Wednesday, January 27, 2010
la mia bella Luna Adona 5
“Boleh tolong ketepi sikit tak..? saya nak masuk” Ujar Aedy bila Luna dan Aliya masih tidak bergerak dari hadapan pintu butiknya itu.
“Maaf” Ujar Luna pantas menarik lengan Aliya supaya berganjak dari situ. Aedy terus menolak pintu dan membolos masuk ke butik tanpa langsung menghiraukan mereka apalagi nak berterima kasih. Aliya masih dengan riak yang sama. Luna sendiri tidak faham kenapa Aliya terlalu terkejut bila melihat Aedy.
“Sopannya.. lembut sahaja di cakap kan? Padanlah suara dia sedap..” ujar Aliya perlahan sambil tersenyum sendiri. wajah Luna berkerut. Macam tu boleh dikira sopan ke?
“Kak.. Kak Liya okay ke ni?” Soal Luna sambil menggoncang bahu Aliya yang gayanya seperti dipukau.
“Ha? Okay je. Tunggu apa lagi ni? jom la kita masuk” ujar Aliya serius.
“Masuk?” Luna mula musykil dengan tingkah Aliya.
“Ye lah.. kata nak kerja dekat sini kan..” Aliya pantas melangkah masuk ke butik itu. Luna mengekor Aliya, senyuman terukir dibibirnya bila mengenangkan kehendaknya dituruti Aliya.
Suasana di dalam kedai tersebut agak gelap dengan lampu-lampu yang agak malap. Namun perhiasannya serba moden dengan susunan cukup menarik perhatian. Sesuai dengan pakaian disitu yang kebanyakannya adalah untuk lelaki muda dan urban. Luna menghala langkah kearah kaunter berbentuk bulatan yang terletak di tengah butik itu. Terdapat dua orang lelaki didalam kaunter itu dimana salah seorang daripadanya kelihatan sedang berbicara sesuatu dengan Aedy.
“Boleh saya Bantu?” Soal Lee yang pada awal tadi sibuk menulis sesuatu.
“Aa..ya, saya nak minta kerja dekat sini.boleh kan?” Balas Luna.
“Kerja.. aa..” Lee seperti teragak-agak untuk berkata sesuatu. Telefonnya yang tiba-tiba berbunyi, mengalih perhatiannya.
“Aedy, tolong kejap ni..aku kena answer call ni lah” Lee mencuit Aedy yang sedang bercakap dengan salah seorang pekerja disitu sambil menunjuk kearah Luna yang setia menanti. Semakin lebar senyuman Aliya sebaik mendengar apa yang dikata oleh Lee. Aedy mengangguk.
“Ya, ada apa yang boleh saya tolong?” Soal Aedy. Formal dan berbeza. Kelihatan tidak sedingin biasa. Bila masuk soal kerja dan perniagaan, apalagi dengan pelanggan.. Aedy cukup professional.
“Saya nak tanya pasal kerja kosong, macam yang tulis dekat depan tu” Ujar Luna. Aliya mengangguk tanpa sebab.
“Ouh. Hmm..ada SPM?” Soal Aedy serius. Riaknya turut berubah sebaik mengetahui niat Luna.
Luna terdiam. Dia berfikir-fikir untuk menjawab soalan Aedy itu.
“Ada” sampuk Aliya tiba-tiba. Aedy memandang sekilas pada Aliya disebelah yang kelihatan beria.
“PMR?” sekali lagi Aedy bertanya bila Luna tidak menjawab soalannya awal tadi.
“Mestilah..” Sampuk Aliya sekali lagi. Sebaliknya Luna hanya menggeleng. Aedy mula cuak.
“SPM tak ada..PMR pun tak ada..habis apa awak boleh buat kalau setakat ada UPSR sahaja?” Soal Aedy.
“Aa..aa..tapi saya tahu banyak tentang ekonomi dan perakaunan..plus saya boleh berbahasa dengan lancar dalam empat bahasa.. erk, okay tak kalau macam tu?” Ujar Luna serius. Aedy tersenyum sinis. Masakan SPM pun tak ada boleh tahu semua itu. Berangan boleh la. Aedy sekali lagi berpaling kearah Aliya yang merenungnya dari tadi. Entah kenapa dia rasa begitu terganggu dengan tingkah Aliya.
“Menulis..membaca boleh? Aa.. tak kisah la, nama apa ni?” Soal Aedy. Sementara itu, kelihatan Lee sedang menghampiri mereka sebelum berdiri disebelah Aedy.
“Boleh..anyway, nama saya Luna” Jawab Luna.
“Eh, sangat kebetulan..nama butik ni Luna Adona”Ujar Lee sambil tersengih ke arah Aedy. Riak Aedy yang seperti tidak berperasaan, langsung mematikan senyuman Lee.
“Luna Adona? Eh, tu kan nama yang nonna selalu panggil Luna kan?” Soal Aliya teruja.
Luna tersenyum manis sekaligus mengiakan soalan Aliya..
“Nama penuh saya Luna binti Abd Rahman..” Tambah Luna pula
“Tak kisahlah Ina, esok masuk kerja” Ujar Aedy sebelum berpaling ke arah bertentangan.
“Nama dia Luna lah” ujar Lee.
“Penting ke?” Balas Aedy bersahaja sebelum terus berlalu.
***
Terik matahari yang memancar benar-benar menguji kesabaran Izzat. Boleh dirasakan yang seluruh tubuhnya kini basah dek peluh. Dengan fikiran dan emosi yang tidak begitu stabil buat masa ini, sesekali buatkan dia seperti mahu sahaja putus asa.. tapi bila difikirkan tentang adik-adik dan ayahnya, dia yakin keputusannya adalah betul.
