~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Wednesday, December 23, 2009

Real.is.a.sticK !



Realistic? so, WhAt?




STICK 1:



Am I no Real?

Here I stand.

Emphatic against the sky.

In the middle of crowded eatery but still there a kind of visual obscured.

Flashing through.

Scratching the light sensitive tissue that lining the inner surface of my eyes.

That’s awkward.

Your face is here.

Here in my soupy bowl.

Yeah, I’m kind of foody creature!

Sinfully.

But again!

You’re greater… greater than a fridge full of rich chocolate or cheese cakes.

Sweeter than the rain of Jell-O.

Na~ah.

You’re haunted! So, am I.






STICK 2:


Am I no Real?

Hoping for something to be real.

Hey you! Yeah..you there.

Open up your mind and see the world.

Try to be more realistic.

There are hands pointing.

too closed..too much that I can't breath.

They gave me no chance.I can see them clearly.

Urgh.. hired. Regime. Engineers. Doctors. Financial manager. Fact!

Sigh..?

No, I won’t. I don’t even need an auxiliary me. Just me. Yeah..Me.








Notes~ apakah ini? berpuisikah oren. Hah. Karut!!haish.sesekali ber`emo laks. ngee.. ada masa~ oren sememangnya x realistik. yah! oren yg meringue.

Thursday, December 3, 2009

*~ cErpen: sAya daN cuPcakes ~*




First Bite: Evaporasi dari secangkir Latte!


Kalau orang tanya macam mana nak menghasilkan resepi yang dapat selesakan tekak dan semestinya mengenyangkan, jawapan aku mudah sahaja. Hanya dua ramuan aku:

- My pinky purse[$]

- My pink honey mini’s key


Mudah kan? Itu la pun resepi aku. Ada duit dan dengan adanya faktor mainan teknologi yang membolehkan kita ke mana sahaja dengan lebih mudah… Maka dapatlah apa yang aku nak. Bercakap tentang makan..hmm..makanan merupakan salah satu obsesi aku. Enthusiasm! Selain kerja aku. Satu fakta tentang aku..bukannya aku tak tahu memasak cuma mungkin belum punya peluang untuk itu (alasan..). Hidup aku semakin hari semakin sibuk dan menjadi bertambah-tambah sibuk bila daddy dengan penuh yakin menyerahkan Fountain Consultancy pada aku.

Berbalik pada makanan, aku cukup gilakan susu dan kek. Nasib baiklah figura aku tak dipengaruhi oleh tabiat makanan yang melampau. Kesihatan masih keutamaan aku. haha. Disebabkan kek, aku jatuh cinta dengan SV, Sweetville. Sebuah kafe istimewa yang dibuka 24-7 yang menjadi tempat pertapaan aku setelah seharian bekerja.

Nah.. dah sampai pun ke destinasi aku. Aku memandu masuk ke laman SV. Ia seakan sebuah rumah british lama yang masih dikekalkan bentuk dan dibiar hanya berwarna putih. Lamannya yang dilitupi rumput permaidani dan batu-batu gelap serta saliran air dikiri dan kanan laluan masuk ke kafe, melengkapkan lanskap serba moden dan selesa. Aku melangkah masuk dan terus menghala ke arah sebuah rak yang dipenuhi buku. Setelah naskah Falling leaves berada dalam genggaman, aku melangkah ke arah satu sudut yang biasanya menjadi tempat aku bertapa. Satu sudut yang agak terlindung tidak jauh dari rak buku tersebut. Tempat itu tidak sama seperti tempat-tempat lain di dalam SV. Tak ada meja kaca yang berkaki tinggi seperti yang lain. Yang ada Cuma, sepasang bantal empat segi, besar dan kecil dan juga meja jepun yang sederhana besar. Sebab pemilik kafe ni adalah sahabat aku, aku sendiri yang mintak tempat ni. Mengada kan aku, haha..bila lagi nak kenakan dia.

Langkah kemas yang aku orak terhenti saat mata aku merekod satu susuk yang sedang enak bersandar di tempat pertapaan aku. Siapa pula mamat ni.. dia tak tahu ke yang tu bukan tempat untuk pelanggan. Lagipun macam mana dia boleh perasan tempat sedangkan terlindung dek rak-rak buku. Ni tempat aku la.. hmm..macam mana ni. Menyeramkan pun ada aku tengok mamat ni, dengan rambut yang hampir menutup seluruh matanya..macam mana dia boleh begitu khusyuk menaip sesuatu pada Macbook dia.

“ Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk sini” Luah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.

‘PAP!’ aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudungku aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.

“ Anything?” Soalnya bersahaja.

“ Hmm..aa.. err..tak ada apa-apa..tak, tadi ada nyamuk dekat situ. Sorry ganggu..I pergi sana dulu ya” Ujarku. Cuba mengelak dan dengan pantas bangkit dan berlalu. Hwaa… aku nak duduk situ! Aku mengubah langkah ke arah bar. Dekat situ pun okay lah..dah tak boleh bertapa, baik juga aku bersembang dengan Melati.

“Hai, kenapa pula duduk sini?” Soal Melati sebaik sahaja aku mengambil tempat di Coffee Bar. Gadis manis didepan aku sekarang ni adalah sahabat terhebat yang aku pernah ada dan antara sebab aku terlampau sayangkan dia adalah kerana dia pemilik SV ni. Haha.

“Saja.. nak borak dengan you..kenapa? tak boleh?” Soal aku yang kini sedang menopang dagu memerhati gerak tangkas Melati menyediakan kopi.

“Bukan la tak boleh…tapi pelik je” Balas Melati.

“What ever lah cik Melati..” Ujar aku yang masih leka melihat Melati melakukan kerjanya.

“So, malam ni nak SV milk dengan kek apa?” Soal Melati sebaik sahaja secawan kopi dihulur pada pelayan SV.

“Tak nak susu malam ni.. nak yang macam you buat tadi, tapi lukis seekor nyamuk dekat atas dia..then aku nak cupcakes yang macam amoi tu makan” Balasku sambil menunjuk kearah meja yang tak jauh dari aku.

“ Okay bos!” Ujar Melati, tersenyum dengan gelagat sahabatnya yang seorang ni.








2nd Bite : Plus the mint in that MiLk..


Jam di tangan aku tatap seketika. Masih awal, harap tak ada lah mana-mana budak phyco yang mengambil tempat aku. Kali ini aku melangkah kearah tempat semayam aku tanpa buku di tangan, cuma membimbit beg white VAIO kesayangan aku. Masih ada sedikit kerja yang perlu aku selesaikan. Bila difikirkan semula..SV ni sudah menjadi rumah kedua bagi aku. Kalau di rumah pun, bosan menghadap dinding.

Tanggapan aku meleset bila aku lihat, mamat semalam ada lagi di situ. Masih dalam posisi yang sama seperti semalam. Ish, mamat ni hidup ke tidak? Macam mayat hidup pun ada aku tengok. Menghadap skrin dihadapannya seperti tak berperasaan. Muka dah handsome tapi kacau sikit bila tengok rambutnya yang hampir menutup mata tu. Silap- silap juling ke, mana aku nak tahu. Ah..tak kira! Tempat ni aku punya.

Tanpa mempedulikan mamat misteri tu, aku melabuhkan duduk dan membuka beg notebook aku. Biar..hari ni aku tak nak lari. Kau pun,tak kan la nak duduk lama dekat sini kan. Aku lainlah..selagi tak siap kerja aku ni, aku tak akan balik punya.

~ 10 minit pertama..aku masih menumpukan perhatian pada kerja aku.

~ ½ jam kemudian.. Minty Milk aku tinggal separuh gelas manakala cupcakes masih belum aku sentuh. Aku masih lagi pening dengan kertas kerja yang perlu aku selesaikan.

~ 1 jam kemudian… Aku mengalih pandangan aku pada mamat tadi. Ish..ada lagi.. Dia tak nak balik ke? Awal lagi kot..tak apa, aku masih boleh berdiplomasi.

~ 3 jam berlalu… tengkuk aku pun dah terasa tegang. Aku mengangkat muka dan mamat tu kini sudahpun bersandar pada dinding. Macbook nya dibiarkan terbuka. Ish..cekal betul mamat ni. Tak ada rasa nak pergi dari sini ke? Ha…serabut betul lah macam ni. Selama ni aku seorang sahaja dekat sini.

“Hey you.. you tahu tak..err.. ni tempat I..” Ujarku perlahan.

“Anas..” Ujarnya tanpa aku faham. Dia berpaling ke arah aku. Rambutnya ditolak kebelakang sekilas membuatkan aku sedikit terkejut. Eh..tak juling la dia.. Ish.

“Ha?”

“ Tak..nama I Anas..bukan ‘Hey you’..” Jawabnya bersahaja. Alah..tu pun nak berkira. Dah tadi memang aku tak tahu nama dia. Tahu la handsome pun..tapi jangan la sombong. Huh. Aku membalas ujarannya dengan senyuman sebelum kembali menatap skrin di hadapan.Yang aku nak cuba sampaikan tak dipedulikannya..sebaliknya aku pula yang terkena balik.

“Suka?”soalnya tiba-tiba. Mamat ni cakap dengan aku ke? Tapi dia pandang arah lain.

“You cakap dengan I ke?”soalku. Inginkan kepastian.

“ masuk ni..dah dua kali you pesan cupcakes yang sama” tambahnya tanpa menjawab soalan aku. Memang fesyen ni kot mamat ni. Bermasalah untuk faham apa yang orang cakap.

“ A.ah..suka sangat! Ni cupcakes terbaru SV tau..baru semalam try..dah ketagih pun. I think.. you should try some” Balasku. Excited. Aku ni pantang sikit kalau sebut pasal makanan ni. Aku lihat dia tersenyum. Mak aih..nak gugur jantung aku. Ingatkan mayat hidup ni tak boleh senyum. Dia kemudian menutup macbooknya sebelum bangkit berdiri.

“Nak pergi mana?” soalku spontan.

“Ha?” dia memandang aku kehairanan.

“Err..tak. maksud I..Bye. ya. Bye bye” balas aku. Ish, entah apa-apa aku ni. Macam mana boleh aku pergi tanya dia nak pergi mana. Kan bagus tu dia dah nak pergi. Ha..pergi lah. Aku dah malu sebenarnya ni.

To be continued….

Monday, June 22, 2009

Bila 20



Azlan masih memikirkan kata-kata hafez tempoh hari.Cara abangnya bercakap di telefon seperti dia sudah mengesyaki sesuatu. ‘Macam mana pula dia boleh tahu tentang aku dan fatin?’ Detik hatinya.


