~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Thursday, January 21, 2010

La Mia Bella Luna Adona 4





Aedy merenung jam di pergelangan tangannya. Tanpa sedar, senyum tawar terukir dibibirnya. Segalanya yang sepatutnya mudah, kenapa perlu menjadi begitu kompleks. Keluhan berat dilepaskan.. Jam dipergelangan digenggam seketika sebelum bangkit keluar dari biliknya.

“Betul ni, kau tak nak aku ikut?” Soal Lee yang turut mengatur langkah ke arah pintu.

“Tak payah la.. Aku pergi dengan Ajim, kau terus ke butik..uruskan pasal pengambilan manager dan staff baru tu” Jelas Aedy. Dia terus melangkah keluar sebaik sahaja menyarung kasut.

***

Luna melangkah kearah lif sebaik sahaja keluar dari rumah. Sudah hampir seminggu dia dan Aliya menetap disini dan rutin barunya setiap pagi adalah ke gym yang terletak di tingkat satu apartment mewah itu. Dari jauh kelihatan seorang lelaki berdiri dihadapan pintu lif. Kebiasaannya, setiap kali dia keluar pada waktu ini, memang tidak pernah lagi dia bertembung dengan sesiapa disitu.

Luna tersenyum pada Aedy yang kini disebelahnya. Aedy tidak langsung mengambil pusing dengan tingkah si gadis disebelahnya yang seperti ingin menegur. Cermin mata gelap yang dipegang dari tadi pantas sahaja dikenakan, melengkapkan penampilannya. Dia tetap ingin dalam dunianya sendiri.

Pintu lif terbuka dan tiada sesiapa di dalam. Mereka melangkah masuk bersama. Luna memandang sekilas pada Aedy, entah kenapa dia rasa seperti pernah berjumpa dengan lelaki seorang ni. Ingatan Luna tidak mungkin menipu.. jarang dia terlupa akan sesuatu. Sedangkan satu buku mampu dihafal dalam sehari, apa lagi nak mengingati wajah seseorang.

“Kita pernah jumpa kan? Aaa.. dekat airport” Soal Luna ingin memulakan bicara. Aedy mengerling sekilas pada Luna disebalik cermin mata gelapnya. Senyuman manis Luna dibalas sinis sebelum menarik keluar telefon dari poket, cuba menghindarkan teguran Luna. Siapa di Malaysia ni yang tidak kenal dengannya. Itu apa yang terdetik di hati Aedy.

Luna melangkah keluar sebaik sahaja lif berhenti pada aras satu.

***

“Kak Liya betul boleh ke ni?” Soal Luna. Tangannya tidak lepas memegang tali pinggang keledar dari tadi.

“Jangan risau la Luna.. Kak Liya ada lesen lah.. lesen Malaysia lagi tau” Ujar Aliya penuh yakin. Matanya liar memandang mana jalan yang patut diikutinya.

“Tapi dah berapa lama kan Kak Liya tak balik sini..” Balas Luna. Kurang yakin.

“ Dua tahun lepas Kak Liya ada balik sini, kalau tak salah..masa tu, Kak Liya ada renew lesen.. aa..betul la.. Kak Liya ingat lagi” Tutur Aliya walau dia sendiri kurang yakin dengan kenyataannya.

Daripada jalan utama, mereka menyusur ke kawasan perumahan yang entah dimana dan kini mereka kembali ke jalan utama semula. Sudah lebih kurang satu jam di dalam kereta dan tempat yang ingin dituju masih tidak kelihatan.

“Kak Liya, Ada polis dekat depan tu..” Ujar Luna tiba-tiba membuat Aliya sedikit cemas.

“Tenang..tenang, kita buat macam biasa. Macam kita tak bersalah” Ujar Aliya sambil menarik nafas dalam. Dia cuba menenangkan dirinya.

“La..memang pun kita tak bersalah kan, maksud Luna..mungkin kita boleh tanya jalan dekat polis tu.. ataupun..Kak Liya..” Ujarnya sebaik melepasi kawasan sekatan polis. Luna memandang Aliya penuh curiga.

“Apa?” Aliya mula cuak.

“Betul ke Kak Liya ada lesen ni..?” soal Luna.

“Betul la..tak percaya, cuba tengok dalam purse tu”

Luna segera mencapai beg tangan Aliya yang diletak di tempat duduk belakang. Dompet berwarna keemasan milik Aliya dikeluarkannya.

