~ ongoing..

Ehem.. boleh tak you tukar tempat ni dengan I..Mm..bukan apa, I dah terbiasa la duduk siniLuah aku sehemah yang mungkin. Releks Shikin... aku rasa mamat ni mungkin masih boleh di bawa berbincang. Tapi kenapa dia buat tak tahu je. Dia tak dengar ke apa yang aku cakap. Pekak ke..sengaja buat tak dengar. Sabar..sabar Nurul Ashikin. Aku duduk bersimpuh ditepi meja dan dia masih khusyuk dengan skrin di hadapannya. Gila. Boleh dia tak perasan aku dekat sini.



PAP!aku menepuk meja sekuat hati. Aku lihat dia seperti seperti sedikit terkejut dengan tindakan aku secara tiba-tiba itu. Headphonenya ditarik perlahan dan diletak elok di sebelah Macbook dia sebelum beralih memandang aku hairan. Aku menarik semula tangan dari atas meja dan membetulkan tudung aku sambil tersenyum. Haish, tadi berani sangat aku ni, sekali dia tengok aku macam tu..aku dah kelam kabut.


-CAKE HOUSE the series..!




Monday, June 27, 2011

Cake House 27




26th BITE: PEDAS DAN PAHIT COKLAT PANAS, DISITU JASANYA GULA.


“Two more weeks and.. pendaftaran masih dibuka. Nak cuba?” Soal Zara pada Melati dan Anas berada di bahagian dalam coffee bar. Melati dihadapan Zara sibuk dengan lukisan pada latte nya manakala Anas disatu sudut leka mengelap cawan. Masih awal pagi, SV kosong ketika ini, pekerja lain semuanya sedang mengemas dan membersih sebelum pelanggan mula singgah untuk sarapan pagi. Hanya Zara seorang tiada kerja, enak duduk di coffee bar dengan ipad ditangannya.

“Cover story.. dan ruangan khas dalam Delicious magazine, monthly.. waah.. boleh tahan juga prize dia, selain cash dan kontrak dengan PFood ni..” Tambah Zara. Lebih pada bercakap sendiri kerana Melati dan Anas langsung tidak memberi sebarang reaksi.

“Mel.. Anas.. dengar tak ni? Zara registerkan SV ya?” Soal Zara. Suaranya sengaja ditinggikan sedikit bagi mendapat perhatian dari mereka.

“Tak ada masa lah.. banyak kerja, lagipun dua minggu lagi kan.. kalau Zara nak.. ajak your brother tu. Mel tak nak masuk campur” Balas Melati tanpa memandang kearah Zara. Dia tidak berminat. Tangannya memusing perlahan cawan latte yang siap dilukisnya sebelum tersenyum puas dengan hasil kerjanya. Cawan itu kemudian dileretkan pada Zara, sebelum dia beralih ingin ke dapur.

Zara memandang kearah Anas yang masih leka dengan kerjanya sebelum memandang semula kearah Melati yang kini sudah membelakanginya. “So, jadi la ni kan.. okay, Zara register!” Ujarnya membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira sama ada Anas setuju atau tidak.

***

“Morning Laili, bring all the pending files and.. a glass of soymilk too” Aku berhenti dimeja Laili dan memberi arahan. Agak lama aku tidak masuk ke pejabat, sudah semestinya banyak kerja yang tertangguh.

“Morning Cik.. err..” Ujar Laili seakan terkejut dengan kehadiran aku disitu. Dari duduk, dia bangkit berdiri. Tahu la aku dah lama tak masuk pun, tapi tak perlulah buat muka macam tu sekali.

“You ni kenapa? Dah cepat sikit.. I tunggu dekat dalam” Ujar aku.

“Cik Shikin.. tunggu!” Laili berlari menahan aku dari meneruskan langkah ke bilik aku. Budak ni apa pula masalah dia.

“Apa masalah you ni Laili?” Aku memandang tepat kearahnya Laili yang berdiri dihadapan aku. Dia kelihatan seperti serba salah untuk meluahkan sesuatu. Ah.. aku tak suka reaksi ni.

“Cik tak boleh masuk.. err.. Cik.. apa khabar? Aaa.. apa kata kita pergi breakfast dulu” Ujarnya tidak teratur.

“Apa hal pula I tak boleh masuk bilik I, jangan merepek lah.. I dah breakfast, you pergi sedia apa yang I nak tadi dan masuk” Aku menolak Laili ke tepi dan terus memulas tombol pintu bilik aku. Sebelah kaki aku masuk ke dalam namun terus kaku disitu. Aku memandang kearah susuk yang turut terkejut memandang aku.

“Apa you buat dekat sini?” Soal aku.

“Kerja..” Balasnya. Dia kembali menyambung apa yang sedang dibuatnya.

“Kenapa dalam bilik I?” Soal aku lagi. Cuba berlagak tenang. Penat rasanya asyik terkejut dengan hal yang berlaku di FC ni.

“Bilik you?” Soalnya lagi. Dia tidak memandang kearah aku sebaliknya pada satu sudut meja. Aku terarah untuk melihat sama pada plat nama yang terdapat diatas meja itu. Huh? Apa yang sedang berlaku ni? Bukankah sepatutnya nama aku disitu. Kenapa pula nama si Jasmi ni yang tercatat disitu?

“Oh ya, ini surat dari main office.. mereka minta I tolong sampaikan pada you in case you datang sini” Ujar Jasmi. Ni.. bukan bilik aku? Dalam dengar atau tidak apa yang dikata Jasmi, aku berundur setapak sebelum berpaling mengatur langkah terus ke pintu keluar FC. Aku perasan yang Laili ada berkata sesuatu pada aku, tapi patah perkataannya langsung tidak melekat di telinga aku. Otak aku bagaikan tidak berfungsi sekarang.. aku rasa kosong dan aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Mana lagi tempat aku kalau bukan di FC..

***

“Dia masuk office hari ni? .. hmm” Daddy mengangguk sebaik menerima laporan dari pembantunya itu.

“Cik Shikin masuk sekejap sahaja, dia keluar semula selepas bercakap dengan Jasmi” Tambah si pembantu.

“Everything goes as expected.. okay, teruskan dengan kerja you macam biasa” Ujarnya memberi arahan.

“Baik Tan Sri..”

***

“Berhenti dekat sini” Aku menepuk perlahan kerusi bahagian pemandu teksi ini. Dari awal tadi aku terasa pening, sebab itu aku tinggalkan kereta di FC dan mengambil teksi. Sekarang makin teruk pula rasa pening ni. Ditambah pula dengan rasa mual dan perut yang tak selesa ni, aku rasa memang aku perlukan udara lebih segar sekarang.

“Tapi ni bukan tempat yang cik nak pergi kan?” Soalnya walaupun tetap memberi isyarat untuk ketepi, menghampiri bahu jalan.

“Tak apa..” Aku menghulur jumlah seperti yang tertera pada meter dan segera keluar sebaik teksi berhenti.

Buat masa sekarang, aku tidak fikir langsung aku berada di mana. Apa lagi nak pedulikan orang yang lalu lalang disini. Yang penting, macam mana aku nak kurangkan rasa mual dan pening ni. Aku melangkah sepantas yang mampu kearah pokok yang terdapat di tepi jalan dan duduk disitu. Dalam posisi kedua lutut aku dakap, aku memejam mata rapat. Kenapa perut aku ni sakit tiba- tiba macam ni.. tak selesanya.. Kaki dan tapak tangan aku terasa sejuk. Aku menyembamkan wajah ke lutut. Peluh dingin terasa mengalir dari dahi ke pipi. Janganlah dibuatnya aku muntah disini, sarapan pun belum sempat pagi ni.

“Hello miss, are you okay?” Soal satu suara. Aku mengangkat wajah memandang kearah empunya suara. Aku mengelap peluh diwajah. Boleh tanya pula, aku ni nampak macam okay ke?

“Wa.. you sure tak okay, nak I hantarkan ke hospital?” Dia mencangkung dihadapan aku memandang dengan riak bimbang. Aku menggeleng perlahan kearah lelaki yang lengkap dengan pakaian senam dihadapan aku ni. Rasa mual sudah berkurang sedikit tapi kepala aku ni masih pening, jadi maaflah kalau aku tidak menjawab soalannya dengan sopan. Aku kembali memejamkan mata dan kembali pada posisi tadi. Argh.. kenapa aku rasa semua benda berayun ni.

“Hey.. hey.. sekejap. Jangan pengsan dulu, nah.. minum” Bahu aku sedikit bergoyang ditolaknya. Aku mengangkat semula wajah. Ish, suka hati dia sahaja tolak bahu aku dengan botol air dia tu.

“Ah, sekejap.. I ada lagi berapa round nak habiskan dekat sini.. so kalau dalam masa tu you pengsan ke apa ke, you call ni” Aku lihat dia mengeluarkan marker pen dari beg galasnya dan mencatat sesuatu pada botol airnya sebelum dihulurkan pada aku. Betul ke tidak mamat ni? Kalau aku dah pengsan.. macam mana nak call dia. Bagaimanapun aku tetap mencapai hulurannya. Ah.. pening. Aku menundukkan kepala semula.

Entah berapa lama aku bertapa disini pun aku tidak pasti, yang aku tahu.. awal tadi agak ramai orang lalu lalang dikawasan ni, tapi tak lagi sekarang. Matahari pun sudah makin meninggi. Aku bangkit berdiri, lega sedikit bila rasa pening tadi semakin berkurang. Ah.. aku dekat mana ni? Aku memandang kawasan sekeliling. Sebelah kiri aku taman rekreasi.. sebelah kanan jalan besar. Oh.. tak jauh lagi pun nak ke SV, jalan sahajalah. Aku tak rasa aku boleh naik kereta selepas mabuk yang agak kritikal sebentar tadi. Stress gastritis? Ah.. aku tak pernah rasa pening dan sakit perut sampai macam tu sekali.

Aku memulakan langkah perlahan menyusur laluan pejalan kaki. Dalam langkau masa lebih kurang lima belas minit aku kini sudah berada di dalam SV. Sepanjang perjalanan aku tadi, walau aku cuba sebolehnya untuk lupakan seketika hal di FC.. entah kenapa asyik terulang tayang dikepala plat nama diatas meja pejabat tadi. Itu bilik aku.. itu tempat aku.. Aku tersilap tengok kan?

“Awal sampai.. bukan hari ni kata nak masuk office ke?” Kebetulan aku bertembung dengan Melati sebaik melangkah masuk ke ruang tengah SV.

“Mel.. I tumpang bilik sekejap” Ujar aku kurang bersemangat. Letih la.. aku pun tak pasti sama ada sebab aku berjalan kaki tadi atau pun sebab kepala yang tengah berserabut. Tanpa menunggu jawapan dari Melati, aku terus melangkah kearah tangga naik keatas.

Sampai di bilik, aku terus merebahkan badan keatas katil.. memandang kosong pada siling. Satu keluhan berat aku lepaskan. Kalau macam ni kesudahannya.. kenapa aku perlu pergi sejauh ini. Apa gunanya keputusan drastik yang aku dah buat demi memerangi daddy... Argh.. aku tak sangka pula daddy membalas macam ni. Aku ingat daddy akan beralah. Kan bagus kalau boleh kembalikan masa, mungkin aku tak akan buat keputusan macam ni.. tak juga menarik orang- orang disisi aku untuk sama masuk kedalam masalah aku. Itulah.. kata Maria Robinson, sang penulis itu.. tidak ada sesiapa yang boleh berpatah balik dan bermula semula, tetapi sesiapa sahaja boleh mulakan hari ini untuk hasilkan penamat baru. Betul la tu apa yang dia cakap, tapi masalahnya mana aku nak mula.. Ah.. mummy.. apa kakak nak buat sekarang…

***

“Anas, sekejap..” Melati menarik tangan adiknya, mengarah ke satu sudut.

“You.. pergi tengok Shikin” Arah Melati.

“Hmm? Dekat rumah dia ke dekat office?” Soal Anas.

“Dia dekat atas la.. pucat lain macam je tengok budak tu..” Melati menarik dulang yang berada dalam pengangan Anas.

“Huh? bila dia datang?”

***

Argh.. macam mana pula aku boleh terlena ni. Mata yang masih terasa berat aku buka perlahan. Alahai.. lapar la pula perut ni. Aku melihat jam dipergelangan tangan, berapa jam dah aku tertidur. Kononnya banyak masalah sangat, boleh pula senang tertidur macam ni.

“Oh, you awake..?”

“Ah!” Luahku spontan kerana agak terkejut. Aku beralih memandang kearah datangnya suara itu. Fuh.. semangat. Anas yang bersila diatas kerusi betul disebelah katil memandang serius kearah aku. Apa dia buat masuk bilik ni? Ish. Aku pantas bangun dan bersandar pada kepala katil. Aku bukan mimpi kan? Aku belum lagi terlampau stress sampai berdelusi atau berhalusinasi. Skizofrenia? Ah, karut. Urgh.. kalau betul aku mimpi, aku nak tidur balik ni. Suka hati masuk bilik orang. Sudahlah masa aku tengah tidur.

“You buat apa duduk dekat situ?” Soal aku.

“Game..” Balasnya sambil menayang PSP nya pada aku. Ish, budak ni.. tak kisah lah dia nak main game ke apa, tapi kenapa dekat sini.. kenapa dalam bilik ni. Haish..

“Come here..” Ujarnya, memberi isyarat tangan supaya aku menghampirinya. Huh? apa hal pula? Ah, pedulikan si Anas ni dengan arahan dia yang aku rasa tak perlu tu. Aku membetul selendang yang sedikit serabai kerana aku terus terlena tadi tanpa sempat membukanya terlebih dahulu.

“Hmm.. fine..” Aku memandang semula kearahnya yang bersuara lagi setelah aku tidak memberi reaksi pada arahannya tadi.

