Cake house bonus chapter
Kalau ade yg rindukan cake house o anas n shikin.. ad tak? ade tak? moh layan ne.. selingan sahaja. Ini bukan sambungan ye, just bonus.:)
Bonus Chapt;
A very Bite: A Day of Mochalicious!
...................................................................................
Anas menolak perlahan pintu bilik. Melati dan Zara seperti biasa pada masa ni sedang sibuk di dapur SV. Sekarang.. yang ada di bahagian atas ni cuma dia ...dan Shikin. Ya.. hari ni dia ada satu misi untuk si buah hatinya yang seorang ni. Anas tersenyum sebaik sahaja pintu dikuak, Shikin masih lagi berselubung diatas katil. Badannya dibalut comforter sampai ke tengkuk. Nyenyak!
Beberapa langkah diaturnya menghampiri katil. Badannya dibongkokkan sedikit, mengamati wajah Shikin dengan lebih dekat. Matanya ralik memandang sepasang bibir milik si gadis yang wajahnya hanya beberapa inchi dihadapannya sekarang.
“Damn, what a nice pair of lips!” Luahnya tanpa berfikir sebelum sedar yang mungkin suaranya akan mengejutkan Shikin. ‘Ah! dia sedar?’ Anas berundur beberapa tapak kebelakang. Tapak tangannya dipekap ke dada, terkejut bila Shikin bergerak secara tiba- tiba. Dia terkaku beberapa ketika memerhati dari jarak jauh, cuba memastikan samaada betul Shikin terjaga atau tidak. Melihat tiada lagi pergerakan dan mata yang masih terpejam, perlahan Anas menghampiri kepala katil, mencapai jam loceng yang terdapat disitu. Masa ditetapkan dan jam diletak betul ditepi bantal sebelum dia melangkah keluar dari situ.
.........................………………………..(♥~♥)………………………………..........................
‘beep.. beepp….beeeeeeeeppp…. !!’
Urgh..! Bingit! Bila masa pula aku set jam ni? Takkan la Melati pula.. isk, tak pernah- pernah. Dengan mata yang masih lagi tertutup, aku mecapai jam yang entah bila elok lepak disebelah bantal dan meraba mencari butang off. Malang betul la aku ni.. kenapa setiap kali hari cuti aku.. ada sahaja benda yang nak merosakkan mood aku. Cis.. aku patutnya ada lagi satu jam untuk tidur sebelum bangun bersiap untuk appointment di gym dan jadual- jadual seterusnya yang aku dah susun cantik untuk cuti aku hari ni.Geez.. tidur balik! Masa itu emas.
“Hello Lady..” Kedengaran suara Anas dari luar bilik diikuti dengan beberapa ketukan dipintu yang mengganggu niat aku untuk menyambung semula tidur. Huh? dia maksudkan aku ke?
“I kasi you sepuluh minit, bangun dan bersiap.. masuk SV” Sekali lagi dia bersuara.
“I don’t need your sepuluh minit, kasi dekat orang lain..” Balas aku yang akhirnya membuka kelopak mata. Alah.. kacau betul la mamat ni.. kan aku dah betul- betul sedar ni. Bila masa pula aku ada minta dia sepuluh minit yang dia sibuk nak kasi kenapa.haish..
“Atau you nak I masuk siapkan you, huh?” Balasnya setelah beberapa ketika. Huh? Aku memandang kearah pintu. Ah.. tak rapat, mesti kerja Melati ni. Aku pantas bangun dari katil, menuju kearah pintu dan kuncikan. Fuh.. bahaya.
“Urgh..! I cuti tahu tak? Cuuuti!” Tegas aku sebaik sudah selamat terkunci di dalam bilik.
“… Sembilan minit”
“Okay.. okay.. tak payah counting, I dah bangun pun.. memang mustahil la boleh tidur balik, kejap lagi I turun” Cis, mata aku segar terus.. musnah habis perancangan aku hari ni. Kenapa pula aku kena masuk kerja hari ni. Hey, aku lapor jugak dekat pejabat buruh nanti.. kalau orang gaji pun kurang- kurang ada cuti seminggu sekali la.
“Good girl..” Ujarnya. Good girl? Di budak- budakkannya aku ni. Grrr..
***
Kenapa aku ada dekat sini sekarang? Bukankah sepatutnya aku di gym membuang lemak- lemak yang sepatutnya. Urgh.. Aku menjeling kearah Anas yang berada dimeja depan dalam kelas sekarang. Rasanya aku dah cakap dengan Melati haritu yang aku tak mahu teruskan kelas ni lagi. Penatlah.. lagipun aku tak pernah berminat dari awal. Tsk.. suka hati dia nak suruh aku masuk kelas ni, ambil masa cuti aku pula tu. Yang aku pun pergi ikut cakap dia kenapa, mulut protes.. tapi kaki gerak juga ikut.. eh tak.. tak.. encik ‘otak’.. jangan tukar subjek, dia yang paksa aku..titik! itu kesimpulannya.
“Okay, hari ni kita buat Mocha Pots de Crème. Minta semua berkumpul dekat sedikit.. I’ll show you how to make it” Ujar Anas memulakan kelas. Haish.. malang tak sudah nasib aku ni. Aku mencapai buku nota dan menurut yang lain menghampiri meja Anas.
“Heavy cream, Sugar, choc, espresso, whipped cream and choc shaving for garnish..” Ujar Anas lagi sebelum sempat semua bersedia.
“Kejap, kejap.. err.. boleh tak jangan cakap laju sangat?” Soal Aku sebaik tiba dimeja depan. Tak sempat nak catat pun ni.. aku memandang pada buku nota.. yang sempat tulis cuma.. gula. Nak lari mana entah dia ni, cakap laju sangat.
“Puan Shikin.. tak perlulah catat semua, resepi dah pun diedarkan, boleh tengok bila dah balik ke meja sendiri, okay? Sekarang fokus pada apa yang I buat ya” Balasnya dengan senyuman. Oh.. ye ke? Aku memandang sekilas padanya sebelum pada peserta- peserta kelas yang lain. Uh? Semua senyum.. diorang ketawakan aku ke? Geez..
“Hmm..” Balas aku semula.
Aku memerhati setiap pergerakan tangan Anas sementara separuh hati aku berada diluar kelas. Teringat segala perancangan yang aku atur hari ni musnah semua kerana aku dipaksa masuk ke kelas ni. Dari temujanji di gym sehingga makan malam istimewa untuk diri aku sendiri yang aku dah rancang dari awal.. semuanya hancur! Aaa.. tak.. makan malam sempat kot.
“Ya, Intan.. ada soalan” Kali ini suara Anas berjaya tembus jelas ke telinga aku setelah segala penerangannya tentang dessert tu, aku kurang ambil perhatian. Spontan aku memandang kearah Intan.
“Kita pakai bittersweet choc ke untuk resepi ni?” Soal Intan.
“No, it’s unsweetened choc” Jawab Anas
“Hmm.. ” Intan mengangguk. Satu senyuman manis terukir dibibirnya. Dari Intan, aku beralih memandang Anas, teringin melihat reaksinya. Dia tidak pula memandang pada Intan sebaliknya tunduk fokus pada kerjanya ..hmm? tapi dia pun tersenyum. Aaah.. dia senyum juga.. dua orang ni..
“Dah terlanjur Intan bangkitkan tentang coklat, apa kata kita ulangkaji sikit.. so, Shikin.. apa beza bittersweet and unsweetened choc?” Soal Anas tiba- tiba, mengalih fokus aku.
“Huh?” Hah? Kenapa tanya aku pula? Ala.. ingat aku tak tahu ke? tak belajar pun orang boleh tahu la.
“Err.. unsweetened, coklat tanpa gula.. bittersweet pula kurang gula” Balas aku penuh yakin, padahal aku cuma guna logik berdasarkan nama coklat tu sahaja. Haha.. aku memang genius!
“Good.. Umumnya jawapan tu betul…”
“Unsweetened choc.. 99 peratus koko, bittersweet pula 50 peratus koko.. tapi berbeza mengikut keluaran, untuk better brands biasanya 75 sehingga 90 peratus koko dengan tambahan gula dan vanilla untuk rasa yang lebih stabil” Sampuk Intan sebelum Anas menghabiskan apa yang hendak dikatakan pada aku. Waaa… bunyi macam sama dengan jawapan aku, tapi kenapa aku rasa macam aku dah salah jawab je.. hmm..
“Ya, betul tu Intan.. you are doing a great job.. itulah hasilnya kalau dalam kelas tumpu perhatian dan tak selalu miss kelas” Balas Anas memuji Intan sebelum menyambung semula kerjanya. Cheh! Tak lain.. nak perli aku la tu.. tak hairanlah.. tapi… bila dia bandingkan aku dengan Intan.. err.. aku tak berapa suka. Huh? tak suka? Aaa.. kenapa pula.. kan dari awal lagi aku dah tahu yang aku ni memang tak setanding langsung dengan Intan yang serba- serbi lebih tu.. isk..
“That’s it.. semua boleh mula sekarang”
Langkah aku atur ke meja aku semula. Ala.. bukan susah pun nak buat benda ni, tambah lagi ada resepi. Campur- campur.. kacau- kacau.. masuk oven, siap! Huh.. tengok la.. berbuih- buih mulut kau orang semua rasa dessert aku nanti.. bukan sebab keracunan.. tapi sebabkan terlampau sedap dan ketagihan. Tengok la.. Eh, kejap.. yang aku nak emo sangat ni kenapa? Sebab Anas dengan Intan? Huh. tak.. tak.. oh.. sebab aku kena paksa buat semua ni.. tapi.. kan boleh je kalau aku nak protes, tak pun lari je.. Ah.. malas fikir.
***
“Untuk kelas hari ni, dessert dari meja tiga paling tepat rasanya.. good job” Ujar Anas membuat ulasan sebelum kelas tamat. Meja tiga.. meja tiga.. aa.. oh, Intan.. haih.. ye lah.. berangan boleh la kalau aku nak harap aku dapat buat lebih baik dari dia.
“Terima kasih..” Balas Intan, jelas terpapar keceriaan diwajahnya bila dipuji begitu. Ia lah.. siapa tak suka kalau si pujaan hati puji kan.. huh!
“Meja satu, dua dan lima.. you guys too.. so keep it up..” Tambah Anas. Satu.. dua.. tiga.. lima.. semua meja disebutnya kecuali meja empat.. ah, meja aku…
“dan Shikin.. too much espresso dan sedikit hangit.. taste it yourself and tell me, you rasa boleh ke manusia normal makan dessert macam tu? desserts supposed to be sweet.. please bear in mind..” Tambahnya lagi, dengan terang menyebut nama aku. Terkedu aku seketika, bukan sebab malu kerana dikritik dihadapan peserta lain.. tapi entah la.. kenapa aku nak tersentap tiba- tiba ni. Mocha pots de crème aku tak boleh dimakan manusia normal? Aaah.. ya, I knew it already.. kenapa hati aku ni nak terasa sangat .. betul la tu apa yang dia cakap.. tapi.. ah..
“Hmm.. Zara rasa okay je.. tak adalah teruk sangat.. boleh makan lagi apa..” Komen Zara yang tiba- tiba muncul di sebelah aku. Aku memandang kearah Zara yang tersenyum dengan sudu yang dibiarkan didalam mulut. Biar betul Zara ni.. dia back up aku ke.
Zara merapatkan jarak dengan gaya ingin berbisik. “Pahit boleh tahan pudding ni.. tapi tak kisah la, zara tak suka kak intan..” Bisik Zara. Uh.. tak ikhlas punya budak.. back up aku sebab dia tak suka si Anas tu puji Intan rupanya.
“Ah, Zara tolong kemas ni.. Kak Shikin ada hal.. I’ll pay you back later..” Ujar aku pada Zara sambil menanggal apron dan letakkan diatas meja.
“Then, zara nak chicken wings..”
“Ayam? Tak boleh.. tak boleh.. mati kak Shikin kena pancung dengan abang zara tu nanti.. benda lain” Zara menarik muka masam namun tangannya tetap juga bergerak, mula mengemas. Haih.. bagusnya budak ni hari ni.
“Yelah.. then treat me to steamboat .. eh, kak Shikin.. tengok tu.. kak Shikin tak rasa menyampah ke? tsk..” Gerak tangan Zara terhenti seketika, lengan baju aku ditarik sedikit mengajak aku memerhati sama. Mata Zara tajam memandang Intan yang sedang bercakap sesuatu dengan Anas di mejanya.
“Later...” Ujar aku pada Zara sebelum mencapai beg dan keluar dari situ. Buang masa… rugi macam tu sahaja cuti aku. Pagi tadi beriya sangat kejut aku, paksa aku masuk kelas.. alih- alih.. bila dalam kelas..
Sebaik aku melintasi coffee bar, aku memperlahankan semula gerak langkah dan berpaling ke belakang. Uh.. apa yang aku tunggu? Macam la dia nak kejar aku..
“You cari siapa?” Terkejut aku bila disapa tiba- tiba. Terasa macam aku ada buat salah pula.
“Hah? Uh.. tak ada.. mana ada I cari siapa, tak apa la.. I nak keluar, jumpa malam nanti” Aku menepuk bahu Melati sekali sebelum melangkah ke pintu keluar.
Okay.. aku duduk dekat sini sekejap. Aku bersandar pada pintu kereta yang menghala bahagian pintu masuk SV. Aku menarik keluar media player dari dalam beg. Ya.. aku bukannya tunggu sesiapa dekat sini, aku cuma tak rasa macam nak pergi lagi sekarang. Itu apa yang aku cuba yakinkan pada diri aku tapi tanpa sedar.. setiap beberapa ketika aku mengangkat wajah memandang kearah pintu. Setiap kali pintu dibuka setiap kali itu jugalah mata aku spontan memandang. Urgh.. tak boleh.. tak boleh macam ni. Tak ada deria rasa betul lah mamat tu, takkan dia langsung tak perasan yang aku terasa dengan dia? dia tak ada niat langsung ke nak minta maaf ke apa ke sebab dah musnahkan hari cuti aku macam ni. Geez.. times up! Suka hati kau lah nak berpantun syair ke nak berpuji- pujian dengan buah hati kau tu kan.. huh. Pintu kereta aku buka dan bersedia untuk masuk ke dalam.
“Fuh, nasib baik you tunggu”
Aku memandang pada tangan yang memaut lengan aku sekaligus menangguh niat aku untuk masuk kedalam kereta. Ah, dia datang.. tapi kenapa muka dia tak macam orang bersalah pun. Aku memandang pada Anas dengan wajah yang sedikit berkerut. “You ni kenapa? Siapa tunggu you..dah la, tepi sikit” Tadi dalam kelas bukan main sombong lagi.. ni yang tersengih macam kerang busuk apa hal?