“ Hmm.. can I ask you something?” soal Hafez.


“ Apa dia?” balas Azlan ringkas.


“Kamu dengan Fatin dah lama kenal ke?” soalan hafez membuatkan Azlan berfikir. Kenapa tiba-tiba abangnya boleh tanyakan soalan sebegitu.


“ Kenapa abang tanya macam tu?” Azlan menolak untuk menjawab soalan abangnya.


“ Yes or no?” ulang hafez.


“ Ya..” Azlan akur

.

“ Kamu dekat mana sekarang? Abang ke sana”


“ Ampang..on the way balik ke pejabat ” ujar Azlan.


“ Kamu hold kejap..ada incoming call ”


Perbualan itu hanya setakat disitu apabila Hafez mengarahkan azlan ke hospital. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya pada waktu itu. Dalam hati, dia tidak pernah berhenti mendoakan keselamatan Fatin ketika itu.


*********


Lakaran yang baru sahaja siap aku angkat dan tenung seketika. Cayalah..ini memang apa yang aku harapkan. Entah kenapa aku agak teruja untuk pertunjukan akan datang. Ya, pertunjukan kali ini memang begitu bermakna bagi aku. Selain dapat berdiri bersama dengan pereka profesional Malaysia, aku juga mungkin dapat penaja bagi pertunjukan di Jepun nanti.Ah.. tak sabarnya..


Aku melangkah keluar dari bilik aku menuju kearah Atie dan Jojie. Kelihatan mereka seperti sedang berbincang sesuatu. Macam mana aku boleh dapat pekerja macam ni. Curi tulang sahaja kerjanya.


“ Kamu jangan terlepas cakap pulak!” Aku dapat menangkap kata Atie pada Jojie. Apa sahaja lah mereka ni.


“ Terlepas cakap apa?” soalku sebaik sahaja menghampiri mereka. Atie dan Jojie kelihatan agak terkejut dengan kehadiran aku. Macam ada sembunyi sesuatu pula mereka ni.


“ Eh..Puan Bos.. bila sampai sini? Cantik bos hari ni” Ujar Jojie sedang Atie sekadar tersengih tanpa menjawab soalan aku. Apa-apa sahaja lah.


“ Tengok ni. Hebat kan?” aku menayangkan lakaran-lakaran yang berada di tanganku.


“ Wah..hebat! memang bos lah yang paling hebat” mereka berdua masih tersengih. Kalau bab membodek, nombor satu. Tapi aku memang sedia tahu kehebatan aku..haha.


“ Dah..ampu, ampu juga..nah ambil ni. Pergi buat kerja! Ini asyik bergosip je” ujarku sambil meletak lakaran tersebut dihadapan mereka dan berlalu.


*********


Hari ni memang tak ramai orang dan tak ada langsung sebarang tempahan. Tak apa la..adat la tu. Aku mengemas meja yang agak berselerak. Kalau macam ni la gaya, tutup awal pun okay..tapi kalau balik pun buat apa. Tak boleh..tak boleh, apa-apa pun aku mesti jaga reputasi butik ni. Biar aku balik awal tak apa, jangan butik tutup awal.


“ Sis, ada mamat handsome tunggu” Ujar Atie sebelum terus berlalu. Apa lagi si Atie ni. Mamat hensem? Okay juga tu..dah la tengah boring ni. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku..pantas sahaja aku melangkah keluar. Dari pintu bilik aku, aku dapat lihat hafez sedang berbual dengan Atie. Alah..takkan ini mamat hensemnye..potong betul la. Tapi kan, bila fikir balik..mamat ni lah yang aku tergilakan dulu.


“ Kau suka dia ek..” ujar fizah sambil menyiku pinggang aku.Fokusku beralih.


“ Kau ni apahal” balasku. Gila aku nak mengaku dengan kenyataan tak bermakna fizah tu.


“Eaa..mata aku ni boleh pakai lagi tau. Dari tadi aku tengok kau dok curi-curi tengok dia” Tambah fizah lagi. Aku segera menarik tangan Fizah yang betul-betul menghala kearah hafez sedang mengikat tali kasut tidak jauh dari tempat kami berdiri. Sudahlah suara dia boleh tahan kuat. Buatnya si Hafez tu dengar mampus aku.


“Gile!”


“Eleh.. tak nak mengaku..wait, kau tengok sana..aku rasa dia tengah usha kau la” Fizah memusingkan badanku supaya menghala ke hujung padang. Kelihatan Hafez dan Adi sedang berbual disitu. Bila pula mamat tu boleh sampai ke situ. Tapi mana ada dia tengok aku. Suka hati sahaja minah seorang ni. Aku berpaling semula dan tunduk mencapai kayu hoki aku. Aku menyapu t-shirt kelabu kegemaranku yang sedikit kotor sebelum kembali ke tengah padang.


“ Sis! Kenapa berdiri dekat situ dari tadi?” Soalan Atie mengembalikan aku ke alam nyata. Ish, macam mana agaknya aku nak buang tabiat aku yang suka berkhayal ni agaknya. Aku tersengih pada Atie, nak cover malu sebenarnya. Aku terus melangkah walaupun aku perasan tiga pasang mata memandangku lain macam. Janganlah kata yang mereka perasan aku asyik pandang si Hafez sahaja dari tadi. Eh.. sorry sikit ya, aku bukan tenung dia.. aku di alam lain sebentar tadi. Urgh..aku mengakulah aku memang gila.


“ Tak lari kemana punya abang Hafez ni..dah memang boss yang punya” ujar Jojie sebaik sahaja aku menghampiri mereka. Tak guna punya budak..


“ Karut..”balasku pendek. Bukan boleh dilayan sangat budak-budak ni.


“ Eleh..dah puas ke tenung jejaka idaman kak Atien ni?” ujar Atie pula. Aku sekeh juga budak ni. Diorang ni kan..kalau tak fikirkan si Hafez ada dekat sini. Memang dah lama kena.


“ Bi..bila pulak? Hey, tolong sikit ek..jejaka idaman akak wujud dlm komik je tau” ujarku membela diri.

Terluah tawa kecil si Hafez yang sedari tadi asyik tersenyum. Aku memandang kearahnya yang sudah bangun berdiri. Dia kemudian terus berpaling dan berjalan keluar tanpa perasaan. Mamat ni sakit apa pula, rupa-rupanya ramai lagi orang pelik dalam dunia ni selain aku. Tapi..


“ Kejap! Fatin ambil beg” kelam kabut dibuatnya bila melihat dia hampir melangkah keluar dari Butik aku. Siapa yang tumpang siapa pun aku tak tahu. Sepatutnya dia yang kena tunggu aku bukannya aku yang kena ikut dia. Segera aku mengambil beg dan menuju kearahnya yang berdiri diluar. Entah apa yang sedang diperhatinya pun aku tak tahu. Mesti tengah asyik usha awek-awek yang lalu lalang depan ni.


“ Jom” ujarku sambil berjalan terus melintasinya. Tak kuasa aku nak pandang lagi wajahnya. Dah cukup malu aku tadi. Namun langkah aku terhenti sebaik tanganku digenggamnya. Aku berpaling kearah Hafez yang sedia dengan riak tanpa perasaanya. Biar betul mamat ni. Dia kemudian dengan yakin mengangkat tanganku yang berada didalam genggamannya dan melambai kearah Atie dan Jojie yang sudah seperti kerang busuk dalam butik. Entah kenapa aku bagai terasa suatu yang aku sendiri tidak tahu bagaimana nak gambarkan. Oh my God..jantung aku ada masalah agaknya, tak nak la macam ni..aku nak hidup lama lagi. Kena buat medical Check up la lepas ni. Hafez masih tidak melepaskan tangan aku malah tanpa rasa bersalah terus menarik aku supaya berjalan disisinya. Aku akui selesa begini, tak payah lepas pun tak apa kan? Wah..tak sangka betul aku boleh fikir macam ni. Sedarlah Fatin.. kembalilah anda ke alam nyata!


Langkahnya yang tiba terhenti membuatkan aku keluar dari dunia aku sebentar tadi dan berpaling kearahnya. Hafez yang masih dengan riak yang sama seperti tadi memandang kehadapan. Aku turut menghala arah yang sama kemudian.


“ Ah..hai.. buat apa dekat sini?” soalku spontan dengan soalan yang pada aku boleh tahan bodohnya. Tapi itu yang terkeluar dari mulut aku. Masa bila pula Azlan berdiri depan ni. Aku menarik tangan aku yang berada di dalam genggaman Hafez tapi makin kejap pula genggamannya. Tidak selesa pula bila fikirkan Azlan melihat kami begini. Terasa bersalah..seperti sedang mengkhianati seseorang. Kenapa aku mesti rasa macam ni..bukankah Azlan sudah sedia mengetahui hakikat aku isteri Hafez. Kenapa aku masih ingin menjaga perasaannya.


“ Saja cuci mata..” balas Azlan.


“ Okay lah, kami balik dulu..ada masa datanglah rumah ya” Ujar Hafez. Ingatkan dah bisu tadi.


“ Nanti la dulu..alang-alang dah jumpa, jomlah minum dulu” aku memandang kedua mereka bergilir. Azlan mengangguk tetapi Hafez tidak memberi sebarang reaksi.


“ Tak apa, kalau dia tak nak ikut..kita pergi berdua” aku menghulur kunci kereta pada Hafez dan menarik tanganku yng berada digenggamnya.. Terus sahaja aku melangkah bersama Azlan. Sebenarnya aku sememangnya tengah lapar. Namun langkahku terhenti bila Hafez menarik tangan aku dan meletakkan kunci kereta ditapak tanganku.


“ I can’t drive..” ujarnya. Dahiku sedikit berkerut memikirkan maksudnya. Kenapa pula tiba-tiba tak boleh bawak kereta pula? Karut betul la mamat ni.


“ Kenapa pula?”


“ Headache..ya, actually kurang sihat hari ni” ujarnya. Hmm..potong betul lah..baru ingat nak pekena rojak Little Penang. Sekejam mana pun ahli sihir ni, tak sampai hati pula bila dengar dia tak sihat.


“ Sorry Azlan..may be, next time” terasa bersalah pula terpaksa batal rancangan yang aku sendiri buat. Azlan tersenyum dan mengangguk. Nasib baik faham.


“ Take care, bro” ujar Azlan tersenyum sambil menepuk bahu abangnya.

