~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Thursday, March 24, 2011

CAKE HOUSE 12





11th BITE: BUTTER CAKE, PÂTISSIER AND MINT CANDY

Empat jam.. tolak tambah? Isk.. boleh ke aku tahan kelas ni ya. Tak bosan ke nanti? Tapi kalau si seram tu yang ajar.. dengan senyuman dia yang mencairkan macam mentega dekat atas penkek tu.. hmm.. empat belas jam pun aku boleh tahan rasanya. Eh, eh! Apa aku fikir ni. Otak aku ni bergurau pula, fikir bukan bukan! Aish.. sudah jangan mengarut Shikin. Aaa.. tapi kan, kalaulah arwah mummy masih ada, mesti dia bangga kan dengan aku..Fuh! cayalah Shikin. Selendang yang tersangkut pada birai katil, aku capai dan letak di kepala. Awal juga aku sampai tadi, ada la lebih kurang setengah jam aku dekat tempat Melati ni. Tumpang bilik Melati sekejap. Selesai bersiap aku keluar ke ruang tamu. Tiada sesiapa disitu. Mana pula pergi semua orang tadi? Ala.. lapar la pula. Mana sempat pun nak makan tengah hari masa singgah rumah daddy tadi. Aku mengusap- usap perut, mengenangkan sudah ada tanda- tanda pemberontakan disitu. Uu.. wangi boleh tahan ni.. apa agaknya yang dimasak si Melati tu ya. Agak menusuk kalbu.

“Ha, Shikin.. lunch sekali dulu ya sebelum kelas” Ujar Melati, tiba- tiba terjengul dari dapur.

“Okay!..urgh.. I’m starving!” Balasku pantas, pakej dengan muka kesian. Serius, aku memang lapar. Pagi tadi sempat sarapan susu dengan roti sekeping sahaja. Melati tersengih dengan gelagat aku yang agak drama itu kemudian menganggkat tangan mengisyaratkan supaya aku mengikutnya ke ruang makan. Hmm.. jangan sesekali tolak rezeki ! Ahah, macam tak biasa pula melantak dekat sini kan.

Sebaik masuk ke ruang makan, mata aku pantas sahaja menangkap susuk Anas yang sedia menanti di meja. Nasi di dalam pinggannya kelihatan belum bersentuh, sebaliknya dia leka dengan PSP di tangannya. Dia tunggu aku ke? Hee.. jangan perasan la Shikin.

“Zara tak makan sekali ke?” Soal aku berbasa basi. Padahal dalam hati bukan main berpesta, suka tak payah cakap la bila kelibat si Zara tidak kelihatan dimana- mana. Anas mengangkat kepala memandang seketika sebelum kembali menatap skrin PSP nya empat lima saat dan letakkan di sebelah. Apalah yang best dengan benda tu agaknya.

“Zara awal lagi dah makan, I suruh dia prepare kelas” Jawab Melati. Mangkuk yang dibawanya dari dapur tadi diletakkan diatas meja. Aku mengangguk dan segera mengambil tempat. Tak tahan pula dengan godaan masakan si Melati ni. Waa… masak lemak la.. daging bakar.. cendawan dan brokoli.. hurm..

“Got Malay cuisine, huh. Tak tahu pula you tahu masak ni” Ujarku. Tangan aku rancak menyenduk nasi dari mangkuk yang dihulur Melati ke pinggan. Menusuk jiwa raga betul aroma masak lemak ni.

“You mean.. masak lemak cili api ni? Bukan I, tapi Zara yang masak, dia baru belajar tu, cuba la rasa.. tapi kan kalau Anas yang buat mesti lagi sedap, kan Anas” Jelas Melati.

“Karut” Balas Anas tanpa perasaan. Aku lihat Melati tersenyum memandang Anas. Apa yang lucu dekat sini? Aku tengok si Anas ni serius je. Aku memandang kearah Anas yang khusyuk dengan nasi di dalam pinggannya. Huh, memang tak ada perasaan. Tapi tadi tu bukan kakak dia puji dia ke? Kurang- kurang seronok la sikit bila dah kena puji tu. Ish, manusia..manusia..tak faham..tak faham.. Haa.. berbalik pada apa yang si Melati cakap tadi.. si Zara tu? Dia yang masak ni? Boleh makan ke ni? Tak bahaya ke? Isk..

“Makanlah, I pasti Zara letak cili api tadi bukannya wasabi” Ujar Anas buatkan aku kembali menatap pinggan sendiri. Aa.. A’ah juga kan.. mesti la selamat, lagipun Melati dengan si seram ni pun makan yang sama. Okay! Mari kita maaakan! Kenyangkan perut sebelum menempuh cabaran selepas ini.

***

“Intan?” Aku dapat mendengar Anas menyebut nama itu perlahan. Aku turut menghentikan langkah sebaik Anas yang dihadapan aku berhenti secara tiba- tiba. Apahal pula ni?

“Intan!” Aku berpaling pula pada Melati yang menjerit tiba- tiba disebelah. Intan? Giliran aku menyebut nama itu di dalam hati. Aku menjenguk, mengenalpasti gadis si empunya nama yang disebut dua beradik ni.Siapa pula gadis ni? Kenapa pula dua orang ni nampak macam terkejut nampak perempuan tu. Hmm.. cantik boleh tahan. Aku mengangkat kening sebelah. Tak faham lah situasi ni.. macam pernah jadi pun ada situasi ni. Eh, tak kot.. Jangan cakap yang ni lagi satu adik beradik mereka sudah la.

“Melati.. lama tak jumpa kan.. sihat?” Soal Intan pada Melati yang jelas masih terkejut. Wajah Intan tidak seceria senyuman yang cuba diukirnya. Hmm.. mesti mereka ni rapat kan.. macam program jejak kasih pun ada juga ni.

“Hey.. sihat.. tapi kan, mana pergi? Berapa tahun hilang, tak ada khabar, marah ke merajuk ni ha?” Soal Melati. Dia menarik Intan ke dalam pelukannya. Aku menggaru kepala. Terasa ketinggalan dengan babak dihadapan aku sekarang.

“Sis, I think.. I have to go.. program dah nak mula. Take your time with Intan ya. I’ll handle the rest.. Intan, jemput duduk dulu ya.. Shikin, jom” Ujar Anas sementara aku mengangguk faham.

“Kejap, kita pergi sama- sama lah” Sambut Intan. Sekali lagi Anas dan Melati kelihatan terkejut.

“Class?” haa.. jangan berguraulah Intan, serius ke ni?” Soal Melati. Ooo.. dia ni masuk kelas tu juga ke? Aaa.. tak kisah la.. apa nak dipelikkan, takkan pula aku seorang je masuk kelas tu. Haa.. itu baru pelik, kan..

“Hello, I’m Shikin.. kita classmate.. err.. I mean, baking class mate. Eh, tak kisah la, fancy meeting you!” Ujar aku dengan penuh yakin menghulur tangan pada Intan. Tak malu betul aku ni mencelah. Intan menyambut tangan aku baik walaupun reaksinya seperti sedikit musykil, kurang- kurang elok juga sambut.. tak macam si bencana Zara tu.

“ Fancy meeting you ..Shikin” Ujar Intan beserta senyum.

“Eh, jom lah. Nanti kita berbual lagi, banyak sangat benda nak cakap ni” Sampuk Melati pula. Lengan Intan ditariknya. Waa.. dah jumpa kawan baru.. aku ditinggalnya. Isk.

***

Ada lima orang peserta di dalam bilik ni, kalau dicampur si Zara.. enam orang la..tapi tak tahu la sama ada si Zara ni pun nak belajar atau sengaja nak jadi pengganggu ketenteraman dekat sini. Melati.. berdiri dihadapan sementara si mayat hidup tu pula hanya duduk disatu penjuru. Eleh.. tadi kata nak menolong kakak dia, handle konon.. ni elok pula dia leka dengan headphone dia tu.Hmm.. Nasib baiklah hari ni cuma pengenalan, sedikit teori dan peraturan dapur sahaja. Aku ingatkan, masuk- masuk kelas ni terus membakar je. Tapi mengantuk la pula duduk dalam bilik macam ni. Macam hadir seminar pun ada. Huargh.. berair dah mata aku ni, asyik menguap dari tadi.

“Mint?”

“Umm?” Aku memandang sebelah. Intan, gadis yang baru aku kenal sebelum masuk tadi menghulurkan gula- gula pada aku.

“Aha.. thanks..this sure helps” Aku mencapai pemberiannya. Iya la sangat kan.. aku kalau dah mengantuk..mengantuk juga la.. gula- gula ke.. kafein ke.. memang tak membantu. Tapi, orang dah bagi kan.. ambil je la. Baik juga dia ni ya, boleh buat kawan ni..kurang- kurang boleh kurangkan bosan dalam kelas ni.

“Nama you Intan kan?” Soal aku cuba memulakan bicara.