“Sekejap, nah!” Anas menolak satu bakul yang boleh tahan besarnya pada, memaksa aku memeluk bakul tersebut.
“Apa ni?” Soal aku blur. Hey, bukankah sepatutnya sekarang dia patut cakap yang dia minta maaf sebab dah rosakkan cuti aku dengan memaksa aku masuk kelas yang menyakitkan hati tu? kenapa pula sekarang aku kena pegang barang dia?
“Okay.. sekarang you boleh masuk” ujarnya tanpa menjawab soalan aku, kunci kereta yang masih dalam genggaman aku ditariknya.
“Hey, but I’m going somewhere.. you tahu kan.. hari ni I cuti” Protes aku walau tetap melangkah kearah tempat duduk sebelah pemandu. Aku ni memanglah.. tak ada disiplin.. otak fikir lain.. hati kata lain.. kaki pula buat hal lain.. ish.
“Ya..” Balasnya bersahaja. Enjin kereta dihidupkannya dan terus memandu keluar dari laman SV.
“Then..?” Soalku geram. Mamat ni tak faham situasi atau sengaja buat tak faham?
“I’ll be your butler for a day.. cakap sahaja you nak pergi mana dan apa you nak I buat.. hari ni you boss..” Balasnya dengan wajah ceria. Haih.. mamat ni memang tak ada perasaan agaknya. Malaslah aku nak layan.. aku tak ada rasa nak layan sebarang game sekarang, simpan sahajalah game sia- sia tu.. pergilah ajak Intan atau sesiapa pun. Aku tak kisah. Satu keluhan kecil aku lepas sambil memandang keluar tingkap. Tak payah tunggu pergi gym atau buat sebarang aktiviti senaman berat pun, aku terasa macam penat sangat sekarang.
“What? You are not happy that I’m giving myself as your birthday present?” Tambahnya membuatkan mata aku yang agak layu serta merta segar. Apa dia kata?
“Birthday..? ah.. sangat keju okay.. siapa nak you sebagai hadiah birthday? mengarut” Aku memandangnya sekilas sebelum beralih memandang tegak ke depan. Ah.. dia tahu la.. dia tahu hari ni hari lahir aku. Aaah.. muka aku tak semena terasa panas. Tsk.. I’m blushing! Tengok.. kan aku dah kata tadi.. otak, hati dengan fizikal aku ni tak pernahnya nak sepakat.
“Keju?”
“Cheesy..”
“Oo.. okay apa? I datang dengan pakej, you see.. bijak lagi cantik bergaya.. siap ada free gift lagi.. you dapat I sebagai hadiah.. dan sebakul penuh dengan makanan yang I sediakan.. hmm… two slices Anas the great, cheese cake.. Anas hearty ice blended mocha, Anas special pasta, a box of pretty me choc orchidèe.. and slices of Anas yang baik hati watermelon.. hmm.. mana you nak cari.. benda ni semua mana ada jual dekat luar.. tak bersyukur lagi?” Ujarnya panjang lebar.. kenapa semua menu kena ada nama dia. geez.. syok sendiri betul budak ni. Aku cuba menahan dari terseyum, dengan mengalih perhatian memandang keluar tingkap semula.
“Dengar nama pun dah hilang selera” Aku mengukir senyuman sendiri. Hish.. senang betul aku ni.. bukan ke awal tadi aku beriya bengang dengan dia. Aah.. tapi.. dia ingat la birthday aku.. tambah lagi bila dengar dia cakap macam tu, macam mana aku boleh tak tersenyum.. mestilah aku suka dengar dia cakap macam tu.. isk… gatal kau Shikin..
“Hmm.. kalau tak nak.. you boleh share lagi satu dessert dengan I, itu I punya lah.. tapi kalau you nak, I boleh bagi you rasa sikit” Balasnya. Ada lagi?
“What dessert?” Soal aku.. jangan nak kata ‘Anas’ special menu lagi sudahlah..
“It’s Mocha pots de crème made by Nurul Ashikin.. ini I kira macam upah untuk khidmat I hari ni.. see, pemurah kan your butler? Tak payah you keluar duit bayar gaji” Jawabnya. Maksud dia Mocha pots yang aku buat? Aku memandang wajahnya untuk cari kepastian. Bukankah dia sendiri kata yang Mocha pots aku paling teruk antara semua peserta tadi?
“Hai.. bukan ke mocha pots tu dalam kategori yang tak boleh dimakan manusia normal, kenapa tiba- tiba mengaku itu you punya?” Ujar aku walaupun dalam hati sebenarnya ada sikit rasa bangga, terharu dan rasa bersalah. Macam mana aku boleh tak rasa bersalah, dessert aku tu memang pahit sikit pun.. Aah.. dia nak ambil hati aku je tu kot.. mesti dia rasa bersalah sebab kritik aku tadi depan semua. Okaylah.. aku maafkan..
“Ya right.. mungkin I ni bukan manusia normal” Ujarnya sekali lagi membuat aku tak dapat menahan senyum.
“Tahu pun.. you tak takut keracunan ke makan dessert yang I buat?” Soal Aku. Wah.. dalam hati aku sekarang tiba- tiba dah tumbuh macam- macam spesis bunga sekarang. Mood aku pun dah kontra dari awal tadi.
“You ada letak racun ke? kalau macam tu.. sekejap lagi you kena rasa dulu, apa- apa.. you kena dulu” Balasnya. Geez.. tak berperikemanusian langsung suami aku ni. Grr..
“Mana ada lah.. tapi lepas you cakap.. menyesal pula I tak letak tadi..hish” Balas aku disambut dengan tawanya. Alahai.. overdose la aku hari ni dengan ketawa dan senyum dia. tak berhenti dari tadi lagi.. terlupa terus rasa marah dari pagi tadi. Ini kali pertama aku rasa yang hari lahir aku special.. selalunya setiap tahun, aku raikan dengan hadiahkan diri sendiri makanan yang aku kira sedap dari breakfast sampai ke dinner, buang masa di spa dan juga gym.. tapi tahun ni… memang aku rancang benda yang sama tapi ini pula yang jadi. Tak kisahlah.. yang penting aku suka!
“Shikin..” Panggilnya setelah tawa reda.
“Hmm?” Aku memandang wajah dia, menanti apa yang hendak dikatanya.
“Happy Birthday..” Ujarnya perlahan dan ringkas.
“Uh?..ah.. t..tthanks..” Balas aku sedikit gagap. Isk.. yang aku tiba- tiba nak gelabah pasal apa? Dia cuma cakap happy birthday.. yang aku gelabah macam dia cakap I love you kenapa? tsk.. Shikin..oh Shikin..
p/s:komen ye my dear reader..
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 10, 2011
Dan Calonnya Adalah.. 2
kisah ni... serius! rekaan semata- mata..hehee
Amani menyimpan semula dua keping tiket yang baru sahaja diperiksa ke dalam beg sandangnya. Sebelah tangannya tidak lepas memegang liliana yang terkedek- kedek mengikut rentak langkahnya masuk ke dalam feri. Jam sekarang menunjukkan pukul 6.55 pagi, ada lagi lima minit sebelum feri bergerak. Sengaja dia mengambil feri awal supaya tidak bertembung dengan Risa. Malas dia nak mendengar bebelan si Risa kalau dia dapat tahu tentang keputusannya untuk ke Pulau Lima. Amani memandang keluar tingkap sebaik mengambil tempat duduk. Cuaca masih gelap ditambah lagi dengan hujan renyai. Amani menarik nafas dalam dan lepaskan, harap- harap.. apa yang dirancangnya berjalan dengan lancar.
“Kak, kita nak pergi holiday ya?” Soal Liliana
“Ya, lagi dua jam kita sampai sana.. sekarang kita tidur dulu.. jom” Balas Amani sambil membetulkan duduknya supaya lebih selesa.
“Yeay! Ho ho holidays! Tapi.. kalau kakak tidur.. lili tidur.. macam mana kita nak tahu kita dah sampai nanti.. ?” Soal Liliana sambil memandang ke arah Amani.
“Alah.. kalau kita tak sedar.. ada la orang kejutkan nanti, lagipun.. feri ni memang untuk ke Pulau Lima.. tak ada nya kita boleh sesat sampai ke Maldives..”
“Oh, ye ke?”
“Oh, ye la. Dah, jom tidur!”
***
“Selamat pagi tuan muda, ini persalinannya”
“Urgh..” Dia berundur setapak kebelakang, terkejut kerana ditegur begitu sebaik pintu bilik airnya dibuka.
“Oh.. Okay.. letak dekat sana” Ujarnya memandang kurang senang kearah pemuda yang sedang berdiri dihadapannya dengan persalinan lengkap ditangan dan wajah tanpa perasaan. Orang baru agaknya, tak pernah pula dia nampak dulu.
“Baiklah. Hmm.. mulai hari ni saya penata imej tuan muda, saya..”
“Tak perlu perkenalkan diri.. I’ll forget it anyway” Tegasnya.
“Ni mesti kerja orang tua tu.. aku bukannya budak- budak lagi, nak kena orang pilihkan baju.. tak pun kalau nak suruh orang pilihkan.. kasi la yang berjenis sikit.. kurang- kurang biarlah perempuan, sedap juga lah mata aku memandang.. ini dihantarnya budak kayu ni.. tsk” Bebelnya sendiri sambil melangkah ke tengah bilik.
“Maaf, apa tuan muda cakap?” Soal pembantu tadi sambil turut berjalan mengekor langkah tuan mudanya.
“Nothing. Aaa.. semua dah ada di anjung santapan?”
“Ya, semua tak sabar nak jumpa tuan muda”
“Hmm.. you can go now”
“Eh..”
“Sebelum tu, lepas ni.. tak perlu lagi siapkan semua ni.. kalau ada hal penting, tolong ketuk pintu dulu sebelum masuk”
“Tapi..”
“Now, please excuse me. Beritahu semua, saya turun dalam masa lima minit”
***
Amani membuka mata, tidurnya terganggu dengan suasana dalam feri mula bingit dengan suara penumpang yang mula bersedia untuk turun. ‘Ah.. Ini ke Pulau Lima?’ gumamnya sendiri sambil memandang keluar.
“Minta bertenang semua, perjalanan ke Pulau Lima akan ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Semua penumpang diharap dapat menunggu di terminal sehingga pengumuman seterusnya, segala kesulitan amat dikesali”
“Hah?” Amani menggaru kepala sebaik mendengar pengumuman. Kalau bukan Pulau Lima.. ni dekat mana pula? Dia bersoal sendiri. Beg yang dari tadi dipeluknya, dialih sangkut ke bahu sebelum menarik tangan Liliana yang memangnya sedar dari tadi.
Dalam sesak penumpang, Amani memaut kemas tangan Liliana sementara sibuk cuba mengenalpasti dimana sebenarnya mereka sekarang.
“Terminal Kelana, Pulau.. Ouch!” Belum habis papan tanda dibaca, bahunya dilanggar kasar, tidak semena dia hilang keseimbangan.
“Watch out!” Amani memandang pada tangan yang memaut lengannya seketika sebelum berpaling untuk melihat tuannya.
“Eh..” Dia terkesima seketika, kekok memandang lelaki disebelahnya.
“Cik.. err.. okay?” Soal lelaki itu sebaik melepas pautannya pada Amani. Ah.. nasib baik.. kalau tak percuma je tersungkur dekat sini. Getusnya.
“Oh.. okay, thanks” Balas Amani, pantas berpaling kearah lain sekaligus mengalih anak matanya yang leka memandang lelaki itu. Waa.. handsome boleh tahan mamat ni .. dari mana pula dia muncul? Jodoh aku agaknya ni.. hee.. perasan.. tapi kalau betul pun apa salahnya kan.. uwaa.. kemas dengan suit lengkap lagi.. kerja bank kot mamat ni ya. Waah.. kaya.. kaya.. eh, kenapa pula kalau dia kerja bank, dia kaya.. bukannya semua duit tu dia punya pun.. ah, tak kisah la. Amani berbicara sendiri di dalam hati, lenyap seketika dari realiti.
“Adik ni nampak pucat la.. okay ke ni?” Soalan lelaki tadi mengembalikannya ke alam nyata.
“Eh, mana ada.. Saya okay..” Amani berpaling semula mencari lelaki tadi. Dah.. mana pula dia ni?
“Tak sihat ya?” Soalnya kali kedua. Amani memandang kearah Liliana. Lelaki tadi kini duduk bertentang dengan Liliana, tersenyum sambil mengusap kepala Liliana.
“Lah.. ingatkan tanya aku.. cis!”
“Cik kata apa..?”
“Ah.. tak.. Lili ni tak biasa travel naik feri.. mabuk laut kot.. tak apa.. sekejap lagi okay la tu. Tak apa lah encik.. saya pergi dulu ya” Ujar Amani cuba sembunyi rasa malunya. Segera dia menarik tangan Liliana untuk berlalu dari situ, masuk semula ke kelompok orang yang sedang bersesak di pintu masuk terminal.
“Err.. saya Khairul..!” Jeritnya memperkenalkan diri sementara Amani dan Liliana laju meninggalkannya disitu sendiri.
“Fuh.. lepas pun masuk..sesak, sibuk je semua nak berkumpul dekat situ, tunggu je la pengumuman perjalanan nanti. Oh ya.. Lili, tadi mamat tu kata nama dia apa ya? K.. kay.. k apa? Lili..?... Liliana!”
***
Amani menarik satu risalah dari kotak yang berada di kaunter itu. Tangannya pantas mencatat nombor telefonnya “Kalau ada, call saya.. saya cuba cari dekat luar” Ujar Amani pada gadis yang berada di dalam kaunter. Dia tak boleh tunggu sahaja disitu, apa- apa pun boleh jadi, lagipun Liliana baru sahaja empat tahun.. bijak mana pun dia, dia masih budak- budak.
“Lili..!” Anak matanya meliar mencari Liliana dicelah orang ramai. Peluh sejuk mula mengalir dari dahi ke pipi, tapak tangan usah katalah.. dari saat dia sedar Liliana terlepas dari pegangan, serta- merta tangannya menjadi sejuk. Takut.. risau.. rasa bersalah semua bercampur. Liliana seorang sahaja yang dia ada dalam dunia ni. Kenangkan kenyataan itu buatkan dia bertambah- tambah takut.