Motor lagenda pemberian ayahnya setelah setahun dia masuk ke universti dahulu ditonggkat sebaik sahaja ditolak masuk ke petak yang disediakan khas di dalam kawasan Hospital Ampang Puteri. Dengan nafas yang sedikit tersekat, Izzat melabuhkan duduk di atas bebendul jalan, betul-betul disebelah motornya. Wajahnya tertunduk, mencari sedikit kekuatan. Perbualannya dengan Profesor Rashid pagi tadi masih terngiang-ngiang.
“Kamu pasti dengan keputusan kamu tu?” Profesor Rashid memandang tepat ke arah Izzat yang duduk dihadapannya.
“Ya, Prof. saya pun baru balik dari pentadbiran ni” Balas Izzat beserta senyuman walaupun terasa begitu berat.
“Kalau kamu tangguh, kamu dah tertinggal berbanding kawan-kawan kamu..lagipun, ini kan tahun akhir kamu..”Profesor Rashid masih cuba untuk mengubah pendirian Izzat.
“Tak apalah Prof.. lewat pun tak apa, sebab saya ada benda yang lebih penting daripada ni” Ujar Izzat lancar.
“Kamu dah cakap macam tu..apa lagi yang boleh saya cakap kan? Apa-apa pun, saya tetap akan kehilangan seorang pembantu yang rajin macam kamu ni” Ujar Profesor Rashid. Izzat sekadar tersenyum
Peluh di dahi disekanya sebelum bangkit berdiri. Penat betul hari ni, sudahlah dari kampus tadi dia terpaksa bergegas untuk mengambil Luna dan Aliya. Hampir dua jam dia menunggu di sana sebelum dapat tahu yang mereka sudahpun keluar sendiri. Dalam perjalanan ke hospital pula, tidak semena motornya mati ditengah jalan. Dugaan betul..
Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke hospital.
***
Dari malam ke pagi sehingga malam kunjung semula. Entah kenapa Aedy merasakan tiada yang istimewa dalam hidupnya setelah apa yang dikecapinya sekarang. Dia cuba memejamkan mata bagi merehatkan diri sementara Lee memandu disebelah. Jam sudah pun dua pagi dan mereka baru sahaja pulang dari jemputan persembahan bagi minggu setiausaha.
“Kau serius ambil budak yang siang tadi tu?” Soal Lee memecah kesunyian.
“Budak? Ouh.. aini, dekat butik tadi? Ya lah. Kenapa?” Soal Aedy pula.
“Luna lah nama dia.. tak ada lah, kan sepatutnya semua sales assistant kita lelaki..takkan pula nak letak dia jadi manager?” Ujar Lee sementara tangannya menukar gear pada neutral sebaik sahaja berhenti di lampu isyarat.
“Siapa kata? Alah..kedua-duanya pun bukan.. nanti kau cakap dekat budak- budak butik..bagi sahaja apa-apa kerja dekat dia..tak kisah la mencuci ke.. membersih ke. Faham..” Balas Aedy bersahaja.
Thursday, January 21, 2010
La Mia Bella Luna Adona 4
Aedy merenung jam di pergelangan tangannya. Tanpa sedar, senyum tawar terukir dibibirnya. Segalanya yang sepatutnya mudah, kenapa perlu menjadi begitu kompleks. Keluhan berat dilepaskan.. Jam dipergelangan digenggam seketika sebelum bangkit keluar dari biliknya.
“Betul ni, kau tak nak aku ikut?” Soal Lee yang turut mengatur langkah ke arah pintu.
“Tak payah la.. Aku pergi dengan Ajim, kau terus ke butik..uruskan pasal pengambilan manager dan staff baru tu” Jelas Aedy. Dia terus melangkah keluar sebaik sahaja menyarung kasut.
***
Luna melangkah kearah lif sebaik sahaja keluar dari rumah. Sudah hampir seminggu dia dan Aliya menetap disini dan rutin barunya setiap pagi adalah ke gym yang terletak di tingkat satu apartment mewah itu. Dari jauh kelihatan seorang lelaki berdiri dihadapan pintu lif. Kebiasaannya, setiap kali dia keluar pada waktu ini, memang tidak pernah lagi dia bertembung dengan sesiapa disitu.
Luna tersenyum pada Aedy yang kini disebelahnya. Aedy tidak langsung mengambil pusing dengan tingkah si gadis disebelahnya yang seperti ingin menegur. Cermin mata gelap yang dipegang dari tadi pantas sahaja dikenakan, melengkapkan penampilannya. Dia tetap ingin dalam dunianya sendiri.
Pintu lif terbuka dan tiada sesiapa di dalam. Mereka melangkah masuk bersama. Luna memandang sekilas pada Aedy, entah kenapa dia rasa seperti pernah berjumpa dengan lelaki seorang ni. Ingatan Luna tidak mungkin menipu.. jarang dia terlupa akan sesuatu. Sedangkan satu buku mampu dihafal dalam sehari, apa lagi nak mengingati wajah seseorang.
“Kita pernah jumpa kan? Aaa.. dekat airport” Soal Luna ingin memulakan bicara. Aedy mengerling sekilas pada Luna disebalik cermin mata gelapnya. Senyuman manis Luna dibalas sinis sebelum menarik keluar telefon dari poket, cuba menghindarkan teguran Luna. Siapa di Malaysia ni yang tidak kenal dengannya. Itu apa yang terdetik di hati Aedy.
Luna melangkah keluar sebaik sahaja lif berhenti pada aras satu.
***
“Kak Liya betul boleh ke ni?” Soal Luna. Tangannya tidak lepas memegang tali pinggang keledar dari tadi.
“Jangan risau la Luna.. Kak Liya ada lesen lah.. lesen Malaysia lagi tau” Ujar Aliya penuh yakin. Matanya liar memandang mana jalan yang patut diikutinya.