Aku melangkah menuju kearah lif. Aa...nak makan, tapi takkan nak biar Hafez tu. Masuk sahaja kedalam lif aku terus ke belakang dan bersandar. Hafez yang dari tadi mengekor berdiri di sebelah. Sekali lagi tanganku dicapainya namun kali ini pantas aku cuba meleraikan.


“ Sekejap je..Hafez nak transfer energy” ujarnya tapi aku masih kurang faham.


Tak larat sangat ke?” soalku lurus. Jangan dibuatnya dia pengsan sudah..ingat aku kuat sangat ke nak papah dia.


“ Nope. Bukan untuk Hafez..tapi Fatin yang perlukan lebih energy”


“ Tapi orang okay je”


“ Bukan sekarang..tapi Fatin perlukan nanti. Simpan energy yang Hafez bagi ni, walaupun tak dapat selesaikan apa-apa, tapi sekurang- kurangnya dapat kurangkan rasa. Hafez nak you set in your mind yang itu tidak akan jadi penghalang” kata-kata hafez yang panjang lebar itu membuatkan aku bertambah pening. Apa benda lah yang mamat ni cakap.


“ Aa..Achik ada baca komik orang ke?” soalku.


“ Ha?”


“ Tak..Dialog Achik macam watak dalam komik” tambahku bila dia seperti tidak memahami. Aku lagi la tak faham..kejap cakap pasal energy, lepas tu penghalang. Ish, tak faham la aku.


Aku memandang kearahnya yang tersenyum. Sedar atau tidak..kami sudah sampai di tepi kereta. Dengan tidak semena dan diluar jangkaanku dia menarik aku kedalam dakapannya. Apa pula kali ni..kenapa dengan dia hari ni? Hanya untuk seketika sebelum dia masuk ke dalam kereta. Dalam beberapa saat sahaja dia telah buat aku seperti hilang nyawa. Aku tak dapat merasai degupan jantung aku pada waktu itu.


“ Itu biusnya.. so lepas ni takkan ada rasa sakit” ujarnya sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan. Aku memandang kearahnya. Dah gila agaknya mamat ni ke..buang tabiat. Menakutkan betul.


“ Don’t worry..percuma. dari Dr. Hafez, tak payah berterima kasih ya” Ujarnya penuh yakin.


“ Gila!” hanya itu yang keluar dari mulut aku kerana aku sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku.

*********


Sampai sahaja dirumah hafez meletakkan barangnya diatas meja sebelum melangkah terus ke dapur. Gelas dicapai dan air dituang. Fikirannya melayang pada berita yang dibacanya pagi tadi. Dia yakin yang Fatin belum mengetahuinya berdasarkan apa yang diceritakan Atie dan Jojie. Patutkah dia beritahu pada Fatin. Kalau nak dirahsiakan pun..mesti akan terbongkar juga.


‘ Ya Allah.. surat khabar’ detik hati Hafez bila teringat surat khabar yang ditinggalkannya di ruang tamu tadi. Segera dia melangkah keluar dari dapur. Terlambat..Hafez yang kini berdiri disisi Fatin tak tahu apa hendak di kata. Surat khabar ditangan, Fatin tutup perlahan. Jelas dapat dilihat Hafez, tangan Fatin sedikit ketar menutup helaian surat khabar.


“ Hmm..nak masuk mandi” senyum dibibir Fatin jelas tampak palsu dimata Hafez. Air mata?

Thursday, June 4, 2009

Bila 19


Putih. Ah sudah, macam aku biasa tahu sahaja tempat ni. Aku cuba luaskan lagi kelopak mata aku. Rasa seperti baru bangun dari tidur yang cukup nyenyak. Pandanganku tertumpu pada susuk tubuh yang sedang duduk disebelah tempat aku berbaring.Aku mimpi ke atau aku dekat alam lain, aku sendiri tak pasti. Benarkah apa yang aku lihat sekarang ni.‘Azlan’. Apa yang dia buat dekat sini? Aku mimpi kot, baik aku pejam mata balik dan mesti lepas bukak balik aku berjaya kembali kealam nyata.


“ Fatin..” suara itu membuatkan aku kembali membuka mata dan sememangnya aku tidak bermimpi. Azlan berada di sebelah aku.


“ How do you feel?” ujarnya sebaik sahaja aku buka mata dan memandang kearahnya. Feel mende pula ni? Apa yang tak kena dengan aku?.Kenapa dia tengok aku macam tu, macam aku ada buat apa-apa salah pula. Aku memandang sekeliling. Ini bukan wad kecemasan ke?. Oh my god! Aku accident tadi. Ala.. apa jadi dengan kereta kesayangan aku tu.


“ Macam mana you..” aku sedikit musykil. Macam mana Azlan boleh berada disini.

“ Abang Hafez call tadi mintak suruh kesini dan bawakkan you balik. Dia sibuk uruskan kereta you..” Terang Azlan berserta senyuman. Sudah lama rasanya tidak melihat senyuman yang satu ni. Sejuk hati.. tapi, bila sebut pasal kereta.

“ Kereta? Teruk tak? Ouch!” Aduh kenapa sakit sangat tangan aku ni.

“Berhenti la fikir benda yang tak penting dan belajar fikirkan diri sendiri tu ” Aku berpaling kearah suara itu. Nadanya cukup keras dan tegas.Salah ke aku risaukan kereta aku, selama ni bukan aku ke yang bayar ansurannya. Aku memegang lenganku yang terasa perit sambil memandang hairan kearah hafez. Kenapa la pula mamat ni emosional sangat.


“ Tangan akak terseliuh tu, jangan banyak bergerak sangat..” ujar Azlan tiba-tiba. Hai.. mamat ni pun satu. Memang sah dua orang ni adik beradik, tak dapat disangkal lagi. Dua-dua pelik. Tadi elok-elok you and I, sekarang dah tukar akak pula. Satu-satu punya perangai..aku juga yang normal, hehehe.


“ Jom” ujar Hafez dan Azlan.


Aku memandang kearah dua beradik dikiri dan kanan aku. Ini apa kes pula, stok cakap serentak. Memang sah, dua orang ni dari dunia lain ni, bukan orang bumi. ‘Tapi kan.. kalau dah seorang pegang kanan dan seorang lagi pegang kiri..yang mana satu aku patut ikut ni?’.

“ Ouch!” jeritan kecilku membuatkan Azlan menarik kembali tangannya dari bahu aku. Sepantas itu juga Hafez menarik tangan kiri aku. Erat pautannya memimpin aku keluar. Musykil aku, yang sakit..tangan. Tapi kenapa pimpin macam aku tak boleh jalan pula.

“ Azlan bawak kereta ke depan ya” ujar Azlan memintas kami dan berlalu.


“ Err.. tak payah pimpin kot..kaki okay..” ujarku sedikit teragak-agak. Terus sahaja Hafez melepaskan pautan. Laju langkahnya kehadapan. Ingatkan baik sangat, hujungnya.. ditinggalkan juga aku dekat belakang.


Sebaik sahaja berada didalam kereta sehingga sehingga sekarang. Masing-masing tidak berkata apa. Aku lihat Hafez dan Azlan bagai melayan perasaan sendiri di depan. Boring betul la mamat dua orang ni. Macam manalah seorang boleh jadi kekasih dan seorang lagi jadi suami aku ni. Teruk betul la taste kamu ni Fatin. Tapi rasa lain macam pula bila senyap macam ni. Pasang radio pun tak. Hari tu nampak macam rapat sangat tapi..takkan bergaduh kot.. ish, suka hati aku sahaja nak fikir yang bukan-bukan.


“ Tak nak pasang radio ke?” ujarku memecah sunyi.


“ Nope.” Jawab mereka serentak membuatkan aku tersenyum. Memang pelik diorang hari ni. Tapi kenapa pula tak boleh pasang radio..


“ Boleh la.. bukak slow je..” Aku masih tidak berpuas hati. Permintaan aku tidak dilayan.


“ Kalau nak tanya sikit boleh?” soalku bila mereka enggan melayan.


“ Shut up” ujar mereka. Masih serentak.


“Nak tanya pun kena marah..” Aku mengomel sendiri. Apa salah aku? Ala.. ingat diorang bagus sangat la tu. Kalau nak cakap serentak sangat, pergi la masuk coral speaking atau apa sahaja yang berkaitan. Aku melepaskan pandangan keluar. Tengok pokok-pokok lagi bagus dari layan kau orang.


*******


Syukurlah semua selamat, kereta pun dua hari lagi sudah boleh diambil. Dasyat betul aku ni, kemalangan tak ada la seteruk mana, tapi boleh pula pengsan hari tu. Tangan yang terseliuh ni pun dah beransur pulih. Tapi ada satu perkara sahaja yang buat aku musykil dua tiga hari ni. Kenapa dengan si Hafez ni lain macam? Dia tak bagi aku buat kerja langsung dekat rumah, memanglah aku suka..selama-lamanya pun okay juga. Tapi..yang aku peliknya dia tak rajin senyum macam dulu, cakap pun hal penting sahaja.Woo..Apa dah jadi dengan raja kegelapan seorang ni?. Entah-entah dia tengah kumpul kuasa untuk tewaskan aku.

Aku menghampiri Hafez yang sedang khusyuk dengan sebuah buku setebal kamus oxford. Apa yang dibaca pun aku tak tahu. Kalau aku lah .. boleh termuntah agaknya baca buku setebal tu.


“ Hai..nak air tak?” soalku. Aku bersandar di dinding sebelah meja kerjanya.


“ No” Balasnya ringkas dengan pandangan yang masih tertumpu pada bukunya. Aku merenung helaian yang dibukanya. Banyaknya tulisan, dah la kecil-kecil..tak ada gambar langsung pula tu. Naik berpinar mata aku melihat. Berganda-ganda lebih bagus kalau baca komik. Bosanlah dia ni. Aku mencapai kotak cermin matanya di sudut meja. Bukan apa..aku dah tak tahu nak buat apa. Tapi entah macam mana boleh terlepas dari tangan.


“ Aduh” sakit masih terasa pada tangan yang aku sangka sudah sembuh sewaktu aku cuba mencapai kotak itu dari lantai.Aku ni memang tak tahu nak berhati-hati.


“ Kan senang kalau rehat dalam bilik, tak pun pergi tidur ” Hafez serius memandang aku sebelum mengambil kotak itu dan letakkan kembali di atas meja. Itu pun nak marah.


