~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Sunday, May 31, 2009

Bila 17


Ala.. terlewat lagi! Kenapalah aku selalu bangun lambat ni. Eh, bila pula aku tidur dekat sini? Bukan aku tidur dekat sofa ke semalam..ish, musykil aku. Aku memandang sekeliling dan berhenti seketika pada meja kerja. Beg hafez tiada di situ..semestinya dia sudah ke tempat kerja. Kejam betul mamat ni, bukan reti nak tolong kejutkan aku. Jam disisi katil aku renung dengan mata yang masih lagi kabur.

‘ 8.30 ! ’

Aku segera mencapai tuala dan terus ke bilik air. Kelam kabut dibuatnya. Aku memilih hanya jeans dan t-shirt rekaanku, sempat juga aku menarik mafla merah jambu kegemaranku lalu disangkut ke leher. Dalam keadaan tergesa-gesa aku berlari keluar bilik, namun belum sempat aku tiba di pintu depan..aku berundur beberapa tapak.

“ Eh, abah nak kemana?” soalku. Mataku memandang kearah abah dan mama bersilih ganti sebelum berhenti pada beg disebelah abah.

“ kan semalam abah dah cakap nak balik hari ni..” Ujar Abah, sedang tangannya ligat memakai sarung kaki.

“ ada ke? Habis, mana Mak su?” Aku mengaru kepala yang lansung tidak gatal. Jangan kata maksu taknak balik lagi , sudah..

“ Aku kat sini.. Kenapa? Kamu takut aku tinggal dekat sini ke?” soal Maksu yang tiba-tiba muncul di belakangku.Aku berpaling kearahnya. Kelihatan dia terkial- kial menarik begnya. Entah apalah yang dibawanya. Aku sekadar tersengih. Macam tahu je apa yang aku fikirkan.

“ Tak boleh juga la” Ujar Hafez yang baru masuk ke rumah. Hai, takkan tak pergi kerja lagi mamat ni. Pandanganku beralih pula padanya. Dengan lengan bajunya yang dilipat hingga kesiku, tali lehernya disangkut ke bahu. Kelihatan peluh di dahinya sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kepala aku.

“Kereta ni pun, selama ni tak pernah pula ada masalah.Tapi Abah kena balik juga..mana boleh tinggal syarikat lama sangat” Ujar abah pula. Barulah aku dapat menangkap sedikit butir bicara mereka.

“Kereta abah rosak ke? Kalau abah nak fatin hantar..petang sikit boleh la” sampuk aku.Lagipun aku dah lewat ni.

“ Macam ni lah, Abah pakai kereta Hafez dulu..nanti hafez uruskan kereta tu” ujar hafez begitu yakin. Ala, baik sangat la tu. Tapi okay juga, tak payah la aku terkejar nanti.

“Kamu macam mana, hafez?” baru kedengaran suara mama. Ala..sibuk sangat dengan menantu kesayangan dia tu, tapi aku peduli apa? Yang penting bukan kereta aku. Hihi..jahat juga aku ya.

“ Hafez boleh tumpang Fatin..” kata-kata itu pantas menghentikan senyuman yang baru terukir dibibirku. Aku menjeling kearahnya. Haa.. hancurlah kebebasan aku kalau macam ni, takkan aku kena jadi driver dia pula. Ala.. leceh la macam ni.

“ Ha. Kalau nak tumpang, cepatlah! Orang dah lambat ni.” Ujarku sebelum tangan mama, abah dan maksu ku salami. Aku terus sahaja berlalu selepas itu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, mataku terus sahaja menghala ke langit. Sepatutnya sudah pukul sembilan lebih..tapi kenapa gelap lagi ni. Nak hujan la tu agaknya.

Enjin kereta dihidupkan, Hafez yang kini lebih kemas dari tadi baru melangkah masuk ke dalam kereta. Lambat betul mamat ni, dah la suka-suka pergi kerja pukul berapa. Kalau aku lambat kira okay la juga.

“ Kenapa tergesa-gesa sangat ni?” soal hafez sebaik sahaja kereta bergerak. Amboi.. dah lambat, boleh buat tanya pula. Aku mengerling kearahnya yang sedang membetulkan tali lehernya. ‘Hensem..’ Eh apa aku fikir ni..bukankah aku sepatutnya marah sebab dia lambat tadi.

“ Tanya lagi, kan dah lewat ni. Fatin tak apalah juga. Achik tak takut kena marah ke masuk ofis lambat?” soalku

“ Lewat? Kan baru pukul 6.45..” balas hafez. Biar betul mamat ni. Waktu aku bangun tadi pun dah pukul 8.30..takkanlah. Mataku beralih ke arah jam pada board. Mak aih...mati-mati aku ingat dah lewat. Patutlah gelap lagi tadi. Aiyak..buat malu betul aku ni.

“ Ala, lewat la juga tu.Kalau tak.. tak adalah kita tersekat dekat sini” Aku masih mahu betul. Pandangan aku alihkan kehadapan. Deretan kereta dihadapan masih belum berganjak dari tadi.

“ Sorry, terlupa nak inform yang jam dalam bilik tu dari semalam tak ada bateri ” hafez seperti dapat membaca. Aku sedikitpun tidak mengalihkan pandangan kearahnya. Tanganku yang sedari tadi kaku di stereng, pantas saja mencari stesen radio, berpura-pura tidak mendengar kata- katanya. kalau aku bersuara..mesti dia akan ambil peluang gelakkan aku. Sure punya!

Senyap. Tiada sebarang perbualan antara kami sehinggalah tiba di tempat letak kereta. Ish, aku tak pakai tali pinggang keledar rupanya. Aku memadang sekilas kearah hafez yang sedang membuka tali pinggang keledarnya sebelum aku menarik beg tanganku yang berada di tempat duduk belakang. Aku mesti cepat, dah la malu tadi tak habis lagi.

“ Err.. Fatin” Ujarnya tiba-tiba mematikan pergerakan aku. Apa pula yang mamat ni nak.

“ Sorry pasal semalam..” sambungnya

“ Semalam? Kenapa dengan semalam” aku masih kurang faham. Entah- entah dia ada buat apa-apa dekat aku kot..patutlah aku tiba-tiba boleh ada dalam bilik. Oh.. mintak simpang la.

“ Hafez mintak maaf..memang tak patut pun hafez tinggikan suara macam tu” ujarnya. Aku memandang kearahnya, kedua keningku hampir bertaut. Ooo.. baru aku ingat, macam manalah aku boleh lupa pula. Dasyat betul la aku ni. Sempat pula fikir yang bukan-bukan.

“ Oo.. tak kisahlah” ujarku sambil menggalas beg ke bahu dan bersedia untuk melangkah keluar dari kereta.

“ Tak kisah ? Tapi sampai merajuk tidur dekat luar..” Aku menjeling kearahnya sebaik sahaja menangkap kata- katanya.Dia tersenyum seperti selalu.

Bila masa pula aku merajuk? Bukan ada faedah pun kalau aku merajuk dengan dia..Kalau betul aku merajuk pun..dan orang yang nak pujuk tu adalah si raja kegelapan, aku sanggup tidur dekat sofa selama-lamanya. Mamat ni kan, baru je minta maaf.. dah nak sakitkan hati aku balik. Nampak sangat dia tak ikhlas mintak maaf tadi. Buang masa je kalau aku layan orang macam ni. Pantas saja aku melangkah keluar.

“ Fatin!” baru beberapa langkah, sekali lagi pergerakan aku mati bila mendengar panggilannya. Apa lagi yang dia nak ni.. aku berpusing kearahnya perlahan. Malas sebenarnya aku nak melayan mamat seorang ni.

“ Apa lagi?” soalku. Mataku memandang tepat kearahnya yang berada lebih kurang satu setengah meter dihadapan. Aku bunuh jugak dia ni karang.

“ Nice shoes..” ujarnya sambil tersenyum manis.

Mata aku beralih pandang ke bawah. ‘Oh my god..!’ apa dah jadi dengan aku ni. Terasa darah mula naik ke muka, panas rasanya. Aku kembali memandang kehadapan dan aku lihat hafez sudahpun memulakan langkah. Aku menekup muka ku, ish.. macam mana aku boleh tak perasan. Sekali lagi aku memandang kearah selipar pink berbulu yang elok tersarung dikaki. Macam mana aku boleh tak perasan waktu keluar dari rumah tadi. Ni semua salah ahli sihir tu, kalau tak..takkan la aku kelam kabut sangat pagi tadi.

Bila 16


“ Sis, Ada customer tunggu dekat dalam” ujar atie sebaik aku masuk ke butik. Aku sekadar mengangguk sebelum meneruskan langkah kebilik. Sebaik tiba dipintu, aku tertarik dengan seorang perempuan yang kelihatan begitu sofisticated. Cantik..

“ Maaf cik, kalau lama menunggu” ujarku lantas menghulurkan tangan.

“ Datin Leina..” ujarnya sambil menyambut baik huluran tanganku. Senyumannya mengingatkan aku pada seseorang tapi kurang jelas siapa.

“ Maaf datin.. you just look to young for that” ujarku ikhlas. Tak nampak macam mak datin pun, macam model ada lah.

“ So sweet.. but you know what, I rasa umur anak I sekarang lebih kurang you” ujarnya. Biar betul? Berapalah umur dia agaknya. Aku sekadar tersenyum.

“ So datin.. sekarang ni macam mana? Nak minta pandangan I or what?” soalku tidak ingin terus membuang masa.

“ Kalau tunggu sekejap boleh tak? Actually I nak hadiahkan dress untuk seseorang, Rasanya kejap lagi sampai la tu”

“ Sure. But by the way, you preffer coffee or tea?” soalku.

“ Tea please.. but less sugar”

Seperti biasa, kalau bab air ni..Atie la yang jadi mangsa. Sementara menanti, sempat jugalah aku dengar kisah si Datin ni. Dia baru balik Malaysia, isteri bekas duta rupanya. Hello.. bukan duta produk tau, tapi duta negara.

“ Excuse me, Sorry.. I am late ” ujar seorang gadis yang baru sahaja muncul. Anak dia kot.. cantik dan manis. Tak nampak macam mak dengan anak..macam adik beradik pula.

“ Its okay Eva.. come dear. I’ve got something for your birthday”

“ Tapi kan lambat lagi..” ujar gadis yang dipanggil Eva tadi sambil mengambil tempat disebelah Datin leina.

“ Baju ni nanti..eva boleh pakai untuk party tu..kan fatin” Aku sekadar tersenyum bila datin tujukan padaku. Tapi Senyumku tidak dibalas Eva. Kenapa pula perempuan ni tengok aku semacam? Bukannya dia kenal aku pun. Sombong pula..

“ Eva ni, I dah anggap macam anak I sendiri.. iya lah.. I kan tak ada anak. So, I harap you dapat buat yang terbaik untuk dia” Ujar Datin pada aku. Tak ada anak? Bukan ke tadi dia ada cakap yang dia ada anak lebih kurang umur aku. Tak faham betul lah. Tapi bukan hal aku nak menyibuk pula.

“ Sure datin, So miss Eva kan? You suka style macam mana?” soalku.

“ Auntie..auntie rasa macam mana ya?” soal Eva tanpa menjawab soalanku dan sedikitpun tidak memandang kearahku. Minah ni, bukan tahap manja lagi ni, dah kategori mengada pun ada. Dari tadi asyik meliuk-liuk. Menyampah aku tengok.

***********


Setelah hampir dua jam tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Akhirnya sampai juga ke rumah yang aku cintai. Penat betul la hari ni. Malam ni aku mesti tidur awal, janganlah ada benda yang menghalang. Sebaik sahaja melangkah masuk kerumah, aku terhidu sesuatu yang cukup aku rindukan. Apa lagi kalau bukan sambal petai.Selera betul bau..macam tahu sahaja yang aku tengah lapar. Aku terus menuju ke ruang makan.

“ Wah, aku di syurga rupanya..” ujarku sekuat hati bila melihat makanan yang terhidang diatas meja.

“ Kamu gila ke apa?” terasa kepalaku ditampar. Mama ni..kacau mood aku sahaja. Aku menggosok kepala aku yang baru sahaja menjadi mangsa.

“ Apa mama ni, cikgu orang kata kan. Tak baik main kepala” ujarku yang masih tidak puas hati. Kerusi dihadapan aku tarik perlahan sebelum duduk.Lama rasanya aku tak makan lauk macam ni.

“ Apa yang kecoh sangat ni?” soal hafez yang baru muncul di dapur.

“ Kamu tengoklah isteri kamu ni. Tiba-tiba terpekik.Di syurga konon.. tak ke gila namanya” ujar mama lantas berlalu ke dapur. ‘Apalah mama ni, tak baik cakap macam tu dekat anak sendiri’ aku mengomel sendiri.

Hafez tersenyum manis. Tampak ikhlas. “ Sayang penat sangat ke? Nampak pucatlah ” soal hafez lembut. Bukan main baik lagi kalau mama ada.

“ Sayang? Gila ke apa?” ujarku spontan.

“ Ada ke cakap macam tu dekat suami. Sudah, pergi masuk tukar baju, mandi dulu! Tak senonoh betul” Ujar mama yang tiba-tiba muncul dari dapur dengan sedulang gelas ditangan. Nasib baiklah dia pegang benda, kalau tak dah lama aku jadi mangsa dera agaknya. Aku menjeling kearah hafez yang masih tersenyum.Dia ni,sengaja nak kenakan aku. Siaplah kau nanti.