“Tapi dah berapa lama kan Kak Liya tak balik sini..” Balas Luna. Kurang yakin.
“ Dua tahun lepas Kak Liya ada balik sini, kalau tak salah..masa tu, Kak Liya ada renew lesen.. aa..betul la.. Kak Liya ingat lagi” Tutur Aliya walau dia sendiri kurang yakin dengan kenyataannya.
Daripada jalan utama, mereka menyusur ke kawasan perumahan yang entah dimana dan kini mereka kembali ke jalan utama semula. Sudah lebih kurang satu jam di dalam kereta dan tempat yang ingin dituju masih tidak kelihatan.
“Kak Liya, Ada polis dekat depan tu..” Ujar Luna tiba-tiba membuat Aliya sedikit cemas.
“Tenang..tenang, kita buat macam biasa. Macam kita tak bersalah” Ujar Aliya sambil menarik nafas dalam. Dia cuba menenangkan dirinya.
“La..memang pun kita tak bersalah kan, maksud Luna..mungkin kita boleh tanya jalan dekat polis tu.. ataupun..Kak Liya..” Ujarnya sebaik melepasi kawasan sekatan polis. Luna memandang Aliya penuh curiga.
“Apa?” Aliya mula cuak.
“Betul ke Kak Liya ada lesen ni..?” soal Luna.
“Betul la..tak percaya, cuba tengok dalam purse tu”
Luna segera mencapai beg tangan Aliya yang diletak di tempat duduk belakang. Dompet berwarna keemasan milik Aliya dikeluarkannya.
“Kak Liya..! Lesen ni dah tamat tempoh la..” Ujar Luna sebaik lesen Aliya puas dibeleknya. Aliya tersengih.
“Oo.. dah tamat ek? tapi rasanya Kak Liya renew masa tu untuk dua tahun” Aliya menarik lesennya yang dipegang Luna. Dia sendiri pun tak perasan yang rupanya sudah lebih dua bulan lesen tu tamat tempohnya.
“Sudah la..tak ada lesen.. sesat pula ni, kan senang kalau Izzat yang yang hantar tadi..” Luah Luna.
“Sebut pasal budak tu.. ni semua salah dia la..kalau tak sebab dia datang lambat tadi, kan kita dah sampai..” Bebel Aliya.
“Ala..kalau kita tunggu sekejap tadi, mesti dia sampai..lagipun kan dia dah telefon, kata yang dia dalam perjalanan tadi..” Balas Luna sambil tangannya ligat menyimpan semula lesen Aliya yang dikeluarkan tadi.
“Kita tunggu apa.. 10 minit tau kita tunggu tadi”
“Iya juga..hmm.. apa-apa pun,boleh tak kita berhenti makan dekat mana-mana dulu? Lapar la..” Luna meraba perutnya yang mula memberontak.
“Depan tu ada restoran kot..sekejap, kita tengok” Balas Aliya sebelum memberi isyarat ke kanan. Kawasan deretan kedai di Setiawangsa ini diperhatinya, mencari tapak letak kereta yang kosong.
Enjin kereta dimatikan. Mereka melangkah keluar dari kereta menuju ke kaki lima deretan kedai disitu. Lain yang ingin dituju, lain pula tempat yang sampai. Mata Luna memandang sekeliling, serasanya ada sesuatu istimewa disini, tapi itu cuma perasaannya dan dia sendiri tidak memahami maksud apa yang dirasanya sekarang. Mungkin juga kerana dia kini sudah mula menyesuaikan diri di sini. Walaupun segalanya berbeza disini.. dengan cuacanya..persekitaran..jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan..namun, Luna dapat rasakan kemesraan.
“Kak Liya, tengok ni..” Luna menarik tangan Aliya yang selangkah jauh dihadapan. Matanya tertarik pada sekeping kertas yang tertampal disitu.
“Ha.. iklan kerja..kenapa?” Soalnya. Aliya berdiri disebelah Luna yang sedang merenung kosong pada iklan tersebut. Seperti ada sesuatu yang sedang difikirkan Luna.
“Luna nak kerja dekat sini lah” ujar Luna bersahaja sebelum pantas menolak pintu kaca dihadapan tempat mereka berdiri.
“Jangan mengarutlah. Minggu depan kan kita nak mula kerja dekat Tiara..” Aliya pantas menarik semula tangan Luna. Fikirnya, Luna sekadar ingin bergurau.
“Apa pula mengarut..ala, Kak Liya..biarlah Luna kerja dekat sini, Kak Liya sahaja pun sudah cukup di Tiara” Balas Luna serius. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa tiba-tiba dia tertarik untuk bekerja di situ. Mungkin kerana dia ingin cuba sesuatu yang asing, sesuatu di luar dunia Luna dua puluh tahun lepas dan dia tahu Tiara tidak mampu membantunya.
“Papa mesti tak setuju,Luna.. Sudahlah” Balas Aliya. Dia cuba menarik lengan Luna namun Luna tetap tidak mahu berganjak.
“Kak Liya…” Ujar Luna perlahan. Aliya mengeluh, ini salah satu kelemahannya..bila setiap kali Luna buat muka sedih, memang mudah untuk menggoyahkan pendiriannya.
“Macam ni la.. kita bincang dulu ya, balik nanti fikir baik-baik..tak eloklah buat keputusan tanpa berfikir ni” Pujuk Aliya.
“Excuse me”
Satu suara yang menegur, mengejutkan mereka berdua. Aliya terpaku memandang insan yang berdiri dihadapan mereka sekarang. Matanya membulat..bibirnya bergetar seperti ingin mengatakan sesuatu namun tersekat. Luna sebaliknya tersenyum walaupun dia tidak langsung menyangka yang mereka akan bertembung disitu.