Dari dalam ruang menunggu terminal, dia melangkah keluar. Setiap orang yang berselisih dengannya ditanya tentang adiknya itu.
“Bodoh la kau ni Amani! Macam mana boleh tak perasan Lili hilang!” Amani memarahi diri sendiri sambil terus melangkah ke kawasan gerai- gerai cenderamata yang terdapat di tepi jalan.
“Kenapa ni cik?” Soal salah seorang pemilik gerai disitu, melihat Amani yang tidak tentu arah mencari sesuatu.
“Ah.. Adik saya, mak cik ada nampak adik saya.. lebih kurang tinggi ni pakai baju warna purple, hairband pink. Ada tak?” Terang Amani dalam nada yang tak tersusun dan kelam kabut.
“Adik cik.. yang galas bek raksaksa tu ya?” Respon pemilik gerai itu menambah kerut di dahi Amani.
“Raksaksa? Ah.. adik saya bawak beg pororo..penguin mak cik, bukan raksaksa.. tak apalah, terima kasih..” Balas Amani kemudian ingin mula mengatur langkah untuk mencari semula.
“Kejap cik.. betul la tu.. penguin” Tambahnya sekaligus mematikan langkah Amani.
“Mana? Mana Lili?”
“Rasanya betul la.. mak cik ada nampak budak yang macam cik cakap tu masa nak balik gerai tadi.. dia menghala ke Singgah Naba”
“Singgah Naba?” Soal Amani. Ini pun kali pertama dia sampai ke Pulau Teja ni. Mana lah pula dia nak tahu nama tempat disini.
“Ya.. ah, cik nampak simpang kiri depan sana tu.. masuk simpang tu.. terus sahaja” Terang si pemilik gerai. Amani mengangguk sekali sebelum berpaling dan berlari kearah yang dinyatakan.
“Tapi cik..” Kata- kata pemilik gerai itu mati disitu. Amani terlalu cepat mengatur langkah.
***
Ah.. sudah, dekat mana pula aku sekarang ni? Betul ke cakap mak cik tadi, si liliana lalu sini? Urgh..! Kalau diikutkan kata pemilik gerai tadi.. inilah halanya. Tak sangka pula Singgah Naba yang dimaksudkan adalah sebuah… hutan. Amani menebar fokusnya, namun apa yang jelas cuma pokok- pokok yang dilihatnya. Kalau benar Lili ke sini, dia harus pastikan sendiri.. tak ada sebab untuk dia mengelat dari sebarang kemungkinan, dia memberanikan diri melangkah masuk ke dalam kawasan hutan yang kelihatan terjaga dengan pagar kayu separas lutut itu.
“Lili.. ! cepatlah.. jangan buat kakak macam ni!” Jerit Amani sebaik melangkah masuk ke dalam hutan. Nama lili dijerit berulang kali dengan harapan, adiknya itu dapat mendengarnya.
Sedar atau tidak sudah hampir lima belas minit dia berkeliaran dalam hutan itu. Sekarang, dia sendiri sudah tidak pasti dia di mana. Kakinya mula terasa letih, dadanya terasa sesak dengan kerunsingan.. dikepalanya pelbagai kemungkinan mula terbayang namun nama lili masih tidak lekang dari bibirnya. Apa dia harus lakukan kalau benar ada sesuatu terjadi pada liliana.
“Ah.. telefon!” Amani menghentikan langkahnya, menggagau telefon dari dalam beg sandangnya. Skrin telefon ditenung dengan rasa hampa, tiada juga sebarang berita dari pihak pengurusan terminal tadi, hendak buat panggilan keluar.. tak ada line pula dalam hutan ni.
“Elok sangatlah macam ni.. Lili entah dekat mana.. aku sendiri pula tak ada idea langsung dekat mana aku sekarang.. timur, barat, utara.. selatan.. semua pokok ! argh..” Masuk ni, entah keberapa kali dah Amani memarahi diri sendiri. Dia menghampiri sebatang pokok yang berada tak jauh dari tempat dia berdiri itu, tangannya di depa beberapa saat sebelum memeluk erat batang pokok itu. Matanya dipejam rapat, cuba mencari sebanyak mana kekuatan yang boleh untuk tidak terus putus asa.
“Pokok.. tolong la aku.. tsk.. tak ada siapa dekat sini selain kau yang boleh aku mintak tolong. Argh…! Aku dekat mana sekarang ni.. kenapa la nasib aku macam ni ya, pokok” Ujar Amani, cuba meluahkan rasanya.. dekat.. pokok?
“Iya lah.. encik pokok.. apa kata kau tolong je dia ni” Sambut satu suara membuat jantung Amani terhenti seketika. Matanya yang awal tadi dipejam.. kini terbuka luas. Macam mana pula boleh ada orang dekat sini? Tapi tak kira lah samaada orang atau memerang sekalipun yang menegurnya itu, dia terasa kekok untuk berpaling dan memastikan si empunya suara. ‘Ah..dia mesti dah dengar semuanya. tsk.. malunya! Pokok.. tolong aku lagi satu benda.. suruh orang tu cepat- cepat pergi..’ Semakin erat Amani memeluk batang pokok itu.
“Pokok tu kata.. dia tak boleh bernafas.. sampai bila kau nak cekik dia macam tu?” Melihat pada reaksi Amani, sekali lagi dia bersuara.
Tanpa berpaling, Amani melepaskan sebelah tangan dari pokok dan mengisyaratkan supaya lelaki itu segera pergi dari situ tanpa mempedulikannya. Dia masih terasa malu untuk berdepan dengan lelaki itu. Tak apa.. biar dia cari sendiri jalan keluar daripada minta tolong dengan mamat yang mungkin menganggap dia tak betul sebab bercakap dengan pokok.
“Hmm.. encik pokok.. nampaknya.. kau dah jumpa jodoh akhirnya kan.. aku rasa minah ni dah jatuh cinta dekat kau la” Tambah lelaki itu lagi buatkan Amani bertambah tidak selesa, berapa lama lagi mamat ni bercadang untuk berada dibelakang dan terus terusan memerli dia macam ni. Ah.. tak ada pilihan.. Amani menarik nafas panjang dan lepaskan sebelum tekad untuk berdepan dengannya.
“Kau!..” Kata- kata Amani terhenti disitu sebaik matanya menangkap susuk tubuh yang berdiri dihadapannya sekarang. Huh? Ba.. baju melayu? Apa pula mamat ni buat dalam hutan macam ni pakai.. baju.. melayu.. Terpaku seketika Amani, menganalisa lelaki yang berdiri tanpa perasaan dihadapannya lengkap berbaju melayu rona krim. Ah.. tapi serius.. dia tak nampak janggal langsung dalam baju tu, betul lah kata orang.. kalau tuannya dah cantik.. pakai apa pun nampak...
“So.. kau buat apa dekat sini?” Soalnya pada Amani.
“.. It’s not your problem.. macamlah hutan ni kau yang punya” Balas Amani. Untuk beberapa saat terdetik dihatinya yang kalau dilihat pada rupa.. memang mencairkan.. tapi sebaik teringat apa yang dikata lelaki ni pada dia awal- awal tadi, segera dia mewaraskan kembali fikirannya.
“It is.. this is private property.. so, aku tanya lagi sekali ya, kau buat apa dekat sini?” Balasnya penuh yakin. Dia mengamati wajah Amani.. sudah pasti gadis dihadapannya ini bukan penduduk Pulau Teja. ‘Hmm.. boleh pakai ni’
“Huh? hutan ni kau punya? Kalau kau boleh mengaku hutan ni kau punya.. aku pun boleh kata yang pulau ni aku punya” Balas Amani dengan senyuman sinis.
“No, you can’t”
“Kenapa pula tak boleh?”
“cause I own this island too”
“Sorry cakap.. aku rasa kau ada masalah dekat sini..” Ujar Amani sambil menghala telunjuknya ke kepala.
“Maaf cakap juga.. at least, aku tak bercinta dengan pokok..”
“Huh?”
“Ah, tak kisahlah.. elok juga aku jumpa kau dekat sini.. tak ada masa, ikut aku” Tanpa amaran, tangan Amani ditariknya.
“Pergi mana? Hey, kenapa aku kena ikut kau pula? Aku bukan kenal kau pun.. tsk.. lepas la” Amani cuba melepaskan pautannya dengan sebelah tangan yang masih bebas.
“Aku Kelana.. Tun Kelana”
“Who cares? Apa- apa pun lepas lah.. aku ada masalah sendiri.. jangan tambah masalah aku boleh tak?” Berkerut wajah Amani dengan tingkah mamat yang baru sahaja dijumpainya tu. Setakat bagitahu nama, tak bermaksud yang mereka dah kenal masing- masing.
“Ah.. I don’t have enough time to explain..”
“Then.. tak payah explain. Aku pun bukan ada masa nak dengar” Amani merentap sekuat hati tangannya dari pautan Kelana. Geez.. gila agaknya mamat ni. Dia memandang hairan bercampur geram kearah Kelana.. Memang macam ni agaknya orang pulau ni.. pelik!
“Boleh tak kalau kau behave and ikut aku. Lepas ni aku tolong la kau.. apa pun masalah kau, pasti tak sebesar masalah aku sekarang.. so ikut aku sekarang or kau boleh terus merayu encik pokok tu tolong kau, since tak akan ada manusia lain gila macam kau ni ceroboh private property orang, what are you? Pemburu haram?” Ujar Kelana sambil memandang tepat kearah Amani. Dia tak ada pilihan lain.. setakat ini yang dia nampak.. gadis dihadapannya sekarang mungkin dapat membantunya.
Amani tertunduk sebentar berfikir, patut atau tidak dia ikut lelaki dihadapannya ni. Apa jadi kalau dia ni ada niat jahat.. urgh.. tapi mamat ni adalah satu- satunya harapannya untuk keluar dari sini dan entah kenapa.. dia tak langsung rasa yang mamat ni berbahaya selain mungkin bermasalah sedikit dengan otaknya. “Lili.. tolong carikan lili..”

Thursday, August 18, 2011
Dan Calonnya Adalah... 1
perhatian:cerita, nama, watak dan latar tempat adalah rekaan semata2.harap maklum. tq. :)
BAB 1:
Hujan yang berpanjangan dari petang tadi masih tiada tanda reda. Mujur sahaja dia tinggal di Flat Seri Ratna ini, jadi tidak perlulah dia bimbang akan kemungkinan banjir. Amani memandang sekilas kearah si kecil yang asyik menghabiskan roti di satu sudut ruang tamu itu. Dia mencapai sehelai baju panas lalu disarungkan ketubuh adiknya itu sebelum kembali pada Risa yang serius dengan kertas- kertas bil dan mengasingkan keping duit kertas dan syiling ke beberapa bahagian. Serpihan tabung doraemon yang tadi selamat dipecahkan dikumpul Amani ke satu bahagian.
“Tiga puluh, balance” Ujar Risa sambil menolak sebahagian duit yang dimaksudkannya kehadapan Amani. Kesemua duit yang dikumpulkan, lebihan tinggalan arwah ibu, hasil upah membungkus sotong kering.. termasuk juga satu- satu hartanya, tabung yang satu itu telah dibahagikan untuk membayar segala jenis bil dan hutang.
“Ti.. tiga puluh ringgit?” Bibir Amani sedikit bergetar menutur. Dikepalanya mula memikir pelbagai kemungkinan. Yang paling dirisaukan ada makan dan minum dia dan adiknya.
“Lebih tepat.. dua puluh lapan ringgit tujuh puluh sen” Tambah Risa.
“Argh.. aku nak berhenti kolej!” Luah Amani berserta satu keluhan berat. Dari bersila, dia berbaring ke lantai menghadap siling. Buat masa sekarang dia tidak tahu apa lagi yang patut dia lakukan. Semalam genap tiga bulan pemergian arwah ibunya. Tidak banyak yang ditinggal untuk mereka dua beradik, cuma rumah dan sedikit wang simpanan. Nasib adiknya Liliana masih belum bersekolah. Kalau tidak, lagi parahlah dia hendak memikirkan bagaimana hendak mencari duit. Berapalah sangat kalau setakat upah membungkus sotong tu.
“Tapi kau kan dapat biasiswa” Ujar Risa, tidak langsung bersetuju dengan keputusan melulu sahabatnya itu.
“Ya.. biasiswa untuk yuran dan belanja kolej, habis.. aku dengan liliana nak makan apa? Bil air? Bil Eletrik lagi? Huh?” Pandangannya beralih pada Risa.
“Boleh mintak bantuan kan..”
“Kau ingat apa? Minta hari ni.. esok dapat, lagipun aku tak suka la nak meminta.. ramai lagi orang yang lebih susah dari aku ” Balas Amani.
“Ala… sayangnya.. tapi kalau kau tak ke kolej, aku pun tak nak juga la” Ujar Risa dengan mata yang mula berkaca.
“Kau gila ke apa? Dah, jangan nak mengarut.. pergi balik, dah lewat ni.. habis la kalau parents kau tahu kau dekat sini sampai malam macam ni” Amani mencapai naskah surat khabar tidak jauh darinya lalu dilempar kearah Risa yang seakan mula ingin mengalirkan air mata.
“Kau la gila! Gila kejam, halau aku balik hujan lebat macam ni.. aku tidur sini malam ni! parents aku tak ada” Riak sedih Risa bertukar geram sebaik naskah surat khabar tadi sampai kemukanya.
“Argh.. suka hati kau lah, itupun kalau kau tak kisah dinner dengan roti” Amani memejam matanya rapat. Cuba meredakan sedikit rasa runsingnya. Alangkah bagusnya kalau dia bangun esok.. semua masalahnya hilang atau mungkin juga ada mana- mana putera raja datang melamar. Ah.. mimpi… mungkin dalam mimpi sahaja semua tu akan berlaku. Kalau macam tu.. tak boleh ke kalau terus tidur dan mimpi selama- lamanya, detik hati Amani.
“Tak apa.. biar aku pesan room service punya delivery.. cakap je nak makan apa? rasa macam nak makan mee la.. ya, mee udang pun sedap kan?” Soal Risa sambil memandang kearah Amani dan Liliana bersilih ganti.
“Mak cik.. mana ada room service nak datang dalam hujan lebat macam ni.. hmm kalau kau nak mee.. yang segera ada la kat dapur. Sila layan diri. Dah, jangan kacau aku.. aku nak baring terus dekat sini sampai bila- bila.. buatnya kau ada terbaca berita seorang budak mati kering diruang tamu flatnya.. kau datanglah tuntut rumah ni.. aku wasiatkan untuk kau” Luah Amani dalam matanya yang masih dipejam.
