~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Wednesday, April 13, 2011

CAKE HOUSE 15





14th BITE: JASMINUM SAMBAC MEKAR HARUMKAN SEGELAS SANPIN CHA

Lima minit tiga puluh lima saat sebelum kelas bermula, aku baru tiba diluar kawasan SV cake house. Sekeping not sepuluh aku serah pada pemandu teksi dihadapan, tanpa menunggu baki aku melangkah terus keluar dari kereta. Ish, bila entah aku nak pergi ambil kereta dekat rumah daddy ni, yang daddy pun.. alang- alang dah tolong tuntutkan kereta aku yang kena tunda tu.. apa lah salahnya kalau tolong pula hantarkan ke rumah aku. Huh, dengan anak sendiri pun berkira.

Masuk sahaja kedalam SV, aku nampak Melati melambai tangan pada aku supaya menghampiri dia yang sedang berdiri disebelah salah satu meja yang terdapat didalam cake house ini. Zara, Anas dan Intan pula masing- masing duduk disekeliling meja. Hurm.. nasiblah kelas tak mula lagi.

“Breakfast dulu, Shikin” Pelawa Melati dengan senyumannya seperti selalu. Sempat aku mengerling kearah Anas dan Intan yang duduk bersebelahan. Tak semena, apa yang Melati cerita tempoh hari tentang mereka terimbas kembali. Hmm.. tengok macam tak ada apa masalah pun dua orang ni.. tapi kenapa agaknya dulu tak setuju sahaja untuk bertunang ya? Tapi kalau betul jadi.. maknanya Anas.. Eh, tak boleh..tak boleh.. Kejap! Kenapa tak boleh pula? Bukannya ada kaitan dengan aku pun..tapi.. Aaah! Malas fikir.

“You tak breakfast sekali, Mel?” Soal Aku sambil menarik kerusi kosong disebelah Zara, bertentangan dengan Anas dan Intan.

“Sudah tadi. Makanlah. I tunggu dekat kelas ya.. Zara, jom..dah sudah makan kan” Melati menjawab soalan aku sebelum menepuk bahu Zara, menggegasnya. Zara menghirup sisa red tea dari cawannya sebelum bangkit dari kerusinya. Oh.. bab dengar cakap kakak abang dia tak liat.. sama lah bab kenakan aku pun tak liat juga.

Kini tinggal cuma Aku, Intan dan Anas disitu. Menghadap sarapan masing- masing. Aku menggaru kepala, tidak tahu apa yang patut dibualkan dengan budak dua orang ni. Heee.. kenapalah padan sangat dua orang ni.. cantiknya padan.. umurnya padan.. Tiba- tiba aku terasa asing pula dekat sini. Ish, aku pun comel apa.. lagipun bukannya aku ni tua sangat.. tiga puluh pun lagi berapa tahun. Haish.. aku mengeluh tanpa sedar, sebiji pumpkin bread aku alihkan ke piring aku. Roti itu kemudian aku bahagi kepada dua sebagai langkah berhati- hati.. mana tahu kalau kalau ada inti yang tidak diingini. Langkah berjaga- jaga itu perlu, tambah lagi kalau si bencana tu ada di sekitar.

“Kalau pagi- pagi macam ni dah mengeluh.. tandanya umur makin meningkat..” Ujar Anas buatkan separuh roti yang sudah berada didalam mulut rasa ingin tersembur keluar. Intan yang prihatin, menghulurkan segelas air kosong pada aku. Urgh.. boleh tercekik aku. Dia dapat baca ke apa yang fikir tadi? Memang la aku tengah fikir bab umur tadi. Tapi… waaah, tak berperasaan betul mamat ni buat kesimpulan. Aku muda lagi apa? Hish.. kalau iya pun dah rasa diri tu muda sangat, kurang- kurang hormat la sikit orang yang lahir awal sikit ni. Grrr.. gelas yang dihulur Intan tadi airnya tinggal separuh diteguk aku. Aku menepuk dada beberapa kali sebelum menarik nafas perlahan dan lepaskan. Kemudian baru aku beralih memandang Anas, makhluk yang mengeluarkan kenyataan sehingga aku tersedak tadi. Dia tersenyum sebaik pandangan kami bertemu.. agaknya memang dari tadi dia memerhatikan aku ke?. Segera aku beralih kearah lain. Aku berdehem bagi menyembunyikan sedikit rasa gugup bila berada didalam situasi seperti itu. Hish.. mata si Seram ni memang berbahaya. Sudah la warna anak mata dia lain macam.. dia pakai kanta lekap ke? err.. macam real je. Ah, entah la.

