16th BITE: LOW CALORIE LOVE !
Satu senyuman ditinggalkannya pada aku sementara beberapa soalan mula bermain dikepala. Anak mata aku melirik menghantar langkah Intan yang berlalu ke kaunter. Hah? Apa dia buat dekat sini? Biasanya dia ada dekat SV cake house ni setiap hari ahad sahaja, iyalah.. ada kelas. Aaaa.. tapi apa salahnya kalau dia nak datang sini hari lain pun.. bukannya ada larangan atau syarat yang mengatakan peserta kelas tak boleh masuk SV Cake House. Aku sendiri pun tiap- tiap hari melekat dekat sini. Hmm.. dia sengaja singgah la kot. Nak kata dia suka makan kek.. hari tu, awal lagi dia cakap dekat aku yang dia tak berapa suka dengan benda manis ni. Ooo.. datang jumpa Melati la kot. Eh, tapi kenapa pula dengan uniform SV yang dia pakai tu? Kenapa dia ambil pesanan? Kerja sini? Sejak bila pula si Intan ni kerja dekat sini? Tsk..
“Kenapa you tengok waiter tu macam tu sekali?” Soal Hanif, mengganggu sesi soal jawab aku dengan diri sendiri.
“Tak ada apa lah. Nah ambil majalah ni.. tolong I buat research. Nak ikut sangat I tadi kan.. lagipun, I kasi you ikut pun sebab you dah janji you akan diam dan tak ganggu I kan..” Ujar aku sambil menarik senaskah majalah dari susunan majalah- majalah yang aku ambil awal tadi. Hanif mengangguk dan menerima huluran aku tanpa bantahan.
Aku kembali menatap helaian majalah yang terbuka dihadapan. Sebelah tangan aku gunakan bagi menongkat kepala, tubuh aku mengiring ke kiri sedikit, mengelak dari menghadap Hanif yang duduk di sebelah. Kenapalah dia ni susah sangat nak faham bahasa kan. Dah banyak kali pun aku cakap terus terang yang aku tak ada niat untuk balik macam dulu dengan dia ni. Tak penat ke mamat ni. Apa lah salah aku sampai kena hukum macam ni. Haish.. Hanif..oh Hanif. Selang beberapa minit pesanan tiba dimeja. Aku merenung piring berisi Butter cake dengan hibiscus syrup dihadapan mata. Hmm.. dah lama aku tak makan Choc Orchideè. Hai la Anas.. kenapa la kau tak mahu buat kek tu dah.. apa salahnya kalau masukkan dalam menu. Haish..
“Hanif..” Aku mula bersuara untuk mengajak Hanif berbicara namun tiada sebarang jawapan dari pihak Hanif.
“It’s okay. You boleh bercakap.. but please make it short..” Ujar aku padanya setelah menyedari yang aku sendiri tak benarkan dia bercakap sebelum ni. Baik sangat la pula mamat ni nak dengar cakap aku. Selama ni.. jangan harap. Apa mimpi dia hari ni pun aku tak tahu la.
“Oh, okay.. aaa.. kenapa?” Soal Hanif.
“Aaa.. you kan ada Erin.. and she likes you. Apa kata you jangan jumpa I dah lepas ni. She’s much better though” Aku memberi cadangan pada Hanif. Dia bukan tak ada rupa, banyak lagi orang yang nakkan dia.. tapi yang dia balik- balik nak jadi saka aku kenapa. Tak sudah- sudah.. siang malam nak juga kacau aku.
“Are you nuts? She’s my cousin..” Balas Hanif tanpa berfikir panjang. Ish, mamat ni. Apahal pula aku yang gila. Grrr.. aku menjeling sekilas pada Hanif sebelum kembali ke posisi asal menghadap piring kek. Kalau sepupu pun apa salahnya. Ingat aku tak tahu, si Erin tu gilakan kau. Cantik apa budak tu.. muda lagi.
“Stephanie? .. Lea? Nadia? Aaa.. apa nama yang lagi seorang tu, alah.. yang ada masalah lidah tu.. susah sangat nak sebut perkataan dalam bahasa tu.. aah.. Fi.. Fida.. ke Faridah entah” Ujar aku sambil berusaha mengingati nama gadis- gadis tersebut. Boleh tahan juga memori aku ni kan.
