~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Friday, February 11, 2011

CAKE HOUSE 2




FIRST BITE: EVAPORASI DARI SECANGKIR LATTE !


Satu, dua, tiga, empat.. kalau lebih dari enam puluh saat dia tak masuk dalam kereta ni, aku balik pejabat. Bukan sengaja nak berlaku kejam, tapi.. kenapa aku perlu bazir masa kalau boleh jimat kan.

Aku memarkir mini cooper kesayangan aku ditepi jalan berhampiran pintu masuk Klause Condo. Aku memperlahankan lagu dari senarai mp3 kegemaran aku yang sejak tadi sedia bermain sepanjang aku memandu. Suhu penghawa dingin aku rendahkan lagi. Fuh, panas nak mati hari ni.. dah berapa hari pun tak hujan dekat sini. Nasib baik aku dalam kereta, buatnya kena menunggu tengah panas macam ni, satu saat lewat pun aku tak akan toleransi.

Empat puluh lapan saat berlalu, aku membetulkan duduk sebaik sahaja pintu sebelah kiri dibuka. Dia melangkah masuk kedalam kereta dengan senyuman.

“Ada kurang dua belas minit sebelum you kena tinggal” Ujarku sebelum meluncurkan mini cooper aku berlalu meninggalkan kawasan kondo mewah itu.

“Fuh, dua belas saat..ada peningkatan.. last Monday.. tiga saat.. sikit lagi I nak kena tinggal, itu belum kira bulan lepas.. you tinggalkan I dekat mall..tak pasal I kena naik teksi, you bukan tak tahu yang I tak biasa naik teksi ni lagipun masa tu..”

“So sekarang kita nak ke mana?” Soalku tanpa mempedulikan apa yang dikatakan Hanif. Bukan boleh dilayan sangat dia ni, boleh kebas agaknya telinga aku kalau nak mendengar dia bercakap.

“What do you mean by ‘ke mana’ darl? haih.. bukan ke kita dah janji nak pergi pilih cincin untuk pertunangan kita nanti? Itulah you.. sibuk sangat dengan kerja.. itulah.. inilah.. lagipun serasa I, Fountain Consultancy tu tak adalah great sangat.. takkan lah banyak sangat projek keluar masuk kan.. lain lah I..”

“Okay, engagement ring right? I get it” Potong aku sebelum isu itu menjadi semakin panjang dan berapi. Sudahlah suhu di luar sekarang mencecah 104 fahrenheit.. tak nak lah suhu yang sama atau lebih dalam kereta ni.

“Ya..great.. tapi I bukan apa.. you tahu la kan.. majlis kita next week, sepatutnya dari awal lagi kita patut tempah cincin..tapi tu lah you.. semua nak harapkan I, kalau I tak beritahu daddy supaya ingatkan you.. entah malam sebelum bertunang kot baru kita beli cincin..masa tu you jangan nak salahkan I kalau tak sempat nak cari yang sesuai dengan citarasa you..”

Aduh la mamat ni.. sabar je lah Nurul Ashikin selagi anda mampu. Muka boleh tahan.. hati boleh tahan..kalau tak, takkan lah aku setuju untuk keluar dengan dia tiga bulan lepas. (gile tiga bulan kenal terus nak bertunang kan)Tapi mulut mamat ni.. kalau ikutkan hati, mahu je aku suruh dia pergi pilih cincin dengan daddy. Aku mengalih sebelah tangan aku yang sedari tadi melekat pada stereng kearah punat volume pemain mp3 kereta. Daripada aku dengar suara kau, Hanif baik aku dengar lagu ni.

“..hurm.. sebelum I lupa, land yang I pernah cerita dekat you sebelum ni.. I dah dapat..”

Hanif masih belum berhenti bercakap sejak dari melangkah masuk ke dalam kereta sehingga kini kami sudahpun menghampiri ke destinasi.

“Kenapalah you suka sangat dengar lagu macam tu.. entah apa yang dijeritnya pun I tak faham. Your music sense is weird or should I call it sucks” Ujar Hanif sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta. Apa lah masalah dia ni agaknya.. call it whatever..

“It’s J-rock okay..”

“Apa tu? Ah.. whatever lah kan.. tapi I masih rasa you sepatutnya listen to more classy stuff. Got it?”

Apa apa ajelah. Sebaik sahaja kami melangkah masuk, kami disambut oleh seorang gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Jenice. Manis bersanggul dan kemas dalam uniform nya.

“We are looking for engagement ring and I have already made an appointment” Ujar Hanif pada Jenice.

“Oh, you are Mr.Hanif.. please come with me” Balas Jenice sebelum mengiring kami ke sebuah bilik. Bilik sederhana besar itu kelihatan seperti sebuah bilik perbincangan yang agak santai dengan dekorasi bercirikan English contemporary. Terdapat sebuah meja kaca bulat ditengah bilik tersebut. Aku melangkah mengambil tempat di situ sementara Jenice keluar dan digantikan dengan seorang gadis lain. Oh.. ni manager dia kot..

“You know what.. the owner of this place is actually one of my friend..” Ujar Hanif pada aku sebaik sahaja gadis tadi meletakkan beberapa pilihan cincin dihadapan kami. Alah.. ada aku kisah? Kalau kawan kau pun, bukannya boleh dapat percuma pun cincin ni.

Lima minit berlalu dalam bilik itu terasa bagai lima jam. Selendang yang melekap di kepala, aku betulkan.. entah apa yang dibincang oleh Hanif dan gadis tu aku pun tak pasti. Aku merenung kearah cincin cincin yang tersusun di hadapan. Ah.. leceh la.