“..and you Shikin” Balasnya buatkan aku tersenyum. Aa..apa lagi ya nak tanya? Selalu kalau kita baru kenal orang.. apa yang kita tanya? Nama dah.. umur? Eh, tak boleh.. tak boleh.. Sangat cliché. Habis tu.. nak tanya apa? Takkan nak tanya hobi pula, lagi la.. ish.

“You like cake?” – “Suka kek?”

Secara tidak sengaja kami meluahkannya serentak. Waa.. sama la.. dia boleh baca fikiran aku ke? Haa.. ada ikatan kimia ni. Ada potensi jadi kawan baik ni agaknya. Aku menutup mulut menahan tawa, aku lihat Intan pun sama tersenyum. Macam mana la boleh terfikir nak tanya soalan yang sama ni kan.

“Ya, Shikin.. Intan, ada soalan?” Soal Melati yang entah bila dia berdiri dihadapan meja kami ni. Aku pantas menggeleng, begitu juga Intan. Perasan pula si cikgu ni yang anak muridnya tidak menumpu perhatian.

Sebaik sahaja Melati berlalu, aku menarik pen dan buku dihadapan aku dan mencatat sesuatu diatasnya kemudian aku seret perlahan kepada Intan.

I sinfully love them! Cakes..cakes..and more cakes.. tapi bab nak membuatnya I tak berminat sebenarnya.. masuk kelas ni pun satu kemalangan ..haih.. (- , -)V and you?
-Shikin

kemalangan? I suka kek.. tapi tak kritikal sangat la.. (*,*)V hahah. but I suka sesuatu, dan ia sesuatu yang berkait dengan kek dan cake house ni
-Intan

Kening aku bertaut, cuba memahami apa yang dimaksudkan Intan. Apa ya yang berkait dengan kek? Dia pun suka SV ni ke? Ah.. kami memang serasi ni.

***

Anas menarik headphone nya yang dari awal tadi tidak mengeluarkan sebarang muzik. Memang dari tadi ipod dia kehabisan bateri. Dia mengerling ke arah Intan yang duduk disebelah Shikin ketika ini. Lebih lima tahun rasanya dia tidak pernah berjumpa dengan Intan. Hilang begitu sahaja tanpa berita.. tidak langsung berhubung dengan keluarga mereka dan macam mana dia boleh muncul dekat sini? Dia memang tahu ke cake house ni milik Melati? Sedikit sebanyak, itu menimbulkan tanda tanya pada Anas.

Beberapa ketika, anak matanya tertarik untuk beralih memandang Shikin yang disebelah. Gelagat Shikin yang menutup mulut menahan tawa menarik perhatiannya. Entah apa yang lucu disitu pun dia tidak pasti. Dia turut perasan yang dari tadi si Melati asyik mengerling Shikin yang langsung tidak kisah untuk mengambil perhatian dengan apa yang diterangnya.

‘Haih.. Shikin.. shikin.. kalau aku tak letak nama dia dulu.. memang satu keajaibanlah kalau dia nak sertai kelas ni atas kerelaan sendiri agaknya.. tapi, kenapa ya aku buat macam tu? Uh, eh.. entah la.. tapi kan..menarik juga kalau dia ada dalam kelas ni, dengan kelam kabut dia.. dengan rasa tak minat dia.. hmm.. menarik tu..’ detik hati Anas. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Nampak seiring dengan Shikin yang ketika ini turut tersenyum.

***

Intan memandang sekilas pada Anas melalui penjuru matanya. Hmm.. lebih lima tahun.. Eh, dia pandang arah ni? Senyum? Dekat siapa? Sebelah aku… Shikin?’ Intan menyoal sendiri di dalam hati.

Monday, March 21, 2011

CAKE HOUSE 11



10th BITE: SETINGGI DAN SESALJU MONT BLANC

Satu, aku penat. Dua, aku geram. Tiga, riiiimas! Ish. Aku melajukan langkah menuju ke lingeries department kemudian sekali lagi berpaling kebelakang. Dia menghentikan langkahnya lebih kurang tiga meter dari aku kemudian dia berpaling menuju kebahagian wangian yang ada berhampiran. Nak sangat ikut aku kan.. ikut.. ikut la. Aku dah cakap dari tadi, aku nak jalan seorang, sibuklah sangat nak temankan aku.

Aku berjalan kehadapan sedikit sambil berpura melihat pakaian disitu mata aku sesekali mengerling kearah Hanif. Sedikit..sedikit.. dia hilang dari pandangan. Fuh, nasib baik.. Cepat sahaja aku mengatur langkah ke pintu keluar Isetan ni.

“Uh !” spontan tangan aku menekap ke dada sebaik melihat Hanif sedang menanti diluar pintu. Hurgh.. bila pula mamat ni sampai dekat sini. Hampir- hampir aku nak langar si Hanif ni tadi. Haih.. mati- mati aku ingat aku dah Berjaya lari dari dia tadi.

“Done? Jom pergi makan..” Soalnya tanpa rasa bersalah.

“Huh? I dah janji dengan Melati nak jumpa dia hari ni” Aku memberi alasan walaupun memang benar aku nak ke sana, cuma tak ada la pula aku berjanji dengan si Melati tu.

“SweetVille? Hurm.. kenapalah you ni suka sangat makan benda- benda manis ya.. tapi I okay sahaja kalau nak ke sana..” Tutur Hanif. Aku sendiri tak tahu la mamat ni, sengaja buat tak faham yang aku nak lari dari dia atau memang dia tak faham. Susah juga orang macam ni. Aku memandang seketika wajahnya sebelum melepaskan keluhan berat. Apalah agaknya yang ada dalam fikiran mamat ni ya?

***

“Kita dah break-up, you faham kan tu?” Soal aku. Kini kereta sudahpun masuk ke kawasan letak kereta SV cake house. Tengok.. sampai sini juga dia ikut aku. Hati kering betul dia ni.

“Maksud you masa kita pilih cinci haritu? Mestilah I faham..tapi itu kata you, you yang nak break-up, bukan I.. kalau you boleh bertegas untuk putus.. sebaliknya I tegas untuk tidak. Kita masing- masing ada hak kan..” Jawab Hanif panjang lebar. Bunyi seperti benar dia maksudkan apa yang dikatanya. Sedikit sebanyak apa yang dikatanya buatkan aku rasa seperti pesalah besar. Iyalah.. salah aku juga buat keputusan pentingkan diri macam tu. Tapi aku nak buat macam mana.. dah masa tu baru aku sedar yang aku tak ikhlas dengan dia. Aku memang tak boleh la dengan dia.. dengan cara dia.. dengan cakap tak mahu kalah dia.. dengan super non-stop bebel dan rungut. Semua yang aku suka tak kena pada dia. Ish, mana tahan..

“Okay, macam ni lah. I minta maaf sebab buat keputusan macam tu.. tapi I tak akan ubah fikiran I..so, you baliklah ya.” Aku membuka pintu kereta dan keluar. Pantas Hanif menurut gerak aku.

“I tak percaya and I wouldn’t change my mind too.. lagipun, sebelum you berkahwin dengan sesiapa selagi tu I ada peluang kan..” Hanif masih belum mahu mengalah. Dia membuntuti aku ke pintu SV. Ish, serabut la macam ni.

“Ish, susah la you ni.. Aaa… macam mana I nak cakap ya.. hmm.. I already have someone else!” Ujarku tanpa berfikir, dengan harapan si Hanif ni akan berputus asa.

‘Bukk!’ Kedengaran bunyi pintu yang ditolak aku terlanggar sesuatu dari dalam.

Ops! Aku memandang dengan rasa bersalah kearah Anas yang berdiri betul dihadapan aku sebaik sahaja pintu dibuka. Dia memekap kepalanya yang semestinya sakit terhantuk dek pintu kayu padu SV yang ditolak aku dari luar. Boleh tahan kuat juga aku tolak pintu tadi, semuanya sebab aku tengah geram dengan si Hanif yang tak faham bahasa ni.

“Err.. erm.. I tak tahu you..aa.. eh, you nak ke mana?”Ujar aku dengan ayat yang agak tidak teratur. Biasalah kalau dah bersalah tu. Anas memandang aku dengan pandangan berhantunya seperti biasa kemudian beralih memandang Hanif yang diam berdiri dibelakang aku. Spontan aku mengikut gerak anak matanya memandang Hanif. Si Hanif ni pun satu.. tak faham- faham.. semua salah dia la aku dah jadi pesalah ni. Hampir cederakan orang yang tak bersalah.

“Somewhere..” Balas Anas ringkas dan dingin bunyinya sebelum terus melangkah keluar. Ish, dia marah ke? Seram boleh tahan..

“I tak percaya” Hanif kembali bersuara sebaik Anas melepasinya

“Tak percaya apa?” Soal aku kembali menyambung langkah ke dalam cake house ni.

“Yang you dah ada someone” Ujarnya mengembalikan ingatan aku pada apa yang diucap aku awal tadi.

“Okay..okay..tapi, Still! I tak akan balik dengan you.” Ujarku penuh yakin.