“Not on my list” Balas Hanif ringkas, seperti apa yang aku amarkan. Mana tidaknya.. mamat ni kalau dibiarkan, empat hari empat malam pun belum tentu habis kalau dia dah mula bercakap satu satu hal.
“List apa?” Soal aku. Majalah yang bukan lagi fokus utama aku sekarang, aku tolak jauh sedikit. Begitu juga piring kek yang belum separuh terusik. Aku beralih menarik gelas Soymilk Strawberry Smoothies aku lebih dekat. Fresh and yummy! Urgh.. makin.. makin.. makin jatuh cinta dengan SV lah aku macam ni.
“Prospective wife”
“Huh? Habis tu, you nak kata yang I ada dalam senarai calon Isteri you la.. Haih.. Hanif, kenapalah I.. I pun bukannya baik sangat.. tapi, nak kata jahat.. isk.. tak boleh..tak boleh.. I baik juga..sikit.. tapi tu lah.. I tak rasa kita boleh ngam lah.. tak ada kimia..” Ujar aku terus terang. Tak faham betul aku dengan apa yang ada dalam kepala mamat ni. Cekal betul!
“Isn’t it obvious? It is because I love you” Hanif memberi respon spontan tanpa berfikir panjang. Aku menggaru kepala. Ish, runsing betul la aku dengan mamat ni. Macam mana lagi patut aku cakap untuk bagi dia faham.
“Maaf ganggu”
Eh, itu bukan suara Hanif kan. Aku berpaling menghadap Hanif. Eh, mamat ni pandang apa? Aku mengangkat sedikit muka memandang arah yang sama dengan Hanif. Ah, Anas.. bila dia datang dekat sini? Dah lama ke dia berdiri depan ni? Huh? Tak kot.. dia tak dengar kot apa yang aku dengan Hanif cakap tadi kan. Kalau dia dengar.. setakat mana? dari awal ke? Haish.. tak kena masa betul la dia ni datang.
“Please, enjoy your cakes” Anas meletak piring berisi choc orchidee diatas meja sebelum berlalu. Huh? Reaksi apa tu..? Kenapa dia tak senyum macam selalu.. kurang- kurang tak ada ke sisa rasa bersalah tentang tragedi malam semalam. Kot la nak minta maaf ke.. nak tanya khabar aku ke.. Cis! Buang tenaga je aku separuh mati kelam kabut, terkejut.. takut satu set lah kalau apa- apa jadi semalam. Grrr.. inilah budak- budak zaman sekarang.. tak ada nak kenang jasa orang. Huh!
***
Hujung tunggal ikatan bow tie pada kolar kemejanya ditarik bagi meleraikan ikatannya. Satu persatu butang kemeja dibukanya. Sebelah badannya disandarkan pada pintu locker milik pekerja lain disebelah. Ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya sekarang dan dia kurang pasti kenapa benda tu agak mengganggu. Selesai menyalin pakaian, uniformnya tadi digantung kemas kedalam locker semula. Tiada sesiapa didalam bilik persalinan sekarang, belum pun waktu untuk shift.. tapi dia sudah siap dengan t-shirt dan skinny jeans nya.
Set ipod nya ditarik keluar dari beg sebelum pintu locker miliknya dikunci semula dan terus keluar dari bilik persalinan itu. Sebaik beberapa langkah melintasi kawasan dek cake house itu, Anas berundur semula. Dia berkira sendiri sebelum melangkah kearah Hanif yang sedang melayan perasaan sendiri di satu penjuru. Tanpa dipelawa, Anas menarik kerusi pada meja yang dihuni Hanif itu. Masing- masing kini menghala kearah kawasan taman sekitar SV cake house ini.
“Shikin mana?” Soal Anas, melarikan fokus Hanif yang asyik dengan ipad ditangan. Wajah hanif menampakkan riak terkejut dengan soalan dari orang asing yang langsung tidak dikenalinya. Siapa lah pula budak mata kelabu ni? Macam pernah nampak.. tapi entah la. Err.. dia kenal aku ke? Kenapa dia tiba- tiba tanya tentang Shikin? Hanif menyoal diri sendiri.