Saturday, January 16, 2010
la mia bella Luna Adona 3
“Baguslah kalau tak apa-apa.. saya pergi dulu ya” Izzat tersenyum pada Luna yang sudahpun bangkit dari lantai. Luna mengemaskan letak beg dibahunya sebelum membalas senyuman dari Izzat.
“Terima kasih..err, tumpang tanya..saya cari Pak Aziz.. Aaa..tak apalah, terima kasih lagi sekali ya” Ujar Luna sebaik memikirkan semula yang tidak mungkin semua disitu kenal dengan Pak Aziz yang dicarinya.
“Okay..sama-sama..” Balas Izzat perlahan dengan dahi sedikit berkerut. Entah kenapa dia merasakan gadis dihadapannya sekarang agak pelik. Izzat mengangguk sebelum berpaling meneruskan langkahnya. Luna menghantar langkah Izzat dengan satu pandangan. Onitsuka Tiger yang tersarung di kaki Izzat menarik perhatian Luna. Sebelah daripada kasutnya itu tidak bertali.
“Eh, cik sebut Pak Aziz kan tadi?” Soal Izzat yang tiba-tiba berpaling dan melangkah semula kearah tempat Luna berdiri. Luna mengangguk, riak wajahnya nyata sedikit terkejut.
“So.. ni Cik Luna?” Soal Izzat sekali lagi.
“Encik, kenal saya?” Soal Luna sekaligus mampu menjawab persoalan Izzat itu. Izzat menyeka peluh didahinya sambil menolak rambutnya kebelakang. Jelas lega. Tidaklah sesukar yang disangkanya walaupun dia melakukan semua ni secara mengejut.
“Fuh, nasib baik jumpa.. Anyway, saya Izzat” Ujarnya berserta segaris senyum.
“Apa lama sangat ni? Eh, ni.. siapa pula?” Sampuk Aliya yang tiba muncul disebelah Luna. Wajah Aliya berkerut, tangannya masih kejap memegang troli yang bersusun beg.
“Izzat” balas Luna. Sepatah.
“Oo..tak kisah la.. jom kita duduk dekat sana” Aliya menarik lengan Luna.
“Kejap.. err.. Tuan Rahman kata, saya kena hantarkan cik Luna..” Ujar Izzat menghentikan langkah Luna dan Aliya. Mereka saling berpandangan.
“Tapi encik ni bukan Pak Aziz..”Luah Luna. Serius riaknya. Izzat tersenyum. Aliya sebaliknya memandang Izzat penuh curiga.
“Aziz tu ayah saya..dia tak dapat datang, so..saya lah yang gantikan dia” Jelas Izzat.
“Bukti?” soal Aliya sambil memandang Izzat atas bawah. Dari gaya rambut yang seperti tidak disikat..t-shirt kuning cair..ke skinny jeans lusuh hitam ..terus pada Onitsuka Tiger putih yang tidak bertali sebelah. Dari mata kasar.. memang tidak langsung seperti pekerja Tiara Holding apalagi seperti pemandu.
“Ha?” Izzat lansung tidak menyangka soalan sebegitu. Bagaimanapun, sungguh dia tidak selesa bila direnung Aliya sebegitu.
“Alah Kak Liya, betul la tu..sudah la, jom kita gerak” Ujar Luna.
“Maaf cik..”
“Aliya” Pintas Aliya bila Izzat seperti ingin mengatakan sesuatu padanya.
“Ya, Cik Aliya..kalau cik tak percaya, apa kata cik sendiri telefon En.Mansor dari Tiara untuk pastikan” Ujar Izzat selembut mungkin walaupun dia merasa jengkel dengan jelingan dari Aliya.
Aliya pantas mengeluarkan telefonnya. Wajahnya masih serius. Senyuman Izzat lansung tidak diendah.
“Err..nombor..” Ujar Aliya teragak-agak bila dia teringat yang dia terlupa menyimpan nombor En.Mansor dari awal.
“Nah..” Izzat menghulur telefonnya kepada Aliya. Tanpa rasa bersalah, Aliya melekapkan telefon itu ke telinganya. Senyap seketika.
“Mail box.. sekejap, Kak Liya cuba lagi ya” Ujar Aliya pada Luna yang memandang kearahnya. Izzat mula cuak melihat Aliya yang tidak berputus asa walaupun sudah berkali-kali mencuba.
“Apa kata cik call pejabat pula” Ujar Izzat yang mula bergerak ke arah dinding berhampiran. Dia bersandar disitu. Jam di pergelangan tangannya dikerling seketika. Dia masih ada kelas petang ni, kalau terus macam ni..dia mungkin akan terlewat.
“Aaa..katanya En.Mansor keluar” Aliya memandang skrin telefon ditangan sesudah talian diputuskan.
“Jadi?” soal Luna.
“Kita tunggu sikit lagi la, nanti Kak Liya cuba telefon sekali lagi” Balas Aliya. Izzat mengerutkan dahi mendengar kenyataan Aliya.
“Nak kena tunggu sampai bila ni?” Soal Izzat inginkan kepastian.
“Sampai dia jawab call” jawab Aliya bersahaja.
“Kalau macam tu..teruskan. Saya ada hal dan tak ada masa untuk dibuang” Ujar Izzat. Dia tersenyum sekilas pada Luna sebelum berlalu.
“Berhenti!” Jeritan Aliya menghentikan langkah Izzat. Lambat dia berpaling ke arah mereka berdua. Banyak betul ujian dia hari ni. Mana dengan hal ayahnya.. pelajarannya lagi yang perlu difikirkan..ini pula dengan kerenah yang seorang ni.
“Tengok apa? Bawakkan la beg ni..” Ujar Aliya. Izzat mengangkat keningnya. Kenapalah perlu ada orang macam ni dalam dunia. Dia mengalah dengan melangkah semula ke arah mereka.
