~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Saturday, May 7, 2011

CAKE HOUSE 18






17th BITE: RAGI RAGI CINTA !

Seribu lima ratus, anggaran bilangan spesis bagi yis. Yis adalah mikroorganisma eukaryotic. Benda hidup ni biasanya digunakan dalam pembuatan roti, ia mengalih gula fermentasi dalam doh kepada karbon dioksida. Ini menyebabkan doh tersebut mengembang atau naik sebagai gas, membentuk poket udara ataupun buih. Apabila doh dibakar, yis tersebut mati dan meninggalkan poket udara. Hasilnya.. a soft and spongy texture! Aku memandang bungkusan roti di tangan. Dulu.. mummy pernah cakap.. yis buatkan roti gembira, sebab tu lah roti naik dengan cantik dan lembut. Does love need a yeast?

“Apa yang dipandang roti tu? makanlah” Ujar Anas menamatkan segmen mengenai yis yang asyik aku kendalikan di fikiran. Huh, iya sahaja ajak aku makan.. ingatkan nak bawa aku pergi makan dekat restoran mewah ke hotel tadi.. kalau tahu nak makan roti macam ni je, tak ke lagi bagus kalau makan di SV tadi. Perlahan aku membuka beg kertas yang berisi croissant itu. Jadilah dari tak ada kan.. lagi pun aku lapar ni.

“Kenapa kita duduk dekat sini?” Soal aku sambil melepaskan pandangan ke jalan besar dihadapan bus-stop, tempat kami duduk sekarang. Boleh tahan banyak kereta yang lalu disini. Tapi okay juga kan.. sesekali tukar angin, cantik juga kan tengok permandangan yang penuh dengan cahaya lampu.. dari pokok.. bangunan pun.. ermm.. tapi leceh la. Apa yang kami buat dekat sini sebenarnya? Memang diluar kebiasaan aku. Duduk di bus-stop bukan untuk menunggu bas. Sebungkus roti ditangan. Hmm.. agaknya boleh dikira macam berkelah tak ni?

“Erm.. sebenarnya nak pergi gerai yang dekat jalan hujung sana tu.. tapi tak buka pula malam ni. Apa- apa pun you makan la dulu roti tu, you tak makan lagi kan?” Balas Anas. Huh! Tak ada sense betul la mamat ni. Makan roti dekat bus-stop. Baik aku balik makan dekat rumah.. kebetulan hari ni hari Ja datang mengemas, kalau aku mintak, senang- senang je dia boleh masakkan. Dalam merungut aku tetap menjamah Croissant yang diberi Anas tadi.

“You memang tinggal seorang ke?” Soal Anas, tanpa ada kena mengena dengan tajuk perbualan aku.

“Yup. Seorang.. kenapa?” Aku menyoalnya semula.

“Se..orang.. seorang?” Soalnya lagi. Aku berhenti mengunyah dan berpaling memandangnya hairan. Apahal mamat ni? Apa aku sebut kurang jelas ke? Anas mengerutkan sedikit keningnya, gaya ada sesuatu yang sedang difikirnya.

“Ye la.. seorang.. seorang.. Aaa.. err.. tapi malam ni, Ja ada dekat rumah I.. so malam ni dikecualikan. Tapi kenapa?” Aku masih tak berpuas hati.

“Ja?” Soalnya tanpa pedulikan aku. Ish, ada juga yang aku humban ke tengah jalan ni. Biarkan digelek truck Hicom MTB170UV.. baru puas hati aku. Grrr.. aku tanya tak dijawab juga. Yang aku ni, baik sahaja jawab semua soalan dia.

“Pembantu daddy.. dia datang seminggu sekali.. ala.. kalau I cerita pun bukan..”

“Let’s go” Ujar Anas sebelum aku menghabiskan ayat aku. Tanpa seberang penjelasan lanjut, dia berdiri melangkah kearah tempat dimana dia letak kereta awal tadi. Bab potong aku cakap tu aku boleh la terima lagi.. tapi yang dia pergi ambil Croissant aku tu apahal? Tahu la dia yang belikan pun.. tapi jangan la nak buruk siku sangat. Haish.. manusia oh manusia.