Risa menggulung surat khabar yang masih ditangannya sebelum menepuk muka Amani dengannya. “Kau nak mati aku tak kisah.. si liliana tu?”
Amani membuka semula matanya dan memandang kearah Liliana yang sedang memandang hairan kearah mereka berdua dengan mata bundarnya.
“Hurgh.. betul juga.. kalau aku mati, aku memang tak harap kau jaga dia.. punah masa depan adik aku” Akur Amani sambil sempat mengusik Risa.
“Geez.. Nah.. ini sahaja aku ada sekarang, kau jangan risau.. nanti bila parents aku kasi elaun hujung bulan ni.. aku kasi lebih sikit, sambil tu kau boleh la minta kerja.. aku rasa restoran mummy aku ada kerja kosong” Risa membawa keluar sekeping duit lima puluh dan hulurkan pada Amani. Dia tahu.. tak ada guna menahan Amani.. apa sahaja keputusan dia ambil, dia benar akan buat walau apa cara sekalipun Risa cuba katakan. Kalau dah sekali Amani kata nak berhenti, memang dia akan berhenti.. Risa faham benar dengan sahabatnya yang seorang ni.
“Tak payah la.. dari kau hidup elok ni.. mati pula nanti kalau parents kau tahu kau kasi duit dekat aku.. kau kan tahu yang diorang tak suka kau kawan dengan orang miskin macam aku ni” Amani menolak cadangan Risa yang ingin membantunya dengan elaun belanja bulanan yang diberi bapanya.
“Ah.. tahu la aku nak buat macam mana nanti, apa- apa pun kau ambil dulu ni”
***
“Apa digulai orang di ladang
Pucuk kacang sayur ketola
Apakah untung anak dagang
Hari petang hatipun hiba”
Ditengah ramai kawasan pasar yang menjadi tempat tumpuan pelancong ini Andy meluahkan serangkap pantun. Bukan apa.. dia sebenarnya nak menarik perhatian si degil yang berjalan dihadapannya. Habis lenguh kaki, penat dari awal mereka tiba.. dia dipaksa mengikut berjalan merata. Kalau tidak diikut.. dia sendiri juga yang susah.
“Kau jangan nak merapu sangat Andy! Tiba- tiba nak berpantun bagai.. gila!” Tersentak Andy bila disergah sedang dia melayan perasaan.
“Tapi Tu..”
“Kay! Panggil aku kay la.. macam tak biasa” Potong Kay yang dapat membaca apa yang hendak dituturkan Andy.
“Fine, Kay.. tapi kita kan dah balik ke sini” Ujar Andy masih tidak puas hati.
“Kita belum pun sampai rumah.. dah! Jangan nak potong mood aku” Kay kemudian melangkah masuk kedalam sebuah kafe yang terdapat ditepi jalan kawasan itu. Kalau diikutkan hatinya.. dia ingin menangguhkan sebanyak mungkin masa yang boleh untuk pulang ke rumah.
“Betul ke kita nak naik feri ni? Tak apa ke?” Soal Andy sebaik mengambil tempat di dalam kafe.
“Aku ingat.. tak nak balik la” Ujar Kay pula tanpa menjawab soalan Andy.
“Jangan buat gila.. tak cukup lagi ke dekat lima tahun kita diluar negara tu? Mati kita kalau tak sampai malam ni juga, eh tak.. rasanya kau boleh la selamat, aku ni yang mati..” Balas Andy cemas. Dia mengelap sedikit peluh di dahi.. sedikit sebanyak dia lega bila Kay memilih untuk singgah di kafe berhawa dingin ni, walaupun cuaca di luar tidak terlalu panas, dengan pakaian yang dia pakai sekarang ..memang langsung tidak sesuai.
“Sial lah! Tak ada ais kacang pun dalam menu ni” Luah Kay kemudian mencampak menu ke atas meja semula.
“Tu.. Eh, Kay.. mind your language.. kita bukan lagi di luar negara sekarang”
“Gelabah la kau ni., rimas aku! dah la.. aku tak rasa nak makan dekat sini, jom” Cermin mata gelap yang tadi disangkut pada leher baju, ditariknya dan lekap elok ke batang hidung sebelum siap untuk keluar dari kafe itu. Rata- rata pengunjung kafe itu adalah pelancong asing yang kebanyakannya singgah setelah ataupun sebelum ke pulau- pulau pelancongan yang berhampiran.
Selangkah kaki Kay keluar dari kafe itu, dia berpaling semula. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia memandang kearah beberapa pengunjung yang baru sahaja melintas masuk disebelahnya sebelum menggaru kepala.
“Kenapa?” Soal Andy melihat Kay menghentikan langkah secara tiba- tiba.
“Nothing, kita ke jeti terus la..” Jawab Kay, menyambung semula langkah. Andy menghela nafas lega mendengar keputusan yang dibuat Kay. Memang dia tak sabar lagi untuk pulang.
***
“What with that flashy outfit” Ujar Amani sambil memandang kearah dua lelaki yang baru sahaja berselisih dengannya di pintu kafe tadi.
“Apa kau cakap?” Soal Risa yang berdiri di sebelah.
“Tak la.. kau tak perasan dua orang tadi.. baju.. omak kau.. apa dia ingat dia Rain on stage ke.. satu lagi tu pula lagi gila.. suit lengkap..” Balas Amani sambil menarik liliana untuk duduk disalah satu kerusi kosong yang terdapat didalam kafe itu.
“Mana?” Risa mula sibuk mencari.
“Dah pergi pun.. kau tengokkan liliana sekejap, aku nak pergi tanya ada kerja kosong tak dekat sini” Ujar Amani.
“Pelancong la agaknya tu.. okay, pergilah”
***
Amani melangkah masuk kedalam rumah dan terus menghala ke dapur, dia tahu liliana semestinya lapar, dari tadi terpaksa mengikutnya berpusing satu bandar mencari kerja. Bungkusan mee segera yang terakhir dikeluarkan dari dalam almari, cukuplah untuk liliana seorang.. perutnya masih boleh tahan dengan roti yang dimakan tengah hari tadi. Amani menyeluk saku seluarnya mengeluarkan baki wang yang ada. Semuanya masih ada lebih kurang enam puluh lebih.. upah membungkus sotong kering pula hujung minggu baru dapat. Boleh la kiranya dia ingin membeli beras esok. Hari ni dia tidak bernasib baik kerana tidak ada satu tempat ingin mengambilnya kerja, tapi mana tahu kalau dia terus mencuba, dia akan jumpa tempat yang membenarkan dia membawa Liliana bersama.
“Kak.. Lili dah besar” Ujar liliana, tiba- tiba menarik hujung baju Amani yang sedang ralik berfikir.
“Hah? Ye ke..?” Soal Amani sambil menggosok kepala Liliana, membuatkan rambutnya sedikit serabut. Spontan Liliana menarik muka masam bila diperlaku begitu oleh kakaknya.
“Betul la.. kakak pergi kerja.. lili jaga rumah” Ujar Liliana penuh yakin. Kata- kata Liliana itu buatkan Amani sedikit tersentuh, mesti dia ada terdengar apa yang dikata pemilik restoran dan kafe siang tadi yang mana tidak membenarkan dia membawa liliana sekiranya ingin bekerja disitu. Mana mungkin dia sanggup tinggalkan adiknya yang baru berumur empat tahun itu sendiri dirumah.
“Iya la tu.. dah, pergi tunggu dekat depan tu.. nak makan mee tak?” Soal Amani serta- merta merubah riak diwajah liliana. Cepat sahaja dia berlari mengambil tempat, menanti mangkuk mee dibawa Amani.
“Esok kita naik feri nak tak?” Soal Amani pada Liliana. Tiba- tiba dia terfikir untuk mencuba nasib di salah sebuah pulau yang terkenal dengan pelancongan berhampiran. Dari mencari kerja di restoran atau kedai yang tidak membenarkan dia membawa Amani.. mungkin dia boleh mencuba menjadi pemandu pelancong di sana.. atau pun sebarang kerja separuh masa, malah pendapatan disana lebih tinggi walaupun hanya bekerja di tempat pemprosesan makanan laut. Pulau Lima.. ya, pulau lima terkenal dengan industri makanan lautnya, mungkin dia boleh mencuba nasib disitu. Tambang untuk ke pulau lima, dua puluh ringgit untuknya dan sepuluh untuk liliana.. dengan wang yang ada.. masih ada baki yang tinggal untuk dia dan liliana makan sementara dia mendapatkan dua tiga kerja yang memberi gaji hari. Amani berkira- kira sendiri.
“Feri? Nak.. nak.. kita nak pergi melancong ya kak?” Soal Liliana setelah berfikir seketika.
“Ya.. kita pergi melancong dekat Pulau Lima.. suka?”
***
“Pulau Teja.. waa.. akhirnya, sampai juga kita akhirnya..” Andy memandang kearah luar tingkap feri dengan teruja.
“So..” Ujar Kay, tidak berperasaan sementara sibuk membetulkan rambutnya yang terusik kerana dia tidur dari mula feri bergerak tadi.
“Lima tahun tahu aku tak balik sini.. lagipun baru- baru ni.. pulau ni tercalon antara top 20 pulau tercantik di dunia dalam CNN traveller tahu tak?” Jelas Andy pada Kay penuh semangat.
“Apa aku peduli..”
*crita baru.. tp cam pendek sikit permulaan dia ni. anyway.. leave comment ya. :)

Friday, July 29, 2011
Cake House 32
31st BITE: CHOCOLATE TRUFFLE; SFERA- SFERA PENUH RASA
Satu lagi sahaja.. fuh! Selesai. Sudu kecil.. saiz ¼, ½ .. 1.. dan sudu besar. Cawan penyukat.. ini yang basah dan ini yang kering. Spatula.. whisk.. Baking tins.. untuk kek span, untuk cheesecake.. untuk cupcakes, swiss roll dan loaf. Pastry chopper.. hand blender.. Wah.. tak sangka aku dapat ingat dan kenal semua benda2 ni. Selama ini, apa yang aku tahu.. semuanya sudah siap.. tinggal nak pesan sahaja. Hmm.. Ada juga hasil rupanya mencuci tiap2 hari. Siap menyusun segala jenis barang dapur tadi, aku beralih mencapai sebotol air mineral. Waah.. ini rupanya spring cleaning, hmm.. penat pun penat.. seronok pun ada bila bergotong royong macam ni, masa- masa macam ni aku rasa lebih rapat dengan semua orang. Lihatlah.. sebelum ini aku tidak punya ramai kawan, boleh juga nak dianggap yang Melati itulah satu- satunya kawan aku. Kenapalah sebelum ni aku susah sangat mahu berkawan ya.. kan seronok macam ni, berbual dan ketawa pada benda- benda yang kecil namun sudah cukup untuk membuatkan aku lupa akan masalah buat seketika. Bukan aku tidak gembira sebelum ni.. aku ada semuanya.. aku ada FC, aku ada daddy.. aku ada sahabat baik.. cuma mungkin sekarang aku menjadi semakin tamak, tambah pula setelah aku semakin lama dan semakin dalam mengenali cake house yang berhantu ni. Cake house ni seakan satu pintu rahsia yang menarik aku ke dunia yang berbeza.. membuka mata aku tentang banyak perkara yang sebelum ini aku rasakan tidak penting.
“Shikin, Anas panggil.. dia minta tolong angkat barang” Ujar Zee, antara pembantu dapur yang baru sahaja masuk dari pintu belakang. Ala.. aku baru ingat nak rehat sekejap. Kacau betul lah.
“Dia dekat mana?” Soal aku.
“Pintu pagar masuk belakang” Zee memberi isyarat tangan, menunjuk ke belakang SV
“Okay.. tapi yang you ni siap tukar baju nak kemana? Nak balik juga ke? tadi si Mirul pun dah lari awal..” Soal aku padanya, semua kerja mengemas sudahpun hampir selesai.
“Bahagian I dah selesai.. sekarang I, Forest dengan Kim nak keluar jumpa suplier sekejap, then kita orang ada program sikit..” Jelas Zee sambil menayang barisan giginya.
“Yelah..” Ujar aku lantas memulakan langkah keluar menuju kearah pintu belakang. Dia tunggu dekat luar ke? Aku menolak perlahan pintu kayu yang mana merupakan pintu keluar ke jalan belakang SV. Aku mula mencari kelibat Anas, ingatkan dia betul tunggu di pintu masuk, Aaa.. dekat pick- up truck dia kot. Dari jauh aku mengerling ke bahagian pemandu, tiada. Aku menggerakkan anak mata memandang ke bahagian belakang pula.. Ah, ada pun. Whoaa.. kenapa lah apa sahaja yang dibuat mamat ni nampak cool ya. Posturnya nampak sempurna dimata aku. Ish. Aku diam seketika memerhati Anas yang ralik bertenggek diatas bahagian belakang pick- up truck kesayangannya itu. Bersinar- sinar sekejap mata aku. Aku berundur sedikit bersembunyi supaya dia tidak perasan yang aku disitu. Telefon dari dalam poket aku keluarkan.. ini bukan satu jenayah kan? Kamera telefon aku fokuskan pada Anas. Aaah.. tengok, kan macam lukisan ni. Hahah! gatal kau ni Shikin.
“Ehem, mana barangnya?” Anas mengangkat kepalanya sebaik mendengar teguran aku. Satu senyuman manis terukir dibibirnya. Haih.. baru semalam aku tengok reaksi menggerunkan ditunjukkannya masa dia dengan Hanif. Hari ni bukan main angel.. heh!
“Oh, itu.. tapi tak apalah.. I bawa yang tu, you keluarkan makanan yang di dalam” Ujarnya. Aku memandang pada satu kotak yang dimaksudkannya sebelum beralih membuka pintu bahagian penumpang dan keluarkan dua bekas besar berisi makanan.
“Banyaknya you beli..”
“Cukuplah untuk semua.. lagipun masing- masing penat, mesti sekejap sahaja habis” Anas melompat dari belakang pick- up truck dan mencapai kotak besar berisi barang yang dibelinya.
“Mirul dah balik.. Forest, Kim dengan Zee pula tadi tengah bersiap nak keluar dah..” Ujar Aku sambil mengekor Anas melangkah ke pintu masuk.
“So.. kita, dengan siapa yang tinggal la habiskan”
“Okay..”
Masuk sahaja kedapur, aku segera letakkan semuanya diatas meja. Berat juga pizza ni.. tambah pula dengan botol- botol air ni. Isk.. Anas sebaliknya nampak relaks sahaja bawa kotak tu.. mesti lagi ringan dari makanan- makanan yang aku bawa ni. Cis.. patutlah dia pilih nak bawa tu.