“Maaf ya Izzat.. kakak saya tu cuma berhati-hati je, bukan dia sengaja buat macam ni..Anyway, panggil saya Luna..tak perlu cik..cik.. ya” Ujar Luna sebaik Izzat menghampirinya sementara Aliya sudahpun terlebih dahulu melangkah kehadapan.
“Izzat” Balas Izzat ringkas. Senyuman dihulur khas buat gadis manis dihadapannya. Cantik.. itu yang terdetik di hati Izzat.
******
Selesai berpakaian, Aedy melangkah keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu. Kelihatan Lee sedang bersantai di sofa dengan semangkuk mee segera ditangan. Matanya leka memandang skrin televisyen.
“Lee.. jam aku mana?” Soal Aedy yang kini berdiri disebelah Lee.
“Jam yang mana?” Lee meletakkan mangkuk yang dipegang dari tadi ke atas meja.
“Nooka white la.. kan sebelum show semalam kau ambil simpan..” Jelas Aedy. Ada nada bimbang pada butir ayat yang terluah oleh dia.
“Oh, ada..aku simpan. Ish, kau ni kan..dalam banyak-banyak jam, kenapalah yang satu tu kau susahkan sangat.. Sudahlah lepas show semalam tergedik nak balik masa tu juga..kan ada bagus juga kalau dapat spend semalam dua dekat Singapore tu.. Haish..” Bebel Lee sambil bangkit dari sofa. Dia tahu, selagi tidak diserahkan balik jam kesayangan si Aedy itu.. selagi itulah Aedy akan terus mendesak. Dia cukup faham..
Aedy mencapai alat kawalan tv yang ditinggalkan Lee di atas sofa. Bebelan Lee langsung tidak diendahnya.
“Ha..lagi satu, jangan buat lupa pula fail-fail dekat meja sebelah tu.. banyak benda tertangguh dah dengan butik dan kafe” Kedengaran suara Lee sedikit kuat dari dalam bilik. Aedy memandang kearah fail-fail yang bersusun seperti yang dimaksudkan Lee. Seketika kemudian, pandangannya beralih pula pada mangkuk mee yang ditinggalkan Lee.
“Lee..! kau masak lain” jerit Aedy sebelum mencapai mangkuk mee dari atas meja.
Wednesday, January 6, 2010
la mia bella Luna Adona 2 (my lovely Luna Adona)
‘Disini bermula biasa’. Aedy menongkat dagu ke meja dengan sebelah tangannya memegang segelas air kosong di atas meja. Gelas ditarik supaya tepat dihadapan matanya. Cahaya dari lampu kaki bertentangan dengan meja menimbulkan kesan pada air. Dia tersenyum sinis. Sedikit kesan pencahayaan membuatkan air kosong biasa kelihatan lebih istimewa.
“Aedy..awal bangun?” soal Lee yang tiba-tiba muncul.
Aedy masih tidak mengalih posisinya walaupun dia agak terkejut dengan kehadiran Lee yang secara tiba-tiba itu.
“Bukan kau juga yang suruh aku bangun awal hari ni?” ujar Aedy bersahaja tanpa berpaling menghadap Lee. Dia mengangkat wajahnya dari meja dan menegakkan semula tubuhnya. Gelas berisi air kosong separa penuh itu dilekat kemulut. Satu tegukan, air bersinar tadi mengisi rongga tekaknya.
Lee menggaru kepalanya, kadang-kadang pening juga dengan sahabat merangkap bosnya yang pelbagai kerenah ni. Rambutnya yang nyata masih basah dikemaskan dengan jari.
“ Ye lah.. tapi 4.30 pagi der.. agak-agak la” Ujar Lee sebelum turut duduk semeja dengan dengan Aedy. Rasanya tak sampai tiga jam dia tidur tadi sebelum Aedy memaksanya bangun.
“Aku tak boleh tidur la..bosan” Balas Aedy bersahaja. Tangannya bermain dengan gelas yang baru dikosongnya tadi.
“La.. sebab tu kau paksa-paksa aku bangun tadi? Apa-apa pun kau still perlukan rehat der..jadual penuh esok, pukul sembilan..temujanji dengan hair-stylist then, flight pukul 12.00 ” Ujar Lee sebelum kembali bangkit dari kerusi.
“Esok? Hari ni lah! Anyway, kau nak kemana tu?” Aedy memandang gerak Lee yang menghala ke sofa.
“Der.. aku pun sama la.. perlukan rehat. Kalau tak, kau juga yang susah kan..” Ujar Lee malas, dia menghentikan langkahnya seketika bagi menjawab pertanyaan Aedy.
“Kau buatkan aku roti bakar dengan half- boiled egg Lee” Ujar Aedy tanpa pedulikan kata-kata Lee.
‘Nasiblah kau tu mesin ATM aku..kalau tak, dah lama..’ Lee bersuara sendiri sebelum mengubah hala langkah. Terbantut niatnya untuk sambung tidur di sofa. Mandi sudah, tapi tetap masih mengantuk. Haish..
“Kau cakap dengan aku ke?” Soal Aedy.
“Bila pulak? Ni, telur dah habis..so, roti bakar je la der” Balas Lee pada Aedy yang kini sudah bangkit dari kerusi menuju ke peti ais.
“Apa-apa je la, tapi kan..kau kenapa hari ni.. dari tadi kalau cakap, asyik der..der..der. Mana pula kau belajar ni?” Soal Aedy sambil menuang jus oren kedalam gelasnya. Lee tersengih menampakkan barisan giginya.
“Tu kan bahasa yang budak-budak sekarang selalu guna..bro..der..lu.. dengan apa entah lagi” Lee beria menerangkan pada Aedy.