Dahi Hanif sedikit berkerut, namun soalan Anas tetap dijawabnya. “Dia dengan Melati.. Sorry, you ni siapa?”
“Anas” Balasnya ringkas. Hanif mengamati wajah Anas seketika. Cuba mengingati sesuatu.
“Oh. If I’m not mistaken, you ni waiter hari tu kan? Hmm.. I Hanif.. bakal tunang Shikin” Hanif memandang sinis kearah Anas. Entah apa yang dibanggakannya.
“Hanif..? Oh, I thought BEKAS bakal tunang” Ujar Anas membalas semula pandangan sinis Hanif dengan satu senyuman yang seakan mencabar Hanif. Perkataan bekas itu sengaja ditekankan sedikit. Dia teringat kembali yang Melati pernah mengungkit nama Hanif sebelum ni dengan dia.
Hanif berdehem kecil, menyembunyikan rasa malunya. Dia tidak menyangka yang Anas tahu tentang semua tu. Lagi lah dia bingung dengan identiti budak yang duduk disebelahnya sekarang ni. Nampak macam muda lagi.. tapi boleh tahan kurang ajar juga budak ni.. getus hati Hanif. Dia terasa dipermainkan bila melihat Anas yang tadi tersenyum seakan mengejek.
“She’s going to be mine, anyway. Ehem, by the way.. you dah habis kerja ke? tak melanggar etika ke waiter duduk dengan pelanggan dalam masa kerja macam ni? Hmm.. I tengok you ni muda lagi.. tak ada cita- cita ke nak majukan diri? Berapa sangat la kan, gaji seorang waiter ni.. you kena la belajar buka minda. Kita tak boleh la selamanya dibawah.. Maaf lah cakap ya.. sebab I ni jenis yang tak suka kerja bawah arahan orang.. apa lagi nak kerja pelayan ni kan. Cita- cita I besar.. sebab tu I di atas. Tapi lainlah kalau you memang berniat nak jadi pelayan sampai bila- bila kan. Tambah pula kalau kelulusan pun entah kemana. Haih.. itulah budak- budak sekarang.. Hah, kalau you berminat.. mungkin you boleh kerja di syarikat I, sebab you kenal dengan Shikin.. I tak kisah, I boleh bagi gaji lebih dari apa yang you dapat dekat sini” Ujar Hanif panjang lebar. Tanpa rasa bersalah dia menyeret kad kehadapan Anas. Anas menggaru kepalanya beberapa kali sebelum mencapai kad milik Hanif.
“Idiot” (ee-dee-oh)Ujar Anas dalam longhat perancis, buatkan kening Hanif hampir bertaut. Dia tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Anas namun dia turut tersenyum sebaik melihat Anas tersenyum.
***
Selendang rona biru tua yang asal diatas kepala, aku letak diatas meja solek dalam bilik Melati sebelum aku menghempaskan tubuh di sebelah Melati yang sedang berbaring bersama senaskah buku di atas katil itu. Urgh.. penatlah. Kalau aku turun bawah sekarang.. entah si Hanif tu masih tunggu aku. Sibuk betul, itulah yang aku malas nak bagi dia ikut. Sekali dah ikut hari tu, hari- hari pula nak sibuk. Hish..! rimas lah. Sudah tu.. si Anas tadi nampak pula aku dengan Hanif hari tu.. entah dia dengar ke tidak apa yang aku bualkan dengan Hanif masa tu. Tsk.. yang aku ambil berat sangat apa si Anas tu fikir kenapa. Tak boleh.. tak boleh! Cool Shikin. Tak boleh jadi.. baik aku fikir benda lain, balik- balik.. Anas..anas.. anas. Aku menggeleng kepala dan menampar pipi aku beberapa kali bagi menghilangkan sketsa berwatakkan Anas yang sedang ditayangkan di kepala aku sekarang.
“Hey, gila apa budak ni?” Melati menghempuk sebijik bantal ke muka aku. Aduh.. kejam betul mak cik ni. Aku menarik perlahan bantal itu dan dakap ke perut.
