~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Sunday, May 31, 2009

Bila 5


Gelas yang berisi air kosong itu sudah hampir separuh namun insan yang dinanti masih belum tiba. Aku merenung jam ditangan. Perasaanku bercampur baur ketika ini. Harap harap dia datang, kerana selama ini sudah banyak kali aku cuba hubunginya tetapi tiada jawapan. Nasiblah akhirnya dapat juga aku buat temujanji dengan dia.

Itu pun sebab aku call pejabat .. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahu.

Tapi pelik juga sebab sebelum ni, Atie pernah cakap waktu aku cuti dulu dia sibuk cari aku.

‘Bosan pula menunggu si Azlan ni, kalau tak mahu datang cakaplah awal.’ Aku membebel sendiri. Aku mencapai kentang goreng dihadapannya lalu disusun satu per satu menjadi satu perkataan. W.I.T.C.H. ish apasal ahli sihir pula.. Aku mengubah pula dengan menyusun secara bertinggkat tinggkat.

“ Hai! Nak tukar profesion ke..Jadi arkitek pulak..design bangunan?”

‘ Opocot mak zah jatuh terguling terlentang!’ fuh terkejut aku. Nasib baik tak melatah betul betul..imaginasi je lebih.

“ Hah. Hai..duduk lah” ujarku sambil mengurut dadaku. Terkejut aku..dah la lambat, lepas tu muncul mengejut. Nasib baik hidup lagi aku ni. Kalau kena heart attack nanti ramai pula yang makan hati. Aku kan ramai peminat..wa.. perasan betul aku ni.

“ Ya, Fatin nak cakap apa? Maaflah Azlan tak ada banyak masa ni” ujar Azlan sebaik sahaja duduk.Hatiku sedikit tersentuh bila dia kata begitu. Selama ini Azlan tak pernah pun begini, dia juga pernah kata yang bila bersama dengan aku, masa bagai terhenti dan tidak kisah kalau melayan kerenahku seharian pun.

“ Hmm..Atie dah beritahu semuanya kan.. jadi fatin ingin pulangkan ini” ujarku perlahan lantas menghulurkan kotak yang dari tadi aku letak diatas meja. Dia menyambut kotak itu dan aku lihat dia tersenyum.

“ Anything else?..” soal azlan yang kelihatan tenang. Soalannya membuatkan aku serba salah. Seolah olah pertemuan ini tidak mempunyai makna dan reaksinya ketika memulangkan cincin lamarannya tidak aku duga.

“Aa..err..tak ada apa dah..ok lah..fatin pergi dulu” aku terus bangun dan berlalu.

Tahan la aku Azlan.. kenapa tak tahan, aku nak pergi ni..isk, apa kesudahan ni tak macam dalam drama yang aku selalu layan tu. Bukankah waktu waktu macam ni hero seharusnya tahan heroin dari pergi atau sekurang kurangnya minta aku berikan penjelasan. Takkan aku nak patah balik.. oh, tak mungkin..

Azlan menoleh kearah fatin yang baru sahaja melangkah keluar dari restoran itu. Hatinya terasa bagai dicarik carik. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya bila cuba menahan kesedihan berhadapan dengan insan yang disayangi. Senyuman yang dilemparkan pada fatin sebentar tadi bagaikan suatu virus yang kini memakan dirinya. Kotak cincin yang sejak dari tadi berada ditangan digenggam erat.

-----------

Aku melangkah masuk ke dalam butik. Sudah hampir setengah hari aku tinggalkan butik. Semua kerana suatu pertemuan yang sia sia.

Kenapa semuanya berakhir begini.. Aku tidak pernah menjanggka Azlan akan menunjukkan reaksi sebegitu. Apa aku ni tidak langsung bermakna pada pandanganya. Kenapa dia setenang itu, palsukah kata katanya suatu ketika dulu. Memanglah aku yang bersalah.. aku yang mengkhianatinya.. Tapi sekurang kurangnya izinkanlah aku memberi penjelasan..paling tidak pun, marahlah aku..atau kata saja kau bencikan aku. Jika begitu..sekurang kurangnya aku tahu macam mana perasaan kau. Wah..aku macam tak percaya.. ini tak boleh jadi. Ingat aku hadap sangat ke dengan dia..huh. boleh jalan lah..