“Jangan la usik Shikin macam tu” Intan menampar bahu Anas. Nampak mesra.. aish.. betul ke dua orang ni tak ada apa- apa?

“Anas ada salah cakap ke?” Soal Anas pada Intan tanpa rasa bersalah. Aaa.. dia bahasakan diri dia dengan nama bila bercakap dengan Intan. Dengan aku tak pun.. Ergh.. yang aku nak bandingkan diri dengan Intan ni kenapa pula, jelas- jelas dua makhluk ni kenal antara satu sama lain lebih dulu dari aku. Wahai Shikin, kembalilah anda ke alam nyata. Stabilkan semula fikiran anda yang semakin ganjil tu. Aku bermuhasabah sendiri.

***

“Macam ni?” Soal Intan pada Anas yang berdiri disebelahnya. Aku yang berada di meja sebelah Intan, entah berapa kali sudah mencuri pandang kearah mereka. Haish.. siapa kata aku cemburu.. mana ada aku cemburu. Tak ada lah! Tapi agak- agak la kan.. Intan seorang sahaja ke peserta dalam kelas ni, dari tadi asyik dekat meja Intan sahaja. Aku pun bayar apa.. bukannya percuma- percuma sahaja aku masuk program ni. Haish.. sementara sibuk membebel di dalam hati, aku menyusun bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat chocolate soufflĂ©.

Huh! Tak apa. Aku pun tak kisah.. ingat aku tak boleh buat sendiri? Sila tengok berpandu pada sifat semulajadi la.. ini Shikin, apa yang Shikin tak boleh buat? Cuma kadang- kadang biasa la.. manusia buat silap kan, tapi bukan bermaksud tak boleh..cuma, belum boleh sahaja. Tengok la.. Mixing bowl atau bekas untuk membuat adunan kek, aku pegang dengan kedua belah tangan. Penuh yakin aku melintasi Anas dan Intan menuju kebelakang, tempat simpanan bahan- bahan.

Tepung yang siap disukat gramnya, aku masukkan kedalam bekas tadi sebelum kembali semula ke tempat aku. Sementara itu, sempat aku mengintai gerak laku Intan dan Anas.

‘Argh!’

“Kak Shikin!” Sekelip mata aku terduduk dilantai. Apa yang sempat aku dengar hanyalah jeritan Zara sebelum betul- betul sedar dengan apa sedang berlaku. Aku memandang kearah Zara yang turut terduduk bersama aku diatas lantai dengan sedikit tepung berlumur di rambutnya, kemudian aku memandang pula pada bekas yang aku pegang tadi. Sudahpun terlungkup di lantai. Ish, budak ni jalan tengok mana? Aku mengelap muka dengan lengan baju sebaik menyedari yang aku turut terkena tempiasnya. Ish, habis tudung dengan muka aku ni. Apa ingat aku tak cukup pakai bedak ke nak dilumur tepung.

“Kak Shikin ni kuat berangan lah! Jalan tak pandang depan” Bebel Zara yang masih sibuk membersihkan rambutnya dari tepung. Tsk.. nak salahkan aku seorang. Kalau dah jalan betul sangat, kenapa boleh terlanggar dengan aku. Sama sahajalah kau tu Zara.

“Ish, dua orang ni.. macam mana boleh berlanggar ni? Dah, bangun. Pergi la kalau nak tukar baju ke apa” Melati yang baru tiba, menarik tangan Zara membantunya berdiri. Grr.. bukan salah aku pun.. semua sebab Intan dengan Anas la tadi.. kalau tak pandang mereka tadi, mesti aku tak berlanggar dengan si malapetaka ni punya.

