~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Friday, July 29, 2011

Cake House 32




31st BITE: CHOCOLATE TRUFFLE; SFERA- SFERA PENUH RASA


Satu lagi sahaja.. fuh! Selesai. Sudu kecil.. saiz ¼, ½ .. 1.. dan sudu besar. Cawan penyukat.. ini yang basah dan ini yang kering. Spatula.. whisk.. Baking tins.. untuk kek span, untuk cheesecake.. untuk cupcakes, swiss roll dan loaf. Pastry chopper.. hand blender.. Wah.. tak sangka aku dapat ingat dan kenal semua benda2 ni. Selama ini, apa yang aku tahu.. semuanya sudah siap.. tinggal nak pesan sahaja. Hmm.. Ada juga hasil rupanya mencuci tiap2 hari. Siap menyusun segala jenis barang dapur tadi, aku beralih mencapai sebotol air mineral. Waah.. ini rupanya spring cleaning, hmm.. penat pun penat.. seronok pun ada bila bergotong royong macam ni, masa- masa macam ni aku rasa lebih rapat dengan semua orang. Lihatlah.. sebelum ini aku tidak punya ramai kawan, boleh juga nak dianggap yang Melati itulah satu- satunya kawan aku. Kenapalah sebelum ni aku susah sangat mahu berkawan ya.. kan seronok macam ni, berbual dan ketawa pada benda- benda yang kecil namun sudah cukup untuk membuatkan aku lupa akan masalah buat seketika. Bukan aku tidak gembira sebelum ni.. aku ada semuanya.. aku ada FC, aku ada daddy.. aku ada sahabat baik.. cuma mungkin sekarang aku menjadi semakin tamak, tambah pula setelah aku semakin lama dan semakin dalam mengenali cake house yang berhantu ni. Cake house ni seakan satu pintu rahsia yang menarik aku ke dunia yang berbeza.. membuka mata aku tentang banyak perkara yang sebelum ini aku rasakan tidak penting.

“Shikin, Anas panggil.. dia minta tolong angkat barang” Ujar Zee, antara pembantu dapur yang baru sahaja masuk dari pintu belakang. Ala.. aku baru ingat nak rehat sekejap. Kacau betul lah.

“Dia dekat mana?” Soal aku.

“Pintu pagar masuk belakang” Zee memberi isyarat tangan, menunjuk ke belakang SV

“Okay.. tapi yang you ni siap tukar baju nak kemana? Nak balik juga ke? tadi si Mirul pun dah lari awal..” Soal aku padanya, semua kerja mengemas sudahpun hampir selesai.

“Bahagian I dah selesai.. sekarang I, Forest dengan Kim nak keluar jumpa suplier sekejap, then kita orang ada program sikit..” Jelas Zee sambil menayang barisan giginya.

“Yelah..” Ujar aku lantas memulakan langkah keluar menuju kearah pintu belakang. Dia tunggu dekat luar ke? Aku menolak perlahan pintu kayu yang mana merupakan pintu keluar ke jalan belakang SV. Aku mula mencari kelibat Anas, ingatkan dia betul tunggu di pintu masuk, Aaa.. dekat pick- up truck dia kot. Dari jauh aku mengerling ke bahagian pemandu, tiada. Aku menggerakkan anak mata memandang ke bahagian belakang pula.. Ah, ada pun. Whoaa.. kenapa lah apa sahaja yang dibuat mamat ni nampak cool ya. Posturnya nampak sempurna dimata aku. Ish. Aku diam seketika memerhati Anas yang ralik bertenggek diatas bahagian belakang pick- up truck kesayangannya itu. Bersinar- sinar sekejap mata aku. Aku berundur sedikit bersembunyi supaya dia tidak perasan yang aku disitu. Telefon dari dalam poket aku keluarkan.. ini bukan satu jenayah kan? Kamera telefon aku fokuskan pada Anas. Aaah.. tengok, kan macam lukisan ni. Hahah! gatal kau ni Shikin.



“Ehem, mana barangnya?” Anas mengangkat kepalanya sebaik mendengar teguran aku. Satu senyuman manis terukir dibibirnya. Haih.. baru semalam aku tengok reaksi menggerunkan ditunjukkannya masa dia dengan Hanif. Hari ni bukan main angel.. heh!

“Oh, itu.. tapi tak apalah.. I bawa yang tu, you keluarkan makanan yang di dalam” Ujarnya. Aku memandang pada satu kotak yang dimaksudkannya sebelum beralih membuka pintu bahagian penumpang dan keluarkan dua bekas besar berisi makanan.

“Banyaknya you beli..”

“Cukuplah untuk semua.. lagipun masing- masing penat, mesti sekejap sahaja habis” Anas melompat dari belakang pick- up truck dan mencapai kotak besar berisi barang yang dibelinya.

“Mirul dah balik.. Forest, Kim dengan Zee pula tadi tengah bersiap nak keluar dah..” Ujar Aku sambil mengekor Anas melangkah ke pintu masuk.

“So.. kita, dengan siapa yang tinggal la habiskan”

“Okay..”

Masuk sahaja kedapur, aku segera letakkan semuanya diatas meja. Berat juga pizza ni.. tambah pula dengan botol- botol air ni. Isk.. Anas sebaliknya nampak relaks sahaja bawa kotak tu.. mesti lagi ringan dari makanan- makanan yang aku bawa ni. Cis.. patutlah dia pilih nak bawa tu.

“Shikin, Anas.. kami nak keluar ke farmasi, lepas tu nak singgah rumah si Effa ni sekejap” Ujar Melati yang baru muncul dari pintu dapur.

“A’ah.. ketua dengan Shikin pun jemput la sekali.. ada kenduri sedikit dekat rumah” Tambah Effa.

“Aa.. Anas dengan kak Shikin tak boleh.. meja bahagian depan tu tak susun lagi..yang lain semua pun dah balik” Sampuk Zara pula yang berdiri disebelah.

“Betul tu.. you berdua tolong kemaskan ya, kami keluar dulu” Setuju Melati.

“Kami berdua sahaja kena susun semua meja tu? Eh, banyak tu..” Rungut aku. Mahunya tidak.. meja semuanya disusun ketepi masa mencuci lantai tadi. Grrr.. patah la pinggang aku macam ni.

“Okay, pergilah” Balas Anas bersahaja sebelum berlalu menuju kearah stor dengan kotak tadi yang masih ditangannya. Waah.. senangnya cakap dia ni. Buat seoranglah kalau macam tu. Aku penat tahu tak? hish.

“Habis tu.. makanan ni semua siapa yang nak habiskan pula” Soal aku pada budak bertiga dihadapan aku ini.

“You dengan Anas la.. okaylah Shikin.. kami keluar dulu ya” Jawab Melati mudah. Amboi.. bukannya sikit ni.. Bekalan untuk sepuluh orang.. gila apa nak suruh aku dengan Anas habiskan berdua.

***

Meja terakhir.. Ahh.. sakit pinggang! Cepat sahaja aku melabuh punggung diatas kerusi. Kepala aku tongkat dengan sebelah tangan, memandang kearah Anas yang lebih awal selesai bahagiannya. Tak adil betul.. bahagi dua bahagian.. dia dah la awal tadi pun tak banyak buat kerja, keluar beli baranglah.. apa lah. Sepatutnya dia la yang kena susun lebih. Huh. Itu yang duduk dekat Piano tu apahal pula? Tapi.. mesti cool kan kalau dia main menatang tu..

“You tahu main tu..?” Soal aku pada Anas yang kelihatan seakan sudah lepas ke dunia lain. Duduk diatas kerusi, memandang kosong kearah piano dihadapannya.

“Tak” Balasnya ringkas. Cis.. ingatkan tahu. Berlagak betul duduk dekat situ macam nak main.

“Habis tu, yang you duduk situ macam nak main kenapa?” Soal aku lagi, tak berpuas hati.

“Uh? Saja.. tak nampak cool ke?” Kali ini dia berpaling memandang kearah aku. Huh, perasan.. kalau setakat nak bergaya sahaja dekat situ, baik tak payah..

“Tak langsung..” Balas aku walaupun awal tadi memang itu yang terlintas dalam kepala aku ni.

“Ye ke..? masa sekolah dulu.. I selalu juga lepak dalam bilik muzik, diorang kata I nampak serasi dengan piano.. nampak cool.. girls dalam bilik muzik went crazy setiap kali I duduk dekat piano.. you tak rasa macam tu? urgh.. pelik juga ya” Ujarnya kemudian bangkit ke suatu sudut yang menempatkan cd dan record lagu.

“Perasan.. setakat berlagak tapi tak tahu main nak buat apa. Those girls buta agaknya..” Itu yang terluah dibibir namun dihati lain la pula.. iya lah.. aku mengaku, dia memang nampak cool.. hehe.. tak ada pasal aku nak mengaku secara lisan. Nampak sangat kegatalan aku nanti.

“Buta? Mungkin.. they’re blinded by my physical beauty and relentless charm..” Ujarnya bersahaja.Waah… tinggi diri boleh tahan juga budak ni. Huh, malas nak layan! Aku bangkit dari kerusi dan mencapai sekotak pizza sebelum berlalu kearah coffee bar mencari gelas.

“SID okay kan?” Soal Anas yang sibuk memilih cd.

“Tak kisah..” Kotak pizza aku letak diatas platform yang menempatkan piano tadi.. begitu juga botol air dan dua gelas yang baru aku ambil. Aku membetulkan sila diatas lantai.

“Makan atas lantai?”

“Iya la.. meja- meja ni semua baru je tukar alas. Duduk bawah sudahlah..” Balas aku. Tanpa banyak bicara, Anas turut mengambil tempat disebelah. Semerbak bau pizza Manhattan Meatlovers cukup menggoda. Perut pun tengah lapar.. tambah pula bila dah penat mengemas, mencuci segala ni. Kalau diikutkan kondisi perut aku sekarang memang boleh habis dua kotak pizza yellow cab 18” ni. Urgh.. bila ketamakan mula menguasai diri, itulah jadinya.

“Hey, wifey..” Tiba- tiba Anas bersuara setelah masing- masing diam melayan perut seketika. Aku dapat perasan melalui ekor mata yang dia sedang memandang kearah aku.

“Apa?” Soal aku kurang selesa ditenung begitu. Alaa.. tak tahu lagi ke yang aku ni pemalu orangnya.

“I love you..” Ujarnya perlahan namun jelas sampai ke telinga aku. Uhuh? A.. ap apa dia kata? ehem.. Aku pantas mencapai gelas air.. hampir terlekat aku dibuatnya. Nak mengusik aku pun agak- agak la.. isk.. Otak budak ni ada masalah agaknya.. mesti kesan kes dia dengan Hanif bertumbuk semalam ni.

“What..?” Soal aku selepas seketika. Aku cuba berpura tenang walaupun hakikatnya dalam hati ni agak terkesan dengan kata- kata dia. Alangkah bagusnya kalau betul dia maksudkan apa yang dikatanya. Haih.. tak boleh.. aku tak boleh letak harapan tinggi sangat. Mungkin ada betulnya apa yang Hanif katakan pada aku.. kalau betul pun dia ada perasaan pada aku sekarang. Lama kelamaan dia akan bosan dengan aku juga sebabkan kami berdua terlalu banyak perbezaan, bukan sahaja pada umur.. malah serba serbi aku kurang kalau hendak dibandingkan dengan Intan. Intan jauh lebih baik.. dia lembut.. pandai memasak.. semualah yang aku kurang dia lengkap.

“You hear me..” Balasnya masih merenung kearah aku. Budak ni.. jangan main- mainkan perasaan aku boleh tak. Aku baru ingat nak memotivasikan diri supaya aku tak cair dengan dia. Tapi kalau dia terus renung aku macam ni.. habis la aku. Otot kardiak aku sekarang ni pun dah mula agresif.. aduh, rosaklah jantung aku macam ni. Sudahlah sekarang ni hanya aku dengan dia sahaja yang tinggal di SV ni. Tiba- tiba terasa seram sejuk pula. Isk.. Mel.. Zara.. baliklah cepat..!

“Uh.. aaa.. mana remote music player tu?” Soal aku sambil mencari dicelah- celah plastik makanan atas platform dibelakang.

“Nah” Anas menghulurkan alat kawalan betul dihadapan muka aku. Sebaik beralih tangan, segera aku menaikkan volume lagu yang sedang bermain dengan harapan dapat meredakan suasana yang lain macam sekarang ni. Aku cuba mengikut bait lagu Cosmetic nyanyian Sid itu sekaligus mengalih perhatian aku dari memikirkan yang bukan- bukan.