********

Aku meletak pinggan yang terakhir disebelah sebelum mencapai kain untuk mengeringkannya. Kini tinggal aku dengan mama sahaja didapur.

“ Cepat sikit, lepas ni kamu potong buah ni then bawak ke depan” ujar mama sebelum keluar dari dapur. Aku hanya akur,buah kiwi dan juga epal yang dihulur mama sebentar tadi aku potong sesuka hati sebelum digaul dengan sedikit yogurt dan kismis sebelum dimasukkan kedalam mangkuk- mangkuk kecil.

Aku melangkah ke ruang tamu. Semua kelihatan ceria, dan aku dapat lihat hafez senyum bermakna kepadaku. Apa pulalah yang tersirat sebalik senyum si raja kegelapan ni. Aku mengambil tempat disebelahnya setelah meletakkan buah diatas meja. Tanpa mempedulikan orang lain, aku menyumbat buah- buah kegemaran aku itu ke mulut sambil penuh khusyuk menatap skrin televisyen.

“ Actually mama ada berita gembira nak bagitahu ni” kata- kata mama hanya antara sampai atau tidak ketelinga aku. Namun aku pantas berpaling kearah mama bila skrin tv tiba-tiba bertukar hitam.

“ Apa mama ni, buka la balik tv..kan orang tengah tengok” sedikit rasa tidak puas hati bila fokus ku diganggu.

“ Kamu dengar la apa mama nak cakap ni, kak long kamu mengandung..” ujar mama tersenyum.

“ hai..bukankah iskandar baru nak masuk setahun.. Tapi tak kisahlah, apa-apa pun kenapa sampai nak tutup tv..” ujarku sambil cuba merampas alat kawalan dari mama namun tidak berjaya sebaliknya satu cubitan hinggap di tangganku. Kerana terlalu geram, aku menyumbat sebanyak mungkin buah kedalam mulutku. Aku menjeling kearah hafez yang sedang senyum seakan memerli.

“Kamu mengandung juga ke?” soal mama mebuatkan aku tersedak..buah yang aku kunyah tiba bertukar seperti fiber glass. Secara tidak segaja, hafez di depan mata menjadi mangsa semburanku..

“Apa tak senonoh sangat kamu ni” ujar mama sambil menghulurkan tisu pada hafez.

“ It’s ok mama.. orang mengandung memang macam ni agaknya” satu jelingan tajam darinya aku balas dengan penuh yakin. Apa yang dia cakap ni?. Hafez kemudian bangkit ke bilik. Tukar baju agaknya. Aku dapat merasakan tiga pasang mata merenungku.

“ Betul, fatin?” soal abah kelihatan senang dengan kenyataan gila hafez.
“ Senyap- senyap sahaja kamu ni” telah mak su pula. Aku memandang kearah mak su, mama dan seterusnya abah. Rasanya dah merah muka aku ni. Siaplah kau hafez, sengaja nak kenakan aku.

“ Apa yang betul? Apa yang senyap? Karut betul!” bentakku lantas meletak mangkuk buah yang sedari tadi dalam pegangan. Aku bingkas bangun dan berlalu kebilik.

“ Angin lain macam, betul la tu..” kata- kata maksu menghentikan langkahku seketika sebelum meneruskan langkah tanpa berpaling.Lagi lama disitu, boleh hilang sabar dibuatnya. Sabar fatin..Siaplah kau hafez! Memang tak sayang mulut betul.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku lihat hafez berada di balkoni sedang berbual dengan seseorang di telefon. Kelihatan agak serius riak wajahnya namun tidak lama selepas itu dia mematikan panggilan dalam keadaan tegang. Kehadiran aku di situ mungkin tidak disangkanya kerana riaknya yang sedikit kaget. Ah! apa aku peduli, ingat aku takut bila dia buat muka macam tu.

“ Memang sengaja kan?”soalku pada hafez. Dia kelihatan mengerutkan dahinya, mungkin kurang faham dengan maksudku.

“ Suka lah kalau mama anggap bukan-bukan!” Ujarku dalam nada sedikit tegang.

“ Sorry, i’ll explain to her later..” ujar Hafez senada, seperti tidak langsung perasan yang aku sedang marah. Dia kemudian melangkah kearah meja kerja, tangannya mencapai cermin mata di sudut meja dan menghadap laptop yang sedia terbuka. Tingkahnya benar buatkan hati aku bertambah sakit. Aku menghampiri meja yang tidak jauh dari tempat aku berdiri.

“ Itu je?” Soalku masih tidak puas hati.

“ Boleh tak kalau kita cakap tentang ni lain kali?” Pandangannya masih tertumpu pada kerjanya.

“ Urgh..! Sakitnya hati..! kalau nak kenakan orang pun..tak boleh ke cakap pasal benda lain..fikirlah dulu kalau nak cakap tu. Kalau mama seorang sahaja tadi tak apalah jugak, ini..inikan pulak ada abah dengan maksu. ha, kira abah okay lagi la. Mak su! Mak su tu sudahlah.. Urgh...! Geramnya” Lepasku, panas betul rasa hati aku. Dia masih diam di situ sedangkan aku sejak dari tadi mundar- mandir di sebelahnya. Kenapalah mamat ni dari tadi tiada respon. Sudah macam aku bercakap dengan kerusi pula, aku rasa kalau cakap dengan kerusi pun lagi bagus sebab kalau sakit hati, boleh terus buang.

“ Macam mana kalau...”

“ Enough!” Suara tengking hafez berserta bunyi kerusi membuatkan aku terpana. Kerusi yang diduduknya tadi terbalik ke lantai ketika dia berdiri. Betulkah apa yang terjadi pada aku sekarang ni? seumur hidup aku, inilah kali pertama aku ditengking oleh lelaki. Abah pun tak pwenah tinggi suara pada aku macam ni.Suaranya saja tadi cukup membuatkan jantungku hampir berhenti. Serta merta kolam mataku digenangi air. Baik aku pergi dari sini sebelum aku benar menangis. Poyo betul aku ni, tadi berani sangat..sekali kena tengking terus senyap. Aku cuba melangkah sederas mungkin tapi kenapa kaki aku ni kejang semacam, ah..cepat fatin.

“ Fa..”

“Damn it!” cermin mata yang elok terletak di batang hidung dicampak ke lantai sebaik sahaja fatin keluar dari bilik. Hafez meraup wajahnya dengan kedua belah tangan sambil cuba menenangkan perasaan yang begitu marahkan diri sendiri.Rasa menyesal serta-merta menyerbu kerana tindakan tanpa rasionalnya.

‘ Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku nak marah’ detik hatinya.

Terngiang kembali kata- kata marni di telefon sebentar tadi.

“ Kenapa you berubah macam ni sekali? Takkan you langsung tidak mencintai I lagi..” suara marni begitu lembut seperti selalu.

“ I berubah? Bukan you yang berubah ke? Siapa dulu yang kata kita tak mungkin bersama? Mana dia Armand yang katanya setaraf dengan you tu?” balas hafez sindir dengan soalan bertalu.

“ Jadi betullah you masih tak berubah? I tahu you masih cintakan I ..” balas marni tanpa menjawab satu pun soalan Hafez.

“ Cinta? Sudahlah Mar.. I dah ada hidup I sendiri sekarang dan cukup bahagia” Malas sudah rasanya terus berbicara dengan seseorang yang pernah buatkannya cukup menderita.

“ I tahu you tak bahagia.. Macam mana nak bahagia kalau bersama orang yang tak dicintai apatah lagi orang tu mencintai orang lain” sinis kata-kata marni namun tidak dapat ditanggkap Hafez.

“ Mar..kebahagiaan I bukan urusan you dan you tak perlu mereka atau meneka cerita” Balas hafez. Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila Marni cuba pertikai hubungannya dengan Fatin walaupun dia sedar akan hakikat mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.

“ Azfar darling..takkanlah you masih tak tahu yang you kahwin dengan kekasih orang” Marni masih cuba menduga perasaan Hafez.

“ Marni. Stop it ,okay. I tak ada banyak masa untuk dengar cerita rekaan you tu. I kenal siapa isteri I” Semakin tidak selesa rasanya berbual dengan Marni.


“ Betulkah you kenal dia? Kalau you kenal dia..takkan you tak tahu dia kekasih Azlan, adik you sendiri..” Ujar Marni berserta ketawa sinis membuatkan hati hafez bertambah sakit.

“ Mengarut !” Nada Hafez sedikit meninggi sebelum talian diputuskan terus.

Hafez meraup sekali lagi wajahnya bila teringat perbualan itu tadi. Langsung tidak disangka Marni akan kata begitu. Benarkah apa yang dia katakan? Azlan..Fatin. Ah, tak mungkin. ‘Tapi kenapa kenyataan Marni itu benar memberi kesan pada aku sehingga sedikit menggangu perasaan aku. Sehingga aku sanggup meninggikan suara pada Fatin sebentar tadi’. Laptop yang terbuka, ditutup kasar.
Hafez kemudian menapak ke pintu kemudian berpatah balik ke meja. Kedua belah tangannya menopang meja, masih tidak cukup berani untuk berdepan dengan Fatin. ‘ Patutkah aku mintak maaf ?’.

Jam di pergelangan tangan dikerlingnya, sudahpun dua pagi.. ‘Kenapa Fatin masih belum masuk? Teruk sangat ke aku ni..’

*********

“ Fatin..” terasa bahu digoncang perlahan. Aku mebuka kelopak mataku perlahan. Nyaris terhenti denyut jantung aku bila melihat Hafez duduk di hadapanku dalam gelap sebegini. Aku mengurut dada bagi mengurangkan rasa terkejut. Tahulah dia raja kegelapan pun, tapi janganlah nak takutkan orang macam ni. Aku yang sebentar tadi terlelap di sofa kini sudah bangkit bersandar, mataku ditonyoh beberapa kali.

“ Sudah, mari tidur dalam bilik..kalau mama nampak fatin tidur di sini apa pula dikatanya” Hafez menarik tangan aku yang masih separauh sedar. Dalam fikiran aku memang tiada perkara lain selain tidur, terlupa sudah yang aku ditengkingnya sebentar tadi..mengantuk betul

Bila 15


Ish, nak masuk ke tak ni. Mamat seorang ni, cubalah bagi salam atau apa- apa sign kalau nak masuk bilik pun. Tak adalah aku nak terkejut macam ni sekali. Sudahnya, aku yang termalu sendiri. Aku mengalihkan pandangan aku ke dalam bilik, tapi tidak terlihat pula kelibat si hafez tu. Aku salah dengar ke tadi? Ish, ni yang buat bulu roma aku berdiri tanpa disuruh. Aku kembali berpaling kehadapan. Sambil berpeluk tubuh, mataku meliar memandang sekitar yang sememangnya gelap. Ish, tak ada apa-apa pun.. karut betul aku ni, saja fikir yang bukan-bukan.

“ Sejuk?”

Macam nak luruh jantung aku rasa dibuatnya. Mamat ni memang ada niat nak memendekkan umur aku. Nasib baiklah tiada tindakan refleks dari aku, buatnya bila aku terkejut, aku baling pasu bunga yang ada dekat sebelah aku ni..tak pun aku tolak dia jatuh dari balkoni.. kan tak pasal jadi janda aku.

“ Terkejut ke?” soalnya pada aku, mungkin kerana soalannya tadi tidak ku jawab.

“ Tanya lagi? Pendek setahun dah umur ni..dari mana ni? Tiba-tiba je muncul” balasku.
Hafez mengambil tempat dikerusi sebelahku tanpa dipelawa. Kelihatan senyuman terukir dibibirnya. Itu tak lain, mesti mengejek aku.

“ baru lepas cuci muka, tengok dari tadi fatin dekat sini.. takkan tunggu hafez kot” ujarnya yang kini lebih selesa bersandar dikerusi dan melepas pandang ke langit.

“ Tunggu achik? Urgh.. in your dream!” balasku. Perasan betul mamat sihir ni.

“ Mesti ngeri kan?” ujarnya tiba-tiba.

“Apa?” soalku.

“ Ya lah, kalau fatin masuk dalam mimpi hafez” ujarnya bersahaja.

Eei..kalau aku belasah pun okay juga ni. Tikam empat belas kali, lepas tu lipat tiga masuk dalam beg dan lempar keluar terus dari bumi ni. Sengaja nak sakitkan hati aku. Ada sahaja benda nak kenakan aku.

“ Ingat..” perkataanku tersekat disitu sahaja bila aku bepaling kearahnya. Matanya terpejam, Tidurkah dia?. Ada sesuatu pada wajahnya bila dia memejamkan mata seperti sekarang. Kelihatan begitu tenang membuatkan hatiku tercuit. Ish, apa yang aku fikir ni, ni mesti kuasa kegelapan dia ni, dasar ahli sihir. Aku segera berpaling kearah lain sebelum dia perasan aku tengok dia macam tu. Aku mengurut dada yang terasa macam baru lepas jogging.

“ Fatin..” ujarnya perlahan. Apa lagilah mamat ni, ingatkan dah tidur tadi.