“Masalahnya, kau tu bukan budak pon..umur pun dah nak masuk tiga puluh..berangan lah kau!” Ujar Aedy sambil menepuk bahu Lee sebelum berlalu bersama segelas penuh jus oren.
******
Lebih kurang satu jam lagi mereka akan mendarat di KLIA. Luna membetulkan duduknya agar lebih selesa sekembalinya dari tandas. Bosan. Dia cuba memejamkan mata tapi tidak juga dapat tidur. Luna kemudian berpaling kearah Aliya yang sedang asyik dengan majalah ditangan. Sesekali Aliya tersenyum sendiri kemudian majalah yang dipegang tadi ditarik lekap ke dada. Dahi Luna berkerut melihat tingkah Aliya yang baginya pelik.
“Kak Liya kenapa?” Soal Luna ingin tahu.
“Saja..kenapa? tak boleh senyum..?” Balas Aliya dengan senyuman yang masih sedia terukir.
“Tak lah.. kalau dah senyum mestilah suka.. tapi apa yang Kak Liya sukakan sangat tu?”
“Hmm..mestilah suka! Dapat tengok gambar boyfriend Kak Liya dalam majalah ni..sweet..sangat” Aliya mengeratkan pelukannya pada majalah tadi.
“ Kak Liya ada boyfriend ke?” Soal Luna serta merta mematikan senyum Aliya. Pipi Luna dicubit Aliya. Geram. Mati terus angan-angan Aliya.
“Choi! Okay..okaylah..bukan boyfriend Kak Liya, tapi favaorite artist Kak Liya lah..tapi masa akan datang tak tahu lagi la kan” Aliya menutup semula majalah yang dari tadi dibukanya hanya pada muka surat yang sama. Luna diam seketika seperti berfikir sesuatu. Seorang gadis manis berkebaya menghampiri tempat Luna dan Aliya menangguh lagi perbualan mereka. Setelah dua gelas jus diletakkan pada mereka, gadis itu meneruskan langkahnya. Sempat Luna menghadiahkan senyuman padanya.
“Artis Malaysia? Kejap..Luna tahu..biar luna teka” Luna kelihatan bersemangat. Prada bingkai putihnya dikemaskan kedudukan.
“Luna tahu?” Aliya masih tidak percaya. Masa bila pula si Luna ni sempat nak ambil tahu tentang semua ni..?
“Hmm.. A.Samad Said? Eh, tapi dia dah tua..” Luna menggaru kepalanya yang tidak pun gatal. Aliya mengeluh sendiri. Memang dia sudah mengagak yang si luna ni tak tahu pun.
“Ab.Ghafar Bahari?..aa..Kohan Marjonid? Tak pun..Abd. Latif Maulan..aar..”
“Siapa tu?” Potong Aliya sebelum banyak lagi nama yang langsung tidak dikenalinya itu keluar dari mulut Luna.
“Artis Malaysia lah.. penulis..pelukis..” Jawab Luna dengan muka tanpa rasa bersalah.
“Aidil Hady la..”
“Ooo.. tapi tak pernah dengar pun”
“Dia penyanyi..pemuzik..Luna mana ambil tahu semua tu kan..” terang Aliya. Luna tak mungkin akan kenal pun. Sudahlah boleh dikira berapa kali Luna ke Malaysia semenjak datuknya meninggal..apalagi senaskah majalah hiburan pun tidak pernah disentuhnya, macam mana dia nak tahu.
“Siapa kata Luna tak ambil tahu? Luna minat muzik juga tau.. Ludwig van Beethoven..Wolfgang Amaedus Mozart..banyak lagi lah ..”
“What ever Luna.. Kak Liya nak tidur sekejap..sweet dream Aliya..” Ujar Aliya sebelum berpaling kearah lain. Pening melayan si Luna. Apa pun yang pening itulah yang disayang..itu jugalah satu-satunya adiknya sekarang.
*****
Luna mengorak langkah ke ruang menunggu diikuti Aliya. Penat mula terasa bila menyedari sudah berjam-jam diatas kapal terbang. Mata Luna liar memandang sekeliling. Pada satu ruang tidak jauh dari mereka kelihatan sedikit sesak. Ramai yang berkumpul disitu..pelbagai gelagat, yang pastinya..kebanyakan dari mereka adalah perempuan.
“Eh, luna.. sebelum ni, papa cakap..siapa yang tunggu kita dekat sini?” Soal Aliya sambil menghulur botol mineral pada Luna. Entah bila dia beli pun Luna tidak perasan.
“Pak Aziz...mesti dia tengah cari kita sekarang” Balas Luna. Anak matanya masih tidak berhenti bergerak. Mencari-cari kelibat orang yang dikatakan Pak Aziz itu. Aliya mengangguk.
“Kak Liya tunggu dekat sini ya..biar Luna cuba tengok dekat sana..mana tahu Pak Aziz terselit antara orang-orang ramai tu” Ujar Luna pada Aliya yang sudah pun mengambil tempat dikerusi.
Beg dibahu dikemaskan sebelum memulakan langkah kearah sekumpulan manusia tidak jauh dari tempat dia berdiri tadi. Baru beberapa langkah diatur, tiba-tiba Luna terdorong ketepi bila seseorang melanggarnya.
“ Maaf..” Ujar Luna walau pada hakikat, ternyata bukan salahnya. Gadis yang baru sahaja melanggarnya tadi terus meluru kehadapan tanpa mempedulikan Luna. Dia tersenyum sendiri. ‘Dia tak perasan Luna kot..’ Detik hati Luna sebelum kembali meneruskan langkahnya. Gadis tadi kelihatan menyertai kumpulan orang yang bersesak dihadapan.
“Tumpang tanya..ada tak sesiapa nama Pak Aziz dekat sini?” Luna cuba mencuri perhatian pada orang yang sedang bersesak disitu tapi ternyata hanya sia-sia. Seperti tiada siapa pun yang perasan dia disitu. Ramai juga diantara yang disitu kelihatan memegang kamera. Cahaya flash dari kamera-kamera sesekali menyilaukan pandangannya.
Luna cuba menyelit untuk terus kehadapan dengan mulutnya masih menyebut nama Pak Aziz, mengharapkan seseorang menjawab. Sekali lagi Luna bernasib malang bila kakinya secara tidak sengaja tersepit dicelah orang ramai dan membuatkan dia tersembam dihadapan. Luna terasa seperti setiap mata kini memandang kearahnya. Suasana yang bingit sebentar tadi tiba-tiba senyap.
“Err.. saya cari Pak Aziz..” Ujar Luna pada dua susuk yang berdiri betul dihadapannya.
“Aedy..kita kena gerak sekarang” Lee menepuk bahu Aedy. Mengingatkan. Aedy mengangkat tangan mengisyaratkan dia faham pada Lee sebelum dia tiba-tiba membongkok mencapai cermin mata Luna yang tercampak ketepi tadi.
“Adik cari pak cik apa tadi?..hmm, tak kisahlah..nah, jaga diri” ujar Aedy sambil menghulurkan prada milik Luna yang terjatuh tadi. Dia kemudian terus berlalu sebaik sahaja memberikan senyuman terakhir pada kesemua wartawan dan peminatnya disitu.
Kawasan sekitar menjadi lengang sebaik sahaja rombongan Aedy bergerak. Luna menarik beg disisinya mencari kain untuk membersihkan cermin matanya yang sedikit kabur. Terdapt cap jari disitu. Setelah puas hati dengan keadaan prada bingkai putih kesayangannya itu, Luna pantas melekapkan semula pada tempatnya. Segalanya kembali lebih jelas.
"Cik okay ke?"
Luna mengangkat kepala melihat tuan empunya suara. Dia tersenyum pada lelaki itu sebelum mengangguk mengiakan pertanyaannya tadi.
Friday, January 1, 2010
La Mia Bella LUNA ADONA 1
“Cosa stai facendo, mamma?” Ë¡ Soal Luna dengan loghat Italy yang sudah biasa dilidahnya sebaik melihat mamanya mengeluarkan semula baju-baju yang telah dimasukkan ke dalam beg. Luna memandang wajah mamanya seketika sebelum menyusun semula baju yang dikeluarkan mamanya tadi. Maria yang sebentar tadi beria sangat ingin membantu anaknya mengemas pakaian kini berubah riak. Hatinya masih tidak sanggup untuk melepaskan Luna. Menyesal pula kerana dahulu dia membuat janji.
“You don’t love me anymore, do you?” Balas Maria, turut dengan soalan. Wajahnya tertunduk memandang barang-barang Luna yang hampir siap dikemas. Esok baginya merupakan hari yang paling ingin dielaknya. Luna akan berangkat pergi dari Otranto bersama Aliya. Buat pertama kalinya, selama 20 tahun ini.. Luna akan berjauhan dengannya. Bukan jauh yang biasa..bukan sejauh kediaman mereka di Moscow ke Plekhanahov.. sedangkan itupun dirasanya sudah cukup jauh, apatah lagi bila nanti dia akan berangkat semula dari Italy ni ke Russia tanpa Luna. Moscow dan Kuala Lumpur…Haish, naik biru bila difikirkan semua itu.
“Ma.. Of course I do.. tapi penat la macam ni, kalau mama asyik sepahkan balik..bila nak siap kemas?” Ujar Luna serius memandang mamanya dengan mata yang terkebil-kebil.
“Two months?” ujar Maria mengharap tolak ansur dari Luna. Luna yang mula menutup beg pakaiannya yang ketiga, bersungguh menggelengkan kepalanya.
“Okay..okay, six moths! That’s it. Deal” Maria masih berharap.
“ Un anno!² Ma.. ma kan dah janji. Kalau Luna dah habiskan second degree Luna, Ma akan tunaikan apa sahaja permintaan Luna kan. Setahun je ma, Lagipun, semenjak atuk meninggal.. dah lama Luna tak ke Kuala Lumpur.” Balas Luna, sedikit tidak puas hati.
“ Ada ke mamma janji macam tu?” Ujar Maria dengan Bahasa Melayu yang tidak selancar anak tunggalnya seorang itu. Luna lain, dalam usia masih muda lagi dia sudah menguasai empat bahasa dengan lancar..malah kini pada usia baru mencecah 20 tahun, dua ijazah sudah ditangan.
“Tak ada ke? Ye la, memang la masa tu ma tak sebut janji pun..” Luna mengerutkan dahinya sambil menggaru kepala. Prada berbingkai putih yang melekap di hidungnya dibetulnya. Maria tersengih kemudian. Inilah salah satu sebab mengapa dia begitu sukar melepaskan Luna pergi, terlampau lurus. Baru dipusing sedikit ayat, dah percaya.
*******
Setelah hampir dua puluh tahun hidup, rasanya peluang untuk cuba memasuki dunia Aliya kali ini, walau cuma untuk setahun..cukup bermakna buat Luna. Segalanya perlu sempurna. Semua barang sudah siap disusun setempat. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan mengemas semua ini dengan sendiri. Selalunya, kerja-kerja macam ni semua si pengasuh yang buat. Kali ini dia betul tekad untuk berdikari. Luna memeriksa buat kali terakhir barang-barangnya di sudut bilik. Sudah tidak sabar rasanya nak ke Malaysia. Kak Aliya kata seronok di luar sana. Selama ini dia hanya hidup dalam dunianya sendiri. Dunia yang dicipta istimewa buatnya oleh papa dan mama dan dia sendiri sudah selesa. Dari kecil, sahabatnya hanya buku. Hiburannya pun itulah. Seingatnya, dia memang tidak pernah punya kawan selain buku,mama dan papa sehinggalah muncul Aliya sebagai ahli keluarga baru mereka beberapa tahun lepas. Masa tu, Aliya masih lagi di tahun awal di Plekhanov, Russian Academy of Economics.. tempat yang sama dengan Luna.
