~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Wednesday, January 6, 2010

la mia bella Luna Adona 2 (my lovely Luna Adona)




‘Disini bermula biasa’. Aedy menongkat dagu ke meja dengan sebelah tangannya memegang segelas air kosong di atas meja. Gelas ditarik supaya tepat dihadapan matanya. Cahaya dari lampu kaki bertentangan dengan meja menimbulkan kesan pada air. Dia tersenyum sinis. Sedikit kesan pencahayaan membuatkan air kosong biasa kelihatan lebih istimewa.

“Aedy..awal bangun?” soal Lee yang tiba-tiba muncul.

Aedy masih tidak mengalih posisinya walaupun dia agak terkejut dengan kehadiran Lee yang secara tiba-tiba itu.

“Bukan kau juga yang suruh aku bangun awal hari ni?” ujar Aedy bersahaja tanpa berpaling menghadap Lee. Dia mengangkat wajahnya dari meja dan menegakkan semula tubuhnya. Gelas berisi air kosong separa penuh itu dilekat kemulut. Satu tegukan, air bersinar tadi mengisi rongga tekaknya.

Lee menggaru kepalanya, kadang-kadang pening juga dengan sahabat merangkap bosnya yang pelbagai kerenah ni. Rambutnya yang nyata masih basah dikemaskan dengan jari.

“ Ye lah.. tapi 4.30 pagi der.. agak-agak la” Ujar Lee sebelum turut duduk semeja dengan dengan Aedy. Rasanya tak sampai tiga jam dia tidur tadi sebelum Aedy memaksanya bangun.

“Aku tak boleh tidur la..bosan” Balas Aedy bersahaja. Tangannya bermain dengan gelas yang baru dikosongnya tadi.

“La.. sebab tu kau paksa-paksa aku bangun tadi? Apa-apa pun kau still perlukan rehat der..jadual penuh esok, pukul sembilan..temujanji dengan hair-stylist then, flight pukul 12.00 ” Ujar Lee sebelum kembali bangkit dari kerusi.

“Esok? Hari ni lah! Anyway, kau nak kemana tu?” Aedy memandang gerak Lee yang menghala ke sofa.

“Der.. aku pun sama la.. perlukan rehat. Kalau tak, kau juga yang susah kan..” Ujar Lee malas, dia menghentikan langkahnya seketika bagi menjawab pertanyaan Aedy.

“Kau buatkan aku roti bakar dengan half- boiled egg Lee” Ujar Aedy tanpa pedulikan kata-kata Lee.

‘Nasiblah kau tu mesin ATM aku..kalau tak, dah lama..’ Lee bersuara sendiri sebelum mengubah hala langkah. Terbantut niatnya untuk sambung tidur di sofa. Mandi sudah, tapi tetap masih mengantuk. Haish..

“Kau cakap dengan aku ke?” Soal Aedy.

“Bila pulak? Ni, telur dah habis..so, roti bakar je la der” Balas Lee pada Aedy yang kini sudah bangkit dari kerusi menuju ke peti ais.

“Apa-apa je la, tapi kan..kau kenapa hari ni.. dari tadi kalau cakap, asyik der..der..der. Mana pula kau belajar ni?” Soal Aedy sambil menuang jus oren kedalam gelasnya. Lee tersengih menampakkan barisan giginya.

“Tu kan bahasa yang budak-budak sekarang selalu guna..bro..der..lu.. dengan apa entah lagi” Lee beria menerangkan pada Aedy.

“Masalahnya, kau tu bukan budak pon..umur pun dah nak masuk tiga puluh..berangan lah kau!” Ujar Aedy sambil menepuk bahu Lee sebelum berlalu bersama segelas penuh jus oren.

******

Lebih kurang satu jam lagi mereka akan mendarat di KLIA. Luna membetulkan duduknya agar lebih selesa sekembalinya dari tandas. Bosan. Dia cuba memejamkan mata tapi tidak juga dapat tidur. Luna kemudian berpaling kearah Aliya yang sedang asyik dengan majalah ditangan. Sesekali Aliya tersenyum sendiri kemudian majalah yang dipegang tadi ditarik lekap ke dada. Dahi Luna berkerut melihat tingkah Aliya yang baginya pelik.

“Kak Liya kenapa?” Soal Luna ingin tahu.

“Saja..kenapa? tak boleh senyum..?” Balas Aliya dengan senyuman yang masih sedia terukir.

“Tak lah.. kalau dah senyum mestilah suka.. tapi apa yang Kak Liya sukakan sangat tu?”

“Hmm..mestilah suka! Dapat tengok gambar boyfriend Kak Liya dalam majalah ni..sweet..sangat” Aliya mengeratkan pelukannya pada majalah tadi.

“ Kak Liya ada boyfriend ke?” Soal Luna serta merta mematikan senyum Aliya. Pipi Luna dicubit Aliya. Geram. Mati terus angan-angan Aliya.

“Choi! Okay..okaylah..bukan boyfriend Kak Liya, tapi favaorite artist Kak Liya lah..tapi masa akan datang tak tahu lagi la kan” Aliya menutup semula majalah yang dari tadi dibukanya hanya pada muka surat yang sama. Luna diam seketika seperti berfikir sesuatu. Seorang gadis manis berkebaya menghampiri tempat Luna dan Aliya menangguh lagi perbualan mereka. Setelah dua gelas jus diletakkan pada mereka, gadis itu meneruskan langkahnya. Sempat Luna menghadiahkan senyuman padanya.

“Artis Malaysia? Kejap..Luna tahu..biar luna teka” Luna kelihatan bersemangat. Prada bingkai putihnya dikemaskan kedudukan.