“ Ala.. orang bukan cedera teruk pun. Fatin memang hebat!” ujarku dengan penuh keyakinan seperti biasa.


“ Hebat sangatlah kalau bawak kereta sampai langgar divider, dah tu pengsan sampai berjam” luah Hafez masih dalam nada serius. Ala..bukan aku sengaja nak langgar divider tu..kalau tak langgar, tak tahulah apa yang jadi pada kereta depan.


“ Marah?” soalku. Senyap..tiada jawapan.


“ Hee.. orang tahu achik risaukan orang kan? Or.. hah! Achik dah jatuh chenta dengan orang kan?” ujarku sambil mendekatkan wajahku dengannya. Serius.Sengaja aku ingin melihat reaksinya. Bukannya apa..saja nak usik, rasa macam dah lama pula tak tengok senyuman kejamnya seperti sebelum ni.


“ Oh my God.. you are so annoying! Ada juga orang yang perasan tahap ni dalam dunia ni kan?” ujarnya sambil menolak muka aku menggunakan sebesar-besar tapak tangannya supaya menjauhinya. Aku tersengih seperti kerang busuk. Boleh pun mamat ni senyum.


“ Dah.. pergi tidur” ujarnya bila melihat aku yang masih tersengih disitu. Suka hati sahaja nak halau aku. Ini kan rumah aku. Ikut aku la nak duduk dekat mana pun.


“ Kalau bukan jatuh cinta...” aku masih tak berpuas hati.


“ Apa lagi?” Soalnya yang kini sudah menanggalkan cermin matanya dan memberi perhatian pada apa yang akan aku cakap.


“ Achik ni kan..sebenarnya ‘Soileh’ pemerintah dunia kegelapan tu kan? Yang muka sama macam helios” Tuturku penuh yakin.


“ What?” Hafez masih kurang faham. Berkerut dahinya memandang aku.


“ Ha... betul la tu. Orang dah agak dah” Ujarku sebelum melangakah keluar dari bilik itu. Suka aku bila lihat dia buat muka pening macam tu. Bukan selalu.


***********


Hafez bersandar pada bangku yang terdapat disitu. Masih belum terasa ingin pulang ke pejabat. Air tin yang dipegang dari tadi dibuka dan diteguk perlahan sebelum diletak tepi. Dia tersenyum, tak pasal-pasal beberapa hari ni terpaksa berulang kerja naik LRT. ‘Fatin..fatin’ Detik hati hafez bila teringat peristiwa hari tu.

“Hello, encik ni Saudara Cik Fatin ke?” soal satu suara yang tidak dikenali sebaik sahaja telefon diangkat. Siapa pula yang call pakai nombor fatin ni? Persoalan mula berlegar di kepalanya.

“ Saya suami dia..boleh saya tahu ini siapa?”

“ Oh patutlah dia set nombor telefon encik sebagai nombor satu..sebenarnya isteri encik ada dengan saya sekarang” balasnya tanpa menjawab soalan hafez.

“ Kenapa pula?” Hafez kurang faham.

“ Isteri encik accident betul-betul belakang kereta saya tadi dan sekarang dalam perjalanan ke hospital” tutur wanita yang tidak dikenali itu bagai membuat jantungnya berhenti seketika.

Hafez yang dalam perjalanan berjumpa Azlan segera menukar haluan. Pelbagai andaian wujud dimedan fikirnya waktu itu. Mati-mati dia ingatkan kemalangan teruk. Tapi nasib baik jugalah semua selamat.


Dia tersenyum lagi.

***********

“ Maaf Datin, hari tu saya dah mungkir janji” Aku memandang Datin Leina dengan rasa bersalah. Kalau hari tu aku bawa kereta baik-baik mesti tak kemalangan dan tidaklah buat orang tertunggukan aku.

“ It’s okay Fatin, you bukan sengaja tak datang pun. Macam mana tangan?” Soalnya lembut. Sudah la cantik..lembut pula tu. Kenapalah aku tak macam dia kan. Aku membalas senyumannya.


“ Dah okay Datin..dah boleh melukis pun” ujarku sambil menghulur secawan teh yang baru dihantar Atie. Baik betul la Datin Leina ni, baju yang ditempah sudah diberi tapi sudi juga dia datang melawat aku.


Tuesday, June 2, 2009

Bila 18

Prada wiTh OLd heArtShapEd KeyChaiN



“Apa? Tak tahu fesyen ke?” Soalku kepada seorang mamat yang tersenyum memandangku. Aku tahu..tak lain mesti sebab selipar ni. Kalau tak pakai blusher pun tak apa tadi..jimat sikit sebab dari tadi blusher semula jadi ni tak hilang-hilang. Hai..kenapalah hari ni aku rasa jauh sangat perjalanan yang tak luas permandangan nak sampai ke butik ni.. nasib baik tak adalah ramai sangat orang waktu ni..tapi..isk, malunya. Kalau masuk surat khabar mesti gempak ni.. ‘seorang pereka fesyen muda ( muda ke?) hanya memakai selipar tidur di kawasan awam’. Argh..aku peduli apa.

Aku melangkah dengan lebih laju kearah lif, sekarang ni bukan setakat jangan pandang belakang je..kiri, kanan..depan pun aku tak pandang dah. Asyik pandang bawah je..berserah sahaja, harap-harap tak terlanggar apa-apa.

“ Fuh..akhirnya...” dapat juga aku sampai dalam lif ni, seorang pula tu. Hahaha.. lif ni aku yang punya! Aku mendongakkan kepala sambil mengesat dahi aku yang sedikit berpeluh. Sejuk- sejuk pun sempat berpeluh lagi aku ni. Aku mengemaskan rambut yang sedia berjutai menutup dahi. Dengan penuh keselesaan dan keyakinan aku menarik nafas panjang dan lepaskan. Rasanya dari sejak tadi aku tidak dapat bernafas dengan baik.

“ So what ! i’m still the rockstar!” Aku mula mengeluarkan suara katakku dengan penuh yakin. Beg dibahu aku gantikan sebagai gitar. Ala.. relaks la, bukan ada orang pun. Paling-paling pun lampu dalam lif ni je yang terbakar bila dengar suara aku. Bukan apa..Cuma nak hilangkan rasa malu tadi je.

“ Mak!” aku berundur beberapa tapak sehingga belakangku tertahan dengan dinding lif. Terkejut aku melihat Pak Samad berdiri kaku sambil tersengih memandang kearahku. Terserlah beberapa batang giginya yang tinggal tu. Bila pula orang tua ni ada dekat belakang aku..rasanya macam aku seorang sahaja waktu masuk tadi.

“ Dah lama Pak Mad dekat sini?” soalku sambil tersengih. Malu hanya tuhan sahaja yang tahu. Habis hancur imej sopan aku depan Pak Samad. Mesti dia cancel nak ambil aku jadi menantu dia. Tapi kan.. kenapa aku rasa macam bodoh je soalan aku tadi?.

“ Sempat la jugak dengar konset kamu tu..hehe” ujar Pak samad masih tersengih. Batang mop yang dipegang dari tadi disandarkan ke dinding.

“ Hehehe..”

“ Cantik kasut kamu tu ye? Macam kapet” tambah pak samad lagi kali ini kelihatan bicaranya lebih serius.

“Ahaha.. kalau Pak Mad nak tahu..ni lah trend sekarang. Kalau Pak Mad suka, singgahla butik saya nanti” ujarku penuh keyakinan. Suka juga aku melayan orang tua ni.

“ Menatang apa tu tren? Bukan kereta api ke?” soal Pak Samad. Kerut didahinya bertambah. Aku tersenyum sendiri.

“ Pak Mad bukan nak ke tingkat ni ke?” ujarku bila melihat pintu lif terbuka sedang Pak Samad asyik menggaru kepala. Bagus juga lif ni, tak payah aku susah bersoal jawab lagi. Pak Samad kemudian pantas mengambil mop dan baldi sebelum terkocoh- kocoh keluar. Apa yang nak dicepatkan pun aku tak tahu. Aku sekadar menggelengkan kepala melihat keletahnya.

Pintu Lif kembali tertutup..

“ Eh kejap.. bukan butik aku dekat tingkat ni jugak ke?”

*********


“ Ya, Kak Marni? Boleh I tolong?” Sapa Azlan yang baru melangkah masuk ke pejabatnya.Kelihatan marni sedang menantinya.

“ Sorry Azlan..I’m not your sister” ujar marni lembut tapi tegas. Senyuman seperti biasa dihadiahkan pada Azlan.

“ Bukankah you beria sangat nak jadi kakak ipar I? Anyway, sekali lagi..ada apa-apa yang boleh I bantu?” soal Azlan yang kini sudah selesa dikerusinya. Dia sudah dapat memahami perempuan dihadapannya, kalau tiada apa-apa masakan boleh kesini.

“ Tak ada apa-apa lah. Ada hal sikit dengan papa, tapi Najwa cakap dia tengah meeting ” balas Marni.

“ Oo.. baru lepas meeting, rasanya Dato’ dah ada dalam bilik dia” balas Azlan. Sebolehnya dia ingin memendekkan perbualan antara mereka. Bukan dia tak suka dengan gadis dihadapannya ini..takkan ada orang yang tidak tertarik dengan model secantik dan semanja ni..tapi yang pasti orang itu bukan azlan.Entah kenapa tingkah marni seperti mengingatnya pada insan yang pernah mengaku sebagai ibunya. Masih banyak kerja yang harus disiapkannya.

**********

Nasib baik aku seorang pereka fesyen bukannya pereka laman atau pereka grafik dan lebih bernasib baik aku buka butik, bukannya kedai basikal ataupun kedai makan. Kenapa tiba-tiba aku boleh menghargai apa yang aku ada ni..sebab aku ada butiklah, aku ada banyak kasut disini. ‘I love you lah kasut’ terima kasih sebab kau ada disini. Aku memeluk kasut yang baru aku ambil dari rak dan bawa ke pejabat aku.

“ Hai, Puan Boss. Sihatkah anda?”

Aku memandang kearah atie yang terjengul di muka pintu. Aku memberi isyarat tangan supaya Atie mendekati aku. Senyuman paling manis aku berikan padanya.

“ Nah!” aku menghulurkan mug kearahnya. Atie mula menarik muka yang tak laku seposen pun tu. Nasiblah, siapa suruh dia rajin sangat tegur aku pagi- pagi macam ni. Kan dah kena buat air untuk aku. Okay apa? Aku kan boss.

“ Ingatkan sailormoon tak buli orang..” Ngomel Atie namun mug ditanganku tetap diambilnya.