“Kita makan dekat sana” Ujarnya sebaik masuk kedalam kereta.

“Sana?” Sana mana? Ish, kalau cakap tu tak boleh ke bagi habis.. kasi terang sikit.. biar manusia normal macam aku ni boleh faham. Ish. Aku membebel didalam hati. Cepuk juga mamat ni karang. Aku beralih memandang kearah Anas yang tanpa perasaan memandu. Satu senyuman diukirnya sementara anak matanya masih fokus pada jalan di hadapan. Eee.. Ada yang tak kena agaknya dengan makhluk ni. Tiba- tiba senyum seorang.. aish.. meremang bulu tengkuk aku lah. Tolong lah bersikap macam manusia biasa sikit! Sudah lah muka macam mayat, mata kelabu… huh, nasib tak merah, rambut tu.. tak boleh tolak ke belakang sikit ke? Pakai cekak ke.. ikat riben ke.. tak kisah la. Ahah, comel apa.. Aku berkira sendiri sambil cuba membayangkannya. kekeke.. comel, comel!

“Panas ke dalam ni atau you demam?” Soal Anas tiba- tiba, mematikan angan aku.

“Hah?” Kategori apa pula soalan mamat ni. Demam? Panas? Lurus aku meraba dahi. Eh, mana ada. Tak panas pun.

“You are turning red” Ujarnya. Aku spontan memekap kedua belah pipi. Err.. ye ke? muka aku merah? Ish.. muka ni pun satu hal.. suka mengkhianati tuan dia. Aku menarik cermin yang betul diatas kepala. Mana ada.. Isk.. tak merah pun la.

“Mana ada lah” Suka hati je mamat ni nak kata aku blushing. Dia tu dari tadi pandang depan.. bila masanya dia pandang aku. Grrr.. apa la aku ni, senang betul kena tipu.

“Oh.. I teka je” Balasnya tidak berperasaan. Eh, boleh pula main teka. Suka hati dia sahaja.

***

Satu persatu nombor dialihnya dari kertas yang dipegangnya, ditaip dengan rasa teragak- agak pada skrin telefonnya. Dari meja, Intan beralih duduk di katil. Dia masih lagi berkira- kira untuk mendail nombor itu. Terasa sedikit janggal, setelah agak lama tidak berhubung. Segan juga bila teringat yang sudah agak lama dia tak menghubunginya. Melati yang berikan nombor itu siang tadi. Fuuh.. Intan menghela nafas perlahan sebelum menekan butang dail.

“Hello..”

Intan terdiam beberapa saat. Teragak untuk memulakan kata.

“Ibu.. Intan ni” Ujar Intan perlahan. Giliran Puan Mariah pula terdiam. Terkejut dengan panggilan yang tidak dijangkanya.

“Ibu sihat..?” Soal Intan apabila Puan Mariah tidak bersuara.

“Oh.. ah, sihat. Intan macam mana? Lama betul ya tak dengar berita.. eh, Anas, Melati dengan Zara ada di Malaysia tahu” Ujar Puan Mariah. Riak gembira jelas dapat dikesan dari tuturnya.

“Tahu.. Intan tahu.. Intan dapat nombor telefon ni pun dari Melati, Ibu..”

“Oh, ye ke.. Ish, budak Melati tu pun boleh diam.. bukan nak cerita dekat Ibu. Rindunya Ibu..”

***

“Zara! Buat apa dekat sini?” Langkah aku terhenti sebaik melihat Zara yang sedang duduk di kerusi ditengah- tengah lobi apartment aku ini. Ah, sudah! Apa pula si bencana ni buat dekat sini.

“Buat apa dekat sini? Sudah la suruh datang malam- malam ni, pesan bawa macam- macam.. buat orang tunggu sampai setengah jam.. boleh lagi tanya buat apa dekat sini. Huh!” Zara yang asalnya duduk, pantas berdiri. Kedua belah tangannya menjinjing plastik yang aku kurang pasti apa isinya.