“Then, there’s my chance” Ujar Hanif, turut melajukan langkah supaya seiring jalan dengan aku.

“Where’s Mel?” Soal aku pada salah seorang pelayan disitu. Malas aku nak melayan encik tak faham bahasa ni.

“Upstairs, Miss Shikin” Jawab gadis beruniform SV cake house itu. Dia tahu nama aku la.. tapi aku tak tahu pun nama dia.. macam budak baru.. eh, ye ke?

Aku senyum pada dia dan mengangguk faham sebelum beralih kearah tangga yang terletak agak belakang dari ruang makan ini.

“Okay, sampai sini je. Atas ni tempat Mel..strictly, no man allowed... you faham kan?” Aku berpaling kearah Hanif sebaik memijak anak tangga pertama.

Dia diam memandang seketika. Berfikir mungkin.

“Fine.. but I nak you ingat yang I tak akan putus asa, lagipun I tahu yang you pun masih sukakan I” Ujarnya sebelum berlalu.

Apa dia? Apa dia cakap? Urgh.. malas aku nak fikir. Buat sakit otak je.

***

Aku menongkat kepala memandang kosong kek Mont Blanc yang sudah tinggal separuh. Nasib tadi si Hanif tu balik juga. Dia balik dengan apa la agaknya.. yang aku tahu, bas memang mustahil la. Tak lain mesti telefon pemandu dia.

“Macam berat je masalah..” Aku mengangkat kepala memandang si empunya suara. Haa… ni satu lagi bala. Apa pula la helah dia kali ni. Zara yang berdiri dihadapan aku pandang penuh syak. Ingat aku tak tahu senyuman kejam kau tu. Huh, memang tak boleh percaya budak ni. Atas bawah aku scan Zara. Itu, apa pula yang disorok dibelakang dia tu? tak sedap hati dah aku ni.

“Zara pegang apa tu?” Soal Anas. Eh, bila pula mamat ni balik? Tadi bukan keluar ke? tak sampai satu jam pun.

“Hah? Mana ada apa” Balas Zara dengan senyum manis. Haa.. lain macam senyum tu mesti ada apa- apa.

“Hmm.. Mel cari Zara dekat dapur” Ujar Anas sebelum melabuh duduk.

“Alaa.. apa lagi Mel ni.. Zara baru je dapat rehat ni.. baru ingat nak seronok seronok..hmm..” Zara mula menarik muka masam sebelum akur dan berlalu ke dapur. Fuh, nasib baik dia pergi. Memang tak nak la.. aku kena macam hari- hari sebelum ni dengan dia.

“Tak excited ke, kelas mula esok?” Soal Anas. Excited? Huh, tolong la jangan ingatkan aku.

“Aaha…” Balas aku perlahan. Tak ikhlas langsung. Senyum terukir dibibirnya sebaik mendengar jawapan aku. Alahai.. cair la aku macam ni. Hehe..gatal pula aku ni.

“Sorry pasal tadi” tiba- tiba aku teringat yang aku belum pun meminta maaf bila aku yang menyebabkan dia terhantuk dekat pintu tadi.

“Tadi?.. Oh, ni.. sikit je, tak ada masalah” Ujar Anas, menyelak sedikit rambutnya yang menutup dahinya. Alamak, bengkaklah.. Bertambah- tambah rasa bersalah aku melihat dahinya yang sedikit lebam itu. Teruk la aku ni.. haih..

“Bengkak! Ala.. sorry.. tak sengaja”Ish, macam mana aku nak buat ni? Mesti sakit tu. Haish.. Shikin.. Shikin.

“No worries lah” Ujarnya bersahaja.

“Sorry..” Sekali lagi aku meminta maaf. Tak tenang betul aku. Kali ni Anas tersenyum dan menggeleng perlahan

“Lupakan. One more thing, esok jangan lewat” Anas berdiri semula dan melangkah kedapur meninggalkan aku yang masih dengan rasa bersalah seorang disitu. Aaa.. dia tak marah kan?

Thursday, March 17, 2011

CAKE HOUSE 10




9th BITE: MANIS MANIS SI CARAMEL MACCHIATO


Seratus lima puluh gram kafein ditambah susu tanpa lemak menghasilkan seratus Sembilan puluh kalori sebaliknya jika ditambah susu penuh krim kalorinya mencecah dua ratus tujuh puluh. Campur lagi whip cream dengan minuman yang sejuk ni memerlukan kita menambah lagi seratus sepuluh kalori. Caramel Macchiato oh caramel macchiato. Aku memusing- musing bekas minuman yang baru sahaja aku beli dari kafe sebelum masuk pejabat tengah hari ni. Hurm.. 190 tambah 110.. sama dengan 300.. waa.. tiga ratus kalori bakal ditelan. Aku mula mencongak.. berat aku 50 kg.. aaa.. maknanya.. tenaga yang aku perlu untuk bakar kalori bagi secawan caramel macchiato ni sama dengan.. tenaga memberus gigi atau bermain piano hampir seratus lima puluh minit. Oh, tidak.. gym! Ya, gym.. dah dua hari aku ponteng ke sana.. harini wajib!

Okay cukup dengan ilmu hisab kertas dua sebagai ni, baik aku sambung kerja sekarang. Malam ni.. bertapa dekat SV macam selalu, agaknya ada lagi tak si Zara tu? Grrr.. semalam aku rasa memang kerja dia la, kalau tak siapa lagi. Dengan senyuman kejam dia tu.. memang sah dia yang sorok kunci kereta aku bawah permaidani tu. Berpeluh aku cari.. Hurgh.. harap- harap si malapetaka Zara tu tak ada la dekat cake house hari ni. Eh, macam mana pula? Dah memang dia tinggal dengan Melati pun dekat situ. Ish.

***

From:
SweetVille CakeHouse

Subject:
New Batch Schedule for Our Cake House Fun Baking & Pastry Program.

“ SweetVille cake house..” Ujarnya sendiri sambil menghalakan anak panah untuk membuka e-mail yang datang dari SV. Rasanya cukuplah berapa tahun ni dia berdiam tanpa khabar. Putus terus hubungan dengan mereka semua. Masing- masing tambah dewasa, masing- masing mampu berfikir. Tak sudah kemana dibawanya rajuk.

“Intan..! makan..!” Suara ibu saudaranya yang memanggil dari dapur menghentikan aktiviti otaknya yang sebentar tadi sibuk mengulang tayang memori lepas.

“Coming” Rambut yang tadi dibiarkan lepas diikat kemas kemudian bangkit melangkah pantas ke dapur.

***

Kalaulah kan.. dalam alam realiti ni, ada muzik latar macam dalam filem atau drama bersiri yang kita tengok tu kan.. aku rasa muzik latar aku sekarang.. hmm.. aku nk letak muzik si pink phanter tu. Tengah misteri ni.. Aku memandang sekitar cake house, memerhati.. kalau ada kelibat Zara. Hmm… tak ada. Okay.

Misi setakat ni lancar, kawasan selamat tiada ancaman. Aku tersenyum sendiri sebaik tiba di tempat pertapaan. Tempat aku ni pun selamat dari sebarang jajahan. Senaskah buku kisah penyiasatan sudah sedia ditangan. Misi seterusnya cuma pesan makanan!

“Strawberry milkshake! On the house”

Eh, aku belum sempat pesan lagi.. Zara ?! Aku memandang kearah Zara yang bersimpuh dihadapan sebaik meletak gelas berisi strawberry milkshake yang agak menggoda. Siap boleh nampak hirisan strawberry segar lagi. Aku mengerutkan dahi, memandang hairan kearah Zara yang tersenyum simpul. Apa bencana pula dia bawa hari ni..

“Minum la.. Zara belanja” Ujarnya sambil menolak gelas tadi lebih dekat dengan aku. Lagi lah pelik.. Boleh percaya ke dengan muka comel dan senyuman kejam budak ni? Entah- entah ditaruknya julap dalam ni, teraniayalah aku jawabnya. Haa.. julap tahan lagi, buatnya racun. Ish, jangan harap aku nak minum. Aku tak akan tertipu ya, budak kecil.

“Jangan risau lah.. Zara tak letak racun pun.. sebenarnya zara nak minta maaf pasal semalam, so.. zara belanja Kak Shikin air ni..” Tambahnya lagi melihat aku tidak menunjuk tanda- tanda berminat untuk terima pemberiannya. Huh, memang aku dah agak.. semalam tu memang kerja dia.

“Semalam?” Aku berpura tidak tahu. Grrr.. dia punya pasal, tungging terbalik aku cari kunci kereta semalam. Kelam- kabut, berpeluh semua cukup semalam. Ingatkan betul hilang.

“Pasal kunci kereta tu.. alah, zara saja nak bergurau dengan Kak Shikin.. Kak Shikin tak marah kan?” Soalnya. Hush..tak lah.. ma…na ada aku marah. Aku memang suka aktiviti menyihatkan badan macam tu.