“ Eh, sorry sikit. Orang Mineko tau! Tak mainlah sailormoon..itu tahap kamu” ujarku sebaik sahaja Atie ingin melangkah keluar. Mineko tu hanya salah satu watak yang aku suka dalam komik helios eclips selain unsur api dan helios sendiri. Kalaulah watak dalam komik tu semua benar ada, kan seronok.

Aku mencapai pensil dan sedaya mungkin keluar dari alam khayalan aku. Kalau aku dah mula fikirkan komik, alamatnya tak menjadilah kerja aku. Tak lama lagi, pertandingan tahunan yang biasa aku sertai itu akan bermula. Tahun ni, harap-harap tuah masih menyebelahi aku seperti tahun lepas. ‘Cayalah fatin..kamu memang hebat’.

************

“ Atie, tolong order kan Red Duchess Satin dengan Black Crinkle Organza ek. Kak Atien nak keluar sekejap” aku menepuk bahu Atie yang sedang sibuk dengan laptopnya. Dah alang- alang dia oline, baik suruh dia oderkan terus.

Enjin sudah dihidupkan, destinasi kali sedikit jauh. Tak tahulah kenapa dia pilih Putrajaya. Macam tak percaya pun ada bila Datin Leina ajak keluar. Manalah tahu kalau dia sudi jadi penaja aku nanti kan.Bukan nak ambil kesempatan tapi sekadar mencuba nasib.Dalam tidak sedar, dua minggu telah berlalu dan aku masih seorang driver yang tak bergaji. Apa-apa pun aku tetap gembira sebab aku adalah Fatin. Aku memandang kearah Prada Fairy di tempat duduk sebelahku. Di situ tergantung elok rantai kunci berbentuk hati pemberian abang. Sedikit berkarat menggambarkan usianya namun tak mungkin akan aku buang. Aku kembali memandang kehadapan,jalan raya seperti biasa masih penuh dengan kenderaan. Aku masih tersenyum sendiri bila terkenangkan sejarah rantai kunci pemberian abang tu.

“ Kenapa ni? Muncung lain macam, dengan bulu ayam dekat rambut.Kamu nak tukar jadi ayam dah ke?” soal abang sambil membuang bulu ayam yang melekat dibaju dan dirambut aku.

“ Bodoh..” hanya itu yang keluar dari mulutku. Memang aku cukup bengang pada waktu ni. Aku menggaru-garu lengan yang terasa begitu gatal.

“ Tak baik cakap orang bodoh tau. Siapa buat adik abang ni? Cakap cepat..biar abang pergi marah dia” ujar abang sambil tangannya ligat pula menyapu pipi aku yang sedikit comot.

“ Tak.. silap cakap tadi..dia bukan bodoh, tak pandai je” balasku bila menyedari aku menyebut perkataan yang seringkali dilarang Abah.

“ Itu pun tak baik..mana boleh cakap benda tak elok dekat orang lain” Kepala aku diusap beberapa kali.

“ Ala..semua tak boleh. Anak baru Uncle Rosli tu, dia kurung fatin dalam reban ayam tok” ujarku bersungguh namun hanya dibalas dengan tawanya. Ada ke patut gelakkan aku yang teraniaya ni. Apa punya abang la ni.

“ Dah. Jangan marah lagi, ambil ni ” Abang menarik tangan aku dan meletakkan satu rantai kunci bebentuk hati. Aku kembali tersengih, hilang semua kemarahanku sebentar tadi.

“ Cantik..bila abang beli ni?”

“ Mana ada abang beli.. Abang tikam tadi” ujar abang masih tersenyum. Mati-mati aku ingat dia belikan khas untuk aku. Ni mesti kes nak tikam benda lain tapi dapat benda lain ni.

Aku masih ingat senyuman dan tawa abang ketika itu.Aku kembali memberi tumpuan pada panduan aku. Jalan disini kelihatan lebih lengang namun tiba- tiba aku hilang kawalan pada stereng bila terdapat kereta yang berhenti secara kecemasan dihadapan. Walaupun tidak terlalu hampir, dengan kelajuan ini mustahil aku dapat berhenti tanpa melanggarnya.Paparan terakhir dilayar mata aku adalah beg yang tercampak kehadapan. Semuanya berubah semakin kabur selepas itu.

Sunday, May 31, 2009

Bila 17


Ala.. terlewat lagi! Kenapalah aku selalu bangun lambat ni. Eh, bila pula aku tidur dekat sini? Bukan aku tidur dekat sofa ke semalam..ish, musykil aku. Aku memandang sekeliling dan berhenti seketika pada meja kerja. Beg hafez tiada di situ..semestinya dia sudah ke tempat kerja. Kejam betul mamat ni, bukan reti nak tolong kejutkan aku. Jam disisi katil aku renung dengan mata yang masih lagi kabur.

‘ 8.30 ! ’

Aku segera mencapai tuala dan terus ke bilik air. Kelam kabut dibuatnya. Aku memilih hanya jeans dan t-shirt rekaanku, sempat juga aku menarik mafla merah jambu kegemaranku lalu disangkut ke leher. Dalam keadaan tergesa-gesa aku berlari keluar bilik, namun belum sempat aku tiba di pintu depan..aku berundur beberapa tapak.

“ Eh, abah nak kemana?” soalku. Mataku memandang kearah abah dan mama bersilih ganti sebelum berhenti pada beg disebelah abah.

“ kan semalam abah dah cakap nak balik hari ni..” Ujar Abah, sedang tangannya ligat memakai sarung kaki.

“ ada ke? Habis, mana Mak su?” Aku mengaru kepala yang lansung tidak gatal. Jangan kata maksu taknak balik lagi , sudah..

“ Aku kat sini.. Kenapa? Kamu takut aku tinggal dekat sini ke?” soal Maksu yang tiba-tiba muncul di belakangku.Aku berpaling kearahnya. Kelihatan dia terkial- kial menarik begnya. Entah apalah yang dibawanya. Aku sekadar tersengih. Macam tahu je apa yang aku fikirkan.

“ Tak boleh juga la” Ujar Hafez yang baru masuk ke rumah. Hai, takkan tak pergi kerja lagi mamat ni. Pandanganku beralih pula padanya. Dengan lengan bajunya yang dilipat hingga kesiku, tali lehernya disangkut ke bahu. Kelihatan peluh di dahinya sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kepala aku.

“Kereta ni pun, selama ni tak pernah pula ada masalah.Tapi Abah kena balik juga..mana boleh tinggal syarikat lama sangat” Ujar abah pula. Barulah aku dapat menangkap sedikit butir bicara mereka.

“Kereta abah rosak ke? Kalau abah nak fatin hantar..petang sikit boleh la” sampuk aku.Lagipun aku dah lewat ni.

“ Macam ni lah, Abah pakai kereta Hafez dulu..nanti hafez uruskan kereta tu” ujar hafez begitu yakin. Ala, baik sangat la tu. Tapi okay juga, tak payah la aku terkejar nanti.

“Kamu macam mana, hafez?” baru kedengaran suara mama. Ala..sibuk sangat dengan menantu kesayangan dia tu, tapi aku peduli apa? Yang penting bukan kereta aku. Hihi..jahat juga aku ya.

“ Hafez boleh tumpang Fatin..” kata-kata itu pantas menghentikan senyuman yang baru terukir dibibirku. Aku menjeling kearahnya. Haa.. hancurlah kebebasan aku kalau macam ni, takkan aku kena jadi driver dia pula. Ala.. leceh la macam ni.

“ Ha. Kalau nak tumpang, cepatlah! Orang dah lambat ni.” Ujarku sebelum tangan mama, abah dan maksu ku salami. Aku terus sahaja berlalu selepas itu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, mataku terus sahaja menghala ke langit. Sepatutnya sudah pukul sembilan lebih..tapi kenapa gelap lagi ni. Nak hujan la tu agaknya.

Enjin kereta dihidupkan, Hafez yang kini lebih kemas dari tadi baru melangkah masuk ke dalam kereta. Lambat betul mamat ni, dah la suka-suka pergi kerja pukul berapa. Kalau aku lambat kira okay la juga.

“ Kenapa tergesa-gesa sangat ni?” soal hafez sebaik sahaja kereta bergerak. Amboi.. dah lambat, boleh buat tanya pula. Aku mengerling kearahnya yang sedang membetulkan tali lehernya. ‘Hensem..’ Eh apa aku fikir ni..bukankah aku sepatutnya marah sebab dia lambat tadi.

“ Tanya lagi, kan dah lewat ni. Fatin tak apalah juga. Achik tak takut kena marah ke masuk ofis lambat?” soalku

“ Lewat? Kan baru pukul 6.45..” balas hafez. Biar betul mamat ni. Waktu aku bangun tadi pun dah pukul 8.30..takkanlah. Mataku beralih ke arah jam pada board. Mak aih...mati-mati aku ingat dah lewat. Patutlah gelap lagi tadi. Aiyak..buat malu betul aku ni.

“ Ala, lewat la juga tu.Kalau tak.. tak adalah kita tersekat dekat sini” Aku masih mahu betul. Pandangan aku alihkan kehadapan. Deretan kereta dihadapan masih belum berganjak dari tadi.

“ Sorry, terlupa nak inform yang jam dalam bilik tu dari semalam tak ada bateri ” hafez seperti dapat membaca. Aku sedikitpun tidak mengalihkan pandangan kearahnya. Tanganku yang sedari tadi kaku di stereng, pantas saja mencari stesen radio, berpura-pura tidak mendengar kata- katanya. kalau aku bersuara..mesti dia akan ambil peluang gelakkan aku. Sure punya!

Senyap. Tiada sebarang perbualan antara kami sehinggalah tiba di tempat letak kereta. Ish, aku tak pakai tali pinggang keledar rupanya. Aku memadang sekilas kearah hafez yang sedang membuka tali pinggang keledarnya sebelum aku menarik beg tanganku yang berada di tempat duduk belakang. Aku mesti cepat, dah la malu tadi tak habis lagi.

“ Err.. Fatin” Ujarnya tiba-tiba mematikan pergerakan aku. Apa pula yang mamat ni nak.

“ Sorry pasal semalam..” sambungnya

“ Semalam? Kenapa dengan semalam” aku masih kurang faham. Entah- entah dia ada buat apa-apa dekat aku kot..patutlah aku tiba-tiba boleh ada dalam bilik. Oh.. mintak simpang la.