“Ap.. apa..?” Soal aku melihat dia menghulur tangan. Aku gerakkan kepala ke belakang mengelak walau bagaimanapun tertahan dek kepala katil. Telapak tangannya mendarat pada dahi aku beberapa ketika. Apa pula kali ni?

“Uh.. panas sikit. Aaa.. you nak makan? I ada sediakan sup tadi.. tapi dah sejuk rasanya, nanti I panaskan, okay” Ujarnya, kembali bersandar dikerusi. Dia merenung kearah aku menanti jawapan dari aku.

Bagai orang yang dipukau, dengan mata yang terbuka besar sebabkan dikejut dengan tingkahnya.. aku mengangguk. Ini dah kali kedua rasanya dia sentuh dahi aku. Aku demam ke? tangan aku alih ke dahi, cuba mengesahkan apa yang dikata Anas. Ah.. sikit..

“Yargh.. your face is getting red.. you sure have a fever. I panaskan ni dulu, lepas tu baru makan ubat” Dia lantas bangkit dari kerusi dan mengambil mangkuk yang aku kira berisi sup yang dimaksudkannya tadi itu dan berlalu.

“Clueless..” Aku mengumam sendiri. Bukannya demam sangat pun. Panas sikit sahaja. Segera aku bangun dari katil sebaik Anas keluar. Huh, baik aku turun bawah.. lapar sangat dah ni.. tunggu makan sup dia tu mana nak kenyang. Aaa… dia tadi, tunggu aku sebab dia ingat aku demam ke? Takkan la dia duduk dekat kerusi tu dari mula aku tertidur lagi.. eh, tak kot.

***

Seminggu dua ni aku sibuk dengan hal sendiri, satu panggilan masuk pun aku tidak jawab. Beberapa hari lepas aku sibuk mengemaskan CV dan kertas kerja. Merata syarikat aku turun naik mencuba nasib. Masih tiada jawapan. Rutin aku sedikit berubah. Kalau dahulu, bangun pagi.. panaskan susu dan siap ke pejabat. Petang atau malam aku bertapak di SV cake House. Tapi sekarang.. bagun pagi masih dengan segelas susu panas tapi aku terus masuk ke bilik kerja aku. Sibuk dengan kertas kerja. Pada mulanya aku ingat, jadi freelancer ni mudah. Tambah pula kalau sudah ada kenalan dalam bidang ni.. tapi kenapa satu pun tak mahu pertimbangkan kertas kerja aku ni? Masa aku di FC dulu bukan main baik dengan aku, puji melangit kononnya suka dengan hasil kerja aku. Sekarang.. seorang pun tak mahu pandang aku. Argh.. Apa khabar lah budak- budak di SV tu ya. Hari tu aku beritahu Melati yang aku tak akan singgah SV untuk beberapa hari, sebabkan aku perlu ke satu tempat. Sekarang ni rasa rindu pula. Haih.. apa lah yang dia tengah buat sekarang ya? Dia ingat dekat aku tak?

Aku menutup notebook shiro aku dan bersandar dikerusi. Urgh.. boleh gila juga aku nanti kalau aku terus macam ni. Memerap dalam rumah dan memandang benda- benda yang sama. Aku memerhati sekeliling.. perabot- perabot ni semua.. kebanyakannya pemberian daddy malah rumah ini pun hadiah dari daddy. Geez.. tak boleh jadi.. tak boleh jadi..

***

“Apa you cakap?” Melati memandang tepat kearah aku

“Ala.. sampai I dapat tempat baru je. Boleh la” Ujar aku bagi cuba meyakinkan Melati. Aku tak tahu nak kemana lagi.. aku rasa aku dah tak boleh untuk terus tinggal di apartment aku tu.

“No.. it’s not what I mean. Kalau you nak tinggal terus dekat sini pun boleh. I suka, Zara pun mesti setuju.. apa lagi si Anas ni. You tahu.. sepanjang you tak datang kesini.. budak ni dah macam mati laki.. eh, silap.. mati bini.. entah berapa kali I nak kena ingatkan dia yang wife dia ni hidup lagi.. haih..” Ujar Melati sambil menepuk bahu Anas yang berdiri disebelahnya.

“Shut up..” Anas menolak tangan Melati yang menapak di bahunya.

“Just what’s point.. in people having phones when they don’t even answer them? Orang- orang macam ni baik hidup sahaja sebelum kelahiran Graham Bell” Ujar Anas lagi dan terus berlalu. Kali ni aku tahu dia tujukan pada aku. Hmm..

“Eh, marah pula dia.. ingat orang tak tahu yang dialah manusia paling gembira sekarang ni” Ujar Melati berserta satu senyuman mengusik. Hah, iyalah tu. Gembira apanya macam tu?

“Sudah. Bawa beg tu keatas?” Arah Melati.

“Zara mana?” Soal aku.

“Dia dengan Intan keluar sekejap.. tak tahulah apa jadi bila dua budak tu keluar sekali.. tahu sahajalah si Zara tu macam mana. Dengan you, I tengok dia dah boleh terima.. dengan Intan, sama lagi macam dulu.. kesian juga dekat si Intan yang selalu dibuli tu” Omel Melati. Intan.. ah.. macam mana aku boleh tak teringat tentang dia ya. Rasanya dari balik France hari tu aku belum bertembung dengan dia. Kelas pun aku tak masuk dan sekarang.

***

Di dapur tak ada.. di coffee bar pun tak kelihatan.. biasanya, disitu tempatnya. Kalau tidak pun dia akan memomokkan diri di tempat pertapaan aku. Aku melangkah pula ke dek luar, Aaah.. tak ada juga.. eh. Aku meneruskan langkah menuju ke hujung dek. Dari sini aku dapat lihat satu susuk sedang duduk di dalam kawasan taman yang agak gelap. Ish, sudahlah dia tu asalnya sedia menyeramkan.. ini lagi nak seramkan diri duduk dalam gelap tu seorang. Tak salah.. siapa lagi kalau bukan dia yang duduk disitu. Mana ada orang lain nak lepak dekat situ tengah malam macam ni. Tanpa banyak fikir lagi, aku melangkah turun ke taman.

“Nah..” Aku menolak bahunya kemudian menghulur secawan coklat panas. Dia berpaling memandang aku dengan riak terkejut. Oh, ada perasaan juga momok ni. Huluran aku bagaimanapun disambutnya sebelum dia kembali memandang kearah pokok bunga tanjung yang agak besar dan rendang dihadapannya. Erk.. betul la ni Anas kan.. kejap lagi, buatnya benda lain yang aku tegur ni... ish. Aku mengambil tempat disebelahnya.

“Err.. you sihat?” Soal aku cuba memulakan bicara. Takut sebenarnya aku ni. Tadi masa aku sampai, cara dia cakap macam marahkan aku. Alah.. aku bukan sengaja tak nak angkat telefon, aku cuma tak rasa nak bercakap dengan sesiapa masa tu. Err.. itu kira sengaja tak angkat la kan. Ah, tapi bukan panggilan dia seorang yang aku tak jawab.. Melati.. daddy.. office.. semuanya aku tak jawab.

“Hmm.. dengar kata you keluar KL. You kemana?” Soalnya tanpa memandang kearah aku.

“Tak lah, I ada di rumah..” Balas aku menerangkan hal yang sebenar. Aku bermain dengan cawan kertas ditangan.

“Rumah? Huh! Sudah tu.. apa alasan you sampai satu call pun tak boleh answer? Sibuk? Sibuk dengan apa? Dengar kata.. office pun you dah tak masuk. Dua minggu.. bukan dua hari.. apa yang susah sangat nak angkat telefon.. Sekurang- kurangnya hantarlah mesej, tidaklah menyusahkan orang sekeliling nak fikir tentang you..” Ujarnya kedengaran tegang. Cawan kertas kecil yang aku bagi pada dia tadi dihalakan kebibir. Sekaligus dia habiskan semua. Cawan direnyuk dan digenggamnya kejap seakan melepas geram. Err.. tak panas ke air tu?

“Eea.. you risaukan I ya..?” Soal aku cuba mewujudkan humor. Gerun pula aku tengok dia macam ni. Kalau aku tahu dia marah macam ni sekali.. tidaknya aku datang cari dia dekat sini. Idea Melati lah ni.. suruh aku pujuk konon. Cheh!

Anas berpaling kearah aku tiba- tiba. Dia memandang tepat kewajah aku. Serius. Agak lama sehingga membuatkan aku rasa serba salah. Aish.. marah betul ke dia ni?

“Erm..” Baru aku berkira ingin menyusun ayat, aku terkedu bila Anas tidak semena merangkul bahu aku. Kemas dalam pelukannya. Jantung aku terasa berhenti berdenyut seketika sebelum mula tidak menentu rhythm nya. Ahh.. kalau terus macam ni mesti dia boleh perasan degup jantung aku ni.

“Don’t you ever do that again.. you tahu tak, muka you pucat sangat hari tu” Dia mengejapkan lagi pelukannya pada bahu aku. Ah, kalau macam ni.. penyakit lain pula yang datang. Bukan masalah jantung lagi.. sesak nafas pula.

“Err.. Anas, air ni nak tumpah” Aku cuba mengawal pegangan aku pada cawan yang masih penuh dengan coklat panas. Perlahan, akhirnya dia melepaskan pautannya. Fuh.. Aku segera berpaling membelakanginya. Apa yang dia maksudkan.. muka aku pucat? Ah.. hari tu.

“Maaf ya, hari tu I tak sempat cakap yang I dah nak balik.. Aaah.. tak sempat nak rasa sup ayam you buat” Aku memberi alasan. Padahal.. hari tu memang aku sengaja lari pun.

“Just don’t ever do it again.. ma belle femme*” Ulangnya dalam nada lebih lembut. Kali ini tapak tangannya didaratkan ke kepala aku. Aku berpaling kembali menghadapnya. Anas menarik semula tangannya, dia kemudian berdiri dan melangkah meninggalkan aku disitu. Dia sebut apa tadi? Ma.. ma bel.. Ah, lantaklah.. asalkan dia bukan mencarut, tapi kalau ya pun.. bukan aku faham. Argh, suka cakap benda yang orang tak faham!

“Shikin..!” Huh? Siapa pula jerit- jerit nama aku ni? Kedengaran sayup. Aku mengintai- intai kearah pokok besar dihadapan aku.

“Shikin..” Aih.. dekat pula suara ni. Aku memandang ke sebelah. Intan berdiri disitu memandang aku dengan senyuman. Sebelum membalas senyumnya aku mencari semula kelibat Anas. Aah.. dia dah naik ke dek pun. Fuh, nasib baik. Intan, tak nampak kot tadi.

“Lamanya tak jumpa..!” Ujarnya lantas memeluk aku. Gaya bertahun tak jumpa.. rasanya baru beberapa minggu. Aku membalas pelukannya. Apa hari ni, hari memeluk sedunia ke? Lepas seorang.. seorang nak peluk aku.

“You sihat..?” Soal aku sebaik pelukan dileraikan.

“Sihat sangat.. tapi rindulah. Jarang you ke sini semenjak balik bercuti ya” Ujar Intan mengambil tempat disebelah mengganti Anas yang awal tadi duduk disitu. Ah, iyalah sangat.. bercuti.. kalau aku bagitahu apa sebenarnya yang berlaku masa di France.. macam mana lah reaksi dia ya. Urgh.. tak boleh.. Ish, kenapa aku boleh terlupa tentang Intan masa buat keputusan dulu. Sekarang semuanya dah terlambat.. macam mana pun aku tetap dah lukakan perasaan dia. Tak layak rasanya aku nak jadi sahabat dia. Ah.. I hate myself!

“Hmm.. I sibuk sikit” Aku memberi jawapan setelah terdiam seketika. Kenapa aku rasa bersalah sangat ni bila pandang muka budak ni. Alahai.. Intan, maafkan aku ya.

“Iyalah.. Shikin kan business people. Oh ya, tadi you berbual dengan Anas kan? I bertembung dengan dia tadi”

“Hmm? Ah.. ya” Balas aku gugup.

“Ooo.. hah, sebut pasal Anas.. Shikin tahu tak, Intan dengan dia dah tak kekok macam mula- mula Intan muncul semula dulu. Shikin rasa.. ni bermaksud yang dia dah boleh terima Intan ke? Hmm.. Kami dah boleh berbual macam dulu- dulu.. Intan suka sangat” Dia tersenyum menceritakan pada aku. Isk.. apa yang aku dah buat ni. Aku memandang wajah ceria Intan dengan penuh rasa bersalah.

“Shikin rasa macam mana?” Soalnya.

“Macam mana?” Aku menyoal semula. Kurang pasti dengan maksud Intan.

“Intan dengan dia.. ada harapan tak?”

Lambat- lambat aku mengukir senyuman kelat. Sebolehnya aku ingin mengiyakan soalannya tapi.. Ah, kenapa aku selalu tak fikir panjang buat sesuatu keputusan. Kenapa aku suka mengheret orang yang tak bersalah dalam masalah aku..

*ma belle femme = my beautiful wife

Thursday, June 23, 2011

25 Ways to Annoy the Pizza Guy


Anda kebosanan? Tidak tahu apa yang nak dilakukan? Bosan dengan rutin harian? Aaaa.. try this out! kekeke.. Oren jumpe kat satu web ni extremefunnyhumor namenye. Kaedahnya, ambil telefon dan dail no hotline pizza berdekatan. Boleh pilih mana2 satu dari 25 ni untuk kita cuba dengan abg/kakak pizza tersebut. yaiya~ sesetengah idea ni memang cool untuk dipakai. Jom try! hehee.. aktiviti ni sgt sesuai untuk yang tiada idea bg mengisi masa lapang.

*Yg ade tande bintang kat ujung tu antara idea yg oren suka. Korang pulak?
() yg dalam kurungan tu.. kalau oren jadi budak pizza yang jawab panggilan tu.