“Aa..” Ayat aku terhenti disitu sebaik melihat Anas menghampiri kami.

“Choc Orchidée” Aku berpaling ke sebelah. Giliran Anas meletak piring berisi Choc Orchidee yang aku rindui. Waa.. rezeki aku hari ni.. makan minum orang belanja. Macam tahu je yang aku memang mengidam benda ni. Semangat dia ajar aku buat dulu, tak juga aku reti buat benda ni.

“Tapi I tak order lagi..” Cheh! Aku ni.. buat- buat tanya.. padahal suka bukan main. Aku memandang piring berisi choc orchidee itu. Waah.. aku boleh nampak kelopak..kelopak bunga terapung disekitar kek yang sedang besinar sinar. Walaupun fantasi semata- mata.. tapi itulah bayangan godaan yang datang dari Choc Orchidee kesukaan aku ni.

“Alah.. kami belanja.. Kak Shikin makanlah” Sampuk Zara sementara aku lihat si Anas turut mengambil tempat di meja bersama tanpa dipelawa.

“Yeah.. please. Enjoy your meal” Tambah Anas tanpa memandang aku. Headphonenya sudah siap ditarik menutup telinga, Macbook miliknya ditarik dari bawah meja dan dibuka. Eh, memang ada dekat situ ke dari tadi? Kenapa aku tak perasan pun.. Waa.. nampak gaya macam misi aku hari ni separuh gagal. Dia macam ada niat nak duduk lama dekat sini. Ish, makin lama tempat aku ni makin tak tenang.

“Yup, minum dulu” Zara menolak gelas kehadapan aku entah untuk kali keberapa. Aku memandang ke arah Zara yang dari tadi beria menyuruh aku minum, kemudian beralih memandang Anas. Pandangan bertaut secara tidak sengaja segera aku alihkan. Tanpa berfikir aku menarik gelas berisi strawberry milkshake pemberian Zara tadi. Seteguk mengalir laju ketekak. Kepala aku terasa bengang tiba- tiba, lidah dan tekak rasa macam dicucuk.. mata pula kabur dengan air mata. Urgghhhh…! Apa ni?! Kedua belah tangan aku tekap ke kepala sampai rasa bengang hilang. Gila minah ni.. dia letak apa dalam air ni? Aku mengesat air mata dengan selendang. Aduh la.. apa malang sangat nasib aku.

“Shikin? Kenapa?” Soal Anas. Dia memandang aku dengan wajah serius. Mana tidaknya.. reaksi aku tadi macam orang sakit kronik pun ada. Tapi serius memang bengang kepala.

“U-Huh..” Aku menggelengkan kepala. Haduh.. berapi rasanya tekak aku. Aku memandang kearah Zara yang nyata sedang menahan tawanya. Haish.. aku bunuh juga budak ni nanti.

“Sorry lah.. tak tahu pula Kak Shikin tak suka wasabi” Ujar Zara dalam senyum simpulnya.

“Wa.. wa.. wasabi?!” Mata aku membulat mendengar kata katanya. Dia letak wasabi dalam air ni? Padanlah. Grrr.. memang tak lama dah budak ni.

“Zara.. temankan Mel beli barang sekejap” Melati muncul menyelamatkan keadaan. Nasib la Melati datang.. kalau tak memang aku siapkan budak ni dekat sini juga.

“Ala… Zara baru nak mesra dengan Kak Shikin” Zara memberi alasan.

“Jangan nak ‘ala..’ sangat, jom!” Ujar Melati sambil menarik tangannya.

Banyaklah kau punya mesra! Pergi.. pergi cepat sikit. Mahu bertukar jadi makhluk lain juga aku ni kalau lama lagi dengan budak ni.

“Wasabi…” Anas ketawa sebaik meluahkan perkataan tu. Aku menjeling kearahnya. Oo.. gelakkan aku.. Separuh mati aku tadi tahan penangan Strawberry Milkshake berwasabi, dia boleh gelak.

“Why don’t you try” Ujar aku sambil mengetap gigi, menahan rasa geram. Gelas yang tadi dihadapan aku, aku tolak kearahnya.

“No, thanks.. I tak suka susu campur strawberry..” Balasnya bersahaja. Tawanya tadi diganti senyum.

“Habis tu, you ingat I suka susu campur strawberry campur wasabi?” Soal aku masih dalam nada geram. Kali ini makin lebar pula senyuman si seram ni. Aku cakap serius.. dia boleh senyum..

“Patutlah si Zara tu beria sangat nak makan sushi siang tadi..” Ujar Anas perlahan tanpa menjawab soalan aku. Dia kembali menatap skrin dihadapannya. Aku menjeling sekilas kearahnya sebelum mencapai buku yang dari tadi aku abaikan.

“I mintak maaf bagi pihak Zara..” Ujar Anas.

“Hmm..” Balas aku, berpura mula khusyuk dengan helain buku yang baru diselak. Iya lah.. padan sangat kau orang adik- beradik ni.. haritu si Melati mintak maaf bagi pihak Zara.. ni mamat ni pula. Haih.. mesti seronok kan.. ada adik beradik, tak macam aku.. sendiri buat salah.. sendiri tanggung.. tak ada pun orang nak tolong mintak mintak maaf semua ni.

“Makanlah.. dah habis nanti boleh top-up, tak ada dalam menu pun.. So, banyak lagi lebih dekat dapur tu” Anas menarik buku dari pegangan aku kemudian menolak piring Choc Orchidee.

“Kejap lagi I makan lah” Balas aku sambil mencapai semula buku dan segera membelakangkan Anas. Muka aku terasa kebas.. pastinya darah mula berkumpul dekat muka. Ala… macam mana aku boleh tak perasan yang aku pegang buku terbalik tadi.. Ish.. malu lah macam ni. Tak nak.. tak nak.. sumpah aku tak nak pandang muka dia dah sepanjang malam ni, eh tak, sampai esok.. tak.. tak.. sampai bila- bila pun tak apa.

SweetVille Cake House Characters!




Uwah..wah..wah. moh2 nengok. ini la namenye keje orang malas. malas nak scan.. malas nak edit.. malas nak crop. malas segale. bakat nye takde minat boleh la. hehee. Gambo ni sbenanye xsiap lagi pun.. baru dok sketch2. saje gatai nk post gak. Ish buruk ah tgk. Ish, xmalu.. tp nk post jugak. ish. xboleh jadik..nnt kena buat lain ah.

OOOOkeh..
PRESENTING..!!!

the characters of SV CAKE HOUSE~` hehee

Dari kiri..
yg duduk tu --> ZARA si bencana
Berdiri dekat zara --> MEL aka MELATI si manis
seterusnya --> HANIF yg bermasalah
ehem2,sbelah tu pulak --> SHIKIN
kemudian --> ANAS si seram
dan yg hujung skali tu --> INTAN

Semua ni antara watak penghias SV CAKe H0usE~* nk tunjuk kat ruki la mende nih. hahah. baru smalam sembang. ni oren da try masukkan kat sini. heheh.. sorilah dengan kualitinye. Almaklumlah budak oren tu malas katenye.

ENTRY BARU ..malam ni InsyaAllah..

Tuesday, March 15, 2011

CAKE HOUSE 9



8th BITE: SWEET AND SOUR BERRIES BURST IN THE MILK MILKY MUG


60- 80 denyutan per minit adalah kadar normal degupan jantung masa rehat atau sinus rhythm.. tapi jantung aku sekarang Tachycardic seketika?! Eh tak.. masih sinus rhythm Cuma lebih pantas dari sebelum. Hish.. terkejut aku. Suka- suka hati nak menegur macam tu. Selalu macam ni mahu bermasalah jantung aku ni. Anas? Dia balik semula kesini?

“Hey, bukan kata minggu depan ke baru nak datang sini?” Soal Melati padanya sedang aku tidak tahu apa reaksi yang patut diberi. Aku memandang kearah Melati dan Anas yang berdiri dihadapan meja sementara aku masih kekal bersila disitu.

“Ye ke?” Soal Anas kembali tanpa perasaan. Hasilnya dahinya dijentik si Melati tanpa amaran. Kalau aku pun, mau kena ketuk budak tu.. main main pula kakak dia tanya. Aku beralih kearah lain mengelak mereka perasan yang aku menahan tawa melihat Anas yang sibuk meraba dahinya. Wah.. berapi tu, aku sendiri pernah kena flick dekat dahi dengan si Melati tu. Isk.. sangat berbisa ya!

“Mel! I miss you soooo much!” Pantas aku berpaling semula kearah mereka. Seorang gadis yang tidak aku kenali muncul entah dari mana memeluk Melati. Comel.. tapi siapa pula ni. Model majalah cosplay mana pula ni? Mata aku langsung tak beralih dari gadis berpakaian serba anime, serba Japanese.. jumper skirt.. Stocking.. Furry boots.. Cute ribbon .. pakej datang sekali dengan senyuman yang ceria.