“Are you alright?” Aku sedikit terkejut bila sedang aku sibuk mengelap muka yang bertepung, bekas stainless steel aku yang tercampak tadi berada begitu hampir dengan muka aku. Aku mengangkat muka memandang tuan yang menghulur bekas itu pada aku. Pada- pada la kalau nak hulur pun.. ni hampir cecah batang hidung, mahu tak terkejut aku ni. Aku menjeling kearah Anas yang sedikit berbongkok mendekati, menghulur bekas tersebut pada aku yang masih duduk di lantai.

“Huh!” Aku menarik bekas itu dari tangannya dan bangkit berlalu dari situ tanpa menjawab soalan dia tadi. Eh, yang aku tiba- tiba nak lepas marah dekat dia kenapa? Laa.. suka hati aku la kan. Huh.

***




Aku memerhati jam di tangan, masih ada sedikit masa sebelum teksi yang aku tempah tadi sampai. Gelas Sanpin Cha ataupu Jasmine tea aku pusing- pusingkan sedikit, menggerakkan bunga jasmine yang mengembang di dasarnya. Alahai.. cantiknya.. wangi pula tu. Sengaja aku memilih untuk duduk di dek luar SV cake house. Jarang aku duduk dekat sini, tapi bila nak tenangkan fikiran.. memang sesuai dekat sini, tambah pula suasana selepas hujan tadi buat udara disini terasa segar. Urgh.. penat! Padahal buat choc soufflĂ© pun tak menjadi, yang aku seorang pula tu.. kenapa orang lain buat jadi? Isk. Aku meluruskan tangan kehadapan, meregang- regang sedikit otot yang terasa tegang. Aku memerhati pokok- pokok dan rumput yang masih basah. Jarang betul aku ada masa untuk menikmati benda- benda macam ni. Tapi aku dekat sini sekarang bukan sebab nak tenangkan fikiran.. siapa kata aku tak tenang? Aku okay apa? Haih…

“Another sigh? One more sigh.. and you’ll turn to middle-aged woman” Fokus aku terganggu sebaik Anas muncul dan tanpa dipelawa mengambil tempat pada kerusi yang bertentangan dengan aku. Biarlah aku nak mengeluh berapa kali pun.. kalau aku jadi tua pun bukan ada kena mengena dengan engkau wahai encik mayat.. Grrr.. Kenapa entah mamat ni duduk depan ni. Rosak habis permandangan yang tadi cukup menenangkan.

“Ha.. Anas, tolong hantarkan Shikin.. dia datang dengan teksi tadi” Muncul Melati pula dengan cadangan yang aku kira tidak berapa sesuai itu. Aku segera menggeleng kepala.

“It’s okay. I dah call teksi.. kejap lagi sampai lah” Aku menolak bersungguh. Aku menghayun tangan beberapa kali sebagai isyarat yang aku tidak perlukan bantuan si Anas ni.

“Mari” Anas bangkit dari kerusi dan mengambil beg aku dari kerusi sebelah. Dia berlalu dari situ tanpa langsung peduli pendapat aku. Dia ni tak faham ke? kan aku dah kata tak perlu hantar. Haish.. yang dia pergi bawa lari beg aku tu kenapa pula? Aku meneguk sisa Jasmine tea dari gelas aku tadi sebelum bangkit dari kerusi mengejar Anas yang sudah jauh di depan. Eee.. budak ni la kan!

***

Kenapa dia ada dekat sini lagi? Haish.. mahu dihalau, aku tak rasa nak bercakap dengan dia. Cuba la faham sendiri. Aku mengganguk sekali pada chauffeur yang berdiri dihadapan pintu masuk sebelum ke dalam.

“Hmm.. lavish apartment with a smart house concept.. great huh?.. you beli atau you sewa dekat sini?” Soal Anas sebaik melepasi lobi apartment aku, matanya sibuk memerhati sekitar. Tanpa rasa bersalah, dia mengekor aku hingga ke pintu lif. Mamat ni.. sampai bila dia nak ikut aku ni. Dah tumpangkan sudah la.. takkan nak ikut sampai ke rumah? Berangan la. Soalannya tidak aku jawab sebaliknya aku terus melangkah masuk lif tanpa pedulikan dia. Memang momok betul la dia ni.