1. Ask about pizza maintenance and repair. (meh aku maintainkan otak kau tu dulu)

2. Ask for extra homo-sapien (then u hv to pay extra thousand, ingat aku ni tokey hayam? tsk)

3. Ask for the guy who took your order last time.(he's dead)

4. Ask if the pizza is organically grown. * (ye)

5. Ask them if you get a free date with one of the staff if you make an order over $30.

6. Ask if they have any idea what is at stake with this pizza.

7. Ask if they're familiar with the term "spanking a pizza." Make up a description to go with the term. Ask that this be done to your pizza.

8. Ask if you get to keep the pizza box. When they say yes, heave a sigh of relief.* (~.~)"

9. Order a one-inch pizza. (sepak dr jarak lima inchi mau?)

10. Tell them to put the crust on top this time.

11. Ask what the order taker is wearing.*hahah..

12. Ask them to not put a band-aid on it this time or you will sue.

13. Change your accent every three seconds.

14. Dance all around the word "pizza." Avoid saying it at all costs. If he says it, say, "Please don't mention that word." *kekeke.. musti try ni. oren ska dramatik2 gini.

15. Learn to properly pronounce the ingredients of a Twinkie. Ask that these be included in the pizza.

16. If using a touch-tone, press random numbers while ordering. Ask the person taking the order to stop doing that.*hahah. gile

17. Imitate the order taker's voice.(ini sangat annoying,kalo oren budak piza tersebut, oren hulur tgn masuk ikut gagang, sepak patblas kali. geez..)

18. Move the mouthpiece farther and farther from your lips as you speak. When the call ends, jerk the mouthpiece back into place and scream GOODBYE at the top of your lungs.* this is brilliant!

19. Order 52 pepperoni slices prepared in a fractal pattern as follows from an equation you are about to dictate. Ask if they need paper.

20. Order two toppings, then say, "No, they'll start fighting." *berkerut abis muka si budak piza tersebut

21. Put an extra edge in your voice when you say "crazy bread."

22. Say hello, act stunned for five seconds, then behave as if they called you. *gilos..

23. Tell them to double-check to make sure your pizza is, in fact, dead.*

24. When they repeat your order, say, "Again, with a little more OOMPH this time."*hahah

25. Terminate the call with, "Remember, we never had this conversation."*great!

cube tgk.. ape jadik. kalo budak piza tu layan. maknanya dia sama spesis ngan kita. masalah keBOSANan takde keje nk buat. Elok la tu.. kurang2 bukan kita sorang je yg gila. kan..
Moh kongsi ngan oren. idea mane yg korang rase best kalau dicuba. hehee.

Monday, June 20, 2011

Cake House 26




25th BITE: RASA KOMPLEKS MORELLO CHERRIES SERASINYA DENGAN COKLAT.



Tiga puluh lima kilometer utara Bandar Paris, pada nadi hutan Chantilly bahagian Oise. Chateau de Montvillargenne.. sebuah hotel berkonsepkan istana. Aku menatap risalah yang aku dapatkan sebelum keluar ke kawasan belakang hotel ini tadi. Hmm.. asalnya sebuah rumah agam milik keluarga Rothschild yang dibina pada kurun lepas dalam kawasan berkeluasan enam hektar. Waaa.. Aku mengangkat semula wajah, memandang kearah binaan dihadapan aku ni. Hotel bercirikan istana yang terbesar di Perancis dengan binaan gaya Anglo- Norman.

“Waa.. what a nice view..” Tanpa sedar aku mengumam sendiri. Aku bersandar pada pagar batu yang berukir dibelakang aku. Mata aku masih belum puas memerhati sekeliling. Segar betul suasana disini, tambah pula dikelilingi hutan macam ni.

“Biasa sahaja..” Satu suara yang aku rasa begitu hampir benar- benar buatkan aku terkejut. Risalah yang aku pegang ditangan terlepas. Dari mana pula muncul mamat ni? Tak tahu ke nak muncul macam manusia biasa. Hish, Aku tunduk untuk mencapai semula risalah tadi.

“Ap.. apa yang biasanya?” Soal aku sambil membetulkan semula sandarku. Terasa kekok berdiri disebelahnya mengenangkan apa yang berlaku awal pagi tadi. Dia, Anas.. yang kini berdiri disebelah aku sudah semestinya bukan Anas yang semalam. Dia sekarang sua.. ah, tak boleh.. tak boleh. Rasa lain macam pula nak sebut perkataan tu.

“Mansion tu.. tak ada la istimewa sangat pun. Ini cuma salah satu cara mereka spend their money” Ujarnya bersahaja. Isk.. tak ada sense betul la budak ni. Rosak mood aku sahaja nak menikmati senibina rumah agam ni.

“Alaa.. kalau you ni Rothschild family, you pun mesti nak ada mansion macam ni juga kan” Ujarku cuba berlagak biasa. Tak perlu rasanya aku nak rasa begitu terkesan, padahal dia setuju cuma kerana nak tolong aku kan. Bukannya sebab dia sukakan aku.

“Kalau I cakap I memang keturunan Rothschild macam mana? My great.. great grandfather is James Mayer Rothschild” Ujar Anas, kedengaran serius. Aku memandang wajahnya untuk memastikan tahap kebenaran kata- katanya. Reaksinya seperti biasa, tapi dia tak senyum pun.. dia tak tipu la agaknya.

“Serius?” Biar betul mamat ni keturunan keluarga terkaya dunia pada hujung kurun kelapan belas tu. Waaa.. macam tak percaya yang berdiri di sebelah aku sekarang ni.. waah.. mata aku membulat memandang kearahnya, kagum.

“Ouch!” Spontan aku memekap dahi, mata yang tadinya bulat, aku pejam rapat menahan pedih. Kenapa tiba- tiba flick dahi aku pula ni? Sakitlah! Aku meraba dahi.

“Takkan itu pun you percaya?” Soalnya. Cis! Tipu aku rupanya budak ni.

“Huh!” Aku menjeling kearahnya, geram. Dia turut memandang kearah aku. Tidak menghiraukan jelingan aku, dia mengangkat tangan menyentuh dahi aku yang aku kira sudah kemerahan penangan jentikannya tadi. Perlahan dia mengusap dahi aku. Lembut sentuhannya. Terdiam aku seketika dengan tindakannya yang langsung tidak aku jangka. Di.. did he just.. touch me? yargh..

“Umm.. waa.. ini hutan betul kan” Ujar aku cuba mengalih suasana yang aku kira agak janggal ini. Segera aku beralih kebelakang menghadap kawasan hutan yang mengelilingi hotel ini. Ish, apa aku mengarut ni? Memang la hutan betul.. takkan la tipu pula. Cakap macam budak tak sekolah. Aku menyembunyikan sedikit wajah yang mula terasa berbahang. Namun hanya untuk beberapa ketika sebelum telinga aku menangkap tawanya. Aku berpaling semula memandang kearahnya. Berani mamat ni ketawakan aku. Apa yang kelakarnya. Aku menampar bahunya perlahan dengan risalah yang dalam pegangan aku. Tanpa dapat dikawal, aku ikut tersenyum.

“You tak pernah cerita pun yang you study chemistry di ENSL” Soal aku, sebaik tawanya reda.

“Hari tu, masa first you proposed” Ujarnya tanpa banyak berfikir. Masa bila pula aku lamar dia? Apa.. dia maksudkan masa jumpa daddy dulu? Ish.

“Maksud I sebelum tu la..” Aku mengetap gigi. Sengaja nak bagi aku sakit jiwa agaknya dia ni.

“Ooo.. tak tahu pula yang you berminat nak tahu..” Balas Anas.

“I tak cakap pun I berminat” Aku menjawab pantas.

“Tadi tu”

“Ish, forget it” Malaslah aku nak cakap dah. Balik- balik aku yang terkena. Entah berapa lapis dah blusher dekat pipi aku ni.

“Nah..” Ujarnya. Aku memandang kearahnya. Dia tersenyum menghulurkan kad kunci kepada aku.

“Bilik..?” Soal aku. Dia mengangguk sementara sibuk menarik keluar ipod dari beg sandangnya. Headphone dilekapkan ditelinga.. sekali lagi dia tersenyum sebelum terus berlalu. Huh? dia kasi kunci ni dekat aku? Laa.. kenapalah tak cakap awal- awal tadi yang kami ada bilik masing- masing.. Runsing aku dari makan petang tadi memikirkan yang aku terpaksa berkongsi bilik dengan dia. Ish, buat suspense aku sahaja. Aku tersenyum lega. Kunci di tangan aku genggam kejap sebelum melangkah ke pintu masuk hotel. Rehat.. rehat.. aku nak rehat. Serba serbi penat sekarang ni.. bukan setakat badan, otak aku sekali perlukan rehat sekarang ni.

Alahai.. Melati.. ibu.. Zara.. sampai hati kau orang tinggal aku dekat sini.

***

“Huargh..”

Awal tadi aku sudah bangun tapi aku ke katil semula, tidak sedar aku terlelap sampailah sekarang. Aku menggagau malas jam tangan yang aku letak ditepi bantal. Sudah hampir pukul sepuluh pun. Haish.. apalah agaknya aku nak buat dua hari dekat sini. Bukankah lagi bagus kalau dirumah sahaja dengan Melati dan yang lain. Aku meraup wajah sekali dan menyisir rambut menggunakan jari. Dengan mata yang masih belum segar sepenuhnya, aku melangkah kearah tingkap. Aku menyelak langsir, mempelawa cahaya matahari. Tangan, aku depakan bagi meregangkan sedikit otot- otot aku. Walaupun terasa penat, entah kenapa malam tadi agak sukar untuk aku lelapkan mata. Mungkin kerana terlalu banyak yang aku fikirkan. Macam- macam benda baru yang muncul dalam hidup aku semenjak dua ni. Bila difikirkan semula, teringin pula nak kembali ke beberapa tahun lalu. Tidak ada banyak masalah.. dan gembira melakukan apa yang disukai. Hmm.. tapi semua tu memang mustahil la kan. Aku menghela nafas panjang. Berdiri memandang keluar tingkap seketika, elok juga kalau aku keluar ke taman kan. Jom, Shikin! Aku beralih ke kiri..

“Aaa..” Aku segera menutup mulut, menahan suara.. mengawal jeritan yang terlontar secara spontan. Aku terundur beberapa tapak sebelum jatuh terduduk di lantai. Aku mengurut dada beberapa kali cuba meredakan rasa terkejut. Beberapa saat, aku beranikan diri mengesot menghampiri sofa. Bila masa pula si Anas ni tidur dekat sini.. macam mana dia boleh masuk? Dia dah ada dekat sini masa aku bangun subuh tadi ke? Ish, Tak perasan pula, tapi..

Aku bergerak lebih hampir dengannya. Segala persoalan yang berlegar dikepala aku hilang serta- merta sebaik aku memandang wajah dia. Waah.. his sleeping face. Aku memerhati susuk wajah Anas yang dibias cahaya matahari dari tingkap. Alahai.. kau ni betul ke manusia.. Kenapa aku tak dapat nak larikan mata aku ni dari pandang wajah dia. Rambutnya yang berwarna coklat itu tampak lebih jelas warnanya dek biasan cahaya matahari. Kening dia.. mata dia.. Ma.. ma.. mata dia? Mata dia terbuka?

“Err.. you buat apa dekat sini?” Soal aku, gugup. Ish, bila masa pula dia ni sedar? Anak mata aku yang tadinya fokus pada satu subjek kini mula bergerak rawak, mengelak bertemu mata dengan Anas yang matanya dibuka kecil memandang aku. Aduh.. diam pula dia ni..tak menjawab. Kalau aku lari sekarang, nampak pula macam aku ada buat salah.



Aku perasan satu senyuman tipis mula terukir dibibirnya. Dalam masih diam, tidak menjawab soalan aku.. tidak juga memberi sebarang penjelasan, dia mengangkat tangannya menghampiri aku. Huh? dia nak buat apa ni? Aku menelan air liur.. tidak semena tekak aku terasa kering. Sebelum sempat tangannya menyentuh rambut aku, aku pantas bangkit terus ke bilik air. Pintu aku kunci dari dalam dan bersandar disitu. Aku memekap dada.. kenapa dengan jantung aku ni?

***

“Bukan you tidur bilik lain ke? kan semalam you bagi kunci tu kat I ” Ujar aku, mengekor dia keluar dari restoran. Masa makan tadi, aku diam.. dia pun macam biasalah dengan benda alah yang melekap ditelinga tu. Pagi tadi, masa aku keluar dari bilik air.. dia sudahpun lena semula di sofa. Aku membuat keputusan sendiri keluar ke taman. Aku sebolehnya tidak mahu mengungkit hal pagi tadi dan nampaknya dia pun sama. Sedikit sebanyak ini buatkan aku rasa selesa semula untuk bercakap dengannya.

“Hmm.. buat apa nak membazir” Balasnya. Grr.. kedekut cakaplah, tapi.. masa bila dia masuk ya?

“Nak kemana ni?” Soal aku yang dari tadi hanya mengikut dari belakang. Terasa kekok nak berdiri disebelahnya.

“I tunggu dekat kereta, you naiklah ambil barang” Jelasnya.

“Balik?”

“Yup”

“Eh.. tapi bukan esok ke?” Rasanya semalam ibu kata..

“What.. want to spend another night here with me?” Dia menghentikan langkah dan berpaling menghadap aku. Satu malam lagi? Dengan dia? Uh, tak nak. Pantas aku menggeleng kepala dan mula mengatur langkah beredar ke bilik.

***

Lebih satu minggu aku tinggalkan rumah ni, biasanya kalau aku tiada dirumah.. Ja akan datang setiap hari. Tidak seperti biasa, hanya seminggu sekali. Selesanya dapat balik rumah sendiri. Walaupun rumah aku ni tidaklah tiris sehingga boleh dimasuki hujan, aku nak juga gunakan pepatah ni. Hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi negeri sendiri kan. Hmm.. aku tersenyum sendiri sebaik masuk kebilik. Katil aku juga yang terbaik. Aku merebahkan badan keatas katil

***

“Shikin dah kahwin?” Hanif yang awal tadi agak selesa bersandar di sofa, menegakkan semula badannya. Dia seakan tidak dapat mempercayai apa yang diberitahu kepadanya. Daddy mengangguk. Cawan teh yang baru sahaja diletak Julia dicapainya.

“Daddy setuju?” Soal Hanif yang mula tidak senang duduk. Sekali lagi daddy mengangguk.

“Dia kahwin di France. Mula daddy ingat dia tak serius, tapi kemudian daddy dapat tahu yang dia betul- betul nikah dengan budak tu, tapi itulah.. walaupun daddy tak suka, dia seorang sahaja anak daddy.. daddy tak mahu sejarah dulu berulang. Macam mana pun daddy faham sangat kakak tu..” Jelas daddy, kedengaran tenang.

“Maksud daddy? Err.. diorang dah balik jumpa daddy?” Semakin banyak rasanya persoalan yang timbul difikiran Hanif tambah pula dia masih tidak dapat menangkap apa yang daddy cuba sampaikan disebalik kata- katanya itu.

“Belum.. tapi daddy dapat tahu dia dah balik sini. Dia tengah marah.. Selalunya memang dia tak fikir banyak buat keputusan kalau dia marah” Ujar daddy tersenyum.

“Daddy ada rancangan ke?” Soal Hanif namun tidak dijawabnya, sebaliknya daddy hanya tersenyum mempelawanya makan. Perbualan mereka selepas itu beralih kepada perniagaan walaupun Hanif sebenarnya masih belum puas hati dengan topik yang dibuka daddy awal tadi.

Julia melangkah keruang tamu setelah tetamu mereka itu pulang. Dia mengambil tempat disebelah daddy.

“Kakak..”

“Bila marah dia reda, dia sendiri akan sedar yang dia buat silap. Jangan risau.. kita tunggu sahaja dulu” Potongnya sebelum sempat Julia bersuara lebih.

***

Anas mengemaskan apron dipinggangnya, rambutnya yang hampir menutup mata itu ditolak sedikit kebelakang dan dipinkan kemas sebelum topi putih miliknya diletakkan dikepala. Hari ni dia nak habiskan masa didapur SV.. Dia beralih membuka semula pintu locker miliknya, mengambil barang. Buat kali terakhir, dia memeriksa penampilannya dihadapan cermin dalam bilik persalinan itu. Memandang wajah sendiri begitu, buatkan dia teringat masa dia dan Shikin di Chateau de Montvillargenne tempoh hari.

Malam tu memang dia tidak tidur disitu, semalaman dia habiskan masa dengan kawan- kawannya di bandar. Pagi itu baru dia masuk ke bilik, nasib baik pekerja disitu tolong bukakan pintu bila dia memberi alasan yang pintunya terkunci dari dalam. Dia tak berniat untuk mengganggu Shikin, namun dia terlalu penat dan perlukan tidur. Masuk sahaja didalam bilik dia tersenyum sendiri melihat Shikin tidur diatas katil dengan seluruh tubuhnya diselubung selimut. Baru beberapa minit dia terlelap di sofa, tidurnya terasa diganggu. Dia dapat rasakan yang dia sedang diperhatikan tambah lagi cahaya matahari yang menyimbah wajahnya buatkan dia kembali sedar. Rasa bagai mahu gugur jantungnya melihat Shikin begitu hampir dihadapan mata, tapi entah kenapa anak matanya langsung tidak dapat lari dari memandangnya. Shikin.. Heh, terluah tawa kecil mengenangkan situasi dan apa yang dia rasa pada masa tu.

Anas melangkah keluar dari bilik persalinan dengan senyuman. Mood dia agak baik semenjak dua ni.

“Intan, let me..” Dia menghampiri Intan yang kelihatan mengangkat sebuah kotak keluar dari stor. Kotak berisi barang dapur itu beralih tangan sebelum Intan sempat menolak bantuannya.

“By the way, you nampak cantik hari ni” Ujar Anas, masih dalam moodnya. Dalam senyum yang masih belum lekang dibibirnya, dia melangkah terus ke dapur. Intan terdiam. Kaku sebentar dihadapan pintu stor, menghantar gerak Anas. Macam tak percaya dengan apa yang dilihat dan di dengarnya. Perlahan- lahan dia kemudian mengukir senyum.

Masuk dapur, semua orang ditegurnya. Semua disitu sekadar mengangguk kemudian berpura- pura sibuk dengan kerja masing- masing. Mungkin terasa janggal dengan kelakuan Anas yang pada mereka diluar kebiasaan itu. Sebelum ini nak lihat dia tersenyum pun susah kalau di dapur. Selalu dengan dunianya sendiri tanpa pedulikan orang sekeliling. Kekok, masing- masing sebolehnya cuba untuk tidak memandang atau bertembung dengannya.

Tanpa mempedulikan persekitaran pelik yang dicetusnya di dalam dapur itu, dia menyediakan semua bahan yang diperlukan. Anas membawa keluar satu balang kecil morello cherries dari peti sejuk.. Semua bahan diasingkan kepada beberapa bahagian, untuk base.. filling.. hiasan dan juga dusting. Dia bercadang untuk sediakan Chocolate Mousse Cake dengan Morello Cherries. Kek yang direbak dengan dark chocolate mousse, diisi dengan sirap dan morello cherries dan ditabur kepingan coklat lembut yang digulung serta serbuk koko diatasnya.

Tangkas dan kemas gerak tangan Anas. Teliti dia mengendali setiap sentuhan. Dari riak yang terpancar pada wajah, nyata dia sedang menikmati apa yang sedang dilakukannya. Leka dengan apa yang dilakukan sehingga dia tidak menyedari Melati berdiri disebelahnya.

“Choc Mousse cake.. Plum and Apple Meringue tart.. Florentines.. Choc Truffles.. even Shiratamako Candy? Semua ni mana ada dalam menu..” Melati mengira satu persatu dessert yang teratur diatas meja dihadapannya. Gila apa adik aku ni.. nak buat apa semua ni? Siapa nak makan banyak macam ni?

“You ni kenapa Anas?” Soal Melati sambil menarik headphone dari telinga adiknya itu. Tak ada etika betul budak ni, di dapur pun masih sibuk dengan muzik dia. Melati mencapai sebiji choc truffle yang sudah siap disadur serbuk koko dan masukkan kedalam mulut.

“Kenapa.. kenapa?” Soal Anas.

“Lepas siap semua ni, sila keluar dari dapur ni.. pergilah meditasi ke muhasabah diri sikit. Kembalikan semula kewarasan tu. Habis kerja di dapur ni tak jadi nanti if you terus takutkan kita semua macam ni” Ujar Melati memberi arahan.

“Tak faham” Balas Anas. Tangannya masih sibuk memberi sentuhan terakhir.

“You tak nampak ke?”

“Nampak apa?”

“Ada aura pelik keliling you.. sudah cepat sikit”

Monday, June 13, 2011

Cake House 25




24th BITE: MEDELEINES AND BEHIND THIS LITTLE ELEGANT CAKES..


“Dua minit..! Eh, tak. Tiga minit!” Aku melekapkan muka dan badan aku pada pintu. Menjawab panggilan Melati yang ingin masuk kedalam. Haa.. apa aku nak buat ni. Isk.. isk. Aku nak menangis boleh tak? Nak terjun tingkap macam tak berbaloi pula.. ini tingkat bawah. Tak ada ke mana- mana hero nak muncul dari tingkap tu selamatkan aku. Selalunya kan waktu macam ni ada putera raja tak pun encik romeo patut datang selamatkan aku dan bawa aku lari dengan dia.. err.. sila buat pengecualian untuk Shrek la ya. Aku pun tak berniat nak jadi Fiona.

Ish, aku ni.. buat macam aku ini yang mangsa pula, padahal kalau diikutkan akulah pemangsanya. Kau gila Shikin.. Kau gila.

Aargh… Apa aku buat dekat sini.. apa dalam otak aku ni..! aku mengetuk perlahan kepala beberapa kali kemudian mula menggigit jari. Gementar.. takut.. rasa menyesal pun ada. Betul ke apa yang aku buat ni? Tak apa ke aku buat macam ni? Kalau aku ubah fikiran sekarang sempat lagi kan… hish.. Apa aku nak buat ni…! Kusutlah. Mundar mandir aku dihadapan pintu, macam- macam difikirkan dalam kepala sekarang ni. Masa aku buat keputusan sebelum ni kenapalah aku tak fikir betul- betul. Tapi.. bukankah semua ni sepatutnya lakonan sahaja, macam rancangan awal aku tu, sekarang ni apa pula..? Ish, Gila lah!

“Shikin..! bukalah cepat pintu ni..” Sekali lagi kedengaran suara Melati dari luar. Aku teragak- agak meletak tangan pada tombol pintu dan membukanya perlahan. Melati terus masuk menuju kearah meja solek dan mengambil sesuatu.

“Tak boleh ke kalau kita berlakon sahaja?” Soal aku, berdiri dibelakang Melati.

“Apa you ingat ni movie anak bapak ke?” Soal Melati pula. Dia menolak aku supaya duduk dibirai katil. Tangan aku ditariknya, entah apa yang dibuatnya pun aku tak ambil tahu. Otak aku tengah kebas lagi ni.

“You tengok cerita tu?” Eh, apa aku tanya ni. Ish.

“Kalau berlakon pun.. mesti nak tinggal sekali kan?” Soal Melati sambil tangannya sibuk pula membelek muka aku. Aku diam tidak menjawab. Rasa bagai ada serangga bersayap sedang bersarang dalam perut aku sekarang. Nak termuntah semua ada dah ni. Aku sembur racun serangga baru tahu.

“Okay, tak pun.. mesti kurang- kurang nak pegang tangan kan.. daddy you tu lama dah hidupnya.. you rasa kalau you duduk berasingan, lepas tu.. duduk depan daddy, ada ruang senggang sedepa antara you berdua.. you ingat apa dia fikir?” Soal Melati lagi. Aku sekadar mengangguk perlahan tanpa menjawab.

“Sudah tu.. kahwin sahajalah! Sebelum ni you juga kata okay” Ujar Melati. Huh, itu sebab aku kurang waras masa tu. Aku tengah geram.. Haih.. itu lah salah satu situasi yang menggambarkan sebab mulut badan binasa. Alahai.. la pulut.. alahai la santan.

“I gila kan, Mel..” Ujar aku perlahan berserta satu keluhan.

“Hmm..” Balasnya spontan. Ish, dia mengaku pula.

“Kalau macam tu.. you pun kira gila lah sebab biarkan orang gila kahwin dengan adik you..” Ujar aku diikuti dengan satu lagi keluhan.

“Ya right, I gila. Dah, jom keluar. Yang lain dah tunggu di kedutaan”

***

Malam mula aku tiba Paris hari tu.. selepas mandi aku terus duduk di dalam bilik, penat. Aku menghidupkan semula telefon aku yang sudah beberapa hari aku tutup. Mencari nombor Raudah dan membuat panggilan. Aku tidak nafikan yang aku masih lagi marah tapi aku perlu juga tahu tentang apa yang sedang berlaku FC. Semenjak kejadian tempoh hari, ada sekali sahaja aku masuk FC, itu pun sekejap sahaja. Tidak sempat pun untuk berjumpa dengan Raudah. Selepas beberapa kali aku mencuba, baru si Raudah tu jawab panggilan aku.

“Kenapa lambat sangat angkat telefon?” Soal aku pada Raudah.

“Sorry.. tak perasan la cik” Balasnya.

“It’s okay.. you sihat? FC macam mana?”

“Ha? Hmm..” Suara Raudah kedengaran lain pada telinga aku.

“Selama I tak masuk ni.. ada apa- apa pembaharuan lagi ke?” Soal aku sekali lagi.

“Aaa.. sebenarnya. Raudah bukan di FC dah sekarang.. ” Ujar Raudah kedengaran serba salah.

“Habis tu?”

“I.. err.. ditukarkan ke main office” Jelasnya buatkan aku terkejut. Apa kenanya ni? Sampai orang kanan aku pun diusiknya. Ish.

Tanpa banyak cakap aku mematikan panggilan, membiarkan perbualan antara aku dan Raudah tergantung disitu. Aku menarik selendang dan sarung ke kepala, melangkah keluar dari bilik terus kedapur. Ish, tak tahu lagi apa yang patut aku rasa. Asyik geram.. geram.. geram. Muda- muda kena darah tinggi pula aku nanti. Daddy ni kan.. sengaja nak cabar aku. Setiba aku didapur, tiga beradik itu masih lagi di meja. Entah apa yang mereka bualkan disitu aku langsung tidak berminat untuk ambil tahu. Pintu peti ais aku tarik dan keluarkan satu jag berisi air sejuk lalu tuangkan kedalam gelas. Terlupa yang aku kini bukannya dirumah sendiri. Habis satu gelas aku teguk, gelas aku letak sedikit kasar keatas meja.

“You kenapa?” Soal Anas. Aku memandang wajah Anas, Zara dan Melati sekali lalu. Masing- masing memandang kearah aku dengan wajah yang terkejut. Aku menyeluk poket cardigan aku, mengambil semula telefon dan mendail. Soalan Anas aku biarkan tidak dijawab.

“Daddy.. I’m going to get marry. Seriously!” Ujarku geram.

“Assalamualaikum.. boleh daddy tahu dengan siapa” Ujar daddy tenang menjawab telefon. Jelas dia tidak mengambil berat dengan apa yang aku katakan.

“Waalaikumsalam, dengan budak hari tu” Aku menuang lagi air sejuk ke dalam gelas kosong tadi. Budak bertiga yang dihadapan aku, masih terdiam memandang kearah aku. Segera aku berpaling membelakangi mereka.

“Iya lah tu. Kakak dekat mana ni? Daddy dengar kakak tak masuk office” Sekali lagi kata- kata daddy memperlihatkan bahawa apa sahaja yang aku katakan tidak memberi kesan padanya. Dia mesti ingat yang aku tidak serius dan cuma mengarut kerana marahkan dia.

“Daddy, I said.. I going to get marry..” Sekali lagi aku ulang ayat yang sama. Bertambah geram pula bila kata- kata aku diambil ringan.

“Buatlah apa yang kakak suka..” Jawabnya. Huh? Daddy ni nak cabar aku ke apa?

“Daddy.. I’m serious” Sekali lagi aku cuba memprovokasi daddy.

“Daddy pun tak ada niat nak bergurau. Apa- apa pun.. kalau kakak tak ada buat apa, masuk office. Tak mahu ke Fc.. come to Picturesque” Ujar daddy menukar tajuk. Nampak sangat apa yang dia mempedulikan apa yang aku kata.

“Daddy.. I mean it”

“Ya, kirim salam dekat bakal suami kakak tu” Daddy ni serius ke atau dia still ingat aku main- main?

“Fine..” Tegasku sebelum talian dimatikan. Aku berpaling semula kearah mereka yang masih beku disitu. Aku menarik gelas aku tadi dan menghabiskan sisa suku gelas air yang tinggal sebelum beralih memandang tepat kearah Anas.

“Kita kahwin!” Ujar aku dengan wajah serius.

***

Sedar tidak sedar.. di sinilah aku sekarang. Aku merenung kosong pada piring dihadapan aku yang berisi dua ketul Madeleine, kek span kecil berbentuk kerang yang asalnya dari Commercy dan Liverdun, dua communes dari daerah Lorraine, timur laut perancis. Keluar dari rumah sebelum sempat sarapan.. sekarang sudahpun makan petang, dan aku masih belum dapat mempercayai sepenuhnya apa yang telah berlaku diantara dua masa makan itu. Ish.. betul ke aku tadi.. dengan dia ni.. dah.. aargh. Sila beritahu aku yang aku sedang bermimpi sekarang. Aku dah... haih.. gila aku.

“Berangan apa lagi tu? makanlah” Melati yang duduk disebelah, menepuk bahu aku. Aku mengangguk lantas mencapai seketul Madeleine. Cepatnya masa berlalu.. dan dalam masa yang cepat itupun banyak benda boleh terjadi. Aku mengangkat wajah yang dari tadi aku tunduk dan memerhati sekitar ruang makan yang serba elegan ini. Le Vilargène tak salah aku nama yang disebut Zara sebelum kami masuk ke dalam gourmet restaurant di hotel ini. Kemudian aku beralih pula memandang Anas yang turut diam di sebelah. Piringnya masih lagi berisi separuh tat buah, namun dia kini sudah bersandar.. taksub melayan PSP miliknya. Tsk.. kenapa aku rasa macam nak sekeh budak ni entah. Grrr..

“Nurul Ashikin suka tempat ni?” Soal Ibu Anas mengalih perhatian aku.

“Err.. Ibu panggil Shikin sahaja ya, suka.. cantik” Ujar aku sedikit janggal bila dibahasakan dengan nama penuh.

“Waah.. kak shikin panggil ibu, ibu lah.. boleh tahan cepat progress” Sampuk Zara. Tsk.. budak ni…! Aku mengukir senyum paksa sambil mencuri jeling kearah Zara yang tersengih. Dari bawah meja, aku mencari kaki Zara.

“Ouch!” Wajah ibu berubah sedikit. Aku memandang kearahnya dengan rasa serba salah. Ops.. aku rasa tadi macam dah betul kaki Zara yang aku nak pijak, macam mana boleh tersilap ni. Aku beralih pula memandang Zara. Dia menjelirkan lidah pada aku.

“Sorry Ibu..” Ujar Anas tiba- tiba. Ibu sekadar mengangguk. Aku memandang kearah Anas. Hai.. bila masa mamat ni bergerak? Rasanya aku yang terpijak kaki ibu tadi. Bukan ke? Dia yang pijak ke aku yang pijak? Kalau dia, mestilah aku perasan. Aaa..

“Hmm.. Shikin pun mesti minat baking juga kan. Sama macam budak tiga beradik ni..” Ujar ibu buatkan Madeleine yang sedang aku kunyah ini terasa bagai hampas. Aku menelan kesemua yang ada didalam mulut sekaligus. Apa aku patut jawab ni? Aku minat baking? Makan aku minatlah.. Kalau aku cakap macam tu okay tak?

“Ibu pun suka.. tapi jarang buat semenjak tiga beradik ni lebih pandai dari ibu.. Ibu ingat seronok juga kan kalau kita dapat buat sama- sama.. dengan budak- budak ni ibu dah boring..” Tambah ibu lagi. Dia mengangkat sebiji cinnamon roll dari tengah meja dan hulurkan pada piring aku yang dilihatnya kosong.

“Iya lah ibu tu.. lima, sepuluh tahun lagi pun belum tentu Mel lagi hebat dari ibu” Ujar Melati, masuk dalam perbualan. Sekaligus menyelamatkan aku buat sementara. Aku lihat ibu tersenyum dengan pujian dari anaknya itu. Manis.. padanlah anak- anaknya semua pun.. hmm..

“Oh ya, Mel.. Zara.. shall we?” Ujar ibu. Jam dipergelangan tangannya ditenung seketika.

“Sure” Balas Melati, bersedia untuk bangun. Melihat Melati dan Zara, aku meletak semula cinnamon roll yang baru sahaja aku pegang.

“You nak kemana?” Soal Melati. Memandang hairan kearah aku yang ikutnya berdiri.

“Iya.. Shikin duduklah..” Sambung ibu pula.

“Hah? Bukan kita nak balik dah ke?” Soal aku pula, lari punca. Mereka nak kemana? Kenapa aku disuruh duduk pula?

“Spend your weekend here.. hadiah dari ibu” Ibu memandang kearah aku sambil tersenyum penuh makna.

“Huh?” Tiba- tiba terasa wajah aku panas tak bersebab. Hadiah? Aku memandang kearah Anas. Dia masih sibuk dengan PSP nya tanpa menghiraukan situasi. Dia dah tahu ke? kenapa aku seorang sahaja yang tak tahu. Aku beralih pula menghadap Melati, spontan memaut pergelangan tangannya. Isk.. tolong la jangan tinggal aku dekat sini.. dengan mamat ni pula tu. Aku memberi isyarat mata pada Melati, meminta bantuan.

“Enjoy your honeymoon ya.. ” Ujar Melati. Dia tersenyum sambil menolak tangan aku perlahan.

“Kak Shikin nak Zara temankan? Zara tak kisah..” Ujar Zara pula.

“Next time..” Sampuk ibu sebelum sempat aku berkata apa. Kalau diikutkan masa macam ni, kalau ditemankan oleh sepuluh Zara pun aku sanggup. Isk..

“Tapi kan isnin kita nak balik Malaysia..” Aku beralih pada Anas sebaik ibu, Melati dan Zara berlalu. Ish.. padanlah Melati sibuk kemaskan barang aku, bawa sekali pagi tadi. Haih.. kenapalah aku tak perasan..

“So..?” Soal Anas. Dia menyimpan semula benda alah yang asyik ditangannya dari tadi kedalam beg.

“…aa” Aku duduk semula. Apa aku nak buat ni.. ‘so’ dia jawab. Apa nak diluangnya hujung minggu dekat sini? Dengan dia pula tu.. hari isnin dah nak balik. Ish. Aku membetulkan sedikit selendang yang melekap dikepala. This is awkward! Gila.. memang gila!

“Let us go” Aku memandang kearah dia yang berdiri di sebelah.

“Balik?” Soal aku. Fuh, buat aku terkejut sahaja. Ingat betul tadi kena bermalam dekat sini.

“Correction, bilik..” Dia tersenyum memandang kearah aku sebelum melangkah.

“Bi.. bi.. bilik?” Apa dia cakap? Boleh tak sesiapa tolong ulangkan pada aku? Aaargh..

“Buat apa lagi duduk dekat situ?”

“You pergilah seorang, I tak nak” Balas aku tanpa langsung berpaling kearah dia yang siap ingin melangkah keluar dari restoran ini. Aku mencapai semula cinnamon roll yang tidak jadi aku makan tadi lalu sumbatkan ke mulut. Isk.. tangan aku ni sejuk balik macam pagi tadi kenapa ni..? Aargh.. tak suka. Tak suka. Tak suka!

“As you please..”

Mesti.. mesti dia ketawakan aku. Huh, ingat aku tak tahu.. mesti punya.



Thursday, June 9, 2011

Cake House 24




23rd BITE: WHEN LIFE THROWS YOU LEMONS, CATCH IT & THROW IT BACK!

Satu sahaja dalam fikiran aku sekarang, mungkin kalau aku memprovokasi daddy begini.. daddy akan beralah dengan aku. Mana lah tahu kan.. tidak rugi pun aku cuba. Ya.. aku tahu.. aku tak boleh bergantung pada idea macam ni sepenuhnya. Kerja itu kerja dan peribadi itu peribadi. Tapi.. apa salahnya kan, bukan selalu aku dapat tengok reaksi daddy macam ni. Bertuah kan daddy dapat anak macam aku ni.

“Budak ni?” Soal daddy separuh percaya. Wajahnya berubah serius, memandang Anas dari atas ke bawah. Dahinya mula berkerut, aku tahu.. dia tak dapat terima langsung apa yang aku cakap. Ah.. memang itu yang aku mahukan pun.

“Ya.. but he’s not budak la daddy.. he’s twenty three” Balas aku sengaja menambahkan lagi tekanan pada daddy. Aku perasan daddy cuba mengawal perasaan dia tapi dia tak dapat nak sembunyi reaksi wajah dia yang jelas terkejut dengan cereka aku ni.

“Twenty three? And you are.. huh, kakak jangan berguraulah” Ujar daddy.

“Mana ada bergurau.. kenapa? Ada masalah ke?” Serius aku membalas kata daddy. Aku menolak sedikit kaki Anas dari bawah meja, meminta bantuan. Diam pula mamat ni, nampak sangat la aku menipu kalau dia terus macam ni.

Daddy mengerling sekilas pada aku dan berdehem. Soalan aku tidak dijawabnya. Macam dia tahu sahaja yang aku nak perangkap dia supaya beralah dengan aku. Ish. Tak apa.. nak main.. kita main.. menang kalah.. kita tentu kemudian ya.

“Don’t you think you should introduce yourself?” Soal daddy pada Anas yang diam tanpa perasaan.

“… Anas ” Balas Anas ringkas. Aku menendang kaki Anas sekali lagi dari bawah meja, kemudian memberi isyarat yang dia tidak perlu bersalam dengan daddy. Dia yang baru sahaja bergaya ingin menghulur tangan menarik semula dan berpura memperbetulkan rambutnya. Bagus.. macam tu la.. biar nampak lagi kurang ajar, lagi bagus.

Sekali lagi daddy berdehem, terang- terang dia kurang selesa dengan reaksi Anas. Ala.. kalau tak diajar pun budak ni.. dia memang dah sedia kurang berperasaan. Memang nampak kurang adab la depan orang tua konservatif macam daddy aku ni. Eh, tak.. aku rasa tak ada pun mana- mana orang tua nak menantu dia macam tu kan. Pangkah..! pangkah..! pangkah..! habis setiap klausa dalam borang calon menantu daddy ditanda pangkah agaknya sekarang.

“Anas huh? hmm.. warna tu.. contact lens?” Soal daddy. Aku berpaling kearah lain seketika, menyembunyi senyum. Memang kena la sasaran aku. Hah, aku dah tahu memang daddy akan timbulkan soal tu. Dia kan ada alergi sikit dengan orang asing ni. Kalau bab perniagaan mungkin okay.. tapi bab nak jadi menantu memang susah la. Penyakit keturunan rasanya, warisi dari datuk aku dulu. Tengok sahajalah kes mak saudara aku tu. Sampai sekarang dia aku tak balik Malaysia, sebabnya.. datuk aku tak suka dia berkahwin dengan orang luar. Dah meninggal pun datuk aku, sekarang diturunkan pula penyakit tu pada daddy aku ni. Haish.. macam- macam..

“This grayish colour?.. first is the amount of melanin made and the second is the density of the proteins in the stroma..” Apa sahajalah si Anas ni merepek.

“Ringkasnya.. itu warna asal, daddy” Aku menyampuk sebelum si Anas ni buat gila, bagi penerangan yang tak perlu untuk menjawab soalan daddy.

Daddy memandang kearah aku dengan wajah yang berkerut kemudian beralih semula menganalisa Anas. Hah.. nasib kau lah Anas. Siapa suruh nak ikut sangat kan.

“Oh, and this attractive dark brown hair.. thanks to my father” Ujar Anas setelah agak lama daddy merenung kearahnya. Hish.. budak ni la.. nanti daddy aku yang sihat ni, betul- betul dapat sakit jantung dibuatnya. Perasan.. daddy tak tanya pun pasal tu.

“He’s French. Mmm.. Ayah dia half French and mak dia French but don’t worry daddy.. atuk belah ayah dia tu melayu tapi ada sedikit campur cina peranakan.. kan Anas” Sekali lagi aku menyampuk memberi penjelasan. Anas mengangguk perlahan mengiyakan.

“Baju tu..” Soal Daddy berpura- pura tidak kisah dengan apa yang aku cakap. Tak habis lagi rupanya soal siasat dia.

“Err.. itu uniform SV cake house, Anas..”

“Daddy tanya kakak ke?.. ehem, ..study?” Daddy memandang serius pada aku sebelum kembali menyoal Anas.

“Chimie. ENS Lyon, France” Ujarnya menjawab soalan daddy.

“Chi.. chi.. Chimie? …Chimie… Chemystry?” Spontan terluah dari bibir aku walau sedikit gagap. Biar betul mamat ni.. serius ke dia ambil kursus tu dekat ENS Lyon. Serius, mati- mati aku ingat dia ambil kursus yang sama dengan Melati. Pastry.. tak pun yang berkaitan. Ish.. Serius ke budak ni?