“Zara! Tak cakap pun datang sini dengan Anas.. you both memang la.. Eh, kejap.. ni kenapa muka nampak pucat ni?” Ujar Melati sebaik pelukan dileraikan. Zara? Siapa? Tengok macam rapat sangat.. Adik dia juga ke? Eh, tak.. muka tak sama..

“Kek tu tak sedap ke?” Sekali lagi meremang bulu tengkuk aku dibuatnya. Agak terkejut bila ditegur secara tiba- tiba sedang aku sibuk cuba meneka siapa budak perempuan yang sedang rancak bercakap dengan Melati tu. Fokus aku beralih dari menganalisa apa yang dihadapan kepada yang di sebelah. Seketika, aku berpaling semula, berpura menatap kertas jadual kelas yang entah berapa kali aku ulangkaji sejak tadi. Ah, sudah.. bila pula si Saka atau dalam nama lain nya si mamat seram ni duduk bersila dekat sebelah ni. Alah.. dekat pula mamat ni duduk. Mata dia.. mata dia pandang mana ya? kalau ya pun.. bukak la cermin mata tu..sudah la rambut hampir tutup mata, pergi pakai shade pula dalam cake house ni. Apa yang nak disilaunya dalam ni? Buat aku nervous ada la. ish.. dia tak pandang arah aku kan..kan.

“Apa?” Soal aku, bukannya tak dengar apa dia tanya tadi.. cuma, tadi aku kurang beri perhatian .. err.. okay, memang aku tak dengar.. mana tidaknya, sibuk sangat ambil tahu hal orang tadi. Aku membetulkan duduk aku tanpa sebab. Yang aku tiba- tiba nak kelam kabut ni kenapa pula?

“Kek ni, tak bersentuh pun.. it wouldn’t be nice kalau syrup nya dah sejuk..” Ujarnya sambil menarik piring kek supaya terletak betul dihadapan aku. Aku menggaru kepala, masih berkira apa reaksi yang patut aku beri sekarang.

“Aaah.. ya” Balas aku. Ish, mulut ni apa hal tiba- tiba tak tahu nak cakap pula. Tanpa berfikir aku mencapai garfu. Eh, aku ni bukan ke peramah orangnya.. kenapa waktu macam ni tiba- tiba tak tahu nak cakap apa ya. Sepotong kecil kek aku sumbat ke mulut. Hmm.. Iya juga, aku pun bukan rapat sangat dengan mamat ni, dan.. dan.. dah memang tak ada apa aku nak cakap pun. Apa aku nak susah fikir lagi.

“Anas, luggage tak simpan lagi” Ujar gadis tadi buatkan aku mengangkat kepala memandang kearahnya. Dia menghulur beg kepada Anas sementara anak mata menatap tepat kearah aku yang tidak bersalah ni. Ah, sudah.. kenapa pandang aku lain macam pula ni. Aku mengukir senyuman namun tetap dibalas dengan tatapan serius.

“Okay” Anas bangkit perlahan mengambil barang- barang untuk dibawa ke tingkat atas.

“Come Zara.. sit here, let me introduce you to the beautiful friend of mine” Ujar Melati sambil menarik Zara supaya ikut duduk bersama.

“Nurul Ashikin” Aku menghulur tangan padanya. Satu saat.. dua saat.. tiga saat.. empat saat.. lima saat. Sampai bila pula dia nak biar tangan aku terapung tak bersambut macam ni. Aku perasan yang dari tadi lagi budak ni tenung aku lain macam.

“Zara” Dia menyambut tangan aku akhirnya setelah dibiarnya aku syok sendiri sekejap tadi. Apa malapetaka pula lah budak perempuan ni. Ada masalah dengan aku ke? Nak kata kenal.. ni kali pertama jumpa rasanya. Sabar je la Shikin oii. Aku belum serik senyum walau tidak dibalas. Alah..biasa la, pemurah la katakan..

“Mel’s friend? Must be older than me.. I kena panggil Kak Ashikin la kan?” Ujarnya dengan satu senyuman yang aku kira agak sinis dan tak mesra langsung!

Hey, bukan tadi aku dengar dia panggil Melati, Mel..? yang aku dia nak panggil kakak kenapa pula? Dah la si Melati tu lagi tua dari aku. Aku cepuk juga budak ni nanti. Haih.. masalah.. masalah.. dah memang nasib aku la kan, macam aku pernah cakap sebelum ni.. aku ni memang sentiasa dikelilingi orang yang pelik- pelik. Pheromone apa la agaknya yang aku hasilkan ya sampai jadi magnet bagi orang pelik- pelik kategorinya. Gelas berisi susu yang tinggal separuh itu aku pegang kejap sementara cuba mengukir senyuman paling ikhlas mengganti jawapan bagi soalannya tadi. Kakak pun kakak la..

***

“Eh, sorry lah ya kalau you rasa tak selesa dengan Zara.. dia memang lain sikit dengan orang yang baru kenal” Ujar Melati yang sibuk mengiring aku ke kereta.

“Tak ada hal lah.. yang you ni sibuk hantar I sampai ke kereta apa hal pula?” Soal Aku. Dalam hati lain pula.. huh, ada ke dia kata lain sikit.. lain macam ada la, cara si Zara tu pandang macam nak dikeratnya aku buat bbq pun ada.

“Bukan apa.. I rasa tak sedap la pula bila adik I buat perangai macam tu depan you..” Jelas Melati buatkan dahi aku sedikit berkerut. Aku memandang kearah Melati. Adik?

“Zara tu adik you? You ni ada berapa orang adik sebenarnya? Lepas satu..satu muncul..” Soal Aku sambil bersandar pada kereta mini si cinta hati aku tu.

“Hmm.. macam mana aku nak cakap ya.. dia adik sepupu, tapi dia memang tinggal dengan kami dari kecil.. kira adik I la tu.. sekali lagi, sorry ya.. you jangan la ambil hati sangat dengan dia. Dia memang lambat mesra sikit.. tambah lagi kalau orang tu baik dengan Anas”

“Macam mana pula tu?” Soal aku.

“Alah.. Si Anas tu memang dari dulu manja kan dia.. tapi kan, kalau you dah betul kenal si Zara tu.. dia sangat nice” Hurm.. ye lah tu. Apa apa sahaja la Melati oi.

“Tak kisah lah.. lagipun I bukannya baik dengan Anas kan..” Ujar aku sambil menegakkan semula badan, sedia untuk membuka pintu kereta.

“Iya ke…?” Ujar Melati perlahan namun pantas sahaja telinga aku menangkap nadanya. Aku mengerling sekilas wajahnya. Minah ni apa hal pula senyum lain macam sangat. Hish, seram pun ada. Padan lah dengan adik dia tu. Sama seram.

“Apa..?”

“Nothing! Drive carefully ya Kak Shikin” Jawab Melati sambil pintu kereta aku dibukanya, mengarah aku supaya segera masuk kedalam. Ish, perli aku pula minah ni. Nanti aku kira pakej je sekeh adik beradik ni. Semua masuk.. Melati, Zara dengan si Anas tu sekali. Aku kira apa.

***

Alaaaa…..!! Aku tak cakap lagi..! Bukan ke sepatutnya tadi aku nak cakap yang aku nak batalkan nama untuk kelas membakar ke apa tu kan. Haish.. Masalah la kau ni Nurul Ashikin!

Beg yang disandang pada bahu aku campak keatas katil sebelum aku sendiri turut menghempas tubuh kesitu. Dari meniarap aku menelentang. Haish.. entah untuk kali keberapa sudah aku mengeluh. Selendang di kepala sudah sedia aku tarik campak kesisi. Macam mana aku boleh terlupa nak cakap ni.. Argh.. tanpa sebab aku mengusutkan rambut sendiri. Berguling- guling diatas katil melepas geram dengan silap sendiri. Puas aku lepas geram dekat budak Shikin yang pelupa ni aku bangkit, duduk, diam beberapa saat sebelum terus bangun dari katil mencapai tuala dan terus ke bilik air.

***

Urgh.. kurang tidur.. kurang tidur.. lagi berapa hari ya kelas tu nak mula. 1..2..3.. argh 5. Lima hari lagi. Ish, runsing aku lebih dari nak masuk exam besar. Masa SPM dulu pun aku rasa aku tak macam ni.

Aku mengatur langkah ala zombie terus masuk ke pejabat aku. Aduh, kerja pun satu hal juga.. tapi aku lagi rela kerja tak berhenti dua puluh empat jam.. eh macam melampau pula, erm.. maksud aku tolak solat, makan, tidur sikit.. aaa.. cincai lapan belas jam tujuh hari satu minggu dari habiskan masa empat jam, satu kali seminggu pergi kelas tu. Huh.

“Morning. Erm, Miss Shikin, ada tetamu tunggu dekat dalam” Ujar Raudah salah seorang pekerja aku sebaik aku melintasi tempatnya.

“Ya..thanks” Ujarku malas. Ala.. siapa pula ni.. rasanya tak aku tak ada temujanji pun pagi ni. Haish..