“ Hafez tanya sikit boleh?” sambungnya lagi.

“ Apa?” balasku pendek. Macam- macam la dia ni. Malam-malam nak buat kuiz pula, tanya itu ini. Tapi lain betul nadanya dan aku masih ingat nada ni, kalau tak salah aku, masa malam selepas akad.

“ Apa maksud cinta?” soal hafez berserta keluhan kecil. Apa punya soalan ni.. cubalah tanya soalan tentang hal ehwal semasa atau apa sahaja yang susah sikit. Boleh juga aku memanaskan otak.

“ kesian..” ujarku perlahan.
“ Apa yang kasihan?” soalnya beria sambil memandang tepat kearah ku.

“ iya lah, belajar bukan main lagi, kata ada master in mechanical engineering what so ever.. alih-alih bab bahasa kureng, maksud pun nak tanya orang” ujarku tanpa rasa bersalah

“ Jawab je la ” balasnya serius, sambil tangannya dengan penuh yakin menekan kepala aku sebelum kembali bersandar dan memejamkan mata. ‘Apa salah ke apa yang aku cakap, apa guna belajar tinggi kalau soalan macam tu nak tanya orang’ detik hatiku. Sambil menggosok kepala aku yang baru sahaja menjadi mangsa dek jawapan aku tadi.

“ Apa yang susahnya, dah memang perkataan cinta dicipta untuk menyatakan cinta, kenapa susah-susah nak beri maksud lagi? Cinta..adalah cinta itu sendiri, tak perlu maksud sebagai..” wah, cayalah aku ni..tapi kenapa macam aku sendiri tak faham dengan apa yang aku cakap..ah, lantaklah. Asalkan aku jawab.

“ Hmm.. kalau fatin tu, fatin la juga” ujarnya.

“ kenapa?” soalku bila dia berkata begitu.

“ Tak ada apa. hafez tiba-tiba teringat soalan tu” ujarnya. Aku memandang kearahnya. Apa maksud bila dia katakan teringat?.

“ Kak marni?” akhirnya terluah dibibirku. Kelihatan dia mengerutkan dahi, mungkin tidak faham mengapa tiba-tiba aku sebut nama tu.

“ Apa yang dia jawab bila achik tanya dekat dia?” soalku dengan lebih jelas. Dia mengeluh kecil sebelum tersenyum dan berpaling kearah lain.

“ Leaning . Optimist . Vague . Enthusiast” ujar hafez satu persatu.. kedengaran cukup berbeza dengan jawapan aku yang entah apa-apa tu. Ah, peduli apa aku, kenapa perlu aku bandingkan dengan dia.

“ Achik, kalau tak kisah..boleh orang tahu tak, kak marni tu macam mana? Mesti sweet kan?” soalku.

“ Selama hafez kenal marni, dia memang seorang yang lemah lembut, manja, and totally sweet..” ujarnya. Meluat pula aku dengar, itulah, siapa suruh aku tanya. Huh, aku pun sweet apa, walaupun ada sedikit kelam kabut .. sikit ke?. Ah, peduli apa aku.

“ Ala.. kalau manis sangat pun bukannya elok, nanti kena kencing manis” ujarku sebelum bangun dengan niat masuk kebilik. Aku rasa sudah cukup lama aku di balkoni.

“ you are not that sweet” ujarnya membuatkan langkahku terhenti. Hei, kalau aku tak manis pun, apa ada kena mengena dengan kau wahai raja kegelapan. Geramnya aku, aku tak harap pun yang aku ni manis dimatanya. Aku pantas meneruskan langkahku namun telingaku dapat menangkap sesuatu.

“ you are sweetening, you sweeten your surounding”

Betulkah apa yang aku dengar ni? Dia puji aku ke?..ish, aku salah dengar kot. Aku menyambung langkah terus ke bilik air. Kalau betul dia puji aku, maknanya.. tak adalah seteruk mana hafez azfar ni. Aku tahu.. aku ni memang pemanis pun, hehe..terlebih perasan pula aku ni.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, aku lihat hafez sudahpun lelap diatas katil. Katil? Kalau dia tidur atas katil, aku nak tidur dekat mana.. takkan dekat bawah.

“ Achik!” aku menggerak-gerakkan sedikit tubuhnya.

“ Yes, my dear..” ujarnya masih sedang mata masih terpejam. Gila apa mamat ni.

“ Orang nak tidurlah!” ujarku. Aku menampar-nampar pipinya yang mungkin belum sedar sepenuhnya.

“ kenapa tampar ni? Nak tidur, tidurlah..takkan nak kena dodoi kot” ujarnya yang kini dengan mata yang terbuka.

“ Ish, orang nak tidur mana kalau dah achik tidur sini? Bangunlah” ujarku geram dengan jawapannya.

“ Katil ni boleh tahan juga besarnya, kalau nak tumpang.. silalah. Kalau tak sudi, tidur dekat bawah” Ujarnya sambil membetulkan selimut . tumpang? Kenapa pula? Ni kan katil aku..

“ Kenapa orang kena tidur bawah?” soalku.

“ Sebab fatin tak nak tidur atas” jawabnya mudah.

“ Tak boleh! Achik yang tidur bawah” tegasku. Aku takkan beralah, ni katil aku. Aku segera naik keatas katil, dengan menggunakan bantal aku berusaha menolaknya ke bawah. Tak kira, aku mesti menang namun usahaku sia-sia bila dia merampas bantal dari aku. Dia kini bersila dihadapanku sambil memandang tepat kearahku tanpa perasaan, seperti mencabar. Ingat aku takut ke.

“ 1, 2 jus!” ujarku. Hanya itu yang dapat aku fikir.

“ siapa kalah, tidur bawah” tambahku lagi. Aku pasti aku akan menang kali ni. Dia hanya mengangguk yakin. Jangan haraplah kau menang.

1..2..jus!
Aku menarik selimut dan bantal ke bawah, macam mana aku boleh kalah ni. ‘ Kejam betul ! mana ada lelaki macam ni..tak gentleman langsung’ aku mengumam sendiri.

“ Sesekali kejam seronok juga ya, tapi bagus juga fatin tidur dibawah, takut juga hafez kalau tidur sebelah stalker” ujarnya yang mungkin terdengar kata-kata aku tadi. Stalker? Takkan dia nak ungkit kisah dulu? Dia ingat lagi ke? Ish, malulah aku.

“ Agaknya macam mana rasanya cicak goreng belacan ek” tambahnya lagi mungkin sengaja ingin menyakitkan hati aku.

“ Tidurlah!” geram betul aku. Bantal dalam dakapan, aku baling kearahnya. Karang bukan cicak yang aku goreng, kau yang mampus. Terdengar tawa hafez membuatkan bertambah rasa sakit hati. Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh. Malas aku nak layan orang macam ni. Buang masa aku je. Ish, tak faham betul aku dengan mamat ni, baru sahaja aku nak rasa yang dia ok sebab pujiannya, alih-alih tak sampai beberapa minit dah nak cari pasal dengan aku. Aku rasa telinga aku bermasalah ni..mungkin aku tersalah dengar.

*******


Entah kenapa, aku terasa masa begitu cepat berlalu. Hari ni bertukar semalam..dan esok dalam sekelip mata aku tempuh. Dalam sedar, pelbagai perkara telah aku tempuhi, pelbagai kenangan telah aku tinggalkan. Cuma sekarang yang menjadi tanda tanya, adakah benar masa yang terlalu pantas berlari ataupun aku yang terlalu lambat mengejarnya.

Jam di pergelangan tanganku menunjukkan 11.30 pagi. Masih terlalu awal rasanya untuk makan tengah hari tapi sudah terlalu lewat jika ingin bersarapan. Tapi entah kenapa perutku benar minta diisi. Ini semua tak lain sebab tak sempat bersarapan pagi tadi. Semua salah si hafez tu, pagi-pagi dah buat hal, sengaja berebut bilik air dengan aku. Sudahnya, aku yang terlewat. Siksa betul berkongsi bilik ni.

Sekali lagi aku mengerling jam di pergelangan, kemudian aku mencapai beg tangan serta laptop. Aku bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik. Kelihatan Atie dan jojie sibuk melayan pelanggan.

“ Atie, starbucks. Apa-apa call ye” Atie hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku mengatur langkah ke starbuck. Secawan kopi dan puff menjadi pilihan, cukuplah untuk mengalas perut yang sedang menggila ni. Sementara pesanan belum tiba, aku mencapai laptop dari dalam beg. Sudah agak lama rasanya aku tak check email.

“having breakfast or lunch” kedengaran satu suara asing menegurku, membuatkan mataku beralih pandang. Macam aku pernah tengok mamat ni. Eh, aku kenal dia ni tapi apa nama dia. ‘come on fatin, cuba ingat betul-betul’. Lelaki yang berdiri dihadapanku tersenyum menanti. Kalau yang sebelah dia tu memang lah aku kenal, dah muak pun tengok.

“Aku la ni, Adi. Tak banyak berubah kau ek, Cuma makin comel je ” ujarnya membangkitkan ingatan aku. Tak sangka betul dapat jumpa balik.

“ Wala..betul la kau adi, terima kasih.. aku tahu aku comel.. kau pun sama, still kurang inchi macam dulu ek” balas ku. Teruja betul aku dapat jumpa balik kawan lama macam ni.

“ Mulut kau ni dari dulu lagi memang tak cukup rasa kan. By the way, really miss you babe” ujarnya sambil menghulurkan tangan.

“ Ehem..”

“ Kau kenapa fez? Aku tahu la dia ni isteri kau, tapi kau jangan lupa, dia kawan aku” ujar Adi sambil menyigung pinggang sahabatnya yang dari tadi kaku disebelahnya.

“ Aku tak cakap apa pun Cuma..tekak aku sakit..ehem, tengok, aku rasa aku kurang minum air la” balas hafez dengan wajah yang tak berperasaan. Adi sekadar merenung hafez.

“ Ah, pedulikan dia..duduklah adi, kita sembang- sembang” aku menarik adi supaya duduk disebelahku. Hafez turut mengambil tempat bertentangan denganku tanpa disuruh. Namun, perbualan yang baru bermula terganggu kerana bunyi handphone hafez. Potong mood betul la mamat ni.

“ Sorry guys, i’ve got to go” ujar hafez lantas bangun dari kerusi. Panggilan dari siapa la agaknya yang penting sangat tu. Kerja kot..

“ Ok, dont worry i’ll take care of your wife” ujar adi sambil tersengih seperti kerang busuk. Hafez menepuk bahu sahabatnya itu sebelum terus berlalu tanpa sedikit memandang kearahku. Ah, peduli apa kalau dia tak tengok aku.

“ It’s must be ma..” kata-kata adi terhenti disitu sahaja sebelum dia beralih kearah aku dan tersenyum.

“ pardon”

“ Nothing. Hmm..hafez cakap you fashion designer sekarang” ujar adi cuba mengalih tajuk. Kalau benar tekaan aku.. ish, tak kot. Ah, abaikan sahaja.

Bila 14


Betul juga cakap hafez tu. Kalau dah mama dengan abah datang, mestilah kami kena tidur sebilik! Haa…! Apa ni? apa salahnya kalau tidur asing, nanti kalau mama Tanya aku cakaplah..err, nak cakap apa ye? Isk.. pening kepala aku.
Aku masih tidak berganjak dari kerusi semenjak balik tadi. Hafez pula entah kemana pergi sebaik sahaja membangkitkan hal bilik. Ala..macamlah aku tak pernah tidur sebilik dengan dia..tapi..haa…boleh gila aku macam ni..mama nak duduk sini berapa hari? Lupa pula nak tanya.

“ hmm..semua dah selesai, pergilah tukar baju tu..rasanya abah dah nak sampai” ujar hafez yang kini berdiri disebelah aku. Entah berapa lama dia kat situ pun aku tak perasan. Aku memandang kearahnya seketika sebelum anak mataku beralih pada jam dinding. ‘alamak, sempat kot kalau aku mandi dulu’. Tanpa menghiraukan hafez pantas aku berdiri dan berlari ke bilik. Pecutan diperlukan!. Itulah sibuk sangat mengelamun sampai tak sedar waktu.

***********

‘Mak aih! Ni dah macam berpotensi pindah terus kebilik aku si hafez ni’ Detik hati aku bila melihat pakaian hafez siap tersusun didalam almari. Aku memandang setiap sudut bilik aku, banyak pula barang mamat ni. Ah, lantak kaulah. Yang pastinya engkau yang kena kemas balik nanti..bukannya aku.Yang penting sekarang aku kena cepat sebelum mak datin tu sampai.

Selesai mandi dan bersiap, aku pantas melangkah keluar dari bilik. Harap-harap mama dan abah belum sampai lagi, namun tanggapan aku tak pernahnya tepat bila..

“ Eh, Mama. Abah.. Err m mak su pun ada?” Aku menghulurkan salam pada abah, mama dan mak su yang baru sahaja masuk. Mak su? Isk, pasal apa la pulak orang tua ni boleh ikut sekali. Ni yang buat aku rasa tak sedap hati.

“ Kenapa? Kamu tak suka ke aku datang sini?” soal maksu tiba-tiba, mungkin dia perasan riak wajah aku yang berubah. Tapi baguslah kalau dah tahu aku tak suka.hihi..memang anak saudara yang derhaka aku ni.