“I ni siapa?” Soalnya sambil kotak pizza yang berada ditengah antara aku dengan dia dialih. Huh.. mana pula dia nak bawa lari manhattan meatlovers aku tu? Anas merapatkan jarak antara kami Aku dapat rasakan yang bahu kami sedikit bersentuh. Aaah.. kali ni apa pula..?

“Kenapa tanya? Dah amnesia pula?.. apa semalam kepala you ada terhentak ke masa you bergaduh dengan Hanif tu..? huh?” Soal aku diiringi tawa palsu. Kalau ya pun nak buat kuiz, tak boleh ke kasi soalan yang susah sikit.

“You.. Anas la. Siapa lagi? Pelik- pelik la you ni.. itu pun nak tanya” Ujar aku, akhirnya mengalah setelah dia tidak memberi sebarang respon pada setiap patah ayat yang keluar dari mulut aku awal tadi.

“Say it once..” Soalnya.

“Huh?” Aku mengangkat sebelah kening, langsung tidak memahami apa yang cuba disampaikan mamat disebelah aku ini. Sebut apa?

“That.. umm.. I’m your husband” Ujarnya buatkan aku berpaling memandang kearahnya. Pantas dia melarikan pandangannya, menghala kehadapan. Iya lah.. aku akui la fakta yang dia nyatakan awal- awal tadi, aku faham kenapa budak- budak sekolah dia dulu boleh gilakan dia. Alahai.. comel la pula bila dia buat muka macam ni. Tawa aku terluah sebaik melihat reaksi wajahnya yang seakan yakin bercampur tidak pasti dengan apa yang dia minta. Saka ni pun tahu nervous ke? Macam- macamlah dia ni..

“At first.. I thought that you were difficult to read, though even now.. sometimes you could be expressionless but on closer inspection, I realized that you possess an amazing wealth of emotion within you..” Ujar aku setelah tawa aku reda. Anas.. Anas..

“Bukan itu yang I nak dengar la” Balasnya bila aku masih lagi belum menurut kehendaknya.

“Yelah.. Husband. Puas hati?” Aku menolaknya sedikit dengan bahu. Bekas berisi chicken & cheese calzone aku buka dan keluarkan separuh daripadanya. Perut aku masih ada ruang- ruang kosong yang minta diisi. Apa yang seronoknya suruh aku sebut perkataan tu entah la. Jujurnya.. aku pun rasa macam pelik nak sebut, nasib baiklah suasana dalam ni sekarang dipenuhi dengan muzik j- rock yang boleh tahan kuatnya.. jadi tak terasa sangatlah, aku sendiri pun dengar tak dengar apa yang aku sebut. Buatnya tenang dan sunyi macam awal tadi.. huh, jangan harap..

“Sekali lagi”

“Tadi kata sekali. Dah, jom habiskan semua ni, erm.. husband” Aku mencapai separuh lagi chicken cheese calzone tadi dan halakan ke mulut Anas.

“Tsk..” Anas menariknya dari tangan aku, aku lihat wajahnya sedikit berkerut. Aaah.. bibir dia.

“Sorry, sorry.. terlupa” Aku menyentuh sedikit hujung bibirnya yang masih ada kesan luka. Alahai.. itulah, yang dilayannya si Hanif tu kenapa. Hanif pun satu.. berani dia usik muka mannequin aku ni. Isk..

Dalam aku memeriksa lukanya, Anas memandang tepat pada aku. Dia mengarah jari telunjuk pada bibirnya.

“Apa?” Soal aku tidak senang bila dia mula tersenyum nakal. Dia tidak terus menjawab soalan aku sebaliknya memejamkan mata dan memuncungkan bibirnya. Geez.. budak ni la. ‘Pap!’ aku menampar hujung bibirnya dengan tangan yang sama aku sentuh kerana rasa bersalah dan kasihan tadi. Dia segera memekap bibirnya. Tahu pun sakit.. nak bergurau sangat.

Tapi kan.. Kalau diingat semula insiden semalam. Kenapa dia marah sangat pada Hanif ya.. macam mana dia boleh ikut aku sampai situ. Kebetulan atau memang dia ikut aku dari SV? Dia cemburu? Aaah.. tak mungkin kot.. mungkin dia cuma keliru dengan perasaan dia sendiri dan juga hubungan sebenar kami ataupun memang aku ditangkap sebab memonteng. Argh.. serabutlah nak fikir semua tu.

“Sorry.. erm.. you pandang sana sekejap” Arahku dan Anas lurus menurut tanpa banyak soal. Aku menelan air liur, tiba- tiba pula tekak terasa kering. Tanpa berfikir panjang lagi aku melekapkan bibir pada sebelah pipinya sekali lalu. Tidak secara langsung menyentuh pipi dia sebaliknya hanya pada rambut yang menutup bahagian sisi wajah dia. Anas spontan berpaling menghadap aku dengan reaksinya yang jelas terperanjat. Mulutnya terbuka sedikit seperti sedang berkira untuk berkata sesuatu.

“Shut up and makan!” Ujar aku pantas sebelum sempat Anas berkata apa- apa. Aku beralih menghadap kearah yang bertentangan, mencapai semula chicken cheese calzone aku tadi dan sumbat ke mulut. Aku mencapai semula alat kawalan pemain muzik tadi dan menaikkan lagi volume. Uwargh.. apa aku buat ni? Will it turn me into some middle aged pervert woman or something. Yargh.. Panas.. panas.. kenapa panas tiba- tiba ni. Isk.. minta minta tak jelas sangat la muka aku yang memerah sekarang.

***

Anas mengeluarkan chocolate truffle yang telah direhatkan semalaman didalam peti ais. Dia bahagikan kepada tiga bahagian, satu bahagian digolekkan dengan serbuk koko, satu bahagian dengan walnuts yang dihancurkan dan lagi satu bahagian dengan serbuk koko putih dan serbuk strawberry. Sebiji dengan walnuts dimasukkan kedalam mulutnya, sebiji lagi dengan serbuk koko diambilnya sambil berjalan menuju kearah Shikin yang sibuk mengelap tangan.

“Siap?” Soal Anas. Chocolate truffle tadi dihalakan ke mulut Shikin. Shikin mengangguk menjawab soalan Anas. Mulutnya yang penuh dengan chocolate truffle buatkan dia sukar untuk bercakap.

“Okay, sekejap..” Anas melangkah kearah meja yang berhampiran dengan pintu untuk ke ruang dalam SV, mencapai sesuatu dan berpatah semula pada Shikin.

“Sekarang.. you dah tak payah buat kerja mencuci tu lagi” Ujar Anas.

“Apa? You.. ah, I kena pecat ke?” Balas Shikin cemas dengan chocolate truffle yang masih belum habis dimulut. Serta merta wajahnya berubah.

“Tak..”

“Habis tu? haa.. you nak upgrade I jadi waiter pula kan?” Teka Shikin. Wajah yang agak berkerut berubah ceria.

“Waiter? Hahah..” Terluah tawa dibibir Anas. Dia menepuk bahu Shikin dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi menghulur penyembur dan sehelai kain.

“Huh?” Soal Shikin musykil.

“Sudah. Jangan nak berangan.. cermin bahagian dek. Bersih dan bersinar” Balas Anas tanpa perasaan memberi arahan. Tidak berkelip mata Shikin buat seketika, masih cuba memahami apa yang dimaksudkan Anas.

“Sekarang?” Shikin bersuara selepas seketika.

Anas membalas dengan anggukan lantas mengatur langkah menghampiri Melati yang sibuk disatu sudut dan berdiri disebelahnya. Meninggalkan Shikin dengan tugas baru yang diberikannya.

“Ini kenapa pula?” Soal Melati, pelik dengan tingkah Anas. Tersenyum sendiri dengan fikiran seakan di alam lain.

“Nothing” Balas Anas ringkas. Pipi kirinya disentuh, semakin bertambah lebar senyumnya. Tidak langsung mempedulikan Melati yang bingung disebelah.

“Sihat ke tidak ni..? kalau tak berniat nak tolong buat benda ni.. boleh tolong jangan berdiri dekat sini tak? Hish..” Melati meletak spatula yang ditangan, sebelah pinggang dicekak sambil memandang hairan kearah Anas.

***

Haih.. apa la malang nasib aku ni. Rasanya lagi bagus mencuci di dapur dari buat kerja ni, bosanlah! Isk.. apahal pula aku yang kena lap cermin ni.. bukan ke selalu, kerja- kerja ni budak- budak waiter tu yang buat. Apa masalahnya kalau biar aku jadi waiter terus. Muka aku ni memang tahap tukang cuci kot. Huh! Kalaulah daddy tengok aku buat kerja- kerja macam ni, boleh pengsan agaknya dia. Hmm.. tapi apa nak buat kan. Aku yang pilih macam ni.. aku pun menumpang dekat sini. Tengoklah nanti.. suatu hari ada juga pihak yang akan terima kertas kerja aku. Masuk ke picturesque? Hmm.. mungkin aku akan pertimbangkan dalam sepuluh tahun akan datang. Tak pun.. kalau dah susah sangat.. boleh sahaja kalau aku terus jadi tukang cuci dekat sini.. setiap masa dalam cake house ni.. setiap masa aku dikeliling bau- bau kek dan pastry yang segar keluar oven. Sangat menenangkan. Tengoklah.. kerja aku pun bagus apa.. berkilat cermin ni aku kerjakan. Aku menyembur pembersih pada cermin dan menyambung semula mengelap.

Intan.. aku memandang kearah Intan yang baru masuk kedalam SV. Sudah hampir masuk waktu shift dia. Ah. Ya .. aku pun ada sesuatu yang nak dicakap dengan dia. Kelam kabut aku menghabiskan mana bahagian yang masih tertinggal belum dicuci sebelum aku mengikut Intan yang melangkah kearah bilik persalinan.

“Err.. Intan..” Aku cuba beranikan diri menegur Intan namun tiada sebarang respon yang diberi. Intan sibuk mengemas locker miliknya.

“Lama kan kita tak berbual..” Tambah aku lagi berbasa- basi padahal aku sedia tahu yang Intan tak mungkin berniat untuk bercakap dengan aku setelah apa yang aku buat pada dia.

“Intan..”

“I tak ada apa nak cakap dengan you.. cuba lagi untuk bercakap dengan I selepas you dengan Anas berpisah” Tegasnya tanpa langsung memandang kearah aku.

“Tak Intan.. I ada sesuatu yang nak beritahu” Aku merapatkan jarak dengan Intan.

“Apa lagi..? you ni merimaskanlah!” Balas Intan, menatap tajam kearah aku. Ah.. patut ke aku cakap ni pada dia ya. Sudah beberapa hari aku fikirkan hal ni dan aku rasa.. ini sememangnya apa yang aku mahukan. Aku membalas pandangan Intan. Go Shikin.. yakin pada diri sendiri.

“I minta maaf.. I tahu I dah sakitkan hati you.. I minta maaf, tapi.. I tak rasa I dapat buat seperti apa yang you nak. I... tak akan berpisah dengan dengan Anas melainkan Anas sendiri yang..”

‘Pap!’

Kata- kata aku terhenti, pipi aku terasa berbahang. Aku lihat Intan menggenggam tangannya yang baru sahaja seketika tadi singgah di pipi aku. Kejap dan ada sedikit ketar menahan geram. Aku dapat rasakan kemarahan Intan dan walaupun aku boleh faham kenapa dia buat macam ni.. aku masih terkejut.

Monday, July 18, 2011

Cake House 31




30th BITE: LOVE IS LUNCH!


Satu peringkat sudahpun selesai dan seperti yang sudah aku jangka SV dengan mudah dapat ke peringkat seterusnya. Ala.. apa la sangat kalau setakat peringkat saringan tu kan. Siap mengenakan uniform, aku terus melangkah keluar dari bilik. Sekarang jam menunjukkan hampir empat setengah, shift aku akan bermula lebih kurang setengah jam dari sekarang. Sedar tidak sedar, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan rutin baru ni. Bangun awal.. terus ke dapur SV mengemas dan mencuci apa yang patut. Disebabkan cake house ini beroperasi dua puluh empat jam, maka kerja pun sentiasalah ada.. tambah pula pagi- pagi macam ni.. Melati dan team dia akan menyediakan segala jenis roti.. kek dan pencuci mulut untuk satu hari.. lepas tu memang kerja aku pula la mencuci.