“Yang kakak terkejut kenapa?” Soal daddy menghentikan kira- kira terhadap peratus kesahihan fakta diberi Anas dalam kepala aku.

“Hah? Te.. terkejut? Kakak terkejut? Tak adalah.. mana ada.. Kakak tahu dia ambil course tu.. kakak cuma nak tolong terjemahkan pada daddy..” Pantas aku menggeleng kepala menyangkal kata- kata daddy.

Aku memandang Anas meminta bantuan. Cakaplah sesuatu.. nanti daddy syak pula yang aku ni berbohong. Dia hanya membalas pandang aku seketika kemudian tersenyum sendiri. Isk.. mamat ni.. nak datang penyakit jiwa dia tu pun tunggu la dulu. Tak membantu betul budak ni. Haih..

***

Aduh la.. macam mana aku boleh terlupa. Ish! Sepatutnya aku jumpa dengan daddy tadi, ada benda lain yang aku nak bincangkan. Alih- alih, lain pula yang jadinya. Apa nak jadi dengan kau ni Shikin, boleh lupa benda yang penting macam tu. Itu lah pasalnya orang boleh buat kau macam ni. Haish.. seronok sangat nak kenakan daddy. Nasib aku yang dah sedia terkena ni tidak juga aku berjaya bela. Beriya sahaja aku merancang itu ini.. banyak perkara yang aku sepatutnya bangkitkan berkenaan FC. Isk.. Semua salah budak ni la. Aku menarik cawan blackcurrent lemonade yang baru sahaja dibayar Anas dari tangannya. Tadi pun satu hal, kata lunch.. tapi akhirnya tak ada siapa yang pesan makan, daddy pergi macam itu sahaja selepas terima satu panggilan. Aku dengan budak ni pun terus keluar dari restoran selepas tu.

“Daddy you tadi? .. Waaargh..” Ujar Anas. Kami sama berjalan menuju kearah kereta.

“Kenapa?” Soal aku pula. Apa hal tiba- tiba tanya macam tu pula. Apa, dia ingat orang tua tadi menyamar jadi daddy aku ke atau aku sahaja suka- suka nak mengaku itu daddy aku.

“Tak lah.. sama macam you lah dia” Balas Anas bersahaja. Huh? Sama?.. aku tak rasa macam tu pun.

“Which part yang sama nya? Muka I macam mummy” Ujar aku. Semua orang pun cakap macam tu, aku mewarisi wajah mummy. Tapi.. dulu ada la.. mummy pernah cakap aku macam daddy.. tapi mummy seorang sahaja yang cakap macam tu. Tak boleh la nak kira, seorang melawan yang ramai. Ini, mamat ni pula kata aku macam daddy.

“Kelakar.. sama macam you” Ujarnya. Ini kira puji ke perli. Aku tinggalkan dekat sini baru tahu. Balik sendiri.

“So.. should I assume that you are proposing me? What a weird way lah kan.. tapi tak apa, jawapan I.. still, .. I do” Ujar Anas lagi beserta senyum. Huh? Kelakar sangat la bergurau macam tu. Tengok la nanti.. aku pergi meminang mana- mana mamat jepun yang lagi cantik dari kau. Ingat aku tak boleh dapat ke. Uh, Ingat aku hairan sangat muka kau yang ala Ryuzaki, death note tu.

“Iya lah sangat.. dah, masuk cepat” Balas aku sambil membuka pintu kereta.

“Kalau macam tu.. hujung bulan ni, you ikut kami lah” Anas turut melangkah masuk kedalam kereta.

“Ikut?”

“Jumpa ibu, minta restu..” Jawabnya. Isk.. sempat lagi tu budak ni. Ah, malas aku nak layan.

“Kita lunch roti tu sahaja cukup la kan.. kalau you nak lebih, balik SV makan” Ujar aku mengubah tajuk. Bukan boleh diikutkan sangat budak ni. Buah hati sikit punya cantik manis dah ada, sempat lagi nak bergurau macam tu dengan aku. Kalau aku tak kenangkan dia ni adik pada sahabat baik aku, memang dah lama aku cop budak ni mamat kasanova yang perlu dijauhi. Sudah la senyuman dia sahaja mampu membunuh. Haih..

“Anyway, mana you tahu pasal ibu ayah I ya?” Soal Anas tanpa pedulikan apa yang aku katakan sebentar tadi.

“You kan adik Mel.. So, parents Mel.. parents you la kan” Jawab aku. Mestilah aku tahu pasal tu.. Melati kan sahabat aku. Paling kurang aku kena la tahu pasal ibu ayah dia.

“Ooo..”

***

Satu minggu sudahpun berlalu, dan aku masih belum berjaya membuat temujanji dengan daddy. Hari ni mungkin keputusannya akan keluar tapi mungkin juga esok. Aku sendiri kurang pasti. Semakin hari aku jadi semakin keliru dengan posisi aku sekarang di Fountain Consultantcy. Apa kata, senangnya.. buang sahaja aku ni. Puas hati.

Aku melangkah masuk ke FC seperti biasa, namun langkah aku terhenti ditengah- tengah ruang pejabat ini. Hai.. mana pula pergi semua orang ni. Aku mengerling jam dipergelangan tangan. Hmm.. bukannya aku datang terlebih awal pun, selalu masa ni semua dah masuk. Aku memerhati sekeliling. Ada suara datang dari bilik perbincangan. Apa mereka semua buat dalam tu. Aku melangkah menghampiri bilik itu dan menolak pintu perlahan. Semua ada disini? Ada apa ni? Mesyuarat? Kenapa aku tak tahu apa- apa? Aku memandang tepat kearah Jasmi yang tiba- tiba berhenti bercakap sebaik melihat aku.

“You all buat apa dekat sini?” Soal aku. Entah kenapa hati aku rasa sakit sangat sekarang. Kenapa perlu buat macam ni. Aku ni siapa dalam FC ni? Aku memerhati semua yang disitu. Tiada seorang pun yang memandang kearah aku selain Jasmi dan beberapa wajah baru yang tidak pernah aku lihat.

“Kita ada sedikit taklimat dan sambil tu kita buat sesi suai kenal dengan muka- muka baru FC” Ujar Jasmi. Sedikit pun tidak rasa bersalah. Pekerja baru dia kata? Apa maksud dia.. Aku sekali lagi memerhati satu persatu wajah didalam bilik ini. Memang ada yang kurang. Ikhwan dan lagi dua orang pekerja aku tiada disini.

“Siapa kata you semua boleh buat perjumpaan macam ni tanpa kebenaran I?” Soal aku. Sedikit bergetar suara aku cuba menahan geram.

“Masuklah dulu.. I kenalkan. Mereka ni semua yang terpilih dari Picturesque” Jasmi tidak menjawab soalan aku. Rasa macam dipermainkan pun ada sekarang ni, tambah pula dengan wajah Jasmi yang tersenyum tenang memandang aku.

“Tak boleh ke sekurangnya maklumkan pada I terlebih dahulu? Suka- suka hati buat keputusan sendiri.. you sedar tak I ni siapa?” Ujar aku sedikit keras. Jasmi bangkit dari kerusi yang diduduknya dan berjalan menghampiri aku.

“I tahu.. you kan pewaris tunggal Picturesque. Siapa boleh nafikan tu, tapi I dihantar kesini .. dan I cuma buat kerja I. Orang sebesar you.. kenapa nak susahkan diri dengan FC ni.. biar I buat kerja I.. lagipun tempat sebenar you bukan disini.. you tahu tu kan..” Jasmi berkata perlahan. Ayatnya terasa tajam menikam. Kenapa perlu timbulkan soal tu. Apa yang cuba aku pertikaikan adalah hal sekarang. Aku masih di FC kan. Kenapa perlu nafikan posisi aku disini.

Aku menatap tajam pada Jasmi yang berdiri betul dihadapan aku. Tanpa berkata banyak, aku terus berlalu dari situ. Dengan sakit di hati.. dengan rasa dipinggirkan.. aku keluar dari pejabat. Aku cuba seboleh mungkin menahan air mata aku dari mengalir. Salahkah aku nak buat kerja yang aku suka. Kenapa mesti paksa aku buat sesuatu yang aku rasa aku tidak mampu. Kenapa perlu nak sisihkan aku macam ni.

***

Aku mengesat sisa air mata yang mengalir. Geram betul, aku tak suka menangis! Berani betul buat aku macam ni. Hampir setengah jam aku duduk didalam kereta ni. Nak masuk ke pejabat, hati aku ni masih lagi terasa sakit. Aku mencapai beg, dan menggagau mencari telefon. Aku menarik nafas perlahan dan lepaskan. Cuba menenangkan sedikit perasaan kemudian mendail nombor daddy.

“Daddy.. daddy nak buat apa ni?” Soal aku sebaik daddy menjawab telefon.

“Apa hal ni Kakak? Kan daddy sudah pesan.. kalau bukan hal kerja, balik kita bincang dekat rumah” Ujar daddy, kedengaran serius.

“Pasal FC lah daddy.. perlu ke buat macam tu?” Aku menyoal sekali lagi. Meminta penjelasan.

“Kakak.. iya, kakak anak daddy..tapi tak boleh la kalau ada masalah dengan FC terus telefon daddy.. kena ikutlah protokolnya” Ujar daddy buatkan aku terdiam. Tidak tahu lagi apa hendak dikata bila daddy memilih alasan itu.

“Kakak, listen.. tak perlu risau pasal itu semua, daddy tak nampak ada sebarang masalah dengan pengurusan baru FC, kakak cuma perlu tenang dan bersiap untuk masuk Picturesque macam yang daddy pernah cakap dulu” Tambah daddy. Aku tidak menjawab kata daddy sebaliknya teruskan mematikan telefon.

***

Dari mengiring, Anas beralih menghadap siling. Diurut dadanya beberapa kali. Satu senyuman terukir dibibirnya, penuh makna.

‘He’s the one I think I want to spend the rest of my life with’

Berulang kali rasanya perkataan itu bergema difikirannya seperti pita lama yang tersekat. Dialah lelaki yang Shikin nak habiskan seumur hidup bersama. Entah kenapa dia tak dapat keluarkan kata- kata itu dari kepalanya. Gila betul. Dia tidak ada pilihan lain selain tersenyum sendiri setiap kali kenangkannya. ‘Shikin.. Shikin..kau memang sesuatu’ detik hati Anas. Masa Shikin luahkan kata- kata tu pada hari itu. Jantungnya terasa melengah beberapa saat. Pada masa tu dia benar- benar terkejut. Terdiam sebentar.. tidak tahu apa reaksi yang patut diberi, sehingga terlupa seketika yang duduk dihadapannya pada masa itu adalah daddy Shikin. Walaupun dia faham sebab mengapa Shikin cakap macam tu namun dia turut faham.. kata- kata macam itu bukan boleh diluahkan begitu sahaja. Dia yakin Shikin tahu apa yang dikatanya walaupun bukan seratus peratus memaksudkannya.

***

“Betul ke you okay ni Shikin?” Soal Melati. Dia mengulur secawan lemon green tea kepada aku. Teh hijau yang mampu memberi rasa selesa.. lemon pula memberi rasa sitrus yang menyegarkan. Melati ni memang bijak membaca rasa hati aku.

“Okay.. Kita bercakap hal tu kemudianlah.. sekarang I lapar.. apa kata you belanja I hari ni” Ujar aku, sengaja mengambil kesempatan.

“Iya lah, you nak makan apa?.. by the way, minggu depan jadi kan?” Soal Melati.

“Huh, apa yang jadi?” Aku memandang hairan kearah Melati. Kurang faham dengan apa yang dimaksudkannya.

“Ikut kita orang balik.. Anas kata you serius nak ikut, you dah siap ambil cuti pun” Jelas Melati. Hah? Bila masa pula aku cakap macam tu?

“Aaa..”

“Elok juga kalau you ikut.. relaks- relaks kan sikit otak tu” Celah Melati.

“Sekarang bukan masa nak relaks la, Mel.. tapi kan..”




Monday, June 6, 2011

Cake House 23




22nd BITE: GULA; KRISTAL KARBOHIDRAT YANG MENAIKKAN KADAR GLUKOSA DALAM DARAH



“Lima saat..lima saat!” Itu yang terluah dari mulut aku sementara masih lagi mencari keseimbangan badan dan cuba mengikut rentak Anas yang tanpa amaran menarik tali beg aku. Hanif yang sama tak tahu punca seperti aku, ikut melangkah disebelah.

“Lima saat?” Soal Anas. Dia menghentikan langkahnya, memandang hairan pada aku. Ini memberi peluang untuk aku memperbetulkan semula postur. Berdiri tegak, memegang lebih tali beg yang masih terpaut di lengan. Fuh, apa yang diternak dalam kepala budak ni agaknya. Gila betul, nasib tak terjatuh aku. Ingat nak kena ragut dah tadi. Bahaya betul. Haiya..

“Saat pertama lepaskan beg I, saat kedua I tarik nafas, saat ketiga you, saat keempat terangkan situasi..!” Jelas aku sementara cuba menahan geram. Suka- suka dia sahaja nak tarik aku macam tu.

“Saat kelima?” Soalnya.

“huh? I kata lima ke tadi?” Aku menyoal semula. Aku memandang Anas kemudian beralih memandang Hanif disebelah. Kedua- dua mereka mengangguk.

“Ah… empat je. Okay, boleh kita mula dengan saat pertama.. lepas beg I” Ujar aku, mengaku silap. Apa- apa pun.. lepas la dulu beg aku ni. Apa pula kata Intan nanti. Ish..

“I ..will ..not” Ujarnya satu persatu.

“Kenapa pula..? you kan ada beg you sendiri..” Balas aku geram.