“ Eh, tak adalah, mana ada..pandai je mak su ni..orang suka apa, kalau maksu ada lagi meriah” ujarku tersenyum semanis mungkin. Semua memandang kearahku, harap-harap menjadilah lakonan aku ni.

“ Hmm..abah, mama, biar fatin anggkatkan beg ke bilik ye ” ujarku cuba mengalih tajuk bila melihat maksu seperti mepercayai kata-kata aku.

“ Ala.. biarkan dulu beg tu, tak ada nya nak lari beg tu.. Kita makanlah dulu, mama dah lapar” ujar mama dengan confident nya memulakan langkah ke dapur.

Makan? Aku memandang kearah hafez yang secara kebetulan turut memandang kearahku. Ish..nak makan apa? Mana ada apa dekat dapur. Tak teringat langsung nak beli tadi. Nak masak apatah lagi.. mana nak sempat, balik pun pukul berapa. Yang mamat ni pun satu, takkan tak teringat juga. Teruklah macam ni, apa aku nak buat ni..

“ Er..ma, malam ni kita makan dekat luar ya” ujar hafez memecah kebuntuan.

“Kenapa pula? Kamu tak masak ke fatin?” Soal mama yang sudahpun berdiri di muka pintu dapur.

“ Ala..tak masaklah tu, biasalah..orang sibuk kerja. Manalah ada masa..” Potong maksu sebelum sempat aku menjawab soalan mama. Kalau boleh sekeh, dah lama aku sekeh orang tua ni. Saja nak buat mama marah dekat aku.

“ Fatin balik lewat tadi ma. Ala..makan kat luar ke, rumah ke..sama saja” ujarku membela diri.Wajah mama masih serius seperrti biasa. Abah pula sudah ke bilik dari tadi.

“ Memang selalu ke kamu balik lambat? tiap-tiap hari kau orang makan dekat luar? Takkan tak pernah langsung kamu masak untuk suami kamu.Dah tu, orang gaji pun tak ambil” ujar mama memulakan kebiasaannya. Memang sudah jadi hobi mama agaknya bebelkan aku. Ni yang aku malas ni. Karang kalau aku menjawab, boleh timbulkan peperangan ni.

“ Fatin memang nak masak tadi ma, tapi hafez yang tak bagi. Hafez ingat nak bawa mama makan kat luar.. sorry ya, ma” Ujar hafez cuba menyelamatkan keadaan.

Biar betul mamat seorang ni. Apa hal, baik sangat nak bela aku. Aku memandangnya hairan. Hafez berpaling kearahku, mungkin perasan aku sedang memandangnya. Tanpa rasa bersalah, hafez memaut bahuku sambil tersenyum. Eei..tolonglah, menyampah aku tengok senyuman palsu tu. Ingat aku tak tahu dia berlakon. Tapi entah kenapa aku terasa pelik bila rapat sebegini. Aku rasa lemas tapi pada masa yang sama..ish, apa aku ni.

“ Eh, tak apalah hafez, mama tak kisah..tapi tunggu kejap ya, mama ingat nak mandi dulu” ujar mama sebelum berlalu. Ini yang aku pelik ni..kalau hafez cakap senang je mama terima. Kalau aku, jangan haraplah. Siapa anak dia yang sebenarnya ni.

*********

Aku melangkah ke balkoni sebaik sahaja selesai membersihkan muka. Aku mengambil tempat di kerusi yang terdapat disitu, kedua belah kaki aku angkat keatas kerusi. Aku memeluk lutut sambil pandangan kuhala ke langit.Terasa masih belum mengantuk walaupun penat. Rasanya hafez masih berbual dengan abah sementara mama dan maksu sudah nyenyak di bilik, penat agaknya.

Apalah agaknya misi mama lepas ni..Malas sebenarnya aku nak fikirkan tentang mama yang tak pernah puas hati dengan aku. Setiap tindak tanduk aku pasti ada sahaja yang tak kena. Tapi.. apa pun dialah satu satunya ibu aku. Takkan mungkin kenyataan itu berubah.

Aku mengerling jam dipergelangan tangan, 12.35. Aku menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan kemudian kembali merenung langit. Entah kenapa, tiba-tiba aku teringatkan kenangan lama. Begitu banyak kenangan yang aku tinggalkan sewaktu zaman persekolahan. Bukannya baik sangat pun aku dulu..aku masih ingat bagaimana aku menyelinap masuk ke asrama pada waktu persekolahan kerana ingin lari dari kelas kimia..malahan aku pernah menceroboh masuk ke asrama lelaki sewaktu mereka semua pergi sembahyang jumaat. Aku masih ingat lagi, fizah yang mengajak aku menemaninya ke blok aspura..

“ Kau jalan la dulu!” Fizah yang sememangnya lebih besar dari aku menolak aku ke depan. Ish, mentang-mentanglah aku ni sekeping, suka hati je tolak aku minah ni.

“ Ish, kau yang ajak aku teman. Kenapa pula aku yang kena jalan dulu? Aku patah balik baru tahu” ujarku sengaja menggertak fizah.

“ Eh, janganlah. Aku bukan apa..untuk keselamatan je, sebab bila kau duduk depan..nanti kalau apa-apa jadi kau boleh lari laju..aku kan lemah sikit bab-bab acara padang ni” balas fizah sambil menarik lengan bajuku.

“ Oh.. banyak kau punya cekadak! Ini dah kes nak menganiaya kawan sendiri,ni yang menambah tekad dalam diri aku untuk kembali semula ke asrama perempuan, huh” cis, tak boleh tahan betul ayat yang aku guna. Nak ketawa pun ada bila tengok wajah fizah yang kelam kabut bila aku tak nak teman dia.

“ Jangan la! Petang nanti aku pergi pasar malam, aku belikan kau sate ye” ujar fizah sambil menguatkan pautan pada tangan aku. Sate? Wah.. ok juga dapat makan free.

“ Ye la..kali ni aku temankan kau. Tapi bukan sebab ‘sate’ tapi sebab aku sayangkan kawan-kawan aku. Dah, jom gerak” ujarku lantas melangkah terus ke asrama lelaki dengan penuh keyakinan.

“ Kalau sebut pasal makanan, laju je” ujar fizah perlahan sambil mengekori aku.

“Apa kau kata?” soalku walaupun pada hakikatnya aku dengar setiap patah yang keluar dari mulutnya.

“Tak..aku cakap, untung..ada kawan macam kau. Menolong bukan kerana harapkan balasan” balas fizah. Ye la tu..

Aku meneruskan langkah ke arah asrama lelaki. Semuanya sebab fizah, yang memaksa aku menemaninya masuk ke aspura secara haram. Kononnya ingin membuat kejutan pada boyfriend kesayangan.. Nak letakkan hadiah dan surat di tempatnya. Eee.. loya tekak aku, romantik la konon. Nasib baik waktu ni tiada orang dekat aspura..semuanya pergi sembahyang jumaat.

Aku meneruskan langkah menuju ke arah bilik study. Sempat aku memandang kiri dan kanan bagi memastikan keadaan selamat aku tunduk sedikit sebelum berlari anak ala-ala secret agent. Jangan risau fizah, selagi agen fatin masih ada, misi kita tentu berjaya.

“ Oh mak kau cicak goreng belacan!” latah aku bila terasa aku terlanggar sesuatu.Tak pernah aku melatah macam ni sekali. Memang aku terkejut tahap maksima. Aku pun satu, jalan bukannya reti tengok depan..yang pergi tunduk tu siapa suruh.

Selipar ni..macam aku pernah tengok kat pasar malam. ‘ ish, apa yang aku mengarut ni’. Detik hati aku, namun aku beranikan diri mengangkat muka aku untuk melihat siapa yang aku langgar.Minta-minta bukan warden, kalau tak..masak aku, demerit lagi jawabnya.

“ Aa a..” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku, selebihnya masih bersembunyi di kerongkong. Apa aku nak buat ni..mana pula si fizah ni, kenapa senyap je? Tak reti nak back up aku ke.Tak pun dia dah lari dulu. Bertuah punya kawan.

Sudah setengah minit rasanya aku berdiri disini. Kaku macam orang bodoh, bukan tahu nak lari atau sekurangnya beri apa-apa alasan untuk selamatkan diri. Otak aku seperti kosong dan tak boleh nak berfikir langsung. Hafez azfar yang berada dihadapan aku turut tidak berkata sepatah, hanya melepaskan pandangan tak berperasaan seperti selalu.
“ Mmm..”

“ Stalker ” potong hafez sebelum berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan aku yang masih terpinga. Fuh, harap-harap dia tak lapor dekat warden. Eh, kejap. Dia panggil aku apa tadi? Dia kata aku stalker? Ini dah lebih.

“ Hei !” jerit aku pada hafez yang sudah agak jauh dari tempat aku berdiri.aku seakan terlupa dimana aku berada sekarang.

“ Woi, siapa tu?” tiba-tiba aku terdengar satu suara yang cukup aku kenali. Siapa lagi kalau bukan uncle siva, pegawai keselamatan dekat asrama ni.

Tanpa membuang masa, aku berlari masuk ke dewan makan. Mampus aku kalau kena tangkap. Apalah uncle ni, boleh buat aku mati sakit jantung..apa tak reti pergi sembahyang jumaat ke?. Isk..dia bukan islam pun..apalah aku ni. Aku menampar pipi sendiri, sebelum melangkah kembali ke asrama perempuan. Penat betul..siap la kau fizah. Berani tinggalkan aku.

Kenangan sering membuat aku tersenyum sendiri.Aku menguis anak rambut aku yang ditiup angin sebelum mengenakan penyepit. Memang aku tak akan lupa kenangan pada masa itu..kalaulah boleh kembali pada masa tu..

“ Tak tidur lagi?”

“ Opocot cicak goreng belacan!” aku pantas menutup mulut aku selepas menyedari hafez yang menegur aku. Macam mana boleh melatah macam ni, ni mesti sebab asyik teringat kes dekat asrama dulu. Ish..malunya aku kalau dia masih ingat. Yang si hafez pun satu..cubalah bagi salam dulu, tak la aku terkejut macam ni. Kenapa lah hidup aku ni asyik penuh dengan kejutan.

Bila 13


Aku bersandar pada sofa yang terdapat di dalam bilik ini yang biasanya menjadi tempat perbincangan dengan pelanggan. Elok juga kalau dapat lelap sekejap..sakit kepala pun ada. Semua sebab mak datin tadi lah ni..hampir setengah jam aku terpaksa layan kepala angin dia. Lagipun semalam entah pukul berapa aku tidur pun tak pasti. Aku membetulkan duduk sambil menyandarkan kepala ke sofa. Mata aku pejamkan dengan harapan segala kekacauan akan pergi dari kotak fikir aku bila bangun nanti. Kalaulah aku ada kuasa , aku nak buat hafez dan azlan hilang dari hidup aku selepas aku bangun nanti... dan yang ada ketika aku buka mata nanti hanya aku, putera impianku dan komik- komik kegemaranku yang bertimbun-timbun. Biar aku baca sampai nak termuntah pun tak apa dari ada kena mengena dengan dua beradik tu. Ish, aku ni merepek je lebih..fatin, tidur cepat!.

**********

Tempat ini sungguh asing bagi aku.. hampir seluruh tempat ini berwarna putih...Daun-daun pokok dan rumput berwarna putih serta kelihatan bersinar bila disimbah cahaya matahari. Tiba- tiba muncul seorang lelaki berpakaian seperti putera raja di dalam komik kegemaran aku. Ini tak lain mesti aku tengah mimpi..tapi kenapa mamat putera ni pakai topeng pula. Ish..macam mana aku nak tahu dia hensem atau tidak. Dia menghampiri aku dan memimpin tanganku menuju ke suatu kawasan dimana terdapat sebuah tasik, ditengahnya terdapat satu-satunya pokok yang daunnya berwarna hijau dan terdapat hanya sekumtum bunga mawar merah. Bunga tersebut dipetiknya dan dihulurkan pada aku. Entah kenapa aku seperti bisu, tiada sepatah kata yang keluar dari mulutku. Kami terus berjalan menyeberangi tasik itu..tapi sebaik sahaja sampai di tebing..dia melepaskan pautan tangannya sebelum berpaling dan terus pergi. Pada ketika itu, dalam keadaan samar aku dapat lihat susuk tubuh seseorang di hadapan aku.. “Tunggu!” jerit aku sambil berpaling semula mencari putera tadi namun dia berada terlalu jauh untuk mendengar panggilan aku.

Aku membuka kelopak mataku perlahan. Macam manalah aku boleh mimpi benda-benda macam ni..tak logik betul, macam cerita dongeng orang putih saja. “ Huargh..!” aku menguap sepuas hati sambil tanganku menggosok mata yang sedikit kabur. Lega rasanya..entah berapa lama aku terlena pun tak tahu.

“ Welcome to the real world ! puas dah tidur?”

“ Mak !” sapaan itu benar-benar buat aku terkejut. Agaknya dia ni nak bagi aku mati cepat kot. Tiba tiba saja muncul depan mata aku. Aku pantas bangun dari sofa, rasa tak sedap pula berbaring macam ni, namun dek kerana wajah dia terlalu hampir dengan aku..tak pasal-pasal dia merasa tandukan dari aku.