Disebabkan masih ada lagi masa sebelum waktu aku masuk kerja, aku tidak terus ke dapur sebaliknya aku turun ke laman. Waah..segarnya angin pagi.. Ini antara salah satu perkara yang jarang- jarang aku dapat rasakan dulu. Biasanya setiap pagi, bangun .. terus sahaja ke pejabat. Mana ada masa pun nak layan- layan alam macam ni. Hmm..

“Tengok apa?” Zara menghampiri aku dan turut mencangkung disebelah. Dia mengajuk gaya aku yang memandang kearah langit. Haih.. suka hati kau lah Zara. Tidak banyak yang boleh dipandang pun.. matahari pun belum naik lagi.

“Renung masa depan..” Balas aku bersahaja.

“Waah.. boleh tahan..” Ujarnya.

“Apa yang boleh tahannya?”

“Yelah.. boleh tahan gelap juga masa depan Kak Shikin ya..” Ujar Zara. Huh? Aku memandang kearahnya dan langit berselang seli. Amboi.. sempat juga nak mengata aku tu. Aku ni memang dah terkena sumpahan agaknya dengan adik beradik ni. Semua sama.. semua suka mengenakan aku. Elok dah ni aku belum sarapan.. aku makan juga budak ni nanti.

“Banyaklah! Dah jom masuk.. kerja” Aku menepuk bahu Zara, geram.

“Shift Zara lambat lagi.. sorry.. Zara nak masuk tidur balik..” Zara bangkit, melambai tangan kearah aku dan terus berlalu. Cis, berlagak pula budak ni.

Baru sahaja aku berkira hendak masuk ke dalam, aku ternampak kelibat Intan yang sedang berjalan kearah pintu masuk SV. Hah? Intan… ingatkan dia memang tak mahu langsung jejak kaki disini.

‘Berpisah!’ tiba- tiba aku teringat kembali kata- kata Intan hari tu. Berpisah? Betul ke dengan cara tu sahaja baru dia dapat maafkan aku.. tapi aku.. aku tak pernah fikir pun tentang tu walaupun perkahwinan kami asalnya cuma satu lakonan.. kami pun tak pernah sekali berbincang tentang hal ni. Sepatutnya bukan kami kena jelaskan hal- hal macam ni sebelum buat keputusan untuk berkahwin dulu ke? Itulah.. semua berlaku dengan cepat sangat masa tu. Anas sendiri pun mudah sahaja setuju tanpa syarat. Gila.. aku gila.. dia gila.. semualah gila. Haih.. kan bila jadi macam ni.. semuanya susah. Aku sendiri pun tak tahu apa nak buat sekarang ni.

***

“Okay tak?” Soal Intan pada Anas, sebaik dia memulakan suapan pertama. Anas menganggukkan kepalanya. Puas hati dengan respon Anas, barulah Intan beralih tumpuan pada pinggan berisi Tortilla wraps miliknya. Kali ini merupakan giliran Intan sebagai pekerja yang bertanggungjawab menyediakan makan tengah hari untuk pekerja.

“Zara masuk kerja” Ujar Zara, mengangkat pinggannya dan meninggalkan Intan dan Anas berdua dimeja itu.

“Pusingan pertama minggu depan kan?” Soal Intan memulakan bicara. Sekali lagi Anas menganggukkan kepalanya.

“Hmm.. boleh tak kalau I nak join sekali untuk pertandingan tu?” Soal Intan lagi.

“Tentang tu, you kena cakap dengan Zara la.. Anas masuk ni pun sebab si Zara tu yang paksa, tapi rasanya okay kot..” Kali ini Anas membalas soalan Intan dengan kata- kata.

Anas meletak semula tortilla wraps miliknya kedalam pinggan. Dia beralih menarik gelas berisi air suam. Serentak itu matanya tertarik pada satu babak yang sedang berlangsung di kawasan letak kereta.

“Oh, okay.. hmm.. Anas, lepas ni you free tak?” Intan berkira untuk ke suatu tempat dengan Anas.

Mata Anas masih lagi tertumpu pada luar dinding cermin. Gelagat Shikin dan Hanif seakan sedang berbicara sesuatu yang serius benar- benar buatkan dia rasa terganggu. Tambah pula dia tidak dapat mendengar apa yang mereka bualkan.

“Anas, you free tak lepas ni?” Soal Intan sekali lagi, melihat Anas masih belum menjawab.

Habis satu gelas air suam diteguknya. Tortilla di dalam pinggannya terus dilupakannya. Apalagi suara Intan, langsung tidak mencecah telinganya. Matanya menatap tajam kearah Hanif dan Shikin. Gelas ditangannya diletak kasar keatas meja tiba- tiba, sebelum terus berdiri. Intan turut tertarik untuk memandang keluar. Wajahnya serta- merta berubah setelah mengetahui hakikat apa yang mengganggu lelaki dihadapannya ini. Shikin dan Hanif..

“I’ve got to go” Anas segera berlalu dari situ setelah melihat Shikin melangkah masuk ke dalam kereta Hanif.

***

“Hmm.. apa yang penting sangat ni? Kalau nak cakap.. cakap cepat sikit ya, I tengah kerja ni” Apahal la pula mamat ni datang cari aku sampai sini.

“I called tadi kenapa you tak angkat?” Soal Hanif, serius. Ha.. dia dah mula dah.. Suka hati aku la nak angkat atau tak.

“I tengah kerja sekarang, phone I dalam locker..” Aku memberi alasan. Huh, kalau aku tak kerja pun, memang aku tak akan jawablah panggilan kau tu. Buat macam tak biasa pula.. kan selalu pun aku jarang jawab kalau dia telefon.

“Huh, iyalah. Itu la.. siapa suruh kerja tempat macam ni. Tengok sahajalah pakaian you sekarang ni. Baik tak payah belajar tinggi- tinggi kalau setakat nak bekerja macam ni. You tahu kan.. yang kerja- kerja macam ni bukan taraf you..” Ujar Hanif. Inilah yang aku malas dengan Hanif ni.. Isk..

“Kalau you tak ada hal penting nak cakap, I nak masuk sambung kerja balik” Balas aku. Bukan boleh dilayan sangat dia ni. Malas aku nak bertekak, buang masa kalau berbahas dengan si Hanif ni, tak mendatangkan faedah pun.

“Hah, you tengok apa pula tu? jangan buang masa I boleh tak?” Baru aku berkira hendak berpaling kearah fokus pandangannya yang menghadap kearah SV namun segera ditahan Hanif.

“Ah, tak ada apa- apa.. you ikut I sekejap.. sekejap sahaja..please”

“I tengah kerja la sekarang.. nak ikut you pergi mana pula? Sudahlah, kalau you tak nak cakap, I masuk” Ish, senang hati sahaja nak suruh aku ikut dia.

“Jangan la macam tu Shikin, sekejap je. I janji.. dan lepas tu I tak akan kacau you” Ujar Hanif bersungguh.

“Betul?” Soalku, inginkan kepastian. Boleh percaya ke mamat ni? Tapi.. kalau selagi aku tak ikut dia, memang dia ni tak akan putus asa. Mamat liat tahap tinggi dia ni.

“Okay, kalau macam tu, you tunggu sekejap.. I nak pergi bagitahu ketua” Aku mengalah. Baik dia pegang janji dia.. kata sekejap.. kalau lama, aku uli buat doh, masukkan dalam oven. Puas hati!

“Ala.. Mel kan kawan you, takkan dia nak berkira, jom lah naik” Hanif segera membuka pintu kereta untuk aku.

“Ketua I Anas.. bukan Mel”

“Huh? Ah, sekejap je.. naiklah.. you tak kena buang punya” Hanif menolak perlahan aku supaya masuk kedalam. Ish, aku boleh masuk sendiri lah. Bagaimanapun aku tetap mengalah dan mengikut, nasib baik jugalah kerja aku dan siap tadi, buatnya masih bertambun utensils tak bercuci.. mati aku. Kali ni.. aku ikut cakap kau Hanif.. kalau memang tak ada hal penting, siap!

“Hah, apa yang penting sangatnya?” Soal aku sebaik kereta mula bergerak keluar dari kawasan letak kereta. Huh, jarang betul aku dapat naik kereta dia ni.. waktu berkawan dahulu pun asyik naik kereta aku. Ada pun lesen mamat ni rupanya.

“Hentikan semua ni, I tak nampak mana baiknya you buat macam ni” Balas Hanif.

‘Haih..’ Aku mengeluh malas. Aku dah agak.. memang tak ada hal penting pun. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Rimas sebenarnya nak melayan mamat ni.

“Come to your senses, Shikin. Berpisah sahaja dengan budak tu” Tambah Hanif lagi.

“Kenapa pula I kena ikut cakap you?” Soal aku.

“I tahu. You bukannya sukakan budak tu.. you baru je kenal dengan dia dah berani nak kahwin..” Eleh.. kata orang. Macamlah aku dengan dia kenal lama sangat. Aku membebel didalam hati.

“You buat ni sebab you marahkan daddy kan? Come on lah Shikin.. Bukan daddy suruh you terjun bangunan pun, dia nak kasi you bangunan lagi ada la.. you gila ke tak mahu Picturesque? you tahu tak berapa purata untuk satu jam duit yang masuk ke Picturesque?” Hanif masih meneruskan bebelannya.

“Memang I gila pun, yang you sibuk nak bercakap dengan orang gila ni kenapa? Apa salahnya I kahwin dengan Anas walaupun tak ada la lama mana kami kenal, sekurang- kurangnya, lagi lama dari masa I buat keputusan untuk bertunang dengan you dulu.. kita baru kenal dua bulan kan masa tu? huh.. masa tu gila I lagi kronik agaknya” Balas aku. Suka- suka hati nak menyibuk hal aku. Dia siapa? Kalau daddy yang cakap macam ni, boleh terima akal juga la..

“Apa yang you pandang sangat dengan budak tu? Shikin.. you tak boleh la selalu sangat nak bermimpi.. tak perlu nak kata beza taraf, tapi tengok sahajalah beza umur. Kalau betul pun you kahwin atas dasar suka sama suka.. I yakin you tak akan bertahan lama.. dia muda lagi okay.. esok- esok dia akan bosan dengan you juga.. masa tu jangan nak kata I tak nasihatkan you..” Luah Hanif. Tajam bunyinya. Hal tu tak payah la nak bagitahu.. aku sendiri pun sedia tahu hakikat yang kami ni banyak bezanya. Tak payah nak tekan sangat pasal umur. Macam la dia tu muda. Nak mengata aku.. Huh.

“Eh.. macam la I hairan sangat dengan nasihat you. Jangan nak perasan ya. Kalau betul pun dia dah bosan atau dia buang I sekalipun, tak adanya I nak balik dengan you! Huh. Mulut busuk!” luah aku geram. Suka- suka hati sahaja kalau nak bercakap tu.

“Huh? mana ada.. tak ada bau pun ya” Ujar Hanif. Aku menggeleng kepala melihat tingkahnya yang sibuk memeriksa nafasnya. Kalau dah hati perut tu busuk.. mulut pun samalah.

‘Skreet..!’

Tanpa dapat dikawal aku terdorong kehadapan sedikit. Kereta diberhentikan Hanif secara mengejut ditepi jalan. Tangan aku secara automatic memegang kejap tali pinggang keledar. Gila apa mamat ni berhenti macam ni. Aku memandang kearah Hanif, dia sibuk meraba dahinya yang mungkin terhantuk sedikit pada stereng.

“You ni memang tak reti bawa kereta ke apa?” Soal aku yang masih dalam keadaan terkejut. Kalau nak mati pun.. matilah seorang. Sumpah, lepas ni aku tak mahu naik kereta dengan mamat ni dah.

“Bukan salah I la..kereta depan tu”

“Huh? ka..” Ayat aku terberhenti disitu sebaik aku sekali lagi dikejutkan dengan bunyi tingkap disebelah aku yang diketuk agak kasar.

“A.. Anas?” Hah? Macam mana pula mamat ni boleh lepas sampai sini. Dia tangkap aku ponteng kerja ke? Aaa.. habislah aku macam ni. Nak keluar ke tak ni? Aku memandang kearahnya yang memberi isyarat supaya aku keluar. Ah, leceh la.. semua salah si Hanif ni la. Aku mengarah supaya Hanif membuka kunci pintu. Belum pun sempat aku menarik pemengang, Anas lebih pantas membuka dari luar dan menarik aku. Kemas pegangannya. Terkejut dengan kereta yang berhenti mengejut tadi pun tak habis lagi, ini datang pula satu kes lain. Ish.