Ha? Bila masa pula aku jemput budak ni datang? Ada ke? Isk.. runsing !

“You pun kenapa tak balik lagi?” Aku berpaling pula pada Anas yang berdiri di sebelah aku.

“Jom Zara” Ujar Anas, mengambil bungkusan yang dipegang Zara dan bersahaja menuju kearah lif. Tanpa banyak cerita si Zara mengekor gerak abangnya. Haih.. Aku ni hidup ke tak ni? Apahal dua beradik ni buat macam aku tak wujud dekat sini. Halimunan ke aku ni?

“Uncle nampak saya kan?” Aku memandang kearah kaunter pengawal keselamatan. Uncle Tony mengangguk tanpa tahu punca. Tengok.. aku manusia lagi apa.. yang dua budak tu nafikan kewujudan aku ni sebab apa? Huh! Sekejap. Ini bukan tempat aku ke? yang si Anas dengan Zara tu lebih dahulu ke depan kenapa? hah?

“Aa.. Oh ya, Cik Shikin.. Ada bungkusan untuk cik” Ujar Uncle Tony sambil menarik keluar satu bungkusan dan letakkan diatas kaunter. Tanpa banyak soal aku melangkah menghampiri kaunter. Apa pula lah benda ni. Selesai tanda tangan, aku mengangguk sekali pada Uncle Tony dan berlalu dari situ.

***

Hilang pun dua beradik yang berhantu tu. Alahai.. kenapa la lenguh pula kaki ni. Perut pun lapar. Tadi sudah la di SV tak sempat makan.. sembang dengan Melati lama sangat, tambah pula aku cuba lari dari si Hanif tu. Ingatkan tadi.. boleh juga lah aku makan sedap- sedap mamat tu belanja, alih- alih Croissant yang sebiji tak sempat habis pun diambil semula. Harap- harap si Ja tu masaklah. Tapi.. biasanya kalau aku tak pesan.. memang dia tak masak pun. Isk.. semua salah si mayat tu! memang salah dia! Dalam membebel aku menekan satu persatu kata laluan pintu apartment aku.

“Hah, baru sampai? Kenapa lambat sangat..”

Aku beku seketika dipintu masuk. Eh, betul la kan aku masuk rumah aku. Macam mana pula budak ni boleh ada dekat sini? Waa… aku kurang percaya ni. Bukan tadi dia dah balik ke?

“Keras apa lagi dekat situ? Masuk la” Luah Zara bersahaja. Hai.. ini rumah aku ke rumah dia? Perlahan aku mengatur langkah masuk. Yang aku teragak nak masuk rumah sendiri ni kenapa pula.

“You?” Spontan jari telunjuk aku menghala kearah Anas yang tiba- tiba muncul dari dapur. Atas bawah aku pandang dia yang turut kelihatan sedikit terkejut dengan suara aku. Apron?

“Oh, I minta dekat Ja tadi..” Ujar Anas. Ish, aku maksudkan dia tu.. apa yang dia buat dalam rumah aku ni.. bukannya dari mana dia dapat apron tu. Aku beralih memandang Ja yang sedang sibuk di kaunter dapur. Tak ada lain.. mesti Ja yang bagi budak dua ekor ni masuk.

“Masuklah tukar baju dulu ke apa.. nanti kita makan sama- sama” Anas kembali ke dapur setelah menghabiskan ayatnya. Oh, okay.. dalam otak yang masih lagi kabur- kabur tentang apa yang sedang berlaku sekarang, aku akur dan terus melangkah ke bilik.

***

Selesai mandi aku terus ke meja makan. Semua sudah sedia menanti disitu. Nasi panas! Waaa… bersinar- sinar mata aku melihat hidangan yang terpamer dihadapan mata. Terlupa sudah dengan kes dua orang budak ni menceroboh rumah aku tadi. Boleh tahan penuh meja. Setahu aku peti ais aku kosong.. mana pula datangnya lauk- lauk, sayur semua ni? Macam satu keajaiban pula meja makan rumah aku ni boleh terhias macam ni. Biasanya slogan dapur aku ni tak lain.. kemas.. bersih dan kosong!