“ Sorry..” ujarku sambil membetulkan duduk di sofa. Siapa suruh dia buat aku terkejut.. mana tidaknya elok sahaja aku buka mata muncul pula muka mamat ni. Tak tahu bagi salam .. tak pun kejut atau tegur baik-baik sikit. Hafez yang sebentar tadi duduk disebelah sofa yang menjadi tempat tidur aku, bangkit menuju ke arah sofa bertentangan. Entah macam mana dia boleh muncul dekat sini pun tak tahulah. Rasanya aku sudah pesan pada jojie yang aku tidak mahu diganggu.

“ Clumsy” ujarnya sebaik sahaja duduk sambil tangannya mengusap-usap pipinya yang kena tandukan aku sebentar tadi.

“ Clumsy? Huh!” dah la datang tak berjemput..lepas tu suka hati saja nak mengata aku.

“ Ya..clumsy...semenjak kita kahwin ni , banyak kali dah hafez kena macam ni..asyik ditimpa malang saja, bahaya betul” ujarnya sambil tersengih. Ish, ingat aku suka sangat ke jadi kahwin dengan kau.. Kalau diikutkan aku lagi malang. Nasib baik tak ada sakit jantung..kalau tak dah lama sewa rumah bawah tanah. Ee..mintak simpang la.

“ Hey, achik tu yang buat orang terkejut dulu tau. Masuk tempat orang tak reti nak bagi salam..tak pun kejut elok-elok tak boleh? Sudah tu suka-suka hati nak salahkan orang.” Balasku, sakit hati dibuatnya. Dia kelihatan masih tersenyum. ‘ Ah. Ingat aku nak tergoda dengan senyuman kau yang berserta tanduk di kepala tu?..huh, boleh jalan..!’

“ Dah banyak kali bagi salam..tapi bila tengok orang tu sedap sangat tidur sambil tersenyum-senyum tak sampai hati pula nak kejut” ujarnya lagi membuatkan aku terasa malu. Aku senyum ambil tidur?

“ Sudah tu..balik sajalah kalau tak mahu kejut” ujarku bengang dan tidak selesa bila diusik begitu.

“ Memang nak balikpun tadi..tapi ada orang tu tak bagi..” ujarnya membuatkan aku tertanya. Siapa pula yang pandai-pandai halang mamat ni dari balik.

“ Tunggu” ujar hafez sambil tangannya diangkat dan matanya di pejam. Macam dialog aku dalam mimpi tadi je. Ish, takkan aku mengigau kot tadi. Mak aih...malunya aku..! macam mana pula boleh sampai mengigau ni. Betullah kata orang tua-tua, tidur petang memang tak elok. Aku dapat rasa darah mula berkumpul di muka aku..tak dapat nak sorok lagi. Muka aku mesti merah ni, panas semacam je. Hafez masih lagi tersengih lebih dari kerang busuk.

“ Ni ada apa hal datang sini?” baik aku tukar tajuk cepat. Hari ni saja sudah dua kali aku termalu sendiri.

“ Saja” ujarnya dengan wajah seperti tiada apa berlaku. Saja? Aku tak dapat terima langsung alasan yang dia bagi.

Eh, nanti dulu..sebelum aku tidur tadi..aku harap bila buka mata, yang ada adalah putera impian aku dengan komik-komik kegemaran aku. Takkan la pula mamat ni putera impian aku. Oh, tidak! Aku tak dapat terima kenyataan ni! Tolong aku, kenapa mesti dia. Tapi.. hmm..tak mungkin sebab mana dia komik-komik yang aku harapkan tu?.. Ah, aku ni fikir sangat benda-benda macam ni pasal apa. ‘ Of course lah bukan mamat ni’ detik hati aku membuatkan aku tersenyum sendiri.

“ Hai, ingat dalam tidur saja senyum sorang-sorang” ujar hafez mematikan senyumanku. Kata-katanya hanya aku balas dengan jelingan. Kenapalah makhluk seorang ni betul-betul menyakitkan hati. Dulu tak pula macam ni..Tambah pula waktu sekolah dulu. Bertuahlah kalau nak tegur aku pun.

“ Excuse me, boss” sapa jojie yang masuk ke bilik aku tanpa diundang. Dah macam tabiat dia orang pula, bukan reti nak bagi salam atau ketuk pintu dulu.. tak larat dah aku nak tegur.Aku memandang kearahnya yang memegang sebuah kotak .

“ Ada apa?” soalku pada jojie yang sedang berjalan kearah aku.

“ Komik- komik yang bos biasa langgan tu sudah sampai, semua lapan buah campur tiga komik baru percuma” ujar jojie lancar. Terbeliak mata aku dibuatnya melihat kotak yang diletakkan jojie dihadapan aku. Kenapalah komik-komik ni sampai hari ni..Tak mungkin! Tak mungkin permintaan aku jadi kenyataan. Tolonglah..aku nak tarik balik permintaan yang aku buat sebelum tidur tadi.

“ Jojie!” aku memanggil jojie sebelum sempat dia melangkah keluar dari bilik aku

“ Ambil balik kotak ni. Mana ada aku pesan semua ni” ujarku pada jojie yang kelihatan terpinga-pinga dengan arahanku.

“ Aa..kan ada nama boss de..”

“ Aku cakap ambil balik, ambil baliklah. Banyak songeh pula budak ni” tambahku lagi. Tak, ni bukan aku punya. Komik ni mesti berada sejauh mungkin dari aku. Aku perasan hafez sedang memandang pada aku sambil tersenyum. Apa tak cukup garangkah aku ? aku serius ni, bukannya buat lawak pun.

Sebaik sahaja jojie membawa semula kotak itu keluar, aku kembali memandang kearah Hafez.

“ Dah tua bangka pun baca komik lagi”ujar hafez sinis. Kata-katanya ku abaikan sahaja. Malas nak balas, buat sakit hati saja.

“ Kalau dah tak ada kerja sangat..nah ambil ni, then, pergi main jauh-jauh” ujarku padanya sambil menghulurkan gula- gula yang sememangnya berada diatas meja hadapan kami.Dia mengangkat kening, mungkin memahami niat aku yang sememangnya ingin menghalau.

“ Hmm. actually, sengaja singgah tadi..kalau boleh,balik awal sikit ya..” ujar Hafez lantas berdiri sambil membetulkan tali lehernya, kemeja hitam seta tali leher berwarna oren muda itu membuatkan dia tampak kemas.briefcase putihnya yang berada di atas meja dicapai. Dah habis kerja ke mamat ni? Aku melihat jam di tanganku..6.45..patut pun..orang kerja pejabat, lainlah aku..

“ Abah dan mama mungkin sampai dalam pukul lapan lebih” Tambah hafez lagi. Gula-gula yang masih berada ditanganku diambilnya sebelum beredar.

‘ Mama?’..

Ish, aku terlupa lagi.. nampaknya penyakit aku ni dah semakin kronik. Kenapalah cepat sangat masa berlalu. Kenapalah mama mesti datang hari ni..

Bila 12


Sunyi dan tenang. Pandanganku menyorot pada pusara seorang insan yang penting di dalam hidupku. Aku melangkah keluar dari kereta, selendang yang berada dikepalaku dikemaskan. Sapaan angin lembut membuatkan hati aku tersentuh tatkala berada di hadapan pusara arwah abang dan kakak ipar aku.

Sudah lama rasanya aku tidak ke sini. Daun-daun kemboja kering aku kuis supaya pusaranya lebih bersih. Kelihatan seperti ada orang lain yang mengunjungi pusara abang kerana tidak kelihatan langsung rumput-rumput liar yang biasanya tumbuh. Yang pastinya orang itu bukanlah mama, abah atau kak long...tak mungkin aku tidak tahu kalau mereka ke sini, lainlah kalau dekat. Ini semua kerana wasiat abang yang tidak mahu disemadikan di kampung sebaliknya ingin disemadikan disini bersama arwah kakak iparku. Abang dan kakak berkahwin tanpa restu mama.. mama tidak dapat memaafkan tindakan abang yang menolak calonnya. Kakak ipar aku meninggal disebabkan barah payudara..dan yang paling sukar untuk aku terima..Abang meninggal pada hari yang sama akibat kemalangan jalan raya.Pada masa itu, aku memang salahkan mama, aku jadi marah pada mama..bagi aku mama penyebab semua ini walaupun aku tahu mama paling sedih bila mendengar berita pemergian abang. Kalau pada ketika itu mama mahu membantu kos perubatan kakak..mesti kakak masih ada..dan abang tidak perlu terlibat dengan kemalangan kerana tergesa-gesa ke hospital bila mengetahui keadaan kakak.

‘Maafkan fatin bang, setiap kali fatin datang.. mesti kerana ada masalah. Fatin ni pentingkan diri kan?..’

Setelah selesai menghadiahkan surah yassin buat abang dan kakak..Aku melipat semula tikar yang mejadi tempat duduk aku sebentar tadi. Aku berdiri semula sambil membetulkan pakaianku. Aku memandang kedua-dua pusara dihadapanku sebelum berpaling dari situ. Tiada lagi air mata setelah tujuh tahun.

‘Tapi..Fatin rasa abang lagi pentingkan diri. Abang tinggalkan fatin sendiri untuk hadapi semua ni..’ Aku melangkah semula kearah kereta tanpa berpaling.

***********

Aku sekadar memandang kertas kosong yang berada di hadapanku. Tiada sebarang idea yang muncul..tiada sebarang lakaran pun yang terhasil. Di dalam layar fikiran aku masih lagi menayangkan dua suspek yang membuatkan kepala aku serabut. Kan senang kalau boleh buang sahaja kedua-dua sekali. Ish, yang aku susah-susah fikir pasal dua beradik yang tak mendatangkan untung tu buat apa? Kan satu kerja pun tak jadi ni.Tapi.. betulkah hafez dengan azlan tu adik beradik? Sekali tengok..tak sama pun. Argh..peduli apa aku!. Kertas kosong yang tidak bersalah itu aku keronyokkan sebelum campak kedalam tong sampah yang hampir penuh ditepi meja.

Aku melangkah keluar dari bilik menuju ke arah atie dan jojie. Baik aku keluar daripada duduk dalam bilik seorang dan fikir macam- macam.

“ Jojie ! pergi salinkan baju patung tu” aku menampar bahu jojie baru sahaja ingin menghirup kopi yang baru dibancuhnya.

“ Aww ” latah jojie yang mungkin terkejut dengan perbuatanku yang secara tiba-tiba. Nasib baik juga tak terlepas cawan yang dipegangnya.

“ Kau ni cubalah keras sikit..jerit pun macam perempuan” ujarku pada jojie. Aku memang sengaja mengusiknya walaupun aku tahu jojie memang macam tu..dia bukan pondan tapi...lembut kot..huhu.

“ Eeii..tolong sikit..jojie lelaki sejati tau!” balas jojie sambil bergaya kononnya seperti lelaki sejati. Apa-apa sajalah jojie..dengar nama pun dah macam perempuan.

“ Iya lah tu.. Pergi salinkan baju tu cepat!” ulangku sekali lagi.

“ Berapa kali nak tukar? Kan tadi kak atien dah suruh atie” ujar atie yang baru keluar dari stor. Eh, betul ke?..isk, macam mana boleh lupa pula ni. Aku memandang ke arah atie yang siap dengan beg tangannya.

“ Kamu nak ke mana pula tu?” soalku melihat atie bersiap siap ingin keluar.

“ La.. pagi tadi kan kak atien pesan suruh pergi bank..Atie dah habiskan kerja di belakang, so..nak terus keluar pergi bank la ni.” Ujar atie sambil dahinya dikerutkan.Teruk betul aku ni..kenapa semua benda aku boleh lupa ni. Aku memandang Atie dan kemudian jojie. Kedua-dua mereka memandang tepat kearahku.

“ Hmm..dahaga la pula” ujarku sambil tersenyum, cawan ditangan jojie aku capai. sengaja aku ingin tukar tajuk. Buat malu saja.. Entah apa-apa aku ni.

“ Kak atien..” Langkah ku terbantut ditahan atie. Atie merenung tepat ke arah ku. Aku tahu dia perasan sesuatu dengan tingkah laku aku hari ni.

“ Kak atien ok lah! Kamu tu pergi siapkan kerja cepat” ujarku sebelum apa-apa soalan muncul dari mulut atie. Aku tahu dia risaukan aku.. iya lah, jarang sangat aku jadi pelupa ni, terutamanya tentang kerja.

************

“ Baik datin..I memang boleh buat macam tu.. tapi ” malas betul rasanya bila dapat pelanggan macam ni. Kononnya bertaraf tinggi tapi tak tau nak berfikir. Buat panas telinga aku je telefon dia ni.

“ What tapi? You think I dont have money ?..you say how much” balas Datin Amy nyaring. Mahu saja aku sepak orang tua ni kalau depan aku. Dah la bahasa inggeris tunggang langgang, lagak saja lebih.

“ Bukan macam tu Datin.. kita ada prosedur, Datin sepatutnya beritahu lebih awal..lagipun tempahan datin hampir lapan puluh peratus siap..” aku cuba bertutur selembut mungkin. Nasib baik pelanggan.