“ Hafez mintak maaf..memang tak patut pun hafez tinggikan suara macam tu” ujarnya. Aku memandang kearahnya, kedua keningku hampir bertaut. Ooo.. baru aku ingat, macam manalah aku boleh lupa pula. Dasyat betul la aku ni. Sempat pula fikir yang bukan-bukan.

“ Oo.. tak kisahlah” ujarku sambil menggalas beg ke bahu dan bersedia untuk melangkah keluar dari kereta.

“ Tak kisah ? Tapi sampai merajuk tidur dekat luar..” Aku menjeling kearahnya sebaik sahaja menangkap kata- katanya.Dia tersenyum seperti selalu.

Bila masa pula aku merajuk? Bukan ada faedah pun kalau aku merajuk dengan dia..Kalau betul aku merajuk pun..dan orang yang nak pujuk tu adalah si raja kegelapan, aku sanggup tidur dekat sofa selama-lamanya. Mamat ni kan, baru je minta maaf.. dah nak sakitkan hati aku balik. Nampak sangat dia tak ikhlas mintak maaf tadi. Buang masa je kalau aku layan orang macam ni. Pantas saja aku melangkah keluar.

“ Fatin!” baru beberapa langkah, sekali lagi pergerakan aku mati bila mendengar panggilannya. Apa lagi yang dia nak ni.. aku berpusing kearahnya perlahan. Malas sebenarnya aku nak melayan mamat seorang ni.

“ Apa lagi?” soalku. Mataku memandang tepat kearahnya yang berada lebih kurang satu setengah meter dihadapan. Aku bunuh jugak dia ni karang.

“ Nice shoes..” ujarnya sambil tersenyum manis.

Mata aku beralih pandang ke bawah. ‘Oh my god..!’ apa dah jadi dengan aku ni. Terasa darah mula naik ke muka, panas rasanya. Aku kembali memandang kehadapan dan aku lihat hafez sudahpun memulakan langkah. Aku menekup muka ku, ish.. macam mana aku boleh tak perasan. Sekali lagi aku memandang kearah selipar pink berbulu yang elok tersarung dikaki. Macam mana aku boleh tak perasan waktu keluar dari rumah tadi. Ni semua salah ahli sihir tu, kalau tak..takkan la aku kelam kabut sangat pagi tadi.

Bila 16


“ Sis, Ada customer tunggu dekat dalam” ujar atie sebaik aku masuk ke butik. Aku sekadar mengangguk sebelum meneruskan langkah kebilik. Sebaik tiba dipintu, aku tertarik dengan seorang perempuan yang kelihatan begitu sofisticated. Cantik..

“ Maaf cik, kalau lama menunggu” ujarku lantas menghulurkan tangan.

“ Datin Leina..” ujarnya sambil menyambut baik huluran tanganku. Senyumannya mengingatkan aku pada seseorang tapi kurang jelas siapa.

“ Maaf datin.. you just look to young for that” ujarku ikhlas. Tak nampak macam mak datin pun, macam model ada lah.

“ So sweet.. but you know what, I rasa umur anak I sekarang lebih kurang you” ujarnya. Biar betul? Berapalah umur dia agaknya. Aku sekadar tersenyum.

“ So datin.. sekarang ni macam mana? Nak minta pandangan I or what?” soalku tidak ingin terus membuang masa.

“ Kalau tunggu sekejap boleh tak? Actually I nak hadiahkan dress untuk seseorang, Rasanya kejap lagi sampai la tu”

“ Sure. But by the way, you preffer coffee or tea?” soalku.

“ Tea please.. but less sugar”

Seperti biasa, kalau bab air ni..Atie la yang jadi mangsa. Sementara menanti, sempat jugalah aku dengar kisah si Datin ni. Dia baru balik Malaysia, isteri bekas duta rupanya. Hello.. bukan duta produk tau, tapi duta negara.

“ Excuse me, Sorry.. I am late ” ujar seorang gadis yang baru sahaja muncul. Anak dia kot.. cantik dan manis. Tak nampak macam mak dengan anak..macam adik beradik pula.

“ Its okay Eva.. come dear. I’ve got something for your birthday”

“ Tapi kan lambat lagi..” ujar gadis yang dipanggil Eva tadi sambil mengambil tempat disebelah Datin leina.

“ Baju ni nanti..eva boleh pakai untuk party tu..kan fatin” Aku sekadar tersenyum bila datin tujukan padaku. Tapi Senyumku tidak dibalas Eva. Kenapa pula perempuan ni tengok aku semacam? Bukannya dia kenal aku pun. Sombong pula..

“ Eva ni, I dah anggap macam anak I sendiri.. iya lah.. I kan tak ada anak. So, I harap you dapat buat yang terbaik untuk dia” Ujar Datin pada aku. Tak ada anak? Bukan ke tadi dia ada cakap yang dia ada anak lebih kurang umur aku. Tak faham betul lah. Tapi bukan hal aku nak menyibuk pula.

“ Sure datin, So miss Eva kan? You suka style macam mana?” soalku.

“ Auntie..auntie rasa macam mana ya?” soal Eva tanpa menjawab soalanku dan sedikitpun tidak memandang kearahku. Minah ni, bukan tahap manja lagi ni, dah kategori mengada pun ada. Dari tadi asyik meliuk-liuk. Menyampah aku tengok.

***********


Setelah hampir dua jam tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Akhirnya sampai juga ke rumah yang aku cintai. Penat betul la hari ni. Malam ni aku mesti tidur awal, janganlah ada benda yang menghalang. Sebaik sahaja melangkah masuk kerumah, aku terhidu sesuatu yang cukup aku rindukan. Apa lagi kalau bukan sambal petai.Selera betul bau..macam tahu sahaja yang aku tengah lapar. Aku terus menuju ke ruang makan.

“ Wah, aku di syurga rupanya..” ujarku sekuat hati bila melihat makanan yang terhidang diatas meja.

“ Kamu gila ke apa?” terasa kepalaku ditampar. Mama ni..kacau mood aku sahaja. Aku menggosok kepala aku yang baru sahaja menjadi mangsa.

“ Apa mama ni, cikgu orang kata kan. Tak baik main kepala” ujarku yang masih tidak puas hati. Kerusi dihadapan aku tarik perlahan sebelum duduk.Lama rasanya aku tak makan lauk macam ni.

“ Apa yang kecoh sangat ni?” soal hafez yang baru muncul di dapur.

“ Kamu tengoklah isteri kamu ni. Tiba-tiba terpekik.Di syurga konon.. tak ke gila namanya” ujar mama lantas berlalu ke dapur. ‘Apalah mama ni, tak baik cakap macam tu dekat anak sendiri’ aku mengomel sendiri.

Hafez tersenyum manis. Tampak ikhlas. “ Sayang penat sangat ke? Nampak pucatlah ” soal hafez lembut. Bukan main baik lagi kalau mama ada.

“ Sayang? Gila ke apa?” ujarku spontan.

“ Ada ke cakap macam tu dekat suami. Sudah, pergi masuk tukar baju, mandi dulu! Tak senonoh betul” Ujar mama yang tiba-tiba muncul dari dapur dengan sedulang gelas ditangan. Nasib baiklah dia pegang benda, kalau tak dah lama aku jadi mangsa dera agaknya. Aku menjeling kearah hafez yang masih tersenyum.Dia ni,sengaja nak kenakan aku. Siaplah kau nanti.

********

Aku meletak pinggan yang terakhir disebelah sebelum mencapai kain untuk mengeringkannya. Kini tinggal aku dengan mama sahaja didapur.

“ Cepat sikit, lepas ni kamu potong buah ni then bawak ke depan” ujar mama sebelum keluar dari dapur. Aku hanya akur,buah kiwi dan juga epal yang dihulur mama sebentar tadi aku potong sesuka hati sebelum digaul dengan sedikit yogurt dan kismis sebelum dimasukkan kedalam mangkuk- mangkuk kecil.

Aku melangkah ke ruang tamu. Semua kelihatan ceria, dan aku dapat lihat hafez senyum bermakna kepadaku. Apa pulalah yang tersirat sebalik senyum si raja kegelapan ni. Aku mengambil tempat disebelahnya setelah meletakkan buah diatas meja. Tanpa mempedulikan orang lain, aku menyumbat buah- buah kegemaran aku itu ke mulut sambil penuh khusyuk menatap skrin televisyen.

“ Actually mama ada berita gembira nak bagitahu ni” kata- kata mama hanya antara sampai atau tidak ketelinga aku. Namun aku pantas berpaling kearah mama bila skrin tv tiba-tiba bertukar hitam.

“ Apa mama ni, buka la balik tv..kan orang tengah tengok” sedikit rasa tidak puas hati bila fokus ku diganggu.

“ Kamu dengar la apa mama nak cakap ni, kak long kamu mengandung..” ujar mama tersenyum.

“ hai..bukankah iskandar baru nak masuk setahun.. Tapi tak kisahlah, apa-apa pun kenapa sampai nak tutup tv..” ujarku sambil cuba merampas alat kawalan dari mama namun tidak berjaya sebaliknya satu cubitan hinggap di tangganku. Kerana terlalu geram, aku menyumbat sebanyak mungkin buah kedalam mulutku. Aku menjeling kearah hafez yang sedang senyum seakan memerli.

“Kamu mengandung juga ke?” soal mama mebuatkan aku tersedak..buah yang aku kunyah tiba bertukar seperti fiber glass. Secara tidak segaja, hafez di depan mata menjadi mangsa semburanku..

“Apa tak senonoh sangat kamu ni” ujar mama sambil menghulurkan tisu pada hafez.

“ It’s ok mama.. orang mengandung memang macam ni agaknya” satu jelingan tajam darinya aku balas dengan penuh yakin. Apa yang dia cakap ni?. Hafez kemudian bangkit ke bilik. Tukar baju agaknya. Aku dapat merasakan tiga pasang mata merenungku.

“ Betul, fatin?” soal abah kelihatan senang dengan kenyataan gila hafez.
“ Senyap- senyap sahaja kamu ni” telah mak su pula. Aku memandang kearah mak su, mama dan seterusnya abah. Rasanya dah merah muka aku ni. Siaplah kau hafez, sengaja nak kenakan aku.

“ Apa yang betul? Apa yang senyap? Karut betul!” bentakku lantas meletak mangkuk buah yang sedari tadi dalam pegangan. Aku bingkas bangun dan berlalu kebilik.