“Shikin, Anas.. kami nak keluar ke farmasi, lepas tu nak singgah rumah si Effa ni sekejap” Ujar Melati yang baru muncul dari pintu dapur.
“A’ah.. ketua dengan Shikin pun jemput la sekali.. ada kenduri sedikit dekat rumah” Tambah Effa.
“Aa.. Anas dengan kak Shikin tak boleh.. meja bahagian depan tu tak susun lagi..yang lain semua pun dah balik” Sampuk Zara pula yang berdiri disebelah.
“Betul tu.. you berdua tolong kemaskan ya, kami keluar dulu” Setuju Melati.
“Kami berdua sahaja kena susun semua meja tu? Eh, banyak tu..” Rungut aku. Mahunya tidak.. meja semuanya disusun ketepi masa mencuci lantai tadi. Grrr.. patah la pinggang aku macam ni.
“Okay, pergilah” Balas Anas bersahaja sebelum berlalu menuju kearah stor dengan kotak tadi yang masih ditangannya. Waah.. senangnya cakap dia ni. Buat seoranglah kalau macam tu. Aku penat tahu tak? hish.
“Habis tu.. makanan ni semua siapa yang nak habiskan pula” Soal aku pada budak bertiga dihadapan aku ini.
“You dengan Anas la.. okaylah Shikin.. kami keluar dulu ya” Jawab Melati mudah. Amboi.. bukannya sikit ni.. Bekalan untuk sepuluh orang.. gila apa nak suruh aku dengan Anas habiskan berdua.
***
Meja terakhir.. Ahh.. sakit pinggang! Cepat sahaja aku melabuh punggung diatas kerusi. Kepala aku tongkat dengan sebelah tangan, memandang kearah Anas yang lebih awal selesai bahagiannya. Tak adil betul.. bahagi dua bahagian.. dia dah la awal tadi pun tak banyak buat kerja, keluar beli baranglah.. apa lah. Sepatutnya dia la yang kena susun lebih. Huh. Itu yang duduk dekat Piano tu apahal pula? Tapi.. mesti cool kan kalau dia main menatang tu..
“You tahu main tu..?” Soal aku pada Anas yang kelihatan seakan sudah lepas ke dunia lain. Duduk diatas kerusi, memandang kosong kearah piano dihadapannya.
“Tak” Balasnya ringkas. Cis.. ingatkan tahu. Berlagak betul duduk dekat situ macam nak main.
“Habis tu, yang you duduk situ macam nak main kenapa?” Soal aku lagi, tak berpuas hati.
“Uh? Saja.. tak nampak cool ke?” Kali ini dia berpaling memandang kearah aku. Huh, perasan.. kalau setakat nak bergaya sahaja dekat situ, baik tak payah..
“Tak langsung..” Balas aku walaupun awal tadi memang itu yang terlintas dalam kepala aku ni.
“Ye ke..? masa sekolah dulu.. I selalu juga lepak dalam bilik muzik, diorang kata I nampak serasi dengan piano.. nampak cool.. girls dalam bilik muzik went crazy setiap kali I duduk dekat piano.. you tak rasa macam tu? urgh.. pelik juga ya” Ujarnya kemudian bangkit ke suatu sudut yang menempatkan cd dan record lagu.
“Perasan.. setakat berlagak tapi tak tahu main nak buat apa. Those girls buta agaknya..” Itu yang terluah dibibir namun dihati lain la pula.. iya lah.. aku mengaku, dia memang nampak cool.. hehe.. tak ada pasal aku nak mengaku secara lisan. Nampak sangat kegatalan aku nanti.
“Buta? Mungkin.. they’re blinded by my physical beauty and relentless charm..” Ujarnya bersahaja.Waah… tinggi diri boleh tahan juga budak ni. Huh, malas nak layan! Aku bangkit dari kerusi dan mencapai sekotak pizza sebelum berlalu kearah coffee bar mencari gelas.
“SID okay kan?” Soal Anas yang sibuk memilih cd.
“Tak kisah..” Kotak pizza aku letak diatas platform yang menempatkan piano tadi.. begitu juga botol air dan dua gelas yang baru aku ambil. Aku membetulkan sila diatas lantai.
“Makan atas lantai?”
“Iya la.. meja- meja ni semua baru je tukar alas. Duduk bawah sudahlah..” Balas aku. Tanpa banyak bicara, Anas turut mengambil tempat disebelah. Semerbak bau pizza Manhattan Meatlovers cukup menggoda. Perut pun tengah lapar.. tambah pula bila dah penat mengemas, mencuci segala ni. Kalau diikutkan kondisi perut aku sekarang memang boleh habis dua kotak pizza yellow cab 18” ni. Urgh.. bila ketamakan mula menguasai diri, itulah jadinya.
“Hey, wifey..” Tiba- tiba Anas bersuara setelah masing- masing diam melayan perut seketika. Aku dapat perasan melalui ekor mata yang dia sedang memandang kearah aku.
“Apa?” Soal aku kurang selesa ditenung begitu. Alaa.. tak tahu lagi ke yang aku ni pemalu orangnya.
“I love you..” Ujarnya perlahan namun jelas sampai ke telinga aku. Uhuh? A.. ap apa dia kata? ehem.. Aku pantas mencapai gelas air.. hampir terlekat aku dibuatnya. Nak mengusik aku pun agak- agak la.. isk.. Otak budak ni ada masalah agaknya.. mesti kesan kes dia dengan Hanif bertumbuk semalam ni.
“What..?” Soal aku selepas seketika. Aku cuba berpura tenang walaupun hakikatnya dalam hati ni agak terkesan dengan kata- kata dia. Alangkah bagusnya kalau betul dia maksudkan apa yang dikatanya. Haih.. tak boleh.. aku tak boleh letak harapan tinggi sangat. Mungkin ada betulnya apa yang Hanif katakan pada aku.. kalau betul pun dia ada perasaan pada aku sekarang. Lama kelamaan dia akan bosan dengan aku juga sebabkan kami berdua terlalu banyak perbezaan, bukan sahaja pada umur.. malah serba serbi aku kurang kalau hendak dibandingkan dengan Intan. Intan jauh lebih baik.. dia lembut.. pandai memasak.. semualah yang aku kurang dia lengkap.
“You hear me..” Balasnya masih merenung kearah aku. Budak ni.. jangan main- mainkan perasaan aku boleh tak. Aku baru ingat nak memotivasikan diri supaya aku tak cair dengan dia. Tapi kalau dia terus renung aku macam ni.. habis la aku. Otot kardiak aku sekarang ni pun dah mula agresif.. aduh, rosaklah jantung aku macam ni. Sudahlah sekarang ni hanya aku dengan dia sahaja yang tinggal di SV ni. Tiba- tiba terasa seram sejuk pula. Isk.. Mel.. Zara.. baliklah cepat..!
“Uh.. aaa.. mana remote music player tu?” Soal aku sambil mencari dicelah- celah plastik makanan atas platform dibelakang.
“Nah” Anas menghulurkan alat kawalan betul dihadapan muka aku. Sebaik beralih tangan, segera aku menaikkan volume lagu yang sedang bermain dengan harapan dapat meredakan suasana yang lain macam sekarang ni. Aku cuba mengikut bait lagu Cosmetic nyanyian Sid itu sekaligus mengalih perhatian aku dari memikirkan yang bukan- bukan.
“I ni siapa?” Soalnya sambil kotak pizza yang berada ditengah antara aku dengan dia dialih. Huh.. mana pula dia nak bawa lari manhattan meatlovers aku tu? Anas merapatkan jarak antara kami Aku dapat rasakan yang bahu kami sedikit bersentuh. Aaah.. kali ni apa pula..?
“Kenapa tanya? Dah amnesia pula?.. apa semalam kepala you ada terhentak ke masa you bergaduh dengan Hanif tu..? huh?” Soal aku diiringi tawa palsu. Kalau ya pun nak buat kuiz, tak boleh ke kasi soalan yang susah sikit.
“You.. Anas la. Siapa lagi? Pelik- pelik la you ni.. itu pun nak tanya” Ujar aku, akhirnya mengalah setelah dia tidak memberi sebarang respon pada setiap patah ayat yang keluar dari mulut aku awal tadi.
“Say it once..” Soalnya.
“Huh?” Aku mengangkat sebelah kening, langsung tidak memahami apa yang cuba disampaikan mamat disebelah aku ini. Sebut apa?
“That.. umm.. I’m your husband” Ujarnya buatkan aku berpaling memandang kearahnya. Pantas dia melarikan pandangannya, menghala kehadapan. Iya lah.. aku akui la fakta yang dia nyatakan awal- awal tadi, aku faham kenapa budak- budak sekolah dia dulu boleh gilakan dia. Alahai.. comel la pula bila dia buat muka macam ni. Tawa aku terluah sebaik melihat reaksi wajahnya yang seakan yakin bercampur tidak pasti dengan apa yang dia minta. Saka ni pun tahu nervous ke? Macam- macamlah dia ni..
“At first.. I thought that you were difficult to read, though even now.. sometimes you could be expressionless but on closer inspection, I realized that you possess an amazing wealth of emotion within you..” Ujar aku setelah tawa aku reda. Anas.. Anas..
“Bukan itu yang I nak dengar la” Balasnya bila aku masih lagi belum menurut kehendaknya.
“Yelah.. Husband. Puas hati?” Aku menolaknya sedikit dengan bahu. Bekas berisi chicken & cheese calzone aku buka dan keluarkan separuh daripadanya. Perut aku masih ada ruang- ruang kosong yang minta diisi. Apa yang seronoknya suruh aku sebut perkataan tu entah la. Jujurnya.. aku pun rasa macam pelik nak sebut, nasib baiklah suasana dalam ni sekarang dipenuhi dengan muzik j- rock yang boleh tahan kuatnya.. jadi tak terasa sangatlah, aku sendiri pun dengar tak dengar apa yang aku sebut. Buatnya tenang dan sunyi macam awal tadi.. huh, jangan harap..
“Sekali lagi”
“Tadi kata sekali. Dah, jom habiskan semua ni, erm.. husband” Aku mencapai separuh lagi chicken cheese calzone tadi dan halakan ke mulut Anas.
“Tsk..” Anas menariknya dari tangan aku, aku lihat wajahnya sedikit berkerut. Aaah.. bibir dia.
“Sorry, sorry.. terlupa” Aku menyentuh sedikit hujung bibirnya yang masih ada kesan luka. Alahai.. itulah, yang dilayannya si Hanif tu kenapa. Hanif pun satu.. berani dia usik muka mannequin aku ni. Isk..
Dalam aku memeriksa lukanya, Anas memandang tepat pada aku. Dia mengarah jari telunjuk pada bibirnya.
“Apa?” Soal aku tidak senang bila dia mula tersenyum nakal. Dia tidak terus menjawab soalan aku sebaliknya memejamkan mata dan memuncungkan bibirnya. Geez.. budak ni la. ‘Pap!’ aku menampar hujung bibirnya dengan tangan yang sama aku sentuh kerana rasa bersalah dan kasihan tadi. Dia segera memekap bibirnya. Tahu pun sakit.. nak bergurau sangat.
Tapi kan.. Kalau diingat semula insiden semalam. Kenapa dia marah sangat pada Hanif ya.. macam mana dia boleh ikut aku sampai situ. Kebetulan atau memang dia ikut aku dari SV? Dia cemburu? Aaah.. tak mungkin kot.. mungkin dia cuma keliru dengan perasaan dia sendiri dan juga hubungan sebenar kami ataupun memang aku ditangkap sebab memonteng. Argh.. serabutlah nak fikir semua tu.
“Sorry.. erm.. you pandang sana sekejap” Arahku dan Anas lurus menurut tanpa banyak soal. Aku menelan air liur, tiba- tiba pula tekak terasa kering. Tanpa berfikir panjang lagi aku melekapkan bibir pada sebelah pipinya sekali lalu. Tidak secara langsung menyentuh pipi dia sebaliknya hanya pada rambut yang menutup bahagian sisi wajah dia. Anas spontan berpaling menghadap aku dengan reaksinya yang jelas terperanjat. Mulutnya terbuka sedikit seperti sedang berkira untuk berkata sesuatu.
“Shut up and makan!” Ujar aku pantas sebelum sempat Anas berkata apa- apa. Aku beralih menghadap kearah yang bertentangan, mencapai semula chicken cheese calzone aku tadi dan sumbat ke mulut. Aku mencapai semula alat kawalan pemain muzik tadi dan menaikkan lagi volume. Uwargh.. apa aku buat ni? Will it turn me into some middle aged pervert woman or something. Yargh.. Panas.. panas.. kenapa panas tiba- tiba ni. Isk.. minta minta tak jelas sangat la muka aku yang memerah sekarang.
***
Anas mengeluarkan chocolate truffle yang telah direhatkan semalaman didalam peti ais. Dia bahagikan kepada tiga bahagian, satu bahagian digolekkan dengan serbuk koko, satu bahagian dengan walnuts yang dihancurkan dan lagi satu bahagian dengan serbuk koko putih dan serbuk strawberry. Sebiji dengan walnuts dimasukkan kedalam mulutnya, sebiji lagi dengan serbuk koko diambilnya sambil berjalan menuju kearah Shikin yang sibuk mengelap tangan.
“Siap?” Soal Anas. Chocolate truffle tadi dihalakan ke mulut Shikin. Shikin mengangguk menjawab soalan Anas. Mulutnya yang penuh dengan chocolate truffle buatkan dia sukar untuk bercakap.
“Okay, sekejap..” Anas melangkah kearah meja yang berhampiran dengan pintu untuk ke ruang dalam SV, mencapai sesuatu dan berpatah semula pada Shikin.
“Sekarang.. you dah tak payah buat kerja mencuci tu lagi” Ujar Anas.
“Apa? You.. ah, I kena pecat ke?” Balas Shikin cemas dengan chocolate truffle yang masih belum habis dimulut. Serta merta wajahnya berubah.
“Tak..”
“Habis tu? haa.. you nak upgrade I jadi waiter pula kan?” Teka Shikin. Wajah yang agak berkerut berubah ceria.
“Waiter? Hahah..” Terluah tawa dibibir Anas. Dia menepuk bahu Shikin dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi menghulur penyembur dan sehelai kain.
“Huh?” Soal Shikin musykil.
“Sudah. Jangan nak berangan.. cermin bahagian dek. Bersih dan bersinar” Balas Anas tanpa perasaan memberi arahan. Tidak berkelip mata Shikin buat seketika, masih cuba memahami apa yang dimaksudkan Anas.