“ I dont want any alasan..what I want, that dress is ready or I sue you” ujar datin dengan nada yang masih belum turun. Sakit hati betul dapat pelanggan macam ni.

“ Look, you have sign the agreement right? So, if you wanna sue..just carry on!” ujarku malas. Lagi di layan, lagi melampau.

Senyap. Tiada jawapan..tahu pun takut. Menyusahkan betul, lain kali kalau nak buat apa-apa perubahan pun janganlah di saat akhir.Memanglah dia boleh bayar, tapi macam mana pula dengan kualiti kalau siapkan dalam masa yang suntuk. Nanti apa-apa yang buruknya nama butik aku.

“ So, Datin?” ujarku bila dia masih senyap. Berfikir agaknya.

“ La ni macam ni..saya bukan saja-saja nak suruh pi tukaq pesyen dia..tapi anak saya tu dia kata tak mau labuci-labuci..dia tak suka” ujar Datin Amy dengan nada lebih rendah kali ni. Nak tergelak pun ada, tadi bukan main cakap orang putih, at last, terkeluar bahasa kedah dia. Huh, tak suka labuci konon..waktu datang tempah bukan main lagi..kalau boleh sekilo labuci pun nak dibubuhnya. Kalau tak cukup duit cakap la.

“ Macam ni lah datin..disebabkan datin..bayarannya nanti saya akan kira separuh sahaja bagi labuci..” putusku.

“ Emm..kalau macam tu tak pa la..terima kasih noh” balas datin sebelum panggilan diputuskan. Penat aku bila sekali sekala dapat pelanggan macam ni


Bila 11


Oh, kenalkan ini Azlan” Ujar hafez..Tiada respon.. sama ada dari aku mahupun azlan. Pandangan Hafez bersilih ganti ke arah aku dan azlan. Sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap apa.

“ Fatin, ni Azlan .. adik kandung Hafez” Tambah hafez lagi membuatkan aku bertambah terkejut. Apa semua ni..? . Memanglah aku tahu Hafez bukan anak kandung Uncle Rosli. Uncle rosli mengambil hafez sebagai anak angkat ketika dia berusia sepuluh tahun dan hafez terpaksa berpisah dengan adik serta neneknya. Itu sahaja yang aku tahu..tapi..kenapa pula mesti Azlan. Kenapa bukan orang lain?.

“ I’m her client ” ujar Azlan memecah kebuntuan. Aku memandang ke arah Azlan..Client?.

“ Oh..you all dah kenal la ni.. so..ops, sorry ganggu meeting.” Ujar hafez mungkin dapat mengagak temujanji aku dengan azlan.

“ Eh, tak apalah.. dah selesai pun..” Ujar azlan bila melihat hafez seperti ingin bangun. Isk.. kenapa banyak sangat benda pelik pelik yang terjadi hari ni. Semua perkara diluar jangkaan aku.

Aku mengambil tempat di sebelah Hafez.

“ Betul ke ni? Tak mengganggu ke?” Ujar hafez seperti serba salah. Aku sekadar tersenyum. ‘ memang mengganggu pun..merosakkan mood aku!’ detik hati ku.

“ Ok..hafez pun baru habis meeting tadi..but wait.. Azlan, how come you be her client?..Setahu aku la.. kakak ipar kamu ni banyak buat pakaian perempuan sahaja..” ujar hafez kepada azlan. Senyuman terukir dibibirnya. Senyuman itu lagi..

“ Alah.. kalau cerita pun abang bukan tahu..ni, sebelum aku lupa.. nenek kirim salam dekat abang dan...kakak” perkataan ‘kakak’ yang muncul dari mulut azlan membuatkan aku tertarik untuk memandang ke arahnya. Sebegitu mudah dia menuturnya..sebegitu cepat dia membiasakan diri. Terasa janggal pula bila panggilan itu datang dari azlan. Aku menghalakan pandangan ke arah azlan sedangkan dia tidak sedikit pun memandang ke arahku. Entah- entah dia sudah tahu dari awal lagi. Ish, apa-apa pun..aku bukannya tua sangat pun. Beza setakat dua tahun apalah sangat. Dulu boleh pula panggil aku dengan nama. Kononnya umur hanyalah suatu nombor. ‘Inilah..budak zaman sekarang. Cakap semua tak boleh pakai!’ ish aku merepek lagi.

Sekali lagi aku memandang ke arah mereka berdua. Dari pandangan aku mereka begitu serasi. Wajah hafez kelihatan begitu ceria. Tapi..kenapa dia orang asyik sembang berdua sahaja..Rasa macam aku tak wujud pula dekat sini.Isk, ni yang sedih nih..Gelas yang berisi air epal aku tarik. Sekali sedut habis, mana tidaknya air dalam gelas pun sudah tinggal suku.

Tidak aku menyangka langsung temujanji aku berakhir begini..temujanji antara fatin dan azlan sudah bertukar menjadi hafez dan azlan. Kenapalah nasib aku macam ni..berkawan dengan adik..berkahwin dengan abang. Ish, aku tak boleh terima betul lah yang dia orang ni adik beradik. Aku mimpi kot.. tak pun aku tengah berkhayal..aku kan suka berimaginasi.

“ Kak Atien” tepukan pada bahuku membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku memandang ke arah atie.. haha..aku berkhayal kot tadi. Aku memandang ke arah azlan dihadapan ku, kemudian sebelah aku..hafez. Isk.. sedarlah fatin ini semua bukan khayalan..! ini kenyataan...!

“ Kak Atien!” kali ini atie menguatkan sedikit suaranya. Ish, aku dengarlah.

“ Apa?” soalku. Nasib ni tempat awam kalau tidak, dah lama aku sekeh budak ni. Panggil nama aku kuat-kuat..ingat aku pekak ke.

“ Lambat lagi ke? Atie dah janji dengan mak, kena balik awal” ujar atie. Hmm, bagus juga atie ni..elok juga kalau aku boleh balik rumah sekarang daripada duduk disini.

“ Eh, tak apa atie..nanti azlan hantar dia..you baliklah dulu” Ujar azlan tanpa aku sangka. Atie sekadar tersenyum sebelum beredar. Minah ni..siap la dia nanti. Berani tinggalkan aku tanpa arahan aku. Potong gaji baru tahu.

“ Kereta?” sampuk hafez tiba-tiba. Wajahnya berkerut sedikit inginkan penjelasan.

“ Workshop” balasku ringkas. Malas lah nak buat penerangan.

“ Apa pula nak susahkan azlan, kita balik sekali..bukan kita duduk serumah ke?” ujar hafez. Aku memandang ke arah azlan yang sekadar tersenyum.

“Hmm, kalau macam tu tak apalah..azlan balik dulu lah, ada janji dengan kawan pula lepas ni”

*************

Secawan nescafe yang masih panas aku letak perlahan di atas meja di ruang tamu kemudian aku ke dapur semula.Hafez yang baru keluar dari biliknya mengambil tempat di sofa. Aku kembali semula ke ruang tamu bersama semangkuk kerepek kentang dan juga ais krim Häagen-Dazs vanilla honey bee. Sengaja aku nak cuba perisa baru ni walaupun pada hakikatnya aku tidak suka perisa vanilla.

Aku duduk di sofa berhadapan dengan tv dalam erti kata lain di sofa yang sama dengan hafez. Kalau nak difikirkan balik memang aku tidak pernah jangka langsung yang aku akan berduaan dengan hafez azfar apatah lagi tinggal serumah seperti ini dan kalau lebih kurang sepuluh tahun dahulu mungkin aku merupakan orang yang paling gembira. Mana tidaknya dulu bukan main lagi aku gilakan dia..tapi itu semua dulu la..sekarang..

Penutup ais krim aku buka berhati-hati. Aku lihat hafez sedang khusyuk menonton berita. Kalau aku nak tukar siaran pun tak boleh sebab alat kawalan ada pada dia.

“ Minumlah nescafe tu..sejuk nanti tak sedap pula” ujarku memulakan bicara. Hafez memandang ke arah cawan diatas meja kemudian memandang kearahku.

“Kenapa?” soalku tidak selesa bila dia merenungku begitu

“ Kenapa nescafe untuk hafez tapi ais krim untuk fatin?” ujarnya dengan wajah serius atau lebih tepat lagi wajah tidak berperasaan seperti selalu.

“ Saja..lagipun ais krim ni fatin beli semalam, kalau tak makan sekarang..bila lagi?” balasku. Satu suapan telah pun masuk kemulutku. Pandanganku tertumpu pada televisyen.

“ Macam ni lah, hafez tak rasa macam nak minum nescafe.. kita tukarlah” ujar hafez membuatkan suapan kedua aku terbantut. Aku memandang kearahnya. Kenapa confident sangat mamat ni. Cawan nescafe dihadapannya ditolak kearah aku sementara mangkuk ais krim yang berada ditangan aku diambilnya.

“ Lagi pun..kamu kan tak suka vanilla..” sambung hafez bila aku masih tidak memberi sebarang respon. Aku memanglah tak suka vanilla tapi tak bermaksud aku tak akan makan.. Apa ni..dah lah aku beli satu sebab nak cuba. Tak apa fatin.. sabar..sabar. Eh, mana dia tahu aku tak suka vanilla?..Ah, malas aku nak fikir dan aku tak ada masa untuk berebutkan ais krim walaupun terasa sakit hati bila melihat dia dengan selamba menyuap ais krim yang sepatutnya aku punya..aku sempat rasa satu suap saja. Tapi dia tak kisah pula makan bekas aku. Ala..bukannya aku tak gosok gigi pun.

Akhirnya, mahu atau tidak..cawan nescafe yang berada dihadapan, aku capai.

“Hujung minggu mama nak datang sini” ujarku padanya. Satu persatu kerepek kentang masuk ke mulutku. Aku lihat hafez masih lagi tertumpu pada televisyen tetapi kali ini dia tersenyum seperti menahan tawa. Aku turut memandang kearah televisyen yang tidak pernah pun ku beri perhatian semenjak tadi. CNN.. Apa yang lawaknya tengok berita. Aku berpaling semula ke arahnya.

“ Mama kata..dia nak datang sini ” ulangku sekali lagi bila melihat dia masih lagi tersenyum dan tidak memberi sebarang respon pada kata kata aku. Dia ni memang sengaja nak bagi sakit hati aku kot, takkan lah tak dengar apa yang aku cakap.

“Mama nak datang !” aku meninggikan sedikit suara. Geram betul aku

“ hmm” hanya itu yang keluar dari mulutnya yang sedari tadi tidak berhenti senyum. Hempuk dengan mangkuk ni baru tahu..biar tambah koleksi tampalan dekat kepala tu.

“ hmm?” sengaja aku mengulang kembali.

“ Tahu.. mama ada telefon pagi tadi ” ujar dia bersahaja sambil meneruskan suapannya. Entah kenapa setiap tindak tanduknya membuatkan aku sakit hati. Fatin! kontrol jiwa..

Mama pun satu..selalu dahulukan mamat ni.

“Rasanya mama ada telefon fatin, tapi tak dapat kot..biasalah tu..out of service..” tutur hafez sambil tersenyum sinis kearahku. Ini tak lain nak perli aku lah ni..Aku silap sikit, bukannya aku sengaja nak menyamar jadi operator pun..tak payahlah nak ungkit. Eee..geramnya aku, nanti tak pasal-pasal aku bertukar jadi raksaksa. Dengan terserlahnya kuasa terpendam aku pasti dapat membunuh ahli sihir ni. Terasa bagai darah menyirap ke kepala..melebihi takat didih.

“ Sini ! makan ais krim malam-malam tak bagus.” Aku mengambil mangkuk ais krim yang berada di tangannya dan terus bangun menuju ke dapur. Hafez kelihatan tercengang dengan tindakan spontan aku. Aku peduli apa! Ais krim aku masukkan kembali ke dalam peti ais. Geram betul ! tapi..yang aku pergi ambil ais krim ni buat apa ?. Ish, mengarut betul aku ni.. Häagen-Dazs vanilla honey bee, aku memandang ais krim itu sekali lagi sebelum menutup pintu peti ais. Rampas ais krim ni dari dia..itu saja yang aku mampu ? kalau berangan bukan main lagi. Malu pun ada.. mesti dia ingat yang aku ni tak betul

Bila 10


Hari pertama masuk sudah banyak kerja yang hafez perlu lakukan. Hafez menyusun fail fail diatas mejanya supaya menjadi lebih teratur dan kemas. Dia cukup tidak suka kerja yang tidak teratur.

Terasa kering pula tekaknya.Oleh kerana insiden pagi tadi dia tidak sempat bersarapan. Penat penat buatkan sarapan, alih alih semuanya tak menjadi. Mangkuk yang berisi nasi goreng yang dimasaknya pagi tadi semuanya ke lantai gara gara dia terjatuh. ‘Aku ni..ada gaya macam orang jahat ke?.’ Detik hati hafez.

Hafez melangkah menuju kearah pantry dengan cawan berisi Cadbury 3in1 untuk mencari air panas. ‘ Sekurang kurangnya air ni bolehlah buat aku bertahan sampai tengah hari kalau kerja banyak’ hafez mengumam sendiri. Hafez menarik kerusi yang berada di pantry itu lalu duduk berhadapan dengan tingkap.