“ Angin lain macam, betul la tu..” kata- kata maksu menghentikan langkahku seketika sebelum meneruskan langkah tanpa berpaling.Lagi lama disitu, boleh hilang sabar dibuatnya. Sabar fatin..Siaplah kau hafez! Memang tak sayang mulut betul.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku lihat hafez berada di balkoni sedang berbual dengan seseorang di telefon. Kelihatan agak serius riak wajahnya namun tidak lama selepas itu dia mematikan panggilan dalam keadaan tegang. Kehadiran aku di situ mungkin tidak disangkanya kerana riaknya yang sedikit kaget. Ah! apa aku peduli, ingat aku takut bila dia buat muka macam tu.

“ Memang sengaja kan?”soalku pada hafez. Dia kelihatan mengerutkan dahinya, mungkin kurang faham dengan maksudku.

“ Suka lah kalau mama anggap bukan-bukan!” Ujarku dalam nada sedikit tegang.

“ Sorry, i’ll explain to her later..” ujar Hafez senada, seperti tidak langsung perasan yang aku sedang marah. Dia kemudian melangkah kearah meja kerja, tangannya mencapai cermin mata di sudut meja dan menghadap laptop yang sedia terbuka. Tingkahnya benar buatkan hati aku bertambah sakit. Aku menghampiri meja yang tidak jauh dari tempat aku berdiri.

“ Itu je?” Soalku masih tidak puas hati.

“ Boleh tak kalau kita cakap tentang ni lain kali?” Pandangannya masih tertumpu pada kerjanya.

“ Urgh..! Sakitnya hati..! kalau nak kenakan orang pun..tak boleh ke cakap pasal benda lain..fikirlah dulu kalau nak cakap tu. Kalau mama seorang sahaja tadi tak apalah jugak, ini..inikan pulak ada abah dengan maksu. ha, kira abah okay lagi la. Mak su! Mak su tu sudahlah.. Urgh...! Geramnya” Lepasku, panas betul rasa hati aku. Dia masih diam di situ sedangkan aku sejak dari tadi mundar- mandir di sebelahnya. Kenapalah mamat ni dari tadi tiada respon. Sudah macam aku bercakap dengan kerusi pula, aku rasa kalau cakap dengan kerusi pun lagi bagus sebab kalau sakit hati, boleh terus buang.

“ Macam mana kalau...”

“ Enough!” Suara tengking hafez berserta bunyi kerusi membuatkan aku terpana. Kerusi yang diduduknya tadi terbalik ke lantai ketika dia berdiri. Betulkah apa yang terjadi pada aku sekarang ni? seumur hidup aku, inilah kali pertama aku ditengking oleh lelaki. Abah pun tak pwenah tinggi suara pada aku macam ni.Suaranya saja tadi cukup membuatkan jantungku hampir berhenti. Serta merta kolam mataku digenangi air. Baik aku pergi dari sini sebelum aku benar menangis. Poyo betul aku ni, tadi berani sangat..sekali kena tengking terus senyap. Aku cuba melangkah sederas mungkin tapi kenapa kaki aku ni kejang semacam, ah..cepat fatin.

“ Fa..”

“Damn it!” cermin mata yang elok terletak di batang hidung dicampak ke lantai sebaik sahaja fatin keluar dari bilik. Hafez meraup wajahnya dengan kedua belah tangan sambil cuba menenangkan perasaan yang begitu marahkan diri sendiri.Rasa menyesal serta-merta menyerbu kerana tindakan tanpa rasionalnya.

‘ Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku nak marah’ detik hatinya.

Terngiang kembali kata- kata marni di telefon sebentar tadi.

“ Kenapa you berubah macam ni sekali? Takkan you langsung tidak mencintai I lagi..” suara marni begitu lembut seperti selalu.

“ I berubah? Bukan you yang berubah ke? Siapa dulu yang kata kita tak mungkin bersama? Mana dia Armand yang katanya setaraf dengan you tu?” balas hafez sindir dengan soalan bertalu.

“ Jadi betullah you masih tak berubah? I tahu you masih cintakan I ..” balas marni tanpa menjawab satu pun soalan Hafez.

“ Cinta? Sudahlah Mar.. I dah ada hidup I sendiri sekarang dan cukup bahagia” Malas sudah rasanya terus berbicara dengan seseorang yang pernah buatkannya cukup menderita.

“ I tahu you tak bahagia.. Macam mana nak bahagia kalau bersama orang yang tak dicintai apatah lagi orang tu mencintai orang lain” sinis kata-kata marni namun tidak dapat ditanggkap Hafez.

“ Mar..kebahagiaan I bukan urusan you dan you tak perlu mereka atau meneka cerita” Balas hafez. Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila Marni cuba pertikai hubungannya dengan Fatin walaupun dia sedar akan hakikat mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.

“ Azfar darling..takkanlah you masih tak tahu yang you kahwin dengan kekasih orang” Marni masih cuba menduga perasaan Hafez.

“ Marni. Stop it ,okay. I tak ada banyak masa untuk dengar cerita rekaan you tu. I kenal siapa isteri I” Semakin tidak selesa rasanya berbual dengan Marni.


“ Betulkah you kenal dia? Kalau you kenal dia..takkan you tak tahu dia kekasih Azlan, adik you sendiri..” Ujar Marni berserta ketawa sinis membuatkan hati hafez bertambah sakit.

“ Mengarut !” Nada Hafez sedikit meninggi sebelum talian diputuskan terus.

Hafez meraup sekali lagi wajahnya bila teringat perbualan itu tadi. Langsung tidak disangka Marni akan kata begitu. Benarkah apa yang dia katakan? Azlan..Fatin. Ah, tak mungkin. ‘Tapi kenapa kenyataan Marni itu benar memberi kesan pada aku sehingga sedikit menggangu perasaan aku. Sehingga aku sanggup meninggikan suara pada Fatin sebentar tadi’. Laptop yang terbuka, ditutup kasar.
Hafez kemudian menapak ke pintu kemudian berpatah balik ke meja. Kedua belah tangannya menopang meja, masih tidak cukup berani untuk berdepan dengan Fatin. ‘ Patutkah aku mintak maaf ?’.

Jam di pergelangan tangan dikerlingnya, sudahpun dua pagi.. ‘Kenapa Fatin masih belum masuk? Teruk sangat ke aku ni..’

*********

“ Fatin..” terasa bahu digoncang perlahan. Aku mebuka kelopak mataku perlahan. Nyaris terhenti denyut jantung aku bila melihat Hafez duduk di hadapanku dalam gelap sebegini. Aku mengurut dada bagi mengurangkan rasa terkejut. Tahulah dia raja kegelapan pun, tapi janganlah nak takutkan orang macam ni. Aku yang sebentar tadi terlelap di sofa kini sudah bangkit bersandar, mataku ditonyoh beberapa kali.

“ Sudah, mari tidur dalam bilik..kalau mama nampak fatin tidur di sini apa pula dikatanya” Hafez menarik tangan aku yang masih separauh sedar. Dalam fikiran aku memang tiada perkara lain selain tidur, terlupa sudah yang aku ditengkingnya sebentar tadi..mengantuk betul

Bila 15


Ish, nak masuk ke tak ni. Mamat seorang ni, cubalah bagi salam atau apa- apa sign kalau nak masuk bilik pun. Tak adalah aku nak terkejut macam ni sekali. Sudahnya, aku yang termalu sendiri. Aku mengalihkan pandangan aku ke dalam bilik, tapi tidak terlihat pula kelibat si hafez tu. Aku salah dengar ke tadi? Ish, ni yang buat bulu roma aku berdiri tanpa disuruh. Aku kembali berpaling kehadapan. Sambil berpeluk tubuh, mataku meliar memandang sekitar yang sememangnya gelap. Ish, tak ada apa-apa pun.. karut betul aku ni, saja fikir yang bukan-bukan.

“ Sejuk?”

Macam nak luruh jantung aku rasa dibuatnya. Mamat ni memang ada niat nak memendekkan umur aku. Nasib baiklah tiada tindakan refleks dari aku, buatnya bila aku terkejut, aku baling pasu bunga yang ada dekat sebelah aku ni..tak pun aku tolak dia jatuh dari balkoni.. kan tak pasal jadi janda aku.

“ Terkejut ke?” soalnya pada aku, mungkin kerana soalannya tadi tidak ku jawab.

“ Tanya lagi? Pendek setahun dah umur ni..dari mana ni? Tiba-tiba je muncul” balasku.
Hafez mengambil tempat dikerusi sebelahku tanpa dipelawa. Kelihatan senyuman terukir dibibirnya. Itu tak lain, mesti mengejek aku.

“ baru lepas cuci muka, tengok dari tadi fatin dekat sini.. takkan tunggu hafez kot” ujarnya yang kini lebih selesa bersandar dikerusi dan melepas pandang ke langit.

“ Tunggu achik? Urgh.. in your dream!” balasku. Perasan betul mamat sihir ni.

“ Mesti ngeri kan?” ujarnya tiba-tiba.

“Apa?” soalku.

“ Ya lah, kalau fatin masuk dalam mimpi hafez” ujarnya bersahaja.

Eei..kalau aku belasah pun okay juga ni. Tikam empat belas kali, lepas tu lipat tiga masuk dalam beg dan lempar keluar terus dari bumi ni. Sengaja nak sakitkan hati aku. Ada sahaja benda nak kenakan aku.

“ Ingat..” perkataanku tersekat disitu sahaja bila aku bepaling kearahnya. Matanya terpejam, Tidurkah dia?. Ada sesuatu pada wajahnya bila dia memejamkan mata seperti sekarang. Kelihatan begitu tenang membuatkan hatiku tercuit. Ish, apa yang aku fikir ni, ni mesti kuasa kegelapan dia ni, dasar ahli sihir. Aku segera berpaling kearah lain sebelum dia perasan aku tengok dia macam tu. Aku mengurut dada yang terasa macam baru lepas jogging.

“ Fatin..” ujarnya perlahan. Apa lagilah mamat ni, ingatkan dah tidur tadi.

“ Hafez tanya sikit boleh?” sambungnya lagi.

“ Apa?” balasku pendek. Macam- macam la dia ni. Malam-malam nak buat kuiz pula, tanya itu ini. Tapi lain betul nadanya dan aku masih ingat nada ni, kalau tak salah aku, masa malam selepas akad.

“ Apa maksud cinta?” soal hafez berserta keluhan kecil. Apa punya soalan ni.. cubalah tanya soalan tentang hal ehwal semasa atau apa sahaja yang susah sikit. Boleh juga aku memanaskan otak.