Tanpa banyak soal aku terus melangkah dan menolak pintu bilik aku.

“Hanif?” Alah.. mamat ni.. tak habis lagi ke kes dia ni..? Aku hanya memandang sekilas pada Hanif yang menanti di sofa sebelum melangkah terus ke kerusi aku.

“You sihat?” Ujar Hanif kemudian bangkit mengambil tempat di kerusi yang bertentangan dengan aku.

“Okay la..” Jawab aku sementara sibuk menyediakan meja aku, menghidupkan pemain muzik dan computer.

“Hmm..you dah breakfast?” Soal Hanif lagi.

“Sudah. Eh, you tak masuk kerja lagi?” Aku menyoalnya kembali. Bukan niat nak menghalau, tapi ada juga la niat tu sikit..sikit.. je. Aku sebenarnya tengah malas nak bercakap ni. Mengantuk..!

“Hah? Oo.. tak. I nak ke tempat lain lepas ni.. singgah sekejap jumpa you, okaylah kalau you busy.. lain kali I datang lagi” Hanif bangkit dari kerusi. Aku sekadar mengangguk, menghantar gerak langkah si Hanif ke pintu.

Eh, kejap! Dia ada cakap lain kali? Alaa.. tak sudah lagi ke mamat ni.. ish, runsing.


Thursday, March 10, 2011

CAKE HOUSE 8




7th BITE: PLATE OF GÂTEAU SERVES WITH HOT SYRUP

Satu piring buah epal yang siap dipotong serta mangkuk aiskrim Ben & Jerry, Chocolate Fudge Brownie aku bawa keruang tamu. Tuala ungu yang berbalut dikepala aku kemaskan. Segar selepas berendam hampir setengah jam di dalam bilik air tadi. Alat kawalan televisyen aku capai sebaik aku bersila elok diatas sofa.

“Shikin… shikin” Aku menggeleng kepala sebaik memandang kearah kotak yang disampaikan Melati beberapa hari lepas. Masih belum dibuka. Karut betul aku ni, kan tak pasal kena gelak dengan si Melati tu. Itu la jadinya kalau dah sibuk sangat ambil tahu hal orang.

Aku menarik kotak yang berada diatas meja itu lebih dekat sebelum mencapai mangkuk aiskrim Ben & Jerry kegemaran aku. Satu sudu masuk kemulut sementara mata aku masih pada kotak tadi. Cuba cuba untuk scan kotak berbintik tu, mana la tahu kot boleh nampak apa ada dekat dalam. Hurm.. Kenapa ya si seram tu bagi benda ni dekat aku? Apa ada dekat dalam ni? Hurm..

Kek? Eh, takkan la pula. Aku tunduk sedikit menghampiri kotak yang berada diatas meja. Tak ada bau pun.. bukan la tu.

Cincin? Heh, apahal pula dia nak bagi kau cincin cik Shikin oi! Err.. tak boleh ke? Selalu aku tengok dalam tv tu boleh je.. Alah, tak mati pun kalau sesekali nak berangan kan..

Set pinggan mangkuk? Lagi la mengarut.. agak- agak la saiz kotak ni nak muat pinggan mangkuk! Haish.. habis tu kalau dah semua pun bukan apa benda ada dekat dalam ni.

Yang nak susah sangat fikir, buang masa scan.. ala ala ada super power, baik aku bukak tengok terus je kan. Sudu aiskrim yang berada dimulut aku letakkan, kotak yang berada diatas meja beralih ke tangan. Tapi.. betul ke tak apa ni kalau aku buka.. Aaaa… kenapa tak boleh pula kan? Ish, aku ni.

Aku pantas membuka penutup kotak lalu campak ketepi. A..ha, kosong? Aku menterbalikkan kotak, menggoncang walaupun aku tahu itu suatu kerja yang sia sia sebab dah memang kosong pun kotak tu, apa lagi yang aku harap nak keluar dari kotak yang nyata kosong.

“Gile ah, penat je aku misteri kan diri tadi” Aku berbicara sendiri. Satu keluhan aku lepaskan sambil tangan kiri aku bertindak mencapai semula penutup yang tercampak ketepi sebentar tadi. Kotak itu aku tutup semula dan campak kebelakang sofa. Haish.. buang masa, tak ada kerja agaknya si seram tu. Masalah betul..

Eh. Eh, kejap. Rasa tadi macam.. Aku segera berpaling kebelakang, memanjangkan tangan mencapai semula kotak yang aku campak kebelakang sofa tadi. Kali ini kotak yang aku campak ketepi sebaliknya penutup kotak aku pegang. Ada sehelai kertas yang dilipat dua dilekatkan pada bahagian dalam penutup kotak. Ini macam resit SV cake house. Lekas sahaja tangan aku menarik dan membuka lipatannya. Tertera tulisan tangan berdakwat biru bertindih dengan tulisan serta huruf- huruf yang sedia tercatat pada resit itu. Ish, kalau ya pun tulis la bahagian belakang resit yang kosong tu.

I have registered your name. Ask Mel for details’
*Anas

Hah? Register? Tanya Melati? Aku membaca berulang kali apa yang ditulis. Depan belakang kertas aku belek. Apa maksud dia ya? Dia daftar nama aku? Daftar untuk apa? Eh, nama aku? aku ada bagitahu nama aku ke dekat dia? Aaaa.. Melati la kot yang bagitahu.. Hmm, ada kemungkinan tu. Tapi kan..daftar apa? Ish.

Kotak yang campak ketepi tadi aku ambil semula, tutup dan campak semula kebelakang sofa. Huh, tu je. Sudah la tulis atas resit, pendek je ayat.. tulis tak habis.. isk, tak faham. Urgh.. abaikan.

***

Buku yang sedia terbuka dari tadi ditutup dan dikumpul. Kertas yang sedikit berselerak disusun sebelum dimasukkan kedalam fail. Ada sesuatu yang agak menarik perhatian disitu.. Anas menarik sehelai kertas kecil keluar dari fail. Resit SV cake house. Dia tersenyum sendiri, laci mejanya ditarik.. satu paku tekan dikeluarkan dari kotak sebelum resit tadi dilekat pada papan notis mejanya.Tinggal hanya dua tiga hari lagi sebelum tamat peperiksaan akhir.

Anas mendepakan tangan meregangkan otot yang terasa tegang setelah hampir berjam menghabiskan masa disitu. Seketika kemudian belakang tangannya dihala pula menutup mulut yang menguap. Satu nafas panjang dihela dan dilepaskan bagi membantu pengaliran oksigen ke otak. Dia mencapai dua klip kertas yang bertabur diatas meja lalu diselitkan pada rambut yang hampir menutup mata itu sebelum bangkit ke bilik air. Masa untuk membersih muka dan gigi sebelum tidur.

***

“Baking Class?” Soal aku sambil membontot Melati menapak satu persatu tangga SV, menuju ke tingkat atas.. ruang persendirian Melati.

“Yup, baking class.. I dah letak nama you untuk next batch” Balas Melati. Apron yang terikat dipinggangnya disangkut disebelah pintu sebelum terus melangkah ke ruang tamu dan duduk disitu.

“Next batch? Baking class? Kejap- kejap. Aku tak faham” Soal aku lagi setelah mengambil tempat di sofa. Masih blur.

“Apa yang tak faham?” Melati memulang soal.

“Ye lah.. kenapa daftar nama I pula?” Aku beralih tempat, dari sofa yang bertentangan ke sebelah Melati. Awal aku singgah SV hari ni. Waktu rehat tengah hari aku terus kemari, semua sebab nota yang Anas bagi dekat aku tu. Aku ni bukan boleh, selagi aku tak tahu, selagi tak faham.. selagi tu aku tak senang duduk.

“Anas kata.. you ada suruh tolong daftarkan..” ujar Melati. Kini giliran Melati turut sama bingung. Aku dan Melati berpandangan seketika. Ah, sudah.. bila masa pula aku suruh dia daftarkan? Untuk baking class pula tu.. Apa mamat tu perli aku ke.. Huh?

“Tak ada ke?” Tambah Melati lagi. Aku menggeleng perlahan sementara tangan aku membetulkan selendang dikepala yang sebenarnya tidak bermasalah. Otak aku masih cuba menyelongkar semula fail- fail yang lepas.. mengingati semula kalau- kalau aku pernah suruh dia buat macam tu.

“Itu lah.. I memang dah agak.. memang mustahil lah you tiba- tiba nak attend baking class.. karut betul budak Anas ni, I pun boleh pergi percaya dia.. you dengan dapur.. ahah, memang tak ada ikatan kimia.. ish, mustahil..mustahil” Sambung Melati lagi.

Eh, kejap- kejap..aku tahap tu ke? hey.. rumah aku ada dapur apa.. Ala.. susah sangat ke nak membakar memasak ni..? Ingat aku tak boleh ke? Cuma.. selama ni aku tak pernah buat je.. tapi tu tak maksud aku tak boleh buat kan..? Aaa.. tapi macam leceh la pula.