“Sebab.. nanti you lari” Anas memberi alasan. Aku tidak dapat membaca apa yang dimaksudkannya tambah pula bila dia luahkan dengan muka tidak berperasaan dia tu. Bila masa pula aku nak lari, aku bagi ruang untuk dia dengan Intan ada la.

“Sorry, she’s my date” Hanif mencelah tiba- tiba. Dia turut mengambil bahagian, memegang tali beg aku. Aku memandang Hanif. Dia dan Anas berbalas pandang. Huh? permainan apa pula ni.

“I tak rasa macam tu.. dia ajak I datang sini. So, she’s supposed to be my date..” Ujar Anas, membalas kata Hanif. Isk.. budak ni biar betul. Dia serius ke dia sengaja nak mainkan si Hanif ni. Aku memandang wajah keduanya.

“Shikin ajak I juga” Balas Hanif pula.

“Maybe dia ajak you, but still.. itu tak bermaksud you date dia” Ujar Anas.

“What? But then, samalah dengan you..” Hanif tersenyum sinis.

“Never..” Balas Anas bersahaja. Huh, elok la tu.. layanlah si Hanif ni. Hanif pun sama la, layanlah budak Anas ni.

“Huh? whatever. Sekarang you lepas beg ni macam yang Shikin mintak tadi” Aku dapat rasa Hanif mengejapkan pegangannya pada tali beg aku.

“Perlu ke I ikut cakap you” Anas turut mengejapkan pegangannya. Ish, budak dua orang ni.. tak ada masa la aku nak main dengan kau orang.

Aaaa.. Intan.. Intan mana Intan? Aku berpaling ke belakang, Intan masih berdiri ditempatnya seperti awal tadi. Tidak berganjak, sekadar memerhati dari sana. Mesti dia sedang keliru dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Dia tak dengar agaknya apa dua mamat ni mengarut.. hmm... Nah, buatlah apa kau orang suka. Nak sangat beg tu, ambil la. Aku melepaskan beg aku itu dan berlalu kearah Intan.

“Intan, jom masuk”

“Tu..” Intan menunjuk kearah Anas dan Hanif.

“Pandailah dua orang tu masuk sendiri” Balas aku.

Aku memaut lengan Intan, menarik dia berjalan bersama aku. Akhirnya.. tak pasal aku kena masuk tonton show ni juga. Hmm.. sebenarnya, menarik juga. Dalam banyak- banyak persembahan, aku suka Acrobatic group dan Daria Pushankina, mistress of sand art. Walaupun dia muda, bakat dia dalam menganimasikan pasir mengagumkan.. dia membentuk jalan cerita yang unik dan meninggalkan kesan. Aku suka! Hmm.. Apa jadi dengan dengan dua mamat tu? haa.. sebabkan mereka tu lambat.. dua- dua tak dapat masuk. Tak tahu la apa yang dua orang tu buat dekat luar lebih kurang satu jam aku dan Intan melayan persembahan dalam ni. Sibuk sangat date.. date.. sudahnya, date lah kau orang berdua.

***

Melati mencapai beg kertas dihujung katil sebelum keluar dari biliknya dan terus turun ke SV cake house. Sebelum masuk dapur SV, dia bertembung dengan Anas yang sudah lengkap dengan uniform SV.

“Anas, you bawa Zara check up ya hari ni.. lepas tu terus hantar dia ke yoga class” Melati menahan Anas yang ingin ke ruang coffee bar. Anas melihat jam di pergelangan tangannya.

“Kalau macam tu.. pergi sekarang la” Balas Anas setelah berfikir seketika.

“Elok juga tu..” Melati mengangguk.

“Itu apa?” Soal Anas, mengajukan pada beg kertas yang agak besar ditangan Melati.

“Barang Shikin..” Jawab Melati.

“I’ll do that too..” Anas menarik beg kertas dari Melati.

“Ha? Tapi..” Belum sempat Melati menghabiskan katanya, Anas berlalu mencari Zara diruang depan SV.

“Tapi.. Shikin kata dia ambil barang tu bila singgah SV petang ni.. Memang selalunya begitu.. tak perlulah hantar. Rajin pula adik aku ni” Ujarnya sendiri, kepala yang tidak gatal digaru. Diperhatinya gerak Anas seketika sebelum masuk ke dapur.

***

Aku menarik keluar plastik besar tisu dari dalam almari pantry dan gantikan pada bekas yang telah kosong. Kemudian aku beralih pula memenuhkan bekas gula yang tinggal separuh itu. Aku kalau tengah serabut, memang tak jalan kerja dipejabat, aku akan cuba cari kerja yang boleh mengalih perhatian aku seketika. Keputusan penilaian belum pun keluar. Daddy hari ni sudah masuk pejabat.. maknanya aku boleh la jumpa dia.

“Yes, you can Shikin!” Ujarku sendiri.

“Err.. Cik Shikin..” Kak Ani yang tadi duduk dikerusi bangkit, dia menarik sarung tangan getah dari pegangan aku.

“Kak Ani.. kan saya kata tadi, duduk situ diam- diam, kalau tak nak.. Kak Ani pergi la cari kerja lain, buat?” Aku merampas semula sarung tangan itu.

“Tapi tu kan kerja kak.. apa cik Shikin tak suka kerja kak Ani ke? Cik Shikin nak buang Kak Ani juga ke?” Soal Kak Ani buatkan aku rasa serba salah. Bukan itu yang aku maksudkan... Haih.. Aku akhirnya beralah dan menghulurkan kembali sarung tangan itu pada dia.

“Ah, dekat sini pun cik..” Raudah tiba muncul di pintu pantry.

“Kita pergi sekarang ya” Ujar aku pada Raudah.

“Maaf Cik Shikin, En. Jasmi cakap saya kena ikut dia jumpa client” Ujar Raudah. Jelas dia kelihatan serba salah. Apa hal lagi Jasmi ni, tak sudah- sudah.

“Client mana pula ni?” Soal aku sambil melangkah keluar. Raudah mengikut di sebelah. Ada sahaja si Jasmi ni.

“Err.. Miss Looi, Kelab T..” Balas Raudah, teragak- agak.

“Siapa? Hey, sekejap.. itukan projek I!” Aku berhenti ditengah jalan. Raudah terdiam, tidak tahu apa hendak dikata. Iyalah.. bukan salah dia pun.

“Ah, suka hati dia lah.. you pergilah ikut dia Raudah, kalau you ikut I.. silapnya you pula dibuang kan. Tak apa, I kesana seorang” Ujar aku menyambung langkah semula, meninggalkan Raudah disitu. Kesian pula dengan budak tu. Mesti rasa tersepit ditengah, keliru mana yang patut diikutnya. Hmm.. aku tak salahkan dia pun kalau dia pilih untuk ikut si Jasmi tu.

Ah, Sudah.. ni apa hal pula. Aku berhenti di meja Laili. Kelihatan seseorang sedang membaca surat khabar disitu. Hai.. Laili cuti hari ni, ni siapa pula senang hati sangat, tak ada kerja.. baca surat khabar dekat sini?

“Excuse me” Aku menarik surat khabar yang menghalang wajahnya.

“Hey, siapa kata you boleh duduk dekat situ?” Terkejut aku dibuatnya. Buat apa pula mamat ni dalam pejabat ni. Kemas, lengkap dengan uniform SV. Kalau dah kerja, duduklah sahaja di SV tu. Ini tidak.. masuk pejabat orang, buat macam rumah sendiri pula.

“Your Staff kata I boleh tunggu dekat mana- mana..”Ujarnya.

“Tak bermaksud you boleh duduk dekat sini.. ada apa you datang sini?” Soal aku. Anas tidak terus menjawab soalan aku sebaliknya dia menghala telunjuknya kearah sebelah meja Laili. Aaa.. barang aku tu, tapi aku ingat nak ambil petang nanti. Aku memeriksa beg kertas itu sekali lalu.

“Nah, You bawak ni” Arah aku pada Anas. Barang- barang yang sedia aku letak diatas meja Laili awal tadi aku seret kearahnya. Siapa suruh kau muncul masa ni. Aku pun tengah cari orang nak minta tolong bawakan barang ni ke kereta. Alang- alang kau dah tambah barang aku, apa salahnya tolong bawa kan.

Anas mengangguk sekali dan tanpa banyak soal mengikut aku. Sempat juga aku mengerling ke bilik orang tua seorang tu. Kelihatan seperti dia sedang berbincang dengan Raudah di dalam. Haih.. tiba- tiba aku rasa terasing di pejabat sendiri. Sudahlah Shikin, kenapa nak rasa macam tu. FC ni tempat kau. Sekarang.. buat apa yang perlu untuk sekarang.. masa depan, apa yang nak jadi kita belum tahu.

“I minta tolong you bawa barang ke kereta.. yang you naik sekali ni kenapa?” Soal aku. Tak rasa bersalah langsung mamat ni terus duduk disebelah. Anas kemudian tersenyum dan tanpa mempedulikan aku dia menarik tali pinggang keledar dan menghalakan tangannya kehadapan, mengarahkan aku supaya teruskan memandu. Huh. Aku tahu lah.

***

Intan merebahkan tubuhnya diatas katil. Tangannya masih memegang kamera yang tadi diambilnya dari atas meja. Satu persatu gambar yang diambil ketika di Genting ditatapnya. Dia tersenyum sendiri, walaupun rancangan asalnya bukan seperti itu, tapi dia tetap seronok dapat meluangkan masa seperti tu.

***

“You tak perlu lah ikut sampai sini, tunggu dekat situ” Aku menghentikan langkah dan berpaling menghadap Anas. Duduk di lobi ni cukup. Bertuah betul budak ni. Tak ada kerja, ikut aku.

“Itu ke daddy you?” Soal Anas tiba- tiba. Aku memandang kearah yang dimaksudkannya. Daddy sedang melangkah kearah aku.

“Kakak buat apa dekat sini” Soal Daddy sebaik menghampiri.

“Aaa..”

“Kita cakap masa lunch, marilah..” Arahnya. Aku sekadar mengangguk mengiyakan. Oh, sudah tengah hari rupanya. Tak perasan pula. Aku mengikut langkah daddy kearah salah sebuah restoran yang terdapat di dalam menara ni.

“Sorry.. hmm.. could you excuse us, please?” Ujar daddy sebaik kami duduk. Excuse? Huh? ooh.. Anas. Aaah.. tiba- tiba pula aku rasa tak rugi juga bawa budak ni. Macam boleh pakai sahaja idea yang pernah Mel cakap hari tu. Tak apa kot kalau aku buat macam tu, lagipun daddy ni sihat.. bukannya ada sakit jantung pun. Tak keterlaluan rasanya.

“Dia pun belum lunch lagi, duduklah” Ujar aku pada Anas yang ingin bangkit semula dari kerusi. Daddy memandang kearah aku semacam. Macam boleh jadi sahaja idea aku ni. Wah.. boleh tahan kejam juga kau ni Shikin.

“Oh, okay.. cuma daddy ingat tadi Kakak ada nak cakap tentang personal..” Ujar daddy.

“Apa salahnya.. lagipun he’s the one I think I want to spend the rest of my life with” Ujar aku, cuba serius. Dalam hati ni tak tahu nak kata la, seronok pula sesekali dapat tengok reaksi daddy macam ni. Wajah daddy jelas menunjukkan yang dia benar- benar terkejut. Mahunya tidak, memang spesis si Anas ni mustahil nak masuk senarai calon menantu dia. Itu lah.. siapa suruh dia buat aku macam ni. Kali ni kalau daddy masih tak mahu mengalah tak tahu la..



Thursday, June 2, 2011

Cake House 22




21st BITE: CHEESECAKES! DESPITE THEIR NAME..AREN'T REALLY CAKES AT ALL*


Enam lima puluh pagi.. dalam bahasa lainnya, lagi sepuluh minit sebelum pukul tujuh. Selesai mengeringkan rambut, aku bergerak ke tingkap bilik Melati yang menghadap laman tepi SV. Melati awal lagi sudah lesap. Ke dapur SV la tu, mana lagi kan. Malam tadi, senang pula aku tidur walaupun banyak perkara yang merunsingkan. Penat sangat agaknya. Aku menyelak langsir sedikit, mengintai permandangan di luar. Huh? Intan datang? Dia kan sepatutnya cuti hari ni.. awal betul dia sampai. Apa la yang dua budak tu bualkan ya. Hmm.. seronoknya orang bercinta.. Aku memerhati Anas dan Intan seketika sebelum beralih semula, bersiap untuk keluar.

***

Selesai sarapan, aku terus turun tanpa menantikan yang lain. Aku perlu pulang ke rumah, kemudian mungkin ke pejabat sekejap. Sedap juga nasi lemak si Intan tu bawa. Tengoklah, orang disekeliling aku semuanya hebat memasak.. jadi mereka ini boleh ditambah masuk dalam senarai resepi aku selain duit dan pengangkutan. Ala.. macam aku pernah cakap dulu, rahsia resepi makanan yang enak untuk aku.. adanya duit..adanya pengangkutan, dapatlah apa yang aku inginkan. Kini, aku tambah pula dengan sahabat- sahabat yang hebat.

“Shikin, sekejap” Tangan aku ditarik dari belakang kemudian dibawa kebahagian tepi tangga yang agak terlindung. Aku memandang Intan, hairan. Intan membalas pandangan aku dengan mengangkat kedua belah keningnya. Spontan aku mengulang apa yang dilakukannya. Apa hal pula dengan budak ni? Nak ajak aku senaman muka pula pagi- pagi ni.

“Petang esok..” Intan akhirnya bersuara.

“Petang esok?” Aku menyoalnya. Bingung seketika.

“Ala.. petang esok.. program kita tu, jadi kan?” Soalnya. Aku mengambil masa beberapa saat sebelum berjaya menangkap apa yang ingin disampaikan Intan.

“Oh.. pasal tu. Ini Shikin lah.. mesti la jadi, kita jumpa dekat sana macam yang kita rancang sebelum ni, okay” Balas aku sambil menepuk bahunya beberapa kali. Aku lihat Intan tersenyum.