“I senaman lah.. you apa tahu. Eh, nak tanya ni.. Intan kerja sini?” Soal aku pada Melati. Tiba- tiba baru aku teringat untuk bertanya tentang Intan.
“Senaman lah sangat. Yup. Baru sahaja dia mula, tapi dia buat part time sebelah malam sahaja. Entah apa mimpi budak tu..” Jawab Melati. Buku ditangannya diletak ke meja sisi katil sebelum membetulkan kedudukannya, berbaring selesa disebelah aku.
“Err.. Intan dengan.. aaa..” Aku sedikit teragak untuk teruskan soalan aku.
“Apa?” Soal Melati.
“Tak ada apa- apa lah. Eh, Mel.. lama rasanya kita tak pergi vacation sekali kan.. jom nanti. Tak payah la pergi jauh- jauh.. dekat sudah la.. Aaa.. Langkawi ke.. Redang ke.. best juga kan?” Ujar aku pantas menukar tajuk.
“Hmm… seronok juga kan. Nanti lah kita plan.. sementara budak- budak tu ada dekat sini pun bagus.. Zara.. Anas.. ha, kita ajak Intan sekali” Melati buat perancangan sendiri yang mana aku kira senarai yang disebutnya bunyi agak menggerunkan. Tak boleh ke kalau kita berdua je yang pergi. Aaaah.. tapi nasib juga dapat alih perhatian si Melati ni. Buatnya ditanya apa yang aku nak cakap awal tadi.. apa aku nak jawab.
***
‘ Nothing I say comes out right, I can’t love without a fight.. No one ever..’
Bunyi telefon ditangan mengejutkan aku. Pantas aku meraba menekan butang senyap, biarkan bergegar seketika sebelum aku jawab. Hish, kacau betul bunyi telefon aku ni.. sengaja nak kantoikan aku. Sesekali aku menjenguk semula kearah dek. Fuh, nasib baik si Hanif tu pandang kearah lain. Boleh la aku lari dengan senang macam ni.
“Hello, siapa?” Soal pada si pemanggil dihujung talian separuh berbisik sambil melangkah berhati- hati melintasi pintu ke kawasan dek menuju ke ruang tengah SV cake house.
“You kenapa?” Soalan itu buatkan aku mengalih telefon dari telinga. Pada skrin hanya tercatat nombor, tanpa nama. Haish.. siapa pula ni. Tak perkenal diri, terus- terus tanya aku kenapa. Kenapanya dengan aku? Aku okay je rasanya.
“I kenapa? You siapa?” Soal aku sekali lagi. Kali ini kedengaran tawa kecil dihujung sana. Ish, main- main pula. Aku sekeh baru tahu. Eh, kejap.. macam nak cam pula suara mamat ni.
“Hey, you Anas kan? Kan?” Aku menambah soalan. Masih dalam nada berbisik padahal aku sudah semakin menghampiri pintu keluar SV.
“I tunggu you dekat parking ni, jom kita pergi makan” Ujar mamat yang mana aku yakin Anas itu sebelum talian diputuskannya. Ish, buat keputusan ikut hati limpa dia sahaja. Makan? Nak makan dekat mana pula. Ini dah elok pun dekat SV. Kalau dah rasa lapar sangat tu.. masuk sahaja lah. Apa yang susahnya. Ish, kenapa nak dirumitkan benda yang sudah sedia ringkas.
..tqvm oren.de gak n3....wlau pon pndek,okey la 2..hihihiii,btw tqvm lg ye...suke ssgt!..
ReplyDeletehahah. pendek ke? sorry~ million thnx back 2u. ;)
ReplyDeleteoyen..psl lar si haniff bendul je tak faham2 org tak suke. hehehe...
ReplyDeleteakak: hahaha.. semak je kan si bendul tu. da dpt nickname baru lak si hanif tu akak bagi. ;D
ReplyDeletehahahaaa.
ReplyDeletesengal tau si hanif ni.
alahaaiii.
nak lagiii
ahahah.
ReplyDeletehola zatie~! lame xnmpak. hehee..