“Kak Liya..! Lesen ni dah tamat tempoh la..” Ujar Luna sebaik lesen Aliya puas dibeleknya. Aliya tersengih.

“Oo.. dah tamat ek? tapi rasanya Kak Liya renew masa tu untuk dua tahun” Aliya menarik lesennya yang dipegang Luna. Dia sendiri pun tak perasan yang rupanya sudah lebih dua bulan lesen tu tamat tempohnya.

“Sudah la..tak ada lesen.. sesat pula ni, kan senang kalau Izzat yang yang hantar tadi..” Luah Luna.

“Sebut pasal budak tu.. ni semua salah dia la..kalau tak sebab dia datang lambat tadi, kan kita dah sampai..” Bebel Aliya.

“Ala..kalau kita tunggu sekejap tadi, mesti dia sampai..lagipun kan dia dah telefon, kata yang dia dalam perjalanan tadi..” Balas Luna sambil tangannya ligat menyimpan semula lesen Aliya yang dikeluarkan tadi.

“Kita tunggu apa.. 10 minit tau kita tunggu tadi”

“Iya juga..hmm.. apa-apa pun,boleh tak kita berhenti makan dekat mana-mana dulu? Lapar la..” Luna meraba perutnya yang mula memberontak.

“Depan tu ada restoran kot..sekejap, kita tengok” Balas Aliya sebelum memberi isyarat ke kanan. Kawasan deretan kedai di Setiawangsa ini diperhatinya, mencari tapak letak kereta yang kosong.

Enjin kereta dimatikan. Mereka melangkah keluar dari kereta menuju ke kaki lima deretan kedai disitu. Lain yang ingin dituju, lain pula tempat yang sampai. Mata Luna memandang sekeliling, serasanya ada sesuatu istimewa disini, tapi itu cuma perasaannya dan dia sendiri tidak memahami maksud apa yang dirasanya sekarang. Mungkin juga kerana dia kini sudah mula menyesuaikan diri di sini. Walaupun segalanya berbeza disini.. dengan cuacanya..persekitaran..jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan..namun, Luna dapat rasakan kemesraan.

“Kak Liya, tengok ni..” Luna menarik tangan Aliya yang selangkah jauh dihadapan. Matanya tertarik pada sekeping kertas yang tertampal disitu.

“Ha.. iklan kerja..kenapa?” Soalnya. Aliya berdiri disebelah Luna yang sedang merenung kosong pada iklan tersebut. Seperti ada sesuatu yang sedang difikirkan Luna.

“Luna nak kerja dekat sini lah” ujar Luna bersahaja sebelum pantas menolak pintu kaca dihadapan tempat mereka berdiri.

“Jangan mengarutlah. Minggu depan kan kita nak mula kerja dekat Tiara..” Aliya pantas menarik semula tangan Luna. Fikirnya, Luna sekadar ingin bergurau.

“Apa pula mengarut..ala, Kak Liya..biarlah Luna kerja dekat sini, Kak Liya sahaja pun sudah cukup di Tiara” Balas Luna serius. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa tiba-tiba dia tertarik untuk bekerja di situ. Mungkin kerana dia ingin cuba sesuatu yang asing, sesuatu di luar dunia Luna dua puluh tahun lepas dan dia tahu Tiara tidak mampu membantunya.

“Papa mesti tak setuju,Luna.. Sudahlah” Balas Aliya. Dia cuba menarik lengan Luna namun Luna tetap tidak mahu berganjak.

“Kak Liya…” Ujar Luna perlahan. Aliya mengeluh, ini salah satu kelemahannya..bila setiap kali Luna buat muka sedih, memang mudah untuk menggoyahkan pendiriannya.

“Macam ni la.. kita bincang dulu ya, balik nanti fikir baik-baik..tak eloklah buat keputusan tanpa berfikir ni” Pujuk Aliya.

“Excuse me”

Satu suara yang menegur, mengejutkan mereka berdua. Aliya terpaku memandang insan yang berdiri dihadapan mereka sekarang. Matanya membulat..bibirnya bergetar seperti ingin mengatakan sesuatu namun tersekat. Luna sebaliknya tersenyum walaupun dia tidak langsung menyangka yang mereka akan bertembung disitu.

No comments:

Post a Comment