‘Cantik juga permandangan disini..eh, kan butik fatin pun dekat sini..tapi tingkat berapa ya? Ish, tak ada masa lah aku nak survey KLCC ni’ hafez baru teringat tentang tempat kerja fatin yang tidak pernah diambil tahunya.. Plaster yang dilekat fatin pagi tadi disentuh perlahan. Sakit yang terasa memang tidak dinafikan tetapi bila teringat reaksi fatin pagi tadi membuatkan hafez tersenyum sendiri. Kelam kabut..tapi cute ape. Lawak pun ada.

“ Hai..hari pertama datang kerja dengan bertampal macam ni, ape cerita?” soal Adi yang baru perasan dahi hafez ber‘plaster’

Mati terus lamunan hafez bila ditegur adi yang baru memasuki pantry. Hafez bangkit menuju kearah sinki bersama cawan yang sudahpun kosong.

“ Aku ni..ada gaya macam pencuri..or..pembunuh? tak pun perogol bersiri?” soal hafez tiba tiba tanpa menjawab soalan adi. Adi memandang hafez pelik.

“ini apa punya soalan?..” balas adi namun belum sempat dia meneruskan kata katanya telefon hafez yang berada di atas meja berbunyi.
Adi mencapai telefon yang betul betul berada di sebelahnya namun dengan pantas hafez menyambar dari tangan adi. Adi memandang tepat kearah kawannya yang seorang itu.

“ Marni?” ujar adi pada hafez yang berada dihadapannya.

“Sorry ..I’ll call you back.” Ujar hafez lalu mematikan talian.

“ So..it’s Marni?” soal Adi sekali lagi. Wajah hafez kelihatan cuak.

“ Oh please..it is N.O.Y.B!” ujar hafez, malas melayan soalan dari adi. Telefon yang berada ditangan dimasukkan kedalam poket seluarnya.

“ Hai..marni dah tukar nama jadi noyb ke..oo..nama manja mungkin?” ujar adi, dia yakin nama marni yang terpapar pada skrin telefon hafez sebentar tadi.

“ It is ‘None . Of . Your . Business’ ” ujar hafez sebelum melangkah keluar. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan daripada melayan si adi tu.

***********


Azlan nak jumpa aku? macam tak percaya pun ada. Aku meneliti sekali lagi mesej yang terpapar di skrin telefon bimbitku. Alah..apalah aku ni, baca berapa kali pun macamlah mesej tu boleh bertukar tukar. Aku tersenyum sendiri.. akhirnya sudi juga azlan berjumpa dengan aku lagi. Bukan apa, kelakuannya sebelum ini benar benar buatkan aku keliru.. sekurang kurangnya bila dapat jumpa dia nanti mungkin aku dapat kembalikan hubungan kami seperti dulu walaupun tidak mungkin menjadi serapat dahulu namun aku tetap tidak mahu kehilangan seorang seorang sahabat sebaik azlan.

Aku meletak semula telefon diatas meja.

‘kau duduk jauh sikit, sebab asyik tenung kau lah aku tak jadi buat kerja’ Aku menolak telefon itu jauh sedikit. *Eh..sekejap, baik aku check lagi sekali mesej tu..betulkah dia nak keluar dengan aku tapi kenapa dia tak cakap pun pukul berapa dan di mana. La..kan aku belum balas lagi aku setuju ke tidak nak keluar, mungkin sebab tu dia tak cakap. Alah..kalau aku tak balas mesej nanti, sure dia call aku..macam biasa. Tapi..apa salahnya kalau aku balas mesej tu. Aku mencapai semula telefon yang berada dihujung meja dan pantas membalas mesej dari Azlan tadi. Setelah berpuas hati, aku menyimpan telefonku kedalam beg tangan.

Tidak sampai beberapa minit selepas itu, telefonku berbunyi. Ha..kan aku dah kata dia mesti telefon sendiri. Aku mencapai beg yang berada tidak jauh dari aku itu namun secara tidak sengaja beg itu terjatuh. Ish, ni yang aku malas ni..hari ni semua benda yang aku lakukan, semuanya tak kena.

Aku tunduk dan segera mencapai telefon yang berada didalam beg yang tejatuh di bawah meja.

“ Ya..hello. I setuju..so, you just set the time and place..anytime..anywhere” ujarku sebaik sahaja menjawab panggilan. Ish, kenapa aku rasa macam ter ‘over’ pula ayat aku, tak kot.. tapi kenapa dia senyap pula ni.


“ So..” tambahku bila dia masih lagi senyap. Kenapa pula la mamat ni.

“ Hello..” akhirnya kedengaran satu suara dari hujung talian. La.. ni macam bukan suara azlan..tapi siapa pula ni. Aku terdiam, ish salah aku juga, bukan nak tengok dulu siapa yang call.

“ Aa..this is Hafez but sorry..how did you know that I’m gonna ask you out?” ujarnya.

Ish, macam mana aku nak buat ni..malunya tersilap orang. “Aduh!” kepala aku terhantuk pada meja bila aku cuba kembali pada kedudukan asal. Sakitnya kepala aku.. itulah, semua sebab beg aku yang terjatuh bawah meja tadi..kalau tak, tak ada lah aku nak jawab telefon di bawah meja.

“Sorry, the number you have dialed is out of service” ujarku spontan sebelum menamatkan talian. Isk..Apa aku merepek ni.. dah terang terang aku angkat telefon tadi, yang aku pergi menyamar jadi operator telefon buat apa..! Aku menampar dahiku sendiri bila menyedari kebodohan aku sendiri.

Telefonku berbunyi sekali lagi. Nama hafez tertera di skrin. Dia ni telefon la petang nanti ke..tak pun cakap dekat rumah kan senang. Malu tadi pun tak habis lagi.

“ Hmm..so..the answer is..apa kata dekat rumah saja..pukul berapa tak confirm lagi..” ujar hafez sebaik sahaja aku menjawab panggilannya. Aduh..dia ni memang sengaja nak malukan aku ni.

“ Oh, shut up!..kalau nak gelak, teruskan..tak payah nak perli” ujarku padanya. Aku menjarakkan sedikit telefon dari telinga aku . Tawanya yang sememangnya pasti begitu ikhlas itu membuatkan aku sakit hati dan menyakitkan telinga aku…aku cakap je..yang dia pergi gelak betul betul tu kenapa.

“ Hmm..teruskanlah gelak tu. Kalau dah boring gelak seorang..ajak satu office sekali” ujarku geram bila dia masih tidak berhenti ketawa.

“ okay, kejap..nak buat announcement ..” ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.

“ What ever!” ujarku sebelum mematikan talian. Ish, dia ni muka saja nampak baik..tapi perangai betul betul macam ahli sihir. Dia memang pun ahli sihir..tak pun, mungkin dia raja kejahatan dari dunia gelap yang sedang menyamar. Tak apa..aku tak takut, aku kan watak utama. Eh, aku lupa pula nak tanya sebab apa dia telefon aku..ah, lantak lah.

***********


Aku masih ingat,suatu ketika dahulu seseorang pernah berkata pada aku.. untuk membuatkan orang menyukai kita..kita terlebih dahulu perlu menyukainya..cuba cari kebaikan seseorang kerana itu akan menghindarkan kita dari membenci. Aku akan sentiasa ingat kata kata itu walaupun terasa payah untuk melaksanakannya. ‘Abang.. fatin rindu abang’ Detik hatiku. Entah kenapa tiba tiba aku terasa rindu pada arwah abang.
Isk, kenapa aku nak sentimental pula ni. Alamak, tersalah mood ..Aku kan gembira sekarang ni. Aku melangkah keluar dari bilik aku menuju kearah atie dan jojie yang berada di kaunter. Sekarang sudahpun menunjukkan jam lapan malam, aku tidak mahu terlewat untuk temujanji dengan Azlan malam ni.

“Atie, malam ni kak atien balik awal..jangan lupa buat apa yang kak atien suruh tadi” ujarku pada atie sambil menyerahkan kunci padanya.

“ gembira nampak” ujar jojie pada aku

“Mestilah.. Ada date” balasku ringkas. Aku meneliti penampilanku buat kali terakhir pada cermin yang terletak ditengah butik.

“Oo.. kirim salam dekat abang hafez ya.” Sampuk atie pula. Bila masa pula aku kata nak keluar dengan hafez ni.

“ Bukan hafez, tapi dengan azlan..” ujarku. Atie dan jojie saling berpandangan. Ah, lantaklah dia orang nak fikir apa. Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar, aku berpatah balik kearah atie.

“ Atie..tumpangkan kak atien boleh? Please… terlupa pula tadi kereta tinggal di bengkel.” Aku memandang ke arah atie yang kelihatan tercengang.

“ Jojie, kau dekat sini seorang okey kan..tapi jangan mengada nak tutup awal pula” aku memandang kearah jojie pula.

“ tapi..” Atie yang masih di kaunter kelihatan teragak agak. Mungkin mencari alasan untuk mengelak. Tak ada, aku tak kira.. dia kena hantar aku juga.

“ Ala..Kak atien dinner dekat Azur..nanti kak atien belanja kamu sekali la..tapi kamu duduk meja jauh sikit tau” ujarku lantas menarik tangan atie yang baru terkial kial mengambil begnya.

***********

Aku tiba di Shangri-La, putrajaya lewat sedikit dari masa yang dijanjikan. Semua ni Atie punya pasal, kalau biar aku yang pandu tadi kan dah lama sampai. Pemandu berhemah la konon. Aku dapat menangkap susuk tubuh azlan yang sedang menanti di meja sebaik sahaja aku melangkah masuk Azur.

“ Sorry..” ujarku pada azlan yang kini berada dihadapanku. Azlan memandang kearahku kemudian beralih pada atie yang berada di sebelahku.

“ Kereta I rosak, Atie tumpangkan” ujarku yang sudahpun mengambil tempat dihadapannya. Aku memandang ke arah atie yang masih berdiri di sebelah aku.

“ I know..enjoy your dinner” ujar atie dan terus berlalu dari situ.

“ You sihat?” soal Azlan.

“ I okey, you macam mana..lama I tak dengar cerita pasal you. Ingatkan you dah tak mahu jumpa I lagi” balasku sebaik sahaja pelayan yang mehidangkan makanan berlalu.
Azlan menarik nafas panjang kemudian dia tersenyum pada aku.

“ I bukannya tak mahu jumpa dengan you cuma..” Kata kata azlan tergantung disitu bila telefonku berbunyi. Aku perhati nama yang tertera pada skrin telefon bimbitku. Apa hal pula mama telefon aku ni. Aku menekan cancel pada telefonku. Sorry ma..lepas ni fatin call balik. Aku kembali memandang ke arah azlan.

“ Sorry.. tadi you cakap apa? Cuma apa?” soalku pada Azlan.

“ Ha? No.. nothing. Makanlah..nanti sejuk tak sedap pula” balas Azlan sambil tersenyum pada aku. Aku kot yang salah dengar tadi..mana dia ada cakap cuma. Aku membalas senyumannya.

“ Tujuan I ajak you keluar malam ni sebenarnya..” belum sempat azlan menghabiskan kata katanya, telefonku berbunyi sekali lagi. Mama ni betul betul potong line. Sekali lagi butang cancel menjadi sasaran.

“ My mum..sorry. Okey, teruskan” ujarku padanya.

“ Kenapa tak angkat? Mana tahu ada hal penting ke..” ujar Azlan pada aku. Iya lah tu..mama memang senantiasa ada hal penting..kalau tak, tak pasal dia nak call aku.

“ Its okey..nanti I call dia balik. So?”

“ tak ada apa.. I just want to say that..kalau kita sudah tak ada jodoh..kita tetap boleh kawan kan?” ujar azlan. Kata katanya benar buatku terharu..memang itu pun yang aku harapkan.

“Sure” ujarku sambil tersenyum padanya. Telefonku berbunyi lagi..ish mama ni memang tak pandai cari masa betul lah.

“ Sorry, excuse me for a while..” ujarku pada Azlan sebelum bangun dan melangkah ke rest room.

Aku menjawab panggilan dari mama..dan seperti biasa aku terpaksa menerima ceramah percuma dari mama sebagai mukhadimah. Yang paling aku tak dapat terima mama kata nak datang rumah aku..macam tak percaya. Selama aku tinggal di sini, inilah kali pertama mama nak datang ke rumah aku. Apa pula mimpi dia kali ni..entah entah dia ada rancang sesuatu..ish malas aku nak fikir. Aku melangkah semula kembali ke meja..namun ada satu lagi kejutan buatku. Kenapa Hafez Ada di sini? Dia kenal dengan Azlan ke?. Aku meneruskan langkah ke arah mereka. Aku dapat lihat mereka berdua berbual seperti sudah lama kenal.

“ Fatin? Buat apa dekat sini?”soal hafez pada aku.Bukankah aku yang patut Tanya macam tu. Aku memandang kearah Azlan yang tidak langsung memandang ke arah aku.

“ Achik..” hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Ah..aku tengah bingung ni..

“ Oh..kenalkan..”

Bila 9


“ Lama betul aku tak jumpa kau, macam tak percaya pula kau transfer sini” ujar adi sebaik sahaja pelayan yang menghidangkan makanan mereka beredar. Memang dia tak menyangka langsung, sahabat baiknya itu akan menjadi rakan sekerjanya pula.

“ Itulah pasal, aku sebenarnya dah naik menyampah tengok muka kau. Dari sekolah menengah..lepas tu kat UTP..ni pula, terpaksa kerja sekali” ujar hafez. Dia menarik gelas yang berada dihadapannya. Perut yang sejak dari tadi kosong perlu diisi sesuatu. Tak pernah dibuatnya makan tengah hari pukul 3.

“ Alah..itu kau yang ikut aku. Anyway, bila kau masuk kerja?” soal Adi.

“ Isnin ni” balas hafez ringkas dan bersahaja, bukan apa.. Cuma dia rasa tidak sesuai untuk berbincang soal kerja sekarang. Nasi goreng yang berada dihadapannya lebih menarik perhatian.

“ Oh..Senang pula kau mintak transfer?” nasi goreng dihadapannya hanya dikuis kuis, masih kenyang rasanya.

“ Senang kau kata..dah berapa lama aku mintak..At last dia orang kasi sebab aku cakap aku nak berhenti, sudahlah..aku tak mahu cakap pasal kerja selagi tak masuk hari isnin” balas Hafez.

“ okay.. okay, aku tukar topik,hmm..so apa khabar girlfriend kesayangan kau tu? Still dengan dia lagi ke?” soalan adi memang sudah dijangkakan hafez. Dia sudah mengagak, kalau jumpa si adi ni..memang tak ada benda lain nak ditanya.

“ Aku dah kahwin” balas Hafez perlahan.

“ Wait. Kau jangan kata..at last, kau kahwin juga dengan marni? Tak..aku macam tak percaya..Dari dulu aku tengok kau orang ni memang tak padan..tak sangka pula..” sudu dan garfu yang berada ditangannya diletakkan ditepi pinggan.

“ bukan dengan marni la.. Kau ni kan, Dari dulu memang suka busybody kan?” ujar hafez malas.

“ fatin la..kau pun kenal dia. kau boleh tak kalau tak pandang aku macam tu.” Tambah hafez lagi bila melihat adi yang masih merenung ke arahnya.

“Fatin?” soal adi yang masih memandang ke arah hafez. Hafez sekadar mengangguk. Pinggan nasi goreng yang masih bersisa dihadapannya ditolak sedikit. Entah kenapa, seleranya mati tiba tiba.

“ Fatin.. kau..,macam mana? Ha.. dari dulu aku cakap kau tak nak percaya..kan dulu aku ada kata kau tak ber..”

“ Adi, Enough k. Aku tak nak kau ungkit benda lepas. Makan tu bagi habis.. kalau tak kau bayar sendiri” pintas hafez sebelum sempat adi menyambung kata katanya.

“ Mana boleh, kan kau yang kata nak belanja”

************

“ weih, itukan budak yang baru pindah kat sekolah ni? Dasyat betul, macam mana cikgu rahman senang senang saja pilih dia masuk team hoki sekolah?” ujar adi sambil tangannya lincah membuka penutup botol mineral. Adi kemudian mengambil tempat disebelah hafez.

“ budak mana pulak?” ujar hafez. Peluh didahinya diseka.

“ Alah.. budak yang kau perhati dari tadi tu lah, ingat aku tak perasan ke? Nasib baik aku ni bukan amalina..kalau tak, confirm dia cemburu tengok kau asyik tenung perempuan lain macam tu..” balas adi.

“ Iyalah tu.. mana ada aku tenung dia, kalau kau maksudkan budak perempuan yang pakai t-shirt kelabu tu..anak kawan baik mak dengan ayah aku, Family kita orang memang rapat.. dekat sekolah lama dulu..dia antara top player ..mungkin sebab tu cikgu pilih dia kot..” ujar hafez kembali berdiri.

“ Oh..apa nama dia?” soal adi.

“ Cikgu Rahman dah panggil tu, jom sambung balik latihan” Hafez pantas berlari kembali ke tengah padang.

Hafez tersenyum sendiri bila mengenangkan zaman persekolahan dahulu.Pertemuan dengan adi sebentar tadi membuatkaan hafez terkenangkan kisah lama.begitu banyak rasanya kenangan yang ditinggalkan di sekolah dulu..Hafez memberhentikan keretanya dihadapan Seven Eleven., ada beberapa barang yang perlu dibelinya.

***********

“ Mak..Mak..! Alan nak ikut..Alan tak nak tinggal dengan nenek” Azlan menarik lengan baju ibunya yang sudah sedia ingin melangkah keluar dari rumah bersama sebuah beg besar.

“ Mak..Alan janji, Alan tak akan nangis..Alan tak nakal..Alan nak ikut mak” tambah azlan lagi sedangkan ibunya sedikitpun tidak berpaling kearahnya. Pautan pada lengan ibunya direntap kasar dan ibunya berlalu pergi begitu sahaja tanpa sepatah kata.

Peristiwa dua puluh tahun dahulu terasa masih segar di ingatan Azlan walaupun pada ketika itu dia masih terlalu mentah untuk memahami segalanya namun pengalaman itu membuatkan dia menjadi lebih matang dari usia. Azlan masih teringat bagaimana dia terpaksa berpisah dengan abangnya yang diserahkan pada keluarga angkat kerana neneknya tidak mampu untuk menyara mereka berdua. Dia juga juga masih ingat bagaimana dirinya sering dijadikan buah mulut orang kampung. Bagaimana dia terasa begitu terhina, semua kerana seorang perempuan yang sepatutnya menjadi pendorong dan perlindungnya pada usia sebegitu.

“ Kau tengok tu..itulah cucu Mak ngah Zainab..Alah, yang mak dia lari ikut laki kaya..lepas tu ditinggalnya budak tu dekat makngah ..”

Kata kata sindiran seperti itu sudah menjadi makanannya ketika itu. Bagaimana seorang budak yang baru berusia lapan tahun terpaksa menerima semua itu. Adilkah untuk dia menanggung semua itu. Segala cacian..sindiran..yang diterimanya dahulu masih terngiang ngiang rasanya.

*Alan janji, Alan takkan nangis…

“ Arghh..memang aku takkan menangis! Takkan!” Azlan menjerit sepuas hati, cawan yang semenjak tadi berada di tangannya dilempar ke dinding. Hatinya terasa begitu sakit setiap kali teringat peristiwa lepas.

Azlan bersandar disofa, matanya dipejam rapat..cuba mencari kembali ketenangan. Dia menarik nafas panjang dan satu keluhan berat dilepaskan. Wajahnya diraup beberapa kali.

**************

‘Alahai..malaslah nak mandi lagi, lagipun baru pukul 6.30’ aku mengumam sendiri sambil mengemas katilku. Elok juga kalau aku pergi cari benda untuk mengisi perut aku pagi pagi ni, rasanya roti yang aku beli hari tu masih ada. Dengan rambut yang masih kusut masai, aku melangkah keluar dari bilik. Dah jadi macam tabiat pula..siap kemas katil sahaja, aku akan ke dapur dahulu.

Baru selangkah aku keluar dari bilik, aku terdengar bunyi yang datangnya dari arah dapur. ‘ takkan bell pula?’. Aku berpaling ke arah ruang tamu, kelihatan bell sedang nyenyak diatas sofa. alamak! Rumah aku kena masuk pencuri ke? Tak..takkan perogol atau pembunuh bersiri yang terlepas dari penjara..tak pun.. Argh..apa aku nak buat. Tak..tak..aku tak nak mati lagi. Ish, apa yang aku fikir ni. Nanti dulu..malam tadi, aku tak kunci pintu ke? Ni mesti kes mengantuk sangat semalam sampai lupa nak kunci pintu. Itulah , balik lambat lagi.

Aku mencapai bingkai gambar yang tergantung pada dinding, hanya itu yang aku terfikir untuk capai. Aku menggosok gosok mataku yang masih terasa kabur..hehe.biasalah baru bangun tidur. Aku melangkah perlahan dan bersembunyi disebelah pintu dapur, aku takkan terus masuk ke dapur..iyalah, entah entah..orang jahat tu pakai senjata berbahaya mana aku tahu. Bila aku terdengar seperti dia ingin melangkah keluar dari dapur, aku menggenggam kemas bingkai gambar keluli itu dan bersedia untuk melakukan serang hendap. Ini kalau kena ni. confirm pengsan.

Satu..dua..tiga!

“Argh!”

Aku masih lagi kaku disitu walaupun bingkai tersebut sudah terlepas dari tangan aku. ‘apa aku dah buat ni’.. Rasa bersalah yang teramat sangat menyerang aku bila melihat hafez yang terduduk dihadapanku sambil memegang kepalanya. Ish macam mana aku boleh lupa yang sekarang ni aku bukan lagi tinggal seorang.

“Gila apa” ujar hafez yang masih memegang kepalanya yang terasa begitu sakit.

“ Aaa!!” jeritku sekuat hati.

“ kenapa jerit macam tu?” soal hafez.

“ Darah ! darah!” aku mula menjadi kelam kabut. Alamak..berdarah la pulak, apa aku nak buat ni. Aku duduk disebelahnya, kelihatan darah mengalir membuatkan aku risau dan terasa begitu bersalah.

“ Aduh, sakitlah..” hafez pantas menolak tanggan aku yang menyentuh dahinya.

“ memanglah sakit.. kalau tak, tak adalah berdarah macam ni” Aku berdiri semula dan mula mundar mandir dihadapannya. Ish, apa aku nak buat ni..

“ Hospital..hospital..ya, kita pergi hospital..” Aku pantas menarik tangannya supaya berdiri.

“ Fatin..tak..” hafez merenung kearahku. Aku melepaskan kembali tangannya secara tidak sengaja dan menyebabkan dia terduduk.

“aduh” hafez menggeleng gelengkan kepalanya.

“ ha.. semua salah fatin,hmm..ambulance, call..ambulance..ya..right” Aku pantas melangkah ingin menuju ke arah telefon namun terasa lenganku ditarik.Hafez kini sudahpun berdiri disebelahku dan memandang tepat ke arahku.

“ Tenang sikit boleh tak? Cuba tarik nafas perlahan lahan” ujar hafez pada aku. Kenapa? Aku ni kalut sangatkah? Mana ada..biasa sahaja aku rasa. Aku menarik nafas dan menghembus perlahan seperti yang diarahkan hafez. Memang aku memerlukan oksigen pun pada waktu ini.

“ Ha..macam tu lah.. okay, sekarang kan lebih tenang..so, boleh tak kalau hafez nak mintak kalau ada first aid ke atau apa apa yang berkaitan?” soal hafez pada aku. ya..first aid, macam mana aku boleh tak teringat. Lagipun bila tengok balik luka dia tak ada lah sampai tahap perlu panggil ambulans. Aku saja yang ter ‘over’.

“ ha.. ada, tapi lepas la dulu tangan ni, macam mana fatin nak pergi ambil.” Ujarku padanya. Pantas saja tangannya melepaskan pautan yang agak kuat itu dan dia terus berlalu mengambil tempat di sofa. Apa lah aku ni, apa yang aku dah buat dekat dia ni.. Aku ni memang selalu buat sesuatu tanpa berfikir dengan betul.

**********

Peti kecemasan yang selama ini hanya menjadi hiasan di dalam almari, akhirnya mempunyai kegunaan. Biasalah tu..macam dalam karangan autobiografi yang pernah aku tulis masa sekolah rendah dulu.. ‘aku sebuah peti kecemasan..aku menjadi penting apabila..’ apa yang aku merepek ni?. Aku letakkan peti itu di ajas meja dan duduk disebelah hafez.

“ Tak apa, biar hafez buat sendiri” ujar hafez bila melihat aku membuka peti kecemasan yang berada dihadapan kami itu.

“ tak payah, biar fatin yang buat. Achik duduk diam diam..” ujarku. Tangannya yang ingin mencapai kapas aku tepis. Kelihatan dia tidak lagi membantah, wajahnya masih serius..marah benarkah dia. Tak apa..aku tak kisah pun kalau dia marah, mana tidaknya.. kalau aku jadi dia pun aku akan marah. Sakit tu..

“ fatin..” ujar hafez lembut memanggil nama aku.Dia memandang kearah aku yang sedang membersihkan lukanya.

“ Hafez minta maaf sebab tadi..hafez tercakap fatin gila..sorry ya..terkeluar” ujar hafez. La..kenapa dia pula nak minta maaf ni..kan yang salahnya aku..ish.

“ Tak! Tak! Fatin yang salah. Fatin ingatkan pencuri atau perogol..x pun pembunuh bersiri tadi yang pecah masuk rumah” terasa serba salah pula aku. hafez menolak tangan aku yang sedang membersihkan lukanya.

“kenapa? Achik janganlah marah sangat..kalau nak marah pun..tunggu lepas fatin siap bubuh ubat..” Aku menepis tangannya yang cuba menghalang aku dari menyentuh dahinya.

“ Tak..tapi.. boleh tak perlahan sikit.. sakitlah” wajah hafez kelihatan berkerut.Aku memandang kearahnya. Aku tak perasan pula aku terkasar dengan dia..Cuma aku memang tak boleh kawal diri kalau dalam keadaan kelam kabut . Iyalah mana tak kelam kabut dibuatnya.. aku dah lah terasa bersalah teramat sebab buat dia sampai jadi begini..alih alih dia pula nak minta maaf pada aku.

“ sorry…”