“Luna tahu?” Aliya masih tidak percaya. Masa bila pula si Luna ni sempat nak ambil tahu tentang semua ni..?

“Hmm.. A.Samad Said? Eh, tapi dia dah tua..” Luna menggaru kepalanya yang tidak pun gatal. Aliya mengeluh sendiri. Memang dia sudah mengagak yang si luna ni tak tahu pun.

“Ab.Ghafar Bahari?..aa..Kohan Marjonid? Tak pun..Abd. Latif Maulan..aar..”

“Siapa tu?” Potong Aliya sebelum banyak lagi nama yang langsung tidak dikenalinya itu keluar dari mulut Luna.

“Artis Malaysia lah.. penulis..pelukis..” Jawab Luna dengan muka tanpa rasa bersalah.

“Aidil Hady la..”

“Ooo.. tapi tak pernah dengar pun”

“Dia penyanyi..pemuzik..Luna mana ambil tahu semua tu kan..” terang Aliya. Luna tak mungkin akan kenal pun. Sudahlah boleh dikira berapa kali Luna ke Malaysia semenjak datuknya meninggal..apalagi senaskah majalah hiburan pun tidak pernah disentuhnya, macam mana dia nak tahu.

“Siapa kata Luna tak ambil tahu? Luna minat muzik juga tau.. Ludwig van Beethoven..Wolfgang Amaedus Mozart..banyak lagi lah ..”

“What ever Luna.. Kak Liya nak tidur sekejap..sweet dream Aliya..” Ujar Aliya sebelum berpaling kearah lain. Pening melayan si Luna. Apa pun yang pening itulah yang disayang..itu jugalah satu-satunya adiknya sekarang.

*****

Luna mengorak langkah ke ruang menunggu diikuti Aliya. Penat mula terasa bila menyedari sudah berjam-jam diatas kapal terbang. Mata Luna liar memandang sekeliling. Pada satu ruang tidak jauh dari mereka kelihatan sedikit sesak. Ramai yang berkumpul disitu..pelbagai gelagat, yang pastinya..kebanyakan dari mereka adalah perempuan.

“Eh, luna.. sebelum ni, papa cakap..siapa yang tunggu kita dekat sini?” Soal Aliya sambil menghulur botol mineral pada Luna. Entah bila dia beli pun Luna tidak perasan.

“Pak Aziz...mesti dia tengah cari kita sekarang” Balas Luna. Anak matanya masih tidak berhenti bergerak. Mencari-cari kelibat orang yang dikatakan Pak Aziz itu. Aliya mengangguk.

“Kak Liya tunggu dekat sini ya..biar Luna cuba tengok dekat sana..mana tahu Pak Aziz terselit antara orang-orang ramai tu” Ujar Luna pada Aliya yang sudah pun mengambil tempat dikerusi.

Beg dibahu dikemaskan sebelum memulakan langkah kearah sekumpulan manusia tidak jauh dari tempat dia berdiri tadi. Baru beberapa langkah diatur, tiba-tiba Luna terdorong ketepi bila seseorang melanggarnya.

“ Maaf..” Ujar Luna walau pada hakikat, ternyata bukan salahnya. Gadis yang baru sahaja melanggarnya tadi terus meluru kehadapan tanpa mempedulikan Luna. Dia tersenyum sendiri. ‘Dia tak perasan Luna kot..’ Detik hati Luna sebelum kembali meneruskan langkahnya. Gadis tadi kelihatan menyertai kumpulan orang yang bersesak dihadapan.

“Tumpang tanya..ada tak sesiapa nama Pak Aziz dekat sini?” Luna cuba mencuri perhatian pada orang yang sedang bersesak disitu tapi ternyata hanya sia-sia. Seperti tiada siapa pun yang perasan dia disitu. Ramai juga diantara yang disitu kelihatan memegang kamera. Cahaya flash dari kamera-kamera sesekali menyilaukan pandangannya.

Luna cuba menyelit untuk terus kehadapan dengan mulutnya masih menyebut nama Pak Aziz, mengharapkan seseorang menjawab. Sekali lagi Luna bernasib malang bila kakinya secara tidak sengaja tersepit dicelah orang ramai dan membuatkan dia tersembam dihadapan. Luna terasa seperti setiap mata kini memandang kearahnya. Suasana yang bingit sebentar tadi tiba-tiba senyap.

“Err.. saya cari Pak Aziz..” Ujar Luna pada dua susuk yang berdiri betul dihadapannya.

“Aedy..kita kena gerak sekarang” Lee menepuk bahu Aedy. Mengingatkan. Aedy mengangkat tangan mengisyaratkan dia faham pada Lee sebelum dia tiba-tiba membongkok mencapai cermin mata Luna yang tercampak ketepi tadi.

“Adik cari pak cik apa tadi?..hmm, tak kisahlah..nah, jaga diri” ujar Aedy sambil menghulurkan prada milik Luna yang terjatuh tadi. Dia kemudian terus berlalu sebaik sahaja memberikan senyuman terakhir pada kesemua wartawan dan peminatnya disitu.

Kawasan sekitar menjadi lengang sebaik sahaja rombongan Aedy bergerak. Luna menarik beg disisinya mencari kain untuk membersihkan cermin matanya yang sedikit kabur. Terdapt cap jari disitu. Setelah puas hati dengan keadaan prada bingkai putih kesayangannya itu, Luna pantas melekapkan semula pada tempatnya. Segalanya kembali lebih jelas.

"Cik okay ke?"

Luna mengangkat kepala melihat tuan empunya suara. Dia tersenyum pada lelaki itu sebelum mengangguk mengiakan pertanyaannya tadi.

1 comment: