~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Thursday, March 24, 2011

CAKE HOUSE 12





11th BITE: BUTTER CAKE, PÂTISSIER AND MINT CANDY

Empat jam.. tolak tambah? Isk.. boleh ke aku tahan kelas ni ya. Tak bosan ke nanti? Tapi kalau si seram tu yang ajar.. dengan senyuman dia yang mencairkan macam mentega dekat atas penkek tu.. hmm.. empat belas jam pun aku boleh tahan rasanya. Eh, eh! Apa aku fikir ni. Otak aku ni bergurau pula, fikir bukan bukan! Aish.. sudah jangan mengarut Shikin. Aaa.. tapi kan, kalaulah arwah mummy masih ada, mesti dia bangga kan dengan aku..Fuh! cayalah Shikin. Selendang yang tersangkut pada birai katil, aku capai dan letak di kepala. Awal juga aku sampai tadi, ada la lebih kurang setengah jam aku dekat tempat Melati ni. Tumpang bilik Melati sekejap. Selesai bersiap aku keluar ke ruang tamu. Tiada sesiapa disitu. Mana pula pergi semua orang tadi? Ala.. lapar la pula. Mana sempat pun nak makan tengah hari masa singgah rumah daddy tadi. Aku mengusap- usap perut, mengenangkan sudah ada tanda- tanda pemberontakan disitu. Uu.. wangi boleh tahan ni.. apa agaknya yang dimasak si Melati tu ya. Agak menusuk kalbu.

“Ha, Shikin.. lunch sekali dulu ya sebelum kelas” Ujar Melati, tiba- tiba terjengul dari dapur.

“Okay!..urgh.. I’m starving!” Balasku pantas, pakej dengan muka kesian. Serius, aku memang lapar. Pagi tadi sempat sarapan susu dengan roti sekeping sahaja. Melati tersengih dengan gelagat aku yang agak drama itu kemudian menganggkat tangan mengisyaratkan supaya aku mengikutnya ke ruang makan. Hmm.. jangan sesekali tolak rezeki ! Ahah, macam tak biasa pula melantak dekat sini kan.

Sebaik masuk ke ruang makan, mata aku pantas sahaja menangkap susuk Anas yang sedia menanti di meja. Nasi di dalam pinggannya kelihatan belum bersentuh, sebaliknya dia leka dengan PSP di tangannya. Dia tunggu aku ke? Hee.. jangan perasan la Shikin.

“Zara tak makan sekali ke?” Soal aku berbasa basi. Padahal dalam hati bukan main berpesta, suka tak payah cakap la bila kelibat si Zara tidak kelihatan dimana- mana. Anas mengangkat kepala memandang seketika sebelum kembali menatap skrin PSP nya empat lima saat dan letakkan di sebelah. Apalah yang best dengan benda tu agaknya.

“Zara awal lagi dah makan, I suruh dia prepare kelas” Jawab Melati. Mangkuk yang dibawanya dari dapur tadi diletakkan diatas meja. Aku mengangguk dan segera mengambil tempat. Tak tahan pula dengan godaan masakan si Melati ni. Waa… masak lemak la.. daging bakar.. cendawan dan brokoli.. hurm..

“Got Malay cuisine, huh. Tak tahu pula you tahu masak ni” Ujarku. Tangan aku rancak menyenduk nasi dari mangkuk yang dihulur Melati ke pinggan. Menusuk jiwa raga betul aroma masak lemak ni.

“You mean.. masak lemak cili api ni? Bukan I, tapi Zara yang masak, dia baru belajar tu, cuba la rasa.. tapi kan kalau Anas yang buat mesti lagi sedap, kan Anas” Jelas Melati.

“Karut” Balas Anas tanpa perasaan. Aku lihat Melati tersenyum memandang Anas. Apa yang lucu dekat sini? Aku tengok si Anas ni serius je. Aku memandang kearah Anas yang khusyuk dengan nasi di dalam pinggannya. Huh, memang tak ada perasaan. Tapi tadi tu bukan kakak dia puji dia ke? Kurang- kurang seronok la sikit bila dah kena puji tu. Ish, manusia..manusia..tak faham..tak faham.. Haa.. berbalik pada apa yang si Melati cakap tadi.. si Zara tu? Dia yang masak ni? Boleh makan ke ni? Tak bahaya ke? Isk..

“Makanlah, I pasti Zara letak cili api tadi bukannya wasabi” Ujar Anas buatkan aku kembali menatap pinggan sendiri. Aa.. A’ah juga kan.. mesti la selamat, lagipun Melati dengan si seram ni pun makan yang sama. Okay! Mari kita maaakan! Kenyangkan perut sebelum menempuh cabaran selepas ini.

***

“Intan?” Aku dapat mendengar Anas menyebut nama itu perlahan. Aku turut menghentikan langkah sebaik Anas yang dihadapan aku berhenti secara tiba- tiba. Apahal pula ni?

“Intan!” Aku berpaling pula pada Melati yang menjerit tiba- tiba disebelah. Intan? Giliran aku menyebut nama itu di dalam hati. Aku menjenguk, mengenalpasti gadis si empunya nama yang disebut dua beradik ni.Siapa pula gadis ni? Kenapa pula dua orang ni nampak macam terkejut nampak perempuan tu. Hmm.. cantik boleh tahan. Aku mengangkat kening sebelah. Tak faham lah situasi ni.. macam pernah jadi pun ada situasi ni. Eh, tak kot.. Jangan cakap yang ni lagi satu adik beradik mereka sudah la.

“Melati.. lama tak jumpa kan.. sihat?” Soal Intan pada Melati yang jelas masih terkejut. Wajah Intan tidak seceria senyuman yang cuba diukirnya. Hmm.. mesti mereka ni rapat kan.. macam program jejak kasih pun ada juga ni.

“Hey.. sihat.. tapi kan, mana pergi? Berapa tahun hilang, tak ada khabar, marah ke merajuk ni ha?” Soal Melati. Dia menarik Intan ke dalam pelukannya. Aku menggaru kepala. Terasa ketinggalan dengan babak dihadapan aku sekarang.

“Sis, I think.. I have to go.. program dah nak mula. Take your time with Intan ya. I’ll handle the rest.. Intan, jemput duduk dulu ya.. Shikin, jom” Ujar Anas sementara aku mengangguk faham.

“Kejap, kita pergi sama- sama lah” Sambut Intan. Sekali lagi Anas dan Melati kelihatan terkejut.

“Class?” haa.. jangan berguraulah Intan, serius ke ni?” Soal Melati. Ooo.. dia ni masuk kelas tu juga ke? Aaa.. tak kisah la.. apa nak dipelikkan, takkan pula aku seorang je masuk kelas tu. Haa.. itu baru pelik, kan..

“Hello, I’m Shikin.. kita classmate.. err.. I mean, baking class mate. Eh, tak kisah la, fancy meeting you!” Ujar aku dengan penuh yakin menghulur tangan pada Intan. Tak malu betul aku ni mencelah. Intan menyambut tangan aku baik walaupun reaksinya seperti sedikit musykil, kurang- kurang elok juga sambut.. tak macam si bencana Zara tu.

“ Fancy meeting you ..Shikin” Ujar Intan beserta senyum.

“Eh, jom lah. Nanti kita berbual lagi, banyak sangat benda nak cakap ni” Sampuk Melati pula. Lengan Intan ditariknya. Waa.. dah jumpa kawan baru.. aku ditinggalnya. Isk.

***

Ada lima orang peserta di dalam bilik ni, kalau dicampur si Zara.. enam orang la..tapi tak tahu la sama ada si Zara ni pun nak belajar atau sengaja nak jadi pengganggu ketenteraman dekat sini. Melati.. berdiri dihadapan sementara si mayat hidup tu pula hanya duduk disatu penjuru. Eleh.. tadi kata nak menolong kakak dia, handle konon.. ni elok pula dia leka dengan headphone dia tu.Hmm.. Nasib baiklah hari ni cuma pengenalan, sedikit teori dan peraturan dapur sahaja. Aku ingatkan, masuk- masuk kelas ni terus membakar je. Tapi mengantuk la pula duduk dalam bilik macam ni. Macam hadir seminar pun ada. Huargh.. berair dah mata aku ni, asyik menguap dari tadi.

“Mint?”

“Umm?” Aku memandang sebelah. Intan, gadis yang baru aku kenal sebelum masuk tadi menghulurkan gula- gula pada aku.