“Thanks Shikin!” Tanpa amaran, Intan menarik kedua bahu aku. Dipeluknya aku erat. Terkejut aku dibuatnya.

“Err.. don’t mention it” Ujar aku sedikit tersekat kerana cuba bertahan dengan pautan Intan yang agak kuat. Isk.. budak ni nampak sahaja halus, tapi tenaga.. urgh. Budak ni berniat nak rapuhkan tulang aku agaknya.

“Thanks..” Ujarnya sekali lagi sebaik melepaskan pautannya. Fuh.. lega aku. Lagi lama.. mahu terasing semua tulang aku. Aku membalas ujarannya dengan senyuman. Aku menggosok lengan yang masih terasa kesan tenaga si Intan itu.

“Intan.. tak ramai kawan, sebab Intan ni jenis susah nak percaya dengan orang..tapi kan.. dari kali pertama jumpa Shikin, Intan rasa.. Intan nak percayakan Shikin. Kita terus jadi kawan ya” Ujarnya. Matanya sedikit berkaca sementara bibirnya masih mengukir senyuman. Aku menggaru kepala, tidak tahu apa yang hendak dikata bila di dalam situasi seperti ni. Kenapa pula nak percayakan aku? Buat aku rasa terbeban lagi ada la. Hmm.. apa- apa sahaja lah.

“Iya lah. Hmm.. esok tak ada kelas kan.. so, sebelum gerak, I kasitahu you dulu”

***

Sampai dipejabat, Raudah sudah sedia menanti aku disitu. “Sorry Raudah, tiba- tiba suruh you datang. Terpaksalah you cancel your date dengan husband you kan” Ujar aku pada Raudah.

“Date? Tak adalah.. dari rumah tadi ni.. tak ada buat apa pun hari ni” Balasnya sambil meletakkan kesemua fail diatas meja perbincangan. Iya lah sangat Raudah ni, tak pernah- pernah datang pejabat dengan make- up dan baju macam ni.. kalau bukan dating, ke mana lagi.. dari rumah la sangat.

“Iyalah tu.. hmm, ada tak sesiapa dalam fikiran you yang mungkin jadi mangsa penilaian tu nanti?” Soal aku pada Raudah.

“Tak boleh nak jangka la Cik Shikin.. kalau tengok gaya En. Jasmi tu, saya sendiri pun rasa tak selamat” Ujar Raudah dengan wajah berkerut. Aku mencapai satu fail yang mengandungi laporan prestasi pekerja sebelum bersandar pada sofa. Melihat reaksi Raudah buatkan kepala aku bertambah sakit. Kalau diikutkan logiknya memang aku tak dapat buat apa untuk membantu mereka, tapi aku tak boleh juga duduk dan lihat sahaja. Kalau aku sendiri lemah, mana lagi mereka nak letak harapan.

“Hmm.. kalau berdasarkan report.. saya paling risau Ikhwan la puan.. lagipun dari awal En. Jasmi masuk sini, dia ada bad impression pada si Ikhwan ni..” Raudah bersuara lagi setelah kami masing- masing senyap beberapa ketika tadi.

“Ikhwan? Tak boleh.. dia tak boleh.. budak tu sharp, I suka kerja dia. Argh.. I tak kisah lah, you dengan semua tak perlu risau. Semua kamu akan kekal di FC” Aku melempar semula fail di tangan ke atas meja.

“Maksud Cik?”

Aku meraup wajah sekali. “Nanti I fikirkan.. kalau I gagal, I sendiri yang akan keluar” Wajah Raudah serta merta berubah mendengar apa yang aku kata.

“Jangan risau lah, sudah.. simpan dulu hal tu, sekarang you tolong I siapkan proposal Kelab T dulu” Aku memaksa diri untuk senyum. Pandai betul aku ni buat janji pada benda yang aku sendiri tidak pasti hasilnya.

***

Baju.. hmm.. baju putih ni la. Aku mencapai blouse putih yang elok tergantung, skirt labuh berwarna kelabu serta selendang kuning cair. Puas hati. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap dan terus sahaja keluar dari rumah sebaik mendapat mesej dari Anas. Haih.. aku pun tak tahu kenapa aku perlu terlibat dalam hal orang macam ni, hal sendiri pun tak terurus.Hmm.. Nak buat macam mana.. dah janji..

“You ni kenapa? Sihat ke tidak?” Soal aku pada Anas. Mana tidaknya.. dari aku masuk kereta, tak ada satu patah ayat keluar dari mulut sebaliknya dia asyik tersenyum sendiri memandang depan. Gerun pula aku tengok.

“Siapa? I? okay, sihat. Alhamdulillah.. Terima kasihlah ambil berat” Jawabnya. Dia berpaling menghadap aku dengan senyum yang bertambah lebar. Eee.. tolonglah, seram sejuk aku.. sudah la orang perli dikata ambil berat..haih..

“Cuba kalau memandu tu.. mata fokus ke jalan” Komen aku. Sibuk nak tayang muka dekat aku apa hal.

“Oh, Okay..”

“Otak tu pun sama.. fokus” Tambah aku lagi.

“Baiklah Cik Nurul Ashikin..” Dia mengangkat tangan, salute kearah aku dan sekali matanya dikenyitkan sebelum kembali menghadap jalan.

Ehem. Aku memegang tekak. Terasa air liur tersekat di dalam. Apahal lah dengan mamat ni hari ni. Aura dia melebih lebih pula hari ni. Isk.. Aku mengipas muka aku yang terasa panas dengan tangan.

“Panas?” Soal Anas yang kemudian merendahkan lagi suhu penghawa dingin. Huh? bila aku cakap aku panas? Ah.. lantaklah. Aku mengalih perhatian pada koleksi cd yang ada didalam kereta dia ni. Waaa.. dia ada semua ni..? aku menyelak bekas cd penuh enthusiasm. Argh.. koleksi- koleksi The Gazzette.. L’Arc en Ciel.. Dir en Grey.. gila ah.

“X- Japan.. waa.. you ada ni?” Soal aku, kagum.

“Hmm? Ah.. ya. You minat? Blue Blood pun I ada.. original with their signatures.. I dapat dari internet.. tapi dekat rumah la” Ujarnya.

“B..blue blood? Second album.. yargh.. gile lah!” Secara tidak sedar, aku menolak bahu Anas dengan bekas cd yang berada ditangan aku. Tidak sengaja.. Anas hilang sedikit kawalan pada stereng, terkejut dengan tindakan aku secara tiba- tiba. Nasib baik jugalah tak banyak kereta dijalan. Aku tak sengaja.. tsk, aku juga awal tadi beriya suruh dia fokus. Alih- alih aku sendiri yang bagi masalah.

“Sorry..” Ujar aku perlahan. Anas sekadar menggeleng kepala, senyuman kembali dibibirnya.

“..tapi serius cool” Tambah aku kembali kepada mood tadi. Bercahaya muka.. bersinar- sinar mata aku rasanya melihat koleksi- koleksi cd milik Anas itu.

“X- Japan.. they’re living legend of J-rock. They shaped it, letak asas pada muzik J-rock yang ada sekarang. I love their music” Balas Anas turut bersemangat. Aku beralih mengiring sedikit menghadap

“Yea..ya.. sangat.. sangat cool! Ah, 1993..Art of Life, a freakin’ 29 mins song.. beat all songs ever exist, diorang memang gila” Aku tersenyum lebar. Suka aku dapat bercakap tentang benda- benda macam ni.

“Oh, Art of life.. the one composed by Yoshiki.. yargh.. tenaga yg diorang masukkan dalam setiap muzik memang powerful! Beyond limit”

“Very intense..dalam semua aspek. Drums, piano, guitars, bass, violins, and what else? Vocals.. and more orchestra instruments. They do live for that song.. and can you imagine Yoshiki played drums for that 29 mins song intensely..and piano..waa.. they’re really something” Luah aku penuh semangat, tidak peduli sama ada dia rimas atau tidak melihat aku bercakap macam ni. Aku kira apa kan.. selama ni aku layan benda ni seorang diri.. jadi harap dimaafkanlah bila aku jadi sedikit diluar kawalan sebaik jumpa rakan sepasukan macam ni. Biasanya, aku akan dikata gila atau pelik kerana menggemari benda macam ni.

Aku memilih salah satu cd dari koleksi dia dan mainkan. Bibir aku tidak dapat lagi dikawal dari mengukir senyuman. Tak sangka betul rasa segar macam ni bila dapat bercakap tentang sesuatu yang kita minat dengan orang yang mempunyai minat yang sama.

“You know that much about j-rock.. tak sangka pula you suka show macam The Glitz ni” Soal Anas.

“I tak kata pun I suka..” Balas aku lurus. Mana pula aku suka, The Glitz tu show apa pun aku tak tahu. Aku menyimpan semula koleksi- koleksi tadi pada tempat asal.

“Habis tu, kenapa you ajak I pergi?” Soal Anas , kali ni buatkan seperti aku ingin melompat keluar dari tingkap kereta. Ish.. silaplah.. kenapa aku pergi cakap macam tu.. kalau tak menjadi kejutan si Intan ni, memang salah aku la..

“You tak suka ke?” Soal aku, cuba mengelak dari menjawab soalan dia.

“Well.. since you begged me to go..” Ujarnya bersahaja. Wah.. bila masa pula aku merayu dekat dia. Budak ni memang perasanlah. Rasanya aku hulur sahaja tiket tu pada dia hari tu.. dia sendiri yang bukan main excited dapat tiket tu. Ini nak kata aku pula. Tapi tak apa lah.. sekurang- kurangnya aku tak kantoikan rancangan Intan. Aku mengerling kesebelah, dia masih lagi tersenyum. Lain macam betul budak ni hari ni.. dari awal aku naik kereta..sampai sekarang asyik senyum.. senyum. Apa yang seronok sangat entah. Tunggu sikit lagi.. kau jumpa buah hati kau dekat sana.. terkoyak mulut tu agaknya senyum.

“Yang you ni happy semacam hari ni kenapa?” Soal aku. Aku membetulkan duduk aku di kerusi supaya lebih selesa.

“Hmm? Bukan you ke yang happy?” Anas berpaling memandang aku sekilas.

“Kenapa pula I ?” Aku kata dia.. dia balikkan pula pada aku. Apa kena mengena dengan aku, dia yang macam orang sakit jiwa, tersengih.. sengih.

“Iyalah.. dapat date dengan I” Ujarnya. Isk.. tahap keyakinan diri budak ni memang tinggi. Buat rosak otak aku sahaja layan dia.

“You really are full of yourself, aren’t you? Huh, sudahlah.. malas nak cakap dengan you. Diam, I nak dengar lagu ni” Ujarku memberi arahan.

“Baiklah Miss Pretty Middle Aged woman.. I’ll shut my mouth up” Balasnya sambil menaikkan sedikit volume lagu Cassis nyanyian The Gazzette yang sedang bermain. Aku segera mengalihkan wajah aku ke tingkap. Isk.. apa dia bahasakan aku tadi. Bahagian pretty tu aku setuju la juga.. bahagian yang selebihnya tu yang buatkan aku rasa macam nak lempar mamat ni keluar dari kereta. Err.. cakap boleh la.. nak buat, tak termampu pula.

***

“Hurry..” Anas mengetuk tingkap dari luar kereta. Ish, kejap la dia ni pun.. aku tengah hantar mesej dengan si Intan ni. Pavilion Hall.. aku membaca mesej yang masuk. Hmm.. dia dah sampai.

“Jom, ops! Sorry...” Tidak sengaja aku tertolak Anas yang sedang bersandar pada pintu kereta. Bukan salah aku buka pintu kereta.. salah dia la yang bersandar disitu.

“Tsk.. memang la. Kalau makin meningkat usia, makin bermasalah penglihatan tu” Ujarnya sebelum terus melangkah mendahului aku. Amboi.. cantiknya hipotesis mamat ni. Grrr..

Aku mengemaskan sedikit penampilan dan segera mengejar langkah Anas. Dari jauh lagi aku dapat lihat Intan yang sedang menanti. Waa.. cantiknya dia hari ni. Aku mengangkat tangan, melambai kearah Intan.

“Intan? … Buat apa dekat sini?” Soal Anas sebaik menghampiri Intan.

“Shikin” Dari memandang Intan dan Anas, aku berpaling pada suara yang memanggil aku dari belakang. Oh, dah sampai rupanya… aku mesej tanya dekat mana tadi tak dijawabnya. Haih..

“You guys masuklah ya..” Ujar aku sambil tersenyum pada Anas dan Intan. Selamat berseronoklah ya. Aku menarik Hanif dengan niat untuk segera berlalu dari situ.

“Eh, kita tak masuk ke?” Soal Hanif. Ish, banyak soal pula mamat ni.

“Kejap lagi I terang dekat you.. sekarang ni ikut I dulu” Ujar aku separuh berbisik pada Hanif. Aku kemudian berpaling sekali lagi menghadap Anas dan Intan, memberi isyarat tangan menyuruh mereka segera masuk ke dalam. Sempat aku lihat wajah Anas yang belum dapat mengadaptasi situasi sekarang.

“Jom!” Sekali lagi aku mengarah Hanif yang turut blur disitu, namun langkah yang baru aku atur tersekat. Tubuh aku menjadi kurang seimbang bila tiba- tiba terasa ditarik. Huh? beg? Yang tarik beg aku ni kenapa? Kalau aku jatuh macam mana. Ish.

"Hey.. you"

..bersambung



Close up sket. Saje nak goda cheesecake lover.hahah. cuba tengok tekstur tu.. waa.. bayangkan cair didalam mulut.. kalau yg suka.. tmbh syrup.. berry ke choc ke..tuang kat atas..kasi leleh2 sket kat tepi. waaa.. tapi oren suke mentah i mean kosong mcm ni.. hehee. meleleh air liur. aiyark~