“So, nanti I cancel kan nama you ya” Ujar Melati penuh yakin.

“Eh, tak payah.. nanti you kasi jadual.. I balik ofis dulu” Balas aku tanpa berfikir panjang. Masa rehat tengah hari pun dah hampir habis. Aku membetulkan beg yang disandang, melambai tangan sekali pada Melati sebelum terus berlalu meninggalkan Melati tercengang dengan keputusan aku yang mungkin tidak disangkanya.

***

Sudah lebih sebulan berlalu selepas aku membuat keputusan yang semakin hari aku rasa semakin menyesal. Masa Melati nak cancel kan nama aku dulu, aku berlagak sangat. Haish.. tak minat betul la aku dengan benda macam ni. Makan aku suka la.. duit ada.. pengangkutan ada.. teknologi ada.. perlu ke aku belajar benda- benda ni semua. Haish.. Entah berapa kali aku mengeluh pun tak tahu sebaik Melati serahkan jadual kelas yang akan mula minggu depan. Nampaknya.. ruang masa hari ahad aku bakal diisi program yang aku kira agak merumitkan ni. Ish, ni semua salah mamat mayat hidup tu la. Entah apa salah aku dekat dia.. sampai aku terkena macam ni. Kalau dia tak mula.. tak ada la aku dengan tak berfikir, dengan yakin dan riaknya setuju masuk kelas ni masa tu.

Aku menongkat dagu, kertas jadual yang dari tadi dipegang aku letakkan diatas meja dan aku tenung. Ish, rasanya kan.. dah terlambat ke kalau aku nak tarik balik keputusan aku sertai kelas ni? Argh.. nanti si Melati tu cakap apa pula.

“I dah agak dah..” Suara Melati mengembalikan aku ke alam nyata. Aku beralih memandang ke arah Melati yang mengambil tempat disebelah. Sepiring kek beserta hot syrup dan segelas susu diletak diatas meja. Eh, dia agak apa? Dia tahu ke aku nak batalkan benda ni? Nampak sangat ke aku tak suka benda- benda macam ni?

“Err.. agak?” Soal aku pada Melati.

“Yup, jadual ni mesti tak sesuai dengan waktu you kan” Balas Melati mungkin perasan dari tadi aku asyik merenung jadual tu.

“Eh, tak. Ahad I free” Ujarku jujur dan spontan. Eh. Urgh.. apa aku ni.. Aku menampar pipi aku sebaik sedar yang sekali lagi aku bercakap tanpa berfikir. Yang aku pergi jawab macam tu kenapa? Kalau aku jawab ya tadi kan lagi senang.. ada juga alasan aku nak tarik diri. Haish.. Shikin.. Shikin oii..

“Oh, that’s great! I pula yang rasa tak sabar ni” Balas Melati teruja. Aku tersenyum janggal. Err.. macam mana aku nak cakap ni ya.

Dalam teragak aku tekad. Bukan aku tak suka.. dah aku tak ada bakat pun. Okay, kali ni aku mesti cakap yang aku nak cancel. Okay, go Shikin. “Err.. Mel, sekejap.. sebenarnya kan.. I fikir I nak cancel la..”

“Anas” Ujar Melati memotong ayat yang aku agak aku sudah susun sebaiknya di dalam kepala tadi.

“Anas?” Soal aku tidak dapat menangkap apa yang disampaikan Melati.

“Yes, I am. Well, hello…” Ujar Satu suara dari belakang membuatkan bulu tengkuk aku terasa meremang. Ah, sudah. Saka mana pula yang menegur tiba- tiba ni. Perlahan aku beralih memandang belakang, arah yang sama mata si Melati menghala

Wednesday, March 2, 2011

CAKE HOUSE 7



6th BITE: KEEP THE DOUGH AT A CONSTANT TEMPERATURE

Imee jinan il maramyun mwohae dollil su eobnuende’
Stop talking about the past since you can’t turn the time anyway
*Homme

Satu.. satu hal..haish. Aku membalas senyuman daddy sambil melangkah kearahnya. Aku terpaksa akur, kalau daddy tak perasan aku sampai tadi.. memang dah patah balik aku rasanya.

“Mari duduk sini kakak” Ujar Julia sambil menuang air kedalam cawan kosong. Dah sah la untuk aku, kan. Aku sekadar senyum membalas pelawaan Julia. Tak ada keikhlasan disitu.

“Ye lah kak.. duduk la, takkan nak berdiri je” Sokong daddy. Dalam teragak- agak aku turut duduk bersama. Cawan dihadapan aku yang sudah diisi pantas aku tarik. Seteguk Japanesse tea mungkin dapat membantu fungsi otak aku pada waktu macam ni. Aku menarik nafas panjang dan hela perlahan. Aku memandang kearah daddy dengan wajah sedikit berkerut, memberi isyarat yang aku perlu tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Apahal mamat ni boleh ada dekat sini.

“Kenapa pandang daddy macam tu?” Soal daddy yang jelas tidak faham. Ish.

“Kenapa dia ada dekat sini?” Soal aku terus terang. Payah sangat.. malas aku nak berbasa basi.

“Siapa? Ni..? la.. daddy yang jemput la” Balas daddy bersahaja. Aku menggaru kepala, bukan kerana gatal, rimas mungkin.

“Mana you tahu rumah daddy dekat sini?” Soalku tanpa berfikir. Berpaling menghadap Hanif yang sedia tersenyum dari awal tadi.

“Lah.. dah daddy yang jemput, daddy la yang bagi tahu..” Sampuk daddy.

“Hanif ingatlah daddy.. sebelum kahwin nanti.. rumah baru kami nanti, Hanif nak buat konsep macam ni juga la..” Hanif kini bersuara. Sekali lagi aku menggaru kepala. Mamat ni apa masalah dia agaknya. Bukan hari tu aku dah cakap terang terang yang aku nak putus? Mahu aku paku je kepala mamat ni karang.

“Boleh je Hanif, tapi kali ni.. daddy cadangkan, biar kakak yang buat plan” Balas Daddy sambil meletak cawan yang asyik dipegangnya dari tadi.

“Eh, rumah baru ni bukan hasil kerja shikin? La.. baru saya nak puji.. ye lah, kalau fikirkan balik, Shikin ni kira amatur la kan, takkan lah dia yang buat semua ni.. So..” Ujar Hanif membuatkan kelopak mata aku terbuka luas namun aku masih belum berpeluang untuk menyampuk bila Julia tiba datang meletak sepiring kuih. Haih.. bila pula si Julia ni lesap, tiba- tiba muncul balik pula. Aku memandang hairan kearah Julia seketika sebelum kembali memandang kearah daddy dan Hanif yang mula rancak berbual.

“Eh, kejap! Kenapa ya you datang sini?” Soalku dalam nada yang agak menarik tumpuan. Kini semua mata menghala kearah aku.

“Err.. nak bincang tentang majlis kita yang tinggal lagi berapa hari ni la” Balas Hanif tanpa rasa bersalah.

“Majlis?” Ish, dah sah mamat ni tak faham bahasa. Ish, runsing. Aku mengerling sekilas pada daddy dan Julia yang terdiam, mungkin cuba menganalisa situasi.

“Iya la.. our engagement..” Jawab Hanif. Bertunang apa pula.. bukan hari tu kita tak sempat pun nak pilih cincin, kita dah break up.

“Laa.. kita kan dah putus, so..engagement apa lagi nye” Ujarku. Harap kali ni dia faham la.. siap ada saksi lagi ni, nanti jangan bagi alasan tak dengar ke, tak faham ke. Ish.. berapa kali langsung nak aku cakap.. kan dah bunyi macam aku ni jahat sangat.

“Putus?” Daddy mula bersuara. Wajah Hanif pula aku lihat sedikit berubah.

“Ye la daddy.. dah la, Kakak ada hal, kakak balik dulu” Aku pantas bangkit dari duduk.

“Tak makan dulu kakak?” Soal Julia melihat aku bangkit bersalam dengan daddy.

“Lain kali lah Julia..” Balas aku sebelum mengorak langkah pergi dari situ. Sorry lah daddy, kakak malas nak terang panjang- panjang, mood aku pun bukannya bagus sangat harini. Haish.. apa la yang tak kena dengan aku hari ni, ke SV tak kena.. datang sini pun tak kena. Macam macam hal.

***

Perjalanan lebih dari satu hari ni semestinya membosankan. Beg yang digalas dibelakang dikemaskan kedudukan. Anas mengatur langkah melintasi celah orang ramai sekitar balai ketibaan Charles de Gaulle International Airport.

“Mon Cheri !” Tutur Zara menggelar Anas ‘honey’nya dalam bahasa perancis. Pautan Zara secara tiba- tiba pada lengan Anas membuatkan dia menarik semula headphone yang dikira mahu dilekapkan ditelinga.

“Zara buat apa dekat sini?” Soal Anas yang langsung tidak menyangka kehadiran Zara disitu.