“Hanif ” Aku pun tak pasti kenapa aku panggil nama dia. Aah.. aku tahu..aku bosan.

“Ya, kenapa? You dah putuskan mana satu yang you suka?” Soalnya.

“Putus?..” Aku berfikir seketika.

“Ya lah, kalau belum..”

“Kita putuslah” Ujarku penuh yakin dan pasti. Aku lihat wajah Hanif dan gadis dihadapan aku sedikit bingung. Hahah.. sekarang tak bosan.. seronok pula rasa dapat tengok mamat ni terdiam. Boleh rupanya..

“You..”

“Yeah, let's break up..” Sekali lagi aku memotong ayatnya. Aku bangkit dari kerusi dengan rasa puas dan tenang. Tiba tiba rasa dalam hati aku ni sedang berlaku satu pesta keramaian, penuh dengan kek, manisan serta bunga-bungaan berwarna warni..Hahah.. aku suka..kenapalah aku tak terfikir dari awal.. putus.. tak sangka perkataan seringkas itu dapat menggembirakan aku.hahah.

“Shikin! Wait” Panggilan Hanif tak aku peduli.

“Hey. I nak balik macam mana ni?”

Setiap patah yang keluar dari mulutnya bertukar menjadi nota lagu J-rock kegemaran aku sebaik sahaja mencecah telinga. Hahah.. jahat pula aku rasa. Ah.. ada aku kisah.. Ish. Mesti lena punya aku tidur malam ni. Cik 'hati'.. mari kita raikan kegembiraan kita. Yargh..

***

Nah! dah sampai pun ke destinasi aku. Aku memandu masuk ke laman SV. Ia seakan sebuah rumah british lama yang masih dikekalkan bentuk dan dibiar hanya berwarna putih. Lamannya yang dilitupi rumput permaidani dan batu-batu gelap serta saliran air di kiri dan kanan sepanjang laluan masuk ke cake house ni, melengkapkan lanskap serba moden dan selesa. Cahayalampu dari celah swamp grass yang setinggi lebih dari satu kaki itu menghasilkan efek yang elegan.

Aku melangkah masuk dan terus menghala ke arah sebuah rak yang dipenuhi buku. Aah.. satu lagi obsesi aku, buku. Setelah naskah Falling leaves berada dalam genggaman, aku melangkah ke arah satu sudut yang biasanya menjadi tempat aku bertapa. Satu sudut yang agak terlindung tidak jauh dari rak buku tersebut. Tempat itu tidak sama seperti tempat-tempat lain di dalam SV. Tak ada meja kaca yang berkaki tinggi seperti yang lain. Yang ada Cuma, sepasang bantal empat segi, besar dan kecil dan juga meja jepun yang sederhana besar. Sunyi, aman dan persendirian. Disebabkan pemilik cake house ni adalah sahabat aku, aku sendiri yang mintak tempat ni. Mengada kan aku, haha..bila lagi nak gunakan dia.

Langkah kemas yang aku orak terhenti saat mata aku merekod satu susuk yang sedang enak bersandar di tempat pertapaan aku. Siapa pula mamat ni.. dia tak tahu ke yang tu bukan tempat untuk pelanggan. Lagipun macam mana dia boleh perasan tempat ni sedangkan terlindung dek rak-rak buku dan terletak agak jauh tersudut dari ruang makan cake house ni.

Ni tempat aku la.. hmm..macam mana ni. Aku menganalisa susuk itu buat seketika. Menyeramkan pun ada aku tengok mamat ni, dengan rambut yang hampir menutup seluruh matanya..macam mana dia boleh begitu khusyuk menaip sesuatu pada Macbook dia.

“ Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk sini” Luah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je? Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Telinga bermasalah ke..sengaja buat tak dengar. Haish..sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja jepun itu dan dia masih lagi khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.

‘PAP!’ aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Hidup rupanya benda alah ni. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aiii.. makhluk tak bermata. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.

“Anything?” Soalnya bersahaja.

“ Hmm..aa.. err..tak ada apa-apa..tak, tadi ada nyamuk dekat situ. Sorry ganggu..I pergi sana dulu ya” Ujarku. Cuba mengelak dan dengan pantas bangkit dan berlalu. Hwaa… aku nak duduk situ! Aku mengubah langkah ke arah coffee bar. Dekat situ pun okay lah..dah tak boleh bertapa, baik juga aku bersembang dengan Melati.

“Hai, kenapa pula yang duduk sini?” Soal Melati sebaik sahaja aku mengambil tempat di Coffee Bar. Gadis manis didepan aku sekarang ni adalah sahabat terhebat yang aku pernah ada dan antara sebab kenapa aku terlampau sayangkan dia adalah kerana dia pemilik SV ni. Haha.

“Saja.. nak borak dengan you lah amoi..kenapa? tak boleh?” Soal aku yang kini sedang menopang dagu memerhati gerak tangkas Melati menyediakan kopi.

“Bukan la tak boleh…tapi pelik je” Balas Melati.

“What ever lah cik Melati..” Ujar aku yang masih leka melihat Melati melakukan kerjanya.

“So, malam ni nak SV milk dengan kek apa?” Soal Melati sebaik sahaja secawan kopi yang siap untuk dihidang dihulur pada salah seorang pelayan SV.

“Tak nak susu malam ni.. nak yang macam you buat tadi, tapi lukis seekor nyamuk dekat atas dia..then I nak cakes yang macam amoi tu makan” Balasku sambil menunjuk kearah meja yang tak jauh dari tempat aku duduk.

“ Okay bos!” Ujar Melati, tersenyum dengan gelagat sahabatnya yang seorang ni.

6 comments: