~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Friday, April 10, 2009

Bila 4


Hafez azfar bersandar pada sofa, lampu apartmentnya pun tidak dinyalakan. Dia melepaskan keluhan berat sementara matanya dipejam.Rasa penat berada di dalam bas tadi tiada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan berat galas di hatinya.

Dia tersenyum bila teringat gelagat fatin ketika menghantarnya ke Jalan Duta siang tadi. Kelam kabut jadinya, semuanya kerana terlewat bangun.. nasib hafez tidak ditinggal bas. Sepanjang perjalan dari bukit merah ke kuala lumpur, Fatin tidak berhenti merungut kerana hafez tidak membangunkannya

“ ha..cepat la bawak turun beg tu.orang pergi tengok bas” ujar fatin kepadanya sebaik sahaja tiba di jalan duta. Fatin terkocoh kocoh menuju ke arah kaunter tanpa peduli orang sekeliling. Entah berapa orang yang dilanggarnya pun tidak pasti.. namun masih mampu memberikan senyuman.

Bila difikirkan,Hafez berasa cemburu dan pada masa yang sama terdetik rasa kagum pada fatin. Bagaimana dia masih mampu tenang..masih mampu ketawa..padahal dia harus menerima suatu yang bukan atas kehendaknya.

Hafez menyalakan lampu meja disebelah sofa apabila telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Nama itu muncul lagi di skrin telefonnya. Rasa rindu pada nama itu masih belum terpadam..malah semakin menyesakkan dadanya.Tapi kenapa nama itu perlu muncul lagi setelah apa yang telah berlaku. Hafez sekadar merenung skrin telefonnya.

‘untuk apa marni?’ detik hati hafez sebelum berlalu kebilik dan hanya membiarkan telefon terus berbunyi.

*********

“ Wah..berseri-seri Nampak muka bos kita” ujar Atie sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam butik.

“ Tak ada maknanya atie..seri muka ke..tepung talam ke..cekodok ke. Bab membodek nombor satu.” Ujarku bila melihat atie yang tersengih sengih seperti kerang busuk.

“Eleh.. kak atien ni..puji pun salah”

“ Bukan salah..kak atien pun sedar..memang kak atien sentiasa berseri seri..so, tak payah nak tekankan lagi. Sudah, pergi sambung kerja. Ni.. jojie mana? ” balasku.

“Perasan. Ye la.. orang tengah buat kerja la ni..jojie cuti” ujar atie sambil tangannya lincah menyalin pakaian pada patung.

“hai..suka-suka je cuti. Urgent ke?” ujarku pula.

“ entahla la kak atien.. urgent la kot, kalau tak salah.. dia kata..nenek dia nak kahwin”

“ ha? Macam macam la korang ni..” ujar fatin lantas terus berlalu menuju kepejabatnya.

Rindu rasanya pada pejabat ni. Disinilah tempat aku melakarkan ciptaanku.. berunding dengan pelanggan. Semua atas dasar minat menyebabkan aku tidak pernah rasa jemu bekerja. Tak kisahlah kalau ada orang nak kata aku ni gila kerja atau gila duit, sebab memang aku suka duit pun.!!
“Har har har!” ish, kenapa aku gelak jahat ni. Nasib baik tak ada orang.. kalau tak bertambah kuatlah fakta yang mengatakan aku ni gila..

* hmm..rasanya tidaklah lama sangat aku cuti..tapi banyak pula benda yang aku kena uruskan.

*********


Pen yang dari tadi digenggamnya dilemparkan ketepi. Azlan tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap dokumen yang berada di hadapannya. Dia meraup wajahnya.

‘Kenapa terlalu sukar untuk melupakannya.. kenapa aku harus tanggung semua ini.’ Rintih hati Azlan.

Sebelum ini dia sudah bertekad akan cuba melupakan fatin. Tapi mengapa bila melihat wajah itu.. senyuman itu.. hati terasa bagai dicarik..terasa benci akan diri sendiri. Azlan teringat pada pertemuan tadi, tapi dia hanya mampu memandang dari jauh. Pedih bila menyedari kenyataan bahawa insan yang dicintai tidak mungkin dimiliki. Sakit pabila terpaksa menerima hakikat hanya mampu memandang dari jauh. Menatap dalam sembunyi.
Agaknya inilah rasa insan yang pernah dikecewakannya suatu ketika dahulu. Semua kerana rasa benci terhadap wanita.

“Azlan.. you ingat seronokkah bila memendam rasa..I benar cintakan you, dari dulu I sering perhatikan you walaupun dari jauh..” ima menarik nafas sebelum meneruskan kata. Terasa sesak dadanya. Azlan masih diam tanpa sebarang reaksi.

“ Kemudian..you seperti memberi I harapan. Tapi bila I luahkan perasaan I pada you..” sambung ima dengan mata yang mula berkaca.

“ Maafkan I.. I tak mungkin dapat menerima mana mana perempuan dalam hidup I” ujar azlan bersahaja.

“ Tapi kenapa? You tidak boleh terus membenci perempuan sedangkan ibu you juga seorang perempuan” tambah ima dengan suara tersekat sekat kerana menahan sebak.

“ Huh,ibu?..sudah la, I tak mahu terus memberi you harapan. Baik hentikan semua disini” ujar Azlan sebelum berlalu.

Kini kata katanya pada waktu itu seperti memakan diri. Ketika hadir seorang wanita yang Berjaya mengubah persepsinya , dia dilukai..Mungkinkah ini suatu pembalasan.
Azlan mencapai kembali pen yang dilempar tadi dan dimasukkan ke dalam bekasnya. Pen pemberian Fatin yang selama ini tidak pernah ditinggalkan diletakkan di dalam laci. Hatinya perlu ditekadkan, fatin harus dilupakan.

Khayalannya mati apabila pintu biliknya diketuk. Azlan mengemaskan kertas kertas diatas mejanya yang berelerak dek tempias emosinya sebentar tadi.

“ Encik Azlan, ini dia surat ikatan penyerahan hak yang encik mintak” ujar najwa.

“ Kau ni cuba fokus sikit boleh tak. Kan saya mintak surat aku janji dan sebut harga” azlan mula meninggikan suaranya.

“tapi..” najwa ingin menyambung kata katanya tetapi pantas dipotong oleh Azlan yang menyuruhnya keluar.

‘Gila apa bos aku ni, tadi betul la dia mintak surat ni..takkan aku pekak kot’ detik hati najwa.