“Sekarang?” Shikin bersuara selepas seketika.
Anas membalas dengan anggukan lantas mengatur langkah menghampiri Melati yang sibuk disatu sudut dan berdiri disebelahnya. Meninggalkan Shikin dengan tugas baru yang diberikannya.
“Ini kenapa pula?” Soal Melati, pelik dengan tingkah Anas. Tersenyum sendiri dengan fikiran seakan di alam lain.
“Nothing” Balas Anas ringkas. Pipi kirinya disentuh, semakin bertambah lebar senyumnya. Tidak langsung mempedulikan Melati yang bingung disebelah.
“Sihat ke tidak ni..? kalau tak berniat nak tolong buat benda ni.. boleh tolong jangan berdiri dekat sini tak? Hish..” Melati meletak spatula yang ditangan, sebelah pinggang dicekak sambil memandang hairan kearah Anas.
***
Haih.. apa la malang nasib aku ni. Rasanya lagi bagus mencuci di dapur dari buat kerja ni, bosanlah! Isk.. apahal pula aku yang kena lap cermin ni.. bukan ke selalu, kerja- kerja ni budak- budak waiter tu yang buat. Apa masalahnya kalau biar aku jadi waiter terus. Muka aku ni memang tahap tukang cuci kot. Huh! Kalaulah daddy tengok aku buat kerja- kerja macam ni, boleh pengsan agaknya dia. Hmm.. tapi apa nak buat kan. Aku yang pilih macam ni.. aku pun menumpang dekat sini. Tengoklah nanti.. suatu hari ada juga pihak yang akan terima kertas kerja aku. Masuk ke picturesque? Hmm.. mungkin aku akan pertimbangkan dalam sepuluh tahun akan datang. Tak pun.. kalau dah susah sangat.. boleh sahaja kalau aku terus jadi tukang cuci dekat sini.. setiap masa dalam cake house ni.. setiap masa aku dikeliling bau- bau kek dan pastry yang segar keluar oven. Sangat menenangkan. Tengoklah.. kerja aku pun bagus apa.. berkilat cermin ni aku kerjakan. Aku menyembur pembersih pada cermin dan menyambung semula mengelap.
Intan.. aku memandang kearah Intan yang baru masuk kedalam SV. Sudah hampir masuk waktu shift dia. Ah. Ya .. aku pun ada sesuatu yang nak dicakap dengan dia. Kelam kabut aku menghabiskan mana bahagian yang masih tertinggal belum dicuci sebelum aku mengikut Intan yang melangkah kearah bilik persalinan.
“Err.. Intan..” Aku cuba beranikan diri menegur Intan namun tiada sebarang respon yang diberi. Intan sibuk mengemas locker miliknya.
“Lama kan kita tak berbual..” Tambah aku lagi berbasa- basi padahal aku sedia tahu yang Intan tak mungkin berniat untuk bercakap dengan aku setelah apa yang aku buat pada dia.
“Intan..”
“I tak ada apa nak cakap dengan you.. cuba lagi untuk bercakap dengan I selepas you dengan Anas berpisah” Tegasnya tanpa langsung memandang kearah aku.
“Tak Intan.. I ada sesuatu yang nak beritahu” Aku merapatkan jarak dengan Intan.
“Apa lagi..? you ni merimaskanlah!” Balas Intan, menatap tajam kearah aku. Ah.. patut ke aku cakap ni pada dia ya. Sudah beberapa hari aku fikirkan hal ni dan aku rasa.. ini sememangnya apa yang aku mahukan. Aku membalas pandangan Intan. Go Shikin.. yakin pada diri sendiri.
“I minta maaf.. I tahu I dah sakitkan hati you.. I minta maaf, tapi.. I tak rasa I dapat buat seperti apa yang you nak. I... tak akan berpisah dengan dengan Anas melainkan Anas sendiri yang..”
‘Pap!’
Kata- kata aku terhenti, pipi aku terasa berbahang. Aku lihat Intan menggenggam tangannya yang baru sahaja seketika tadi singgah di pipi aku. Kejap dan ada sedikit ketar menahan geram. Aku dapat rasakan kemarahan Intan dan walaupun aku boleh faham kenapa dia buat macam ni.. aku masih terkejut.
Monday, July 18, 2011
Cake House 31
30th BITE: LOVE IS LUNCH!
Satu peringkat sudahpun selesai dan seperti yang sudah aku jangka SV dengan mudah dapat ke peringkat seterusnya. Ala.. apa la sangat kalau setakat peringkat saringan tu kan. Siap mengenakan uniform, aku terus melangkah keluar dari bilik. Sekarang jam menunjukkan hampir empat setengah, shift aku akan bermula lebih kurang setengah jam dari sekarang. Sedar tidak sedar, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan rutin baru ni. Bangun awal.. terus ke dapur SV mengemas dan mencuci apa yang patut. Disebabkan cake house ini beroperasi dua puluh empat jam, maka kerja pun sentiasalah ada.. tambah pula pagi- pagi macam ni.. Melati dan team dia akan menyediakan segala jenis roti.. kek dan pencuci mulut untuk satu hari.. lepas tu memang kerja aku pula la mencuci.
Disebabkan masih ada lagi masa sebelum waktu aku masuk kerja, aku tidak terus ke dapur sebaliknya aku turun ke laman. Waah..segarnya angin pagi.. Ini antara salah satu perkara yang jarang- jarang aku dapat rasakan dulu. Biasanya setiap pagi, bangun .. terus sahaja ke pejabat. Mana ada masa pun nak layan- layan alam macam ni. Hmm..
“Tengok apa?” Zara menghampiri aku dan turut mencangkung disebelah. Dia mengajuk gaya aku yang memandang kearah langit. Haih.. suka hati kau lah Zara. Tidak banyak yang boleh dipandang pun.. matahari pun belum naik lagi.
“Renung masa depan..” Balas aku bersahaja.
“Waah.. boleh tahan..” Ujarnya.
“Apa yang boleh tahannya?”
“Yelah.. boleh tahan gelap juga masa depan Kak Shikin ya..” Ujar Zara. Huh? Aku memandang kearahnya dan langit berselang seli. Amboi.. sempat juga nak mengata aku tu. Aku ni memang dah terkena sumpahan agaknya dengan adik beradik ni. Semua sama.. semua suka mengenakan aku. Elok dah ni aku belum sarapan.. aku makan juga budak ni nanti.
“Banyaklah! Dah jom masuk.. kerja” Aku menepuk bahu Zara, geram.
“Shift Zara lambat lagi.. sorry.. Zara nak masuk tidur balik..” Zara bangkit, melambai tangan kearah aku dan terus berlalu. Cis, berlagak pula budak ni.
Baru sahaja aku berkira hendak masuk ke dalam, aku ternampak kelibat Intan yang sedang berjalan kearah pintu masuk SV. Hah? Intan… ingatkan dia memang tak mahu langsung jejak kaki disini.
‘Berpisah!’ tiba- tiba aku teringat kembali kata- kata Intan hari tu. Berpisah? Betul ke dengan cara tu sahaja baru dia dapat maafkan aku.. tapi aku.. aku tak pernah fikir pun tentang tu walaupun perkahwinan kami asalnya cuma satu lakonan.. kami pun tak pernah sekali berbincang tentang hal ni. Sepatutnya bukan kami kena jelaskan hal- hal macam ni sebelum buat keputusan untuk berkahwin dulu ke? Itulah.. semua berlaku dengan cepat sangat masa tu. Anas sendiri pun mudah sahaja setuju tanpa syarat. Gila.. aku gila.. dia gila.. semualah gila. Haih.. kan bila jadi macam ni.. semuanya susah. Aku sendiri pun tak tahu apa nak buat sekarang ni.
***
“Okay tak?” Soal Intan pada Anas, sebaik dia memulakan suapan pertama. Anas menganggukkan kepalanya. Puas hati dengan respon Anas, barulah Intan beralih tumpuan pada pinggan berisi Tortilla wraps miliknya. Kali ini merupakan giliran Intan sebagai pekerja yang bertanggungjawab menyediakan makan tengah hari untuk pekerja.
“Zara masuk kerja” Ujar Zara, mengangkat pinggannya dan meninggalkan Intan dan Anas berdua dimeja itu.
“Pusingan pertama minggu depan kan?” Soal Intan memulakan bicara. Sekali lagi Anas menganggukkan kepalanya.
“Hmm.. boleh tak kalau I nak join sekali untuk pertandingan tu?” Soal Intan lagi.
“Tentang tu, you kena cakap dengan Zara la.. Anas masuk ni pun sebab si Zara tu yang paksa, tapi rasanya okay kot..” Kali ini Anas membalas soalan Intan dengan kata- kata.
Anas meletak semula tortilla wraps miliknya kedalam pinggan. Dia beralih menarik gelas berisi air suam. Serentak itu matanya tertarik pada satu babak yang sedang berlangsung di kawasan letak kereta.
“Oh, okay.. hmm.. Anas, lepas ni you free tak?” Intan berkira untuk ke suatu tempat dengan Anas.
Mata Anas masih lagi tertumpu pada luar dinding cermin. Gelagat Shikin dan Hanif seakan sedang berbicara sesuatu yang serius benar- benar buatkan dia rasa terganggu. Tambah pula dia tidak dapat mendengar apa yang mereka bualkan.
“Anas, you free tak lepas ni?” Soal Intan sekali lagi, melihat Anas masih belum menjawab.
Habis satu gelas air suam diteguknya. Tortilla di dalam pinggannya terus dilupakannya. Apalagi suara Intan, langsung tidak mencecah telinganya. Matanya menatap tajam kearah Hanif dan Shikin. Gelas ditangannya diletak kasar keatas meja tiba- tiba, sebelum terus berdiri. Intan turut tertarik untuk memandang keluar. Wajahnya serta- merta berubah setelah mengetahui hakikat apa yang mengganggu lelaki dihadapannya ini. Shikin dan Hanif..
“I’ve got to go” Anas segera berlalu dari situ setelah melihat Shikin melangkah masuk ke dalam kereta Hanif.
***
“Hmm.. apa yang penting sangat ni? Kalau nak cakap.. cakap cepat sikit ya, I tengah kerja ni” Apahal la pula mamat ni datang cari aku sampai sini.
“I called tadi kenapa you tak angkat?” Soal Hanif, serius. Ha.. dia dah mula dah.. Suka hati aku la nak angkat atau tak.
“I tengah kerja sekarang, phone I dalam locker..” Aku memberi alasan. Huh, kalau aku tak kerja pun, memang aku tak akan jawablah panggilan kau tu. Buat macam tak biasa pula.. kan selalu pun aku jarang jawab kalau dia telefon.
“Huh, iyalah. Itu la.. siapa suruh kerja tempat macam ni. Tengok sahajalah pakaian you sekarang ni. Baik tak payah belajar tinggi- tinggi kalau setakat nak bekerja macam ni. You tahu kan.. yang kerja- kerja macam ni bukan taraf you..” Ujar Hanif. Inilah yang aku malas dengan Hanif ni.. Isk..
“Kalau you tak ada hal penting nak cakap, I nak masuk sambung kerja balik” Balas aku. Bukan boleh dilayan sangat dia ni. Malas aku nak bertekak, buang masa kalau berbahas dengan si Hanif ni, tak mendatangkan faedah pun.
“Hah, you tengok apa pula tu? jangan buang masa I boleh tak?” Baru aku berkira hendak berpaling kearah fokus pandangannya yang menghadap kearah SV namun segera ditahan Hanif.
“Ah, tak ada apa- apa.. you ikut I sekejap.. sekejap sahaja..please”
“I tengah kerja la sekarang.. nak ikut you pergi mana pula? Sudahlah, kalau you tak nak cakap, I masuk” Ish, senang hati sahaja nak suruh aku ikut dia.
“Jangan la macam tu Shikin, sekejap je. I janji.. dan lepas tu I tak akan kacau you” Ujar Hanif bersungguh.
“Betul?” Soalku, inginkan kepastian. Boleh percaya ke mamat ni? Tapi.. kalau selagi aku tak ikut dia, memang dia ni tak akan putus asa. Mamat liat tahap tinggi dia ni.
“Okay, kalau macam tu, you tunggu sekejap.. I nak pergi bagitahu ketua” Aku mengalah. Baik dia pegang janji dia.. kata sekejap.. kalau lama, aku uli buat doh, masukkan dalam oven. Puas hati!
“Ala.. Mel kan kawan you, takkan dia nak berkira, jom lah naik” Hanif segera membuka pintu kereta untuk aku.
“Ketua I Anas.. bukan Mel”
“Huh? Ah, sekejap je.. naiklah.. you tak kena buang punya” Hanif menolak perlahan aku supaya masuk kedalam. Ish, aku boleh masuk sendiri lah. Bagaimanapun aku tetap mengalah dan mengikut, nasib baik jugalah kerja aku dan siap tadi, buatnya masih bertambun utensils tak bercuci.. mati aku. Kali ni.. aku ikut cakap kau Hanif.. kalau memang tak ada hal penting, siap!
“Hah, apa yang penting sangatnya?” Soal aku sebaik kereta mula bergerak keluar dari kawasan letak kereta. Huh, jarang betul aku dapat naik kereta dia ni.. waktu berkawan dahulu pun asyik naik kereta aku. Ada pun lesen mamat ni rupanya.
“Hentikan semua ni, I tak nampak mana baiknya you buat macam ni” Balas Hanif.
‘Haih..’ Aku mengeluh malas. Aku dah agak.. memang tak ada hal penting pun. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Rimas sebenarnya nak melayan mamat ni.
“Come to your senses, Shikin. Berpisah sahaja dengan budak tu” Tambah Hanif lagi.
“Kenapa pula I kena ikut cakap you?” Soal aku.
“I tahu. You bukannya sukakan budak tu.. you baru je kenal dengan dia dah berani nak kahwin..” Eleh.. kata orang. Macamlah aku dengan dia kenal lama sangat. Aku membebel didalam hati.
“You buat ni sebab you marahkan daddy kan? Come on lah Shikin.. Bukan daddy suruh you terjun bangunan pun, dia nak kasi you bangunan lagi ada la.. you gila ke tak mahu Picturesque? you tahu tak berapa purata untuk satu jam duit yang masuk ke Picturesque?” Hanif masih meneruskan bebelannya.