“Hey, wait a second! You nak bawa Shikin kemana?” Hanif memotong dan menahan langkah Anas. Tangannya diletak pada sebelah bahu Anas. Masing- masing berlawan pandang. Tanpa berkata sepatah, Anas menolak kasar Hanif ketepi dan meneruskan langkah kearah kereta yang diberhentikan betul dihadapan kereta Hanif. Ah, bahaya betul la si Anas ni. Ada ke main potong kereta orang macam tu. Kalau terbabas aku tadi macam mana? Hish.

“I kata tunggu!” Kali ini Hanif menutup kasar pintu kereta yang Anas buka untuk aku. Anas melepaskan genggaman tangannya pada aku dan beralih menjerut kolar baju Hanif. Aku menggaru kepala.. runsing dengan situasi dihadapan mata aku ni.

“Suka hati I lah.. you ada masalah ke kalau I nak bawa isteri I kemana pun” Wajah Anas kelihatan semakin serius. Pegangannya pada kolar baju Hanif semakin dikejapkan. Anas dihadapan aku sekarang ni, nampak seperti Anas yang lain.. Kecut juga perut aku ni sebenarnya tengok dia macam ni.

“Isteri..?” Soal Hanif dengan senyuman mengejek. Ah… cari pasal betul la si Hanif ni.

“Sudahlah, jom ki..” Belum sempat aku menghabiskan kata. Satu penumbuk sampai kewajah Hanif buatkan aku terdiam.

“Anas!” Jerit aku setelah terpaku seketika, namun tidak langsung dipedulikan. Hanif yang terundur beberapa tapak kebelakang.. mara semula dan kali ini giliran dia pula mencekak leher baju Anas. Dari pandangan mata Anas, tidak ada tanda yang dia mahu mengalah.

Apa aku nak buat sekarang ni? Dua ekor mamat ni macam tak berniat langsung nak mendengar cakap aku, agaknya kehadiran aku dekat sini pun dah dilupakan mereka. Ah! Pedulikan.. kalau kau orang nak bergaduh sangat.. nak samseng sangat.. silakanlah, aku tak mahu campur. Aku sayang nyawa aku lagi. Buatlah apa yang kau orang suka, tak ada masa aku nak layan. Banyak lagi kerja aku.. banyak lagi masalah aku. Huh. Aku melangkah kearah tempat memandu pick-up truck merah milik Anas itu. Enjin aku hidupkan semula dan memandu pergi dari situ.

***

Sampai sahaja aku di SV tadi, Melati tergesa- gesa mengajak aku keluar. Katanya, dia baru sahaja menerima panggilan dari balai polis, mengatakan Anas ditahan. Haih.. itu tak ada sebab lain lah.. Aku berdiri dibelakang Melati, melangkah masuk ke dalam balai polis. Dari jauh, kelihatan Anas dan Hanif yang sedang menanti di satu sudut bersama beberapa orang polis. Selama aku hidup, inilah kali pertama aku masuk kedalam balai polis. Aaa.. macam ni rupanya dalam ni..

“Maaf encik, saya ni kakak dia, saya datang nak bawa dia balik.. boleh kan?” Ujar Melati pada salah seorang pegawai disitu.

“Hmm.. boleh, tapi kalau kedua- dua pihak setuju untuk selesai cara baik, kita pun tak berniat nak tahan sebab pergaduhan kecil macam ni” Balas pegawai itu. Aku sempat mengerling kearah Anas dan Hanif. Masing- masing duduk bersebelahan tapi seorang memandang kearah lain, seorang pula tertunduk. Agaknya, kalau bukan dibalai, mesti tak habis lagi kes dua orang ni. Wajah Hanif hanya sedikit lebam manakala Anas pula ada luka kecil dihujung bibir. Haish.. tak ada masalah.. cari masalah.

“Minta maaf!” Melati menampar bahu Anas, memaksa dia meminta maaf pada Hanif.

“I tak ada buat salah” Balas Anas tidak mahu beralah.

‘Pap!’ satu lagi tamparan hinggap pada bahu Anas. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Aku yang masih berdiri dibelakang Melati, tertunduk sedikit menyembunyi senyum. Hah.. rasakan. Padan muka!

“Aa.. Hanif.. I tak tahu apa sebabnya tapi I minta maaf ya kalau adik I ni kurang ajar dengan you, dia ni bukannya matang sangat.. maaf ya” Ujar Melati lembut pada Hanif.

“Mel!” Bangkang Anas, kurang senang dengan apa yang keluar dari mulut Melati.

“Shut up! Kalau you tak mahu minta maaf.. tidur sahaja dekat sini malam ni, tak ada maknanya I nak jamin you bagai..” Melati menolak bahu Anas supaya menghadap kearah Hanif.

“Merde! Fine. I’m sorry. Merde embulente” Balas Anas yang mana aku faham cuma fine dan I’m sorry sahaja.

“Don’t use that kind of words..honey” Ujar Melati perlahan sementara tangannya mencuri cubit lengan Anas. Pada masa yang sama, bibirnya meluahkan senyum pada Hanif dan pegawai disitu. Yargh.. seram la minah ni. Aku beralih pula memandang Anas kelihatan menahan pedih lengannya yang menjadi mangsa. Haih.. bukan aku tak kesian, tambah pula tengok darah yang kering dihujung bibirnya, tapi.. dia sendiri yang pilih macam tu. Bukan aku tak cuba tahan. Ah.. macam mana la nak makan tu ya, mesti pedih bila dah luka macam tu.

“Okay.. I pun tak ada banyak masa.. kita selesai. So, boleh saya balik sekarang encik?” Soal Hanif, yang akhirnya membuka mulut. Mamat ni pun boleh tahan keras hati, buatnya Anas tak mahu minta maaf langsung tadi.. entah sampai ke mahkamah pula dibawanya nanti.

***

“Nah.. ini senarai kerja ikut kumpulan untuk spring cleaning day esok” Melati mengedar sekeping jadual untuk setiap orang.

“Spring Cleaning?” Aku memerhati jadual ditangan.

“Yup, spring cleaning day.. SV tutup sepenuhnya satu kali sebulan untuk spring cleaning, tapi tutup untuk pelanggan.. pekerja kena datang la, kita akan mencuci dan membersih cake house ni top to bottom. Bukannya bermaksud spring cleaning persediaan untuk masuk musim sejuk tu.. faham?” Balas Zara.

“Ooo...”

Monday, July 11, 2011

Cake House 30




29th BITE: MADU DAN LEMON UNTUK SECAWAN TEH HANGAT


‘Satu saat.. Dua saat.. tiga saat tersusun membentuk minit. Yang sedikit berkembang, yang berputar terulang. Tapi kita tidak tahu peratus persamaannya. Jadi bila langit curahkan air matanya.. depakan tangan, dalam sepuluh tahun akan datang, kita tidak tahu sama ada kita masih dapat rasakan angin yang sama’

***

“You.. hey, you okay ke ni?” Soal Anas melihat Shikin dari tadi tertunduk senyap memandang lantai. Anas menundukkan sedikit wajahnya supaya dapat melihat wajah Shikin dengan lebih jelas. Bahu Shikin disentuhnya.

“Kenapa ni?” Soal Anas lagi. Hatinya bagai disentap melihat ada titis air mata mengalir di pipi Shikin. Soalannya tidak dijawab Shikin, sebaliknya tangan Anas ditolak dari bahunya. Anas semakin buntu, dia tiada idea dengan apa yang sedang berlaku. Ini kali pertama dia lihat Shikin menangis.

“Hey, Shikin.. kenapa ni?” Anas mula sedikit cemas melihat Shikin begitu. Dia menyentuh kembali bahu Shikin, kali ini dengan kedua belah tangannya. Dia mengarah tubuh Shikin lebih kearahnya. Sekali lagi Shikin cuba menolak tangannya namun kali ini tidak dibenarkan Anas. Dia menarik Shikin kedalam pelukannya. Dia tidak tahu apa yang sedang bersarang dalam kepala Shikin.. apa yang membuatkan Shikin menangis begitu, tapi entah kenapa hatinya terasa sakit melihat Shikin yang begitu. Anas cuba mengemaskan rangkulannya namun dia ditolak kasar oleh Shikin. Dia mengerutkan dahinya sedikit apabila tapak tangannya tertusuk kaca gelas yang masih di lantai sedang dia cuba mengimbangkan tubuhnya. Tangisan Shikin tiada tanda reda sebaliknya semakin galak air matanya mencurah. Dia menarik semula tubuh Shikin, kemas pautannya kali ini walau Shikin cuba meronta minta dilepaskan. Esakannya yang semakin menjadi buatkan Anas makin tidak mahu lepaskan.

“It’s okay to cry sometimes, you know..” Ujar Anas setelah Shikin akhirnya mengalah, menyembamkan wajahnya pada bahu Anas. Sebelah tangan Anas mengusap perlahan kepala Shikin.

“It’s okay.. it’s okay..” Tambah Anas lagi, sebolehnya ingin menenangkan Shikin. Agak lama mereka dalam posisi itu.

“My heart just hurts..” Ujar Shikin berselang esakannya.

***

Aku menahan kepala pada hujung meja, merenung kearah lantai. Entah tisu yang keberapa sudah aku capai dan lekapkan pada hidung. Aduh.. malunya aku menangis macam tu depan dia. Tak.. semua ni salah dia.. siapa suruh dia muncul tadi. Isk.. tak pandai pilih masa betul la mamat ni. Aku membetulkan sila aku diatas kerusi. Kepala aku terasa sedikit berat, mungkin kerana menangis agak lama tadi. Tapi.. bukan aku sahaja- sahaja nak menangis. Dada aku ni.. rasa sempit sangat.. sakit, dan bila aku sudah mula menangis.. aku sendiri tak tahu kenapa susah sangat nak berhenti.

“Are you feeling any better?” Aku kembali mendengar suara Anas yang tadi hilang ke dapur semula setelah mengarah aku duduk di meja ni.

“Hmm..” Jawab aku tanpa mahu mengangkat kepala. Urgh.. seganlah. Mamat ni pun satu.. bila entah dia nak pergi.. bukankah waktu macam ni biasanya dia dibawah, tambah pula dengan tarikh pertandingan yang semakin hampir ni.

“Nah.. minum ni” Ujarnya seiring dengan bunyi detak cawan pada meja. Aku mengangkat perlahan wajah dan memandang pada cawan yang kemudiannya dileret betul dihadapan aku, namun ada sesuatu yang lain menarik perhatian aku. Bukan cawan itu.. tapi..

“Ta.. tangan you, tangan you” Ujarku cemas. Mata aku yang asalnya masih kabur dengan sisa air mata tidak berkelip memandang kearah tangannya yang menghulur cawan.

“Huh? Oh, ni.. sikit sahaja. Dah kering pun.. sekejap lagi I cuci la” Dia pantas menarik semula tangannya. Darah.. kenapa tangan dia berdarah macam tu sekali?

“Sini..” Aku menarik tangannya memeriksa. Ah.. luka ni.. disebabkan kaca gelas yang pecah tadi ? Masa bila .. Urgh.. tadi tu..

“I okay.. you tu, minum ni dulu.. Ini honey tea.. try it, it’ll calm you down a bit” Anas menolak cawan, mengisyaratkan supaya aku minum segera sebelum dia beredar ke biliknya.

“Honey tea..?” Aku menarik cawan berisi honey tea yang masih suam dan halakan ke bibir. Rasa yang masih sama... Hangat dan menenangkan. Dahulu.. inilah apa yang disediakan mummy setiap kali aku demam atau selesema, tak sangka aku akan rasa lagi rasa ni. Aah.. selesanya.. Aku mengesat air mata yang tanpa diarah kembali menitis sebelum bangkit dari kerusi. Satu nafas berat aku hela seakan boleh melepaskan segala yang menyesak di dada. Sudahlah Shikin.. jangan nak sensitif sangat, tengok.. tak pasal budak yang tak bersalah tu yang jadi mangsa. Langkah kemudian aku atur kearah pintu bilik si Anas itu.

“Anas, keluar sekejap.. let me see your hand”

***

“Ya.. adik ni cari siapa?” Soal Ja, dari jauh tadi dia perasan yang seorang pemuda ni asyik berdiri dihadapan pintu pagar rumah ni. Tengok gaya.. tak ada la macam rupa perompak, tapi bukan boleh nak diagak kan..

“Ini rumahnya presiden Picturesque kan..?” Anas menyoal semula.

“Ya.. ini rumah Tan Sri.. adik ni..?”

“I menantu dia, Anas”

“Hah? Sekejap!”

Ja yang baru pulang dari kedai itu, terus masuk ke dalam dan menutup rapat pintu pagar. Biarkan Anas terpinga disitu. Anas mengaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil menyandarkan tubuhnya tembok. Beberapa minit kemudian barulah pintu pagar dibuka semula dan dia dijemput masuk.

“Ini Anas ya.. jemputlah duduk, kenapa tak datang dengan Shikin sekali?” Julia tersenyum mempelawa Anas duduk. Daddy yang sedang membaca diruang tamu itu meletak semula bukunya disebelah.

“Ada apa hal datang sini?” Soal daddy dingin sebelum sempat Anas menjawab soalan Julia.

“Hmm.. tak ada apa- apa.. it just that I think I should greet you properly as menantu daddy..” Ujar Anas dengan senyuman. Kotak berisi kek yang dibawanya dari tadi dihulur pada Julia. Daddy berdehem sebaik mendengar Anas membahasakannya daddy. Gaya dan penampilan Anas diperiksanya dari atas ke bawah. Segalanya nampak tidak kena padanya.

“Tak perlu..” Balas daddy ringkas. Nyata dia kurang senang dengan kehadiran Anas.

“Daddy sihat ..?” Soal Anas. Dia menolak sedikit rambutnya yang hampir menutup mata itu dan kemaskan dengan pin bila melihat daddy yang asyik memandang kearah rambutnya. Mungkin pada daddy, penampilan Anas itu sedikit mengganggu namun respon Anas, mengenakan pin berwarna itu, lagi menambah kerut diwajah daddy.

“Kalau tak ada apa hal penting, baliklah” Ujar daddy membuahkan senyum dibibir Anas. Betul lah tindakan Shikin berkahwin dengannya kalau semata- mata untuk menggoyahkan daddy. Rasanya bahagian itu, Shikin sudah menang. Daddy kelihatan begitu tidak senang dengan Anas.

“Saya memang nak balik.. tapi sebelum tu, saya ada sesuatu yang nak cakap dengan daddy tentang Shikin..” Ujar Anas. Daddy memandang tepat kearah Anas, menanti apa yang bakal dikatanya.

“Saya faham.. daddy buat semua ni semata- mata kerana daddy sayang pada Shikin, untuk kebaikan dia. Saya faham, cuma saya nak minta supaya daddy beri dia lebih masa dan jangan terlalu tekan dia.. saya rasa kalau daddy begitu.. mungkin dia sendiri akan rela hati setuju dengan daddy..” Ujar Anas, masih dengan senyuman. Daddy terus bangkit dari kerusi. Dia rasa cukup terganggu dengan cara Anas, tambah pula dengan senyuman yang dikira seakan mengejek walau itu bukannya niat sebenar Anas.

“Shikin is my daughter.. I don’t need you to tell me.. apa yang perlu atau tak perlu untuk I buat dengan anak I ” Daddy berpaling kearah lain dengan niat untuk pergi dari situ namun langkahnya terhenti sebaik mendengar apa yang dikata Anas.

“Shikin is my wife.. Maaf kalau apa yang saya cakap itu buatkan daddy tidak senang, but.. I just can’t stop thinking about her being hurt”

***

Aku melangkah masuk kedalam bilik yang mana digunakan sebagai kelas pada hujung minggu, bilik yang sama ini juga digunakan sebagai bilik persediaan untuk majlis- majlis istimewa. Aku baru sahaja selesai rutin aku di dapur.. ada lagi beberapa minit sebelum shift aku tamat. Kelihatan Zara dan dua orang lagi pekerja sedang teliti memerhati kerja Anas. Aku mengambil tempat di satu sudut berhampiran, sekadar menjadi pemerhati.. tidak mahu mengganggu. Apalah agaknya menu untuk pertandingan esok ya.

“Forest, you sambung..” Ujar Anas pada salah seorang mereka dan melangkah berdiri disebelah aku. La.. apahal pula ni. Aku baru nak feel tengok dia selesaikan persembahan pada pencuci mulut yang disediakan mereka tu.

“Dah habis shift?” Soal Anas. Aku memandang kearah tangannya yang masih berbalut. Pertandingannya, esok.. tapi disebabkan aku, tangan dia luka macam tu.

“Hmm.. tangan tu.. aa.. boleh ke?” Soal aku terasa bersalah.

“Huh? ini..? tak ada apa lah.. masih boleh diguna. Don’t worry. Cepat pula baiknya.. tapi kan.. macam sayang pula nak buka balutan ni” Ujarnya sambil membelek tangan sendiri.

“Kenapa pula?”

“Sebab you yang balutkan” Balasnya berserta senyuman.

“Jangan nak mengada!” Mengadalah budak ni. Aku sekeh juga nanti.

“You still tak mahu cerita dengan I sebab apa you menangis hari tu?” Soalnya. Aduh la.. boleh dia ungkit benda yang kalau boleh aku tak mahu ingat sampai bila- bila tu. Wajah aku mula terasa panas. Terasa malu nak mengingati peristiwa hari tu. Tsk..

“Jangan ungkit boleh tak.. Eh, you tak ada cuba telefon Intan ke? dah lama juga dia tak masuk SV” Soal aku ingin tahu. Kalau aku yang telefon mustahil la Intan mahu angkat kan..

Anas mengangkat kedua belah bahunya. “ Why don’t you ask Mel bout that.. bab kebajikan pekerja ni bukan hal I.. Forest, that’s too much syrup” Sempat lagi dia menegur Forest sementara bercakap dengan aku.

“Dia kan kawan you..”

“You tanya tadi atas sebab dia lama tak masuk kerja bukan sama ada I lama tak jumpa dia or something..” Balasnya. Maksud dia.. dia ada jumpa Intan dalam tempoh masa ni ke? Bila? Kenapa aku tak tahu..? isk.. tapi, kalau difikir semula.. kenapa pula dia nak bagitahu aku kan..

“Jadi, you ada jumpa dia ke?” Soal aku menyibuk.

“Tak..” Balasnya ringkas.

“Err.. you tak kisah langsung ke?” Soal aku lagi.

“Kan baru seminggu lebih.. apa nak dihairan sangat? Dulu lima tahun apa, kami lost contact. Yang you ni sibuk sangat tanya hal orang ni kenapa? Tak cukup lagi dengan masalah sendiri ?” Bidas Anas. Waah.. tajam smash. Main kasar nampak budak ni.. perli- perli aku pula.

“Tak la.. Intan kan.. I mean.. she likes you.. you tahu tu kan?”

“She does? Oh.. I pun suka dia.. apa masalahnya?” Balas Anas bersahaja. Spontan aku berpaling memandang kearahnya. Dia masih tenang memerhati kerja- kerja Zara dan kumpulannya dihadapan. Kenapa yang aku nak terasa lebih- lebih ni.

“Shikin, sekejap” Aku mengalih pandang pada suara yang memanggil nama aku. Melati kelihatan berdiri di muka pintu sambil melambai tangan pada aku. Sekali lagi aku mengerling kearah Anas disebelah sebelum mengatur langkah kearah Melati. Anas suka Intan.. bukankah itu satu fakta yang sepatutnya aku faham dari awal.. jadi kenapa aku perlu rasa macam ni bila dengar sendiri dari mulut dia?

***

Mana pula bilik persediaan ni? Budak- budak ni kan.. memang sengaja nak menyusahkan aku. Elok- elok hari ni aku cuti.. ada sahaja kerja yang nak dibagi pada aku. Baru aku ingat nak bermalas- malasan sahaja dibilik. Penat tahu tak.. setiap hari asyik mencuci segala jenis utensil pelbagai saiz tu. Tak boleh tengok aku senang langsung! Kerja di FC pun tak penat macam ni, yang bezanya cuma kurang tekanan dalam laksana tugas, tekanannya cuma.. Inilah, budak- budak ni la. Menyusahkan aku. Grrr..

“Eh, Cik ni.. wait. I rasa macam kita pernah jumpa la” Dalam sibuk aku mencari bilik yang menempatkan peserta pertandingan ni, aku ditahan seseorang. Ah, sudah.. siapa pula mamat ni. Pengawal keselamatan ke apa? Tapi.. aku pun rasa macam aku pernah tengok muka dia ni

“Ah, ya.. ini cik yang dekat bawah pokok tu kan?” Soalnya. Pokok? Pokok mana pula. Aku mengerutkan dahi cuba mencari mana- mana memori berkaitan pokok yang ada kaitan dengan mamat ni.

“Takkan tak ingat.. hmm, tapi mungkin juga.. sebab masa tu you nampak macam nak pengsan dekat situ. Mesti you tak berapa perasan muka I kan” Tambahnya lagi. Pengsan? Ah… baru aku ingat.

“Botol air?” Soal aku sedikit teruja kerana dapat mengingat semula.

“Ha.. ingat pun.. tak sangka pula boleh jumpa lagi” Ujarnya.

“Itulah.. maaflah, tak sempat pun ucapkan terima kasih hari tu”

“Tak apa..”

“Hah, you dah sampai. Ada bawa tak barang yang I pesan tu?” Sampuk Anas yang tiba- tiba muncul entah dari mana. Aku menghulur bekas yang aku usung dari tadi. Kalau tak sebab nak hantar benda ni, mesti aku tengah selesa berehat dirumah sekarang. Berenang- renang atas katil.. layan dvd siri Grey’s Anatomy atau Royal pains yang belum berjaya aku habiskan tu. Urgh..

“Ini siapa?” Soal Anas, memandang kearah lelaki disebelah aku ini.

“Kawan I..” Ujarku ringkas. Panjang pula kalau aku nak buat penerangan daripada awal macam mana aku boleh kenal dengan mamat ni.

“Adam..” Lelaki tadi menghulur tangan bersalam dengan Anas.

“Tak tahu pula you ada kawan lain selain Melati” Perli Anas. Geez.. suka hati nak mengata aku. Tahu la aku ni tak ramai kawan..

“Eh, you ada masa lagi ke ni? Bukan pertandingan ni sepatutnya akan mula bila- bila masa dari sekarang?” Soal aku. Aku menolak tubuh Anas supaya segera berlalu dari situ.

“Siapa tu? Boyfriend you ke? lain macam je pandangan mata dia pada I.. takut I mengurat you agaknya” Soal encik botol air ni sebaik Anas berlalu.

“Boyfriend? Tak lah.. by the way, you buat apa dekat sini? You pun masuk pertandingan ni ke?” Tukang masak ke mamat ni? Tak ada gaya pun.. tapi bukan boleh kira gaya kan.. Si Anas tu.. empat belas kali ulang tengok pun tak ada rupa patissier.

“Eh, tak lah.. datang tengok je, you pula?”

“Hmm.. I dari SV cake house.. kalau you nak tahu, mamat tadi tu lah wakil kami..” Jelas aku.

“Oh, iya ? so you ni pun chef la ya?”

“Hah? I chef ? Tak adalah.. I bawah sikit dari chef” Ujarku dengan senyuman. Aku dikatanya chef ? Gila apa..

“Pembantu chef?” Dia masih cuba meneka.

“Hahah.. bawah sikit lagi.. Eh, tak apalah.. I rasa I nak pergi tengok team SV.. so, ada jodoh kita jumpa lagi la ya..” Aku cuba mencari alasan. Waaa.. aku ni pencuci pinggan sahaja di SV tu. Dia mengangguk setuju. Ah.. ni mana satu pintu aku nak masuk ni.. tadi si Anas tu masuk pintu mana ya? Yang ni kot..

“Dah habis reunion?” Sergah satu suara dari belakang. Terkejut aku dibuatnya.

“Terkejut lah!” Aku menampar bahu Anas. Reunion apanya? Mengarutlah budak ni.

“Mana Melati dengan yang lain?”

“Semua sudah masuk.. yang you merayap merata ni buat apa?” Soalnya pada aku. Dia melangkah menghampiri cermin yang agak besar dalam bilik ini. Mengemaskan penampilannya. Baju putih tu aku faham la.. pastry chef katanya, tapi yang sibuk tak bertanggal jacket kulit hitam kesayangan dia tu apa hal?Cheh, perasan cantik la tu.. Aku cantik lagi la!

“Oh, you dah buka balutan tu ya..” Baru aku perasan yang tangannya tidak lagi berbalut



***

Aku mengambil tempat disebelah Melati pada kerusi penonton. Hari ini cuma peringkat saringan, aku dapat rasa yang senang- senang sahaja SV akan melepasi peringkat ni.

“Eh, you datang juga? Kata nak rehat- rehat dekat rumah..” Soal Melati. Dia menghulur sebotol air jus yang dibawanya pada aku.

“Memanglah.. tapi adik you tu lah.. call minta I hantarkan barang. Urgh.. musnah hari cuti impian I tau semata- mata datang sini” Rungut aku.

“Barang apa lagi?” Soalnya dengan riak terkejut.

“Penyukat ke apa entah..”

“Buat apa pula? Semua barang dah lengkap la.. I yang periksa sebelum datang dan kalau setakat penyukat tu.. boleh dapat dekat sini la.. ada disediakan penganjur” Jelas Melati.

“Betul ke?” Soal aku ingin kepastian. Melati mengangguk. Geez.. Budak ni kan.. nak kena agaknya. Sengaja nak kenakan aku.. sengaja nak menyusahkan aku. Terkejar- kejar aku kemari tadi. Haish.. tak pasal aku terseret, tengok pertandingan ni. Kalau tak menang juga memang aku bunuh la budak ni. Aargh..! tekanan betul !

Thursday, July 7, 2011

Cake House 29




28th BITE: LEMBAR GLUTEN MENGEMBANG MASA DIULI, HASILNYA PADA ROTI


Satu pandangan yang aku rasa aku faham maksudnya datang dari Intan yang berdiri dihadapan aku dan Anas. Anak matanya jelas menceritakan kekeliruan, reaksinya nyata yang dia agak terkejut. Ah, sudah.. apa patut aku buat sekarang ni? Aku beralih memandang Anas yang seakan tak berperasaan di sebelah. Isk.. mamat ni tak faham ke buat- buat tak faham dengan situasi sekarang ni?

“Er.. Intan, sebenarnya tadi..”

“Tepi sikit.. lain kali kalau kerja buat cara kerja la.. ini event dah mula, meja tak lengkap lagi..” Ujar Intan sambil mencelah antara aku dengan Anas dan menarik satu beg kecil dari belakang minivan ini.

“Intan..” Luah aku dengan penuh rasa serba salah. Aku menyentuh lengan Intan namun pantas sahaja dia berpaling dan berlalu kearah taman dimana majlis sedang bermula. Nampak sangat yang dia cuba mengelak dari aku. Dia marahkan aku? Ah.. bukan.. mesti dia dah benci dengan aku. Sudah lama ke dia memerhatikan aku dengan Anas tadi? Aargh.. runsingnya aku nak fikir..

***

“Got the cocoa powder..ouch!” Kim memeluk beg yang ditolak kasar tepat ke dadanya oleh Intan.

“Aiyah.. ah moi.. kasar- kasar macam ni, boyfriend pun boleh lari lor..” Ujar Kim mengusap dadanya yang menjadi mangsa sebelum segera menyambung kerjanya yang tertinggal tadi. Intan menjeling tajam kearah Kim. Hati dia sudahlah tengah pedih sekarang.. lagi mahu diprovok.

Begitu banyak persoalan yang sedang bermain dibenaknya sekarang. Apa sebenarnya hubungan Shikin dan Anas.. kenapa mereka nampak mesra sangat? Terbayang dimatanya bagaimana dia melihat Anas menggeggam erat tangan Shikin.. pandangan Anas pada Shikin.. dan.. Aargh.. Intan meraup wajahnya mengharap tayangan semula babak Anas dan Shikin yang dilihatnya tadi segera terpadam dari kepalanya. Shikin.. apa maksudnya semua ni? Bodohnya aku.. bodoh sangat.. macam mana aku boleh percayakan Shikin begitu mudah sedangkan sebelum ini aku cukup susah untuk percayakan seseorang. Intan bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Kenapa mesti Shikin..?

Intan yang awalnya bersandar pada tiang yang letak berhampiran sudut pencuci mulut itu kembali menegakkan badan setelah dia terlihat kelibat Anas dan Shikin yang sedang berjalan kearah dia dan Kim.

“Kim, I pergi restroom sekejap” Tanpa banyak fikir Intan terus pergi dari situ. Hati dia betul- betul rasa tidak senang.. fikiran pun agak bercelaru. Dia tidak pasti lagi apa yang harus dipercayainya.. mahu percaya apa yang dia lihat.. percaya apa yang didengar ataupun percayakan Shikin?

***

Hanif melangkah masuk ke bilik serba mewah milik presiden Picturesque Group itu. Daddy sudah sedia menantinya di ruang rehat dalam pejabatnya itu.

“Selamat pagi, maaf lambat sikit..” Hanif menghulur tangan pada daddy dan duduk pada kerusi yang bertentangan.

“It’s okay.. daddy cuma nak cakap sikit..”

“Boleh Hanif tahu tentang apa ya..?” Soalnya. Biasanya kalau hal kerja daddy tak akan panggil dia datang tergesa- gesa macam ni.

***

Sudah hampir satu minggu Intan tak masuk kerja, kata Melati.. dia tidak berapa sihat. Teruk sangat ke demam dia atau dia memang tak mahu datang ke SV lagi disebabkan ada aku disini ? Aargh.. kenapa malam tu dia tak marah aku.. tak pun belasah sahaja aku terus. Bila dia berdiam macam ni sebenarnya yang buatkan aku bertambah- tambah rasa bersalah. Segala benda yang aku buat rasa tidak tenang. Terbayang lagi bagaimana riak wajah Intan malam tu. Ah.. kenapa semua benda tak ada satu pun yang kena dengan aku. Adanya aku ni memang untuk melukakan hati orang sahaja agaknya. Shikin.. kau memang pentingkan diri sendiri. Begitu aku lukakan hati Intan.. seorang yang benar percayakan aku.. begitu juga aku menghampakan harapan yang daddy letakkan pada aku. Shikin.. apa yang kau dah buat ni.. kau bukannya ada ramai kawan.. apalagi daddy.. Undur semula masa atau langkau masa kehadapan sekalipun dia seorang daddy aku. Haih.. lihat dari sudut mana pun.. akulah si pesalah. Tapi..

Aku mengambil sebiji cupcake, masukkan kedalam kotak. Eh, dia kan tak suka benda manis sangat. Aku meletak semula blueberry cupcake itu dan beralih mengisi beberapa ketul English dan Peanut butter muffins. Puas hati, aku melangkah pula kearah Zara dan Anas yang sedang berbincang disuatu sudut. Kalau tak salah aku, Zara kata ada lebih kurang lagi satu minggu sebelum pertandingan. Pertandingan apa, aku kurang pasti sebabnya aku tidak terlibat. Sepanjang lebih satu minggu aku di cake house ni.. kerja aku di dapur mencuci sahaja. Jadinya, kalau bab- bab macam ni memang tak berkait dengan aku la.

“I nak keluar sekejap..” Ujar aku, meminta izin dari Anas kerana aku masih lagi dalam shift sekarang.

“Hmm..” Balasnya acuh tak acuh. Dia kelihatan serius menatap buku notanya.Geez.. mentor konon.. tak ada fungsi pun aku tengok. Setakat nak mencuci dekat dapur tu, tak perlu mentor pun tak apa la.

“Kak Shikin.. sini kejap” Zara menarik aku supaya lebih dekat dengannya.

“Belikan Zara fried chicken drumstick.. yang ada spicy sauce tu” Ujarnya perlahan. Apahal pula nak order pun main bisik- bisik. Pelik- pelik betul perangai budak ni.

“That’s too much cholestrol ” Sampuk Anas tiba- tiba. Haih, aku yang disebelah Zara ni pun dengar tak dengar sahaja apa yang Zara minta. Dia yang duduk dihadapan boleh pula dengar lebih.

“Ala.. boleh la, Zara teringin sangat.. Zara janji tak makan banyak.. rasa je” Zara membuat muka, mencari simpati abangnya yang seorang ni.

“No means no and.. You. Die! Kalau you cuba bersubahat dengan budak ni” Tegas Anas. Dia beralih dari memandang buku nota kepada aku. Serius, seperti benar dia maksudkan apa yang dikatanya. Alahai.. apa masalahnya kalau dibiarkan si Zara ni makan apa yang dia nak, bukannya budak- budak lagi nak dilarang. Kejam betul.

“Ala.. bukan mati pun sesekali makan ayam goreng” Ujar aku, cuba menyebelahi Zara. Riak wajah Anas serta merta kelihatan berubah. Haih.. kalau pasal adik dia yang seorang ni, semuanya nak dikawal. Zara ni pun satu.. selalu banyak sangat cakap.. ni kenapa boleh tunduk diam macam ni?

“I said no..” Anas kemudian kembali menatap buku notanya. Apa- apa sahajalah. Aku sendiri pun banyak perkara yang perlu difikir, tak ada masa aku nak berbalah tentang ayam goreng.

“Iyalah.. I pergi dulu”

***

Aku memberhentikan kereta di luar pagar. Kalau diikutkan alamat ni, sinilah rumahnya. Kotak yang berisi muffin ditempat duduk sebelah aku capai dan terus keluar dari kereta. Aku menarik nafas dalam- dalam dan lepaskan sementara melangkah masuk ke dalam kawasan rumah ini.

“Eh, ya.. cari siapa?” Belum sempat aku menekan loceng. Pintu rumah terbuka dan seorang wanita yang aku kira dalam lingkungan empat puluh tahun menegur aku. Ini agaknya ibu saudara Intan.

“Aa.. ini rumah Intan kan? Saya Shikin.. kawan Intan” Ujar aku sambil menghulur tangan bersalam.

“Maksu cakap dengan siapa?” Tak salah. Itu suara Intan. Dia yang muncul dari belakang ibu saudaranya itu kelihatan agak terkejut memandang kearah aku. Sudah semestinya lah dia tidak menyangka, apa lagi mengharap kedatangan aku kan..

“Kawan Intan ni ya..? masuklah, maaf maksu ada kerja sikit.. kena keluar sekarang” Ujar Ibu saudaranya sambil menyarung kasut.

Kami masing- masing diam sehinggalah kereta yang dipandu ibu saudaranya itu keluar dari perkarangan rumah. Intan kemudian melangkah kearah kerusi yang sedia dihadapan rumahnya ini. Aku cuba menghulur kotak yang memang aku bawa untuk dia ni namun, oleh kerana dia langsung tidak memandang kearah aku, aku pilih untuk letakkan sahaja diatas meja dihadapan kami.

“You dah sihat? Bolehlah masuk kerja semula kan..” Ujar aku cuba memulakan bicara.

“Says..” Intan akhirnya membuka mulut. Dalam hati aku sekarang bercampur baur rasanya.. agak gementar untuk menanti perkataan seterusnya yang bakal keluar dari mulutnya. Macam mana pun.. bila aku buat keputusan untuk berdepan dengan dia macam ni, aku sepatutnya bersedia untuk terima apa sahaja yang bakal diluahkan Intan.

“Should I trust you or should I not? Hmm?” Intan berpaling menghadap kearah aku. Aku terkedu dengan soalannya. Aku tak bersedia untuk jawab soalan seperti tu. Boleh ke aku minta dia agar percayakan aku?

“No.. I’ll trust you. You kawan I.. you cuma perlu cakap yang ni semua salah faham.. dan I akan anggap semua ni tak pernah berlaku” Tambah Intan lagi. Dia menarik tangan aku kedalam genggamannya. Aku dapat rasakan tangannya sedikit ketar. Masa yang sama dada aku terasa begitu berat, bagai dihimpit. Aku cuba mengawal perasaan aku sedaya mungkin supaya tidak menitiskan air mata. Maafkan aku.. ah.. aku tak layak rasanya nak minta maaf dari dia. Aku menundukkan wajah, cuba lari dari pandangan mata Intan.

“Intan.. I.. I dengan Anas. We’re married..” Luah aku tersangkut- sangkut. Genggaman Intan yang tadinya kejap bertukar lemah serta- merta. Diam.. dia tidak memberi sebarang respon. Aku mengangkat semula wajah memandang kearahnya. Dia kaku memandang aku ada titis air mata mula mengalir dari penjuru matanya.

“Bi.. bila?” Soalnya. Aku dapat rasakan betapa aku dah hancurkan perasaan dia, sedangkan aku seharusnya sedia tahu pada awalnya dia sukakan Anas.

“Intan. Intan.. tapi semua ni bukan seperti yang you bayangkan” Aku cuba mencapai semula tangannya tapi segera dilarikannya.