“ Alo sis! Hidup lagi ke ni?” ujar atie sambil tangannya melambai lambai dihadapan muka aku. Terkejut juga aku bila melihat wajah atie dan jojie yang begitu hampir dengan aku.

“ Apa..?” soalku agak malas.

“ Tak ada la.. kita orang tengok sejak dari masuk tadi, kak atien asyik duduk kat sini. Muka macam orang tak berperasaan jer.. udah macam zombie tapi mulut asyik terkumat kamit macam baca mentera..” ujar atie.

“ Apa zombie.. kau orang ni tak ada kerja ke? Baik pergi sambung kerja sekarang sebelum kak atien jadi zombie betul” ujarku pada mereka berdua. Tahu pun kelam kabut bila aku cakap macam tu.

“ Uish.. semenjak dah jadi isteri orang ni..makin garang pula” rungut jojie.

“ Apa dia kau kata jojie? Aku macam terdengar ada orang mintak potong gaji je..” sengaja aku ingin menyakat.

“ tak adalah bos.. ini ha.. cerita kat atie, isteri wak leman tu bela kucing siam..bukan main garang lagi..” jerit jojie yang sedang berjalan menuju ke arah stor.

“Oh..macam tu ye..setahu kak atien la kan..isteri wak leman tu dah lama meninggal” balasku sebelum melangkah masuk kedalam bilik.

-------------

Isteri ?

Kenapa kadang kadang aku boleh lupa yang aku ini sudahpun menjadi isteri orang.

Aku mengalihkan tubuhku supaya mengiring. Bantal yang berada di sebelah aku dakap erat. Setelah sebulan aku sah menjadi isteri orang, sebentar tadi aku menerima panggilan dari hafez. Katanya kami perlu pulang ke rumah mama hujung minggu ni juga, dalam erti kata lain…esok la tu! Mama ni pun satu..ada sahaja arahan yang nak diberi, sudah tu bukan nak beritahu awal. Apa pula rancangan mama kali ini.

---------------------

Aku tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 2 petang tadi dan pada ketika itu hafez belum pun sampai. Puas aku dengar bebelan dari mama kerana tidak pulang sekali dengan hafez. * kalau Hafez duduk di KL tak apalah..ini di Terengganu.

Sedang aku leka menonton televisyen, terdengar bunyi enjin kereta diluar. Hafez sudah sampai la tu.

“ Fatin !” kedengaran suara mama memanggil aku dari luar. Alah.. nak apa lagi, tahu la menantu kesayangan dia dah pulang. Sampai sahaja di pintu aku hanya memandang kea rah mama dan pada ketika itu hafez sedang mengangkat beg keluar dari kereta. Mama menjegilkan mata padaku seperti memberi isyarat. Aku memandang mama sekali lagi.

“ Ha..kenapa yang tercegat macam patung dekat situ” ujar mama bila menyedari aku tidak memahami isyaratnya.

Oo…banyak songeh betul la mama ni.

“ Oh suamiku yang tersayang sudah tiba rupanya.. bagaimana dengan perjalanan kanda? Tahukah bahawa dinda sudah lama menanti..” ujarku pada hafez lantas menghulur tangan padanya dan tangannya kucium. Dia kelihatan sedikit terkejut dengan kelakuan aku yang secara tiba tiba itu. Pandai juga aku berlakon, kalau tak salah aku ni kali kedua aku terpaksa menebalkan muka bersalam dengannya. Kali pertama, sudah semestinya waktu selepas akad. Wa.. nampak sangat aku ni isteri mithali.

Ketika ingin melangkah masuk kedalam rumah, mama berbisik pada aku.

“tak payah la over sangat..” ujar mama. Aku hanya tersenyum, memang aku sengaja nak mengusik mama.

No comments:

Post a Comment