“Memang I gila pun, yang you sibuk nak bercakap dengan orang gila ni kenapa? Apa salahnya I kahwin dengan Anas walaupun tak ada la lama mana kami kenal, sekurang- kurangnya, lagi lama dari masa I buat keputusan untuk bertunang dengan you dulu.. kita baru kenal dua bulan kan masa tu? huh.. masa tu gila I lagi kronik agaknya” Balas aku. Suka- suka hati nak menyibuk hal aku. Dia siapa? Kalau daddy yang cakap macam ni, boleh terima akal juga la..
“Apa yang you pandang sangat dengan budak tu? Shikin.. you tak boleh la selalu sangat nak bermimpi.. tak perlu nak kata beza taraf, tapi tengok sahajalah beza umur. Kalau betul pun you kahwin atas dasar suka sama suka.. I yakin you tak akan bertahan lama.. dia muda lagi okay.. esok- esok dia akan bosan dengan you juga.. masa tu jangan nak kata I tak nasihatkan you..” Luah Hanif. Tajam bunyinya. Hal tu tak payah la nak bagitahu.. aku sendiri pun sedia tahu hakikat yang kami ni banyak bezanya. Tak payah nak tekan sangat pasal umur. Macam la dia tu muda. Nak mengata aku.. Huh.
“Eh.. macam la I hairan sangat dengan nasihat you. Jangan nak perasan ya. Kalau betul pun dia dah bosan atau dia buang I sekalipun, tak adanya I nak balik dengan you! Huh. Mulut busuk!” luah aku geram. Suka- suka hati sahaja kalau nak bercakap tu.
“Huh? mana ada.. tak ada bau pun ya” Ujar Hanif. Aku menggeleng kepala melihat tingkahnya yang sibuk memeriksa nafasnya. Kalau dah hati perut tu busuk.. mulut pun samalah.
‘Skreet..!’
Tanpa dapat dikawal aku terdorong kehadapan sedikit. Kereta diberhentikan Hanif secara mengejut ditepi jalan. Tangan aku secara automatic memegang kejap tali pinggang keledar. Gila apa mamat ni berhenti macam ni. Aku memandang kearah Hanif, dia sibuk meraba dahinya yang mungkin terhantuk sedikit pada stereng.
“You ni memang tak reti bawa kereta ke apa?” Soal aku yang masih dalam keadaan terkejut. Kalau nak mati pun.. matilah seorang. Sumpah, lepas ni aku tak mahu naik kereta dengan mamat ni dah.
“Bukan salah I la..kereta depan tu”
“Huh? ka..” Ayat aku terberhenti disitu sebaik aku sekali lagi dikejutkan dengan bunyi tingkap disebelah aku yang diketuk agak kasar.
“A.. Anas?” Hah? Macam mana pula mamat ni boleh lepas sampai sini. Dia tangkap aku ponteng kerja ke? Aaa.. habislah aku macam ni. Nak keluar ke tak ni? Aku memandang kearahnya yang memberi isyarat supaya aku keluar. Ah, leceh la.. semua salah si Hanif ni la. Aku mengarah supaya Hanif membuka kunci pintu. Belum pun sempat aku menarik pemengang, Anas lebih pantas membuka dari luar dan menarik aku. Kemas pegangannya. Terkejut dengan kereta yang berhenti mengejut tadi pun tak habis lagi, ini datang pula satu kes lain. Ish.
“Hey, wait a second! You nak bawa Shikin kemana?” Hanif memotong dan menahan langkah Anas. Tangannya diletak pada sebelah bahu Anas. Masing- masing berlawan pandang. Tanpa berkata sepatah, Anas menolak kasar Hanif ketepi dan meneruskan langkah kearah kereta yang diberhentikan betul dihadapan kereta Hanif. Ah, bahaya betul la si Anas ni. Ada ke main potong kereta orang macam tu. Kalau terbabas aku tadi macam mana? Hish.
“I kata tunggu!” Kali ini Hanif menutup kasar pintu kereta yang Anas buka untuk aku. Anas melepaskan genggaman tangannya pada aku dan beralih menjerut kolar baju Hanif. Aku menggaru kepala.. runsing dengan situasi dihadapan mata aku ni.
“Suka hati I lah.. you ada masalah ke kalau I nak bawa isteri I kemana pun” Wajah Anas kelihatan semakin serius. Pegangannya pada kolar baju Hanif semakin dikejapkan. Anas dihadapan aku sekarang ni, nampak seperti Anas yang lain.. Kecut juga perut aku ni sebenarnya tengok dia macam ni.
“Isteri..?” Soal Hanif dengan senyuman mengejek. Ah… cari pasal betul la si Hanif ni.
“Sudahlah, jom ki..” Belum sempat aku menghabiskan kata. Satu penumbuk sampai kewajah Hanif buatkan aku terdiam.
“Anas!” Jerit aku setelah terpaku seketika, namun tidak langsung dipedulikan. Hanif yang terundur beberapa tapak kebelakang.. mara semula dan kali ini giliran dia pula mencekak leher baju Anas. Dari pandangan mata Anas, tidak ada tanda yang dia mahu mengalah.
Apa aku nak buat sekarang ni? Dua ekor mamat ni macam tak berniat langsung nak mendengar cakap aku, agaknya kehadiran aku dekat sini pun dah dilupakan mereka. Ah! Pedulikan.. kalau kau orang nak bergaduh sangat.. nak samseng sangat.. silakanlah, aku tak mahu campur. Aku sayang nyawa aku lagi. Buatlah apa yang kau orang suka, tak ada masa aku nak layan. Banyak lagi kerja aku.. banyak lagi masalah aku. Huh. Aku melangkah kearah tempat memandu pick-up truck merah milik Anas itu. Enjin aku hidupkan semula dan memandu pergi dari situ.
***
Sampai sahaja aku di SV tadi, Melati tergesa- gesa mengajak aku keluar. Katanya, dia baru sahaja menerima panggilan dari balai polis, mengatakan Anas ditahan. Haih.. itu tak ada sebab lain lah.. Aku berdiri dibelakang Melati, melangkah masuk ke dalam balai polis. Dari jauh, kelihatan Anas dan Hanif yang sedang menanti di satu sudut bersama beberapa orang polis. Selama aku hidup, inilah kali pertama aku masuk kedalam balai polis. Aaa.. macam ni rupanya dalam ni..
“Maaf encik, saya ni kakak dia, saya datang nak bawa dia balik.. boleh kan?” Ujar Melati pada salah seorang pegawai disitu.
“Hmm.. boleh, tapi kalau kedua- dua pihak setuju untuk selesai cara baik, kita pun tak berniat nak tahan sebab pergaduhan kecil macam ni” Balas pegawai itu. Aku sempat mengerling kearah Anas dan Hanif. Masing- masing duduk bersebelahan tapi seorang memandang kearah lain, seorang pula tertunduk. Agaknya, kalau bukan dibalai, mesti tak habis lagi kes dua orang ni. Wajah Hanif hanya sedikit lebam manakala Anas pula ada luka kecil dihujung bibir. Haish.. tak ada masalah.. cari masalah.
“Minta maaf!” Melati menampar bahu Anas, memaksa dia meminta maaf pada Hanif.
“I tak ada buat salah” Balas Anas tidak mahu beralah.
‘Pap!’ satu lagi tamparan hinggap pada bahu Anas. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Aku yang masih berdiri dibelakang Melati, tertunduk sedikit menyembunyi senyum. Hah.. rasakan. Padan muka!
“Aa.. Hanif.. I tak tahu apa sebabnya tapi I minta maaf ya kalau adik I ni kurang ajar dengan you, dia ni bukannya matang sangat.. maaf ya” Ujar Melati lembut pada Hanif.
“Mel!” Bangkang Anas, kurang senang dengan apa yang keluar dari mulut Melati.
“Shut up! Kalau you tak mahu minta maaf.. tidur sahaja dekat sini malam ni, tak ada maknanya I nak jamin you bagai..” Melati menolak bahu Anas supaya menghadap kearah Hanif.
“Merde! Fine. I’m sorry. Merde embulente” Balas Anas yang mana aku faham cuma fine dan I’m sorry sahaja.
“Don’t use that kind of words..honey” Ujar Melati perlahan sementara tangannya mencuri cubit lengan Anas. Pada masa yang sama, bibirnya meluahkan senyum pada Hanif dan pegawai disitu. Yargh.. seram la minah ni. Aku beralih pula memandang Anas kelihatan menahan pedih lengannya yang menjadi mangsa. Haih.. bukan aku tak kesian, tambah pula tengok darah yang kering dihujung bibirnya, tapi.. dia sendiri yang pilih macam tu. Bukan aku tak cuba tahan. Ah.. macam mana la nak makan tu ya, mesti pedih bila dah luka macam tu.
“Okay.. I pun tak ada banyak masa.. kita selesai. So, boleh saya balik sekarang encik?” Soal Hanif, yang akhirnya membuka mulut. Mamat ni pun boleh tahan keras hati, buatnya Anas tak mahu minta maaf langsung tadi.. entah sampai ke mahkamah pula dibawanya nanti.
***
“Nah.. ini senarai kerja ikut kumpulan untuk spring cleaning day esok” Melati mengedar sekeping jadual untuk setiap orang.
“Spring Cleaning?” Aku memerhati jadual ditangan.
“Yup, spring cleaning day.. SV tutup sepenuhnya satu kali sebulan untuk spring cleaning, tapi tutup untuk pelanggan.. pekerja kena datang la, kita akan mencuci dan membersih cake house ni top to bottom. Bukannya bermaksud spring cleaning persediaan untuk masuk musim sejuk tu.. faham?” Balas Zara.
“Ooo...”
Monday, July 11, 2011
Cake House 30
29th BITE: MADU DAN LEMON UNTUK SECAWAN TEH HANGAT
‘Satu saat.. Dua saat.. tiga saat tersusun membentuk minit. Yang sedikit berkembang, yang berputar terulang. Tapi kita tidak tahu peratus persamaannya. Jadi bila langit curahkan air matanya.. depakan tangan, dalam sepuluh tahun akan datang, kita tidak tahu sama ada kita masih dapat rasakan angin yang sama’
***
“You.. hey, you okay ke ni?” Soal Anas melihat Shikin dari tadi tertunduk senyap memandang lantai. Anas menundukkan sedikit wajahnya supaya dapat melihat wajah Shikin dengan lebih jelas. Bahu Shikin disentuhnya.
“Kenapa ni?” Soal Anas lagi. Hatinya bagai disentap melihat ada titis air mata mengalir di pipi Shikin. Soalannya tidak dijawab Shikin, sebaliknya tangan Anas ditolak dari bahunya. Anas semakin buntu, dia tiada idea dengan apa yang sedang berlaku. Ini kali pertama dia lihat Shikin menangis.
“Hey, Shikin.. kenapa ni?” Anas mula sedikit cemas melihat Shikin begitu. Dia menyentuh kembali bahu Shikin, kali ini dengan kedua belah tangannya. Dia mengarah tubuh Shikin lebih kearahnya. Sekali lagi Shikin cuba menolak tangannya namun kali ini tidak dibenarkan Anas. Dia menarik Shikin kedalam pelukannya. Dia tidak tahu apa yang sedang bersarang dalam kepala Shikin.. apa yang membuatkan Shikin menangis begitu, tapi entah kenapa hatinya terasa sakit melihat Shikin yang begitu. Anas cuba mengemaskan rangkulannya namun dia ditolak kasar oleh Shikin. Dia mengerutkan dahinya sedikit apabila tapak tangannya tertusuk kaca gelas yang masih di lantai sedang dia cuba mengimbangkan tubuhnya. Tangisan Shikin tiada tanda reda sebaliknya semakin galak air matanya mencurah. Dia menarik semula tubuh Shikin, kemas pautannya kali ini walau Shikin cuba meronta minta dilepaskan. Esakannya yang semakin menjadi buatkan Anas makin tidak mahu lepaskan.
“It’s okay to cry sometimes, you know..” Ujar Anas setelah Shikin akhirnya mengalah, menyembamkan wajahnya pada bahu Anas. Sebelah tangan Anas mengusap perlahan kepala Shikin.
“It’s okay.. it’s okay..” Tambah Anas lagi, sebolehnya ingin menenangkan Shikin. Agak lama mereka dalam posisi itu.
“My heart just hurts..” Ujar Shikin berselang esakannya.
***
Aku menahan kepala pada hujung meja, merenung kearah lantai. Entah tisu yang keberapa sudah aku capai dan lekapkan pada hidung. Aduh.. malunya aku menangis macam tu depan dia. Tak.. semua ni salah dia.. siapa suruh dia muncul tadi. Isk.. tak pandai pilih masa betul la mamat ni. Aku membetulkan sila aku diatas kerusi. Kepala aku terasa sedikit berat, mungkin kerana menangis agak lama tadi. Tapi.. bukan aku sahaja- sahaja nak menangis. Dada aku ni.. rasa sempit sangat.. sakit, dan bila aku sudah mula menangis.. aku sendiri tak tahu kenapa susah sangat nak berhenti.
“Are you feeling any better?” Aku kembali mendengar suara Anas yang tadi hilang ke dapur semula setelah mengarah aku duduk di meja ni.
“Hmm..” Jawab aku tanpa mahu mengangkat kepala. Urgh.. seganlah. Mamat ni pun satu.. bila entah dia nak pergi.. bukankah waktu macam ni biasanya dia dibawah, tambah pula dengan tarikh pertandingan yang semakin hampir ni.
“Nah.. minum ni” Ujarnya seiring dengan bunyi detak cawan pada meja. Aku mengangkat perlahan wajah dan memandang pada cawan yang kemudiannya dileret betul dihadapan aku, namun ada sesuatu yang lain menarik perhatian aku. Bukan cawan itu.. tapi..
“Ta.. tangan you, tangan you” Ujarku cemas. Mata aku yang asalnya masih kabur dengan sisa air mata tidak berkelip memandang kearah tangannya yang menghulur cawan.
“Huh? Oh, ni.. sikit sahaja. Dah kering pun.. sekejap lagi I cuci la” Dia pantas menarik semula tangannya. Darah.. kenapa tangan dia berdarah macam tu sekali?
“Sini..” Aku menarik tangannya memeriksa. Ah.. luka ni.. disebabkan kaca gelas yang pecah tadi ? Masa bila .. Urgh.. tadi tu..
“I okay.. you tu, minum ni dulu.. Ini honey tea.. try it, it’ll calm you down a bit” Anas menolak cawan, mengisyaratkan supaya aku minum segera sebelum dia beredar ke biliknya.