“Apa maksud you bukan seperti yang I bayangkan? You.. dengan Anas dah berkahwin.. apa lagi yang boleh I bayangkan?” Soalnya perlahan, tapi agak keras bunyinya.

“Anas kahwin dengan I sebab nak tolong I.. I dengan dia..”

“Balik.. you baliklah..” Potong Intan lalu bangkit dari kerusi. Dia tidak lagi memandang kearah aku.

“Intan, dengar dulu..”

“I cakap balik!” Suaranya yang tiba- tiba ditinggikan buatkan aku terkejut. Kotak muffin diatas meja ditolaknya jatuh ke bawah. Intan..

“Intan, I minta maaf.. I wasn’t meant to..”

“Kalau macam tu.. berpisah! Berpisah dengan dia. Masa tu baru I pertimbangkan sama ada I boleh maafkan you.. you hebat kan.. you memang dah rancang semua ni dari awal kan? Mesti seronok dapat mainkan I.. pura- pura tolong I.. Ah, I gila sebab percayakan you” Ujar Intan sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Berpisah? Aku tidak dapat memikirkan sebarang ayat untuk dikatakan setelah mendengar apa yang terluah dari mulut Intan. Walaupun bukan itu yang aku maksudkan.. tapi itulah yang apa berlaku, serba salah rasanya aku untuk menyangkal apa yang dikatanya.

***




Aksara bermaksud menghasilkan kata. Kata bermakna penyampai hati, untuk suka atau benci. Perkataan menyampai rasa hati. Untuk terus tidak berkata, ianya sesuatu yang tidak adil. Anas mengeluh sendiri, majalah yang tadi dibiar sahaja diatas meja dicapai. Dia menyelak pada satu muka surat namun tidak dibacanya, sekadar ditatap kosong. Fikirannya sekarang berada ditempat lain. Dia perasan.. ada yang berbeza. Entah kenapa semenjak dua ini Shikin nampak lain. Banyak diam dari bercakap.. banyak menurut dari membantah. Ini benar- benar buatkan dia rasa tidak senang. Kali ini Melati pun hilang punca kenapa dengan Shikin. Biasanya kalau ada masalah, Melati lah si penyampai cerita pada Anas.

Yang menyedihkan mahupun yang menggembirakan.. dia tidak akan minta untuk semuanya, tapi… kalau Shikin nak berkongsi apa yang dirasanya pada seseorang. Kalau dia adalah orang pertama yang terlintas difikiran Shikin.. itu sudah cukup buat dia gembira. Masa berlalu begitu sahaja, cawan lattenya pun masih penuh tidak terusik. Anas meletak semula majalah diatas meja dan berdiri. Jam ditangan ditatap seketika sebelum mula mengatur langkah menuju kearah tangga naik keatas.

‘Prrang..!’

Anas mengalih langkah yang asalnya dihala kearah biliknya kepada arah datangnya bunyi itu. Tiba dipintu dapur, kelihatan Shikin sedang duduk merenung kearah gelas yang sudahpun berkecai dilantai.

“Shikin..”

“I tak sengaja…” Luah Shikin perlahan. Dia masih lagi tunduk merenung pada kaca- kaca itu. Anas mengerutkan dahinya, agak keliru dengan tingkah Shikin yang padanya agak pelik.

“Tak.. itu bukan masalahnya.. dah bangun, biar I yang kemaskan” Anas mencapai kain yang terdapat diatas kabinet dan duduk disebelah Shikin.

“You.. hey, you okay ke ni?” Soal Anas melihat Shikin dari tadi tertunduk senyap memandang lantai. Anas menundukkan sedikit wajahnya supaya dapat melihat wajah Shikin dengan lebih jelas.

Monday, July 4, 2011

Cake House 28




27th BITE: MANISKAH COKLAT? PAHITKAH BUAH?


Lima pagi.. seawal itu untuk seorang penganggur terhormat seperti aku dipaksa berpisah dengan katil. Apakah maksudnya semua ni…? Aku memandang kesebelah, Melati tiada di sebelah. Aku memandang semula pada Zara yang sedang berusaha menarik tangan aku supaya bangun dari katil. Dia kelihatan sudah lengkap dalam uniform SV. Arghh… mengantuk la. Buat apa nak bangun awal sangat ni, aku bukanya perlu ke pejabat pun. Dalam posisi duduk, aku memejamkan semula mata.

“ Kata nak mula hari ni.. hurry!” Ujar Zara lantang memberi arahan. Sehelai tuala diletakkan ke kepala aku. Suara budak ni.. lagi menjengkelkan dari jam loceng rupanya. Akur.. akhirnya aku bergerak malas ke bilik air. Selesai membersih diri, bersiap apa yang patut.. aku turun kebawah. Nampak sahaja muka aku, Zara pantas melangkah kearah aku dan menarik tangan aku ke bilik persalinan pekerja wanita.

“Bersiap apa yang lama sangat baru nak turun.. nah!” Bebel Zara. Satu beg kertas dihulur pada aku sebelum tubuh aku ditolaknya masuk kedalam bilik persalinan dan pintu ditutupnya dari luar. Huh? Apa ni..? Aku memeriksa isi beg dan mengeluarkan kesemuanya. Ah… uniform SV.. kunci.. kunci locker aku ke ni. Waah.. aku cakap sahaja semalam dekat Melati yang aku nak kerja dekat sini.. tak sangka pula Melati ambil serius.. tak perlu ada interview dulu ke? Yargh.. inilah istimewanya ada orang dalam. Penuh semangat aku membuka plastik yang dan mencuba uniform yang selama ini tak pernah sekali pun aku terfikir aku akan pakai. Buka sahaja pintu, muka tiga beradik itu yang pertama aku lihat. Eh, budak- budak ni tunggu aku?

“Here..” Melati meletakkan sesuatu pada tapak tangan aku dan berlalu. Tag sementara SV.. tiada nama aku disitu, cuma tertulis Sweetville CH.

“Ini yang penting! Jadual shift Kak Shikin bermula hari ni.. ingat, jangan lewat” Aku menyambut kertas jadual yang dihulur Zara. Sempat dia mengenyit mata pada aku sebelum turut berlalu arah yang sama dengan Melati.

“Hah.. ha.. you nak kasi apa pula dekat I ?” Aku tertawa kekok pada Anas yang sedang bersandar memandang kearah aku. Apa pelik sangat ke aku pakai macam ni?

“Pelik..” Ujarnya seakan boleh membaca fikiran aku. Geez.. suka hati nak mengata aku. Dia bergerak kehadapan sedikit menghampiri aku dan tangannya mencapai tali bow yang aku biarkan tidak berikat pada kolar aku. Menyusahkan benda ni, kenapa tak sediakan yang lekat tu sahaja.. ini nak mengikat menatang ni pun satu hal.

“Okay, come with me..” Ujarnya setelah selesai.

“Ikut you?” Buat apa pula aku kena ikut dia?

Jadual ditangan aku diambilnya dan ditayang pada aku. Telunjuknya menghala pada satu barisan ayat.

“Mentor?” Aku menyalin ayat yang tercatat pada jadual itu.

“Yup, semua pelatih baru ada mentor dia.. and I’m your mentor. Actually this is my first time but its okay.. got any complaints ?” Soalnya. Aku menggeleng menjawab soalannya.

“Then, let’s go..”

“Sekejap” Aku menahan Anas yang bergaya ingin memulakan langkah. Tag pada vest nya yang sedikit senget aku betulkan.

“Okay, jom!” Sambung aku penuh semangat ingin memulakan tugas baru dalam bidang baru yang tak terfikir langsung akan aku ceburi. Anas memberi satu senyuman pada aku sebelum mengiringi aku ke bahagian dapur.

“Your very first task..” Ujar Anas sebaik kami memasuki kawasan dapur. Uwah.. tak sangka aku akan masuk sini dalam uniform SV. Anas berhenti di satu sudut dan menghulurkan sepasang sarung tangan getah pada aku. Aku memandang kearah sinki yang dipenuhi utensil- utensil yang aku kira digunakan untuk membakar kek dan menyediakan dessert bagi cake house ni. Huh? dia maksudkan yang aku kena cuci semua ni? Bukan aku jadi waitress ke?

“Happy working honey!” Anas menepuk bahu aku beberapa kali dan meninggalkan aku disitu dengan utensil yang membukit dalam sinki. Argh… takkan la dapur sebesar ni tak ada mesin pembersih kot. Ish.. banyak betul ni.. tapi tak apalah.. mencuci pagi- pagi ni boleh kira sebagai senaman juga kan.

“Newbie, ni ada sikit lagi. Welcome to SV anyway..” Salah seorang pekerja dapur itu menegur aku. Beberapa mangkuk dan peralatan dapur diletaknya kedalam sinki menambah kecuraman bukit utensil yang perlu aku cuci. Hah? Bila nak sudah kalau macam ni..

***

Julia telefon tadi.. tak pernah- pernah dia telefon aku macam ni. Aku memasukkan semula telefon kedalam poket apron dan mengambil tempat diatas batu yang agak besar dibelakang SV ni. Hmm.. gila apa dia suruh aku bawa Anas balik rumah, makan malam sekali. Kalau aku tak sakit kepala.. buatnya daddy yang strok nanti. Tidaknya mahu orang tua tu makan semeja dengan Anas. Aku ni sendiri pun tak rasa aku boleh berdepan daddy lagi lepas apa yang dia buat pada aku. Isk.. macam mimpi pula sekelip mata aku hilang FC dan sekarang menjadi pencuci pinggan di cake house ni. Argh.. jalan cerita laluan hidup aku setakat ini boleh dikira satu jenaka yang kejam.

“Ponteng on your first day, huh?” Aku memandang kearah Anas yang muncul dari pintu belakang SV.

“Hah? Yelah.. nak sambung kerja la ni.. ambil angin sekejap je..” Balas aku kurang bersemangat. Haih.. tak kasi peluang langsung, lenguh dah lengan aku ni menonyoh segala jenis baking utensils tadi.

“Duduklah..” Anas menekan bahu aku, menahan dari berdiri. Dia kemudian bersandar pada pokok yang meneduh tempat duduk aku ini. Satu tin soya sejuk dihulurkan pada aku.

“Intan cari you tadi..” Ujar Anas.

“Uh? Oh.. shift dia dah mula ya.. dia tahu ke I start kerja sini?” Kenapa aku rasa lain macam pula ya, sebut nama Intan bila berbicara dengan Anas.

“Entah..” Jawabnya acuh tak acuh. Apa sebenarnya hubungan Anas dengan Intan ya.. apa agaknya yang difikir Anas bila dia mudah terima perkahwinan segera kami dulu. Bukankah ini bermaksud dia akan lukakan Intan buat kali kedua.. sama seperti dia menolak untuk ditunangkan dengan Intan dahulu. Aah.. tak, kali ini bukan salah dia.. semua ni salah aku.. salah aku, budak berdua tu baru sahaja nak berbaik semula.. aku pula ambil kesempatan atas kebaikan orang pada aku sekaligus menarik Anas kedalam masalah aku.

“Anas.. pasal Intan..” Aku berhenti dipertengahan ayat.. macam mana ya aku nak cakap ni.

“You tak nak jumpa daddy?” Soal Anas buat aku terkesima. Dia dengar perbualan aku dengan Julia tadi ke?

“Ah.. nanti nantilah..” Balas aku perlahan. Perasaan aku bercampur baur sekarang. Nanti aku rasa dah sedia.. aku jumpalah daddy. Jari aku sibuk bermain dengan pembuka tin soya yang ditangan.

“Shift you habis pukul berapa?” Soalnya. Eh, cepat betul mamat ni tukar tajuk. Tak faham aku.

“Aaa.. pukul satu. Kenapa?”

“Okay”

“Okay?”

***

“.. Menu untuk event esok semua dah sedia maklum kan.. sekarang cuba ada penambahan seorang lagi ahli untuk team esok, Shikin. Pelatih baru. Okay.. kenal- kenal lah ya.. I ada hal, selebihnya bincang dengan ketua event esok” Ujar Melati, menghabiskan ringkasannya dan terus berlalu. Dalam bilik ini sekarang tinggal empat orang sahaja.. Aku, Intan, Anas dan seorang pekerja lagi bernama Kim.

“Esok briefing lain.. sekarang semua bersurai dulu” Ujar Anas pada kami semua. Waa.. dapat join event… macam seronok je ni.