“Jemput Anas la.. Tanya macam tak suka je jumpa Zara” Balas Zara kini menarik muka masam.

“Tak lah.. bukan tak suka.. tapi buat apa susah datang..nanti nak jumpa juga kan” Ujar Anas. Mereka kini berjalan seiring kearah pintu keluar.

“Alah.. sorry lah.. dah 'ter'datang pulak, nak buat macam mana” Zara mula merenggangkan pautan pada lengan Anas, kini dia cuma memegang hujung lengan baju Anas. Zara berhenti melangkah. Dia mula rasa bersalah kerana tidak memberitahu Anas terlebih dahulu sebelum datang.

“It’s okaylah.. Let Zara treat us breakfast..lapar ni” Ujar Anas sengaja mengubah tajuk mengenangkan Zara yang mula merasa serba salah. Dia melajukan langkah meninggalkan Zara beberapa tapak dibelakang.

‘Zara? Eh, aku la kan’ Zara menggaru kepalanya. berfikir seketika sebelum mula panjangkan langkah mengejar Anas yang sudah dihadapan.

“Kenapa Zara pulak kena belanja”

***

Pecah rekod tiga hari berturut- turut aku tidak menjengah SV cake house. Kenapa? Entah la.. bagus sangat pula aku ni. Habis kerja balik rumah.. sampai rumah..tak keluar dah. Sebab apa ya aku rasa macam berat nak ke sini? Sebab kawasan jajahan aku sudah ditakluk atau sebab aku nampak… eh tak..tak. Suka hati aku la nak datang ke tidak kan, nak bersebab apasal pula.

Segera aku mematikan enjin kereta dan melangkah keluar menuju ke pintu SV. Aku memerhati sekitar dalam cake house ni sebaik pintu ditolak. Tiada kelibat Melati di kaunter, entah kemana la pula pergi makcik tu pun aku tak tahu. Ada la kerjanya tu. Seperti biasa, sebaik melangkah masuk ke SV ni.. tempat pertama aku tuju, rak buku. Belum sempat rasanya aku membaca Morganville Vampire series dari hari tu, tapi mana pula si Melati letak.. tak ada pun. Puas mencari aku menarik buku I am number four sebagai ganti.

Ikut hati memang nak melangkah terus ke coffee bar tapi entah macam mana terdetik nak beralih pandang ke tempat semayam aku yang biasa tu. Aaaa… Eh, kosong. Tiada si seram ataupun barang- barang yang menandakan dia duduk di situ. Hai.. pelik. Eh, nak pelik apa? Cantik la tu.. boleh aku duduk. Muahaha!

Sebaik sahaja aku duduk, seorang pelayan datang kearah aku. Aku memerhati seketika tag namanya. Masalah betul aku, dah lama dekat sini.. nama pekerja dekat sini tak juga melekat dekat kepala. Nama menu yang berderet tu cepat pula aku hafal.

“Oh, Kim.. Choc Orchidee and Vanilla Soy Milk please” Segera aku membuat pesanan sebelum beralih menumpukan perhatian pada buku di tangan.

“Sorry Miss Shikin, we don’t have choc orchidee, it’s special menu item for a limited time only, would you like to try SV choc cuppies?” Jelas pelayan bermata empat itu. Haih, tak ada? Limited? Apa si seram tu dah tak nak buat kek tu ke. Ish, kedekut ah! main limited limited pula.

Aku berfikir seketika sebelum menukar pesanan.

Sebaik sahaja pelayan itu berlalu, aku membetulkan duduk aku.. belakang aku disandarkan ke dinding. Sebiji bantal kecil aku capai dan diletakkan keatas riba. Sebotol penyegar dengan aroma orkid liar aku keluarkan dari bawah meja dan aku semburkan sedikit sekitar kawasan jajahan aku. Waa.. aku suka, aku suka! Tak sangka akhirnya dapat juga aku jajah semula tempat ni. Aku memejamkan mata seketika, menarik nafas panjang dan lepaskan. I love you lah, bantal..meja.. karpet.. dinding! Kau orang pun mesti rindu dekat aku juga kan.

“Hey, Miss missing in action! Mana you hilang? Tiga hari tak datang.. call tak dapat.. mesej lagi la tak jawab” Suara Melati yang tiba muncul dihadapan aku mengeluarkan kembali aku dari dunia persendirian aku tadi.

“Mana ada hilang la.. kerja banyak la Mel.. pasal mesej dengan call tu pulak..err.. lupa nak kasi tahu nombor baru I” Balas aku sambil tersengih bagi menutup rasa bersalah.

“Ooo.. tukar nombor.. tak kasitahu I pun.. takpe..takpe..” Melati yang tadi berdiri kini sudahpun mengambil tempat bertentangan dengan aku.

“Alaa.. baru je.. kan hari tu phone I hilang. Sorry sorry” Aku lihat Melati tersenyum. Sahabat aku seorang ni.. tak kemana nya dia nak marah atau merajuk dengan aku.

“Ye lah. By the way, dah order?” Soal Melati.

“Sudah.. tapi kan.. kenapa Choc Orchidee tu limited?” Aku masih tidak berpuas hati.

“Dah pastry chef nye pun bukan permanent..” Ujar Melati buatkan dahi aku sedikit berkerut. Bukan permanent? Maknanya.. dia dah tak kerja dekat sini ke apa?

“Si seram tu? Oh sorry, Anas dah tak kerja sini?” Soal Aku.

“Nah” Ujar Melati tanpa menjawab soalan aku. Aku memandang kearah kotak yang dileretkan Melati diatas meja. Apa pula ni?

“Anas pesan dekat I haritu, suruh kasi ni dekat you.. tapi I boleh terlupa pula.. you pun cepat sangat nak balik hari tu” Jelas Melati. Kotak ni.. kan kotak yang Melati pegang hari tu. Masa tu.. aku ingat Anas bagi dekat Melati. Tapi ni.. untuk aku?

“Kenapa ya dia kasi ni?” Soal aku masih teragak- agak untuk mencapai kotak polka dot coklat putih itu. Tak apa ke kalau aku ambil ni?

“Mana I nak tahu.. cuba la buka” Balas Melati.

“You tak kisah ke ni. Mel?” Soal aku lagi. Kalau kena betul si Anas dengan Melati ada apa- apa, berdasarkan tafsiran apa yang aku nampak hari tu.. macam mana?

“Kisah apa pulak?” Melati menyoal aku semula.

“Eh, nak tanya ni, you ni dengan Anas.. aa..”

“Siblings? Yup. Oh, I tak pernah cakap dengan you ya..” Potong Melati sebelum sempat aku menghabiskan ayat. Huh! adik beradik? Laa… mati- mati aku ingatkan ada apa- apa. Aku menepuk dada sekali sebelum pantas menarik kotak yang berada diatas meja. Eh, yang aku rasa lega tak pasal ni kenapa pula?

“Ingat boyfriend you” Ujarku tersengih mengenang kesilapan sendiri.

Melati merenung wajah aku sesaat sebelum tawanya terluah.

“Anas? Boyfriend I? bukan standard I lah” Jawab Melati yakin setelah tawanya hampir reda. Oo.. gelakkan aku.. tak apa..

“Macam mana you boleh fikir macam tu.. dasyat juga daya imaginasi you ni” Sambung Melati lagi.

“Huh, baru tahu.. tak ada imaginasi tinggi.. tak boleh la jadi designer mak cik oi.. tak ada la.. hari tu I Nampak you dengan Anas mesra lain macam.. I teka- teka je la”

“Hey! You mengintai?” Ujar Melati dengan wajah serius cuba menahan tawa. Ah..kan dah kantoi. Ish, aku ni..

“Err..” Aku kehilangan kata.

“Hmm..macam-macamlah you ni..He’s my brother lah..ingat tak dulu I ada cerita yang lepas ibu dan ayah I berpisah dulu, kitorang stay dengan mama dekat France kan..” terang Melati membuatkan aku berfikir. Ada ke dia cerita? Ish, lupa la pula.

“Adik?”

“Ye lah..Adik I.. hari yang you mengintai tu.. dia nak balik france dah.. si seram yang you panggil tu, bukannya habis belajar lagi.. dia datang sekejap je sini” Jelas Melati.

“Ooo..” Aku sekadar mengangguk. Adik Melati.. belum habis belajar.. err.. maknanya dia muda dari aku ke apa? Ah, biar la. Apa hal aku nak kisah?

“Shikin..Shikin.. ada bugs beranak pinak dalam otak you ke apa, suka fikir bukan- bukan, dah la.. your order dah lama sampai.. I pun nak pergi sambung kerja ni ya” Ujar Melati sebelum bangkit berdiri. Senyumnya dari tadi masih belum lekang dari bibir. Itu tak ada lain.. mesti perli aku.

“Ye lah, pergi la cepat” Balas aku sambil menarik gelas berisi Vanilla Soy Milk. Eh, kejap.. tapi kan.. aku lupa nak tanya.. bila lagi si seram tu nak datang sini.