“Honey tea..?” Aku menarik cawan berisi honey tea yang masih suam dan halakan ke bibir. Rasa yang masih sama... Hangat dan menenangkan. Dahulu.. inilah apa yang disediakan mummy setiap kali aku demam atau selesema, tak sangka aku akan rasa lagi rasa ni. Aah.. selesanya.. Aku mengesat air mata yang tanpa diarah kembali menitis sebelum bangkit dari kerusi. Satu nafas berat aku hela seakan boleh melepaskan segala yang menyesak di dada. Sudahlah Shikin.. jangan nak sensitif sangat, tengok.. tak pasal budak yang tak bersalah tu yang jadi mangsa. Langkah kemudian aku atur kearah pintu bilik si Anas itu.
“Anas, keluar sekejap.. let me see your hand”
***
“Ya.. adik ni cari siapa?” Soal Ja, dari jauh tadi dia perasan yang seorang pemuda ni asyik berdiri dihadapan pintu pagar rumah ni. Tengok gaya.. tak ada la macam rupa perompak, tapi bukan boleh nak diagak kan..
“Ini rumahnya presiden Picturesque kan..?” Anas menyoal semula.
“Ya.. ini rumah Tan Sri.. adik ni..?”
“I menantu dia, Anas”
“Hah? Sekejap!”
Ja yang baru pulang dari kedai itu, terus masuk ke dalam dan menutup rapat pintu pagar. Biarkan Anas terpinga disitu. Anas mengaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil menyandarkan tubuhnya tembok. Beberapa minit kemudian barulah pintu pagar dibuka semula dan dia dijemput masuk.
“Ini Anas ya.. jemputlah duduk, kenapa tak datang dengan Shikin sekali?” Julia tersenyum mempelawa Anas duduk. Daddy yang sedang membaca diruang tamu itu meletak semula bukunya disebelah.
“Ada apa hal datang sini?” Soal daddy dingin sebelum sempat Anas menjawab soalan Julia.
“Hmm.. tak ada apa- apa.. it just that I think I should greet you properly as menantu daddy..” Ujar Anas dengan senyuman. Kotak berisi kek yang dibawanya dari tadi dihulur pada Julia. Daddy berdehem sebaik mendengar Anas membahasakannya daddy. Gaya dan penampilan Anas diperiksanya dari atas ke bawah. Segalanya nampak tidak kena padanya.
“Tak perlu..” Balas daddy ringkas. Nyata dia kurang senang dengan kehadiran Anas.
“Daddy sihat ..?” Soal Anas. Dia menolak sedikit rambutnya yang hampir menutup mata itu dan kemaskan dengan pin bila melihat daddy yang asyik memandang kearah rambutnya. Mungkin pada daddy, penampilan Anas itu sedikit mengganggu namun respon Anas, mengenakan pin berwarna itu, lagi menambah kerut diwajah daddy.
“Kalau tak ada apa hal penting, baliklah” Ujar daddy membuahkan senyum dibibir Anas. Betul lah tindakan Shikin berkahwin dengannya kalau semata- mata untuk menggoyahkan daddy. Rasanya bahagian itu, Shikin sudah menang. Daddy kelihatan begitu tidak senang dengan Anas.
“Saya memang nak balik.. tapi sebelum tu, saya ada sesuatu yang nak cakap dengan daddy tentang Shikin..” Ujar Anas. Daddy memandang tepat kearah Anas, menanti apa yang bakal dikatanya.
“Saya faham.. daddy buat semua ni semata- mata kerana daddy sayang pada Shikin, untuk kebaikan dia. Saya faham, cuma saya nak minta supaya daddy beri dia lebih masa dan jangan terlalu tekan dia.. saya rasa kalau daddy begitu.. mungkin dia sendiri akan rela hati setuju dengan daddy..” Ujar Anas, masih dengan senyuman. Daddy terus bangkit dari kerusi. Dia rasa cukup terganggu dengan cara Anas, tambah pula dengan senyuman yang dikira seakan mengejek walau itu bukannya niat sebenar Anas.
“Shikin is my daughter.. I don’t need you to tell me.. apa yang perlu atau tak perlu untuk I buat dengan anak I ” Daddy berpaling kearah lain dengan niat untuk pergi dari situ namun langkahnya terhenti sebaik mendengar apa yang dikata Anas.
“Shikin is my wife.. Maaf kalau apa yang saya cakap itu buatkan daddy tidak senang, but.. I just can’t stop thinking about her being hurt”
***
Aku melangkah masuk kedalam bilik yang mana digunakan sebagai kelas pada hujung minggu, bilik yang sama ini juga digunakan sebagai bilik persediaan untuk majlis- majlis istimewa. Aku baru sahaja selesai rutin aku di dapur.. ada lagi beberapa minit sebelum shift aku tamat. Kelihatan Zara dan dua orang lagi pekerja sedang teliti memerhati kerja Anas. Aku mengambil tempat di satu sudut berhampiran, sekadar menjadi pemerhati.. tidak mahu mengganggu. Apalah agaknya menu untuk pertandingan esok ya.
“Forest, you sambung..” Ujar Anas pada salah seorang mereka dan melangkah berdiri disebelah aku. La.. apahal pula ni. Aku baru nak feel tengok dia selesaikan persembahan pada pencuci mulut yang disediakan mereka tu.
“Dah habis shift?” Soal Anas. Aku memandang kearah tangannya yang masih berbalut. Pertandingannya, esok.. tapi disebabkan aku, tangan dia luka macam tu.
“Hmm.. tangan tu.. aa.. boleh ke?” Soal aku terasa bersalah.
“Huh? ini..? tak ada apa lah.. masih boleh diguna. Don’t worry. Cepat pula baiknya.. tapi kan.. macam sayang pula nak buka balutan ni” Ujarnya sambil membelek tangan sendiri.
“Kenapa pula?”
“Sebab you yang balutkan” Balasnya berserta senyuman.
“Jangan nak mengada!” Mengadalah budak ni. Aku sekeh juga nanti.
“You still tak mahu cerita dengan I sebab apa you menangis hari tu?” Soalnya. Aduh la.. boleh dia ungkit benda yang kalau boleh aku tak mahu ingat sampai bila- bila tu. Wajah aku mula terasa panas. Terasa malu nak mengingati peristiwa hari tu. Tsk..
“Jangan ungkit boleh tak.. Eh, you tak ada cuba telefon Intan ke? dah lama juga dia tak masuk SV” Soal aku ingin tahu. Kalau aku yang telefon mustahil la Intan mahu angkat kan..
Anas mengangkat kedua belah bahunya. “ Why don’t you ask Mel bout that.. bab kebajikan pekerja ni bukan hal I.. Forest, that’s too much syrup” Sempat lagi dia menegur Forest sementara bercakap dengan aku.
“Dia kan kawan you..”
“You tanya tadi atas sebab dia lama tak masuk kerja bukan sama ada I lama tak jumpa dia or something..” Balasnya. Maksud dia.. dia ada jumpa Intan dalam tempoh masa ni ke? Bila? Kenapa aku tak tahu..? isk.. tapi, kalau difikir semula.. kenapa pula dia nak bagitahu aku kan..
“Jadi, you ada jumpa dia ke?” Soal aku menyibuk.
“Tak..” Balasnya ringkas.
“Err.. you tak kisah langsung ke?” Soal aku lagi.
“Kan baru seminggu lebih.. apa nak dihairan sangat? Dulu lima tahun apa, kami lost contact. Yang you ni sibuk sangat tanya hal orang ni kenapa? Tak cukup lagi dengan masalah sendiri ?” Bidas Anas. Waah.. tajam smash. Main kasar nampak budak ni.. perli- perli aku pula.
“Tak la.. Intan kan.. I mean.. she likes you.. you tahu tu kan?”
“She does? Oh.. I pun suka dia.. apa masalahnya?” Balas Anas bersahaja. Spontan aku berpaling memandang kearahnya. Dia masih tenang memerhati kerja- kerja Zara dan kumpulannya dihadapan. Kenapa yang aku nak terasa lebih- lebih ni.
“Shikin, sekejap” Aku mengalih pandang pada suara yang memanggil nama aku. Melati kelihatan berdiri di muka pintu sambil melambai tangan pada aku. Sekali lagi aku mengerling kearah Anas disebelah sebelum mengatur langkah kearah Melati. Anas suka Intan.. bukankah itu satu fakta yang sepatutnya aku faham dari awal.. jadi kenapa aku perlu rasa macam ni bila dengar sendiri dari mulut dia?
***
Mana pula bilik persediaan ni? Budak- budak ni kan.. memang sengaja nak menyusahkan aku. Elok- elok hari ni aku cuti.. ada sahaja kerja yang nak dibagi pada aku. Baru aku ingat nak bermalas- malasan sahaja dibilik. Penat tahu tak.. setiap hari asyik mencuci segala jenis utensil pelbagai saiz tu. Tak boleh tengok aku senang langsung! Kerja di FC pun tak penat macam ni, yang bezanya cuma kurang tekanan dalam laksana tugas, tekanannya cuma.. Inilah, budak- budak ni la. Menyusahkan aku. Grrr..
“Eh, Cik ni.. wait. I rasa macam kita pernah jumpa la” Dalam sibuk aku mencari bilik yang menempatkan peserta pertandingan ni, aku ditahan seseorang. Ah, sudah.. siapa pula mamat ni. Pengawal keselamatan ke apa? Tapi.. aku pun rasa macam aku pernah tengok muka dia ni
“Ah, ya.. ini cik yang dekat bawah pokok tu kan?” Soalnya. Pokok? Pokok mana pula. Aku mengerutkan dahi cuba mencari mana- mana memori berkaitan pokok yang ada kaitan dengan mamat ni.
“Takkan tak ingat.. hmm, tapi mungkin juga.. sebab masa tu you nampak macam nak pengsan dekat situ. Mesti you tak berapa perasan muka I kan” Tambahnya lagi. Pengsan? Ah… baru aku ingat.
“Botol air?” Soal aku sedikit teruja kerana dapat mengingat semula.
“Ha.. ingat pun.. tak sangka pula boleh jumpa lagi” Ujarnya.
“Itulah.. maaflah, tak sempat pun ucapkan terima kasih hari tu”
“Tak apa..”
“Hah, you dah sampai. Ada bawa tak barang yang I pesan tu?” Sampuk Anas yang tiba- tiba muncul entah dari mana. Aku menghulur bekas yang aku usung dari tadi. Kalau tak sebab nak hantar benda ni, mesti aku tengah selesa berehat dirumah sekarang. Berenang- renang atas katil.. layan dvd siri Grey’s Anatomy atau Royal pains yang belum berjaya aku habiskan tu. Urgh..
“Ini siapa?” Soal Anas, memandang kearah lelaki disebelah aku ini.
“Kawan I..” Ujarku ringkas. Panjang pula kalau aku nak buat penerangan daripada awal macam mana aku boleh kenal dengan mamat ni.
“Adam..” Lelaki tadi menghulur tangan bersalam dengan Anas.
“Tak tahu pula you ada kawan lain selain Melati” Perli Anas. Geez.. suka hati nak mengata aku. Tahu la aku ni tak ramai kawan..
“Eh, you ada masa lagi ke ni? Bukan pertandingan ni sepatutnya akan mula bila- bila masa dari sekarang?” Soal aku. Aku menolak tubuh Anas supaya segera berlalu dari situ.
“Siapa tu? Boyfriend you ke? lain macam je pandangan mata dia pada I.. takut I mengurat you agaknya” Soal encik botol air ni sebaik Anas berlalu.
“Boyfriend? Tak lah.. by the way, you buat apa dekat sini? You pun masuk pertandingan ni ke?” Tukang masak ke mamat ni? Tak ada gaya pun.. tapi bukan boleh kira gaya kan.. Si Anas tu.. empat belas kali ulang tengok pun tak ada rupa patissier.
“Eh, tak lah.. datang tengok je, you pula?”
“Hmm.. I dari SV cake house.. kalau you nak tahu, mamat tadi tu lah wakil kami..” Jelas aku.
“Oh, iya ? so you ni pun chef la ya?”
“Hah? I chef ? Tak adalah.. I bawah sikit dari chef” Ujarku dengan senyuman. Aku dikatanya chef ? Gila apa..
“Pembantu chef?” Dia masih cuba meneka.
“Hahah.. bawah sikit lagi.. Eh, tak apalah.. I rasa I nak pergi tengok team SV.. so, ada jodoh kita jumpa lagi la ya..” Aku cuba mencari alasan. Waaa.. aku ni pencuci pinggan sahaja di SV tu. Dia mengangguk setuju. Ah.. ni mana satu pintu aku nak masuk ni.. tadi si Anas tu masuk pintu mana ya? Yang ni kot..
“Dah habis reunion?” Sergah satu suara dari belakang. Terkejut aku dibuatnya.
“Terkejut lah!” Aku menampar bahu Anas. Reunion apanya? Mengarutlah budak ni.
“Mana Melati dengan yang lain?”
“Semua sudah masuk.. yang you merayap merata ni buat apa?” Soalnya pada aku. Dia melangkah menghampiri cermin yang agak besar dalam bilik ini. Mengemaskan penampilannya. Baju putih tu aku faham la.. pastry chef katanya, tapi yang sibuk tak bertanggal jacket kulit hitam kesayangan dia tu apa hal?Cheh, perasan cantik la tu.. Aku cantik lagi la!
“Oh, you dah buka balutan tu ya..” Baru aku perasan yang tangannya tidak lagi berbalut
***
Aku mengambil tempat disebelah Melati pada kerusi penonton. Hari ini cuma peringkat saringan, aku dapat rasa yang senang- senang sahaja SV akan melepasi peringkat ni.
“Eh, you datang juga? Kata nak rehat- rehat dekat rumah..” Soal Melati. Dia menghulur sebotol air jus yang dibawanya pada aku.
“Memanglah.. tapi adik you tu lah.. call minta I hantarkan barang. Urgh.. musnah hari cuti impian I tau semata- mata datang sini” Rungut aku.
“Barang apa lagi?” Soalnya dengan riak terkejut.
“Penyukat ke apa entah..”
“Buat apa pula? Semua barang dah lengkap la.. I yang periksa sebelum datang dan kalau setakat penyukat tu.. boleh dapat dekat sini la.. ada disediakan penganjur” Jelas Melati.
“Betul ke?” Soal aku ingin kepastian. Melati mengangguk. Geez.. Budak ni kan.. nak kena agaknya. Sengaja nak kenakan aku.. sengaja nak menyusahkan aku. Terkejar- kejar aku kemari tadi. Haish.. tak pasal aku terseret, tengok pertandingan ni. Kalau tak menang juga memang aku bunuh la budak ni. Aargh..! tekanan betul !
Subscribe to:
Posts (Atom)