“Takkan bos nak menyewa pula kan..” Tambah Anas yang turut melangkah masuk kedalam lif. Aku mengeluarkan telefon dan berpura sibuk dengannya, padahal.. bukan ada apa pun. Paling- paling pun mesej si Hanif yang sudah tak larat aku buang setiap kali dia hantar.

Beberapa ketika kemudian, lif berhenti pada tingkat dua dimana rumah atau sarang aku terletak. Tanpa berpaling aku melajukan langkah, dengan harapan dia tidak terus mengikut. Huh, sibuk nak ikut aku kenapa. Pergi la jaga hal sendiri, tak pun ikut sahaja la Intan tu.. sang diskriminasi!

“You memang serius dah tak mahu bercakap dengan I ?” Soal Anas. Haih, ada lagi rupanya.

“I tak tahu la kenapa you marah..” Ulasnya lagi buatkan langkah aku terhenti. Marah? Aku marah ke? kenapa ya? Aku tak perasan pula.. tapi betul juga, yang aku tak mahu sangat bercakap dengan dia kenapa ya?

“Masa bila I marah?” Aku mempersoalkan kenyataannya tanpa memandang.

Senyap… Tanpa sebab aku menanti reaksi dari Anas, tapi langsung tiada sebarang tindak balas. Haih, dah balik ke mamat ni? Kenapa senyap tiba- tiba pula dia ni. Di dalam hati, aku mengira dari satu hingga sepuluh sebelum dengan rasa ingin tahu berpaling ke belakang. Macam nak gugur jantung aku bila melihat Anas sedang mencangkung diatas tembok koridor yang menghadap taman sambil tenang memandang kearah aku. Gila apa mamat ni? Tak cukup iman ke apa. Turunlah, gila! Dia sedar tak ni tingkat dua. Kalau terjatuh tu.. tak mati pun, unit rawatan rapi juga lah. Isk.. berderau rasa darah aku. Tahu la aku selalu panggil kau tu mayat pun.. tapi tak ada pula aku maksudkan macam tu. Maksud aku.. ergh.. apa- apa pun turunlah dari situ.

“You ada hobi tak?” Soal Anas tanpa aku faham apa yang ingin disampaikannya. Sambil membetulkan rambut yang hampir menutup matanya tu, dia berdiri. Dia mengukir senyuman yang buatkan aku tertanya maksudnya. Sebelah tangannya diangkat ke dahi, gaya tentera memberi hormat sebelum sebelah matanya dikenyitkan. Huh? Dia buat apa ni? Apahal dengan hobi pula ni? Kenapa pula dia berdiri dekat atas tu? tak ke lagi bahaya.. Isk.. bahaya lah! Jangan!

Baru sahaja aku mengangkat tangan untuk menghalang dia dari membuat sebarang kerja gila, masa yang sama Anas berpusing membelakangi aku dan terus melonjakkan kakinya dari tembok. Sempat aku lihat dia tersenyum tenang sebelum terus hilang dari pandangan aku. Serius, kali ni senyuman dia tak cool langsung..tak comel langsung pada mata aku. Yang aku tahu, jantung aku bukan main bermasalah lagi. Kaki dan tangan aku sejuk serta merta. Bukan mainan, memang sekarang ditinggkat dua, tak ada sebab untuk dia tidak tercedera..atau mungkin.. Ish, tak nak fikirlah. Aku mengesat peluh yang mula merenik di dahi. Sebelum melangkah payah kearah tembok itu. Ish, kaki aku pun.. masa macam ni la nak mengeletar pun. Kelam kabut aku memerhati, mencari kelibat Anas dari atas namun tidak kelihatan. Isk.. tak nampak la.. mana dia ni. Aku mengenggam kedua belah tangan aku kejap, berjalan mencari pintu lif semula. Pelbagai andaian mula menguasai fikiran.

7 comments: