15th BITE: KALAU TIDAK BERKAFEIN, IANYA BUKAN KOPI
Dua tingkat rasakan bagai dua belas bila setiap saat aku kira untuk menanti lif tiba di bawah. Terbuka sahaja pintu, aku bergegas kebahagian belakang apartment dimana terletak sebuah taman. Dari hulu aku kehilir, tidak tentu arah aku mencari dari bawah kawasan koridor berhadapan dengan taman ni. Mana dia ni? Bukan sepatutnya dia jatuh dekat kawasan ni? Sebelah tangan, aku jerut pada selendang di dada, jantung aku rasa macam nak meletup. Silap- silap sekali dengan aku pun jalan. Puas aku periksa disitu, aku beralih kearah taman. Mata aku membulat sebaik ternampak sesuatu yang langsung bukan dalam jangkaan aku. Dalam jarak tidak sampai lapan meter dihadapan, aku nampak Anas elok bertenggek pada tembok setinggi dua meter yang memagari kawasan taman ni. Macam mana pula dia boleh sampai dekat situ? Tapi.. macam mana pun.. dia hidup lagi kan? Itu betul dia? Bukan fantasi aku semata kan? Haah..
Aku terduduk diatas rumput, kedua belah kaki aku bagaikan sudah bertukar menjadi agar- agar. Tidak cukup tenaga untuk berdiri, kalau dalam komik sekarang.. mungkin dapat lihat roh berasap keluar dari mulut aku. Tapi sedikit sebanyak terasa macam satu beban berat tadi berkurangan. Haih.. kenapalah buat lawak macam ni malam- malam ni. Merusuh adrenalin. Tidak menentu dibuatnya frekuensi otot kardiak aku. Aduh.. kenapa semua benda nampak bergoyang ni? Takkan gempa bumi pula. Haih.. tenang.. tenang.. tarik nafas. Aku berusaha menyusun semula atur nafas aku agar lebih stabil. Beg dibahu aku tarik menutup muka. Ketenangan.. aku perlukan ketenangan sekarang. Sikit pun jadi la..
“Hey, sorry.. I didn’t mean to make you cry” Ujar Anas yang aku kira kini berada dihadapan aku. Siapa kata aku menangis? Aku masih tidak mahu mengalihkan beg yang aku pekap ke muka. Separuh mati aku takut..terkejut.. dia boleh sihat berdiri dekat sini tanpa sebarang calar. Manusia ke apa dia ni?
“Siapa ‘hey’? nama I Ashikin. Siapa menangis? Gila! I’m just shocked!” Aku membalas namun masih kekal dalam posisi yang sama. Aku menekap beg lebih rapat kemuka. Menolak untuk mempedulikan makhluk yang hampir menjadi faktor masalah jantung aku. Dengan rasa terkejut yang masih belum berkurang, bercampur dengan sedikit rasa lega. Sekurang- kurangnya aku terselamat dari menjadi saksi sebuah kes bunuh diri. Haish.. tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa sekarang. Gila lah.. kalau nak mati pun, pergi lah tempat lain, kenapa nak depan aku.
***
Anas beralih dari duduk di atas papan gelongsor, dia melonjak pula duduk diatas monkey bar. Namun dia masih belum berani untuk menghampiri Shikin yang bisu di atas buai. Sedikit sebanyak dia terasa bersalah. Sudah selesa diatas palang, dia beralih memandang kearah Shikin dibawah. Dia menggaru kepala sebelum mengerling seketika pada jam di tangan. Sudah hampir dua puluh minit macam ni. Mereka masing masing diam. Sesekali terdengar Shikin yang tersedu buatkan Anas tersenyum sendiri. Sudah hampir sebotol air mineral yang diberinya tadi diteguk Shikin, tapi tak juga hilang sedunya.
“That’s my bag. Aaa.. you know.. hobby.. interest.. leisure activity.. something like that..” Anas mula bersuara bila dirasanya Shikin sudah lebih tenang dari sebentar tadi.
‘Hik’ Anas menahan tawanya bila Shikin yang masih dalam sedunya mengerling tajam kearahnya.
“Hobi apa nya? Bukan cubaan bunuh diri ke macam tu? Gila!” Ujar Shikin geram. Dia menepuk dadanya beberapa kali dengan harapan sedunya hilang.
Sekali lagi Anas tersenyum. Boleh pun bersuara.. detik hatinya. Sedikit sebanyak dia lega dengan reaksi yang diberikan. Jelas Shikin sudah kembali pada asal. Dia sendiri yang biasanya tenang jadi panik, tak tahu nak buat apa melihat reaksi Shikin sebentar tadi. Tak sangka niatnya untuk mengusik, buatkan Shikin terkejut sampai macam tu sekali.
“That’s Kamikasi or parkour.. or free running... bukan bunuh diri lah kakak..” Terang Anas sambil memerhati reaksi Shikin bila dibahasakan kakak. Memang seronok kalau dapat mengusik. Sekali lagi tawanya terluah, menerima jelingan dari Shikin.
Anas membalas pandangan Shikin tanpa rasa bersalah hinggakan Shikin beralah dan segera berpaling kearah lain. Dalam senyum dia menyambung semula ayatnya. “It’s sports.. just kind of extreme game.. Actually tadi I jumped on that first then slide a bit before landing on the grass” Anas menghalakan telunjuknya kearah bumbung koridor yang menempatkan kerusi- kerusi rehat taman dibawahnya.
Shikin sekali lagi beralih memandang Anas. Kali ini bukan jelingan tajam seperti awal tadi, tapi lebih pada musykil. Seperti dia tidak dapat menerima apa yang diterang oleh Anas. Dia tidak faham. Ada ke orang main game bunuh diri macam tu? Shikin menyoal diri sendiri.
‘Hikk’ Shikin meneguk sisa air mineralnya tadi. Rimas mungkin dengan sedu yang masih tidak menunjukkan tanda- tanda berhenti.
Anas yang faham dengan pandangan Shikin yang seperti meminta penjelasan lebih, menyambung katanya.
“Game ni benda biasa dekat france.. memang asal dari sana.. co- founder dia nama David Belle.. the yamakasi. Hmm.. I ada group, kitorang tujuh orang.. biasa kalau ada masa.. kitorang buat la aktiviti macam ni.. Free running.. jumping, climbing, vaulting, rolling, swinging and wall scaling .. It’s cool you know. Physical discipline.. combination of martial arts.. Ninjutsu..Qing Gong.. yargh.. it’s refreshing. Human reclamation!” Ujar Anas sambil pandangannya dihala ke langit. Dia menghela nafas segar. Sesekali dia mengusik rambut yang menghalang pandangannya sebaik ditiup angin.
“Human reclamation?” Berkerut dahi shikin cuba mengadaptasi apa yang disampaikan oleh Anas. Pembaik pulih manusia? Hanya satu yang dia faham, pada dia ia tetap satu kerja gila. Tak sayang nyawa namanya. Tak kisah la apa orang lain panggil.
“That’s what Andy, animus of North America clarified.. It teaches us to move using the natural methods that we should have learned from infancy. It teaches us to touch the world and interact with it, instead of being sheltered by it.. cool isn’t it?” Ujar Anas. Dia memandang kearah Shikin yang tunduk memerhati kaki sendiri, mungkin sedang cuba menerima apa yang dikatanya. Gelagat Shikin menarik perhatian Anas. “This is surely fun” Anas berbicara sendiri. Perlahan agar tidak didengar gadis yang asyik dengan dunia sendiri tu.
“Look! This is back flip”
“Mak!” Terjerit Shikin dibuatnya melihat aksi Anas yang tiba- tiba melonjak kebelakang sebelum mendarat betul dihadapan dia yang masih diatas buaian.
“Pardonne- moi..” Ujar Anas, meminta maaf bila dia sekali lagi mengejutkan Shikin. Dia tersenyum memandang wajah Shikin yang semakin kemerahan.
“I don’t know what I did wrong, you seem to avoid me.. but..”
“Whatever.. I.. aa.. dah lewat, I nak naik tidur..” Shikin bangkit berdiri, mengemaskan sedikit blouse dan selendangnya dan sedia mengatur langkah untuk berlalu dari situ.
“Hey Lil Miss Clumsy, Your bag” Ujar Anas buatkan Shikin yang melangkah laju meninggalkan dia disitu serta merta berhenti. Shikin berfikir seketika sebelum berpaling semula menuju kearah Anas yang sedang menayang beg yang ditinggalnya itu.
***
Aku menutup daily planner dan tolak ketepi sebelum memangku dagu ke meja. Sebelah tangan aku pula sibuk bermain dengan pen. Dari malam tadi aku aku asyik memikirkan benda yang sama. Hmm.. Aku memandang kearah Raudah dihadapan yang masih leka menatap lakaran yang separuh siap.
“Raudah, aa.. you ada hobi?”
“Hah? Kenapa Cik Shikin tiba- tiba tanya pasal hobi pula ni?”
“Kan... kenapa tiba- tiba tanya pasal hobi kan. Macam klishe.. tapi tu lah”
“Cik Shikin merepek apa ni? Tapi tak apa lah.. saya jawab juga, dah lama tak dengar orang tanya soalan macam tu.. kali terakhir rasanya masa sekolah. Aaa.. saya suka melukis Cik Shikin.. kira hobi la tu kan” Ujar Raudah walaupun lima puluh peratus perhatiannya masih pada lakaran ditangan.
“Ooo...” Balas aku mengiakan apa yang dikata Raudah. Melukis.. melukis.. aku ada juga melukis.. tapi boleh kira hobi ke? Apa hobi aku ya.. kenapa dari semalam aku tak dapat fikir satu pun. Aku beralih menghadap shiro, laptop aku. Pada kotak carian google dan menaip satu patah perkataan disitu. Hmm.. Hobby.. hobby..an activity or interest that is undertaken for pleasure. Aaa.. aktiviti.. minat ? Aaa.. aku suka apa ya.. SV? Cake! Ish, boleh ke kalau kata makan tu hobi. Ish, pelik pula bunyi tu. Tapi kenapa aku susah- susah fikir pasal benda ni. Isk.. semua sebab mamat tu la yang ungkit semalam. Haish.. kalau boleh aku memang tak nak lah ingat pasal semalam tu. Eee.. nasib baiklah bukannya dia bunuh diri betul, kalau tak mesti hari ni aku tak masuk pejabat.. antara dua.. sama ada aku dekat hospital ataupun dekat balai, bagi keterangan sebagai saksi. Anas Oh Anas.. kenapa dia buat macam tu ya..
“Haih.. I wish we can google how a certain person feels about us” lancar aku bertutur beserta satu keluhan yang menarik perhatian Raudah.
“Apa Cik?” Soal Raudah.
“Nothing.. just a random quote from google” Ujar aku sebelum kembali meletak dagu ke meja. Masih dalam mood untuk berfikir. Aku ni selagi tak dapat satu benda tu.. selagi tu lah aku tak senang. Apa ya hobi aku?
Satu ketukan pada pintu bilik aku buatkan perhatian aku dan Raudah beralih. Kelihatan setiausaha aku muncul memberitahu yang ada tetamu ingin berjumpa dengan aku. Hmm.. macam aku dapat teka sahaja siapa. Ah, tak kisah lah. Raudah bingkas bangun dari kerusi yang diduduknya dan keluar dari bilik tanpa berkata apa. Hai.. minah ni, aku ada cakap yang perbincangan kami dah tamat ke? Isk.. suka hati kau lah Raudah.
“Ah, Hanif.. apa ya hobi you?” Soal aku sebelum sempat Hanif duduk.
“Hah?” Hanif kelihatan sedikit bingung dengan soalan aku.
“Abaikan soalan I tu, you sure have a lot” Ujar aku sebelum beralih menghadap kerja semula.
“Hah?”
***
Hmm… menarik juga ni. Boleh juga dibuat hobi kan. Aku berbicara sendiri sambil sehelai demi sehelai muka surat majalah itu aku selak. Depan aku sahaja ada lagi Sembilan naskah majalah yang sedia aku susun elok. Tak apa.. tenang.. banyak lagi masa. Aku mengemaskan kedudukan aku. Hari ni aku tak perlu berebut dengan sesiapa tempat ni. Anas keluar sebelum aku sampai di sini lagi.. Si Zara tu pula dari tadi tak nampak kelibatnya. Haa.. kan tenang kalau selalu macam ni.
“Welcome to SweetVille Cake House.. May I take you order please”
“Sure.. aaa..” Aku mengangkat sedikit muka untuk memandang pelayan yang datang mengambil pesanan itu. Ayat aku tergantung disitu sebaik memandang wajahnya. Huh? Apa dia buat ni? Kenapa dia ada dekat sini sekarang?
“You?”
*PARKOUR/FREE RUNNING