“Shikin, jumpa dalam satu jam setengah dari sekarang..” Tambah Anas lagi. Kali ini arahan dituju pada aku seorang.

“Eh.. bukan shift you dah habis ke? waa.. teruk juga mentor you ni ya” Ujar Intan separuh bisik pada aku yang berdiri disebelahnya.

“Itulah, malang kan I.. uh, entah la.. tadi dia ada cakap suruh I teman ke satu tempat” Balas aku pada Intan dalam nada yang sama.

“Oh.. cari barang untuk esok kot.. anyway good luck, Shikin! Shift I sekarang ni.. I pergi sambung kerja dulu ya”

***

“Kita nak cari barang untuk event esok ke?” Soal Aku sebaik masuk kedalam Jusco.

“Tak” Ujarnya. Dia menarik tangan aku dan letak pada pemegang troli. Huh? Aku ke yang kena tolak troli ni? Bertuah punya budak..

“Habis tu?”

“You makan apa?” Dia menyoal semula.

“I tak cerewet pasal makan.. asalkan sedap.. Kenapa you tanya?” Balas aku sambil mula menolak troli mengiringi Anas yang berjalan disebelah.

“Asam pedas..” Luahnya, lebih pada bercakap dengan diri sendiri. Apa- apa sahajalah Encik Anas oi.. Entah apa pula mimpi mamat ni bawa aku shoping macam ni. Aku memandang sekeliling, entah bila kali terakhir aku datang membeli barang dapur macam ni. Biasanya barang rumah pun si Ja yang sediakan.

“You tolong carikan buah.. I nak pergi bahagian basah”

“Buah apa?”

“Tak Kisah..”

Tak kisah..? Aku mengangguk sendiri.. Anas sudahpun melangkah meninggalkan aku. Buah apa pula aku nak ambil ni.. berapa banyak? Tak kisah.. tak kisah.. Huh! Aku mengalihkan troli dan bergerak ke bahagian buah- buahan yang aku boleh nampak dari sini. Aaa.. tembikai boleh kot.. kiwi.. kiwi.. epal..

“Eh, Cik Shikin..” Terasa bahu aku disentuh.

“Raudah..? you.. you buat apa dekat sini?”

“Beli barang sikit..” Jawabnya. Aku memandang pada trolinya yang dipenuhi barang dapur. Ah, iyalah.. aku ni pun.. buat apa lagi kan datang sini kalau bukan nak membeli belah kan..

“You datang seorang ke?” Aku menyoal lagi. Lama juga aku tak jumpa budak ni. Dah betukar ke picturesque pun dia. Haih..

“Tak.. dengan suami dan anak.. mana entah dua beranak tu hilang. Cik Shikin datang dengan siapa?” Lupa pula aku yang si Raudah ni sudah berkahwin.

“Uh, I datang seora..” Kata- kata aku terhenti disitu sebaik melihat Anas sajak meletak barang kedalam troli yang aku pegang ini. Baru sahaja aku nak kelentong si Raudah ni yang aku datang seorang.

“Eh.. Mr. Mannequin..” Luah Raudah. Apa yang excited sangat nampak Anas ni pun aku tak pasti. Aku lihat Anas tersenyum membalas teguran Raudah. Dengan bersahaja dia melingkarkan tangannya pada bahu aku.

“Ini Cik Raudah kan..?” Soal Anas masih dengan senyuman. Aku menggoyangkan bahu, cuba mengalihkan pautannya pada bahu aku. Apa pula kata Raudah ni nanti.

“Wah.. En. Anas ingat nama I.. tapi actually bukan cik.. tapi puan dah.. tapi kan lagi elok kalau tak pakai gelaran, Raudah sahaja..” Balas Raudah. Semakin lebar aku lihat senyuman si Raudah ni. Amboi.. menjadi juga kau ni Raudah ya.

“You must be joking.. tak nampak macam puan pun.. kan Honey?” Ujar Anas bermanis mulut. Aku menyigung pinggang Anas. Agak- agak la nak cakap tu. Kalau nak usik si Raudah ni pun usik la.. jangan nak babitkan aku. Ish!

“Alah.. En. Anas ni, segan saya.. tapi, Ho.. honey?”

***

“You ni biar betul? Terkejut si Raudah tu”

“I was just telling her that I’m your husband.. okay, kita dah sampai. Jom” Jawab Anas bersahaja. Iya.. betul la tu, dia suami aku.. tapi kan.. Ah, suka hati kau lah Anas.

Enjin dimatikan sebaik masuk kedalam petak letak kereta. Aku memandang keluar tingkap. Pasar malam? Dia nak membeli apa lagi ni.. Pukul lima petang pun dah ramai orang macam ni ya. Aku melangkah turun kereta menuju kearah Anas yang menanti di belakang kereta.

“You nak beli apa dekat sini?” Soal aku pada Anas.

“Popiah.. let’s go..” Anas menarik tangan aku. Langkahnya yang lebih luas buatkan aku terpaksa mempercepatkan langkah aku. Eh, aku boleh jalan sendiri la. Aku berusaha melepaskan genggaman tangannya namun semakin kejap pula jadinya.

“Err.. boleh jalan slow sikit tak?” Soal aku. Dah macam kartun aku jalan ni. Buat malu dekat orang sahaja.

“Oh, okay..” Balasnya sekaligus memperlahankan geraknya. Wah.. kenapa aku nampak semua benda macam sedap sahaja ni?

“Pasar malam is always very pleasant place to go.. kan? Kak.. kasi ni dua” Soalnya pada aku sebelum beralih memesan popiah.

“Dua cukup ke?” Soal aku spontan. Ah, tamak seketika. Tapi iyalah.. nanti balik takkan tak mahu belikan untuk Melati dan Zara sekali.

“Cukuplah.. kan besar tu, lagipun kita nak makan tiga orang sahaja” Balasnya.

“Tiga orang?”

“Yup. You.. I dengan ayah..”

“A.. ayah? Ayah you? Kita nak pergi rumah Ayah you ke?” Soal aku terkejut. Biar betul? Kenapa tak cakap awal- awal. Ish.. serta merta perut aku rasa tidak selesa. Ada beberapa ekor kupu- kupu mula bersarang dalam perut rasanya.

“Terima kasih ya kak, cantik akak senyum.. mesti popiah ni pun sedap” Anas menyambut bungkusan berisi popiah basah yang dihulur kakak itu. Peramah lebih pula budak ni hari ni.

“Girlfriend adik tu lagi cantik.. ada ke akak yang dah tua ni dikata cantik” Balas kakak popiah yang sibuk mencari duit baki. Girlfriend?

“Alah.. wife saya ni pun bukannya muda sangat kak..” Ujar Anas tanpa rasa bersalah. Amboi.. indahnya bahasa mamat ni..

“Oh, dah kahwin..”

“Terima kasih kak” Aku mencapai wang baki yang dihulur kakak itu dan terus menarik Anas pergi dari situ. Lagi lama dibiar, entah apa lagi yang keluar dari mulut budak ni nanti. Dengan kakak popiah pun menjadi. Isk.. apalah malang aku hari ni. Kalau aku tahu, memang tak mahu aku ikut dia keluar tadi. Lepas ni satu hal pula.. nak bawa aku pergi jumpa ayah dia? Argh.. gila lah!

***
Brownies yang dipotong empat segi disusun secara bertingkat membentuk seakan susunan blok pada piramid. Tat buah mini pula disusun dalam beberapa pinggan leper yang agak besar, gelas- gelas kecil berisi parfait.. chocolate fountain untuk chocolate fondue! Aaah.. menggoda betul.. leka aku memerhati gerak Anas, Intan dan Kim yang sedang membuat sentuhan akhir pada setiap manisan yang dihidangkan disini. Aku nak tolong? Sumpah mereka ni tak akan benarkan.. entah merosakkan pula nanti. Untuk majlis hari ni SV cake house bertanggungjawab untuk bahagian pencuci mulut. Hmm.. ada lebih kurang lima minit lagi sebelum event ini bermula. Tetamu pun sudah mula memenuhi kawasan taman ini. Majlis ni kelihatan agak meriah. Dari sini aku dapat lihat satu sudut yang turut menarik perhatian tambah lagi bau semerbak daging dan seafood yang sedang dibakar. Waa.. sah aku ni memang foody creature!

“Shikin tolong I ambil barang..” Ujar Anas memusnahkan khayal aku pada makanan- makanan ini semua. Aku mengangguk dan mengekornya dari belakang. Memang dari awal tadi lagi, aku ni jadi tukang ambil simpan barang.

“Kakak?” Aku bagai terdengar dipanggil seseorang. Kakak? Aku mengangkat wajah yang dari tadi ditundukkan. Berjalan tidak memandang kiri dan kanan.. Ah!

“Daddy?” Mata aku membulat memandang kearah daddy yang berdiri dihadapan. Anas yang awal tadi berada beberapa langkah dihadapan, berundur menghampiri aku.

“Kakak buat apa ni?” Soal daddy, memandang aku dari atas ke bawah dengan wajah serius kemudian dia beralih pula memandang Anas yang berdiri disebelah. Haih.. tak sangka pula secepat ini aku boleh terserempak dengan daddy, dalam uniform SV pula tu.

“Daddy sihat ?” Huluran tangan Anas disambut dingin oleh daddy namun pertanyaan Anas dibiarkan tidak berjawab.

“Kerja..” Ulas aku ringkas pada soalan daddy awal tadi.

“Kerja apa? Pelayan macam budak ni juga? Sudah! Jangan mengarut.. masuk kerja semula cepat” Balas daddy, agak keras bunyinya. Mungkin kerana dari kecil dia tidak pernah meninggi suara dengan aku, bila dia kata macam tu.. aku terasa sangat.

“Masuk kerja.. Bukan daddy dah buang kakak ke?”

“Tempat kakak ada di Picturesque”

“Maaf daddy, kakak sibuk sekarang..” Ujar aku setelah terdiam seketika.

Aku menarik tangan Anas supaya segera berlalu disitu. Ah, aku tak boleh terus berbalah dengan daddy.. daddy tak akan faham perasaan aku. Aku tak mahu dan tak akan masuk Picturesque. Ish.. macam mana pula daddy boleh datang sini? Tak kena masa betul la. Ini lagi satu lawak jenaka.. aku jadi pelayan dalam majlis dimana daddy merupakan jemputan VIP nya. Semestinya daddy tidak akan suka dengan idea ni.

“Are you okay?” Soal Anas setelah kami menghampiri minivan SV.

“Hmm? Okay. Ah, barang apa tadi yang you nak ambil?” Aku membuka pintu bahagian belakang minivan.

“Kalau you nak balik.. I hantarkan” Anas menarik aku supaya duduk bersamanya dibelakang minivan.

“Balik apa pula.. kan event ni baru sahaja mula, jom lah cepat.. mesti Intan dengan Kim tengah tunggu dekat sana” Anas menarik sekali lagi tangan aku apabila aku cuba bangun dari situ.

“You tak payah terlibat kalau you tak mahu.. you boleh tunggu dalam van” Anas mengeratkan genggamannya. Satu keluhan berat aku lepaskan. Aku tunduk memandang turapan pada tempat letak kereta ini. Aku baru sahaja bekerja dua hari.. apa pula kata orang kalau nanti. Sudahlah semua sedia tahu aku ni sahabat Melati. Aku tak rasa aku perlukan sebarang keistimewaan lain lagi.

“No, it’s okay.. I nak terlibat, I am SV’s” Ujar aku walau aku sendiri kurang pasti bagaimana rasanya untuk berada didalam satu majlis yang sama dengan daddy tetapi dalam satu situasi yang aku kira daddy tidak pernah harap berlaku.

“You sure? Ataupun you takut kalau I tinggalkan you dekat sini seorang?” Soal Anas.

“Gila.. tak ada maknanya..”

“If you insist.. I boleh je nak temankan you dekat sini” Anas membuat gaya ingin memeluk aku. Pantas sahaja aku mengangkat tangan menolak mukanya agar menjauhi aku. Tak senonoh punya budak.

“Alah.. sayang sikit pun tak boleh?” Dia membuat muka. Aku cepuk juga budak ni karang.

“Never!” Aku menyilang kedua tangan membuat tanda pangkah sebagai perisai. Nyaris terluah tawa aku melihat Anas yang cuba membuat muka meminta belas kasihan. Ingat comel sangat.. lagi seram ada la aku tengok.

“You both, buat apa dekat sini?” Soal satu suara. Serentak aku dan Anas berpaling.

“Intan..?”