“Luna teman akak ke porto, ya” Ujar Aliya sebaik sahaja mengalihkan pandangan dari tingkap. Aliya teringin bersantai di pelabuhan kecil yang terletak di Otranto, Italy ini. Cantik permandangannya. Itulah tempat kegemarannya setiap kali mereka ke mari untuk melawat nenek Luna. Setiap kali itu jugalah dia tidak jemu mengajak Luna kesana walaupun dia sendiri sudah dapat mengagak jawapan dari Luna.
“Buat apa?” Soal Luna sebelum beralih kekatil dengan senaskah ‘The Speculation Economy’ ditangan. Luna kemudian membetulkan pijama merah yang dipakainya sebelum mengambil tempat diatas katil.
“La.. kita jalan-jalan la, tengok permandangan” balas Aliya pada Luna yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
“Oo..tak nak la. Kak Liya tengok je la permandangan dari sini, kan boleh nampak” Balas Luna sementara matanya mula tertumpu pada buku ditangannya.
“Mana sama...” Aliya bertegas.
“Apa pula tak samanya? Kalau kita ke sana pun, porto..kalau tengok dari sini pun tetap porto. Takkan la pula pelabuhan tu nak berubah jadi airport pula kak” Ujar Luna serius. Seperti biasa, dia kurang faham dengan maksud Aliya.
“Susah la cakap dengan Luna ni..”
“Apa yang susahnya? Kak Liya tak faham ke?” Soal Luna. Blur.. Aliya meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Mengisyaratkan supaya Luna berhenti bercakap. Boleh naik pening kalau biar Luna terus menyoal.
“Okay..” Tambah Luna. Faham. Senyuman manis terukir dibibirnya. Dia kemudian kembali menumpukan perhatian pada helaian ditinggalkan seketika tadi.
“No more books! Kata nak bercuti..” Ujar Aliya yang kini sudah mengambil tempat disebelah Luna. Buku yang ditangan Luna pantas ditarik Aliya. Luna memandang Aliya sambil menayang barisan giginya yang tersusun kemas.
“Jangan cakap.. yang Luna nak angkut buku-buku Luna yang satu library tu..” Aliya memandang tepat kearah Luna yang masih tersengih.
“ Tu…” Luna memuncungkan bibirnya menghala kearah satu sudut bilik. Tiga kotak sederhana besar tersusun elok disitu.
“Tak ada! Kalau Luna bawak semua tu.. Kak Liya tinggal” Tegas Aliya.
********
“Affrettatevi!” Luna yang sudah siap dari awal tadi duduk bersila diatas katil sambil memandang kearah Aliya yang masih sibuk bersolek.
“Hey, mencarut ke apa?” Soal Aliya, tidak faham. Apa yang dia tahu..Luna berbahasa Italy.
“Apa pula mencarut..Luna suruh Kak Liya cepat la.. Anyway… mencarut tu apa?” Balas Luna. Rasanya, itulah kali pertama dia dengar perkataan tu.
“kejap la. Awal lagi kan..” Balas Aliya tanpa menjawab soalan Luna.
“Cepatlah!” Desak Luna.
“ Alah.. nak siap dah la ni..” Kelam kabut dibuatnya Aliya bila Luna masih tidak henti mendesak.
“Ish, bukan cepat tu.. maksud Luna..cepat la kasi tahu maksud perkataan tadi tu la..” Serius tutur Luna. Ingin tahu.
Riak wajah Aliya berubah. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memang cukup malas kalau terpaksa menerangkan sesuatu pada Luna. Selagi dia tak betul-betul faham..selagi tu la dia tidak akan berhenti bertanya.
“Aaa..mencarut tu..aa..a.. sejenis kuih. Ha..ya la tu. Sejenis kuih” Bohong Aliya. Dia pantas berpaling menghadap cermin semula.’apa aku cakap ni…’ Aliya bersuara sendiri.
“Kuih tradisional Malaysia, ya kak? Hmm..bunyi macam sedap je” Ujar Luna sambil tangannya membetulkan penyucuk merah jambu yang diselit pada rambut yang disimpulnya tadi.
“Ha..a.ah” Jawab Aliya teragak-agak.
“Macam mana bentuk dia?”
“Ha..Kak Liya dah siap. Jom” Elak Aliya sebelum terus bangkit keluar dari bilik.
Luna pantas mengekor gerak Aliya keluar dari bilik sebelum langkahnya dialihkan kebilik nonna nya. Sebaik sahaja tiba dipintu, Luna memandang kearah neneknya yang sedang bersarapan di tepi tingkap. Neneknya yang kini berkerusi roda kelihatan memandang jauh keluar. Cawan kopi separa penuh diatas meja bulat kecil disebelahnya sesekali disentuh.
“Luna? Masuklah jumpa nonna cepat. Papa tunggu dekat bawah ya” Ujar Rahman sambil menggosok kepala Luna sebelum terus berlalu. Luna menarik muka bila rambutnya yang kemas sebentar tadi habis berserabut.
“Nonna..!” Luna duduk disisi sambil memeluk lutut neneknya. Dia tersenyum manis kearah neneknya.
“La mia bella Luna Adona..” ³
*¹-what are you doing
*²- a year
*³-My lovely Luna Adona
Subscribe to:
Posts (Atom)