“Ja bawak dari rumah daddy ke semua ni? Tak salah, dalam fridge tu mana ada apa yang boleh dimasak pun” Soal aku pada Ja. Pinggan yang sudah siap berisi nasi dihadapan, aku tarik lebih dekat. Waa.. menggoda betul aroma asam pedas ni. Mana satu aku nak mula ni.. setiap mangkuk hidangan masing- masing seperti melambai kearah aku. Yargh.. silau mata aku kalau terus terusan bersinar tengok hidangan macam ni.

“Taklah.. tuan ni yang bawa tadi.. ni pun semua cik Zara dengan tuan ni yang masak. Ja tolong sikit- sikit sahaja” Jawab Ja yang sedang sibuk menuang air. Oh, betul juga.. kan si Zara ni ada pegang barang masa dibawah tadi. Tapi mana pula dia dapat idea nak datang rumah aku ni? Siap baik hati bawa semua ni.

“Anas la, bukannya ‘tuan’ ” Ujar Anas, mungkin kurang senang dengan cara Ja membahasakan dirinya. Eleh.. takut nampak tua la tu. Tapi.. waa.. terharu juga sebenarnya dia buat macam ni. Ehem..ehem.. kontrol jiwa.. kontrol jiwa. Aaa.. padan juga lah dia sibuk tanya aku duduk seorang ke tadi.

“Err.. thanks Anas..” Ucapan terima kasih dari aku dibalas dengan senyumannya. Alahai.. rosak la jantung aku kalau macam ni selalu. Ish, gatal lah kau ni Shikin. Sudah.. sudah.. tumpu perhatian pada makanan cukup. Jangan nak tergoda sangat dengan anak teruna orang ni.

“Eh, Zara yang bawa semua ni tahu. Anas masak je.. so, terima kasih dekat Zara lah.. datang juga walaupun last minute Anas bagitahu tadi” Bantah Zara yang duduk disebelah aku. Ish, kacau mood sahaja budak ni. Nanti lauk ni tak aku makan.. dia yang aku telan. Grrr..

“Iya lah.. thanks Zara..” Ujar aku dengan wajah paling manis.

“Tak apa.. lagi pun kalau bukan sebab Anas yang minta tolong.. belum tentu lagi Zara nak datang kan” Balas Zara. Pulak dah. Huh! Apa sahaja lah kau Zara. Dah memang aku agak yang budak ni kurang keikhlasannya. Tapi tak kisahlah.. rasanya ini kali pertama rumah aku ni nampak bernyawa. Selalunya.. memang aku seorang dirumah.. cuma seminggu sekali Ja datang.. itu pun bukan selalu dia tidur disini. Entah kenapa aku suka dengan apa yang aku rasa sekarang. Mungkin kerana dari kecil aku sudah biasa sendiri.. situasi sekarang buatkan aku rasa senang. Agaknya ini lah rasa makan semeja dirumah dengan keluarga kan? Walaupun hidangan biasanya.. suasananya berlainan. Langsung tak sama rasanya bila makan makanan mewah sendiri.

***

Sepiring Crepes Suzette, French dessert dari kurun ke-19 dan secawan Americano untuk hidangan petang aku hari ini. Hmm… Kalau diikut lagendanya, manisan ini dicipta oleh seorang chef muda Perancis yang mana apabila dia sedang mereka sos bagi crepe untuk dihidangkan pada Prince of Wales, secara tidak sengaja manisan ini terbakar. Walau bagaimanapun, dia beruntung kerana selepas itu manisannya tetap lazat dan menjadi terkenal.

“Eh, Mel. Minggu ni aku tak dapat attend kelas lah.. ada hal” Ujar aku sebaik teringat yang aku ada hal hujung minggu ni. Fokus pada hidangan dihadapan teralih sedikit.

“Tak apa lah kalau macam tu..” Balas Melati yang baru mengambil tempat bersama aku dan Intan di meja keramat aku di SV ni.

“Hmm.. awal sampai hari ni Intan.. shift Intan kan malam nanti” Soal Melati pada Intan namun belum sempat pun Intan menjawab soalannya. Seorang pekerja datang memberitahu Melati yang ada orang ingin berjumpanya. Tanpa banyak soal dia bangkit semula. Ini lagi satu benda yang aku suka tentang Melati, jarang nak dengar dia merungut bila berkait dengan hal kerja dia ni. Hmm..

“Eh, Iya lah.. awal you hari ni” Aku sama ingin tahu.

“Tak ada sebab pun.. kebetulan tak ada kerja hari ni” Jawab Intan.

“Oh.. ingatkan ada dating ke apa tadi..” Ujar aku dengan niat asal ingin berseloroh. Wajah Intan sedikit berubah. Mungkin terasa segan dengan kenyataan aku ataupun tekaan aku memang sudah betul pada tempatnya.

“So, betul lah ni?” Rumus aku berdasarkan reaksinya. Eh, biar betul.. aku ingat nak bergurau sahaja tadi. Kalau betul.. dengan siapa. Aaa.. kalau dah di SV ni.. Ah.. Anas ke?

“Anas?” Soal aku meneka.

“Eh, mana Shikin.. err.. maksud I.. aa.. tak lah.. mana ada” Ujar Intan tersekat sekat. Aah.. jadi betul lah ni. Padan dengan muka aku.. termakan dengan kenyataan aku sendiri. Isk.. rajin sangat nak bergurau senda. Kan sendiri yang makan hati.

“I tahu la.. Melati ada cerita tentang you dengan Anas.. relaks lah.. tak payah nak segan sangat dengan I” Ulasku beserta senyuman kelat. Haih.. Cawan Americano yang masih lagi panas itu aku tarik. Cool shikin.. cool. Kenapa pula kenyataan ni nak memberi kesan pada aku. Lagipun, bukan memang aku dah tahu dari awal ke. Hmm..






*Korang Suka makan Crepes tak? jom buat sesame.
Err.. mesti ramai yg dah reti buat crepes.. tapi nk share jugak crepes suzette neh! hee..

Crepes:
(yg ni boleh dapat dalm smbilan keping)
2 biji telur (besor punye)
1/2 cawan susu rendah lemak
1/4 cwn air
2 sudu besar unsalted butter, dicairkan
1/2 cwn tepung
1 sudu besar gula
Pinch of salt
butter utk kuali/skillet

*Blend smua then simpan dalam fridge dalam 30mnt~ o lebih.
*part nak bentuk ni yg ambik skill sket, but dont get discouraged! stakat satu dua percubaan hancur tu tak kesah la kan.hehee..
*Okeh, letak butter.. bile butter panas but not browned.. scoop lebih kurang 1/4 bancuhan awal tadi.. swirl~ rotate..sampai dpt lebih kurang 7- 7stengah" diameter. lebih kurang la.Agak cantek jadi la kan.

untuk sauce dia:

3 sudu besar mentega tnpa garam
1/2 cwn jus oren (fresh)
1/2 sudu kecil kulit oren yg diparut

What You’ll Do:

In a large skillet, panas butter, orange juice, dan klit oren yg diparut tadi over medium heat. After the sauce starts to bubble, let it cook for another minute so the sauce will thicken.

To Serve: dalam pinggan lipat crepe panas tdi n pour the sauce.
Note: boleh tmbah fresh fruit n kalo jus oren xcukup manis tmbh gule ye.

(^^)V

5 comments:

  1. hihihiiii,best ssgt..kan sronok klau slalu de n3 cam nie.hihiii,rase nak mlompat2 je..oren,tolong rapat2 kan lg anas n shikin tu yea...btw,tqvm ye!

    ReplyDelete
  2. Thanks KD~! oren lagi2 seronok kalo org sronok bace. bukan takat lompat siap guling2 ne. hahah. okeh, kite tgk nanti ye. ;)

    ReplyDelete
  3. thanks~! okeh. keep reading ye. ;)

    ReplyDelete