“Aha.. thanks..this sure helps” Aku mencapai pemberiannya. Iya la sangat kan.. aku kalau dah mengantuk..mengantuk juga la.. gula- gula ke.. kafein ke.. memang tak membantu. Tapi, orang dah bagi kan.. ambil je la. Baik juga dia ni ya, boleh buat kawan ni..kurang- kurang boleh kurangkan bosan dalam kelas ni.

“Nama you Intan kan?” Soal aku cuba memulakan bicara.

“..and you Shikin” Balasnya buatkan aku tersenyum. Aa..apa lagi ya nak tanya? Selalu kalau kita baru kenal orang.. apa yang kita tanya? Nama dah.. umur? Eh, tak boleh.. tak boleh.. Sangat cliché. Habis tu.. nak tanya apa? Takkan nak tanya hobi pula, lagi la.. ish.

“You like cake?” – “Suka kek?”

Secara tidak sengaja kami meluahkannya serentak. Waa.. sama la.. dia boleh baca fikiran aku ke? Haa.. ada ikatan kimia ni. Ada potensi jadi kawan baik ni agaknya. Aku menutup mulut menahan tawa, aku lihat Intan pun sama tersenyum. Macam mana la boleh terfikir nak tanya soalan yang sama ni kan.

“Ya, Shikin.. Intan, ada soalan?” Soal Melati yang entah bila dia berdiri dihadapan meja kami ni. Aku pantas menggeleng, begitu juga Intan. Perasan pula si cikgu ni yang anak muridnya tidak menumpu perhatian.

Sebaik sahaja Melati berlalu, aku menarik pen dan buku dihadapan aku dan mencatat sesuatu diatasnya kemudian aku seret perlahan kepada Intan.

I sinfully love them! Cakes..cakes..and more cakes.. tapi bab nak membuatnya I tak berminat sebenarnya.. masuk kelas ni pun satu kemalangan ..haih.. (- , -)V and you?
-Shikin

kemalangan? I suka kek.. tapi tak kritikal sangat la.. (*,*)V hahah. but I suka sesuatu, dan ia sesuatu yang berkait dengan kek dan cake house ni
-Intan

Kening aku bertaut, cuba memahami apa yang dimaksudkan Intan. Apa ya yang berkait dengan kek? Dia pun suka SV ni ke? Ah.. kami memang serasi ni.

***

Anas menarik headphone nya yang dari awal tadi tidak mengeluarkan sebarang muzik. Memang dari tadi ipod dia kehabisan bateri. Dia mengerling ke arah Intan yang duduk disebelah Shikin ketika ini. Lebih lima tahun rasanya dia tidak pernah berjumpa dengan Intan. Hilang begitu sahaja tanpa berita.. tidak langsung berhubung dengan keluarga mereka dan macam mana dia boleh muncul dekat sini? Dia memang tahu ke cake house ni milik Melati? Sedikit sebanyak, itu menimbulkan tanda tanya pada Anas.

Beberapa ketika, anak matanya tertarik untuk beralih memandang Shikin yang disebelah. Gelagat Shikin yang menutup mulut menahan tawa menarik perhatiannya. Entah apa yang lucu disitu pun dia tidak pasti. Dia turut perasan yang dari tadi si Melati asyik mengerling Shikin yang langsung tidak kisah untuk mengambil perhatian dengan apa yang diterangnya.

‘Haih.. Shikin.. shikin.. kalau aku tak letak nama dia dulu.. memang satu keajaibanlah kalau dia nak sertai kelas ni atas kerelaan sendiri agaknya.. tapi, kenapa ya aku buat macam tu? Uh, eh.. entah la.. tapi kan..menarik juga kalau dia ada dalam kelas ni, dengan kelam kabut dia.. dengan rasa tak minat dia.. hmm.. menarik tu..’ detik hati Anas. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Nampak seiring dengan Shikin yang ketika ini turut tersenyum.

***

Intan memandang sekilas pada Anas melalui penjuru matanya. Hmm.. lebih lima tahun.. Eh, dia pandang arah ni? Senyum? Dekat siapa? Sebelah aku… Shikin?’ Intan menyoal sendiri di dalam hati.

10 comments: