata- kata macam itu bukan boleh diluahkan begitu sahaja. Dia yakin Shikin tahu apa yang dikatanya walaupun bukan seratus peratus memaksudkannya.
***
“Betul ke you okay ni Shikin?” Soal Melati. Dia mengulur secawan lemon green tea kepada aku. Teh hijau yang mampu memberi rasa selesa.. lemon pula memberi rasa sitrus yang menyegarkan. Melati ni memang bijak membaca rasa hati aku.
“Okay.. Kita bercakap hal tu kemudianlah.. sekarang I lapar.. apa kata you belanja I hari ni” Ujar aku, sengaja mengambil kesempatan.
“Iya lah, you nak makan apa?.. by the way, minggu depan jadi kan?” Soal Melati.
“Huh, apa yang jadi?” Aku memandang hairan kearah Melati. Kurang faham dengan apa yang dimaksudkannya.
“Ikut kita orang balik.. Anas kata you serius nak ikut, you dah siap ambil cuti pun” Jelas Melati. Hah? Bila masa pula aku cakap macam tu?
“Aaa..”
“Elok juga kalau you ikut.. relaks- relaks kan sikit otak tu” Celah Melati.
“Sekarang bukan masa nak relaks la, Mel.. tapi kan..”
jangan lupe leave comment ye. thanks for reading ;)
ReplyDeletehehe..best2....anas ingt shikin prosed him lak..haha...btw bestla cik oren..suke dis part :D
ReplyDeletewaa...akhirnye...ari2 sy bukak page ni tau nk tgk kalau2 ade entry bru...addicted sudah~~~hehehe...sweet la anas ni...nk 'chop' jd bf blh x? =)
ReplyDeleteperasan je anas ni...hehehe
ReplyDeleteala anas nie,syok plak die..tp kite suke tau,hihihii..alahai,sgt2 ler eksaited nak tggu next n3..orEn,bg la shikin ikut mel n anas tu nnti..TQ.
ReplyDeleteCikZura: hahah. prasan kan dia. thanks ;)
ReplyDeleteCik ecah: hehee. boleh2. thanks ye bace. ;)
ReplyDeleteAnony: kan.. perasan dia tu.
KD: hahahah, tggu next entry tau. ;)
ReplyDelete