“ kesian..” ujarku perlahan.
“ Apa yang kasihan?” soalnya beria sambil memandang tepat kearah ku.

“ iya lah, belajar bukan main lagi, kata ada master in mechanical engineering what so ever.. alih-alih bab bahasa kureng, maksud pun nak tanya orang” ujarku tanpa rasa bersalah

“ Jawab je la ” balasnya serius, sambil tangannya dengan penuh yakin menekan kepala aku sebelum kembali bersandar dan memejamkan mata. ‘Apa salah ke apa yang aku cakap, apa guna belajar tinggi kalau soalan macam tu nak tanya orang’ detik hatiku. Sambil menggosok kepala aku yang baru sahaja menjadi mangsa dek jawapan aku tadi.

“ Apa yang susahnya, dah memang perkataan cinta dicipta untuk menyatakan cinta, kenapa susah-susah nak beri maksud lagi? Cinta..adalah cinta itu sendiri, tak perlu maksud sebagai..” wah, cayalah aku ni..tapi kenapa macam aku sendiri tak faham dengan apa yang aku cakap..ah, lantaklah. Asalkan aku jawab.

“ Hmm.. kalau fatin tu, fatin la juga” ujarnya.

“ kenapa?” soalku bila dia berkata begitu.

“ Tak ada apa. hafez tiba-tiba teringat soalan tu” ujarnya. Aku memandang kearahnya. Apa maksud bila dia katakan teringat?.

“ Kak marni?” akhirnya terluah dibibirku. Kelihatan dia mengerutkan dahi, mungkin tidak faham mengapa tiba-tiba aku sebut nama tu.

“ Apa yang dia jawab bila achik tanya dekat dia?” soalku dengan lebih jelas. Dia mengeluh kecil sebelum tersenyum dan berpaling kearah lain.

“ Leaning . Optimist . Vague . Enthusiast” ujar hafez satu persatu.. kedengaran cukup berbeza dengan jawapan aku yang entah apa-apa tu. Ah, peduli apa aku, kenapa perlu aku bandingkan dengan dia.

“ Achik, kalau tak kisah..boleh orang tahu tak, kak marni tu macam mana? Mesti sweet kan?” soalku.

“ Selama hafez kenal marni, dia memang seorang yang lemah lembut, manja, and totally sweet..” ujarnya. Meluat pula aku dengar, itulah, siapa suruh aku tanya. Huh, aku pun sweet apa, walaupun ada sedikit kelam kabut .. sikit ke?. Ah, peduli apa aku.

“ Ala.. kalau manis sangat pun bukannya elok, nanti kena kencing manis” ujarku sebelum bangun dengan niat masuk kebilik. Aku rasa sudah cukup lama aku di balkoni.

“ you are not that sweet” ujarnya membuatkan langkahku terhenti. Hei, kalau aku tak manis pun, apa ada kena mengena dengan kau wahai raja kegelapan. Geramnya aku, aku tak harap pun yang aku ni manis dimatanya. Aku pantas meneruskan langkahku namun telingaku dapat menangkap sesuatu.

“ you are sweetening, you sweeten your surounding”

Betulkah apa yang aku dengar ni? Dia puji aku ke?..ish, aku salah dengar kot. Aku menyambung langkah terus ke bilik air. Kalau betul dia puji aku, maknanya.. tak adalah seteruk mana hafez azfar ni. Aku tahu.. aku ni memang pemanis pun, hehe..terlebih perasan pula aku ni.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, aku lihat hafez sudahpun lelap diatas katil. Katil? Kalau dia tidur atas katil, aku nak tidur dekat mana.. takkan dekat bawah.

“ Achik!” aku menggerak-gerakkan sedikit tubuhnya.

“ Yes, my dear..” ujarnya masih sedang mata masih terpejam. Gila apa mamat ni.

“ Orang nak tidurlah!” ujarku. Aku menampar-nampar pipinya yang mungkin belum sedar sepenuhnya.

“ kenapa tampar ni? Nak tidur, tidurlah..takkan nak kena dodoi kot” ujarnya yang kini dengan mata yang terbuka.

“ Ish, orang nak tidur mana kalau dah achik tidur sini? Bangunlah” ujarku geram dengan jawapannya.

“ Katil ni boleh tahan juga besarnya, kalau nak tumpang.. silalah. Kalau tak sudi, tidur dekat bawah” Ujarnya sambil membetulkan selimut . tumpang? Kenapa pula? Ni kan katil aku..

“ Kenapa orang kena tidur bawah?” soalku.

“ Sebab fatin tak nak tidur atas” jawabnya mudah.

“ Tak boleh! Achik yang tidur bawah” tegasku. Aku takkan beralah, ni katil aku. Aku segera naik keatas katil, dengan menggunakan bantal aku berusaha menolaknya ke bawah. Tak kira, aku mesti menang namun usahaku sia-sia bila dia merampas bantal dari aku. Dia kini bersila dihadapanku sambil memandang tepat kearahku tanpa perasaan, seperti mencabar. Ingat aku takut ke.

“ 1, 2 jus!” ujarku. Hanya itu yang dapat aku fikir.

“ siapa kalah, tidur bawah” tambahku lagi. Aku pasti aku akan menang kali ni. Dia hanya mengangguk yakin. Jangan haraplah kau menang.

1..2..jus!
Aku menarik selimut dan bantal ke bawah, macam mana aku boleh kalah ni. ‘ Kejam betul ! mana ada lelaki macam ni..tak gentleman langsung’ aku mengumam sendiri.

“ Sesekali kejam seronok juga ya, tapi bagus juga fatin tidur dibawah, takut juga hafez kalau tidur sebelah stalker” ujarnya yang mungkin terdengar kata-kata aku tadi. Stalker? Takkan dia nak ungkit kisah dulu? Dia ingat lagi ke? Ish, malulah aku.

“ Agaknya macam mana rasanya cicak goreng belacan ek” tambahnya lagi mungkin sengaja ingin menyakitkan hati aku.

“ Tidurlah!” geram betul aku. Bantal dalam dakapan, aku baling kearahnya. Karang bukan cicak yang aku goreng, kau yang mampus. Terdengar tawa hafez membuatkan bertambah rasa sakit hati. Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh. Malas aku nak layan orang macam ni. Buang masa aku je. Ish, tak faham betul aku dengan mamat ni, baru sahaja aku nak rasa yang dia ok sebab pujiannya, alih-alih tak sampai beberapa minit dah nak cari pasal dengan aku. Aku rasa telinga aku bermasalah ni..mungkin aku tersalah dengar.

*******


Entah kenapa, aku terasa masa begitu cepat berlalu. Hari ni bertukar semalam..dan esok dalam sekelip mata aku tempuh. Dalam sedar, pelbagai perkara telah aku tempuhi, pelbagai kenangan telah aku tinggalkan. Cuma sekarang yang menjadi tanda tanya, adakah benar masa yang terlalu pantas berlari ataupun aku yang terlalu lambat mengejarnya.

Jam di pergelangan tanganku menunjukkan 11.30 pagi. Masih terlalu awal rasanya untuk makan tengah hari tapi sudah terlalu lewat jika ingin bersarapan. Tapi entah kenapa perutku benar minta diisi. Ini semua tak lain sebab tak sempat bersarapan pagi tadi. Semua salah si hafez tu, pagi-pagi dah buat hal, sengaja berebut bilik air dengan aku. Sudahnya, aku yang terlewat. Siksa betul berkongsi bilik ni.

Sekali lagi aku mengerling jam di pergelangan, kemudian aku mencapai beg tangan serta laptop. Aku bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik. Kelihatan Atie dan jojie sibuk melayan pelanggan.

“ Atie, starbucks. Apa-apa call ye” Atie hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku mengatur langkah ke starbuck. Secawan kopi dan puff menjadi pilihan, cukuplah untuk mengalas perut yang sedang menggila ni. Sementara pesanan belum tiba, aku mencapai laptop dari dalam beg. Sudah agak lama rasanya aku tak check email.

“having breakfast or lunch” kedengaran satu suara asing menegurku, membuatkan mataku beralih pandang. Macam aku pernah tengok mamat ni. Eh, aku kenal dia ni tapi apa nama dia. ‘come on fatin, cuba ingat betul-betul’. Lelaki yang berdiri dihadapanku tersenyum menanti. Kalau yang sebelah dia tu memang lah aku kenal, dah muak pun tengok.

“Aku la ni, Adi. Tak banyak berubah kau ek, Cuma makin comel je ” ujarnya membangkitkan ingatan aku. Tak sangka betul dapat jumpa balik.

“ Wala..betul la kau adi, terima kasih.. aku tahu aku comel.. kau pun sama, still kurang inchi macam dulu ek” balas ku. Teruja betul aku dapat jumpa balik kawan lama macam ni.

“ Mulut kau ni dari dulu lagi memang tak cukup rasa kan. By the way, really miss you babe” ujarnya sambil menghulurkan tangan.

“ Ehem..”

“ Kau kenapa fez? Aku tahu la dia ni isteri kau, tapi kau jangan lupa, dia kawan aku” ujar Adi sambil menyigung pinggang sahabatnya yang dari tadi kaku disebelahnya.

“ Aku tak cakap apa pun Cuma..tekak aku sakit..ehem, tengok, aku rasa aku kurang minum air la” balas hafez dengan wajah yang tak berperasaan. Adi sekadar merenung hafez.

“ Ah, pedulikan dia..duduklah adi, kita sembang- sembang” aku menarik adi supaya duduk disebelahku. Hafez turut mengambil tempat bertentangan denganku tanpa disuruh. Namun, perbualan yang baru bermula terganggu kerana bunyi handphone hafez. Potong mood betul la mamat ni.

“ Sorry guys, i’ve got to go” ujar hafez lantas bangun dari kerusi. Panggilan dari siapa la agaknya yang penting sangat tu. Kerja kot..

“ Ok, dont worry i’ll take care of your wife” ujar adi sambil tersengih seperti kerang busuk. Hafez menepuk bahu sahabatnya itu sebelum terus berlalu tanpa sedikit memandang kearahku. Ah, peduli apa kalau dia tak tengok aku.

“ It’s must be ma..” kata-kata adi terhenti disitu sahaja sebelum dia beralih kearah aku dan tersenyum.

“ pardon”

“ Nothing. Hmm..hafez cakap you fashion designer sekarang” ujar adi cuba mengalih tajuk. Kalau benar tekaan aku.. ish, tak kot. Ah, abaikan sahaja.